sumber: internet - pnm lebar_3.pdfcontoh yang nyata adalah adsl, ... maju, gelombang frekuensi radio...

164
SUMBER: INTERNET

Upload: others

Post on 14-Jan-2020

36 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: SUMBER: INTERNET - PNM Lebar_3.pdfContoh yang nyata adalah ADSL, ... maju, gelombang frekuensi radio dan sistem satelit. Oleh itu, kita perlu sedar bahawa dunia ... Lanjutan itu juga,

SUMBER:

INTERNET

Page 2: SUMBER: INTERNET - PNM Lebar_3.pdfContoh yang nyata adalah ADSL, ... maju, gelombang frekuensi radio dan sistem satelit. Oleh itu, kita perlu sedar bahawa dunia ... Lanjutan itu juga,

Apa itu jalur lebar @ broadband?

Jalur lebar (broadband) adalah medium yang menyambungkan komunikasi berkeupayaan tinggi. Ia berbeza dengan jalur sempit (narrowband); kedua istilah merujuk kepada kelebaran spektrum frekuensi tersedia untuk penggunaan komunikasi. Contoh yang nyata adalah ADSL, di mana ’suara’ dan data berkongsi bahagian yang berlainan dalam dawai kuprum (’suara’ dikendalikan di bawah frekuensi 3.3 kHz manakala data dikendalikan di atas 138 kHz). Kelebihan Dengan menggunakan broadband, kita tidak perlu tunggu lama depan PC sehingga lima minit, semata-mata membuka e-mel apatah lagi hendak ‘download’ bahan. Ia membolehkan kita menghantar maklumat ataupun menerima dengan pantas sehingga 40 kali ganda lebih pantas jika dibandingkan dengan modem berkeupayaan 56kbps. Dalam hal data eletronik pula, kesan yag sama boleh diperolehi dengan teknologi kabel yang maju, gelombang frekuensi radio dan sistem satelit. Oleh itu, kita perlu sedar bahawa dunia semakin berubah dengan pelbagai inovasi hasil sains dan teknologi. Internet jalur lebar Jalur lebar juga digunakan untuk merujuk kepada capaian Internet jalur lebar, di mana sambungan untuk capaian adalah lebih tinggi berbanding modem telefon (56 kbit/s). Istilah jalur lebar digunakan bagi merujuk kepada sambungan 512 kbit/s atau lebih tinggi, walaupun sesetengah Internet Service Provider (ISP) telah mengiklankan perkhidmatan dengan lebar jalur (bandwidth) yang kurang kerana tidak terdapat kadar bit (bitrate) yang ditakrifkan dalam industri komunikasi. Multiplexing Komunikasi boleh menggunakan beberapa saluran fizikal berlainan serentak; ini adalah multiplexer capaian pelbagai (multiplexing for multiple access). Saluran sedemikian boleh dibezakan setiap satunya melalui masa – multiplexer pembahagian masa (time division multiplexing) atau TDMA, dalam frekuensi pembawa – multiplexer pembahagian frekuensi (frequency division multiplexing) atau FDMA, atau multiplexer pembahagian panjang gelombang (wavelength division multiplexing) WDM, atau dalam kaedah capaian multiplexer pembahagian kod (code division multiplexing) atau CDMA. Setiap saluran yang mengambil bahagian dalam multiplexing exercise adalah dari segi takrifan merupakan jalur sempit (kerana tidak menggunakan seluruh lebar jalur medium), manakala jika seluruh saluran dilihat secara sekaligus dan digunakan untuk tujuan komunikasi yang sama, maka ia boleh dipanggil sebagai jalur lebar. (Sumber diperolehi di Internet)

Sumber : http://www.bptm.kelantan.gov.my/web/index Tarikh akses : 20 April 2011

Page 3: SUMBER: INTERNET - PNM Lebar_3.pdfContoh yang nyata adalah ADSL, ... maju, gelombang frekuensi radio dan sistem satelit. Oleh itu, kita perlu sedar bahawa dunia ... Lanjutan itu juga,

J1. INISIATIF JALUR LEBAR KEBANGSAAN

Date: 01-04-2010

J1. INISIATIF JALUR LEBAR KEBANGSAAN

Inisiatif Jalur Lebar Kebangsaan telah diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sempena pelancaran TM Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi (HSBB) di Dataran Merdeka pada 24 Mac 2010. Berikut adalah 6 inisiatif yang telah diumumkan yang mensasarkan 50% penembusan perkhidmatan jalur lebar ini bagi tahun 2010. 1. Pelaksanaan pusat jalur lebar komuniti atas nama PJK ke rumah. Satu jalur lebar yang akan menyediakan perkhidmatan jalur lebar kepada 615,000 orang di 246 lokasi melibatkan peruntukan RM60 juta. 2. Penubuhan pusat internet rakyat di 138 premis Jabatan Penerangan di seluruh negara yang memberi liputan jalur lebar kepada 400,000 pengguna. 3. E-kiosk yang akan disediakan di pusat kemasyarakatan dan pejabat mukim di 1,100 mukim di seluruh negara yang melibatkan peruntukan sebanyak RM4 juta. 4. Liputan selular awam di mana 873 menara baru telekomunikasi akan dibina di seluruh negara termasuk 278 menara di Sabah dan 257 menara di Sarawak. 5. Peruntukan sejumlah RM1 bilion akan digunakan daripada dana khidmat sejagat atau UPS dengan persetujuan penyedia perkhidmatan akan digunakan untuk mengagih-agihkankan komputer-komputer riba atau notebook kepada pelajar-pelajar yang kurang mampu di seluruh negara. 6. Telekom Malaysia telah bersetuju untuk memperkenalkan pakej jalur lebar berserta netbook dengan bayaran dikurangkan daripada RM50 kepada RM38 dan bagi kawasan USP, jumlah ini dikurangkan lagi kepada RM20.

Sumber : http://www.mylib.pnm.my Tarikh akses : 20 April 2011

Page 4: SUMBER: INTERNET - PNM Lebar_3.pdfContoh yang nyata adalah ADSL, ... maju, gelombang frekuensi radio dan sistem satelit. Oleh itu, kita perlu sedar bahawa dunia ... Lanjutan itu juga,

COMMUNITY BROADBAND CENTRES

The Government through SKMM has set up Community Broadband Centers (CBC) to providecollective community Internet access to underserved areas identified under the UniversalService Provision (USP) programme.

Each CBC set up is equipped with IT equipments and personal computers connected tointernet broadband access, in order to allow rural communities to enjoy the benefits of theinternet as enjoyed by those living in urban areas.

In order for rural communities to improve their social and economic status and benefit from theIT equipment and internet connectivity provided software and training are being provided ateach CBC.

Through the setting up of CBCs it is hoped that this will contribute towards achieving success in national initiatives to bridge the digital divide between urban and rural communities, in linewith the objectives outlined in the National Broadband Implementation Strategy and MyICMS886 Technology Roadmap.

Targetted Areas It is our target to set up a CBC in each underserved area identified under the UniversalService Provision (USP) programme. However, in some instances certain areas may havemore than one CBC to meet areas with larger populations.

From time to time the number of CBCs set up shall be increased to meet increasing needs and demand.

Related Links: Felda Chini – A Connected Community, .myConvergence, July 2009 Issue

COMMUNITY BROADBAND LIBRARIES

In 2006, the Malaysian Communications and Multimedia Commission (SKMM) identified theprovision of broadband internet access to libraries as a project to be implemented by under theUniversal Service Provision (USP) programme.

The purpose of the implementation is to provide Internet access to consumers in underservedareas throughout the country. Initially, the focus of the project is to assist libraries in providingfacilities to the marginalized community of digital development in rural areas through access tocommunication and training.

In accordance with the plans and targets set under the National Broadband ImplementationPlan and the MyICMS 886 Strategy, the implementation of this project is expected to open up digital opportunities to rural communities. This project also aims to expand the functions oflibrary staff from only focusing on the physical books and resources in a library's possesion toencompass electronic and internet-based resources and thus empowering them to be an

Page 5: SUMBER: INTERNET - PNM Lebar_3.pdfContoh yang nyata adalah ADSL, ... maju, gelombang frekuensi radio dan sistem satelit. Oleh itu, kita perlu sedar bahawa dunia ... Lanjutan itu juga,

agent of change in improving the socio economic conditions of society through new ways oflearning facilitated by the Internet.

Libraries have been selected based on information received from the Perpustakaan NegaraMalaysia and respective State Library Corporations. SKMM has appointed the Public WorksDepartment (PWD) for the purpose of monitoring Community Broadband Libraries projects. Targetted Deployment In 2006, 78 libraries located in 89 underserved districts were shortlisted for the Community Broadband Library Initiative under the Universal Service Provision (USP) programme. After athorough assessment was conducted of proposals submitted 44 libraries were selected forimplementation.

NATIONALBROADBANDINITIATIVE Overview

The National Broadband Implementation Strategy or better known as National BroadbandInitiative (NBI) puts in place a national strategy that will bring broadband to the whole nation. In2007 the Government of Malaysia has set its target for broadband whereby the country is to achieve 50% household broadband penetration by the end of 2010.

The Implementation Plan

With the target for broadband set to 50% household penetration by the end of 2010, theGovernment of Malaysia has identified a strategy that encompass both the supply and demand aspects of broadband.

On the supply aspect, broadband infrastructure and services will be rolled out throughout thecountry. The delivery of services will be through wired and wireless connectivity. In the meantime, the existing broadband and cellular coverage will be expanded under the UniversalService Provision (USP) initiative.

For the high economic impact areas, the current broadband services will be upgraded toprovide higher speed of more than 10Mbps. The Government has signed a Public Private Partnership (PPP) agreement with Telekom Malaysia Berhad (TM) to roll out high speedbroadband infrastructure at selected areas. The project is called High Speed Broadband(HSBB) Project

Page 6: SUMBER: INTERNET - PNM Lebar_3.pdfContoh yang nyata adalah ADSL, ... maju, gelombang frekuensi radio dan sistem satelit. Oleh itu, kita perlu sedar bahawa dunia ... Lanjutan itu juga,

In order to achieve household penetration of 50%, an emphasis on supply alone is insufficient.There must be an effective strategy to encourage demand for broadband. Therefore,emphasis will be given to three aspects of demand, they which are Awareness, Attractivenessand Affordability.

The approach for creating awareness will be through continuous government and privatesector involvement in the awareness programs and capacity building initiatives. In order toimprove the attractiveness of the online content, efforts will be focused to enhance andpromote e-Government, e-Education and e-Commerce. Efforts are also on the way to digitalise the traditional information resources such as library, archive, etc. to be availableonline. The affordability factor and bridging the digital divide is being improved by developingvarious incentives to reduce the broadband access costs and widening the community access.

Benefits to Malaysia

The benefits of broadband are:

• The implementation of broadband will create tangible impact on Gross DomesticProduct (GDP) contribution of the country. Based on the statistics for year 2008, thecommunications and multimedia industry contributed 6.1% in term of revenue to thecountry’s GDP.

• The use of broadband will increase the national competitiveness and attract ForeignDirect Investment (FDI) in the country.

• Broadband is one of the enabler for knowledge-based economyWith the implementation of broadband and achieving the 50% target, will create135,000 new high value jobs in the ICT sector.

• The implementation of broadband services will create spin-off effect in other sectors such as engineering, local content development and broadcasting

Statistics and Achievements

To date the statistics for broadband are as follows:

Page 8: SUMBER: INTERNET - PNM Lebar_3.pdfContoh yang nyata adalah ADSL, ... maju, gelombang frekuensi radio dan sistem satelit. Oleh itu, kita perlu sedar bahawa dunia ... Lanjutan itu juga,

SUMBER:

ELEKTRONIK

Page 9: SUMBER: INTERNET - PNM Lebar_3.pdfContoh yang nyata adalah ADSL, ... maju, gelombang frekuensi radio dan sistem satelit. Oleh itu, kita perlu sedar bahawa dunia ... Lanjutan itu juga,

ARKIB : 23/03/2011

Projek Kampung WiFi dipercepat

JELEBU 22 Mac - Projek melengkapkan kawasan luar bandar dengan jalur lebar akan dipercepatkan bagi membolehkan rakyat di kawasan berkenaan mempunyai akses kepada teknologi maklumat sama seperti penduduk bandar.

Projek yang dikenali sebagai Kampung WiFi itu melibatkan lebih 3,000 kampung di seluruh negara.

Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, pada masa ini, kira-kira 180 kampung sudah menikmati kemudahan itu melalui projek yang mula dilaksanakan sejak empat bulan lalu.

Rais Yatim (bersongkok) ketika hadir pada majlis pelancaran Kampung WiFi

Sungai Rotan di Chennah, Jelebu, semalam.

Beliau berkata, kementeriannya menyasarkan selama 18 bulan lagi sebelum projek itu lengkap sepenuhnya.

"Projek ini dipercepatkan memandangkan ia begitu menarik minat generasi muda yang tinggal di luar bandar berdasarkan kepada maklum balas yang diterima daripada projek yang sudah dilaksanakan setakat ini," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Kampung WiFi Sungai Rotan di Chennah, dekat sini hari ini.

Menurutnya, beliau bersama pegawai kementerian dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) akan ke Sarawak minggu depan bagi meninjau kerja-kerja memasang prasarana jalur lebar di negeri itu terutamanya di kawasan pedalaman.

Lanjutan itu juga, beliau memberitahu, caj penggunaan Internet di luar bandar akan disemak semula kerana pihaknya berpendapat ia sepatutnya lebih murah berbanding pengguna di Bandar.

1

Page 10: SUMBER: INTERNET - PNM Lebar_3.pdfContoh yang nyata adalah ADSL, ... maju, gelombang frekuensi radio dan sistem satelit. Oleh itu, kita perlu sedar bahawa dunia ... Lanjutan itu juga,

Rais pada masa sama turut menyelar kandungan Buku Jingga yang dikeluarkan oleh pembangkang mengenai pemberian jalur lebar secara percuma sekiranya pihak itu menjadi kerajaan.

Menurutnya, itu adalah janji kosong, angan-angan Mat Jenin dan dibuat dengan tidak berpijak di bumi nyata.

"Sejak dua tahun lalu, kerajaan Barisan Nasional telah melaksanakan projek jalur lebar melalui projek Kampung WiFi, membina rangkaian gentian optik, membina jalur lebar di daerah-daerah dan memasang beratus-ratus menara pemancar yang mana semua ini dibuat melalui peruntukan kerajaan dan diberi secara percuma kepada rakyat.

"Cuma syarikat telekomunikasi yang mengenakan caj perkhidmatan kerana mereka adalah entiti perniagaan," ujarnya.

Beliau berkata, kerajaan akan terus menyegerakan projek jalur lebar untuk rakyat meskipun terpaksa melakukannya tanpa bantuan syarikat telekomunikasi.

2

Page 11: SUMBER: INTERNET - PNM Lebar_3.pdfContoh yang nyata adalah ADSL, ... maju, gelombang frekuensi radio dan sistem satelit. Oleh itu, kita perlu sedar bahawa dunia ... Lanjutan itu juga,

ARKIB : 21/03/2011

Beri manfaat penduduk kuasai ilmu menerusi Internet

KUANTAN 20 Mac - Masyarakat khususnya pelajar daripada keluarga kurang berkemampuan perlu memanfaatkan kemudahan Pusat Komuniti Bestari dalam menguasai ilmu teknologi maklumat dan komunikasi (ICT).

Pengarah Pelajaran Pahang, Datuk Mazlan Mohamad berkata, usaha tersebut amat berkesan terutama kepada pelajar sekolah bagi mendapatkan maklumat mengenai perkembangan dunia luar.

Menurutnya, penglibatan dan kerjasama daripada Telekom Malaysia (TM) menerusi anak syarikatnya, TMNet mengenai penubuhan pusat itu akan meningkatkan rangkaian eko-sistem kepada kualiti pendidikan masyarakat di situ.

''Saya menyokong usaha tersebut kerana pelajar mengisi masa lapang dengan aktiviti berfaedah serta memperoleh pelbagai maklumat melalui kemudahan jalur lebar yang disediakan," katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini baru-baru ini.

Seorang guru Sekolah Kebangsaan Tok Sira, Siti Nor Zana Sheikh Said, 36, berkata, pendekatan tersebut amat baik dan perlu dimanfaatkan sebaik mungkin serta diterapkan di minda setiap pelajar.

Tambahnya, mereka dapat mengikuti pembelajaran dengan lebih tekun serta memperluaskan pengetahuan dengan melayari Internet yang menyediakan pelbagai bahan rujukan serta maklumat.

''Terima kasih kepada Tengku Muda, Tengku Abdul Rahman Sultan Ahmad Shah atas keprihatinan terhadap rakyat negeri ini," katanya.

Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tengku Afzan, Nur Shazlin Azman, 16, berpendapat, penggunaan ICT dalam pembelajaran amat berguna apabila kesemua maklumat dikehendaki diperoleh dengan mudah dan cepat.

Menurutnya, walaupun belajar dalam tempoh yang singkat tetapi pelbagai pengetahuan diperoleh menerusi tunjuk ajar daripada tenaga pengajar profesional.

3

Page 12: SUMBER: INTERNET - PNM Lebar_3.pdfContoh yang nyata adalah ADSL, ... maju, gelombang frekuensi radio dan sistem satelit. Oleh itu, kita perlu sedar bahawa dunia ... Lanjutan itu juga,

"Saya akan gunakan sebaik mungkin dalam mempelajari bidang ICT serta memperbaiki kelemahan dalam pelajaran supaya lulus cemerlang pada peperiksaan nanti," katanya.

Bagi pelajar tingkatan satu SMK Teluk Chempedak, Muhamad Zikri Safwan, ketiadaan kemudahan seperti komputer di rumahnya membuatkan dia teruja memanfaatkan sebaik mungkin peluang yang diberikan kepadanya.

4

Page 13: SUMBER: INTERNET - PNM Lebar_3.pdfContoh yang nyata adalah ADSL, ... maju, gelombang frekuensi radio dan sistem satelit. Oleh itu, kita perlu sedar bahawa dunia ... Lanjutan itu juga,

ARKIB : 21/03/2011

PJLK pemangkin IT di Kg. Teriang Besar

MERSING 20 Mac - Masyarakat luar bandar tidak pernah dipinggirkan dalam usaha kerajaan membangunkan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) di negara ini.

Buktinya kemudahan Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJLK) yang dibangunkan di Kampung Teriang Besar dan Felda Tenggaroh 2 menjadi rahmat kepada penduduk yang selama ini dahagakan kemudahan pusat ICT yang moden.

Kemudahan yang ada dapat meningkatkan taraf hidup masyarakat setempat di samping merapatkan jurang digital yang selama ini menjadi kekangan ke atas pembangunan menyeluruh yang dirancang oleh kerajaan.

Tinjauan Utusan Malaysia ke sebuah PJLK yang dibangunkan DiGi Telecommunications Sdn. Bhd. (DiGi) di Kampung Teriang Besaritutersebut dimanfaatkan sepenuhnya oleh penduduk daripada pelbagai lapisan umur.

Pemangku Ketua Kampung, Asri Osman, 41, berkata, PJLK yang dilengkapi perkakasan ICT terkini dan sambungan Internet berkelajuan tinggi itu membolehkan penduduk Teriang khususnya memperolehi kemudahan yang sama tarafnya seperti di bandar bagi mencapai pembangunan sama rata.

"Dengan adanya kemudahan ini, diharap komuniti setempat berpeluang mempelajari perkembangan IT dengan lebih berkesan tanpa sebarang halangan dari segi faktor ekonomi.

"PJK Kampung Teriang Besar dilengkapi perkakasan IT terkini termasuk 20 komputer peribadi dengan sambungan Internet berkelajuan tinggi di atas platform rangkaian 3G DiGi, sistem pelayan, pencetak, projektor LCD dan sebagainya menawarkan latihan dan kursus berasaskan ICT," katanya yang ditemui di sini baru-baru ini.

Tambahnya, secara tidak langsung ramai di kalangan anak-anak penduduk telah mempunyai kemahiran dalam bidang IT setanding dengan pelajar di bandar yang mempunyai kemudahan kafe siber.

Ujarnya, walaupun masih baru dibuka, PJLK yang beroperasi awal tahun ini tidak menjadi projek gajah putih apabila 120 ahli berdaftar dan lebih 210 pengguna

5

Page 14: SUMBER: INTERNET - PNM Lebar_3.pdfContoh yang nyata adalah ADSL, ... maju, gelombang frekuensi radio dan sistem satelit. Oleh itu, kita perlu sedar bahawa dunia ... Lanjutan itu juga,

yang kebanyakannya pelajar sekolah dan penduduk setempat telah menggunakan kemudahan ini.

"Saya harap penduduk Kampung Teriang Besar tidak mensia-siakan kemudahan PJK yang disediakan kerajaan dan menggunakannya dengan sebaik mungkin untuk mengakses maklumat berfaedah sebanyak mungkin," katanya.

6

Page 15: SUMBER: INTERNET - PNM Lebar_3.pdfContoh yang nyata adalah ADSL, ... maju, gelombang frekuensi radio dan sistem satelit. Oleh itu, kita perlu sedar bahawa dunia ... Lanjutan itu juga,

ARKIB : 12/03/2011

Maxis peruntuk RM1.4b tingkat khidmat jalur lebar, Internet

Dari kanan: Pascal van Overbeke, Heather Wee, T. Kugan dan Fabrizio Caruso menekan butang menunjukkan jumlah pelanggan aplikasi MyDeals di Kuala Lumpur, semalam.

KUALA LUMPUR 11 Mac - Gergasi rangkaian telekomunikasi Maxis Bhd. (Maxis) akan melabur sehingga RM1.4 bilion di mana sebahagian besarnya akan digunakan untuk mempertingkatkan mutu perkhidmatan jalur lebar dan Internet.

Ia merupakan pendekatan terbaru syarikat tersebut dalam mengubah hala tuju syarikat itu yang kini mahu menumpukan kepada perkhidmatan rangkaian Internet.

7

Page 16: SUMBER: INTERNET - PNM Lebar_3.pdfContoh yang nyata adalah ADSL, ... maju, gelombang frekuensi radio dan sistem satelit. Oleh itu, kita perlu sedar bahawa dunia ... Lanjutan itu juga,

Ketua Pegawai Operasi Maxis, Jean Pascal van Overbeke berkata, perubahan itu turut dipandu oleh trend semasa di mana semua penggunaan telefon bimbit kini memiliki capaian Internet.

Justeru katanya, pengguna kini menggunakan telefon bimbit bukan untuk melakukan panggilan semata-mata, tetapi turut untuk melayari Internet.

"Sedikit masa lagi, kami mungkin dikenali sebagai syarikat penyedia rangkaian Internet.

"Mungkin, kemudahan panggilan telefon hanya merupakan pelengkap kepada perkhidmatan internet yang disediakan Maxis," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada majlis meraikan pelanggan perkhidmatan myDeals oleh Maxis yang kini mencecah 2.8 juta sejak dilancarkan pertengahan 2010.

