surat perjanjian jual beli.docx

2
SURAT PERJANJIAN JUAL BELI Bahawasannya pada hari ini bertarikh 24 Disember 2014, satu perjanjian telah dibuat di antara NORAZMAN BIN SAMSUDIN (no. kad pengenalan: 756703-07-5301) beralamat di 3768, Jalan Teluk Ipil,14300 Nibong Tebal, Pulau Pinang, yang mana selepas ini disebut sebagai pihak pertama atau penjual dengan KHOR KOK LIM (no. kad pengenalan: 710416-08-5359) beralamat di 31, Jalan Serai Muda 5, Taman Serai Muda, 34300 Bagan Serai, Perak, yang mana selepas ini disebut sebagai pihak kedua atau pembeli. Isi perjanjian 1. Tujuan perjanjian ini dibuat adalah untuk membuktikan perjualan dua buah lori jenama Nissan, yang bernombor pendaftaran KM 946 dan WAP 78 dari pihak pertama kepada pihak kedua dengan harga RM 26000.00 (Dua puluh enam ribu ringgit Malaysia sahaja). 2. Segala kemalangan dan pelanggaran undang-undang lalu lintas (saman), termasuk segala jenayah yang dilakukan berkenaan dengan dua buah lori ini sebelum tarikh surat perjanjian ini dibuat hendaklah ditanggung sepenuhnya oleh penjual. 3. Manakala pembeli hendaklah bertanggungjawab ke atas segala saman Pihak Berkuasa yang berkenaan mulai dari tarikh pembeli mengambil alih dua buah lori tersebut daripada penjual. 4. Pembeli perlu membayar penjual RM 300.00 pada setiap bulan sebagai bayaran penyewaan permit untuk dua buah lori yang dibelinya daripada penjual. (Hal ini bermaksud bayaran penyewaan permit untuk sebuah lori ialah RM 150.00 sahaja). 5. Sebaik sahaja surat perjanjian ini ditandatangani oleh pembeli dan penjual, termeterailah semua perkara di atas. Sekian, terima kasih.

Upload: zhi-wen-khor

Post on 22-Dec-2015

854 views

Category:

Documents


61 download

TRANSCRIPT

Page 1: SURAT PERJANJIAN JUAL BELI.docx

SURAT PERJANJIAN JUAL BELI

Bahawasannya pada hari ini bertarikh 24 Disember 2014, satu perjanjian

telah dibuat di antara NORAZMAN BIN SAMSUDIN (no. kad pengenalan:

756703-07-5301) beralamat di 3768, Jalan Teluk Ipil,14300 Nibong Tebal,

Pulau Pinang, yang mana selepas ini disebut sebagai pihak pertama atau

penjual dengan KHOR KOK LIM (no. kad pengenalan: 710416-08-5359)

beralamat di 31, Jalan Serai Muda 5, Taman Serai Muda, 34300 Bagan Serai,

Perak, yang mana selepas ini disebut sebagai pihak kedua atau pembeli.

Isi perjanjian

1. Tujuan perjanjian ini dibuat adalah untuk membuktikan perjualan dua buah

lori jenama Nissan, yang bernombor pendaftaran KM 946 dan WAP 78

dari pihak pertama kepada pihak kedua dengan harga RM 26000.00 (Dua

puluh enam ribu ringgit Malaysia sahaja).

2. Segala kemalangan dan pelanggaran undang-undang lalu lintas (saman),

termasuk segala jenayah yang dilakukan berkenaan dengan dua buah lori

ini sebelum tarikh surat perjanjian ini dibuat hendaklah ditanggung

sepenuhnya oleh penjual.

3. Manakala pembeli hendaklah bertanggungjawab ke atas segala saman

Pihak Berkuasa yang berkenaan mulai dari tarikh pembeli mengambil alih

dua buah lori tersebut daripada penjual.

4. Pembeli perlu membayar penjual RM 300.00 pada setiap bulan sebagai

bayaran penyewaan permit untuk dua buah lori yang dibelinya daripada

penjual. (Hal ini bermaksud bayaran penyewaan permit untuk sebuah lori

ialah RM 150.00 sahaja).

5. Sebaik sahaja surat perjanjian ini ditandatangani oleh pembeli dan

penjual, termeterailah semua perkara di atas.

Sekian, terima kasih.

Page 2: SURAT PERJANJIAN JUAL BELI.docx

Tandatangan Penjual Tandatangan Pembeli

_________________________

_____________________

(NORAZMAN BIN SAMSUDIN) (KHOR KOK LIM)

No. K/P: 756703-07-5301 No. K/P: 710416-08-5359

Tandatangan Saksi

__________________________

( )No. K/P: