surat pekeliling bahagian pentadbiran · berkuatkuasa boleh menyambung penyertaan dengan mengisi...

22

Upload: others

Post on 19-Jan-2020

45 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: SURAT PEKELILING BAHAGIAN PENTADBIRAN · berkuatkuasa boleh menyambung penyertaan dengan mengisi borang keahlian pesara dan membayar caruman untuk tempoh bermula dari tarikh persaraan
Page 2: SURAT PEKELILING BAHAGIAN PENTADBIRAN · berkuatkuasa boleh menyambung penyertaan dengan mengisi borang keahlian pesara dan membayar caruman untuk tempoh bermula dari tarikh persaraan
Page 3: SURAT PEKELILING BAHAGIAN PENTADBIRAN · berkuatkuasa boleh menyambung penyertaan dengan mengisi borang keahlian pesara dan membayar caruman untuk tempoh bermula dari tarikh persaraan

SURAT PEKELILING BAHAGIAN PENTADBIRAN BILANGAN 04 TAHUN 2017

GARIS PANDUAN PENGURUSAN SKIM KHAIRAT KAKITANGAN RISDA

(SKKR)

Page 4: SURAT PEKELILING BAHAGIAN PENTADBIRAN · berkuatkuasa boleh menyambung penyertaan dengan mengisi borang keahlian pesara dan membayar caruman untuk tempoh bermula dari tarikh persaraan

1

s

1.0. PENDAHULUAN

Garis Panduan ini sebagai panduan kepada kakitangan RISDA, Syarikat

Milikan RISDA, NARSCO dan KARISMA untuk menyertai Skim Khairat

Kakitangan RISDA (SKKR) bagi tempoh perlindungan bermula 1 Mei 2017

hingga 30 April 2017.

2.0. KEAHLIAN DAN UMUR PENYERTAAN

2.1. Penyertaan SKKR adalah terbuka kepada semua kakitangan RISDA /

Syarikat Milikan RISDA / NARSCO / KARISMA yang berjawatan tetap

dan menerima gaji bulanan.

2.2. Penyertaan SKKR juga terbuka kepada pesara RISDA atau kakitangan

Syarikat Milikan RISDA / NARSCO / KARISMA yang telah

menamatkan perkhidmatan.

2.3. Mana-mana kakitangan yang dilantik, bersara atau menamatkan

perkhidmatan selepas tarikh pembaharuan perlindungan insurans (1

Mei tahun semasa) juga boleh menyertai SKKR.

2.4. Penyertaan juga terbuka kepada pasangan (suami/isteri) kakitangan

atau pesara / kakitangan yang menamatkan perkhidmatan termasuk

isteri kedua, ketiga dan keempat serta anak-anak di bawah

tanggungan untuk menyertai SKKR.

2.5. Anak-anak di bawah tanggungan yang layak menyertai SKKR adalah

anak kandung, anak tiri dan anak angkat yang diiktiraf di sisi undang-

undang termasuk anak berstatus Orang Kelainan Upaya (OKU) yang

masih belum bekerja dan belum berkahwin.

GARIS PANDUAN PENGURUSAN SKIM KHAIRAT KAKITANGAN RISDA

Page 5: SURAT PEKELILING BAHAGIAN PENTADBIRAN · berkuatkuasa boleh menyambung penyertaan dengan mengisi borang keahlian pesara dan membayar caruman untuk tempoh bermula dari tarikh persaraan

SKIM KHAIRAT KAKITANGAN RISDA

2

2.6. Pasangan yang berkahwin, anak yang dilahirkan atau anak yang

menyambung pengajian di Tingkatan Enam (6) atau Institut Pengajian

Tinggi (IPT) selepas tarikh pembaharuan perlindungan insurans (1 Mei

tahun semasa) juga boleh menyertai SKKR.

2.7. Umur penyertaan SKKR mengikut kategori adalah seperti berikut:

2.8. Had umur penyertaan SKKR bagi setiap kategori ialah pada tarikh

polisi perlindungan insurans berkuatkuasa iaitu pada 1 Mei setiap

tahun.