Turut hadir Naib Presiden dan Ketua Produk, Peralatan dan Inovasi Maxis; T. Kugan, Naib Presiden Bahagian Pembinaan Perniagaan Asia Pasifik Out There Media, Fabrizio Caruso dan Ketua New Media, Heather Wee.

Perkhidmatan myDeals merupakan aplikasi yang disediakan oleh Maxis di mana pelanggan aplikasi tersebut boleh mengiklankan produk dan perkhidmatan kepada semua pelanggannya.

Menurut Kugan, menjelang akhir tahun ini, syarikatnya mahu menggandakan jumlah pelanggan myDeals sama ada daripada individu atau syarikat.

Tegasnya, 20 peratus daripada pengguna sedia ada Maxis kini menggunakan aplikasi MyDeals.

Sementara itu van Overbeke menambah, antara pelan yang diusahakan Maxis bagi meningkatkan perkhidmatan jalur lebarnya adalah seperti penukaran rangkaian nombor telefon bimbit biasa kepada penggunaan alamat Penyedia Internet (IP) serta evolusi jangka panjang (LTE) atau perkhidmatan mudah alih teknologi 4G.

Ujarnya, ketika ini 600,000 pelanggannya menggunakan modem mudah alih dan enam juta lagi menggunakan telefon bimbit atau telefon pintar untuk melayari internet melalui rangkaian Maxis.

8

Page 17: SUMBER: INTERNET - PNM Lebar_3.pdfContoh yang nyata adalah ADSL, ... maju, gelombang frekuensi radio dan sistem satelit. Oleh itu, kita perlu sedar bahawa dunia ... Lanjutan itu juga,

"Kami yakin jumlah ini akan terus meningkat selepas langkah memantapkan perkhidmatan Internet Maxis," katanya.

9

Page 18: SUMBER: INTERNET - PNM Lebar_3.pdfContoh yang nyata adalah ADSL, ... maju, gelombang frekuensi radio dan sistem satelit. Oleh itu, kita perlu sedar bahawa dunia ... Lanjutan itu juga,

ARKIB : 08/03/2011

Pikom: Pengusaha restoran disaran guna IT

KUALA LUMPUR 7 Mac - Persatuan Industri Komputer dan Multimedia Malaysia (Pikom) menyarankan para pengusaha restoran negara ini menggunakan kemudahan teknologi maklumat (IT) dalam operasi niaga mereka kerana ia merupakan faktor menarik rakyat tempatan bekerja dalam industri tersebut.

Ini termasuklah dengan menyediakan ruang makan berhawa dingin serta kemudahan jalur lebar.

Pengerusi Pikom, Wei Chuan Beng berkata, langkah itu bakal menyediakan persekitaran yang selesa dan moden mengikut gaya hidup masyarakat kini.

Malah katanya, keadaan itu juga mampu menarik rakyat tempatan khususnya golongan muda untuk untuk bekerja di restoran.

Tambahnya, berdasarkan pemerhatian, pendekatan tersebut menyebabkan restoran jenama asing tidak menghadapi masalah tenaga kerja daripada rakyat tempatan.

"Restoran asing tidaklah membayar gaji terlalu tinggi, tetapi mereka menyediakan persekitaran kerja yang selesa.

"Golongan muda lebih gemar bekerja jika kerja mereka diterapkan dengan penggunaan teknologi yang bersistematik," katanya.

Beliau berkata demikian semasa seminar mengenai industri makanan dan minuman perusahaan kecil dan sederhana (PKS) anjuran Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Malaysia (ACCCIM) di sini hari ini.

Ujar Chuan Beng, penggunaan IT juga dapat membantu mengurangkan kebergantungan kepada tenaga manusia. Ini lebih-lebih lagi, apabila tenaga manusia terdiri daripada warga asing.

Katanya, pengusaha restoran tempatan juga didapati kurang menggunakan kelebihan sistem perhubungan terkini untuk mempromosi restoran masing-masing seperti di laman sosial.

10

Page 19: SUMBER: INTERNET - PNM Lebar_3.pdfContoh yang nyata adalah ADSL, ... maju, gelombang frekuensi radio dan sistem satelit. Oleh itu, kita perlu sedar bahawa dunia ... Lanjutan itu juga,

Sementara itu, Penasihat Eksekutif ACCCIM, Tan Sri Soong Siew Hoong berkata, penggunaan IT dalam operasi perniagaan tidak terlalu mempengaruhi harga makanan untuk jangka panjang, malah ia dapat menjimatkan kos.

Harga makanan lebih dipengaruhi kenaikan harga komoditi yang digunakan dalam masakan

11

Page 20: SUMBER: INTERNET - PNM Lebar_3.pdfContoh yang nyata adalah ADSL, ... maju, gelombang frekuensi radio dan sistem satelit. Oleh itu, kita perlu sedar bahawa dunia ... Lanjutan itu juga,

ARKIB : 03/03/2011

Prestasi patut lebih baik?

Oleh WAN NAJIB WAN DAUD [email protected]

KUALA LUMPUR 2 Mac. - Celcom Axiata Bhd. (Celcom) dipercayai mampu mencatat keuntungan lebih tinggi jika tidak berdepan dengan gangguan rangkaian yang menyaksikannya 'kehilangan' sebanyak RM40 juta.

Syarikat telekomunikasi terkemuka itu meraih keuntungan selepas cukai dan kepentingan minoriti (PATAMI) tertinggi dalam sejarahnya dan industri sebanyak RM1.9 bilion bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2010.

Sepanjang tahun lalu, Celcom telah mengendalikan 2,000 kes gangguan

rangkaian yang membabitkan kerugian RM40 juta Shazalli Ramly Ketua Pegawai

Eksekutif Celcom

Keuntungan itu mewakili peningkatan 23 peratus berbanding tahun sebelumnya hasil pertumbuhan mantap selain catatan perolehan tertinggi untuk 19 sukuan tahun sejak 2006.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Seri Shazalli Ramly berkata, pendapatan Celcom sehingga akhir tahun kewangan lalu adalah RM6.85 bilion, sekali gus menggambarkan pengukuhan aliran tunai berjumlah RM2.4 bilion berbanding RM2 bilion pada tahun sebelumnya.

Katanya, berdasarkan prestasi semasa, Celcom berada di landasan betul untuk mencapai sasaran Petunjuk Prestasi Utama (KPI) yang ditetapkan sebelum ini.

"Jumlah pelanggan Celcom, sehingga kini melebihi 11 juta pengguna daripada segmen jalur lebar yang mendominasi pasaran berbanding pesaing lain sebanyak 857,000," katanya di sini.

Berikutan rekod kewangan terbaik dicatatkan bagi 19 suku berturut-turut, Celcom akan membelanja RM1 bilion bagi meningkatkan rangkaiannya pada tahun ini.

12

Page 21: SUMBER: INTERNET - PNM Lebar_3.pdfContoh yang nyata adalah ADSL, ... maju, gelombang frekuensi radio dan sistem satelit. Oleh itu, kita perlu sedar bahawa dunia ... Lanjutan itu juga,

Shazalli berkata, perbelanjaan itu bertujuan memenuhi permintaan pengguna yang semakin bertambah selain mengadakan ciri-ciri tambahan atau khidmat nilai tambahan kepada para pelanggannya.

Pada masa yang sama, Celcom turut menggandakan usahanya bagi mengurangkan kes-kes vandalisme yang melibatkan gangguan kepada talian perkhidmatan kepada pelanggan.

Beliau berkata, sepanjang tahun lalu, Celcom telah mengendalikan 2,000 kes gangguan rangkaian yang membabitkan kerugian RM40 juta.

"Kami bekerjasama rapat dengan polis bagi mencegah gangguan terhadap talian berikutan kes-kes kecurian kabel atau peralatan lain di menara atau stesen pemancar kami," katanya.

Shazalli berkata, tahun 2011 juga merupakan tahun yang mencabar berikutan pengenalan perkhidmatan baru yang akan dilakukan oleh pemain-pemain industri.

Bagi Celcom, beberapa perkhidmatan baru akan diperkenalkan dan akan diumumkan tidak lama lagi.

Antara perkhidmatan semasa yang memberikan pulangan kepada Celcom ialah perkhidmatan facebook menerusi perkhidmatan pesanan ringkas (sms) berbanding sebelum ini iaitu muat turut nada dering dan 'call me tone'.

13

Page 22: SUMBER: INTERNET - PNM Lebar_3.pdfContoh yang nyata adalah ADSL, ... maju, gelombang frekuensi radio dan sistem satelit. Oleh itu, kita perlu sedar bahawa dunia ... Lanjutan itu juga,

ARKIB : 02/03/2011

Perkhidmatan jalur lebar di Seri Alam

JOHOR BAHRU 1 Mac - Telekom Malaysia Berhad (TM) menjalinkan kerjasama dengan syarikat pemaju hartanah, Seri Alam Properties Sdn. Bhd., bagi menyediakan menyediakan perkhidmatan jalur lebar berkelajuan tinggi (HSBB) kepada penduduk di sekitar kawasan Seri Alam dekat sini.

Pengurus Besar TM Johor, Mohd. Roslan Mohd. Rashidi berkata, usahasama itu amat bermakna kerana ia menggambarkan kesungguhan kedua-dua syarikat untuk membolehkan lebih ramai masyarakat menikmati gaya hidup digital.

"Kami komited untuk memanfaatkan kecekapan utama kami bagi mengubah tapak perumahan di radius 20 kilometer di pusat bandar Johor Bahru dengan penyediaan sambungan jalur lebar berkelajuan tinggi, unik dan mesra alam.

"Usahasama penting untuk mengubah trend pembangunan perumahan tempatan di negeri ini,'' katanya dalam satu kenyataan di sini.

Melalui perjanjian ditandatangani baru-baru ini, Fasa 2D5 di Bandar Seri Alam akan dilengkapi perkhidmatan HSBB UniFi yang merangkumi perkhidmatan Internet berkelajuan tinggi, Televisyen Protokol Internet (IPTV) dengan kelajuan dari 5Mbps sehingga 20Mbps menerusi teknologi gentian Fiber-to-the-Home (FTTH).

Pada 2010, TM bekerjasama dengan dua syarikat pemaju hartanah iaitu Dynasty View Sdn. Bhd., bagi penyediaan perkhidmatan HSBB kepada penduduk di sekitar Seri Austin di sini, wilayah Iskandar Malaysia dan Mudra Tropika Sdn. Bhd., bagi perkhidmatan sama di kawasan Nong Chik Heights di sini.

Perkhidmatan UniFi kini ditawarkan di 48 kawasan ekonomi dan zon industri utama termasuk Lembah Klang, Cyberjaya, Putrajaya, Kulim Hi-Tech Park dan kawasan industri Bayan Baru.

Bagi negeri Johor, perkhidmatan tersebut ditawarkan di kawasan perumahan Nusajaya, zon industri Permas dan Senai.

Sementara itu, Ketua Anak Syarikat Seri Alam Properties Sdn. Bhd., Frankie Tan Kiat How berkata, melalui usahasama itu para pembeli rumah di Fasa 2D5 akan diberikan tawaran untuk perkhidmatan UniFi VIP 5Mbps secara percuma bagi tempoh maksimum dua tahun.

14

Page 23: SUMBER: INTERNET - PNM Lebar_3.pdfContoh yang nyata adalah ADSL, ... maju, gelombang frekuensi radio dan sistem satelit. Oleh itu, kita perlu sedar bahawa dunia ... Lanjutan itu juga,

"Sebagai pemaju terkemuka di rantau ini, kami mempunyai visi untuk menjadikan Bandar Seri Alam sebuah Bandar Ilmu dengan HSBB dan usahama ini akan membuka jalan dalam merealisasikan visi tersebut untuk meningkatkan taraf hidup dan membawakan teknologi terkini kepada gaya hidup masyarakat.

"Ini merupakan perjanjian ketiga seperti ini ditandatangani antara TM dan pemaju hartanah di Johor dan kerjasama seperti ini akan membantu meningkatkan kadar penggunaan jalur lebar berkelajuan tinggi penduduk Malaysia," katanya.

15

Page 24: SUMBER: INTERNET - PNM Lebar_3.pdfContoh yang nyata adalah ADSL, ... maju, gelombang frekuensi radio dan sistem satelit. Oleh itu, kita perlu sedar bahawa dunia ... Lanjutan itu juga,

ARKIB : 30/12/2010

Celcom sasar tingkat jalur lebar

KUALA TERENGGANU 29 Dis. - Celcom Axiata Bhd. (Celcom) akan memberi tumpuan untuk meningkatkan penggunaan jalur lebar di kalangan penduduk, terutamanya di Pantai Timur pada tahun depan.

Naib Presiden Celcom (Wilayah Timur), Datuk Sulaiman Ahmad berkata, sehingga kini terdapat kira-kira 150,000 pengguna aplikasi jalur lebar yang disediakan Celcom di Pantai Timur dan jumlahnya dijangka bertambah mendadak tahun depan.

Sehubungan itu, katanya, Celcom mengambil inisiatif berterusan meningkatkan kualiti dan perkhidmatan yang ditawarkan agar dapat dinikmati pelanggan dengan lebih sempurna.

"Apa yang Celcom lakukan selari dengan hasrat kerajaan yang mahu meningkatkan penggunaan jalur lebar di kalangan pelbagai lapisan masyarakat.

"Kita sedar dengan penggunaan jalur lebar di kalangan masyarakat, ia akan melahirkan masyarakat yang celik IT (teknologi maklumat), sekaligus membantu mempertingkatkan ekonomi mereka," katanya kepada Bernama di sini. - BERNAMA

16

Page 25: SUMBER: INTERNET - PNM Lebar_3.pdfContoh yang nyata adalah ADSL, ... maju, gelombang frekuensi radio dan sistem satelit. Oleh itu, kita perlu sedar bahawa dunia ... Lanjutan itu juga,

ARKIB : 16/12/2010

Celcom mahu buka 124 Blue Cube

KUALA LUMPUR 15 Dis. - Celcom Axiata Bhd. (Celcom) akan membuka 124 buah lagi cawangan pusat khidmat pelanggan Blue Cube melibatkan pelaburan berjumlah RM90 juta dalam tempoh dua tahun.

Penambahan itu bakal menyaksikan Celcom memiliki 200 buah cawangan Blue Cube di seluruh negara menjelang akhir 2012.

Zalman Aefendy Zainal Abidin (tengah) bersama Chee Pok Jin (kanan) dan

Ridwan Bakar melakukan gimik perasmian dengan mengangkat beg

gergasi kempen Our Celcom Our Sale di Blue Cube, Pavilion, semalam. -

Utusan/Panasonic-Lumix

Ketua Pegawai Pemasarannya, Chee Pok Jin berkata, cawangan baharu ditempatkan di pusat membeli beli belah bandar-bandar utama seluruh negara.

"Penambahan cawangan bertujuan memberikan kemudahan terbaik kepada hampir 11 juta pelanggan setia Celcom di seluruh negara," katanya selepas majlis pelancaran kempen Our Celcom Our Sale di Pavilion di sini hari ini.

Turut hadir Pengarah Pemasaran Celcom, Zalman Aefendy Zainal Abidin dan Ketua C-Mobile (anak syarikat Celcom), Ridwan Bakar.

Sementara itu, Zalman Aefendy berkata, Celcom kini menerajui penyediaan perkhidmatan jalur lebar mudah alih tempatan dengan mempunyai lebih 800,000 pelanggan pada suku ketiga tahun ini.

Katanya, dengan pembukaan cawangan dan pelbagai kempen yang dilakukan pada suku keempat tahun ini, Celcom menyasarkan sejuta juta pelanggan bagi segmen itu sebelum akhir tahun ini.

Ditanya tentang kempen Our Celcom Our Sale, Zalman Aefendy berkata, keunikan kempen kali ini adalah pelanggan setia akan ditawarkan potongan

17

Page 26: SUMBER: INTERNET - PNM Lebar_3.pdfContoh yang nyata adalah ADSL, ... maju, gelombang frekuensi radio dan sistem satelit. Oleh itu, kita perlu sedar bahawa dunia ... Lanjutan itu juga,

harga RM500 apabila mahu membeli pelbagai telefon pintar mudah alih yang ditawarkan.

"Semua pelanggan Celcom layak menyertainya dengan hanya berbelanja RM10 untuk mendapat satu token.

"Token itu akan dikumpulkan sepanjang tempoh kempen untuk melayakkan pelanggan memperoleh potongan harga untuk telefon pintar sehingga RM500," jelasnya.

Tambahnya lagi, bagi menghargai pelanggan setia yang melanggan Celcom melebihi lima tahun, lima token akan diberikan secara percuma.

Kempen Our Celcom Our Sale diadakan pada 8 Disember dan akan berakhir pada 31 Mac tahun depan yang mana pelanggan boleh mula menukar token pada 15 Januari depan.

Pelanggan Celcom, kini boleh mendapatkan telefon pintar seperti Blacberry, Nokia, Samsung, Sony Ericsson dan pelbagai lagi dengan potongan harga sehingga RM500.

Pelanggan boleh menyemak jumlah token mereka melalui telefon mudah alih dengan mendail *118# dan *119# bermula hari ini.

18

Page 27: SUMBER: INTERNET - PNM Lebar_3.pdfContoh yang nyata adalah ADSL, ... maju, gelombang frekuensi radio dan sistem satelit. Oleh itu, kita perlu sedar bahawa dunia ... Lanjutan itu juga,

ARKIB : 15/12/2010

Maxis perluas liputan jalur lebar di Sabah

KOTA KINABALU 14 Dis. - Maxis Bhd. (Maxis) mengukuhkan rangkaian liputan jalur lebar di Sabah dengan melancarkan perkhidmatan tersebut di empat kawasan baru di negeri ini dan di Wilayah Persekutuan Labuan.

Ketua Pegawai Operasinya, Jean Pascal van Overbeke berkata, empat daerah baru di negeri ini yang akan menerima perkhidmatan jalur lebar Maxis ialah Sandakan, Tawau, Keningau dan Lahad Datu.

''Penambahan rangkaian jalur lebar Maxis ke beberapa lagi bandar di negeri ini adalah sebagai menyahut program tabung Peruntukan Perkhidmatan Universal (USP) kerajaan untuk meningkatkan penembusan jalur lebar di Sabah dan Sarawak," katanya.

Yee Moh Chai (tengah) merasmikan pelancaran Maxis Jalur Lebar di Pacific Suter Kota Kinabalu, semalam. Turut

kelihatan, dari kiri, Jean-Pascal, Bukhari Yahya, Ketua Maxis Wilayah Sabah,

Anthony Ho (dua dari kanan) dan Timbalan Presiden Perkhidmatan dan

Jualan Maxis Wilayah Sabah, Jeff Chong (kanan).

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas majlis pelancaran Jalur Lebar Maxis di Sandakan, Tawau, Keningau, Lahad Datu dan Wilayah Persekutuan Labuan oleh Menteri Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat negeri, Datuk Dr. Yee Moh Chai di sini hari ini.

Hadir sama, Pengarah Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) Cawangan Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, Bukhari Yahya.

van Overbeke berkata, sebanyak RM80 juta telah dilaburkan sejak beberapa tahun lalu bagi meluaskan dan mengukuhkan rangkaian liputan jalur lebarnya di Malaysia Timur.

Katanya, usaha tersebut selari dengan hasrat kerajaan mengurangkan jurang digital di antara kawasan bandar dan luar bandar.

19

Page 28: SUMBER: INTERNET - PNM Lebar_3.pdfContoh yang nyata adalah ADSL, ... maju, gelombang frekuensi radio dan sistem satelit. Oleh itu, kita perlu sedar bahawa dunia ... Lanjutan itu juga,

Dalam pada itu van Overbeke berkata, sempena pelancaran itu bakal pengguna Maxis boleh mendapatkan pakej perkhidmatan jalur lebar Maxis serendah RM48 sebulan dengan pemberian percuma peralatan Internet berkenaan.

Katanya, pihaknya juga menawarkan pelan data iPad eksklusif kepada pengguna Maxis iPad.

''Menerusi tawaran ini, pelanggan kami dapat menikmati kualiti perkhidmatan Internet yang lebih laju berbanding pelan data biasa manakala bagi pelanggan baru, mereka diberi tawaran tujuh hari percuma tanpa bayaran," ujarnya.

Sementara itu, Moh Chai berkata, usaha Maxis menambah perkhidmatan jalur lebarnya selain di Kota Kinabalu adalah selari dengan matlamat kerajaan untuk mencapai 30 peratus penggunaan Internet di kalangan penduduk Sabah pada tahun ini.

''Berdasarkan data SKMM baru-baru ini, kita telah mencapai 26 peratus penggunaan Internet di seluruh Sabah. Kita berharap baki sasaran itu dapat dicapai hujung tahun ini," katanya.

20

Page 29: SUMBER: INTERNET - PNM Lebar_3.pdfContoh yang nyata adalah ADSL, ... maju, gelombang frekuensi radio dan sistem satelit. Oleh itu, kita perlu sedar bahawa dunia ... Lanjutan itu juga,

ARKIB : 15/12/2010

HSBB: TM, Maxis jalin kerjasama

KUALA LUMPUR 14 Dis. - Telekom Malaysia Bhd. (TM) melalui anak syarikatnya, TM Wholesale akan membekalkan sambungan akses berkelajuan tinggi di bawah khidmat jalur lebar berkelajuan tinggi (HSBB) kepada Maxis Bhd. (Maxis) melibatkan 1.3 juta kediaman akhir 2012.

Sehingga kini, sebanyak 700,000 kediaman mendapat perkhidmatan bersepadu menggabungkan penawaran berasaskan protokol Internet (IP) di bawah kerjasama di antara kedua-dua syarikat itu.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan TM, Datuk Seri Zamzamzairani Mohd. Isa berkata, Maxis merupakan pakatan kerjasamanya yang pertama dalam projek HSBB.

Jelas beliau, kerjasama yang terbentuk ini membuktikan bahawa TM memenuhi janji bahawa HSBB akan ditawarkan secara akses terbuka kepada semua pembekal perkhidmatan yang menerima lesen daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM).

''Selain Maxis, kami telah pun mengadakan rundingan dengan pembekal perkhidmatan telekomunikasi yang lain dan dalam tempoh sebulan dua lagi, kita akan melihat bagaimana rundingan itu dimuktamadkan,'' katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri majlis menandatangani perjanjian kerjasama perkhidmatan HSBB iaitu di antara TM dan Maxis.

Majlis itu disaksikan oleh Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Joseph Salang Gandum.

Hadir pada majlis ialah Pengerusi Maxis, Tan Sri Raja Arshad Raja Uda dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Sandip Das.

Perjanjian di antara TM dan Maxis akan memberikan pembekal perkhidmatan gaya hidup bersepadu terkemuka itu akses sambungan akhir kepada kediaman yang menerima liputan projek HSBB kebangsaan.

Ia merupakan sebagai tambahan kepada rangkaian gentian optik sedia adanya sepanjang 10,000 kilometer dan lebih 7,000 tapak stesen mudah alih pada masa ini.

