susun atur bilik darjah yang mesra budaya

5
Susun atur bilik darjah yang mesra budaya Persekitaran bilik darjah yang mesra budaya menjadi faktor keberkesanan kepada proses pengajaran dan pembelajaran . Mesra didefinisikan sebagai satu perasaan yang menggambarkan kegembiraan, keceriaan dan keselesaan yang wujud dalam interaksi sesama individu dalam sesebuah masyarakat. Budaya pula boleh didefinisikan sebagai satu amalan yang diamalkan dalam sesebuah masyarakat. John W.Santrock (2007) mendefinisikan budaya sebagai “the behaviour, patterns, beliefs, and all other products of a particular group of people that are passed on from generation to generation” . Takrifan lain bagi budaya adalah hasil interaksi antara beberapa kumpulan masyarakat dengan persekitaran melewati satu tempoh masa yang lama iaitu banyak tahun. Budaya itu sendiri boleh mempengaruhi identiti, cara pembelajaran, dan tingkah laku sosial ahlinya (Bornstein, M.H., 1999; Goodnow, 1995). Secara umumnya, persekitaran bilik darjah yang mesra budaya boleh difahamkan sebagai suatu persekitaran bilik darjah yang selesa, gembira dan ceria yang telah diwujudkan oleh guru melalui amalan dan perlakuan yang telah diterapkan dalam pengajaran guru tersebut dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Kenyataan yang diutarakan oleh Steele (1973) disokong oleh Lambert (1994) yang menyatakan bahawa aspek persekitaran fizikal seperti dengan siapa dan di mana pelajar duduk juga dapat membantu dalam interaksi antara murid dari latar belakang lingustik dan kebudayaan yang berbeza. Persekitaran bilik darjah yang positif tercapai apabila murid dapat melalui proses pengajaran dan pembelajaran dengan baik. Murid akan berasa tenang, seronok dan bermotivasi untuk belajar. Menurut Woolfolk (1990) motivasi atau kuasa dalaman akan membangkit, mengarah dan mengawal minat dan tingkah laku murid. Salah satu cara bagi mewujudkan persekitaran bilik darjah yang positif ialah melalui susun atur ruang pembelajaran dalam bilik darjah. Ruang pembelajaran di dalam bilik darjah perlu menarik dan meyokong aktiviti pembelajaran di dalamnya. Ruang pembelajaran di dalam bilik darjah dirangka supaya ada ruang persendirian , ruang untuk berkolaborasi dengan rakan-rakan dan ruang untuk alat bantu belajar yang kondusif kepada murid-murid.

Upload: sha-efah

Post on 02-Jul-2015

2.226 views

Category:

Documents


10 download

TRANSCRIPT

Page 1: Susun Atur Bilik Darjah Yang Mesra Budaya

Susun atur bilik darjah yang mesra budaya

Persekitaran bilik darjah yang mesra budaya menjadi faktor keberkesanan

kepada proses pengajaran dan pembelajaran . Mesra didefinisikan sebagai satu

perasaan yang menggambarkan kegembiraan, keceriaan dan keselesaan yang

wujud dalam interaksi sesama individu dalam sesebuah masyarakat. Budaya pula

boleh didefinisikan sebagai satu amalan yang diamalkan dalam sesebuah

masyarakat.

John W.Santrock (2007) mendefinisikan budaya sebagai “the behaviour,

patterns, beliefs, and all other products of a particular group of people that are

passed on from generation to generation”. Takrifan lain bagi budaya adalah hasil

interaksi antara beberapa kumpulan masyarakat dengan persekitaran melewati satu

tempoh masa yang lama iaitu banyak tahun. Budaya itu sendiri boleh mempengaruhi

identiti, cara pembelajaran, dan tingkah laku sosial ahlinya (Bornstein, M.H., 1999;

Goodnow, 1995).

Secara umumnya, persekitaran bilik darjah yang mesra budaya boleh

difahamkan sebagai suatu persekitaran bilik darjah yang selesa, gembira dan ceria

yang telah diwujudkan oleh guru melalui amalan dan perlakuan yang telah

diterapkan dalam pengajaran guru tersebut dalam proses pengajaran dan

pembelajaran. Kenyataan yang diutarakan oleh Steele (1973) disokong oleh Lambert

(1994) yang menyatakan bahawa aspek persekitaran fizikal seperti dengan siapa

dan di mana pelajar duduk juga dapat membantu dalam interaksi antara murid dari

latar belakang lingustik dan kebudayaan yang berbeza.

Persekitaran bilik darjah yang positif tercapai apabila murid dapat melalui

proses pengajaran dan pembelajaran dengan baik. Murid akan berasa tenang,

seronok dan bermotivasi untuk belajar. Menurut Woolfolk (1990) motivasi atau kuasa

dalaman akan membangkit, mengarah dan mengawal minat dan tingkah laku murid.