2.9. Bagi kakitangan dan pasangannya (suami/isteri) yang bekerja di

RISDA / Syarikat Milikan RISDA / NARSCO / KARISMA boleh

menyertai SKKR secara berasingan. Bagaimanapun, anak kakitangan

BIL KATEGORI UMUR PENYERTAAN

a. Kakitangan Sehingga satu (1) hari sebelum ulang tahun ke 60.

b. Pesara / kakitangan tamat perkhidmatan

Sehingga satu (1) hari sebelum ulang tahun ke 70.

c. Pasangan (suami/isteri) kakitangan atau pesara / kakitangan tamat perkhidmatan termasuk isteri kedua, ketiga dan keempat.

Sehingga satu (1) hari sebelum ulang tahun ke 70.

d. Anak-anak di bawah tanggungan yang belum bekerja dan belum berkahwin: i. Bayi hingga anak tamat

sekolah menengah tingkatan 5.

ii. Anak belajar di tingkatan 6

atau menuntut di IPT dalam dan luar negara.

Mulai umur satu (1) tahun hingga satu (1) hari sebelum ulang tahun ke 18. Mulai tarikh pendaftaran Tingkatan Enam (6) atau IPT hingga tamat belajar atau satu (1) hari sebelum ulang tahun ke 26 mengikut mana yang terdahulu.

Page 6: SURAT PEKELILING BAHAGIAN PENTADBIRAN · berkuatkuasa boleh menyambung penyertaan dengan mengisi borang keahlian pesara dan membayar caruman untuk tempoh bermula dari tarikh persaraan

SKIM KHAIRAT KAKITANGAN RISDA

3

dan pasangannya hanya dibenarkan menyertai SKKR sekali sahaja

sama ada mengikut penyertaan ibu atau bapa.

3.0. PENAMATAN KEAHLIAN

Kelayakan seseorang sebagai ahli SKKR akan hilang atau tamat apabila:

3.1. Kakitangan atau pesara meninggal dunia.

3.2. Kakitangan bersara / menamatkan perkhidmatan dan berhenti

mencarum.

3.3. Kakitangan meninggalkan perkhidmatan.

3.4. Kakitangan meletak jawatan.

3.5. Kakitangan ditamatkan perkhidmatan atau dibuang kerja.

3.6. Gagal mencarum dua (2) bulan berturut-turut.

3.7. Anak-anak di bawah tanggungan yang telah bekerja atau telah

berkahwin atau telah menamatkan pengajian. Anak yang telah bekerja

atau telah berkahwin atau telah menamatkan pengajian boleh

menamatkan keahlian dengan memaklumkan secara bertulis kepada

Urusetia SKKR dan caruman SKKR yang telah dibayar sebelumnya

tidak akan dikembalikan.

4.0. CARUMAN

4.1. Caruman keahlian SKKR tidak dikenakan GST sebanyak 6%.

4.2. Kadar caruman SKKR bagi kakitangan dan pasangan (suami/isteri)

yang berumur di bawah 60 tahun serta anak-anak di bawah

tanggungan yang perlu dibayar mengikut nilai perlindungan adalah

seperti di lampiran 1.

4.3. Caruman SKKR yang perlu dibayar mengikut nilai perlindungan bagi

pasangan (suami/isteri kakitangan) yang berumur 60 tahun hingga satu

(1) hari sebelum ulang tahun ke 70 adalah seperti di lampiran 2.

4.4. Caruman kakitangan kepada SKKR akan dibuat secara potongan gaji

pada setiap bulan oleh majikan masing-masing.

Page 7: SURAT PEKELILING BAHAGIAN PENTADBIRAN · berkuatkuasa boleh menyambung penyertaan dengan mengisi borang keahlian pesara dan membayar caruman untuk tempoh bermula dari tarikh persaraan

SKIM KHAIRAT KAKITANGAN RISDA

4

4.5. Ahli yang bercuti tanpa gaji hendaklah menguruskan caruman SKKR

secara tunai atau kaedah lain yang sesuai bagi tempoh cuti tanpa gaji

tersebut.

4.6. Bagi ahli SKKR yang bersara semasa tempoh perlindungan insurans

berkuatkuasa boleh menyambung penyertaan dengan mengisi borang

keahlian pesara dan membayar caruman untuk tempoh bermula dari

tarikh persaraan sehingga tamat tempoh perlindungan insurans.

4.7. Kadar caruman SKKR bagi pesara / kakitangan yang menamatkan

perkhidmatan dan pasangan (suami/isteri) yang berumur di bawah 70

tahun dan anak-anak di bawah tanggungan yang perlu dibayar

mengikut nilai perlindungan adalah seperti di lampiran 3.