21

Page 30: SUMBER: INTERNET - PNM Lebar_3.pdfContoh yang nyata adalah ADSL, ... maju, gelombang frekuensi radio dan sistem satelit. Oleh itu, kita perlu sedar bahawa dunia ... Lanjutan itu juga,

Perjanjian ini amat penting bagi membolehkan Maxis meluaskan komitmen liputan jalur lebarnya kepada rakyat Malaysia dengan membolehkan sambungan menyeluruh dari mana-mana peralatan yang boleh dihubungkan.

Sementara itu, Salang berkata, kerjasama di antara TM dan Maxis amat digalakkan bagi berkongsi infrastruktur.

Jelasnya, perkongsian itu dapat mengoptimumkan kegunaan infrastruktur yang dibangunkan.

''Kerajaan turut menggalakkan lebih banyak pemain industri berkongsi infrastruktur tersebut,'' ujarnya.

22

Page 31: SUMBER: INTERNET - PNM Lebar_3.pdfContoh yang nyata adalah ADSL, ... maju, gelombang frekuensi radio dan sistem satelit. Oleh itu, kita perlu sedar bahawa dunia ... Lanjutan itu juga,

ARKIB : 14/12/2010

ANUGERAH

Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim menerima Anugerah Khas Juri pada malam Penghargaan Jalur Lebar 1Malaysia anjuran kementeriannya dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) di Kuala Lumpur, semalam.

Dr. Rais Yatim (lima dari kiri) ditemani isterinya, Datin Seri Masnah Rais (empat dari kiri) dan Kamaruddin Siaraf (tiga dari kiri) bergambar bersama para penerima

Anugerah Penghargaan Jalur Lebar 1Malaysia di Hotel Nikko, Kuala Lumpur,

semalam.

Anugerah tersebut sebagai tanda penghargaan kepada beliau kerana banyak memainkan peranan dalam mengembangkan perkhidmatan jalur lebar di dalam negara.

Telekom Malaysia Bhd. pula membawa pulang dua anugerah apabila dinobatkan sebagai Pakej Jalur Lebar Terbaik dan anugerah Penglibatan Paling Aktif dalam Kembara Jalur Lebar.

Anugerah disampaikan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Kamaruddin Siaraf.

23

Page 32: SUMBER: INTERNET - PNM Lebar_3.pdfContoh yang nyata adalah ADSL, ... maju, gelombang frekuensi radio dan sistem satelit. Oleh itu, kita perlu sedar bahawa dunia ... Lanjutan itu juga,

ARKIB : 11/12/2010

Mengangkat maruah budaya timur

Oleh SITI AIRUNNISA [email protected]

KUALA TERENGGANU 10 Dis. - Penduduk pantai timur bakal disajikan dengan pelbagai persembahan kebudayaan yang ditransformasikan dengan sentuhan moden di Temasya Pantai Timur bermula semalam di Taman Budaya Kuala Ibai dekat sini.

Pelbagai persembahan yang melambangkan konsep 1Malaysia dipersembahkan pada temasya yang berlangsung selama tiga hari itu melibatkan kumpulan kebudayaan dari tiga negeri iaitu Terengganu, Kelantan dan Pahang.

TARIAN mak yong yang dipersembahkan di Temasya Pantai Timur sempena

pelancaran Karnival Jalur Lebar 1Malaysia di Taman Budaya, Kuala Ibai,

Kuala Terengganu, kelmarin.

Temasya yang diadakan bertujuan untuk mengangkat dan menyemarakkan kesenian dan kebudayaan masyarakat pantai timur itu berjaya menarik minat 10,000 pengunjung dari seluruh negara.

Ia dirasmikan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim bersama Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said.

Konsep persembahan tradisional yang melalui proses inovasi menjadikan temasya tersebut berbeza daripada penganjuran acara kebudayaan yang lain.

Salah satu persembahan di temasya itu juga mendapat pengiktirafan The Malaysia Book of Records sebagai persembahan gendang teramai yang pernah diadakan di negara ini dengan melibatkan seramai 780 peserta.

Selain itu, sebanyak 30 kumpulan kesenian dan artis bakal membuat persembahan pada temasya tersebut yang akan mengetengahkan elemen persembahan yang memukau dengan paluan gendang serta gerak tari yang mengasyikkan.

24

Page 33: SUMBER: INTERNET - PNM Lebar_3.pdfContoh yang nyata adalah ADSL, ... maju, gelombang frekuensi radio dan sistem satelit. Oleh itu, kita perlu sedar bahawa dunia ... Lanjutan itu juga,

Bukan itu sahaja, Temasya Pantai Timur yang diadakan serentak dengan Karnival Jalur Lebar 1Malaysia itu turut memberi peluang kepada pengunjung yang meminati permainan video dalam talian untuk mencuba permainan tersebut di karnival yang berlangsung di Pulau Warisan.

Selain itu juga para pengunjung juga dipersembahkan dengan pertunjukan artis kebudayaan dari Pahang, tarian pelbagai kaum, kertuk, rodat, acara sukan rakyat, mak yong serta pertandingan dam aji.

Acara persembahan bela diri, gabungan dikir barat dari tiga buah negeri, tayangan filem dan sukan rakyat turut diadakan di lokasi yang sama.

Persembahan sebelah malam pula melibatkan artis kebudayaan dari negeri Terengganu selain persembahan wayang kulit Kelantan.

25

Page 34: SUMBER: INTERNET - PNM Lebar_3.pdfContoh yang nyata adalah ADSL, ... maju, gelombang frekuensi radio dan sistem satelit. Oleh itu, kita perlu sedar bahawa dunia ... Lanjutan itu juga,

ARKIB : 10/12/2010

Jalur lebar di penempatan Orang Asli, Felda

KUANTAN 9 Dis. – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) berusaha meningkatkan liputan selular dan jalur lebar ke seluruh kawasan termasuk di tanah rancangan Felda dan penempatan Orang Asli di negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Sains, Teknologi dan Inovasi negeri, Datuk Mohd. Sharkar Shamsudin berkata, sebanyak empat syarikat telekomunikasi dijangka menambah 311 tapak pemancar di 10 buah daerah pada tahun ini.

“Antara 10 daerah terbabit adalah Kuantan, Pekan, Rompin, Bera, Bentong, Maran, Temerloh, Raub, Jerantut dan Lipis.

“Perancangan ini juga akan dilaksanakan di kawasan tanah rancangan Felda. Usaha memperluaskan perkhidmatan jalur lebar ini melibatkan 61 tanah rancangan,” katanya kepada pemberita di sini baru-baru ini.

Mohd. Sharkar berkata, SKMM melalui Inisiatif Pemberian Perkhidmatan Sejagat (PPS) sedang melaksanakan program perluasan telefon selular di kawasan luar bandar yang dijangka dapat disiapkan pada tahun depan.

“Sasaran pelaksanaan program itu ialah menyediakan perkhidmatan selular dan jalur lebar kepada pengguna yang tinggal di luar bandar termasuk penempatan Orang Asli, Felda, Felcra dan kawasan tumpuan pelancong,” jelasnya.

Menurut beliau, bagi fasa pertama program itu, sebanyak 50 menara telekomunikasi baru telah siap dibina di tiga daerah iaitu Bera, Lipis dan Temerloh pada Mac lalu.

“Sebanyak 63 lagi menara akan dibina di empat daerah iaitu di Pekan, Lipis, Cameron Highlands dan Bentong yang dijangka siap pada akhir tahun depan,” katanya.

26

Page 35: SUMBER: INTERNET - PNM Lebar_3.pdfContoh yang nyata adalah ADSL, ... maju, gelombang frekuensi radio dan sistem satelit. Oleh itu, kita perlu sedar bahawa dunia ... Lanjutan itu juga,

ARKIB : 10/12/2010

350 kampung WiFi

Oleh SITI AIRUNNISA ALAUI [email protected]

KUALA TERENGGANU 9 Dis. - Sebanyak 350 buah kampung di Terengganu, Kelantan dan Pahang bakal mendapat manfaat kemudahan perkhidmatan melayari Internet tanpa wayar secara percuma melalui program Kampung WiFi bermula tahun depan.

Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, kemudahan tersebut merupakan antara inisiatif kerajaan untuk menjadikan kemudahan WiFi sebagai alat komunikasi di antara rakyat dengan kerajaan.

"Kali ini kita memfokuskan kampung-kampung di tiga buah negeri di wilayah pantai timur iaitu Terengganu melibatkan 125 buah kampung, Kelantan (110 kampung) dan Pahang (115 kampung).

"Bagaimanapun, kita serahkan kepada kepimpinan negeri masing-masing untuk menentukan sama ada kampung yang telah dipilih bersesuaian untuk dilaksanakan kemudahan itu.

"Ini kerana ia bergantung kepada kemudahan sedia ada seperti mempunyai kemudahan talian telefon awam bagi membolehkan ia berfungsi," katanya selepas merasmikan Temasya Pantai Timur dan Pelancaran Karnival Jalur Lebar 1Malaysia di Taman Budaya Kuala Ibai di sini hari ini.

Hadir sama, Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said.

Temasya tersebut bakal berlangsung selama tiga hari bermula hari ini dengan menyediakan pelbagai persembahan kebudayaan serta pameran pelbagai agensi.

Mengulas lanjut, Rais berkata, kementeriannya menyasarkan sebanyak 3,100 buah kampung di seluruh negara bakal dilengkapi dengan kemudahan WiFi menjelang 2014.

Jelasnya, kerajaan memperuntukkan kira-kira RM15,000 hingga RM20,000 untuk tujuan tersebut tidak termasuk kos penyelenggaraan kemudahan itu.

27

Page 36: SUMBER: INTERNET - PNM Lebar_3.pdfContoh yang nyata adalah ADSL, ... maju, gelombang frekuensi radio dan sistem satelit. Oleh itu, kita perlu sedar bahawa dunia ... Lanjutan itu juga,

"Sememangnya kos tersebut amat tinggi, oleh sebab itu, kita mengadakan catuan bersama kepimpinan negeri untuk bersama-sama melaksanakan kemudahan tersebut yang memberi manfaat kepada penduduk luar bandar," jelasnya.

28

Page 37: SUMBER: INTERNET - PNM Lebar_3.pdfContoh yang nyata adalah ADSL, ... maju, gelombang frekuensi radio dan sistem satelit. Oleh itu, kita perlu sedar bahawa dunia ... Lanjutan itu juga,

ARKIB : 07/12/2010

TM tidak monopoli jalur lebar

KUALA LUMPUR 6 Dis. - Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan menyangkal dakwaan bahawa Telekom Malaysia (TM) kini memonopoli khidmat penyediaan jalur lebar berkelajuan tinggi (HSBB).

Timbalan Menterinya, Datuk Joseph Salang Gandum berkata, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) setakat ini mengeluarkan 51 lesen kepada para penyedia perkhidmatan tersebut untuk kawasan seperti bandar utama, perindustrian, wilayah pembangunan, pejabat kerajaan dan institusi pengajian tinggi awam dan swasta.

Dalam penyediaan HSBB, menurutnya, kerajaan menjalankan projek usahasama dengan TM dengan syarikat itu menanggung kos sebanyak RM11.3 bilion manakala RM2.4 bilion pula ditanggung kerajaan.

"TM merupakan pengendali perkhidmatan HSBB dan mereka berhak menawarkan tender untuk projek jalur lebar kepada pembekal tempatan dan antarabangsa.

"Oleh itu, isu monopoli tidak timbul dalam pembekalan dan penawaran perkhidmatan jalur lebar di negara ini," katanya ketika menjawab soalan Lim Guan Eng (DAP-Bagan) pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.

Dalam perkembangan lain, katanya, kerajaan menetapkan standard mandatori kelajuan minimum 256Kbps bagi perkhidmatan Internet dan menggalakkan penyediaan kandungan tempatan.

Di samping itu, jelasnya, kerajaan dengan kerjasama TM juga melaksanakan inisiatif seperti mewujudkan MyIX (Malaysia Internet Exchange) termasuk di Sabah dan Sarawak bagi mengekalkan kadar trafik tempatan sekali gus mempertingkatkan kelajuan Internet.

Sementara itu, menjawab soalan tambahan Datuk Seri Abdul Ghapur Salleh (BN-Kalabakan), jelasnya, perkhidmatan HSBB bukan disediakan di Lembah Klang sahaja sebaliknya merangkumi kawasan seperti Kulim Hi-Tech dan Bayan Baru di utara.

Tambahnya, projek akan dilaksanakan di Sabah dan Sarawak dalam fasa kedua pelaksanaannya sedikit masa lagi.

29

Page 38: SUMBER: INTERNET - PNM Lebar_3.pdfContoh yang nyata adalah ADSL, ... maju, gelombang frekuensi radio dan sistem satelit. Oleh itu, kita perlu sedar bahawa dunia ... Lanjutan itu juga,

Beliau juga menolak dakwaan Abdul Ghapur yang mengatakan Sabah dan Sarawak dianaktirikan dalam penyediaan perkhidmatan itu kerana menurutnya program berkenaan merupakan inisiatif pihak swasta yang mahu mencari pasaran tinggi.

Bagaimanapun, katanya, kementerian dan SKMM juga menyediakan inisiatif untuk memperluaskan perkhidmatan itu ke luar bandar dan pedalaman dengan 500 buah kampung WiFi akan siap dibina di Sabah tahun depan, manakala 600 kampung WiFi pula akan diwujudkan di Sarawak.

30

Page 39: SUMBER: INTERNET - PNM Lebar_3.pdfContoh yang nyata adalah ADSL, ... maju, gelombang frekuensi radio dan sistem satelit. Oleh itu, kita perlu sedar bahawa dunia ... Lanjutan itu juga,

ARKIB : 26/11/2010

Perluas jalur lebar di penempatan Orang Asli, Felda

KUANTAN 25 Nov. - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) sedang berusaha memperluas dan meningkatkan liputan selular dan jalur lebar ke seluruh kawasan termasuk di tanah rancangan dan penempatan Orang Asli di negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Sains, Teknologi dan Inovasi negeri, Datuk Mohd. Sharkar Shamsudin berkata, sebanyak empat syarikat telekomunikasi dijangka menambah 311 tapak pemancar di 10 buah daerah pada tahun ini.

"Sebanyak 10 daerah terbabit adalah Kuantan, Pekan, Rompin, Bera, Bentong, Maran, Temerloh, Raub, Jerantut dan Lipis.

"Perancangan ini juga akan dilaksanakan di kawasan tanah rancangan Felda.

''Usaha memperluaskan perkhidmatan jalur lebar ini melibatkan 61 tanah rancangan," katanya.

Beliau menjawab soalan Datuk Shahaniza Shamsuddin (BN-Kuala Sentul) pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang di Wisma Sri Pahang di sini hari ini.

Mohd. Sharkar berkata, SKMM melalui Inisiatif Pemberian Perkhidmatan Sejagat (PPS) sedang melaksanakan program perluasan telefon selular di kawasan luar bandar yang akan disiapkan pada tahun 2012.

"Sasaran pelaksanaan program ini adalah untuk menyediakan perkhidmatan selular dan jalur lebar kepada pengguna yang tinggal di luar bandar termasuk penempatan Orang Asli, Felda, Felcra dan kawasan tumpuan pelancong," jelasnya.

Menurut beliau, bagi fasa pertama program itu, sebanyak 50 menara telekomunikasi baru telah siap dibina di tiga daerah iaitu Bera, Lipis dan Temerloh pada Mac lalu.

"Sebanyak 63 lagi menara akan dibina di empat daerah iaitu di Pekan, Lipis, Cameron Highlands dan Bentong yang dijangka siap pada akhir tahun depan," katanya.

31

Page 40: SUMBER: INTERNET - PNM Lebar_3.pdfContoh yang nyata adalah ADSL, ... maju, gelombang frekuensi radio dan sistem satelit. Oleh itu, kita perlu sedar bahawa dunia ... Lanjutan itu juga,

ARKIB : 23/11/2010

Demokrasi pembangunan maklumat negara

Oleh SHAHARUDIN IDRUS

TAHAP capaian jalur lebar Internet yang lebih baik merupakan kunci yang akan membawa negara kepada masa depan lebih baik sekali gus meletakkan negara di landasan bagi mencapai status negara berpendapatan tinggi menjelang 2020.

Tahap jalur lebar yang tinggi ini akan membawa pula kepada perluasan dan peningkatan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) seiring dengan program Transformasi Ekonomi Negara (ETP) yang telah dilancarkan.

Sehubungan itu, Sistem Maklumat Spatial Negara kini berada di landasan yang menjadikannya sebahagian daripada rutin kehidupan harian masyarakat. Sistem Maklumat Spatial terdiri daripada rangkaian beberapa entiti utama yang membentuk lingkaran keseluruhan maklumat tersebut. Salah satu yang terpenting ialah Sistem Maklumat Geografi (GIS) yang dipadankan dengan Sistem Letakan Global (GPS), imej satelit, sistem komputer serta rangkaian internet yang kesemuanya membentuk satu rangkaian sistem maklumat spatial (reruang).

Apa yang lebih penting sejak kewujudan sistem maklumat spatial di persada maklumat negara ialah mempertahan dan memperteguhkan kedudukannya seiring dengan kepesatan pembangunan negara yang turut melibatkan pembangunan spatial negara.

Selaras dengan proses globalisasi yang berlangsung dengan membuka ruang maklumat agar dapat dikongsi bersama, pendemokrasian maklumat spatial negara wajar diberikan perhatian sepenuhnya. Melalui pendemokrasian maklumat spatial yang dimiliki oleh negara akan membawa kepada perencanaan dan penggunaan yang lebih berkesan dalam meneruskan kehidupan harian masyarakatnya dan seterusnya membawa kepada kualiti dan kesejahteraan kehidupan masyarakat pada masa depan.

Pendemokrasian maklumat itu berdiri atas beberapa prinsip utama yang antara lainnya ialah setiap orang berhak memperolehi maklumat yang sewajarnya. Dua perkara penting yang menyentuh tentang pendemokrasian maklumat ini, pertamanya ialah hak dan peluang yang sama rata kepada semua warga untuk mendapatkan maklumat yang diperlukan. Kedua ialah hak kesampaian kepada maklumat yang diperlukan itu.

32

Page 41: SUMBER: INTERNET - PNM Lebar_3.pdfContoh yang nyata adalah ADSL, ... maju, gelombang frekuensi radio dan sistem satelit. Oleh itu, kita perlu sedar bahawa dunia ... Lanjutan itu juga,

Maklumat wajar dan boleh didapati secara bebas, tanpa sebarang sekatan tertentu atau setidak-tidaknya pada peringkat asas dan peringkat dasar. Pendemokrasian maklumat bersabit dengan memberikan peluang seluas-luasnya kepada setiap warga untuk mendapat maklumat yang diperlukan tanpa mengira kelas sosial, kaum dan juga gender.

Ia juga akan menjadi asas kepada proses untuk mencapai masyarakat yang bermaklumat serta mampu bersaing pada peringkat global dan sentiasa kemaskini dengan maklumat-maklumat baru yang diperoleh menerusi sistem maklumat terbuka, seterusnya mampu membawa kepada peningkatan pendapatan negara.

Kepesatan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dengan jalur lebar yang mampu mencapai kelajuan tinggi telah membawa kepada revolusi maklumat yang dapat membawa kepada ilmu pengetahuan yang lebih baik. Maklumat dan perbincangan bersifat ilmiah yang pada ketika dahulu hanya dimonopoli oleh golongan tertentu, kini boleh diakses oleh masyarakat awam yang telah mempunyai darjah celik komputer yang agak baik.

Begitu juga maklumat berkenaan dengan aspek pembangunan fizikal yang bakal dijalankan akan dipaparkan dalam ruang maya mahupun yang bercetak untuk tatapan umum. Maklumat sebegini akan memberikan kesan kepada masyarakat jika sekiranya kawasan atau tanah milik mereka akan terlibat dengan proses pembangunan tersebut.

Rakyat yang kini lebih matang pemikirannya akan dapat menilai kesesuaian atau ketidaksesuaian pembangunan yang akan dilangsungkan. Bantahan berbentuk tulisan, aduan dan sebagainya akan disalurkan jika difikirkan pembangunan yang bakal dilangsungkan itu tidak menjamin masa depan mereka yang terlibat dengan pembangunan tersebut. Maklumat spatial yang baik dan berkesan boleh menjadi asas kepada perpaduan dan keharmonian kaum di negara ini.

Proses globalisasi dan googlelisasi (googlesation) yang kini sering mendominasi sistem maklumat global dengan kemudahan google maps, menyatukan pangkalan data teks dan peta oleh pembangun perisian berasaskan web, meneliti keadaan guna tanah semasa, e-mel dan pelbagai lagi sarana yang disediakan secara percuma demi memudahkan semua pihak yang menginginkan maklumat yang lebih cepat, pantas dan lengkap dalam mengejar suasana kehidupan yang dimampatkan oleh ruang masa.

Kesemua maklumat yang menjadi keperluan kepada semua pihak ini tidak mengira peringkat umur, sosio-ekonomi, budaya malahan merentasi sempadan

33

Page 42: SUMBER: INTERNET - PNM Lebar_3.pdfContoh yang nyata adalah ADSL, ... maju, gelombang frekuensi radio dan sistem satelit. Oleh itu, kita perlu sedar bahawa dunia ... Lanjutan itu juga,

etnik dan kaum telah menggunakan maklumat sama yang diperoleh daripada pangkalan data yang kita sendiri tidak mengetahui dengan tepat di mana data tersebut disimpan.

Keterserlahan maklumat yang dimiliki oleh pencetus google kini seolah-olah hampir tidak ada satu pun pesaing yang mampu menyaingi kudratnya dalam menguasai teknologi maklumat global. Lantaran sinonim perkataan globalisasi maklumat dan googlelisasi.

Maklumat yang sahih, tepat dan jitu yang terbina akan menjadi penyalur dan pembangunan budaya dan ilmu, penyalur kemahiran dan keterampilan, penyalur kepercayaan dan jati diri serta maruah tetapi seharusnya berasaskan pemahaman dan budaya setempat yang dibina secara berterusan dengan sokongan kewangan yang kukuh.

Pembangunan maklumat negara perlu seiring dengan pangkalan maklumat yang telah tersedia di pasaran maya. Orang ramai kini lebih mudah dan selesa mendapatkan maklumat berkait dengan perkara yang ingin diketahui dan diselidikinya dari laman maya berbanding dengan yang bersifat bercetak atau yang tersimpan secara fizikal di perpustakaan yang memerlukan pula masa untuk pergi ke tempat tersebut dan perlu mencari tempat meletak kenderaan berbanding dengan masa yang diambil untuk melayari bahtera maya maklumat yang tersedia dengan begitu meluas dan mempunyai darjah kejituan yang tinggi.

Nampaknya yang hadir daripada googlelisasi ini ialah merubah seluruh wajah kehidupan masyarakatnya, dari pola pekerjaan, corak pendidikan sehinggalah kepada kebiasaan pada waktu lapangnya. Kesemua itu turut mengalami perubahan yang bukan sedikit kesannya ke atas kehidupan masyarakat seluruhnya. Lantaran, sistem maklumat spatial yang perlu diperteguhkan kehadirannya perlu dilihat dalam lingkaran teknologi maklumat yang sedia wujud di persada maya ini.