Salah satu cara bagi mewujudkan persekitaran bilik darjah yang positif ialah melalui

susun atur ruang pembelajaran dalam bilik darjah. Ruang pembelajaran di dalam

bilik darjah perlu menarik dan meyokong aktiviti pembelajaran di dalamnya. Ruang

pembelajaran di dalam bilik darjah dirangka supaya ada ruang persendirian , ruang

untuk berkolaborasi dengan rakan-rakan dan ruang untuk alat bantu belajar yang

kondusif kepada murid-murid.

Page 2: Susun Atur Bilik Darjah Yang Mesra Budaya

Kami telah melakar satu lakaran kasar bilik darjah prasekolah yang dapat

menyumbangkan persekitaran yang mesra budaya. Bilik darjah yang kami lakar

adalah satu bilik darjah prasekolah yang mesra budaya. Pengurusan bilik darjah

prasekolah berbeza dengan persekitaran bilik darjah arus perdana. Hal ini kerana

persekitaran fizikal memainkan peranan penting dalam pemupukan minat dan

kesedian untuk belajar bagi murid-murid prasekolah.

Perkara utama yang kami tekankan semasa melukis pelan lantai prasekolah

ialah, aspek pencahayaan dan pengudaraan yang baik iaitu kedudukan pintu,

tingkap. Hal ini bagi memudahkan kami untuk menempatkan peralatan yang sesuai

di dalam kelas supaya tidak menghalang pencahayaan dan pengudaraan.

Pencahayaan dan pengudaraan yang cukup amatlah penting untuk keselesaan

murid dan guru semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Tingkap

dan lampu yang mencukupi boleh memberi pencahayaan dan pengudaraan yang

mencukupi. Susun atur perabot dalam bilik darjah juga disusun tidak menghalang

tingkap untuk mengelakkan berlakunya halangan pencahayaan dan pengudaraan.

Antara aspek lain yang kami tekankan dalam penyusunan bilik darjah

prasekolah ini ialah, meja guru, sudut pembelajaran, rak guru, sudut multimedia,

meja murid, bakul sampah,dapur, peti pertolongan cemas,alat pemadam api, bakul

sampah, tandas dan sebagainya.

Meja guru diletakkan di hadapan kelas, menghadap meja murid bagi

membantu berlakunya kontek visual antara murid dan guru sepanjang proses

pengajaran dan pembelajaran. Kedudukan meja guru adalah di bahagian tepi kelas

bukan di tengah supaya penglihatan murid pada papan putih tidak terhalang. Meja ini

tidak diletakkan di sebelah pintu supaya laluan keluar masuk tidak terhalang,

sebaliknya diletakkan di sebelah tingkap bagi memberi pencahayaan dan

pengudaraan yang cukup untuk keselesaan guru. Keselesaan guru dapat

merangsang semangat untuk guru mengajar dalam emosi yang positif.

Rak guru diletakkan di sebelah meja guru bagi kemudahan guru untuk

menyimpan bahan bantu belajar termasuk CD untuk kegunaan murid. Selain itu juga,

rak guru disediakan bagi memudahkan guru menyimpan fail peribadi murid, rekod-

Page 3: Susun Atur Bilik Darjah Yang Mesra Budaya

rekod perkembangan murid dan maklumat-maklumat lain yang berkaitan dengan

prasekolah.

Meja murid disusun mengikut kumpulan berlima dalam bentuk bulatan supaya

memudahkan berlakunya komunikasi antara ahli dalam kumpulan. Susunan ini turut

menggalakkan pembelajaran berorientasikan murid yang membolehkan murid

terlibat secara aktif dalam pembelajaran. Di samping itu, susun atur sebegini

memudahkan murid menjalankan aktiviti berkumpulan. Jika terdapat pelbagai kaum

di dalam kelas tersebut guru akan meletakan dalam setiap kumpulan akan terdiri

daripada pelbagai kaum. Hal ini bagi membentuk bilik darjah yang mesra budaya.

Bagi aktiviti kelas, murid akan berada di atas permaidani yang berdekatan dengan

meja guru. Hal ini membolehkan murid-murid dapat menumpukan perhatian kepada

guru semasa sesi pengajaran dan pembelajaran berlaku. Kedudukan murid yang

berhampiran dengan guru juga membolehkan murid berinteraksi dengan guru

dengan lebih jelas lagi.

Di kelas prasekolah, terdapat pelbagai sudut mengikut tunjang pembelajaran

iaitu, tunjang komunikasi bahasa (bahasa malaysia dan bahasa inggeris), tunjang

sains dan teknologi (awal sain dan matematik), tunjang kemanusiaan, tunjang

pendidikan islam dan moral, tunjang perkembangan fizikal dan kesihatan, tunjang

perkembangan kreativiti dan estetika serta tunjang pengurusan sosioemosi. Selain

itu, terdapat juga sudutmain peranan, sudut main bongkah dan sudut main pondok

dan sudut rehat bagi murid-murid prasekolah.

