sy arahan

10
MASYARAKAT SEPAKAT MEMBAWA BERKAT Yang saya hormati, tuan pengerusi majlis, panel hakim yang arif lagi saksama, barisan guru , rakan-rakan serta para hadirin sekalian. Rakan-rakan, berdirinya saya, di sini adalah untuk menyampaikan sebuah syarahan yang bertajuk 'masyarakat sepakat membawa berkat'. Hadirin sekalian, Masyarakat ialah komuniti terbesar di dalam kumpulan etnik yang berbagai-bagai kaum di negera kita yang tercinta ini. menurut kamus dewan bahasa dan pustaka edisi keenam, sepakat membawa maksud hidup bersatu padu dengan cara muafakat dan bersatu hati membuat sebarang keputusan di dalam masyarakat. berkat pula membawa maksud setiap usaha dan persetujuan yang dicapai akan membawa kepada hasil yang baik dan memberi manfaat kepada masyarakat itu sendiri. Rakan-rakan, "masyarakat sepakat membawa berkat" tidak dapat dipisahkan dengan peribahasa yang berbunyi berat sama dipikul, ringan sama dijinjing yang bererti sebagai masyarakat yang bersatu padu mestilah sentiasa bersedia menolong jiran tetangga serta komuniti di tempat tinggal kita yang dalam kesusahan. masyarakat yang prihatin tidak mengira pangkat dan kedudukan akan sentiasa bersama-sama membantu jirannya yang miskin dan susah, bagaikan aur dengan tebing yang saling memerlukan. justeru itu, kehidupan juga akan lebih tenang dan dihargai oleh masyarakat pada setiap masa. Hadirin sekalian, tahukah anda bahawa sebagai masyarakat yang bertanggungjawab, kita juga mestilah menghormati, memahami adat dan kebudayaan jiran serta rakan-rakan kita yang berbilang kaum. apabila tiba musim perayaan, kunjung-mengunjung hendaklah kita jadikan amalan. saling bermaafan sesama jiran dan rakan akan melahirkan masyarakat yang harmoni dan tenteram sepanjang masa.

Upload: najibtarubus

Post on 25-Sep-2015

235 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

OK

TRANSCRIPT

MASYARAKAT SEPAKAT MEMBAWA BERKAT

Yang saya hormati, tuan pengerusi majlis, panel hakim yang arif lagi saksama, barisan guru , rakan-rakan serta para hadirin sekalian. Rakan-rakan, berdirinya saya, di sini adalah untuk menyampaikan sebuah syarahan yang bertajuk 'masyarakat sepakat membawa berkat'.

Hadirin sekalian,Masyarakat ialah komuniti terbesar di dalam kumpulan etnik yang berbagai-bagai kaum di negera kita yang tercinta ini. menurut kamus dewan bahasa dan pustaka edisi keenam, sepakat membawa maksud hidup bersatu padu dengan cara muafakat dan bersatu hati membuat sebarang keputusan di dalam masyarakat. berkat pula membawa maksud setiap usaha dan persetujuan yang dicapai akan membawa kepada hasil yang baik dan memberi manfaat kepada masyarakat itu sendiri.

Rakan-rakan,"masyarakat sepakat membawa berkat" tidak dapat dipisahkan dengan peribahasa yang berbunyi berat sama dipikul, ringan sama dijinjing yang bererti sebagai masyarakat yang bersatu padu mestilah sentiasa bersedia menolong jiran tetangga serta komuniti di tempat tinggal kita yang dalam kesusahan. masyarakat yang prihatin tidak mengira pangkat dan kedudukan akan sentiasa bersama-sama membantu jirannya yang miskin dan susah, bagaikan aur dengan tebing yang saling memerlukan.justeru itu, kehidupan juga akan lebih tenang dan dihargai oleh masyarakat pada setiap masa.

Hadirin sekalian,tahukah anda bahawa sebagai masyarakat yang bertanggungjawab, kita juga mestilah menghormati, memahami adat dan kebudayaan jiran serta rakan-rakan kita yang berbilang kaum. apabila tiba musim perayaan, kunjung-mengunjung hendaklah kita jadikan amalan. saling bermaafan sesama jiran dan rakan akan melahirkan masyarakat yang harmoni dan tenteram sepanjang masa.

Penubuhan jawatan kebajikan dan keselamatan kampung atau jkk kampung amat berguna untuk menjaga dan mengawal keselamatan kampung serta tempat tinggal. kita juga seharusnya berterima kasih dengan adanya jkk kampung yang meronda dan mengawal keselamatan di tempat tinggal kita pada setiap malam. amalan sebegini adalah sikap terpuji masyarakat kita yang mempunyai rasa tanggungjawab kepada komunitinya. hasilnya, keadaan dan keselamatan di tempat tinggal kita akan terjamin dari anasir-anasir jahat yang cuba menceroboh tempat tinggal kita.