Beberapa halangan bersifat struktural, institusi dan pemikiran perlu diruntuhkan untuk memastikan sistem maklumat spatial negara ini betul-betul dapat diperkasakan dan seterusnya membawa negara ke persada dunia seiring kepesatan maklumat global.

Shaharudin Idrus

Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI) Universiti Kebangsaan Malaysia.

34

Page 43: SUMBER: INTERNET - PNM Lebar_3.pdfContoh yang nyata adalah ADSL, ... maju, gelombang frekuensi radio dan sistem satelit. Oleh itu, kita perlu sedar bahawa dunia ... Lanjutan itu juga,

ARKIB : 20/11/2010

Jalur lebar kunci pertumbuhan

Oleh RAJA SYAHRIR ABU BAKAR [email protected]

KUALA LUMPUR 19 Nov. - Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, tahap capaian jalur lebar Internet merupakan salah satu kunci enjin pertumbuhan selari dengan sasaran untuk muncul sebagai sebuah negara berpendapatan tinggi pada 2015.

Muhyiddin Yassin dan Rais Yatim bersama Francis Yeoh (dua dari kiri) dan

Yeoh Tiong Lay semasa melancarkan Perkhidmatan Rangkaian 4G, Yes di

Kuala Lumpur, semalam.

Timbalan Perdana Menteri berkata, perkara itu turut digariskan dalam program Transformasi Ekonomi Negara (ETP) yang dilancarkan kerajaan baru-baru ini.

Beliau menjelaskan, kajian global juga menunjukkan tahap capaian Internet mempunyai kaitan langsung dengan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sesebuah negara.

"Forum Ekonomi Dunia 2009 menunjukkan KDNK sesebuah negara akan meningkat sebanyak satu hingga dua peratus bagi setiap 10 peratus kenaikan dalam penembusan jalur lebar Internet," katanya.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kabinet Mengenai Jalur Lebar berkata demikian ketika berucap melancarkan Perkhidmatan Rangkaian 4G, Yes yang ditawarkan oleh YTL Communications (YTL Comm.) Sdn. Bhd. di sini hari ini.

Hadir sama, Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim; Pengerusi Eksekutif YTL Corporation Bhd., Tan Sri Yeoh Tiong Lay dan Pengarah Urusan YTL Comm., Tan Sri Francis Yeoh.

Dalam perkembangan berkaitan, Muhyiddin memberitahu, Malaysia memerlukan seramai 49,000 pekerja mahir tambahan untuk mencapai pendapatan kasar

35

Page 44: SUMBER: INTERNET - PNM Lebar_3.pdfContoh yang nyata adalah ADSL, ... maju, gelombang frekuensi radio dan sistem satelit. Oleh itu, kita perlu sedar bahawa dunia ... Lanjutan itu juga,

negara (GNI) sebanyak RM62.7 bilion dalam sektor kandungan Internet dan komunikasi menjelang 2020.

Kata beliau, GNI negara dalam kedua-dua bidang itu dicatatkan pada kadar RM22.4 bilion pada tahun ini.

"Hanya 10 hingga 20 peratus daripada kandungan Internet yang diakses rakyat Malaysia merupakan kandungan tempatan, jadi kita memerlukan lebih ramai modal insan dalam sektor berasaskan pengetahuan," tegasnya.

Justeru katanya, para penggiat industri di tanah air diseru untuk bersama-sama kerajaan dalam menyokong pertumbuhan bakat tempatan melalui pelbagai program.

Sementara itu, Timbalan Perdana Menteri turut menggunakan aplikasi 4G Yes pada majlis berkenaan dengan mengadakan sidang video dengan dua pelajar Malaysia yang menuntut di London, United Kingdom.

36

Page 45: SUMBER: INTERNET - PNM Lebar_3.pdfContoh yang nyata adalah ADSL, ... maju, gelombang frekuensi radio dan sistem satelit. Oleh itu, kita perlu sedar bahawa dunia ... Lanjutan itu juga,

ARKIB : 10/11/2010

38 peratus kawasan sudah ada WiFi

MELAKA 9 Nov. - Lebih 38 peratus kawasan di negeri ini sudah dilengkapi kemudahan jalur lebar tanpa wayar bertujuan memberi liputan lebih komprehensif dan seterusnya membangunkan perkhidmatan WiFi kepada masyarakat.

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, kemudahan tersebut dibangunkan oleh kerajaan negeri sendiri dan jalur lebar tanpa wayar oleh syarikat telekomunikasi swasta.

Menurutnya, lebih banyak kawasan akan dibangunkan dengan kemudahan WiFi melalui kerjasama agensi kerajaan negeri yang berkaitan dengan Mimos Bhd.

''Syarikat telekomunikasi negara, Telekom Malaysia Berhad (TM) telah membina 800 tapak di Melaka untuk kemudahan ini tetapi itu masih tidak mencukupi bagi memenuhi keperluan rakyat Melaka," katanya di sini, baru-baru ini.

Menurutnya, ketika ini kerjasama diadakan antara Jabatan K-Ekonomi, Mimos dan Universiti Teknikal Malaysia Melaka bagi membangunkan WiFi generasi baru dikenali WiWi.

Melalui program itu kata beliau, ia menyasarkan pembangunan 40 tapak WiWi di sekitar pusat bandar.

''Pembangunan teknologi ini akan digerakkan secara agresif di seluruh negeri bagi menyediakan manfaat penggunaan Internet kepada masyarakat apabila ia diperluaskan di semua tempat berbanding hanya 38 peratus lokasi ketika ini," kata beliau.

Katanya, perkhidmatan itu juga adalah sebahagian daripada matlamat kerajaan untuk memperluaskan sistem berkenaan ke seluruh negeri pada masa depan.

Menurutnya, perkhidmatan tersebut juga membolehkan penduduk yang tinggal di luar bandar turut dapat memanfaatkan kemudahan tersebut.

37

Page 46: SUMBER: INTERNET - PNM Lebar_3.pdfContoh yang nyata adalah ADSL, ... maju, gelombang frekuensi radio dan sistem satelit. Oleh itu, kita perlu sedar bahawa dunia ... Lanjutan itu juga,

ARKIB : 09/11/2010

Mendekatkan jurang digital

Oleh MOHD. KHUZAIRI ISMAIL [email protected]

BAGI masyarakat bandar, capaian kepada perkhidmatan jalur lebar mungkin bukan satu masalah. Selain mempunyai banyak pilihan langganan di kalangan penyedia jalur lebar swasta dengan tawaran harga yang sangat berpatutan, masyarakat bandar juga mampu mengakses Internet dengan percuma di kebanyakan pusat-pusat hot spot.

Kerana kemudahan itu juga, negara sehingga Oktober lalu berjaya mengatasi kadar penembusan jalur lebar sebanyak 50 peratus seperti yang disasarkan oleh kerajaan menjelang hujung tahun ini.

Begitu pun bagi masyarakat luar bandar dan kawasan pedalaman, capaian jalur lebar masih menjadi masalah kerana tiadanya liputan dan infrastruktur yang bersesuaian. Ini boleh menjadi halangan kepada usaha negara menjadi negara maju yang salah satu kriterianya ialah akses kepada jalur lebar yang meluas di kalangan rakyat.

Di sinilah sebenarnya peranan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) iaitu sebuah agensi kerajaan yang bertanggungjawab dalam memastikan negara mendapat kemudahan perhubungan melalui perkhidmatan komunikasi.

Peranan SKMM ini adalah sesuatu yang jarang diketahui umum. Ini memandangkan ramai yang beranggapan agensi itu lebih bertindak sebagai pengawal selia dalam menangani isu-isu atau aduan berkenaan penyalahgunaan atau kesalahan dalam talian.

Hakikatnya, SKMM memainkan peranan yang besar dalam mendekatkan jurang digital di kalangan masyarakat luar bandar menerusi program khusus mereka yang dikenali sebagai program Pemberian Perkhidmatan Sejagat (PPS).

Dilaksanakan secara rasmi pada 2002, PPS bermula dengan projek rintis menyediakan infrastruktur telefoni asas dan perkhidmatan kepada penduduk di luar bandar. Projek itu sehingga kini telah memberi manfaat kepada kira-kira 57,500 buah isi rumah di seluruh negara termasuk di Sabah dan Sarawak.

38

Page 47: SUMBER: INTERNET - PNM Lebar_3.pdfContoh yang nyata adalah ADSL, ... maju, gelombang frekuensi radio dan sistem satelit. Oleh itu, kita perlu sedar bahawa dunia ... Lanjutan itu juga,

Sejak itu, peranan PPS semakin diperluas dan sehingga kini, SKMM telah mengenal pasti 462 kawasan kurang liputan di seluruh negara untuk perlaksanaan projek-projek telefoni asas, selular dan jalur lebar. Begitu pun sejak 2008, fokus PPS mula berubah seiring dengan kemajuan teknologi dan permintaan para pengguna.

PPS kini mula beralih kepada peranan menangani isu-isu kandungan, capaian dan aplikasi serta kemampuan terhadap perkhidmatan komunikasi dan multimedia.

Antara program di bawah PPS yang mendapat sambutan menggalakkan ialah projek Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) dan Perpustakaan Jalur Lebar (PJL). Dijalankan dengan kerjasama syarikat penyedia rangkaian terkemuka negara, PJK dan PJL memberi peluang kepada masyarakat pedalaman untuk mendekati teknologi maklumat (ICT).

Latihan kemahiran ICT asas dan pembangunan kandungan itu disediakan secara percuma oleh pengendali yang dilantik di kalangan masyarakat setempat.

Menurut Pemangku Pengarah Kanan Jabatan PPS, Zulkarnain Mohd. Yassin, sehingga kini, terdapat kira-kira 246 buah PJK dan 100 buah PJL yang dibuka di seluruh negara sejak 2007 dengan keahlian seramai 80,799 orang. Kebanyakan ahli PJK dan PJL itu terdiri daripada golongan berpendapatan rendah yang tidak mampu memiliki komputer atau capaian Internet sendiri.

Keahlian PJK dan PJL dijangka akan meningkat sehingga 100,000 orang apabila satu lagi projek PPS iaitu Komputer Riba 1Malaysia diperluaskan. Projek pengagihan komputer riba berserta talian Internet itu menyaksikan sebanyak 123,000 unit komputer yang berharga kira-kira RM850 telah diagihkan kepada mereka yang berkelayakan.

''Untuk edaran fasa pertama itu, para penerima terdiri daripada pelajar-pelajar sekolah menengah daripada keluarga yang berpendapatan kurang daripada RM3,000 sebulan.

"Penerima juga terdiri daripada mereka yang tinggal berhampiran dengan PJK bagi memudahkan urusan pemantauan dan pengajaran daripada pelatih di pusat tersebut," ujar Zulkarnain.

Sepanjang fasa kedua pula, sebanyak 300,000 unit komputer riba lagi akan diagihkan bermula Disember ini. Kumpulan sasar bagi fasa kedua ini

39

Page 48: SUMBER: INTERNET - PNM Lebar_3.pdfContoh yang nyata adalah ADSL, ... maju, gelombang frekuensi radio dan sistem satelit. Oleh itu, kita perlu sedar bahawa dunia ... Lanjutan itu juga,

membabitkan 65 peratus pelajar sekolah dan penuntut Institusi Pengajian Tinggi (IPT), manakala selebihnya kepada keluarga yang kurang berkemampuan.

Projek itu dijangka menyumbang sebanyak sembilan peratus kepada sasaran 50 peratusan penembusan jalur lebar negara menjelang 2010. Dalam memperkukuhkan peranan PJK dan PJL tambah Zulkarnain, PPS turut membuka pusat yang dikenali sebagai Mini PJK atau Pusat Internet Rakyat (PIR).

Projek yang digerakkan dalam tiga fasa itu merupakan transformasi jabatan-jabatan Penerangan di seluruh negara kepada pusat jalur lebar kecil. Ketika ini, sebanyak 121 buah tapak sudah dikenalpasti bagi projek tersebut.

''Setiap pusat penerangan itu pula akan menempatkan sebanyak lima buah komputer dan dijangka akan memanfaatkan seramai kira-kira 400,000 orang terdiri daripada masyarakat setempat," kata beliau.

Pada Julai lalu pula, PPS melangkah setapak lagi menerusi perlaksanaan projek rangkaian jalur lebar berkumpulan atau juga disebut sebagai Kg. Wifi. Menerusi projek itu, sebanyak 400 buah kampung atau komuniti di seluruh negara telah dikenalpasti untuk disediakan dengan rangkaian jalur lebar.

Sebahagian daripada projek-projek di bawah PPS ini masih berada pada fasa dua dan dijangka sempurna sepenuhnya menjelang tahun depan. Begitu pun projek ini menunjukkan lonjakan kadar penembusan jalur lebar terutama di kalangan masyarakat luar bandar yang begitu ketara.

Dengan beberapa projek lain bakal digerakkan sehingga fasa ketiga, tidak mustahil PPS dapat membantu negara merealisasikan salah satu kriteria negara maju iaitu kadar penembusan yang tinggi di kalangan rakyat.

Setidak-tidaknya, PPS boleh memastikan kadar penembusan jalur lebar negara mencapai 75 peratus seperti yang disasarkan pada 2015.

40

Page 49: SUMBER: INTERNET - PNM Lebar_3.pdfContoh yang nyata adalah ADSL, ... maju, gelombang frekuensi radio dan sistem satelit. Oleh itu, kita perlu sedar bahawa dunia ... Lanjutan itu juga,

ARKIB : 09/11/2010

Megatech Communication dapat projek RM1 bilion

PONTIAN 8 Nov. - Megatech Communication Sdn. Bhd., diberi tanggungjawab melaksanakan kerja-kerja infrastruktur projek Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi (HSBB) membabitkan kos sebanyak RM1 bilion bagi tempoh lima tahun di Semenanjung mulai tahun ini.

Majlis menandatangani kontrak antara Megatech Communication dengan Urus Jaring Sdn. Bhd. dilakukan antara Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Megatech Communication, Tan Meng Chai dan CEO Urus Jaring, Lee Wai Tuck di sini baru-baru ini.

Majlis turut disaksikan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan yang juga Ahli Parlimen Pontian.

Pada sidang akhbar selepas itu, Meng Chai berkata, projek HSBB itu merupakan satu langkah ke hadapan negara membangun infrastruktur teknologi maklumat dan komunikasi (ICT).

Beliau berkata, kejayaan projek tersebut akan memberi kesan secara langsung kepada peningkatan aktiviti ICT dan pertumbuhan ekonomi terutamanya bagi memudahkan urusan yang memerlukan perkhidmatan Internet.

"Jaringan HSBB akan terbuka kepada umum iaitu sistem jalur lebar boleh diakses secara pasaran bebas supaya persaingan perniagaan terus meningkat," katanya.

Meng Chai berkata, pihaknya akan memasang kabel optik fiber di seluruh negara mulai penghujung bulan depan bermula di Kuantan, Pahang yang melibatkan 2,000 rumah sebelum ke Johor Bahru.

Sementara itu, Ahmad mengalu-alukan pemilihan Megatech Communaction yang berpengkalan di Benut, Pontian bagi melaksanakan kerja-kerja tersebut yang merupakan pengiktirafan kepada daerah Pontian dan pekan Benut.

Menurutnya, pemberian kontrak tersebut juga akan memberi peluang pekerjaan kepada masyarakat tempatan sekali gus membantu meningkatkan taraf sosio ekonomi penduduk terutamanya golongan muda.

41

Page 50: SUMBER: INTERNET - PNM Lebar_3.pdfContoh yang nyata adalah ADSL, ... maju, gelombang frekuensi radio dan sistem satelit. Oleh itu, kita perlu sedar bahawa dunia ... Lanjutan itu juga,

Dengan kepercayaan yang diberikan oleh Urus Jaring, beliau percaya lebih ramai tenaga mahir tempatan diperlukan khususnya lepasan pelbagai institut latihan di negara ini.

"Kepercayaan yang diberikan kepada Megatech Communacation membuktikan syarikat tempatan juga mampu melaksanakan projek yang besar bagi memenuhi keperluan negara pada masa depan," katanya.

42

Page 51: SUMBER: INTERNET - PNM Lebar_3.pdfContoh yang nyata adalah ADSL, ... maju, gelombang frekuensi radio dan sistem satelit. Oleh itu, kita perlu sedar bahawa dunia ... Lanjutan itu juga,

ARKIB : 02/11/2010

Adib pilih Bukit Lintang, Ayer Molek jadi kawasan jalur lebar

MELAKA 1 Nov. - Kampung Bukit Lintang dan Ayer Molek yang terletak kira-kira 20 kilometer dari pusat bandar, dipilih oleh syarikat Allied Digital Infonet Berhad (Adib) untuk melaksanakan perkhidmatan jalur lebar menggunakan teknologi 'Advance Information Delivery And Access Solution' (Aidaas).

Ujian perkhidmatan itu akan berlangsung selama tiga bulan bermula pada 10 Oktober lalu dan orang ramai boleh menggunakan kemudahan tersebut secara percuma.

Ia diadakan secara kerjasama antara Adib dengan Melaka ICT Holdings Sendirian Berhad (MITCH).

Ahli Dewan Undangan negeri (ADUN) Ayer Molek, Datuk Md. Yunos Husin berkata, melalui usaha itu, penduduk dan orang ramai berpeluang mengakses Internet dengan capaian Internet jalur lebar berkelajuan 30 mega bit per saat (Mbps).

Menurutnya, kemudahan itu yang mempunyai liputan sejauh 40 kilometer bertujuan mendidik masyarakat terutama penduduk desa agar terlibat menggunakan perkhidmatan jalur lebar sebagai sebahagian kehidupan mereka.

"Usaha ini ia menjadikan Melaka antara negeri yang aktif melaksanakan penggunaan jalur lebar mengikut keperluan pengguna," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan pemasangan perkhidmatan Jalur Lebar Percuma di sini, baru-baru ini.

Kata Md. Yunos, program itu merupakan sebahagian dari kaedah pihaknya untuk merapatkan jurang digital komuniti setempat dalam pembangunan teknologi maklumat.

Ujarnya, kerajaan negeri berharap masyarakat khususnya penduduk dari dua kawasan terlibat dapat menggunakan sepenuhnya kemudahan jalur lebar yang disediakan demi memastikan ia tidak sia-sia.

"Saya dimaklumkan bahawa kemudahan ini adalah yang pertama di sini yang mana teknologi ini dihasilkan anak Melayu.

43

Page 52: SUMBER: INTERNET - PNM Lebar_3.pdfContoh yang nyata adalah ADSL, ... maju, gelombang frekuensi radio dan sistem satelit. Oleh itu, kita perlu sedar bahawa dunia ... Lanjutan itu juga,

Menurut beliau lagi, perkhidmatan itu mendapat kerjasama syarikat Adib yang menggunakan Aidaas yang dicipta dua tahun lalu.

Beliau sangat menghargai usaha syarikat berkenaan yang memilih kampung itu untuk menjalankan ujian perkhidmatan mereka.

"Bagaimanapun ia hanya boleh digunakan dalam jarak lima kilometer yang sekali gus memberikan kesan yang lebih baik buat penduduk dalam DUN ini," katanya.

44

Page 53: SUMBER: INTERNET - PNM Lebar_3.pdfContoh yang nyata adalah ADSL, ... maju, gelombang frekuensi radio dan sistem satelit. Oleh itu, kita perlu sedar bahawa dunia ... Lanjutan itu juga,

ARKIB : 02/11/2010

6 kampung dapat kemudahan WiFi

SANDAKAN 1 Nov. – Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan melalui agensinya, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah memasang enam kemudahan ‘Kampung Tanpa Wayar’ (Kampung Wifi) di kawasan Batu Sapi.

Rais Yatim menyerahkan komputer kepada pelajar dari sekolah sekitar

Parlimen Batu Sapi pada majlis sumbangan komputer di pekarangan Flat Majlis Perbandaran Sandakan, semalam.

Menterinya, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, kemudahan berkenaan merupakan sebahagian daripada 500 kemudahan seumpamanya yang akan dipasang di seluruh Sabah.

Kampung yang memperoleh kemudahan itu di Batu Sapi adalah Kampung Air, Kampung Karamunting Lama, Kampung Karamunting Baru, sebahagian Kampung Bokara, Kampung Lupak Meluas dan Flat MPS.

Melalui kemudahan itu, penduduk kampung dapat menikmati perkhidmatan jalur lebar berkelajuan tinggi termasuk penggunaan Internet.

“Inilah sumbangan ikhlas kerajaan yang diterajui Barisan Nasional (BN),” katanya kepada pemberita selepas melancarkan kemudahan ‘Kampung Tanpa Wayar’ di Flat MPS di ini hari ini.

Rais juga berkesempatan menguji kemudahan ‘Kampung Tanpa Wayar’ berkenaan dengan mengadakan sidang video beberapa minit dengan penduduk Kampung Bokara dari tapak pelancaran.

Menurut Rais, mana-mana kawasan yang mempunyai kemudahan talian telefon awam boleh dibekalkan dengan kemudahan berkenaan dan penduduk kawasan terlibat akan dapat mengakses perkhidmatan telekomunikasi seperti rakan-rakan mereka di bandar.

45

Page 54: SUMBER: INTERNET - PNM Lebar_3.pdfContoh yang nyata adalah ADSL, ... maju, gelombang frekuensi radio dan sistem satelit. Oleh itu, kita perlu sedar bahawa dunia ... Lanjutan itu juga,

Sementara itu, beliau berkata, kerajaan akan membina 212 buah lagi pemancar komunikasi di seluruh Sabah untuk membolehkan siaran televisyen dan radio dapat diterima lebih ramai penduduk di negeri itu, khususnya kawasan pedalaman.

Katanya, pembinaan pemancar bernilai RM380 juta akan dimulakan pada tahun hadapan dan sekiranya perancangan berjalan lancar, ia boleh disiapkan dalam tempoh setahun.

Pada majlis sama, Rais turut memberi tauliah kepada lapan wakil Pos Komuniti yang akan diletakkan di kawasan-kawasan strategik di Batu Sapi serta menyerahkan 15 unit komputer riba kepada 15 penerima termasuk pelajar. – BERNAMA

46

Page 55: SUMBER: INTERNET - PNM Lebar_3.pdfContoh yang nyata adalah ADSL, ... maju, gelombang frekuensi radio dan sistem satelit. Oleh itu, kita perlu sedar bahawa dunia ... Lanjutan itu juga,

ARKIB : 29/10/2010

TM terus kukuhkan kedudukan

KUALA LUMPUR 28 Okt. - Telekom Malaysia Bhd. (TM) terus mengukuhkan kedudukannya sebagai peneraju dalam industri dengan penyediaan penyelesaian jalur lebar antarabangsa kepada Kumpulan Axiata.

Naib Presiden Eksekutif TM Global, Rozaimy Rahman berkata: "Kita kini berada dalam dunia tanpa sempadan dengan keperluan untuk terus berkomunikasi dengan seluruh dunia juga semakin meningkat.