4.8. Caruman pesara kepada SKKR hendaklah dibayar sekaligus secara

tunai atau melalui cek atau pindahan dalam talian atas nama Skim

Khairat Kakitangan RISDA akaun Bank Muamalat nombor 1403-

0004273-714. Jika caruman dibuat secara pindahan dalam talian,

pesara perlu menyatakan nama dan mengemukakan salinan slip

berkaitan.

4.9. Apa-apa perubahan nilai perlindungan dan kadar caruman SKKR

adalah tertakluk kepada Syarikat Insurans yang dilantik oleh pihak

Pengurusan RISDA.

5.0. PENAMAAN WASI

5.1. Kakitangan dan pesara dibenar menamakan dua (2) wasi bagi

menerima pampasan perlindungan SKKR yang terdiri daripada ibu,

bapa, suami, isteri, anak dan lain-lain.

5.2. Kakitangan dan pesara bertanggungjawab memaklumkan kepada wasi

bahawa wasi yang dinamakan adalah sebagai pemegang amanah dan

bukannya sebagai penerima hak atau wasiat. Wasi yang beragama

Page 8: SURAT PEKELILING BAHAGIAN PENTADBIRAN · berkuatkuasa boleh menyambung penyertaan dengan mengisi borang keahlian pesara dan membayar caruman untuk tempoh bermula dari tarikh persaraan

SKIM KHAIRAT KAKITANGAN RISDA

5

Islam bertanggungjawab menguruskan pembahagian pampasan

secara faraid dan bagi wasi yang bukan beragama Islam pula

bertanggungjawab menguruskan pembahagian pampasan tersebut

menurut Akta Pembahagian 1958.

5.3. Usia wasi yang dinamakan mestilah 18 tahun dan ke atas.

5.4. Urusetia SKKR akan menguruskan pampasan selepas ditolak segala

hutang kepada Tabung untuk diserahkan kepada Wasi pertama. Jika

Wasi pertama telah meninggal dunia, pampasan tersebut akan diberi

kepada Wasi kedua. Sekiranya kedua-dua wasi telah meninggal

dunia, pampasan tersebut akan diserah kepada Pemegang Amanah

atau Pentadbir yang telah ditentukan oleh Mahkamah Tinggi atau

Pejabat Pembahagian Pusaka Kecil atau Amanah Raya Berhad.

6.0. HUTANG KEPADA TABUNG

Hutang kepada Tabung yang dimaksudkan ialah:

6.1. Baki caruman bulanan SKKR yang sepatutnya dibayar oleh kakitangan

mulai tarikh kematian sehingga tamat perlindungan insurans.

6.2. Baki caruman bulanan SHPB yang sepatutnya dibayar oleh kakitangan

mulai tarikh kematian sehingga tamat perlindungan insurans.

6.3. Baki hutang bil hospital yang tidak dilindungi oleh insurans SHPB yang

sepatutnya dibayar oleh kakitangan atau pesara.

6.4. Baki hutang pinjaman TKKR yang sepatutnya dibayar oleh kakitangan.

7.0. PERLINDUNGAN SKKR

7.1. SKKR melindungi kematian atau keilatan kekal menyeluruh bagi ahli

yang berumur di bawah 65 tahun.

Page 9: SURAT PEKELILING BAHAGIAN PENTADBIRAN · berkuatkuasa boleh menyambung penyertaan dengan mengisi borang keahlian pesara dan membayar caruman untuk tempoh bermula dari tarikh persaraan

SKIM KHAIRAT KAKITANGAN RISDA

6

7.2. Bagi ahli yang berumur 65 tahun hingga satu (1) hari sebelum ulang

tahun ke 70, SKKR hanya melindungi kematian sahaja.

7.3. Nilai perlindungan tertakluk kepada kategori dan umur penyertaan

seperti berikut:

BIL. KATEGORI NILAI PERLINDUNGAN

MINIMA MAKSIMA

a. Kakitangan umur < 60 tahun RM10,000

60 x pendapatan bulanan @ RM350,000 (mana yang terendah)

b. Pesara umur < 70 tahun RM10,000 RM20,000

c. Pasangan kakitangan (suami/isteri per-1, ke 2,3 dan 4) umur < 60 tahun

RM10,000

Sama dengan pilihan kakitangan @ RM150,000 (mana yang terendah)

d. Pasangan kakitangan (suami/isteri per-1, ke 2,3 dan 4) umur 60 hingga < 70 tahun