Kawan-kawan,sukacitanya saya menyimpulkan di sini bahawa masyarakat muafakat membawa berkat ialah masyarakat yang hidup bersatu padu, harmoni dan bertanggungjawab akan melahirkan masyarakat yang aman, makmur dan sentosa setiap masa.sekian terima kasih

KEBERSIHAN ASAS KEBAHAGIAN

Selamat sejahtera Tuan Pengerusi Majlis, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Seri Indah, barisan hakim yang arif lagi bijaksana, guru-guru dan rakan-rakan. Tajuk syarahan saya pada pagi ini ialah "Kebersihan Asas Kebahagian".Hadirin yang dihormati,

Kebersihan merupakan aspek yang penting dalam kehidupan kita. Kita haruslah menjaga kebersihan diri supaya kesihatan kita terjamin. Kita mestilah memberus gigi dan mandi untuk membersihkan badan pada setiap hari. Selain itu, kuku yang panjang hendaklah di potong. Kotoran dan penyakit tidak akan hinggap kepada diri kita sekiranya kita sentiasa mengamalkan kebersihan diri.

Kita juga hendaklah sentiasa mandi apabila badan berpeluh dan kotor. Contohnya setelah pulang dari sekolah, bermain dan sebagainya. Kuman yang membawa penyakit mudah hinggap di badan kita jika badan kita kotor.

Di samping itu, kebersihan pakaian jangan kita abaikan . Baju dan seluar atau kain yang dipakai hendaklah dibasuh dan dijemur. Badan kita tentu akan berasa selesa jika memakai pakaian yang bersih. Orang lain juga suka bergaul dengan kita.

Kebersihan tempat tinggal juga hendaklah dititikberatkan. Apabila bangun daripada tiidur, selimut hendaklah kita lipat. Bantal pula hendaklah disusun dengan kemas di atas katil. Tingkap hendaklah dibuka supaya udara yang bersih dapat masuk. Peralatan bilik dan bilik mandi janganlah dibiarkan bersepah.

Kesimpulan, sebagai seorang murid, kita haruslah menjaga kebersihan setiap hari dan di mana-mana sahaja. Ingatlah, kebersihan bukan sahaja asas kebahagian setiap orang dan keluarga, bahkan juga masyarakat. Sekian, terima kasih.

MENGISI MASA LAPANG DENGAN PERKARA YANG BERFAEDAH

Yang mulia Tuan Pengerusi Majlis, Guru Besar, guru-guru, rakan-rakan pelajar serta hadirin sekalian. Terlebih dahulu saya ucapkan terima kasih kerana memberi peluang kepada saya untuk memberi syarahan pada hari ini.

Hadirin yang saya hormati sekalian

Tajuk syarahan saya ialah Mengisi Masa Lapang dengan Perkara yang Berfaedah. Masa lapang tidak seharusnya dibiarkan berlalu begitu sahaja. Ia perlu diisi dengan perkara-perkara yang berfaedah.

Ada berbagai-bagai cara untuk mengisi masa lapang. Di antaranya ialah melibatkan diri dalam kegiatan ko-kurikulum. Dengan cara itu ia dapat menambahkan pengalaman serta ilmu pengetahuan.

Ada juga orang yang memilih membaca untuk mengisi masa lapang. Banyak bahan bacaan yang dapat dibaca. Ia merupakan satu aktiviti yang paling berfaedah untuk mengisi masa lapang.

Hadirin sekalian,

Contoh-contoh yang saya telah sebutkan tadi, mendatangkan faedah serta keuntungan. Itulah antara beberapa perkara yang boleh dilakukan sebagai mengisi masa lapang.

Sekian sahaja syarahan saya untuk kali ini. Saya sudahi dengan ucapan terima kasih dan assalamualaikum.

MEMBAZIR ADALAH AMALAN YANG TIDAK BAIK

Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis, Tuan Guru Besar, guru-guru, rakan-rakan dan hadirin sekalian. selamat sejahtera.Tajuk syarahan saya pada kali ini ialah Membazir Adalah Amalan Yang Tidak Baik.Hadirin sekalian,

Kata membazir bermaksud berlebih-lebihan menggunakan sesuatu hingga ada yang terbuang. Amalan ini sebenarnya banyak mendatangkan keburukan. Misalnya jika kita terlalu boros berbelanja,kita tidak akan mempunyai wang ketika kita benar-benar memerlukannya. Makanan yang dibeli secara berlebihan mungkin tidak termakan dan akan dibuang.

Selain dari itu, membuang masa dengan cara yang tidak berfaedah adalah satu pembaziran. Bagi seorang murid, masa itu adalah emas. Oleh sebab itu ,kita hendaklah membuat jadual waktu supaya masa kita dapat diisi dengan perkara-perkara yang berfaedah.

Kita digalakkan juga supaya tidak membazir air dan elektrik. Jika kita membazir air dan elektrik ,kita terpaksa menggunakan wang yang banyak untuk membayar bil-bil berkenaan.Pada musim kemarau pula,kita akan menghadapi masalah kekurangan air dan terpaksa dicatu.

Oleh sebab masa tidak mengizinkan ,saya terpaksa mengakhiri syarahan saya ini. Sebagai kesimpulannya ,saya ingin menekankan bahawa membazir adalah amalan yang tidak baik dan banyak mendatangkan keburukan kepada kita. Sekian,terima kasih.