''Bagi memenuhi keperluan ini, pembekal perkhidmatan memerlukan kapasiti jalur lebar antarabangsa yang berkualiti tinggi dan diyakini dan kami di TM, berbangga kerana dapat menyediakan perkhidmatan yang diperlukan menerusi rangkaian global kami yang luas,'' kata beliau dalam kenyataannya di sini hari ini.

Tambah Rozaimy, penyelesaian jalur lebar itu akan membolehkan syarikat-syarikat Kumpulan Axiata memiliki sambungan tersendiri yang berkualiti tinggi dan selamat menerusi rangkaian antarabangsa, justeru membolehkan syarikat memenuhi keperluan komunikasi pelanggan masing-masing.

''Penyelesaian yang disediakan oleh TM telah mula diguna sejak bulan Julai tahun ini dan perjanjian ini adalah sehingga 10 tahun.

''Perkhidmatan jalur lebar antarabangsa TM ditawarkan menerusi infrastruktur rangkaian antarabangsa TM yang merupakan gabungan sistem kabel daratan, kabel fiber optik dasar laut dan satelit,'' katanya.

Rozaimy berkata, perkhidmatan ini menyediakan sambungan digital khusus bukan sahaja dari Malaysia ke seluruh dunia tetapi juga menghubungkan sesebuah negara ke negara lain melalui sistem kabel dasar laut TM yang meluas.

Selain itu, TM juga mampu menyediakan perkhidmatan jalur lebar antarabangsa menggunakan satelit ke kawasan-kawasan yang tidak boleh dicapai dengan sistem kabel dasar laut fiber optik, menerusi sambungan dengan lebih 60 syarikat-syarikat komunikasi seluruh dunia.

Antara kelebihannya, rangkaian yang eksklusif, selamat dan khusus, rendah tahap pendam (latency), khidmat sokongan, keselamatan dan kepantasan yang

47

Page 56: SUMBER: INTERNET - PNM Lebar_3.pdfContoh yang nyata adalah ADSL, ... maju, gelombang frekuensi radio dan sistem satelit. Oleh itu, kita perlu sedar bahawa dunia ... Lanjutan itu juga,

terjamin, pengebilan yang fleksibel dan penyelesaian berkualiti tinggi pada harga yang kompetitif.

''Dalam memenuhi sasaran kami untuk pertumbuhan masa akan datang yang berkekalan, kami akan terus mewujudkan hubungan perniagaan strategik dengan rakan-rakan usaha sama dengan menawarkan sambungan dan perkhidmatan global terbaik serta mempelbagaikan penawaran bagi membina kewujudan dalam pasaran sebagai jenama global," jelas Rozaimy lagi.

48

Page 57: SUMBER: INTERNET - PNM Lebar_3.pdfContoh yang nyata adalah ADSL, ... maju, gelombang frekuensi radio dan sistem satelit. Oleh itu, kita perlu sedar bahawa dunia ... Lanjutan itu juga,

ARKIB : 29/10/2010

Jalur lebar lepasi sasaran 50 peratus

PUTRAJAYA 28 Okt. - Kadar penembusan jalur lebar mengikut isi rumah telah melepasi sasaran 50 peratus seperti yang ditetapkan pada hujung tahun ini, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Timbalan Perdana Menteri berkata, sehingga pertengahan Oktober, kadar penembusannya melepasi 53.5 peratus dan kerajaan optimis menjelang 2015 jumlahnya akan mencapai 75 peratus.

Pencapaian itu, kata beliau, adalah hasil kerjasama dan usaha pihak swasta dan kerajaan termasuk pucuk pimpinan yang menitikberatkan penembusan jalur lebar untuk semua golongan rakyat.

''Pelbagai inisiatif dan program telah dirancang dan giat dilaksanakan di bawah Inisiatif Jalur Lebar (NBI) bagi memperluaskan liputan ke seluruh negara dengan menggunakan pelbagai teknologi," kata.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Mengenai Jalur Lebar di sini hari ini.

Hadir sama Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Noor Mohamed Yakcop.

Muhyiddin berkata, sebanyak 3,100 projek Kampung WiFi akan dibangunkan sehingga 2014 di seluruh negara dan setakat ini enam projek perintis telah dilaksanakan

Selain itu, dalam usaha kerajaan merapatkan jurang digital antara bandar dan luar bandar termasuk Sabah dan Sarawak, pengagihan satu juta komputer riba berserta pakej langganan jalur lebar telah mula diagihkan kepada pelajar serta golongan berpendapatan rendah di seluruh negara.

''Sejak Julai lepas lebih 100,000 komputer riba telah diagihkan manakala 300,000 lagi akan diberikan sebelum akhir tahun ini kepada mereka yang layak," katanya.

49

Page 58: SUMBER: INTERNET - PNM Lebar_3.pdfContoh yang nyata adalah ADSL, ... maju, gelombang frekuensi radio dan sistem satelit. Oleh itu, kita perlu sedar bahawa dunia ... Lanjutan itu juga,

Bagi memastikan kadar penembusan jalur lebar terus meningkat, Program Kesedaran dan Promosi Jalur Lebar kepada semua lapisan masyarakat secara intensif akan terus dilaksanakan sehingga akhir tahun ini.

Pada masa sama, Briged Bertindak Jalur Lebar di Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan akan terus memainkan peranan dalam mengatasi sebarang isu berkaitan perkhidmatan jalur lebar.

Sejajar dengan usaha meningkatkan kualiti hidup semua lapisan masyarakat, Muhyiddin berkata, Jawatankuasa Kabinet turut bersetuju mewujudkan satu eko-sistem dinamik dan menyeluruh yang mampu menjana skala ekonomi dan perluasan pasaran diterokai dengan lebih terperinci.

Ini termasuk mengiktiraf Rangkaian Sensor Tanpa Wayar (WSN) sebagai sumber pertumbuhan baru yang mampu menjana aktiviti ekonomi dalam beberapa sektor seperti pertanian, elektronik, elektrik dan pengangkutan.

Jawatankuasa tersebut, kata beliau, turut memantau Kandungan Komunikasi dan Infrastruktur (CCI) dari penjanaan kandungan kepada rangkaian, perkhidmatan dan peralatan.

''Sebanyak 10 projek permulaan (EPP) telah dikenalpasti untuk mengembangkan ekonomi di bawah CCI yang bakal menjana pendapatan lebih 43,000 pekerjaan dan menyumbang lebih RM49.83 bilion kepada Pendapatan Negara Kasar (GNI).

''Kerajaan yakin sektor ini boleh berfungsi untuk mengubah cara hidup rakyat daripada pelbagai segi termasuk dalam urusan perniagaan, pembelajaran, pekerjaan, hiburan, perbankan dan membeli belah," katanya.

Menurutnya, setakat suku kedua 2010, pelanggan telefon selular telah melebihi 31 juta atau 108 peratus penembusan sekali gus menjadikannya penyumbang terbesar melebihi 60 peratus kepada jumlah keseluruhan pendapatan industri komunikasi dan multimedia di negara ini.

50

Page 59: SUMBER: INTERNET - PNM Lebar_3.pdfContoh yang nyata adalah ADSL, ... maju, gelombang frekuensi radio dan sistem satelit. Oleh itu, kita perlu sedar bahawa dunia ... Lanjutan itu juga,

ARKIB : 28/10/2010

Kadar penembusan jalur lebar disasarkan 75% pada 2015

28/10/2010 8:45pm

PUTRAJAYA 28 Okt. - Kadar penembusan jalur lebar mengikut isi rumah disasarkan sebanyak 75 peratus menjelang 2015, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata, sehingga pertengahan Oktober lalu, kadar penembusan jalur lebar telah melepasi 53 peratus, melebihi 50 peratus daripada sasaran yang ditetapkan menjelang akhir tahun ini.

"Pencapaian ini adalah hasil kerjasama dan usaha pihak swasta dan kerajaan termasuk pucuk pimpinan yang menitikberatkan penembusan jalur lebar untuk semua golongan rakyat,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Pelaksanaan Jalur Lebar di sini hari ini.

Mesyuarat itu turut dihadiri oleh Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop.

Muhyiddin berkata, setakat suku kedua tahun ini, pelanggan telefon selular telah melebihi 31 juta atau 108 peratus dari segi kadar penembusan. – Bernama

51

Page 60: SUMBER: INTERNET - PNM Lebar_3.pdfContoh yang nyata adalah ADSL, ... maju, gelombang frekuensi radio dan sistem satelit. Oleh itu, kita perlu sedar bahawa dunia ... Lanjutan itu juga,

ARKIB : 28/10/2010

Celcom mahu masyarakat bermaklumat

PADANG BESAR 27 Okt. - Syarikat penyedia perkhidmatan Internet jalur lebar, Celcom Axiata Bhd. (Celcom) menyahut saranan kerajaan untuk melahirkan masyarakat bermaklumat dengan menyediakan Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) di Felda Chuping di sini.

Naib Presiden Celcom Wilayah Utara, Saiful Bahrin Abd. Ghaffar berkata, PJK itu berfungsi sebagai pusat sehenti bagi masyarakat memperoleh maklumat dari seluruh dunia melalui Internet.

PJK yang dilengkapi bilik pembelajaran itu, kata beliau, berfungsi sebagai pusat untuk mendidik dan melatih masyarakat setempat yang ingin mendalami pelbagai pengetahuan berkaitan teknologi maklumat (IT).

"Bagi tujuan itu, kami menyediakan seorang tutor di PJK terlibat. Tutor berkenaan ditugaskan untuk membimbing masyarakat setempat untuk mempelajari teknologi terkini dalam dunia IT secara berjadual.

"Celcom juga turut menyediakan kelas komputer untuk warga emas yang mahu mempelajari IT. Langkah itu diambil dalam usaha menjadikan seluruh lapisan masyarakat di Felda Chuping celik komputer atau celik IT," ujarnya kepada Utusan Malaysia di sini.

Saiful Bahrin memberitahu, Celcom memperuntukkan RM3 juta di bawah program tanggungjawab sosial korporat (CSR) bagi membina sebuah bangunan PJK dan menyediakan 20 unit komputer.

Peruntukan itu kata beliau, merangkumi kos penyelenggaraan dan khidmat seorang operator yang menyelaras pusat tersebut yang dibuka sejak Mei lalu.

Sehingga kini jelas beliau, pusat berkenaan menjaya menarik lebih 11,000 pengunjung atau secara purata 183 pengunjung sehari dan ia adalah di luar jangkaan.

Pada masa sama kata beliau, PJK itu turut menyediakan perkhidmatan Internet jalur lebar tanpa wayar (WiFi) yang boleh diakses oleh seluruh penduduk kampung berkenaan dari rumah masing-masing tanpa perlu ke pusat tersebut.

52

Page 61: SUMBER: INTERNET - PNM Lebar_3.pdfContoh yang nyata adalah ADSL, ... maju, gelombang frekuensi radio dan sistem satelit. Oleh itu, kita perlu sedar bahawa dunia ... Lanjutan itu juga,

Saiful Bahrin juga memberitahu, penyediaan kemudahan itu bertujuan memudahkan penduduk Felda berkenaan untuk mengakses Internet walau di mana mereka berada.

53

Page 62: SUMBER: INTERNET - PNM Lebar_3.pdfContoh yang nyata adalah ADSL, ... maju, gelombang frekuensi radio dan sistem satelit. Oleh itu, kita perlu sedar bahawa dunia ... Lanjutan itu juga,

ARKIB : 28/10/2010

300 pelajar terima Netbook

Oleh BAZLI ABDUL RAHMAN [email protected]

PADANG BESAR 27 Okt. - Seramai 300 anak peneroka Felda di Perlis yang dikenal pasti daripada keluarga kurang berkemampuan menerima komputer Netbook 1Malaysia, baru-baru ini.

Para pelajar dari Felda Chuping, Felda Rimba Mas dan Felda Mata Ayer itu adalah sebahagian daripada 1,500 orang kumpulan sasar yang dikategorikan layak mendapat bantuan berkaitan di bawah projek fasa pertama.

SEBAHAGIAN daripada penerima Netbook 1Malaysia pada majlis

Pelancaran Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) di Felda Chuping, Chuping, Padang

Besar, baru-baru ini.

Mereka menerima Netbook masing-masing daripada Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Md. Isa Sabu pada majlis penyerahan komputer berkenaan dan pelancaran Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) Felda Chuping di sini, baru-baru ini.

Netbook yang diberi percuma itu adalah inisiatif kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) yang bertujuan merapatkan jurang capaian teknologi maklumat antara penduduk bandar dan desa.

Pengarah SKMM Wilayah Utara, Mohd. Hussin Ali memberitahu, 300 pelajar dari ketiga-tiga tanah rancangan itu merupakan kumpulan pelajar pertama daripada 1,500 individu yang layak mendapat Netbook berkenaan.

Katanya, penyerahan Netbook itu sebagai satu permulaan bagi program memastikan Inisiatif Jalur Lebar Kebangsaan yang diisytiharkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 24 Mac lepas berjaya.

Menurutnya, untuk memastikan keberkesanan penggunaan Netbook itu, setiap penerima diberi latihan melalui PJK dan mereka diwajibkan datang ke pusat

54

Page 63: SUMBER: INTERNET - PNM Lebar_3.pdfContoh yang nyata adalah ADSL, ... maju, gelombang frekuensi radio dan sistem satelit. Oleh itu, kita perlu sedar bahawa dunia ... Lanjutan itu juga,

berkenaan seminggu sekali supaya kemudahan itu dapat digunakan di tahap terbaik.

Beliau memberitahu, Felda menyediakan tapak dan bangunan PJK manakala Celcom Axiata Bhd. menyediakan perkhidmatan talian sementara SKMM menubuhkan tiga PJK melalui Tabung Pemberian Perkhidmatan Sejagat (PPS).

"Sejak penubuhan tiga PJK di Felda Chuping, Felda Mata Air dan Felda Rimba Mas pada Mei lalu, seramai 600 orang telah mendaftar sebagai ahli PJK dan lebih 11,000 orang pula telah mengunjungi ketiga-tiga PJK berkenaan,'' katanya.

Katanya lagi, PJK yang mempunyai kemudahan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) terkini adalah satu inisiatif global yang mana dunia kini mempunyai 80,000 pusat seumpamanya yang dikenali dengan nama 'Telecentres'.

Mohd. Hussin juga memberitahu, penubuhan PJK dan pemberian Netbook adalah sebahagian inisiatif untuk mencapai sasaran penembusan jalur lebar 50 peratus pada penghujung tahun ini.

Katanya, penembusan jalur lebar itu adalah penting kerana ia menjadi elemen utama untuk menjadikan Malaysia sebuah negara berpendapatan tinggi yang berasaskan inovasi, kreativiti dan nilai tambah yang tinggi.

Menurutnya, mengikut Unit Perancangan Ekonomi (EPU) Jabatan Perdana Menteri, penembusan 50 peratus jalur lebar boleh menyumbang kepada satu atau dua peratus Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia.

55

Page 64: SUMBER: INTERNET - PNM Lebar_3.pdfContoh yang nyata adalah ADSL, ... maju, gelombang frekuensi radio dan sistem satelit. Oleh itu, kita perlu sedar bahawa dunia ... Lanjutan itu juga,

ARKIB : 27/10/2010

Akses jalur lebar berkelajuan tinggi akhir 2012

KUALA LUMPUR 26 Okt. - Lebih sejuta premis di negara ini akan mempunyai akses kepada perkhidmatan jalur lebar berkelajuan tinggi menjelang penghujung 2012.

Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Fadillah Yusof berkata, premis berkenaan termasuk rumah, pejabat, taman-taman industri, institusi pengajian tinggi (IPT) serta lapangan-lapangan terbang.

Katanya, pada masa ini, terdapat kira-kira 16 juta iaitu lebih daripada 55 peratus pengguna di negara ini menggunakan Internet secara harian.

"Situasi ini secara tidak langsung menunjukkan bahawa usaha yang dilakukan oleh kerajaan untuk meningkatkan tahap penggunaan jalur lebar di negara ini mencapai sasaran yang ditetapkan," katanya.

Beliau ditemui selepas merasmikan Majlis Anugerah, Persidangan dan Pameran Cyber Security Malaysia (CSM-ACE 2010) di sini hari ini.

Hadir sama Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir; Naib Canselor Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Leftenan Jeneral Datuk Allatif Mohd. Noor; Pengerusi Cyber Security Malaysia (CSM), Datuk Seri Mohd. Azumi Mohamed serta Ketua Pegawai Eksekutif CSM, Husin Jazri.

Majlis yang berlangsung lima hari sehingga 29 Oktober ini antara persidangan keselamatan teknologi maklumat terbesar yang pernah dianjurkan di negara ini.

Ia melibatkan kira-kira 200 gerai pameran dan 12 acara sampingan serta dibuka kepada orang ramai selama dua hari iaitu bermula esok.

Dengan tema 'Memperkukuhkan Kota Digital Kita', CSM-ACE 2010 menghimpunkan beberapa tokoh yang berpengaruh dalam bidang perniagaan, kerajaan dan akademik termasuk pemacu industri keselamatan maklumat untuk bertukar-tukar dasar, idea serta kepakaran teknologi.

Sementara itu, Fadillah berkata, CSMACE 2010 bukan sahaja satu perhimpunan untuk berkongsi pengetahuan dan pengalaman tetapi ia juga merupakan wadah kerjasama yang merentasi sempadan.

56

Page 65: SUMBER: INTERNET - PNM Lebar_3.pdfContoh yang nyata adalah ADSL, ... maju, gelombang frekuensi radio dan sistem satelit. Oleh itu, kita perlu sedar bahawa dunia ... Lanjutan itu juga,

Katanya, sama seperti negara lain, Malaysia sedang menjalani proses perbandaran yang pesat kerana semakin ramai penduduk memilih untuk tinggal di kota dan kawasan sekitarnya.

"Bancian terakhir pada 2000 menunjukkan hampir 62 peratus daripada rakyat Malaysia kini tinggal di bandar dan saya percaya bahawa bancian terkini akan menunjukkan angka yang lebih tinggi.

"Justeru, dengan kebangkitan 'Kota Digital' ini, kerajaan harus meneroka idea baru serta membentuk usaha sama demi meningkatkan dan mengukuhkan lagi keupayaan sistem keselamatan teknologi maklumat ini," katanya.

57

Page 66: SUMBER: INTERNET - PNM Lebar_3.pdfContoh yang nyata adalah ADSL, ... maju, gelombang frekuensi radio dan sistem satelit. Oleh itu, kita perlu sedar bahawa dunia ... Lanjutan itu juga,

ARKIB : 26/10/2010

2 syarikat tawar Internet laju

KUALA LUMPUR 25 Okt. - Dua buah syarikat penyedia perkhidmatan Internet tanpa wayar tempatan bakal memperkenalkan perkhidmatan Internet pada kelajuan 100 megabit sesaat pada Mac 2011.

Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Rais Yatim berkata, kedua-dua syarikat tersebut kini masih menguji beberapa aspek teknikal.

Bagaimanapun, beliau tidak mahu menamakan dua syarikat tersebut.

"Walaupun kelajuan jalur lebar 42 megabit sesaat oleh U-Mobile Sdn. Bhd. (U-Mobile) sudah dianggap laju, maka pencapaian sehingga 100 megabit sesaat menandakan kemajuan kepada kemajuan jalur lebar negara," katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan rangkaian jalur lebar berkeupayaan 42 megabit sesaat oleh U-Mobile di pusat membeli belah Times Square di sini hari ini.

Turut hadir ialah Ketua Pegawai Eksekutif U-Mobile, Dr. Kaizad Heerjee dan Pengerusi U-Mobile, Tan Sri Datuk Seri Vincent Tan Chee Yioun.

Keupayaan tersebut merupakan yang tertinggi oleh mana-mana syarikat penyedia perkhidmatan jalur lebar dalam negara setakat ini.

Dengan pengenalan itu, pelanggan U-Mobile boleh menikmati kemudahan jalur lebar itu di pusat membeli belah Berjaya Times Square mulai hari ini.

Mengulas lanjut, Rais berkata, kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah meluluskan belanjawan untuk melaksanakan program 'Kampung Tanpa Wayar' di mana beberapa kampung terpilih akan disediakan kemudahan jalur lebar mulai tahun depan.

"Dianggarkan kos untuk membina kemudahan itu di sebuah kampung antara RM15,000 hingga RM20,000 dan lebih mudah jika sudah mempunyai perkhidmatan telefon awam.

58

Page 67: SUMBER: INTERNET - PNM Lebar_3.pdfContoh yang nyata adalah ADSL, ... maju, gelombang frekuensi radio dan sistem satelit. Oleh itu, kita perlu sedar bahawa dunia ... Lanjutan itu juga,

ARKIB : 18/10/2010

Televisyen hibrid pertama di dunia

Oleh KHAIRUNNISA SULAIMAN Gambar ASWAD YAHYA

Hampir semua individu 'wajib' mempunyai televisyen, telefon bimbit dan komputer sama ada komputer meja atau komputer riba tetapi masalahnya kita tidak boleh menggunakannya secara serentak.

Jawapannya ada pada televisyen hibrid yang akan dilancarkan tidak lama lagi.

Justeru YTL Communications Sdn. Bhd. telah menandatangani Perjanjian Perkhidmatan dan Lesen dengan pereka televisyen generasi akan datang, Sezmi Corporation baru-baru ini.

Pengasas dan Presiden Sezmi, Phil Weiser memberikan penerangan

mengenai televisyen hibrid di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Perjanjian berkenaan memberikan YTL Communications hak menyusun atur perkhidmatan televisyen hibrid di negara ini dan Asia Pasifik serta menjadikan negara sebagai pemimpin operasi hub bagi media digital dan penyiaran televisyen di rantau ini.

Ini menjadikan Malaysia sebagai negara pertama di dunia melancarkan perkhidmatan televisyen hibrid tanpa wayar akhir tahun depan.

Televisyen hibrid bakal membawa kandungan penyiaran dan Internet terbaik dalam peralatan yang sama menerusi rangkaian tanpa wayar bagi memberikan pelanggan yang terbaik dengan Sezmi sebagai rakan kongsi.

Kini ia telah dikomersialkan di Amerika Syarikat (AS), salah satu pasaran terbesar dunia bagi teknologi dan perkhidmatan berkenaan.

Pengarah Urusan YTL Corporations Berhad dan Pengerusi Eksekutif YTL Communications, Tan Sri Dr. Francis Yeoh berkata, pihaknya teruja untuk

59

Page 68: SUMBER: INTERNET - PNM Lebar_3.pdfContoh yang nyata adalah ADSL, ... maju, gelombang frekuensi radio dan sistem satelit. Oleh itu, kita perlu sedar bahawa dunia ... Lanjutan itu juga,

membawa faedah dan perubahan positif dalam kehidupan kepada rakyat negara ini.

"Ini merupakan saranan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang mahu membangunkan negara dengan pendapatan tinggi," katanya pada majlis prapelancaran perkhidmatan televisyen hibrid tanpa wayar pertama di dunia di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Dr. Francis berkata, pihaknya berharap dapat membawa Lembah Silikon ke s ini dengan perkhidmatan televisyen hibrid tanpa wayar dan yakin Sezmi akan menjadi rakan kongsi terbaik dan merealisasikannya.