RM10,000

e. Pasangan pesara (suami/isteri per-1, ke 2,3 dan 4) umur < 70 tahun

RM10,000

f. Anak-anak di bawah tanggungan kakitangan (umur < 60 tahun)

RM10,000

Sama dengan pilihan kakitangan @ RM100,000 (mana yang terendah)

g. Anak-anak di bawah tanggungan pesara (umur < 70 tahun)

RM10,000

7.4. Kakitangan yang memilih nilai perlindungan RM160,000 dan ke atas

untuk pasangan (suami/isteri) semasa polisi perlindungan insurans

tahun 2014-2015 boleh mengekalkan atau mengurangkan nilai

perlindungan tersebut.

8.0. KEILATAN KEKAL MENYELURUH

8.1. Keilatan kekal menyeluruh bermaksud ketidakupayaan seseorang

melakukan sebarang aktiviti, pekerjaan atau perniagaan bagi

Page 10: SURAT PEKELILING BAHAGIAN PENTADBIRAN · berkuatkuasa boleh menyambung penyertaan dengan mengisi borang keahlian pesara dan membayar caruman untuk tempoh bermula dari tarikh persaraan

SKIM KHAIRAT KAKITANGAN RISDA

7

memperolehi upah, ganjaran atau keuntungan akibat kemalangan atau

penyakit.

8.2. Keilatan kekal menyeluruh ini berterusan bagi satu tempoh tidak

kurang dari enam (6) bulan berturut-turut.

8.3. Keilatan kekal menyeluruh mengakibatkan seseorang tidak berupaya

untuk melakukan sekurang-kurangnya tiga (3) aktiviti harian tanpa

bantuan pihak lain seperti berikut:

a. Bergerak atau berpindah - keupayaan untuk bergerak sendiri dari

satu bilik ke bilik yang lain atau di dalam bilik yang sama atau

baring dan bangun dari katil atau kerusi.

b. Mengawal perkumuhan - keupayaan untuk mengawal

pembuangan air kecil dan besar.

c. Berpakaian - keupayaan untuk memakai atau menanggalkan

pakaian sendiri.

d. Ke tandas - keupayaan membersihkan diri sendiri di dalam tandas

atau bilik air termasuk masuk dan keluar tandas atau bilik air.

e. Makan - keupayaan untuk menyuap makanan atau minuman

sendiri.

8.4. Keilatan kekal menyeluruh juga merangkumi keadaan seseorang

seperti berikut:

a. Kehilangan penglihatan kedua-dua belah mata, atau

b. Kehilangan sekurang-kurangnya dua (2) anggota pada atau atas

pergelangan tangan atau buku lali, atau

c. Kehilangan penglihatan satu (1) mata dan satu (1) anggota pada

atau atas pergelangan tangan atau buku lali.

9.0. PENGECUALIAN

Insurans tidak melindungi bagi kematian atau keilatan kekal menyeluruh yang

disebabkan oleh punca-punca seperti berikut:

Page 11: SURAT PEKELILING BAHAGIAN PENTADBIRAN · berkuatkuasa boleh menyambung penyertaan dengan mengisi borang keahlian pesara dan membayar caruman untuk tempoh bermula dari tarikh persaraan

SKIM KHAIRAT KAKITANGAN RISDA

8

9.1. Bunuh diri, percubaan bunuh diri atau mencederakan diri sendiri yang

disengajakan ketika siuman atau tidak siuman.

9.2. Dijangkiti Human Immunodeficiency Virus (HIV) atau Acquired Immune

Deficiency Syndrome (AIDS) atau lain-lain penyakit kelamin.

9.3. Aktiviti penerbangan peribadi selain sebagai penumpang yang

membayar tambang menggunakan penerbangan komersil berjadual

melalui laluan yang ditetapkan.

9.4. Peperangan atau apa-apa tindakan peperangan, diistiharkan atau tidak

diistiharkan, aktiviti jenayah atau penganas, bergiat cergas dalam

mana-mana angkatan bersenjata, penyertaan secara langsung dalam

mogok, rusuhan dan kekecohan awam atau pemberontakan.

10.0. TEMPOH PERLINDUNGAN

Tempoh perlindungan insurans adalah satu tahun bermula dari 1 Mei tahun

semasa hingga 30 April tahun berikutnya atau sehingga had umur penyertaan

seseorang ahli SKKR mengikut mana yang terdahulu atau satu tempoh yang

ditetapkan oleh pengurusan RISDA.