KEPENTINGAN MEMBACA

Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis, Tuan Guru Besar, guru-guru, rakan-rakan dan hadirin sekalian. selamat sejahtera.

Tajuk syarahan saya ialah Kepentingan Membaca. Membaca adalah satu amalan yang mulia. Membaca boleh memberi manfaat kepada kita semua. Melalui pembacaan, kita dapat mengetahui pelbagai perkara. Contohnya melalui surat khabar. Akhbar merupakan sumber maklumat dan menyiarkan pelbagai peristiwa yang berlaku di seluruh dunia.

Saudara dan saudari sekalian,

Selain mendapat maklumat, membaca juga boleh mengisi masa lapang kita. Jika kita menjadikan sifat membaca sebagai amalan, sudah tentu masa kita tidak terbuang begitu sahaja. Jadi, kita boleh mengelakkan diri daripada melakukan perkara yang tidak berfaedah seperti bermain-main dan merayau-rayau di kedai-kedai dan sebagainya.

Di samping itu, membaca boleh membaiki penguasaan bahasa kita. Melaluinya kita boleh menambah perbendaharaan kata.

Oleh itu, kita mestilah menjadikan tabiat suka membaca sebagai amalan hidup. Manusia yang suka membaca adalah manusia yang mempunyai banyak ilmu.

Sekian , saya sudahi syarahan saya dengan ucapan terima kasih.

MENJAGA ALAM SEKITAR

Yang Mulia Tuan Pengerusi Majlis, barisan hakim yang bijaksana , guru-guru dan rakan-rakan sekalian. Tajuk syarahan saya ialah Menjaga Alam Sekitar.

Hadirin hadirat sekalian,

Alam sekitar adalah suasana yang wujud di sekeliling kita. Ini termasuk bumi yang kita pijak dan udara yang kita sedut. Semakin hari alam sekitar kita semakin tercemar.

Antara faktor-faktor pencemaran ialah pengeluaran asap-asap kotor daripada kenderaan dan kilang-kilang, sampah sarap yang sukar dihapuskan seperti longgokkan besi buruk , sungai yang dipenuhi sampah dan bangkai binatang.

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,

Hal, ini jelas membuktikan bahawa hidupan kita adalah terdedah kepada bahaya pencemaran alam sekitar. Oleh itu, kita hendaklah menjaga alam sekitar dengan tidak melakukan perkara-perkara yang boleh mencemarkannya. Sebagai pengguna, kita hendaklah sama-sama mendisiplinkan diri dan menjaga kebersihan alam sekitar.

Sebagai mengakhiri syarahan ini, saya ingin tegaskan bahawa langkah serius perlu diambil dengan segera dalam usaha menjaga alam sekitar kita. Setiap individu perlu mempunyai kesedaran sivik yang tinggi dalam hal ini. Alam sekitar yang bersih menjamin kesihatan kita.

Sekian, terima kasih

PENTINGNYA ANAK-ANAK MENGHORMATI IBU BAPA Yang Dihormati Tuan Pengerusi Majlis, Yang Berusaha Guru Besar, barisan hakim yang arif lagi bijaksana, guru-guru dan rakan-rakan yang dikasihi sekalian. Selamat sejahtera saya ucapkan. Berdirinya saya di sini adalah untuk menyampaikan sebuah syarahan yang bertajuk "Pentingnya anak-anak menghormati ibu bapa". Hadirin sekalian, Ibu bapa memainkan peranan penting dalam kehidupan kita. Merekalah orang yang banyak berjasa kepada kita. Mereka mencurahkan kasih sayang sejak kita di dalam kandungan lagi. Oleh itu, menghormati mereka dengan sepenuh hati merupakan salah satu cara kita membalas jasa-jasa mereka. Anak-anak perlu sedar bahawa ibu bapa banyak berkorban wang ringgit untuk menyara dan memenuhi keperluan kita. Namun, mereka sekali-kali tidak pernah merungut tentang kos untuk membesarkan kita selama ini. Betapa zalimnya jika kita tidak menghargai jasa dan pengorbanan yang dicurahkan oleh mereka kepada kita. Hadirin sekalian, Ibu bapa telah memberikan pendidikan agama, akhlak dan sahsiah kepada kita. Mereka juga menjalankan tanggungjawab mereka dengan memberikan kita pendidikan yang sempurna. Balaslah jasa mereka, apatah lagi apabila kita sudah berjaya menggapai cita-cita. Selain itu, ibu bapa juga merupakan insan yang paling rapat dengan kita. Sekiranya kita mempunyai masalah, mereka akan berusaha mencari jalan penyelesaiannya. Oleh itu, sayangilah mereka kerana ibu bapa tiada galang gantinya di dunia ini. Oleh yang demikian, kita perlulah sentiasa menghormati ibu bapa. Sebagai anak, kita perlu mencari keberkatan di dunia dan akhirat. Semuanya dapat diperoleh apabila kita mendapat restu daripada ibu bapa kita. Marilah kita bersama-sama menghormati ibu bapa kita. Sekian, terima kasih.