surat rasmi jemputan hari anugerah

Upload: nurul-hazwani

Post on 10-Jul-2015

332 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

SK HAJI HASAN, CHANGKAT PETAI, 35400 TAPAH ROAD, PERAK DARUL RIDZUAN

KOD SEKOLAH : ABA 0010 TEL. & FAX : 05-6591069

1 MALAYSIA: RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN Ruj. Tuan : Ruj. Kami : SKHHTR/05/12/003(17) Tarikh : 2 November 2011 Kepada: Y.B. Dato Hj. Samsudin Bin Abu Hassan, ADUN Ayer Kuning, Pusat Khidmat ADUN Ayer Kuning, Tingkat 1 No. 17, Jalan Raja, 35000 Tapah, Perak. Tuan,

Jemputan Perasmian Hari Anugerah KecemerlanganDengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa Ahli Jawatankuasa PIBG Sekolah Kebangsaan Haji Hasan telah bersetuju sebulat suara untuk menjemput Dato hadir sebagai perasmi majlis tersebut. 2. Untuk makluman pihak Dato, majlis tersebut akan diadakan seperti ketentuan berikut: Tarikh Hari Masa Tempat : : : : 16 November 2011 Rabu 2.30 petang Dewan Terbuka Sekolah Kebangsaan Haji Hasan

3. Besarlah harapan kami agar Dato dapat menghadirkan diri ke majlis tersebut. Segala kerjasama Dato dalam perkara ini, didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian, Terima Kasih.

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA Saya Yang Menjalankan Tugas,

(SAADAH BINTI MISRO) Guru Besar,

Kepada:Y.B. Dato Hj. Samsudin Bin Abu Hassan, ADUN Ayer Kuning, Pusat Khidmat ADUN Ayer Kuning, Tingkat 1 No 17, Jalan Raja, 35000 Tapah, Perak .