"Bersama-sama Sezmi, kami akan memberikan rantau Asia pengalaman hiburan dengan membawa pengalaman televisyen dan Internet terbaik dalam satu kotak.

"Ini akan memberikan inspirasi rakyat negara ini untuk menerima Internet pada kelajuan tinggi selaras dengan inisiatif kerajaan dalam program Inisiatif Jalur Lebar Kebangsaan (NBBI)," katanya.

Menerusi perkongsian berkenaan YTL Communications merancang mengubah Malaysia kepada negara fully converged wireless quadruple play pertama dan akan menjadikan negara tanpa wayar termaju di dunia.

Perkhidmatan yang dibawa oleh YTL dan Sezmi memerlukan peralatan, perkakas, kandungan dan aplikasi baru yang akan dibangunkan dan dibuat di negara ini dan memberikan peluang pekerjaan bagi bidang kreatif , profesional dan teknikal yang menjana pendapatan lebih tinggi.

"Apabila kami melancarkan perkhidmatan Internet mudah alih 4G bulan depan, ia merupakan sesuatu yang sangat memberangsangkan.

"Kami akan memberikan Malaysia perkhidmatan jalur lebar tanpa wayar dual-play dan suara pada rangkaian 4G tetapi ini hanyalah permulaan dan akan terus berkembang bagi memberikan pengalaman terbaik bagi pelanggan 4G selain perubahan besar kepada negara ini," katanya.

Ketua Pegawai Eksekutif, Sezmi Corporation, Buno Pati berkata, dalam negara membangun televisyen lebih signifikan berbanding dengan komputer.

"Ini merupakan cara terbaik bagi menyalurkan jalur lebar kepada setiap individu menerusi skrin televisyen yang disambungkan kepada rangkaian tanpa wayar

60

Page 69: SUMBER: INTERNET - PNM Lebar_3.pdfContoh yang nyata adalah ADSL, ... maju, gelombang frekuensi radio dan sistem satelit. Oleh itu, kita perlu sedar bahawa dunia ... Lanjutan itu juga,

yang dapat membawa kandungan HD berkualiti tinggi dan Internet bersama-sama," katanya.

61

Page 70: SUMBER: INTERNET - PNM Lebar_3.pdfContoh yang nyata adalah ADSL, ... maju, gelombang frekuensi radio dan sistem satelit. Oleh itu, kita perlu sedar bahawa dunia ... Lanjutan itu juga,

ARKIB : 06/10/2010

NS sedia jalur lebar tanpa wayar pertama secara komprehensif

SEREMBAN 5 Okt. - Ke rajaan negeri dengan usahasama Telekom Malaysia Berhad (TM) hari ini melancarkan projek 1NS*Net dan 1NS Wireless City sekali gus menjadikan negeri pertama menyediakan perkhidmatan jalur lebar tanpa wayar secara komprehensif.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, projek yang menelan kos keseluruhan RM14.1 juta untuk tempoh tiga tahun itu bakal memberi kemudahan capaian Internet secara holistik bagi urusan melibatkan jabatan dan agensi kerajaan serta kegunaan awam.

Mohamad Hasan (tengah) dan Zamzamzairani Mohd Isa (dua dari

kanan) serta dif-dif jemputan menunjukkan 1 NS*NET selepas

melancarkan projek 1NS*Net dan 1NS Wireless City di Seremban, semalam.

''Di bawah projek usahasama antara kerajaan negeri dan TM, pelbagai rangkaian berlainan yang sebelum ini dikenali sebagai NS*Net telah digabungkan untuk menjadi 1NS*Net.

''Untuk itu, melalui projek ini dua lagi rangkaian yang digunakan Kerajaan Persekutuan turut dicapai menjadi gabungan dalam 1NS*Net yang sebelum ini diakses secara sendiri iaitu EG*Net dan NRE*Net," katanya di sini hari ini.

Mohamad berkata demikian selepas melancarkan projek 1NS*Net dan 1NS Wireless City di Hotel Royale Bintang, di sini hari ini.

Hadir sama Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan TM, Datuk Seri Zamzamzairani Mohd. Isa dan Pengurus Besar TM negeri, Salmah Mohd. Taufek.

Mohamad berkata, objektif utama projek 1NS*Net adalah untuk meningkatkan keberkesanan jabatan kerajaan negeri dan memberikan perkhidmatan lebih baik kepada penduduk di negeri ini.

62

Page 71: SUMBER: INTERNET - PNM Lebar_3.pdfContoh yang nyata adalah ADSL, ... maju, gelombang frekuensi radio dan sistem satelit. Oleh itu, kita perlu sedar bahawa dunia ... Lanjutan itu juga,

''Melalui 1NS*Net, kesemua 50 lokasi melibatkan Wisma Negeri, pejabat tanah dan daerah, majlis daerah, pejabat agama, jabatan kebajikan masyarakat serta jabatan dan agensi di seluruh negeri ini boleh menerima akses secara bersepadu," katanya.

Mengenai projek 1NS Wireless City, Mohamad yakin akses terhadap capaian Internet itu dapat dibuat dengan lebih menyeluruh, walaupun projek perintis hanya melibatkan tujuh kawasan awam iaitu di sekitar Seremban, Seremban 2, Nilai, Senawang, Rantau, Port Dickson dan Tampin.

''Ketika ini capaian dan pengunaan Internet di kalangan penduduk cuma sekitar 38 peratus, saya berharap dengan kemudahan yang disediakan kerajaan negeri ini, ia dapat diakses dengan lebih banyak menjelang akhir tahun hadapan dan mampu meningkat kepada 50 peratus.

''Saya menjangka menjelang tahun 2015, rakyat negeri ini mampu mengakses sehingga mencapai 70 peratus," ujarnya.

Apa yang penting, orang ramai boleh melakukan akses Internet secara percuma dengan kos dibiayai kerajaan negeri menerusi teknologi jalur lebar tanpa wayar Streamix.

Sementara itu Zamzamzairani berkata, 1NS*Net menggunakan perkhidmatan Internet

Protocol Virtual Private Network (IPVPN) menerusi rangkaian Metro-Ethernet (Metro-E), yang membentuk sebuah infrastruktur yang membolehkan semua agensi kerajaan negeri mengakses sistem aplikasi Kerajaan Persekutuan dan negeri.

''Bagi melaksanakannya, TM mengunakan teknologi IPVPN menerusi Metro-E serta dilengkapkan dengan pelbagai penyelesaian seperti Bandwidth Management Tool (BMT), Network Security Management Appliance dan Network Management (NMS) serta perisian anti-virus," tegasnya.

Mengenai 1NS Wireless City pula, Zamzamzairani memberitahu, ia merupakan inisiatif kerajaan negeri menawarkan akses Internet kepada orang ramai secara percuma.

''Projek 1NS*Net dan 1NS Wireless City akan mula beroperasi sepenuhnya menjelang akhir bulan ini, di mana TM menyediakan peralatan yang diperlukan di bawah kontrak projek selama tiga tahun," ujarnya.

63

Page 72: SUMBER: INTERNET - PNM Lebar_3.pdfContoh yang nyata adalah ADSL, ... maju, gelombang frekuensi radio dan sistem satelit. Oleh itu, kita perlu sedar bahawa dunia ... Lanjutan itu juga,

Beliau menambah, laman web 1NS Wireless City juga akan berfungsi sebagai portal komunikasi antara kerajaan negeri dan komuniti jalur lebar, selain berkongsi maklumat, promosi dan aktiviti berkaitan negeri.

64

Page 73: SUMBER: INTERNET - PNM Lebar_3.pdfContoh yang nyata adalah ADSL, ... maju, gelombang frekuensi radio dan sistem satelit. Oleh itu, kita perlu sedar bahawa dunia ... Lanjutan itu juga,

ARKIB : 23/09/2010

600,000 daripada 7.9j pengguna 3G bertukar ke jalur lebar

CYBERJAYA 22 Sept. – Kira-kira 600,000 daripada 7.9 juta pengguna perkhidmatan teknologi komunikasi generasi ketiga (3G) telah bertukar kepada penggunaan teknologi jalur lebar.

Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, penukaran tersebut secara tidak langsung menambah keyakinan kepada sasaran pencapaian penembusan jalur lebar sebanyak 50 peratus kepada setiap isi rumah di negara ini menjelang akhir tahun ini.

Selain itu, beliau berkata, jumlah pengguna Internet di seluruh negara telah mencapai 16 juta orang.

“Angka ini merupakan jumlah angka yang besar dan menunjukkan dasar yang diambil oleh kerajaan selama ini telah memberikan kesan.

“Ini menunjukkan tahap industri komunikasi negara telah mencapai tahap canggih dan boleh dikatakan sofistikated,” katanya ketika berucap pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) di sini malam tadi.

Turut hadir isteri beliau, Datin Seri Masnah Rais, kedua-dua timbalannya, Datuk Joseph Salang Gandum dan Datuk Maglin Dennis D’Cruz, Pengerusi SKMM, Tan Sri Khalid Ramli serta wakil syarikat telekomunikasi.

Rais berkata, semua pihak dalam industri komunikasi termasuk media perlu berkerjasama dalam memastikan tahap kecemerlangan penggunaan teknologi tersebut terus dapat dicapai.

“Apa yang tinggal lagi adalah semua pihak perlu berusaha untuk mencapai kecemerlangan dalam penggunaan jalur lebar dan di samping itu dapat memberi kebaikan kepada masyarakat,” katanya.

65

Page 74: SUMBER: INTERNET - PNM Lebar_3.pdfContoh yang nyata adalah ADSL, ... maju, gelombang frekuensi radio dan sistem satelit. Oleh itu, kita perlu sedar bahawa dunia ... Lanjutan itu juga,

ARKIB : 17/09/2010

Tawar laman web

KUALA LUMPUR 16 Sept. - YTL Communications Sdn. Bhd. (YTL Comms) menawarkan laman web khidmat pelanggan Customer Care 2.0 pertama di Malaysia bagi pengguna internet jalur lebar mudah alih generasi keempatnya (4G).

Khidmat baharu ini membolehkan pelanggan menyalurkan maklum balas terus kepada YTL Comms melalui laman sosial, emel, telefon dan perbualan secara langsung melalui internet.

Ketua Pegawai Operasinya, Ali Tabassi berkata, pelanggan pasti dapat merasai pengalaman baharu yang lebih interaktif dan mudah dikendalikan di mana sahaja.

Menurutnya, laman web khidmat pelanggan tersebut dibangunkan oleh Oracle Corp., peneraju pengurusan khidmat pelanggan dunia dan Buzzient Ent. iaitu pakar pengurusan maklum balas pelanggan secara telus.

"Gabungan teknologi daripada kedua-dua syarikat berkenaan membolehkan proses khidmat pelanggan secara telus dan pelbagai bantuan baharu dapat ditawarkan kepada pelanggan.

"Setiap maklum balas yang disampaikan oleh pelanggan akan dijadikan maklumat berguna bagi meningkatkan mutu perkhidmatan YTL Comms pada masa depan,'' katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ali berkata, melalui sistem baharu ini juga, YTL Comms menyediakan forum perbincangan bagi membolehkan pelanggan menyuarakan pandangan, inovasi dan penyelesaian kepada pelanggan yang lain.

Katanya, melalui cara ini, mereka akan membantu antara satu sama lain dan meningkatkan kemahiran menggunakan kemudahan internet 4G atau sebagainya.

Tambahnya lagi, tugas YTL Comms bukan sahaja menghasilkan inovasi baharu tetapi juga memastikan setiap pelangggan berpuas hati dengan produk kami sepanjang menggunakannya.

66

Page 75: SUMBER: INTERNET - PNM Lebar_3.pdfContoh yang nyata adalah ADSL, ... maju, gelombang frekuensi radio dan sistem satelit. Oleh itu, kita perlu sedar bahawa dunia ... Lanjutan itu juga,

ARKIB : 16/09/2010

Tony Abbott mahu tumbangkan kerajaan Julia Gillard

SYDNEY 15 Sept. - Pemimpin pembangkang Australia, Tony Abbott hari ini mengancam untuk menumbangkan kerajaan minoriti pimpinan Julia Gillard yang rapuh dengan menyifatkan rancangan rangkaian jalur lebar kebangsaan tajaan Parti Buruh pimpinan Gillard sebagai suatu kesilapan dan membazir.

Abbott membuat kenyataan itu sehari selepas Gillard mengangkat sumpah jawatan sebagai Perdana Menteri Australia yang baru, selepas berjaya meyakinkan anggota Parlimen bebas untuk menyokongnya.

Kedua-dua parti pimpinan Gillard dan Abbott gagal memperolehi undi majoriti dalam pilihan raya umum pada 21 Ogos lalu, tetapi Gillard daripada Parti Buruh berjaya meraih sokongan anggota Parlimen minoriti.

Menurut Abbott, beliau akan mendapatkan sokongan daripada dua anggota Parlimen bebas yang merupakan 'penentu undi majoriti' dengan menyakinkan mereka bahawa rancangan rangkaian jalur lebar kebangsaan tajaan Parti Buruh adalah sesuatu kesilapan dan membazir.

"Saya rasa itu yang perlu kami lakukan. Mendedahkan pembaziran rancangan kerajaan itu akan menjadi prospek sebenar," kata Abbott kepada radio ABC.

Namun, anggota Parlimen bebas, Rob Oakeshott dan Tony Windsor sebelum ini menyatakan bahawa rancangan untuk menjadikan 93 peratus kediaman di Australia memiliki jalur lebar merupakan agenda yang telah menarik mereka untuk menyokong Gillard.

Anggota bebas Andrew Wilkie yang juga merupakan 'penentu undi majoriti' turut menyokong skim itu. – AFP

67

Page 76: SUMBER: INTERNET - PNM Lebar_3.pdfContoh yang nyata adalah ADSL, ... maju, gelombang frekuensi radio dan sistem satelit. Oleh itu, kita perlu sedar bahawa dunia ... Lanjutan itu juga,

ARKIB : 13/09/2010

Peneroka perlu manfaatkan PJK - Mohd. Johari

KUBANG PASU 12 Sept. - Pembukaan Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) Felda Bukit Tangga di sini perlu dimanfaatkan sepenuhnya oleh penduduk di sekitar tanah rancangan berkenaan bagi membolehkan mereka mendapat maklumat meluas mengenai perkembangan dunia luar.

Ahli Parlimen Kubang Pasu, Datuk Mohd. Johari Baharum berkata, penyediaan pusat tersebut membuka peluang kepada penduduk tanpa mengira usia mempelajari ilmu baru terutama berkaitan dengan teknologi maklumat dan komunikasi dalam kehidupan seharian.

Katanya, dalam menongkah arus zaman yang semakin canggih, mahu atau tidak, masyarakat perlu mendekatkan diri dengan penggunaan Internet supaya tidak ketinggalan mendapat maklumat secara pantas dan tepat.

"Saya harap pembukaan PJK dapat digunakan sebaik mungkin bukan sahaja di kalangan pelajar tetapi oleh para peneroka atau ibu bapa mereka sendiri," katanya selepas merasmikan Majlis Penyerahan Komputer Netbook 1Malaysia dan Pelancaran PJK Felda Bukit Tangga di sini, baru-baru ini.

Pada majlis itu, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mengedarkan sebanyak 500 netbook kepada pelajar di kawasan berkenaan.

Hadir sama Pengarah SKMM Wilayah Utara, Mohd. Hussin Ali dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Kayu Hitam, Datuk Ahmad Zaini Japar.

Mohd. Johari berkata, pembukaan PJK yang pertama di Kubang Pasu itu sejak 29 Ogos lalu membuktikan bahawa usaha kerajaan dan SKMM untuk mempromosikan jalur lebar bukan hanya tertumpu pada masyarakat di kawasan bandar tetapi di luar bandar termasuk di tanah-tanah rancangan.

Katanya, langkah tersebut selaras dengan aspirasi kerajaan untuk merapatkan jurang digital, menambah kemahiran diri dan meluaskan pengetahuan individu.

Menurut beliau, dua tenaga pengajar akan ditempatkan di pusat tersebut bagi membantu semua lapisan masyarakat di kawasan yang berdekatan memahami dan menggunakan jalur lebar di samping mempromosikan kemudahan di situ.

68

Page 77: SUMBER: INTERNET - PNM Lebar_3.pdfContoh yang nyata adalah ADSL, ... maju, gelombang frekuensi radio dan sistem satelit. Oleh itu, kita perlu sedar bahawa dunia ... Lanjutan itu juga,

Dalam perkembangan sama, Mohd. Johari memberitahu, penyerahan netbook berkenaan merupakan fasa pertama di daerah ini yang antara lain bertujuan melahirkan pelajar berdaya saing dan modal insan berkualiti pada masa hadapan.

Beliau berkata, pemilikan Netbook 1Malaysia itu akan memberi kemudahan kepada pelajar untuk mengakses jalur lebar secara lebih meluas sekali gus membantu meningkatkan proses pengajaran dan pembelajaran.

Bagaimanapun, katanya, penggunaannya perlu sentiasa dipantau bagi mengelak ia disalah guna.

69

Page 78: SUMBER: INTERNET - PNM Lebar_3.pdfContoh yang nyata adalah ADSL, ... maju, gelombang frekuensi radio dan sistem satelit. Oleh itu, kita perlu sedar bahawa dunia ... Lanjutan itu juga,

ARKIB : 01/09/2010

Promosi UniFi TM berakhir 30 September

KUALA LUMPUR 31 Ogos - Tempoh promosi pengenalan untuk perkhidmatan jalur lebar berkelajuan tinggi, UniFi, Telekom Malaysia Bhd. (TM) akan berakhir pada 30 September 2010.

Menurut kenyataan, bermula dari 1 Oktober 2010, TM akan mengenakan caj yang merangkumi yuran RM200 untuk pemasangan UniFi.

''Caj pemasangan ini akan dikenakan untuk semua pakej tiga serangkai pengguna UniFi iaitu VIP5, VIP10 dan VIP20 dan juga pakej perniagaan BIZ5, BIZ10 dan BIZ20. Untuk kemudahan pelanggan, caj pemasangan UniFi ini akan dikenakan dengan kaedah ansuran untuk tempoh lima bulan pada hanya RM40 sebulan dan akan dipaparkan pada bil bulanan pelanggan.

''Walaubagaimanapun, semua peralatan dan kelengkapan premis pengguna UniFi yang berkaitan termasuk pusat router atau akses, unit hentian jalur lebar (modem), telefon DECT dan kotak set Televisyen Protokol Internet (IPTV) - yang dianggarkan bernilai RM800 akan terus dibekalkan secara percuma oleh TM,'' katanya.

Naib Presiden Eksekutif Pengguna TM, Imri Mokhtar berkata, walaupun caj pemasangan UniFi akan dikenakan dari 1 Oktober 2010, pengguna yang mendaftar sebelum tarikh tersebut tidak akan dikenakan caj walaupun kerja-kerja pemasangan dijalankan selepas tarikh tersebut.

"Oleh kerana tempoh promosi UniFi kami akan berakhir pada 30 September 2010, para pengguna yang berminat digalakkan untuk mendaftar untuk pakej UniFi terpilih secepat mungkin sebelum akhir September untuk terus menikmati pengecualian caj pemasangan tersebut.

''Jadi ambil lah peluang ini untuk menjadi perintis dan nikmatilah peningkatan pengalaman yang sungguh ketara dari segi komunikasi, gaya hidup dan hiburan menerusi jalur lebar berkelajuan tinggi,'' jelasnya.

Imri terus menjelaskan mengenai proses pemasangan UniFi yang agak kompleks.

70

Page 79: SUMBER: INTERNET - PNM Lebar_3.pdfContoh yang nyata adalah ADSL, ... maju, gelombang frekuensi radio dan sistem satelit. Oleh itu, kita perlu sedar bahawa dunia ... Lanjutan itu juga,

"Pemasangan UniFi berbeza berbanding dengan pemasangan telefoni dan jalur lebar yang biasa disebabkan oleh ciri-ciri teknologinya yang amat sensitif yang memerlukan tahap kejituan yang tinggi.

''UniFi adalah perkhidmatan yang dibekalkan menerusi perhubungan gentian terus ke rumah di mana proses pemasangan adalah lebih sukar dan memerlukan kemahiran teknikal tinggi. Proses pemasangan UniFi melibatkan pelbagai elemen - kajian tapak, aktiviti penggalian, penyaluran, kerja-kerja paip, kerja-kerja elektrik dan peralatan yang perlu disesuaikan.

''Pasukan pakar pemasangan kami akan berurusan dengan kerja-kerja pemasangan kabel gentian optik yang sungguh halus, yang memerlukan proses yang sangat berbeza berbanding dengan kabel tembaga biasa. Oleh itu, pemasangan UniFi di sesebuah premis boleh mengambil masa di antara tiga hingga lapan jam,'' tambahnya.

UniFi telah dilancarkan pada Mac tahun ini di beberapa kawasan terpilih di sekitar Lembah Klang.

Perkhidmatan UniFi TM kini dibekalkan kepada 23 kawasan termasuk Shah Alam, Damansara, Taman Tun Dr Ismail, Bangsar, Wangsa Maju, Sungai Buloh, Puchong dan Cyberjaya, serta Putrajaya dam Damansara; serta lima kawasan di luar Lembah Klang, di kawasan zon industri seperti Kulim Hi-Tech Park di Kedah, Bayan Baru di Pulau Pinang, Senai dan Permas in Johor.

Penyediaan perkhidmatan UniFi TM kini sudah melebihi 500,000 premis untuk sedia dipasang. Perkhidmatan UniFi sedang disediakan secara berperingkat-peringkat untuk merangkumi 48 ibu sawat dan sedia dipasang untuk 750,000 premis menjelang akhir 2010 dan 1.3 juta premis menjelang akhir 2012.

Kini terdapat lebih daripada 9,000 ribu pelanggan UniFi dan sekurang-kurang 12, 000 orang telah mendaftar untuk perkhidmatan tersebut.

UniFi kini ditawarkan menerusi tiga pakej kediaman dan tiga pakej perniagaan. Pakej Kediaman yang ditawarkan adalah VIP5 pada kadar RM149 sebulan, VIP10 untuk RM199 sebulan dan VIP20 untuk RM249 sebulan. Setiap pakej termasuk suara, Internet jalur lebar berkelajuan tinggi dan langganan HyppTV yang asas atau premium.

Pakej Perniagaan adalah BIZ5 untuk RM199 sebulan, BIZ10 pada kadar RM599 sebulan dan BIZ20 pada kadar RM899 sebulan. Setiap pakej perniagaan

71

Page 80: SUMBER: INTERNET - PNM Lebar_3.pdfContoh yang nyata adalah ADSL, ... maju, gelombang frekuensi radio dan sistem satelit. Oleh itu, kita perlu sedar bahawa dunia ... Lanjutan itu juga,

termasuk pelan panggilan yang menarik, Internet jalur lebar berkelajuan tinggi dan pelbagai perkhidmatan tambah nilai yang percuma.

