surat polis merentas desa latihan 2016

Upload: drgiggs

Post on 08-Mar-2016

351 views

Category:

Documents


13 download

DESCRIPTION

ggn

TRANSCRIPT

Ruj Kami: SKJ/900-8/32 (17)Tarikh

: 28 JANUARI 2016Ketua Polis ,Ibu Pejabat Polis Jasin,

77000 Jasin,

Melaka.

Tuan,MEMOHON BANTUAN KAWALAN LALU LINTAS BAGI KEJOHANAN MERENTAS DESA PERINGKAT SEKOLAH TAHUN 2016Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk.

2.Unit Kokurikulum Sekolah Kebangsaan Jasin akan mengadakan kejohanan tersebut mengikut ketetapan berikut:

Tarikh: 2. Feb 2016

Hari: Selasa

Masa: 3.20 petang

Tempat: SK Jasin

3.Sehubungan dengan itu, kami memohon bantuan pihak tuan untuk membantu kami mengawallalu lintas semasa murid melintas jalan di lintasan lampu isyarat berhampiran Majlis Pebandaran Jasin

dan semasa kejohanan berlangsung.

4. Bersama-sama dengan surat ini, dilampirkan pelan laluan kejohanan untuk perhatian pihak tuan. Pihak kami amat mengharapkan agar permohonan kami ini diluluskan bertujuan demi keselamatan murid-murid di sekolah ini.

Sekian untuk tindakan dan makluman tuan. Terima kasih.

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

Saya yang menurut perintah,

......................................................

SEKOLAH KEBANGSAAN JASIN

JALAN AMAN ,

77000 JASIN,

MELAKA.

Telefon : 06-5291279

Fax : 06-5294484

e-mail: [email protected].