11.0. CARA MEMOHON DAN MEMBAHARUI KEAHLIAN

11.1. Kakitangan RISDA/Syarikat Milikan RISDA/NARSCO dan KARISMA

yang ingin memohon menjadi ahli atau membaharui keahlian SKKR

bagi tempoh perlindungan yang baru tidak perlu mengisi borang.

11.2. Maklumat kakitangan, pasangan (suami/isteri) dan anak-anak di bawah

tanggungan hanya perlu dikemaskini dalam Sistem e-Tabung dengan

melayari laman sesawang di www3.risda.gov.my/etabung.

11.3. Bagi pesara yang ingin memohon menjadi ahli atau membaharui

keahlian SKKR bagi tempoh perlindungan yang baru perlu mengisi

borang.

Page 12: SURAT PEKELILING BAHAGIAN PENTADBIRAN · berkuatkuasa boleh menyambung penyertaan dengan mengisi borang keahlian pesara dan membayar caruman untuk tempoh bermula dari tarikh persaraan

SKIM KHAIRAT KAKITANGAN RISDA

9

11.4. Bagi kakitangan yang dilantik atau bersara, pasangan yang berkahwin,

anak yang dilahirkan atau anak yang menyambung pengajian selepas

tarikh pembaharuan perlindungan insurans (1 Mei tahun semasa) yang

ingin menyertai SKKR juga perlu mengisi borang.

11.5. Borang yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar kepada Urusetia

SKKR di alamat Bahagian Pentadbiran, Tingkat 4, Bangunan Annexe,

Ibu Pejabat RISDA, Jalan Ampang, 50990 Kuala Lumpur.

12.0. TUNTUTAN PAMPASAN

Setiap tuntutan pampasan perlindungan mestilah dilengkapkan dengan

dokumen-dokumen berikut:

12.1. Borang tuntutan pihak insurans yang telah lengkap diisi

12.2. Salinan Daftar Kematian / Permit Mengubur yang disahkan

12.3. Salinan Sijil Kematian yang disahkan

12.4. Salinan Kad Pengenalan si mati yang disahkan

12.5. Salinan Kad Pengenalan wasi yang disahkan

12.6. Laporan polis jika kematian akibat kemalangan

12.7. Laporan perubatan jika diperlukan

12.8. Laporan bedah siasat jika diperlukan

13.0. BORANG DAN KEGUNAAN

BIL. NAMA BORANG KEGUNAAN

13.1. SKKR 01/2016 Borang Penyertaan SKKR Bagi Kakitangan

13.2. SKKR 02/2016 Borang Penyertaan SKKR Bagi Pesara

13.3. SKKR 03/2016 Borang Penamaan Wasi SKKR

13.4. SKKR 04/2016 Borang Kebenaran Penyelesaian Hutang

Page 13: SURAT PEKELILING BAHAGIAN PENTADBIRAN · berkuatkuasa boleh menyambung penyertaan dengan mengisi borang keahlian pesara dan membayar caruman untuk tempoh bermula dari tarikh persaraan

SKIM KHAIRAT KAKITANGAN RISDA

10

14.0. URUSETIA

Semua borang yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar kepada Urusetia

SKKR di alamat Bahagian Pentadbiran, Tingkat 4, Bangunan Annexe, Ibu

Pejabat RISDA, KM 7.5 Jalan Ampang, 50990 Kuala Lumpur.

Page 14: SURAT PEKELILING BAHAGIAN PENTADBIRAN · berkuatkuasa boleh menyambung penyertaan dengan mengisi borang keahlian pesara dan membayar caruman untuk tempoh bermula dari tarikh persaraan

