surat pelepasan pelajar

2
Pasukan Kadet Remaja Sekolah, Sekolah Menengah Kebangsaan Anderson, Ipoh, Perak. Tarikh : 12 Mei 2009 Encik Zainal Hj. Umar. Penolong Kokurikulum, Sekolah Menengah Kebangsaan Anderson, Ipoh, Perak. Tuan, PELEPASAN PELAJAR MENJALANI LATIHAN KAWAT KAKI Sehubungan dengan perkara di atas, Pasukan Kadet Remaja Sekolah Sekolah Menengah Kebangsaan Anderson Ipoh ingin memohon kebenaran pelepasan pelajar bagi menjalani latihan kawat kaki. 2. Hal ini kerana, kami telah kesuntukan masa untuk menjalani latihan kawad kaki yang tinggal hanya sehari sebelum hari pertandingan. Persediaan yang lebih diperlukan untuk menghadapi Pertandingan Kawad Kaki Negeri Perak yang akan diadakan pada hari Khamis ini iaitu 14 Mei 2009. 3. Ianya disebabkan factor cuaca yang sering kali hujan di hari sebelumnya. Selain itu, kebanyakkan ahli kami menyertai Kem Biro Tatanegara (BTN) dan perlawanan kriket. 4. Ibu bapa para pelajar yang terlibat telah pihak kami maklumkan. 5. Kerjasama daripada pihak tuan amat kami harapkan bagi menjayakan hasrat kami yang juga hasrat sekolah serta daerah Kinta Utara bagi memenangi pertandingan kawad kaki. Dengan latihan yang dijalankan, kami

Upload: takumipaehwara

Post on 15-Jun-2015

8.471 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: Surat Pelepasan Pelajar

Pasukan Kadet Remaja Sekolah,Sekolah Menengah Kebangsaan Anderson,Ipoh, Perak.

Tarikh : 12 Mei 2009

Encik Zainal Hj. Umar.

Penolong Kokurikulum,Sekolah Menengah Kebangsaan Anderson,Ipoh, Perak.

Tuan,

PELEPASAN PELAJAR MENJALANI LATIHAN KAWAT KAKI

Sehubungan dengan perkara di atas, Pasukan Kadet Remaja Sekolah Sekolah Menengah Kebangsaan Anderson Ipoh ingin memohon kebenaran pelepasan pelajar bagi menjalani latihan kawat kaki.

2. Hal ini kerana, kami telah kesuntukan masa untuk menjalani latihan kawad kaki yang tinggal hanya sehari sebelum hari pertandingan. Persediaan yang lebih diperlukan untuk menghadapi Pertandingan Kawad Kaki Negeri Perak yang akan diadakan pada hari Khamis ini iaitu 14 Mei 2009.

3. Ianya disebabkan factor cuaca yang sering kali hujan di hari sebelumnya. Selain itu, kebanyakkan ahli kami menyertai Kem Biro Tatanegara (BTN) dan perlawanan kriket.

4. Ibu bapa para pelajar yang terlibat telah pihak kami maklumkan.

5. Kerjasama daripada pihak tuan amat kami harapkan bagi menjayakan hasrat kami yang juga hasrat sekolah serta daerah Kinta Utara bagi memenangi pertandingan kawad kaki. Dengan latihan yang dijalankan, kami akan sedaya upaya untuk melakukan yang terbaik bagi mengharumkan nama SMK Anderson yang kami cintai.

Page 2: Surat Pelepasan Pelajar

Kerjasama dan jasa baik tuan bagi meluluskan perkara diatas terlebih dahulu diucapkan

Sekian, terima kasih.

“USAHA HINGGA JAYA”

Saya yang menjalankan tugas,

…………………………………..(LEFT. MUDA(KRS) SYAZUL IDZWAN BIN ADNAN)Guru Penasihat,Pasukan Kadet Remaja Sekolah,Sekolah Menengah Kebangsaan Anderson,Ipoh, Perak.

SarapanKelengkapan pakaian mknMk bpk dh mklum pSesi ptg mk bpk xdpt hantar

CuacaKem btn kriket