syair si burung nuri dua

10
Puisi Tradisional (Syair Si Burung Nuri Dua) Rangkap 1 Datang menyembah Si Burung mengerna, Ia bermadah sambil berbahana, Mimpi tuanku sangatlah sempurna, Mendapat mudah yang bijaksana. Maksud Nuri menceritakan tentang mimpi yang dialaminya itu kepada sekalian burung yang lain. Setelah burung yang lain mengetahui tentang mimpi yang dialami oleh Nuri tersebut, mereka menyatakan bahawa mimpi itu mempunyai maksud dan petanda sesuatu yang baik akan berlaku terhadap Nuri. Mimpi Nuri itu akan menjadi satu kenyataan Rangkap 2 Serta Nuri mendengar begitu, Mukanya manis lakunya tentu, Di dalam hatinya menjadi satu, Di mana gerangan mudah yang tentu. Maksud Apabila Nuri mengetahui tentang petanda mimpinya itu, Nuri merasa amat gembira. Segala keresahan yang melanda jiwanya setelah mendapat mimpi tersebut lenyap dengan serta-merta. Rangkap 3 Lalu beradu Nuri bangsawan, Ditunggui pulak dengan Si Bayan, Tiadalah sedap tidur dan makan, Badan terhantar dalam halaman. Maksud Nuri sering termimpikan Cempaka Dadu dalam lena mahu pun jaga. Sewaktu tidur, Nuri ditemani oleh Si Bayan. Akibat terlalu merindui Cempaka Dadu, Nuri jatuh sakit dan tiada selera untuk makan ataupun minum Rangkap 4 Kurus dan kering akan tubuhnya, Daripada sangat menahankan rindunya, Tiada sedar makan dan minumnya, Maksud Akibat terlalu rindu akan Cempaka Dadu, Nuri jatuh sakit dan kurus kering. Dia tidak berselera untuk 1

Upload: laura-lenn

Post on 26-Oct-2015

922 views

Category:

Documents

2 download

TRANSCRIPT

Page 1: Syair Si Burung Nuri Dua

Puisi Tradisional(Syair Si Burung Nuri Dua)

Rangkap 1

Datang menyembah Si Burung mengerna,Ia bermadah sambil berbahana,Mimpi tuanku sangatlah sempurna,Mendapat mudah yang bijaksana.

Maksud

Nuri menceritakan tentang mimpi yang dialaminya itu kepada sekalian burung yang lain. Setelah burung yang lain mengetahui tentang mimpi yang dialami oleh Nuri tersebut, mereka menyatakan bahawa mimpi itu mempunyai maksud dan petanda sesuatu yang baik akan berlaku terhadap Nuri. Mimpi Nuri itu akan menjadi satu kenyataan

Rangkap 2

Serta Nuri mendengar begitu,Mukanya manis lakunya tentu,Di dalam hatinya menjadi satu,Di mana gerangan mudah yang tentu.

Maksud

Apabila Nuri mengetahui tentang petanda mimpinya itu, Nuri merasa amat gembira. Segala keresahan yang melanda jiwanya setelah mendapat mimpi tersebut lenyap dengan serta-merta.

Rangkap 3

Lalu beradu Nuri bangsawan,Ditunggui pulak dengan Si Bayan,Tiadalah sedap tidur dan makan,Badan terhantar dalam halaman.

Maksud

Nuri sering termimpikan Cempaka Dadu dalam lena mahu pun jaga. Sewaktu tidur, Nuri ditemani oleh Si Bayan. Akibat terlalu merindui Cempaka Dadu, Nuri jatuh sakit dan tiada selera untuk makan ataupun minum

Rangkap 4

Kurus dan kering akan tubuhnya,Daripada sangat menahankan rindunya,Tiada sedar makan dan minumnya,Mengenangkan cempaka dalam mimpinya.

Maksud

Akibat terlalu rindu akan Cempaka Dadu, Nuri jatuh sakit dan kurus kering. Dia tidak berselera untuk makan. Nuri sentiasa teringat akan mimpinya bertemu dengan Cempaka Dadu

Rangkap 5

Lalu bermadah Si Burung Nuri,Pada kakanda Si Burung Murai,Dendamku sangat tiada terperi,Di mana gerangan hendakku cari

Maksud

Nuri meluahkan isi hati dan kerinduan yang dialaminya kepada Burung Murai.