SKIM KHAIRAT KAKITANGAN RISDA

11

Lampiran 1

NILAI PERLINDUNGAN DAN KADAR CARUMAN SKKR

BAGI KAKITANGAN DAN PASANGAN UMUR DI BAWAH 60 TAHUN

TERMASUK ANAK DI BAWAH TANGGUNGAN

10,000.00 3.10 37.20

15,000.00 4.65 55.80

20,000.00 6.20 74.40

25,000.00 7.75 93.00

30,000.00 9.30 111.60

35,000.00 10.85 130.20

40,000.00 12.40 148.80

45,000.00 13.95 167.40

50,000.00 15.50 186.00

55,000.00 17.05 204.60

60,000.00 18.60 223.20

65,000.00 20.15 241.80

70,000.00 21.70 260.40

75,000.00 23.25 279.00

80,000.00 24.80 297.60

85,000.00 26.35 316.20

90,000.00 27.90 334.80

95,000.00 29.45 353.40

100,000.00 31.00 372.00

110,000.00 34.10 409.20

120,000.00 37.20 446.40

130,000.00 40.30 483.60

140,000.00 43.40 520.80

150,000.00 46.50 558.00

160,000.00 49.60 595.20

170,000.00 52.70 632.40

180,000.00 55.80 669.60

190,000.00 58.90 706.80

200,000.00 62.00 744.00

210,000.00 65.10 781.20

220,000.00 68.20 818.40

230,000.00 71.30 855.60

240,000.00 74.40 892.80

250,000.00 77.50 930.00

260,000.00 80.60 967.20

270,000.00 83.70 1,004.40

280,000.00 86.80 1,041.60

290,000.00 89.90 1,078.80

300,000.00 93.00 1,116.00

310,000.00 96.10 1,153.20

320,000.00 99.20 1,190.40

330,000.00 102.30 1,227.60

340,000.00 105.40 1,264.80

350,000.00 108.50 1,302.00

NILAI

PERLINDUNGAN

KADAR CARUMAN

BULANAN

KADAR CARUMAN

TAHUNAN

RM RM RM

Page 15: SURAT PEKELILING BAHAGIAN PENTADBIRAN · berkuatkuasa boleh menyambung penyertaan dengan mengisi borang keahlian pesara dan membayar caruman untuk tempoh bermula dari tarikh persaraan

SKIM KHAIRAT KAKITANGAN RISDA

12

Lampiran 2

NILAI PERLINDUNGAN DAN KADAR CARUMAN SKKR

BAGI PASANGAN BERUMUR 60 TAHUN HINGGA

1 HARI SEBELUM ULANG TAHUN KE 70

NILAI PERLINDUNGAN

KADAR CARUMAN BULANAN

KADAR CARUMAN TAHUNAN

RM RM RM

10,000.00 12.77 153.20

Page 16: SURAT PEKELILING BAHAGIAN PENTADBIRAN · berkuatkuasa boleh menyambung penyertaan dengan mengisi borang keahlian pesara dan membayar caruman untuk tempoh bermula dari tarikh persaraan

SKIM KHAIRAT KAKITANGAN RISDA

13

Lampiran 3

NILAI PERLINDUNGAN DAN KADAR CARUMAN SKKR

BAGI PESARA DAN PASANGAN BERUMUR DI BAWAH 70 TAHUN

TERMASUK ANAK DI BAWAH TANGGUNGAN

NILAI PERLINDUNGAN

KADAR CARUMAN BULANAN

KADAR CARUMAN TAHUNAN

RM RM RM

10,000.00 - 153.20

20,000.00 - 306.40

Page 17: SURAT PEKELILING BAHAGIAN PENTADBIRAN · berkuatkuasa boleh menyambung penyertaan dengan mengisi borang keahlian pesara dan membayar caruman untuk tempoh bermula dari tarikh persaraan

14

SKKR 1/2016

Urusetia SKKR KEGUNAAN URUSETIA

Bahagian Pentadbiran, Tingkat 4, Bangunan Annexe Tarikh terima :

Ibu Pejabat RISDA, Jalan Ampang, 50990 Kuala Lumpur Tarikh kemaskini :

1. Nama (mengikut kad pengenalan)

2. No. Kad Pengenalan Baru 3. No. Pekerja

- -

4. Tarikh Lahir 5. Pendapatan Sebulan (Gaji asas + elaun tetap)

- - R M .