72

Page 81: SUMBER: INTERNET - PNM Lebar_3.pdfContoh yang nyata adalah ADSL, ... maju, gelombang frekuensi radio dan sistem satelit. Oleh itu, kita perlu sedar bahawa dunia ... Lanjutan itu juga,

ARKIB : 30/08/2010

Promosi bagi perkhidmatan UniFi berakhir 30 September

30/08/2010 6:32pm

KUALA LUMPUR 30 Ogos – Telekom Malaysia Bhd. (TM) mengumumkan hari ini bahawa tempoh promosi pengenalan bagi perkhidmatan jalur lebar kelajuan tingginya, UniFi, akan berakhir pada 30 September, 2010.

Pelanggan baharu akan dikenakan yuran sekali sebanyak RM200 bagi pemasangan UniFi bermula dari 1 Oktober, 2010, kata TM dalam satu kenyataan.

"Caj pemasangan UniFi ini akan dikenakan dengan kaedah ansuran untuk tempoh 5 bulan pada hanya RM40 sebulan dan akan dipaparkan pada bil bulanan pelanggan,” kata syarikat itu.

Bagaimanapun, semua peralatan dan kelengkapan premis pengguna UniFi termasuk pusat router/akses, unit hentian jalur lebar (modem), telefon telekomunikasi tanpa tali dipertingkat digital (DECT) dan kotak set Televisyen Protokol Internet (IPTV) akan terus dibekalkan secara percuma oleh TM.

Naib Presiden Eksekutif Pengguna TM, Imri Mokhtar berkata, pelanggan yang mendaftar sebelum tarikh 1 Oktober, 2010, tidak akan dikenakan caj walaupun kerja-kerja pemasangan perkhidmatan mereka dijalankan selepas tarikh tersebut.

"Oleh kerana tempoh promosi UniFi kami akan berakhir pada 30 September, 2010, pengguna yang berminat digalakkan mendaftar untuk pakej UniFi terpilih secepat mungkin sebelum akhir September untuk terus menikmati pengecualian caj pemasangan tersebut,” katanya. – Bernama

73

Page 82: SUMBER: INTERNET - PNM Lebar_3.pdfContoh yang nyata adalah ADSL, ... maju, gelombang frekuensi radio dan sistem satelit. Oleh itu, kita perlu sedar bahawa dunia ... Lanjutan itu juga,

ARKIB : 29/08/2010

Jalur Gemilang gergasi

KLUANG 28 Ogos - Seramai 38 pelajar dan guru-guru kelas pendidikan khas Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Intan mengibarkan Jalur Gemilang bersaiz gergasi berukuran 33 meter (m) panjang dan 1.25m lebar di sekolah itu di sini hari ini.

PELAJAR Kelas Pendidikan Khas dan guru-guru SMK Seri Intan menunjukkan

Jalur Gemilang gergasi di Kluang, semalam.

Penyelaras program yang juga guru sekolah itu, Azman Ismail berkata, program mengibarkan bendera bertujuan menanamkan semangat cintakan negara dalam kalangan pelajar dan seluruh warga sekolah.

"Ia juga dapat melatih pelajar-pelajar istimewa bekerjasama dalam pasukan, membentuk disiplin serta memberikan komitmen masa.

"Jalur Gemilang ini dibuat oleh para pelajar dengan bantuan guru-guru bermula 15 Ogos lalu dan berjaya disiapkan pada 20 Ogos," katanya kepada pemberita di sekolah tersebut di sini hari ini.

Program mengibarkan Jalur Gemilang itu dirasmikan oleh Pengetua SMK Seri Intan, Tumirah Samat.

Menurut Azman, kos keseluruhan membuat Jalur Gemilang itu adalah sebanyak RM150 yang diperoleh menerusi peruntukan sekolah.

Katanya, Jalur Gemilang dikibarkan di dua blok utama sekolah itu sehingga 16 September ini.

74

Page 83: SUMBER: INTERNET - PNM Lebar_3.pdfContoh yang nyata adalah ADSL, ... maju, gelombang frekuensi radio dan sistem satelit. Oleh itu, kita perlu sedar bahawa dunia ... Lanjutan itu juga,

ARKIB : 27/08/2010

Jalur lebar Celcom lembap

TUJUAN saya menulis ini kerana ingin meluahkan rasa ketidakpuasan hati terhadap mutu perkhidmatan jalur lebar Celcom.

Adakah kelajuan capaian Internet dikawal dan tidak seperti yang ditawarkan dalam pakej? Ini kerana capaian Internet saya kerap kali terganggu dan perlahan.

Apa gunanya saya ambil pakej laju (tinggi), tetapi sebenarnya tidak laju.

Untuk makluman saya mengambil pakej: C-Broadband Advance (Data Only) - RM98. Tujuan utama saya melanggan jalur lebar Celcom adalah untuk mempermudah dan menyegerakan semua urusan melalui Internet serta paling penting urusan berkaitan dengan perniagaan saya.

Saya sebagai pengguna sudah dua kali membuat aduan dan susulan melalui talian 1111 dan kepada pejabat cawangan Celcom di Seksyen 9, Shah Alam.

Kesan atau perubahan yang diberikan, tidaklah seperti yang diharapkan. Saya tidak tahu sama ada dipertingkatkan ataupun tidak. Pada saya sama sahaja.

Penggunaan pada sebelah malam, lebih-lebih lagi pada malam minggu terlalu perlahan dan ada kalanya tidak boleh online langsung.

Jika alasan yang diberikan talian sesak, saya memiliki akaun persendirian, bukannya berkongsi. Lagipun itu bukan masalah kami. Kami membayar perkhidmatan dan kelajuan capaian Internet yang ditawarkan. Sepatutnya sebagai pengendali, pihak Celcom telah dan lebih bersedia serta boleh menjangkakan sebarang kemungkinan yang akan berlaku.

PENGGUNA TERKILAN

Shah Alam, Selangor

75

Page 84: SUMBER: INTERNET - PNM Lebar_3.pdfContoh yang nyata adalah ADSL, ... maju, gelombang frekuensi radio dan sistem satelit. Oleh itu, kita perlu sedar bahawa dunia ... Lanjutan itu juga,

ARKIB : 23/08/2010

Pusat jalur lebar

Oleh MOHD. KHUZAIRI ISMAIL

DI sebalik kehebatan perang komunikasi antara syarikat-syarikat pengendali di negara ini, lebih separuh daripada rakyat Malaysia sebenarnya tidak berpeluang untuk menikmati perkhidmatan itu.

Buktinya, kadar penembusan jalur lebar di seluruh negara ketika ini hanya sekitar 33 peratus sahaja.

Ia masih jauh daripada sasaran kerajaan iaitu sekurang-kurang 50 peratus penembusan jalur lebar di kalangan rakyat menjelang akhir tahun ini.

GOLONGAN kanak-kanak turut mendapat manfaat daripada penubuhan Pusat Jalur

Lebar Komuniti DiGi.

Dari sudut infrastruktur, kita sebenarnya sudah mempunyai pelbagai teknologi yang canggih untuk menyebarluas perkhidmatan ini kepada seluruh rakyat termasuk di kawasan pedalaman.

Namun, apa yang menjadi halangan barangkali ialah kemampuan penduduk kerana perkhidmatan relatifnya masih mahal untuk dicapai.

Maka, di sinilah pentingnya peranan syarikat pengendali telekomunikasi bersama-sama kerajaan untuk turun padang dari sudut sumbangan korporat.

DiGi misalnya, adalah antara yang aktif memainkan peranan ini menerusi program yang dikenali sebagai Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK).

Ia merupakan projek lima tahun yang dibiayai oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) melalui dana Program Pemberian Perkhidmatan Sejagat (PPS).

Program ini antara lain memberi fokus kepada pemberian perkhidmatan capaian Internet secara kolektif kepada kawasan yang kurang mendapat liputan.

76

Page 85: SUMBER: INTERNET - PNM Lebar_3.pdfContoh yang nyata adalah ADSL, ... maju, gelombang frekuensi radio dan sistem satelit. Oleh itu, kita perlu sedar bahawa dunia ... Lanjutan itu juga,

Ia bertujuan merapatkan jurang digital antara masyarakat di luar bandar seterusnya mencapai pembangunan yang sama rata dan seimbang.

PJK dibuka kepada orang ramai dengan yuran keahlian sebanyak RM5 untuk sepanjang hidup. Di bawah program ini, DiGi telah diberikan 13 kawasan untuk dibangunkan PJK termasuk di Kampung Teriang Besar, Mersing Johor.

Majlis pelancaran pusat PJK di kawasan itu disempurnakan oleh Timbalan Menteri Pertahanan yang juga Ahli Parlimen Mersing, Datuk Dr. Abd. Latiff Ahmad, baru-baru ini.

Sama seperti PJK lainnya, PJK Kampung Teriang Besar, Mersing menempatkan kemudahan capaian jalur lebar rangkaian 3G Turbo DiGi. Turut dimuatkan ialah kelengkapan komputer meja sebanyak 20 buah, projektor, mesin pengimbas dan pencetak.

Setiap PJK juga akan dikendalikan oleh penyelia dan pembantu daripada kalangan penduduk tempatan yang diberi latihan oleh DiGi.

Bagi Timbalan Ketua Pegawai Teknologi DiGi, Abdul Karim Fakir Ali, beliau melihat PJK sebagai pendekatan terbaik dalam melahirkan masyarakat berasaskan ilmu pengetahuan di kalangan ahli masyarakat itu sendiri.

Dalam masa yang sama katanya, PJK turut membuka peluang kepada penduduk di kawasan pedalaman memperkukuhkan sosioekonomi menerusi peluang yang ditawarkan oleh jalur lebar.

Selain PJK, DiGi turut memperkenalkan satu rumusan dengan kos rendah bagi mempermudahkan capaian Internet di rumah.

Didatangkan dalam bentuk kekotak 'set top' berserta papan kekunci tanpa wayar yang dihubungkan ke televisyen rumah, peranti elektrik itu boleh ditempatkan di semua kediaman untuk mengakses Internet.

"Peranti mampu milik ini merupakan penyelesaian kepada masalah utama penembusan jalur lebar di kalangan penduduk pedalaman iaitu kos yang mahal. Ia dijangka akan dikomersialkan akhir bulan ini,'' katanya.

Beliau menambah, DiGi juga mengadakan projek percubaan selama dua bulan bersama kira-kira 30 buah keluarga di Kampung Teriang Besar bagi melihat sejauh mana 'set top' itu berfungsi.

77

Page 86: SUMBER: INTERNET - PNM Lebar_3.pdfContoh yang nyata adalah ADSL, ... maju, gelombang frekuensi radio dan sistem satelit. Oleh itu, kita perlu sedar bahawa dunia ... Lanjutan itu juga,

Setiap keluarga akan dibekalkan dengan peranti itu lengkap dengan sambungan ke perkhidmatan jalur lebar DiGi.

"Projek percubaan ini adalah sebahagian daripada pendekatan DiGi untuk memastikan bahawa tawaran baru ini mampu memenuhi keperluan setiap ahli dalam komuniti di samping sesuai dengan gaya hidup mereka,'' tambahnya.

78

Page 87: SUMBER: INTERNET - PNM Lebar_3.pdfContoh yang nyata adalah ADSL, ... maju, gelombang frekuensi radio dan sistem satelit. Oleh itu, kita perlu sedar bahawa dunia ... Lanjutan itu juga,

ARKIB : 22/08/2010

300,000 rumah dapat jalur lebar

TEMERLOH 21 Ogos - Kerajaan Pahang menyasarkan sebanyak 3,000 rumah di negeri ini akan mendapat perkhidmatan jalur lebar berkelajuan tinggi (HSBB) sebelum akhir tahun ini.

Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Inovasi dan Teknologi Maklumat negeri, Datuk Mohd. Sharkar Shamsuddin berkata, sebagai perintis sebanyak 300 rumah di bandar Kuantan telah menerima perkhidmatan tersebut.

''Sehingga ini, kira-kira 30 peratus kawasan di negeri ini telah mendapat liputan jalur lebar dan menjelang akhir tahun ini sebanyak 40 peratus kawasan akan mendapat liputan tersebut," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan komputer netbook 1Malaysia kepada 600 pelajar daripada tiga sekolah menengah dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Lanchang dekat sini hari ini.

Tiga sekolah yang menerima sumbangan komputer daripada Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) itu adalah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Lanchang, SMK Datuk Bahaman dan SMK Bukit Damar.

Mohd. Sharkar yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lanchang berkata, bagi kawasan bandar, kerajaan menyediakan perkhidmatan HSBB untuk memudahkan penduduk yang terdiri daripada golongan perniagaan dan usahawan menguruskan perniagaan mereka di dalam dan luar negara.

Bagi penduduk luar bandar yang tidak mendapat liputan HSBB katanya, kerajaan menyediakan perkhidmatan jalur lebar tanpa wayar bagi memudahkan penduduk mengakses Internet untuk mendapatkan maklumat.

Kerajaan juga, ujarnya, akan membina lebih banyak alat pemancar dan menara di kawasan yang sukar mendapat liputan jalur lebar atau telefon selular.

''Bagaimanapun sebahagian besar kawasan di negeri ini telah mendapat liputan telefon selular yang baik dan jelas.

''Dengan adanya perkhidmatan WiFi dan WiMAX penduduk luar bandar terutama pelajar yang mendapat netbook mudah untuk melayari Internet," katanya.

79

Page 88: SUMBER: INTERNET - PNM Lebar_3.pdfContoh yang nyata adalah ADSL, ... maju, gelombang frekuensi radio dan sistem satelit. Oleh itu, kita perlu sedar bahawa dunia ... Lanjutan itu juga,

ARKIB : 19/08/2010

6,000 keluarga nikmati kemudahan jalur lebar

MIRI 18 Ogos - Lebih 6,000 keluarga berpendapatan rendah di sekitar Tudan dan Permyjaya di sini bakal menikmati kemudahan jalur lebar melalui pakej kos rendah jalur lebar yang diperkenalkan Telekom Malaysia Bhd. (TM) dengan kerjasama Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB).

Menteri Muda Komunikasi, Datuk Lee Kim Shin berkata, pakej yang ditawarkan TM itu membolehkan komuniti berpendapatan rendah menggunakan jalur lebar sekali gus dapat merapatkan jurang digital antara masyarakat di negara ini.

Lee Kim Shin (tiga kanan) melancarkan Office in the Box, sambil diperhatikan Andy (kiri), Omar Zaki dan kakitangan

Telekom Miri, baru-baru ini.

Beliau berkata, pakej yang dikenali sebagai Universal Service Provisioning (USP) meliputi 18 kawasan pedalaman di seluruh negeri di bawah penyeliaan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bertujuan menyediakan liputan internet lebih baik dengan caj yang rendah.

''Di bawah pakej ini, Telekom menawarkan netbook percuma dan sewaan bulanan serendah RM30 dengan kelajuan 384kbs," katanya pada sidang akhbar selepas melancarkan 'Office in the Box, iaitu produk terbaharu Telekom di sebuah hotel di sini kelmarin.

Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pujut Andy Chia dan Pengurus Besar TM Sarawak, Omar Zaki Mustafa.

Kim Shin turut mencadangkan TM meningkatkan kelajuan jalur lebar Streamyx TM kepada 10 megabait berbanding 4 megabait sekarang selain menurunkan kadar langganan untuk menggalakkan lebih ramai pelanggan menggunakan khidmat itu.

80

Page 89: SUMBER: INTERNET - PNM Lebar_3.pdfContoh yang nyata adalah ADSL, ... maju, gelombang frekuensi radio dan sistem satelit. Oleh itu, kita perlu sedar bahawa dunia ... Lanjutan itu juga,

Mengulas perkara ini, Omar Zaki berkata, TM kini bekerjasama dengan beberapa pemaju untuk membangunkan infrastruktur gentian optik di kawasan perumahan tertentu bagi membolehkan warga Miri menikmati kelajuan 20 megabait.

Tambahnya, setakat ini, Miri mencatatkan jumlah pelanggan Streamyx seramai 20,000 manakala jalur lebar sebanyak 25 peratus.

Terdahulu Zaki dalam ucapannya berkata, 'Office in the Box' merupakan penyelesaian untuk memenuhi keperluan kumpulan pelanggan kecil yang berpendapatan rendah, namun mampu memberi persaingan besar.

Katanya, produk baru TM menyediakan pakej yang baik dengan kadar panggilan yang menarik, akses tanpa had jalur lebar untuk perniagaan selain digabungkan dengan beberapa dengan berapa produk perkhidmatan dan produk di bawah syarikat itu.

81

Page 90: SUMBER: INTERNET - PNM Lebar_3.pdfContoh yang nyata adalah ADSL, ... maju, gelombang frekuensi radio dan sistem satelit. Oleh itu, kita perlu sedar bahawa dunia ... Lanjutan itu juga,

ARKIB : 17/08/2010

Masyarakat desa tidak ketinggalan

PEKAN 16 Ogos - Pembukaan Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) di Kampung Ubai dekat sini menjadikan penduduk desa tidak ketinggalan lagi untuk mempelajari dan memanfaatkan penggunaan Internet dalam kehidupan seharian.

Rata-rata penduduk kampung yang ditemui menyifatkan pembukaan pusat itu memberi kelebihan kepada mereka mempelajari ilmu baru terutama berkaitan dengan teknologi maklumat dan komunikasi.

Pengurus Cawangan PJK Kampung Ubai, Norshallylah Osman, 31, berkata, pusat ini mula beroperasi pada 9 Julai lalu dengan memberi kemudahan latihan dan penggunaan Internet kepada penduduk kampung di sini.

Dia yang merupakan penduduk kampung di situ berkata, sebelum dilantik menjadi pengurus cawangan itu, dia mengikuti latihan di ibu pejabat SKMM bagi mempelajari penggunaan Internet dan perisian komputer.

Menurutnya, sebagai penduduk kampung, pemilihannya dalam PJK akan memudahkan pengajaran dapat disampaikan kepada mereka dengan mudah dan lancar.

"Penduduk tidak kira golongan muda dan warga emas berpeluang mengikuti pembelajaran di sini dengan selesa kerana PJK menyediakan 20 komputer peribadi (PC) bagi memudahkan mereka mempelajari dunia Internet dan perisian komputer lain," katanya.

Norshallylah berkata, langkah kerajaan mewujudkan PJK di kampung ini secara tidak langsung dapat merapatkan jurang digital antara penduduk bandar dan luar bandar.

Tambahnya, ia berikutan penduduk terpaksa mengunjungi pekan berdekatan untuk melayari Internet tetapi dengan adanya pusat itu ia memberi kemudahan keseluruhan kepada penduduk kampung.

Katanya, penduduk juga boleh mengetahui lebih lanjut tentang penggunaan Internet jalur lebar yang sebelum ini sukar difahami oleh masyarakat di situ.

82

Page 91: SUMBER: INTERNET - PNM Lebar_3.pdfContoh yang nyata adalah ADSL, ... maju, gelombang frekuensi radio dan sistem satelit. Oleh itu, kita perlu sedar bahawa dunia ... Lanjutan itu juga,

Jelasnya, PJK Kampung Ubai beroperasi dari pukul 9 pagi hingga 5 petang dan dibuka setiap hari kecuali pada cuti umum.

Seorang pemimpin kampung tersebut, Hussin Awang Bidin, 60, berkata, ramai penduduk kampung kurang mengetahui tentang Internet jalur lebar dan operasi PJK di sini memberi peluang kepada mereka untuk mempelajarinya.

Menurutnya, masyarakat kampung terutamanya kanak-kanak yang bersekolah merupakan golongan bertuah kerana mereka dapat mengikuti pembelajaran ICT di peringkat awal berbanding orang dewasa dan warga emas.

"Kanak-kanak dapat mempelajari lebih luas tentang Internet kerana mereka dapat membantu mengajar pula ibu bapa masing-masing menggunakan teknologi itu nanti," katanya.

Setiausaha Jawatankuasa Kemajuan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Ubai, Osman Ahmad, 57, menyifatkan PJK ini satu kelebihan dan keistimewaan kepada masyarakat di sini.

Katanya, ia secara tidak langsung mendidik kanak-kanak dan remaja mempelajari perkara baru berbanding sebelum ini dengan banyak menghabis masa dengan aktiviti yang tidak berfaedah.

Tambahnya, pusat itu juga menjadi pilihan kepada anak-anak muda mencari pekerjaan melalui Internet tanpa perlu lagi ke bandar untuk berbuat demikian yang merupakan satu kaedah baru dalam dunia maya ini.

"Inilah kelebihan yang diperoleh oleh penduduk kampung dan diharap mereka memanfaatkan kemudahan untuk kebaikan bersama," katanya.

83

Page 92: SUMBER: INTERNET - PNM Lebar_3.pdfContoh yang nyata adalah ADSL, ... maju, gelombang frekuensi radio dan sistem satelit. Oleh itu, kita perlu sedar bahawa dunia ... Lanjutan itu juga,

ARKIB : 17/08/2010

Kemudahan Internet kampung

Oleh MOHD.FAIRUZ YUSOF [email protected]

PEKAN 16 Ogos - Pelancaran Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI) oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 24 Mac lalu di Kuala Lumpur membuka era baru dalam menyediakan kemudahan Internet kepada seluruh masyarakat di negara ini.

Golongan warga emas dan kanak-kanak sekolah tidak melepaskan peluang

melayari kemudahan Internet pada majlis perasmian Pusat Jalur Lebar Komuniti

Kampung Ubai dan Karnival Jalur Lebar di Pekan, Pahang, baru-baru ini. -

UTUSAN/RUSHDI SALLEH

Lebih bermakna, pelancaran dasar baru itu bukan sahaja memberi tumpuan terhadap keperluan di bandar malah masyarakat di desa dan pedalaman bakal menikmati kemudahan tersebut.

Inisiatif tersebut bermatlamat untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah masyarakat berpengetahuan ke arah menuju ekonomi berpendapatan tinggi menjelang 2020.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) selaku agensi kerajaan yang bertanggungjawab dalam pelaksanaan itu menyasarkan sehingga akhir tahun ini sebanyak 50 peratus kadar penembusan jalur lebar beroperasi di seluruh negara.

Setakat ini, negara telah mencapai 37.9 peratus bagi penembusan jalur lebar isi rumah di peringkat nasional manakala 21.2 peratus pula di Pahang.

Bagi warga kota dan bandar, mereka tidak menghadapi masalah untuk mendapatkan kemudahan Internet kerana terdapat pelbagai premis menyediakan kemudahan tersebut.

84

Page 93: SUMBER: INTERNET - PNM Lebar_3.pdfContoh yang nyata adalah ADSL, ... maju, gelombang frekuensi radio dan sistem satelit. Oleh itu, kita perlu sedar bahawa dunia ... Lanjutan itu juga,

Tetapi bagaimana pula dengan masyarakat di luar bandar dan pedalaman? Sudah tentu masalah liputan yang terhad dan hanya menggunakan telefon sekadar untuk berkomunikasi dengan orang luar.

Menyedari kepentingan Internet kepada masyarakat, SKMM menggunakan Dana Peruntukan Perkhidmatan Sejagat (PPS) yang mana peruntukan jalur lebar diperluaskan ke kawasan berkenaan termasuk telefon asas (menerusi rangkaian tetap dan mudah alih), perpustakaan jalur lebar komuniti (CBL) dan Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK).