1

Page 2: Syair Si Burung Nuri Dua

Rangkap 6

Murai menyahut sambil bermadah,Ayuh tuanku muda yang indah,Jangan diturut hati yang gundah,Jadi tersedarlah ayah dan bonda

Maksud

Murai menasihati Nuri agar bersabar dan tidak terlalu mengikut kata hati kerana ia mungkin akan merisaukan ayah dan ibu Nuri apabila mengetahui kegelisahan hati yang melanda Nuri

Rangkap 7

Bermadah pula kepada Punai,Apalah sudahi dengan begini,Hati dan jantung bagaikan fani,Baiklah terbang dari sini

Maksud

Nuri juga turut menceritakan kegelisahan hati yang dialaminya itu kepada burung Punai. Nuri menyatakan bahawa, dia sudah berputus asa untuk menunggu kedatangan Cempaka Dadu ke pangkuan dirinya dan menyatakan hasratnya untuk meninggalkan tempat itu.

Rangkap 8

Burung Punai menyahut seraya katanya,Ayuh tuan emas juita,Jikalah hendak bertanya warta,Pergilah kepada Burung Dewata.

Maksud

Burung Punai menasihati Nuri dan berpendapat, sekiranya burung Nuri tidak dapat menahan gelodak hatinya itu, mintalah nasihat daripada Burung Dewata.

Rangkap 9Terbanglah Nuri pergi ke barat,Pergi mencari akan isyarat.,Minta doa biar selamat,Aku berkabul kepada keramat.

Maksud

Setelah mendengar nasihat daripada Burung Punai, maka Nuri pun segera terbang ke barat untuk berjumpa dengan burung Dewata agar mimpi dan impiannya untuk bersatu dengan Cempaka Dadu menjadi kenyataan.

2

Page 3: Syair Si Burung Nuri Dua

3

Tema Kegelisahan yang dialami oleh burung nuri

Persoalan

Persoalan tentang kepentingan nasihat

Persoalan tentang penderitaan orang yang

menanggung rindu

Persoalan tentang kebenaran mimpi

Persoalan tentang usaha untuk mencapai

hasrat

Persoalankerinduan terhadap

seseorang

9 rangkapSetiap rangkap empat barisSetiap baris ialah maksud .4-5 patah perkataan sebaris10-12 suku kata dalam sebarisRima akhir aaaaSyair ini berbentuk terikat.

Bentuk

Gaya bahasa

Asonansi, pengulangan vokal ‘u’ Kurus dan kering akan tubuhnya

Aliterasi pengulangan konsonan ‘m’ Mengenang cempaka dalam mimpinya

sinkope – Dendamku

Bahasa istana – tuanku

Simile – hati dan jantung bagaikan fani

Inversi – Dendamku sangat tiada terperi

Bahasa klasik – gerangan

Unsur alam – nuri, Burung Murai

Puisi Tradisional(Syair Si Burung Nuri Dua)

Page 4: Syair Si Burung Nuri Dua

4

Nilai

Nilai hormat-menghormati

Nilai kesetiaan (Si Bayan)

Nilai nasihat-menasihati

Nilai tawakal

Nilai Kesabaran

Pengajaran

Kita hendaklah sentiasa mengambil berat dan menjaga kebajikan orang lain.

Kita hendaklah menasihati orang yang berada dalam kemurungan.

Kita perlu mengambil berat orang yang berada di sekeliling kita.

Kita harus bersabar apabila menghadapi sesuatu masalah.

Kita perlu berdoa agar perkara yang dihajati akan memperoleh kejayaan.

Page 5: Syair Si Burung Nuri Dua

Puisi Tradisional(Syair Si Burung Nuri Dua)

Soalan latihan.

Soalan 1.

Terangkan maksud rangkap syair di atas.

Soalan 2.

Berdasarkan rangkap di atas, nyatakan pengajarannya.

i. __________________________________________________________

ii. __________________________________________________________

Soalan 3.