6. Jawatan

7. Tempat Bertugas

8. Alamat

Poskod Bandar

9. No. Telefon Kediaman 10. No. Telefon Bimbit

- -

BIL

NO. PELAJAR

MAKLUMAT ANAK

BIL NAMA NO. KP

BARU /

MYKID

UMUR

(tahun)

HUBUNGAN NAMA SEKOLAH / IPT

BORANG PENYERTAAN SKKR BAGI KAKITANGAN

MAKLUMAT KAKITANGAN

MAKLUMAT PASANGAN (termasuk isteri kedua hingga keempat)

NAMA NO. KP BARU UMUR

(tahun)

HUBUNGAN TEMPAT BERTUGAS

(lengkapkan jika berkhidmat

di RISDA / SMR / NARSCO /

KARISMA)

Page 18: SURAT PEKELILING BAHAGIAN PENTADBIRAN · berkuatkuasa boleh menyambung penyertaan dengan mengisi borang keahlian pesara dan membayar caruman untuk tempoh bermula dari tarikh persaraan

15

SKKR 1/2016

Saya bersetuju mematuhi segala syarat keahlian yang ditetapkan oleh SKKR serta membenarkan gaji bulanan

saya dipotong sebanyak Ringgit Malaysia . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . untuk caruman SKKR.

- -

Tarikh

Saya mengesahkan bahawa maklumat yang dinyatakan di atas adalah benar.

- -

Tarikh

Nama:

Jawatan:

Cop Jabatan:

# NOTA:

1. Nyatakan maklumat ahli keluarga yang layak dan ingin menyertai SKKR sahaja.

2. Sertakan salinan Kad Pengenalan, MyKid dan Kad Pelajar ahli keluarga yang menyertai SKKR.

Tandatangan Ketua Jabatan

RM RM

JUMLAH CARUMAN

PENGAKUAN DAN PERSETUJUAN POTONGAN GAJI

Tandatangan Kakitangan

PENGESAHAN MAJIKAN

PILIHAN PELAN PERLINDUNGAN

BIL NAMA NILAI PERLINDUNGAN NILAI

CARUMAN

BULANAN

Page 19: SURAT PEKELILING BAHAGIAN PENTADBIRAN · berkuatkuasa boleh menyambung penyertaan dengan mengisi borang keahlian pesara dan membayar caruman untuk tempoh bermula dari tarikh persaraan

16

SKKR 2/2016

Urusetia SKKR KEGUNAAN URUSETIA

Bahagian Pentadbiran, Tingkat 4, Bangunan Annexe Tarikh terima :

Ibu Pejabat RISDA, Jalan Ampang, 50990 Kuala Lumpur Tarikh kemaskini :

1. Nama (mengikut kad pengenalan)

2. No. Kad Pengenalan Baru 3. Tarikh Lahir

- - - -

4. Tempat Bertugas Terakhir

5. Alamat

Poskod Bandar

6. No. Telefon Kediaman 7. No. Telefon Bimbit

- -

BIL

BORANG PENYERTAAN SKKR BAGI PESARA

MAKLUMAT PESARA

MAKLUMAT PASANGAN (termasuk isteri kedua hingga keempat)

NAMA NO. KP BARU UMUR

(tahun)

HUBUNGAN TEMPAT BERTUGAS

(lengkapkan jika berkhidmat

di RISDA / SMR / NARSCO /

KARISMA)

NO. PELAJAR

MAKLUMAT ANAK

BIL NAMA NO. KP

BARU /

MYKID

UMUR

(tahun)

HUBUNGAN NAMA SEKOLAH / IPT

Page 20: SURAT PEKELILING BAHAGIAN PENTADBIRAN · berkuatkuasa boleh menyambung penyertaan dengan mengisi borang keahlian pesara dan membayar caruman untuk tempoh bermula dari tarikh persaraan

17

SKKR 2/2016

Saya bersetuju mematuhi segala syarat keahlian yang ditetapkan oleh SKKR dan membayar caruman tahunan

SKKR sebanyak Ringgit Malaysia . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . secara * tunai / pindahan / cek atas nama

"SKIM KHAIRAT KAKITANGAN RISDA" akaun Bank Muamalat nombor 1403-0004273-71-4.

- -

Tarikh

* potong mana yang tidak berkenaan

# NOTA:

1. Nyatakan maklumat ahli keluarga yang layak dan ingin menyertai SKKR sahaja.

2. Sertakan salinan Kad Pengenalan, MyKid dan Kad Pelajar ahli keluarga yang menyertai SKKR.

PILIHAN PELAN PERLINDUNGAN

BIL NAMA NILAI PERLINDUNGAN NILAI

CARUMAN

TAHUNAN

RM RM

JUMLAH CARUMAN

PENGAKUAN

Tandatangan Pesara

Page 21: SURAT PEKELILING BAHAGIAN PENTADBIRAN · berkuatkuasa boleh menyambung penyertaan dengan mengisi borang keahlian pesara dan membayar caruman untuk tempoh bermula dari tarikh persaraan