Setiap sudut ini berada di tepi kelas. Hal ini memudahkan murid

menggunakan sudut-sudut tersebut. Di setiap sudut ini, dihamparkan permaidani

dan diletakkan beberapa bantal untuk keselesaan murid-murid. Ruang ini lebih

bersifat mesra kepada murid-murid dan memberi suasana seolah-olah mereka

berada di rumah. Beberapa rak yang memuatkan buku, kamus turut disusun di sudut

ini untuk bacaan umum murid-murid. Peraturan penggunaan ruangan ini turut dibina

seperti bahan bacaan tidak boleh dikeluarkan daripada kelas, bahan bacaan perlu

disusun kembali di atas rak selepas digunakan dan sebagainya. Peraturan sebegini

boleh mengelakkan berlakunya kerosakan dan kehilangan bahan bacaan ini. Murid-

murid boleh menggunakan sudut ini pada bila-bila masa seperti pada waktu pagi

Page 4: Susun Atur Bilik Darjah Yang Mesra Budaya

sebelum sesi p&p bermula, sewaktu menunggu ibu bapa datang menjemput dan

ketika waktu rehat. Dengan adanya sudut pembelajaran ini murid-murid dapat

berinteraksi dengan rakan sekelas dengan lebih rapat

Pada sudut multimedia, disediakan sebuah komputer dengan jaringan internet

untuk penggunaan murid yang disambungkan ke plug elektrik yang berada di

bahagian tepi dinding bilik darjah prasekolah berdekatan dengan meja guru. Sudut

ini diletakkan berhampiran meja guru bagi memudahkan murid mendapat

bimbingan guru semasa penggunaannya. Ini juga dapat memberi kelebihan kepada

guru untuk memantau murid-murid agar menggunakan multi-media secara bijak

dan bermanfaat. Guru juga perlu menyediakan peraturan penggunaan multi-media

ini. Rasionalnya adalah supaya semua murid dapat menikmati kemudahan ini serta

pengajaran dan pembelajaran dapat berjalan lancar dan mengelakkan berlakunya

kerosakan atau kemalangan.

Peti pertolongan cemas juga sangat penting dalam sesebuah kelas

prasekolah. Peti pertolongan cemas ini diletakkan di hadapan kelas dan

berhampiran dengan meja guru. Penggunaan peti pertolongan cemas ini perlu

mendapat keizinan guru. Setiap kelas perlu mempunyai peti pertolongan cemas

kerana kita tidak dapat menjangka bila berlakunya kemalangan. Dengan adanya

peti ini, rawatan kecemasan dapat diberikan dengan segera apabila berlakunya

kemalangan.

Pemadam api amatlah penting sekiranya berlaku kebakaran. Dengan adanya

pemadam api dalam bilik darjah, kebakaran kecil dapat dipadamkan dengan segera

serta dapat dielakkan daripada merebak. Guru perlu menjemput pegawai bomba ke

sekolah untuk menerangkan kepada tindakan yang perlu mereka ambil sekiranya

berlaku kebakaran dan bagaimana cara untuk menggunakan pemadam api.

Kami meletakkan pada setiap sudut kelas satu bakul sampah. Hal ini kerana

kami ingim melatih murid-murid supaya menjaga kebersihan kelas. Dengan adanya

bakul sampah, kebersihan bilik darjah dapat dijaga kerana murid-murid perlu

membuang sampah ke dalam bakul sampah. Guru juga perlu menjadikan amalan

membuang sampah ke dalam bakul sampah sebagai rutin kepada murid-murid.

Dengan adanya amalan dan budaya membuang sampah ke dalam bakul sampah

Page 5: Susun Atur Bilik Darjah Yang Mesra Budaya

ini, maka kebersihan kelas akan terjamin sekali gus dapat menjadikan kelas

sebagai persekitaran yang bersih dan mesra budaya.

Di prasekolah kami juga terdapat sebuah dapur yang menempatkan barang-

barang untuk memasak. Dapur ini akan dikendalikan oleh pembantu pengurusan

murid (PPM). Makanan untuk murid-murid disediakan di dapur prasekolah oleh

PPM. Dapur terletak pada bahadian belakang kelas dan dihalang oleh dinding

supaya tidak mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Di

dapur juga terdapat peti ais bagi menyimpan bahan mentah. Perlatan yang tajam di

letakkan di tempat yang tinggi supaya tidak dapat di capai oleh murid-murid. Selain

itu, peraturan penggunaan dapur di beritahu oleh guru kepada murid. Sebagai

contoh, murid-murid tidak dibenarkan Masuk ke dapur tanpa kebenaran guru.

Seterusnya, di kelas prasekolah juga terdapat dua buah tandas. Iaitu tandas

lelaki dan tandas perempuan. Tandas ini terletak dibahagian belakang kelas dan

dan bertentangan dengan meja guru. Peraturan penggunaan tandas juga

ditetapkan seperti meminta izin guru dahulu sebelum ke tandas serta mambaca doa

sebelum masuk ke tandas. Kedudukan yang tandas hendaklah tidak telindung

daripada pandangan guru supaya jika sesuatu yang berlaku guru dapat

mengenalpasti dengan segera seperti murid-murid berada di dalam tandas terlalu

lama dan sebagainya.