Nyatakan bentuk petikan syair di atas.

i. ______________________

ii. ______________________

iii. ______________________

iv. _____________________

5

Kurus dan kering akan tubuhnya,Daripada sangat menahankan rindunya,Tiada sedar makan dan minumnya,Mengenangkan cempaka dalam mimpinya.

Dipetik daripada Seuntai Kasih Secebis Harapan

Murai menyahut sambil bermadah,Ayuh tuanku muda yang gundah,jangan diturut hati yang gundah,Jadi tersedarlah ayah dan bonda.

Dipetik daripada Seuntai Kasih Secebis Harapan

Bermadah pula kepada Punai,Apalah sudahi dengan begini,Hati dan jantung bagaikan fani,Baiklah terbang dari sini.

Dipetik daripada Seuntai Kasih Secebis Harapan

Page 6: Syair Si Burung Nuri Dua

Soalan 4.

Berdasarkan rangkap di atas, huraikan gaya bahasa syair tersebut.

i. _____________________________________________________________

ii. _____________________________________________________________

iii. _____________________________________________________________

iv. _____________________________________________________________

Soalan 5

Berdasarkan rangkap di atas, huraikan unsur bunyi syair

i. ______________________

ii. ______________________

iii. ______________________

iv. ______________________

6

Lalu bermadah Si Burung Nuri,Pada kakanda Si Burung Murai,Dendamku sangat tiada terperi,Di mana gerangan hendakku cari.

Dipetik daripada Seuntai Kasih Secebis Harapan

Lalu bermadah Si Burung Nuri,Pada kakanda Si Burung Murai,Dendamku sangat tiada terperi,Di mana gerangan hendakku cari.

Dipetik daripada Seuntai Kasih Secebis Harapan

Page 7: Syair Si Burung Nuri Dua

Jawapan:

Soalan 1.

Terangkan maksud rangkap syair di atas.

Akibat terlalu rindu akan Cempaka Dadu, Nuri jatuh sakit dan kurus kering. Dia tidak berselera untuk makan. Nuri sentiasa teringat akan mimpinya bertemu dengan Cempaka Dadu

Soalan 2.

Berdasarkan rangkap di atas, nyatakan pengajarannya.

i. Apabila seseorang menghadapi masalah, kita hendaklah cuba menasihatinya .

ii. Janganlah kita terlalu tertekan apabila menghadapi sesuatu masalah.

Soalan 3.

Nyatakan bentuk petikan syair di atas.

i. 4-5 patah perkataan sebaris

ii. 9-11 suku kata sebaris

iii. Rima akhir aaaa

iv. Terikat dengan puisi tradisional .

7

Kurus dan kering akan tubuhnya,Daripada sangat menahankan rindunya,Tiada sedar makan dan minumnya,Mengenangkan cempaka dalam mimpinya.

Dipetik daripada Seuntai Kasih Secebis Harapan

Murai menyahut sambil bermadah,Ayuh tuanku muda yang gundah,jangan diturut hati yang gundah,Jadi tersedarlah ayah dan bonda.

Dipetik daripada Seuntai Kasih Secebis Harapan

Bermadah pula kepada Punai,Apalah sudahi dengan begini,Hati dan jantung bagaikan fani,Baiklah terbang dari sini.

Dipetik daripada Seuntai Kasih Secebis Harapan

Page 8: Syair Si Burung Nuri Dua

Soalan 4.

Berdasarkan rangkap di atas, huraikan gaya bahasa syair tersebut.

i. Rima akhir aaaa

ii. Asonansi,pengulangan vokal u, contohnya Lalu bermadah Si Burung Nuri

iii. Aliterasi, pengulangan konsonan n, contohnya Di mana gerangan hendakku cari.

iv. Sinkope contohnya hendakku.

Soalan 5

Berdasarkan rangkap di atas, huraikan unsur bunyi syair

i. Rima akhir aaaa

ii. Asonansi,pengulangan vokal u, contohnya Lalu bermadah Si Burung Nuri

iii. Aliterasi, pengulangan konsonan n, contohnya Di mana gerangan hendakku cari.

8