18

SKKR 3/2016

Urusetia SKKR KEGUNAAN URUSETIA

Bahagian Pentadbiran, Tingkat 4, Bangunan Annexe Tarikh terima :

Ibu Pejabat RISDA, Jalan Ampang, 50990 Kuala Lumpur Tarikh kemaskini :

1. Nama (mengikut kad pengenalan)

2. No. Kad Pengenalan Baru

- -

1. Nama Wasi Pertama (mengikut kad pengenalan)

2. No. Kad Pengenalan Baru 3. Hubungan

- -

4. Alamat

Poskod Bandar

5. No. Telefon Kediaman 6. No. Telefon Bimbit

- -

7. Nama Wasi Kedua (mengikut kad pengenalan)

8. No. Kad Pengenalan Baru 9. Hubungan

- -

10. Alamat

Poskod Bandar

11. No. Telefon Kediaman 12. No. Telefon Bimbit

- -

1. Saya bersetuju melantik penama di atas sebagai wasi untuk menerima dan mengurus pembahagian baki

wang perlindungan yang layak diterima dari SKIM KHAIRAT KAKITANGAN RISDA selepas kematian saya.

2. Saya bersetuju semua wang tersebut diserahkan kepada wasi pertama atau wasi kedua sekiranya wasi

pertama meninggal dunia.

3. Saya akan memaklumkan kepada wasi yang dilantik bahawa mereka merupakan pemegang amanah dan

bertanggungjawab menguruskan pembahagian wang tersebut secara faraid.

- -

Tarikh

Saya mengesahkan bahawa maklumat yang dinyatakan di atas adalah benar.

- -

Tarikh

Nama:

No. KP:

# NOTA: Wasi mestilah berumur 18 tahun ke atas.

PENGESAHAN MAJIKAN / SAKSI

Tandatangan Ketua Jabatan / Saksi

BORANG PENAMAAN WASI SKKR

MAKLUMAT KAKITANGAN / PESARA

MAKLUMAT WASI

PENGAKUAN KAKITANGAN / PESARA

Tandatangan Kakitangan / Pesara

Page 22: SURAT PEKELILING BAHAGIAN PENTADBIRAN · berkuatkuasa boleh menyambung penyertaan dengan mengisi borang keahlian pesara dan membayar caruman untuk tempoh bermula dari tarikh persaraan

19

SKKR 4/2016

Urusetia SKKR KEGUNAAN URUSETIA

Bahagian Pentadbiran, Tingkat 4, Bangunan Annexe Tarikh terima :

Ibu Pejabat RISDA, Jalan Ampang, 50990 Kuala Lumpur Tarikh kemaskini :

1. Nama (mengikut kad pengenalan)

2. No. Kad Pengenalan Baru

- -

Saya faham dan bersetuju membenarkan Urusetia Skim Khairat Kakitangan RISDA (SKKR) untuk mengurus

pemotongan atau menyelaras wang perlindungan SKKR yang layak diterima selepas kematian saya bagi

menyelesaikan semua hutang saya dan perkara-perkara seperti berikut:

1. Menyelesaikan semua baki hutang bil rawatan hospital saya dan tanggungan yang tidak dilindungi oleh

insurans Skim Hospital Dan Pembedahan Berkelompok (jika ada), DAN

2. Menyelesaikan semua baki pinjaman Tabung Kebajikan Kakitangan RISDA saya (jika ada), DAN

3. Menyelesaikan baki caruman saya yang tertunggak kepada Skim Khairat Kakitangan RISDA (jika ada)

dan Skim Hospital Dan Pembedahan Berkelompok (jika ada), DAN

4. Menguruskan bayaran baki wang perlindungan SKKR yang layak diterima (jika ada) kepada wasi yang

telah dinamakan oleh saya atau menurut apa-apa perintah yang dikeluarkan oleh pihak yang berkuasa.

- -

Tarikh

Saya mengesahkan bahawa maklumat yang dinyatakan di atas adalah benar.

- -

Tarikh

Nama:

No. KP:

Tandatangan Ketua Jabatan / Saksi

BORANG KEBENARAN PENYELESAIAN HUTANG

MAKLUMAT KAKITANGAN / PESARA

PENGAKUAN KAKITANGAN / PESARA

Tandatangan Kakitangan / Pesara

PENGESAHAN MAJIKAN / SAKSI