syair li-attar ghib

12
SYAIR LI-ATTAR GHIB

Upload: elyse

Post on 23-Feb-2016

180 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

SYAIR LI-ATTAR GHIB. Pengenalan. - PowerPoint PPT Presentation

TRANSCRIPT

Page 1: SYAIR LI-ATTAR GHIB

SYAIR LI-ATTAR GHIB

Page 2: SYAIR LI-ATTAR GHIB

Pengenalan

Syair Li-Attar Ghib mengisahkan kesedihan Daing Celak setelah kedua-dua abangnya, iaitu Daing Parani dan Daing Merewah meninggal dunia. Penyair cuba menyelitkan mesej tentang ajal yang pasti akan menjemput manusia tanpa mengira darjat dan usia kerana demikian ketetapan Ilahi. Murid tidak perlu risau dengan sesetengah perkataan bahasa Arab, kerana tugasan soalan tidak akan menguji tentang makna atau terjemahan sesuatu perkataan.

Page 3: SYAIR LI-ATTAR GHIB

Li-Attar Ghib mungkin bermaksud haruman atau wangian yang hilang, kerana versi asal tulisan jawi tidak dipaparkan. Versi lain ialah kata dasar "ra-ghi-ba" yang membawa maksud kecenderungan. Namun, apabila disekalikan dengan "li" sudah membawa maksud "memujuk hati (yang lara)" sejajar dengan cerita Daing Celak itu.

Page 4: SYAIR LI-ATTAR GHIB

RANGKAP 1

Walau sayangnya akan saudara,Sebab bersama-sama mengembara,Tiada pernah muafakatnya cedera,Segala pekerjaan segala perkara.

Maksud: Kasih sayang tiga beradik, iaitu Daing Celak, Daing Parani dan Daing Merewah sentiasa utuh. Mereka sentiasa mengembara bersama. Mereka sentiasa berpakat dalam setiap urusan tanpa gagal.

Page 5: SYAIR LI-ATTAR GHIB

RANGKAP 2

Dengan kehendak Tuhan yang mulia,Dua orang saudara meninggalkan dunia,Hendak disusahkan tiada berdaya,Kerana perbuatan Tuhan yang tersedia.

Maksud:Takdir menentukan bahawa dua abang, iaitu Daing Parani dan Daing Merewah meninggal dunia, lalu tinggallah Daing Celak seorang diri. Daing Celak hanya mampu pasrah (berserah, reda) justeru demikian ketentuan Ilahi.

Page 6: SYAIR LI-ATTAR GHIB

RANGKAP 3

Melainkan hamba berbanyak sabar,Akan perintah Wahid al-Khahar,Ialah Tuhan bersifat Jabbar,Akan hambanya kecil dan besar.

Maksud:Sebagai hamba Allah, manusia perlu bersabar kerana itulah perintah Tuhan Yang Maha Esa Lagi Perkasa, serta bersifat menguasai segala makhluk ciptaan-Nya.

Page 7: SYAIR LI-ATTAR GHIB

RANGKAP 4

Kita pun kelak demikian itu,Meninggalkan dunia juga yang tentu,Tidak memilih raja dan ratu,Semuanya itu pergi ke situ.

Maksud:Semua manusia akan mengalami nasib yang serupa, iaitu akan mati. Tidak kira kedudukan, setiap manusia akan menuju kematian belaka.

Page 8: SYAIR LI-ATTAR GHIB

RANGKAP 5

Hendaklah kita tunduk terngadah,Lihat kepada datuk nenek yang sudah-sudah,Adil dan insaf jua berfaedah,Menaikkan kita pangkat saadah.

Maksud:Kita hendaklah sentiasa insaf dan mengambil ingatan terhadap kesudahan hidup generasi datuk nenek yang meninggalkan dunia yang sementara (pinjaman) ini supaya kita mengecapi kebahagiaan, iaitu suatu tahap kemuliaan dan kesejahteraan yang kita idamkan.

Page 9: SYAIR LI-ATTAR GHIB

RANGKAP 6

Rakyat seluruhnya hendaklah dipelihara,Kesenangan hidupnya dikira-kira,Istimewa pula sanak saudara,Jangan sekali diberi cedera.

Maksud:Para pemimpin hendaklah memastikan bahawa rakyat jelata menikmati kehidupan yang selesa. Keluarga terdekat juga hendaklah dijaga dan dibela supaya mereka tidak hidup sengsara.

Page 10: SYAIR LI-ATTAR GHIB

RANGKAP 7Ilmu yang benar hendaklah dimulia,Kerana ilmu mulia anbia,Tuntut ilmu jangan sia-sia,Yang lain itu tinggal di dunia.

Maksud:Manusia hendaklah memuliakan ilmu yang hak kerana ilmu yang mengangkat kedudukan para nabi (anbia). Ilmu hendaklah dipelajari dengan bersungguh-sungguh kerana ilmu (yang bermanfaat) menjadi bekalan akhirat sedangkan (kekayaan) yang lain akan ditinggalkan.

Page 11: SYAIR LI-ATTAR GHIB

RANGKAP 8

Ayuhai tuan-tuan cuba fikirkan,Serta pandang amat-amatkan,Kematian datuk nenek teladankan,Kita sepertinya akan didatangkan.

Maksud:Penyair menggesa khalayak (pembaca) supaya berfikir dalam-dalam, membuat pemerhatian dan pengamatan tentang kesudahan datuk nenek yang sudah tiada lagi. Semua manusia (kita) akan mengalami kesudahan yang sama.

Page 12: SYAIR LI-ATTAR GHIB

TEMA

Mengambil iktibar daripada kematian. Hal ini kerana setiap insan di dunia ini perlu mengambil pengajaran apabila berlakunya kematian kerana setiap insan pasti akan melaluinya.