surat jemputan

2
Tel:+61425786608 Rujukan : JPT/1/2014 Tarikh : 06 November 2014 Kepada: Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan Masjid, Jabatan Dakwah, Pendidikan Dan Pengurusan Masjid, Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Terengganu, Pusat Pentadbiran Islam Negeri, Kompleks Seri Iman, Jalan Sultan Mohamad, 20676 Kuala Terengganu, Terengganu. Tuan, KEBENARAN MENJALANKAN TUGAS SEBAGAI PENCERAMAH DALAM PROGRAM “SUMMER CAMP AUSTRALIA 2014” DI NEW SOUTH WALES (NSW), AUSTRALIA. Perkara di atas adalah dirujuk. 2. Sukacita dimaklumkan bahawa pihak kami berbesar hati menjemput Ustaz Engku Omar Amiruddin Bin Engku Ali, salah seorang pegawai di jabatan Tuan untuk menjadi penceramah dalam program “Summer Camp” kepada para pelajar Malaysia dari seluruh Australia yang menyertai program tersebut. 3. Program “Summer Camp” berlangsung seperti berikut; Tarikh : 21 November 2014 hingga 01 Disember 2014 Tempat : Ingleside Scout Camp, NSW Australia Peserta : Para Pelajar Malaysia dari seluruh Australia Tajuk : Belia Harapan Agama dan Negara, Asas-asas Kefahaman Islam, Tanggungjawab Pelajar Muslim 4. ISMA Australia memandang serius keperluan untuk semua pelajar yang menyertai program ini mendalami dan memahami ilmu Islam, secara spesifiknya tentang tajuk di atas. Justeru ISMA Australia mengambil langkah menganjurkan program ini bagi memberi manfaat kepada semua pelajar Malaysia yang hadir walaupun berlatarbelakangkan pelbagai jurusan di Australia ini. 5. Segala kos perbelanjaan perjalanan,makan minum dan penginapan akan diuruskan oleh pihak penganjur. Pihak kami sangat berharap dan mendahulukan ucapan terima kasih kepada pihak Tuan kerana mempertimbangkan pelepasan kepada Ustaz Engku Omar Amiruddin bin Engku Ali pada tarikh yang dinyatakan di atas bagi menjayakan program ini.

Upload: yusoffanas88

Post on 13-Dec-2015

12 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

contoh surat jemputan

TRANSCRIPT

Page 1: Surat Jemputan

Tel:+61425786608 Rujukan : JPT/1/2014 Tarikh : 06 November 2014

Kepada: Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan Masjid, Jabatan Dakwah, Pendidikan Dan Pengurusan Masjid, Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Terengganu, Pusat Pentadbiran Islam Negeri, Kompleks Seri Iman, Jalan Sultan Mohamad, 20676 Kuala Terengganu, Terengganu. Tuan, KEBENARAN MENJALANKAN TUGAS SEBAGAI PENCERAMAH DALAM PROGRAM “SUMMER CAMP AUSTRALIA 2014” DI NEW SOUTH WALES (NSW), AUSTRALIA. Perkara di atas adalah dirujuk. 2. Sukacita dimaklumkan bahawa pihak kami berbesar hati menjemput Ustaz Engku Omar Amiruddin Bin Engku Ali, salah seorang pegawai di jabatan Tuan untuk menjadi penceramah dalam program “Summer Camp” kepada para pelajar Malaysia dari seluruh Australia yang menyertai program tersebut. 3. Program “Summer Camp” berlangsung seperti berikut;

Tarikh : 21 November 2014 hingga 01 Disember 2014 Tempat : Ingleside Scout Camp, NSW Australia Peserta : Para Pelajar Malaysia dari seluruh Australia Tajuk : Belia Harapan Agama dan Negara, Asas-asas Kefahaman Islam,

Tanggungjawab Pelajar Muslim 4. ISMA Australia memandang serius keperluan untuk semua pelajar yang menyertai program ini mendalami dan memahami ilmu Islam, secara spesifiknya tentang tajuk di atas. Justeru ISMA Australia mengambil langkah menganjurkan program ini bagi memberi manfaat kepada semua pelajar Malaysia yang hadir walaupun berlatarbelakangkan pelbagai jurusan di Australia ini. 5. Segala kos perbelanjaan perjalanan,makan minum dan penginapan akan diuruskan oleh pihak penganjur. Pihak kami sangat berharap dan mendahulukan ucapan terima kasih kepada pihak Tuan kerana mempertimbangkan pelepasan kepada Ustaz Engku Omar Amiruddin bin Engku Ali pada tarikh yang dinyatakan di atas bagi menjayakan program ini.

Page 2: Surat Jemputan

Sekian, terima kasih. Yang menjalankan tugas, ...................................... (Mohd Anas Bin Yusof) Pengarah Program “Summer Camp Australia 2014” [email protected]