Kampung Ubai, Pekan merupakan salah satu daripada 37 PJK di Pahang yang beroperasi di kawasan itu.

Ketua Pegawai Kawal Selia dan Pengawasan SKMM, Datuk Jailani Johari berkata, pemilihan kampung itu adalah bukti usaha kerajaan dan SKMM mempromosi jalur lebar bukan hanya tertumpu kepada masyarakat di kawasan bandar tetapi di luar bandar.

Menurutnya, pemilihan kampung itu dibuat kerana tidak ramai penduduknya yang mempunyai kemudahan jalur lebar di rumah masing-masing.

"Oleh demikian kerajaan dan SKMM menawarkan perkhidmatan PJK untuk kegunaan semua lapisan masyarakat di kawasan yang berdekatan dengan pusat itu.

"Bagi memastikan penggunaan kemudahan secara berterusan, pelbagai aktiviti dijalankan di PJK untuk menggalakkan masyarakat menggunakan sepenuhnya kemudahan yang disediakan," katanya di sini baru-baru ini.

Beliau berharap kewujudan PJK di kampung itu dapat memberi manfaat kepada masyarakat sekeliling dalam membantu melahirkan masyarakat berilmu.

Dalam pada itu mengenai operasi PJK di Pahang, Jailani memberitahu, jumlah keahlian berdaftar dengan PJK ialah 8,000 ahli iaitu purata tidak kurang daripada 200 ahli bagi setiap PJK.

Katanya, statistik terkini menunjukkan seramai 132,000 pengunjung termasuk ahli dan bukan ahli PJK telah menggunakan komputer dan Internet di semua 37 PJK di Pahang.

85

Page 94: SUMBER: INTERNET - PNM Lebar_3.pdfContoh yang nyata adalah ADSL, ... maju, gelombang frekuensi radio dan sistem satelit. Oleh itu, kita perlu sedar bahawa dunia ... Lanjutan itu juga,

Jelasnya, PJK yang beroperasi di Pahang dan seluruh negara menyediakan kelengkapan yang baik termasuk capaian Internet jalur lebar berkelajuan dua mega bit per saat (Mbps).

"Bagi membantu penduduk kampung memahami penggunaan itu, seorang penyelia daripada masyarakat setempat dilantik untuk menguruskan setiap PJK, memberi latihan dan menjalankan promosi bagi menggalakkan penduduk setempat menggunakan kemudahan itu," katanya.

Jailani berkata, langkah tersebut selaras dengan aspirasi kerajaan untuk merapatkan jurang digital, menambah kemahiran diri dan meluaskan pengetahuan individu.

Tambahnya, menerusi penggunaan PJK seperti itu, masyarakat akan diberi pendedahan tentang teknologi jalur lebar dan ICT.

Perasmian PJK di Kampung Ubai itu disempurnakan oleh Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Sidek Hassan dan turut dihadiri Setiausaha Kerajaan Pahang, Datuk Muhammad Safian Ismail.

86

Page 95: SUMBER: INTERNET - PNM Lebar_3.pdfContoh yang nyata adalah ADSL, ... maju, gelombang frekuensi radio dan sistem satelit. Oleh itu, kita perlu sedar bahawa dunia ... Lanjutan itu juga,

ARKIB : 17/08/2010

Celcom sasar pelanggan dua kali ganda

Oleh WAN NAJIB WAN DAUD [email protected]

KUALA LUMPUR 16 Ogos – Celcom Axiata Bhd. (Celcom), menerusi pelan pra bayar Xpax untuk para pengguna BlackBerry, menyasarkan asas pelanggannya meningkat dua kali ganda sekali gus mengukuhkan kedudukan sebagai peneraju pasaran BlackBerry tempatan.

Pengarah Pemasaran Celcom, Zalman Aefendy Zainal Abidin berharap jumlah pelanggan untuk pelan terbaharu yang dilancarkan itu akan mencatat peningkatan sebelum akhir tahun ini.

Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan jumlah pelanggan BlackBerry di bawah talian Celcom berikutan adanya perjanjian antara syarikat itu dengan pengeluar BlackBerry, Research In Motion yang berpengkalan di Kanada.

depan: Ketua Jalur lebar bergerak Celcom Axiata Bhd., Harcharan Singh,

Zalman Aefendy Zainal Abidin, Pengurus Produk Celcom Axiata, Effendi Rodzi

(Product Manager) dan Eksekutif Kanan Komunikasi Pemasaran Celcom Axiata,

Beverly Ong bersama kakitangan syarikat itu menunjukkan pelan pra bayar baru

Xpax untuk pengguna BlackBerry di Kuala Lumpur, semalam.

“Dengan kedudukan kami sebagai peneraju dalam penggunaan BlackBerry, Celcom percaya pelan yang ditawarkan untuk pakej prabayar akan meningkatkan lagi bilangan asas pelanggan ketika ini,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas melancarkan pelan prabayar Messenger BlackBerry Xpax di sini hari ini.

Mulai hari ini semua pengguna prabayar Celcom yang memiliki telefon BlackBerry tetapi tidak mempunyai perkhidmatan BlackBerry Messenger (BBM) kini boleh melanggan perkhidmatan itu pada kadar 50 sen sehari.

87

Page 96: SUMBER: INTERNET - PNM Lebar_3.pdfContoh yang nyata adalah ADSL, ... maju, gelombang frekuensi radio dan sistem satelit. Oleh itu, kita perlu sedar bahawa dunia ... Lanjutan itu juga,

Pelan BBM ini juga melengkapkan pelan prabayar BlackBerry Celcom yang lain iaitu BlackBerry Advance dan BlackBerry Social selain tiada perubahan dibuat untuk perkhidmatan BBM pelanggan pasca bayar mengikut pelan yang didaftarkan setiap pengguna BlackBerry.

Menurut Zalman Aefendy, pengenalan pakej prabayar ini juga telah menjadikan Celcom sebagai operator pertama di Asia Pasifik yang menawarkan pakej sedemikian.

Katanya, pertumbuhan penggunaan BlackBerry di negara begitu memberangsangkan walaupun negara-negara lain di rantau ini mencatatkan pertumbuhan mendadak.

Sebagai contoh katanya, Indonesia mencatatkan pertumbuhan lebih 400 peratus penggunaan Blackberry di negara tersebut.

“Pasaran BlackBerry merupakan satu segmen yang menyumbang kepada pertumbuhan positif kepada Celcom dan kami sentiasa mendahului pesaing kami dalam apa jua keadaan sekalipun,” katanya.

88

Page 97: SUMBER: INTERNET - PNM Lebar_3.pdfContoh yang nyata adalah ADSL, ... maju, gelombang frekuensi radio dan sistem satelit. Oleh itu, kita perlu sedar bahawa dunia ... Lanjutan itu juga,

ARKIB : 15/08/2010

Pencerah tamadun Malaysia

MINGGUAN: Pada pandangan Datuk Seri, masih adakah golongan terutama penduduk luar bandar yang belum faham tentang konsep jalur lebar?

RAIS: Masih ada yang belum faham. Sebahagian penduduk luar bandar belum berjinak-jinak dengan istilah jalur lebar. Malah ada sebahagian mereka masih tertanya-tanya tentang faedah, pengertian dan implikasinya. Kepada mereka, kita boleh membuat seruan yang jelas melalui televisyen, radio dan akhbar. Kita harus jelaskan jalur lebar sebagai elemen tamadun yang mengubah cara hidup dengan menyediakan komunikasi pantas dan ilmu.

Perubahan ini perlu dihurai dari semasa ke semasa dan saya yakin menjelang akhir tahun 2010, masyarakat Malaysia keseluruhannya akan maklum dan faham tentang jalur lebar.

Mampukah skuad jalur lebar yang dilancarkan baru-baru ini memperluaskan liputan di seluruh negara?

RAIS: Ia memang berupaya. Kami menjalankan projek pantas ini dengan bimbingan Jawatankuasa Kabinet dan Perdana Menteri. Kita telah melancarkan perkhidmatan jalur lebar berkelajuan tinggi (HSBB) dan jalur lebar untuk masyarakat umum (BBGP). Pada Mei tahun lalu, penembusannya sekadar 23 peratus daripada sejumlah 6 juta isi rumah tetapi hari ini kita mencapai 39.3 peratus. Lonjakannya amat ketara.

Apa yang menjadi persoalan di kementerian ialah bagaimanakah nisbah ini boleh dirasai oleh masyarakat luar bandar. HSBB untuk tujuan perniagaan manakala BBGP untuk komunikasi orang ramai yang menggunakan Internet melalui suara dan imej. Kita hanya menunggu untuk mencapai 10.8 peratus lagi bagi mencapai penembusan yang diamanahkan kepada kita.

89

Page 98: SUMBER: INTERNET - PNM Lebar_3.pdfContoh yang nyata adalah ADSL, ... maju, gelombang frekuensi radio dan sistem satelit. Oleh itu, kita perlu sedar bahawa dunia ... Lanjutan itu juga,

Adakah liputan jalur lebar di setiap negeri ketika ini seimbang.

RAIS: Tidak, ada negeri lebih maju dan ada negeri yang kurang maju. Yang penting ialah bagaimana cara hidup penduduk luar bandar boleh berubah melalui jalur lebar. Cara hidup mereka boleh berubah kerana mereka boleh menambah ilmu, bebas berkomunikasi dengan dunia luar termasuk berhubung dengan anak yang berada di luar negara. Jalur lebar memberi keterampilan baru.

Mereka yang beranggapan konservatif, mereka akan menjadi manusia baru juga. Pada masa ini terdapat lebih 16 juta pengguna Internet dan penduduk kita mempunyai 28 juta. Ini menunjukkan potensi jalur lebar untuk berkembang maju amat besar.

Industri ini bernilai berbilion ringgit, tidak ada syarikat komunikasi di Malaysia yang rugi, setiap syarikat mencatatkan keuntungan melebihi RM1 bilion. Industri berkembang maju dan perkembangannya mesti beri faedah kepada penduduk bandar dan luar bandar.

Adakah cadangan untuk mengurangkan bayaran bagi memastikan perkhidmatan jalur lebar yang lebih luas?

Berita lanjut, sila rujuk edisi cetakan Mingguan Malaysia atau langgani e-Paper di http://ebrowse.bluehyppo.com/utusan/index.asp

90

Page 99: SUMBER: INTERNET - PNM Lebar_3.pdfContoh yang nyata adalah ADSL, ... maju, gelombang frekuensi radio dan sistem satelit. Oleh itu, kita perlu sedar bahawa dunia ... Lanjutan itu juga,

ARKIB : 15/08/2010

10,000 pelanggan TM guna jalur lebar berkelajuan tinggi

JOHOR BAHRU 14 Ogos - Seramai 10,000 pelanggan di seluruh negara menggunakan khidmat jalur lebar berkelajuan tinggi yang dikenali sebagai 'Unifi' sejak ia dilancarkan Mac lalu.

Ketua Pegawai Strategi, Telekom Malaysia Berhad (TM), Ahmad Azhar Yahya berkata, angka itu menunjukkan keperluan dan jangkaan pelanggan semakin meningkat seiring dengan kemajuan pesat teknologi maklumat dan komunikasi.

Beliau berkata, pelanggan teramai adalah di Lembah Klang serta kawasan membangun seperti di utara dan selatan tanah air termasuk Johor.

Menurutnya, dalam tempoh terdekat ini, TM menyasarkan Johor sebagai keutamaan bagi menyediakan kemudahan Unifi.

"Untuk itu, dalam tempoh dua tahun ini, TM menjangkakan 150,000 premis di negeri ini khasnya di kawasan Iskandar Malaysia dan bandar raya ini akan dibekalkan dengan kemudahan Unifi.

"Sebahagian besar premis tersebut terdiri daripada kawasan perindustrian dan kediaman baru," katanya.

Beliau berkata demikian semasa menyampaikan taklimat pada Majlis Menandatangani Perjanjian Kerjasama Pelaksanaan Infrastruktur dan Perkhidmatan Jalur Lebar Berkuasa Tinggi antara Mudra Tropika Sdn. Bhd., dengan TM Berhad di sini hari ini yang turut disaksikan Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman.

TM diwakili Naib Presiden Eksekutifnya, Shanti Jusnita Johari dan Pengurus Besar TM Johor, Mohd. Roslan Mohd. Rashidi, manakala Mudra Tropika diwakili Pengerusinya, Datuk Mohd. Rashidi Md. Noor dan Pengarah Urusan, Datuk Abdul Rahman Mohd. Sharif.

Sementara itu, Mohd. Roslan memberitahu, kerjasama dengan Mudra Tropika yang merupakan pemaju Nong Chik Height bertujuan melengkapi kawasan perumahan itu dengan sistem Unifi.

91

Page 100: SUMBER: INTERNET - PNM Lebar_3.pdfContoh yang nyata adalah ADSL, ... maju, gelombang frekuensi radio dan sistem satelit. Oleh itu, kita perlu sedar bahawa dunia ... Lanjutan itu juga,

Mohd. Roslan berkata, dengan pemilihan tersebut bermakna Nong Chik Height telah mendahului 19 kawasan perumahan lain di sekitar bandar raya ini yang akan mempunyai perkhidmatan Unifi.

Sementara itu, Abdul Ghani berkata, dengan kerjasama itu kawasan perumahan tersebut akan juga dilengkapi dengan masjid baru bernilai RM5 juta bagi menggantikan Masjid Kolam Air yang telah usang.

Menurutnya, masjid jimat tenaga yang dibekalkan tenaga solar dan berkonsepkan Masjid Andalusia di Cordoba, Sepanyol itu boleh menampung 3,000 jemaah pada satu-satu masa.

92

Page 101: SUMBER: INTERNET - PNM Lebar_3.pdfContoh yang nyata adalah ADSL, ... maju, gelombang frekuensi radio dan sistem satelit. Oleh itu, kita perlu sedar bahawa dunia ... Lanjutan itu juga,

ARKIB : 12/08/2010

Pantau anak layari Internet

Oleh BAZLI ABDUL RAHMAN [email protected]

ARAU 11 Ogos - Penggunaan Internet oleh murid-murid sekolah perlu dipantau oleh penjaga masingmasing untuk menentukan mereka benar-benar memanfaatkannya bagi kepentingan pendidikan dan bukannya perkara tidak berfaedah. MD. Isa Sabu (tengah) bersama

sebahagian 300 pelajar yang menerima komputer riba 1Malaysia pada majlis

Pelancaran Pusat Jalur Lebar Komuniti dan Penyampaian Netbook 1 Malaysia di Felda Chuping, Padang Besar semalam.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Md. Isa Sabu berkata, pemantauan secara berjadual dan rambang mesti dilakukan kerana dibimbangi alam maya yang berstatus dunia tanpa sempadan itu tidak disalahgunakan oleh kanak-kanak tersebut.

"Murid-murid sekolah rendah dan menengah sekarang ternyata tidak sama dengan zaman saya dahulu. Mereka kini sudah ada Internet. Sudah ada satu alam maya iaitu alam yang wujud tanpa sempadan.

"Dalam bab ini, ibu bapa kenalah memantau. Dibimbangi anak-anak melayari pelbagai laman sosial sesuka hati, yang juga tanpa sempadan," tegasnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Penyerahan Komputer Netbook 1 Malaysia dan Pelancaran Pusat Jalur Lebar Konuniti (PJK) Felda Chuping di sini petang semalam.

Pada majlis itu Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mengedarkan 300 netbook kepada pelajar yang kurang berkemampuan dari Felda Chuping, Felda Rimba Mas dan Felda Mata Ayer.

Pengarah SKMM Wilayah Utara, Mohd. Hussin Ali dan Naib Presiden Celcom Wilayah Utara, Saiful Bahri Abd. Ghafar hadir sama pada majlis berkenaan.

93

Page 102: SUMBER: INTERNET - PNM Lebar_3.pdfContoh yang nyata adalah ADSL, ... maju, gelombang frekuensi radio dan sistem satelit. Oleh itu, kita perlu sedar bahawa dunia ... Lanjutan itu juga,

Md. Isa kemudian memuji SKMM yang melaksanakan tanggungjawabnya di tahap terbaik sambil berterima kasih kerana menjadikan Perlis negeri pertama buat SKMM mengedarkan netbook untuk pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah.

Menteri Besar juga turut mengingatkan masyarakat supaya belajar menggunakan Internet bagi pelbagai kepentingan, seperti untuk memasarkan produk keluaran masing-masing.

"Kita (golongan veteran) juga patut mempelajari cara menggunakan Internet. Melalui Internet kita boleh memasarkan hasil-hasil keluaran kampung seperti produk industri hiliran," jelasnya.

94

Page 103: SUMBER: INTERNET - PNM Lebar_3.pdfContoh yang nyata adalah ADSL, ... maju, gelombang frekuensi radio dan sistem satelit. Oleh itu, kita perlu sedar bahawa dunia ... Lanjutan itu juga,

ARKIB : 11/08/2010

Kembangkan hubungan jalur lebar - Picket

PETALING JAYA 10 Ogos - Hubungan jalur lebar negara perlu dikembangkan lagi, kata Ketua Delegasi Kesatuan Eropah ke Malaysia, Vincent Picket.

Katanya, kegagalan untuk cepat bertindak akan mengakibatkan kehilangan peluang perniagaan dan paras kompetitif relatif negara akan berkurangan kerana momentum pertumbuhan jalur lebar di negara-negara jiran adalah lebih baik.

''Ia juga perlu kerana aplikasi efektif dan perkhidmatan jalur lebar akan membantu menjana pembangunan," katanya ketika menyampaikan ucaptama perbincangan meja bulat mengenai jalur lebar sebagai pemangkin pertumbuhan di sini hari ini.

Antara ahli panel bagi perbincangan tersebut adalah Ketua Pegawai Eksekutif Time Dot Com, Afzal Rahim; Pengarah Kanan Divisyen MYICMS, Suruhanjaya Multimedia dan Komunikasi Malaysia, Zamani Zakaria; Ketua Pegawai Eksekutif Digi Telecomunications, Henrik Clausen; Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif ING Insurance Bhd., Datuk Dr. Nirmala Menon dan Naib Presiden Kanan Perkhidmatan Maklumat Asia Pasifik DHL, Heinz Luck.

Ia telah dipengerusikan oleh Ketua Jawatankuasa Teknologi Maklumat dan Komunikasi, Dewan Perdagangan dan Industri Kesatuan Eropah-Malaysia (EUMCCI), Krishnakumar Guda.

Tambah Picket, Model Baru Ekonomi (MBE) yang diperkenalkan kerajaan juga dapat membantu memberikan maklum balas baik kepada jalur lebar negara.

''Liberalisasi berterusan bagi sektor telekomunikasi akan membantu merangsang aliran masuk pelaburan langsung asing (FDI) ke Malaysia. Kerjasama lebih erat dengan sektor swasta untuk mengurangkan beban kewangan adalah perlu.

''Ia penting kerana FDI membantu meningkatkan modal pelaburan dan membuka peluang pekerjaan serta memantau peralihan teknologi dan meningkatkan skil tenaga kerja," jelasnya.

Picket berkata, jalur lebar merupakan instrumen baru untuk pembangunan dan perlu mempunyai strategi yang luas bagi membantu Malaysia mencapai pertumbuhan yang diinginkan.

95

Page 104: SUMBER: INTERNET - PNM Lebar_3.pdfContoh yang nyata adalah ADSL, ... maju, gelombang frekuensi radio dan sistem satelit. Oleh itu, kita perlu sedar bahawa dunia ... Lanjutan itu juga,

Menurut Picket, EU komited terhadap visi masyarakat maklumat global dengan menyokong Rangkaian Maklumat Trans Eurasian (TEIN).

''Di bawah Program Rangka Kerja Ketujuh (FP7), EU turut menyokong pembangunan dan penyelidikan antarabangsa dalam ICT dengan nilai euro 9 bilion (RM37.53 juta) sejak tujuh tahun lalu. Malaysia juga merupakan penerima manfaat tersebut," katanya.

Sementara itu, Afzal berkata, Malaysia juga perlu menggalakkan perkembangan pembangunan kandungan tempatan dalam usaha untuk mengurangkan kos serta mengurangkan penggantungan kepada penyedia kandungan antarabangsa.

''Ia juga dapat mengurangkan harga perkhidmatan tersebut," katanya.

96

Page 105: SUMBER: INTERNET - PNM Lebar_3.pdfContoh yang nyata adalah ADSL, ... maju, gelombang frekuensi radio dan sistem satelit. Oleh itu, kita perlu sedar bahawa dunia ... Lanjutan itu juga,

ARKIB : 07/08/2010

TM pastikan caj internet berpatutan

Oleh OPAT RATTANACHOT [email protected]

BALING 6 Ogos - Telekom Malaysia Bhd. (TM) akan mengkaji kadar bayaran langganan pakej jalur lebar dari semasa ke semasa bagi memastikan perkhidmatan internet lebih murah dan mampu digunakan oleh lebih ramai pengguna di negara ini.

Pengerusinya, Datuk Dr. Halim Shafie berkata, komitmen berkenaan dibuat sejajar dengan matlamat kerajaan yang mahu kadar penembusan internet di negara ini meningkat kepada 75 peratus menjelang akhir 2015.

Bagaimanapun, katanya, TM belum bercadang menurunkan kadar langganan jalur lebarnya ke tahap lebih rendah dalam tempoh terdekat memandangkan ia masih kompetitif di pasaran setakat ini.

"Pakej jalur lebar Streamyx yang disediakan kita kini sudah diturunkan kepada RM38 sebulan. Dengan bayaran ini, orang ramai sudah mampu memiliki jalur lebar berkelajuan 384 kbps. Jika hendaklah kelajuan lebih, mereka hanya perlu tambah sedikit bayaran.

"Begitu juga dengan pakej perkhidmatan jalur lebar berkelajuan tinggi (HSSB), dengan kadar RM149 sebulan, ia masih berpatutan.

"Memang orang selalu membandingkan kadar kita dengan Singapura, namun di Malaysia keadaan agak berbeza kerana kita terpaksa menyediakan kos lebih tinggi termasuklah ke kawasan luar bandar serta pedalaman. Pun begitu, kita beri jaminan bahawa kadarnya akan dikaji mengikut keadaan pasaran," jelasnya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis pelancaran program sekolah angkat Pintar TM yang disempurnakan Pengarah Pelajaran Kedah, Shahidan Abdul Rahman di Sekolah Kebangsaan (SK) Tembak, Kuala Ketil, dekat sini hari ini.

Hadir sama ialah Ketua Pegawai Eksekutif TM, Datuk Seri Zamzamzairani Mohd. Isa dan Pengurus Besar TM Kedah/Perlis, Pauziah Taib.

97

Page 106: SUMBER: INTERNET - PNM Lebar_3.pdfContoh yang nyata adalah ADSL, ... maju, gelombang frekuensi radio dan sistem satelit. Oleh itu, kita perlu sedar bahawa dunia ... Lanjutan itu juga,

Menurut Halim, TM juga sedang menggiatkan usaha meningkatkan kadar penembusan internet di kalangan isi rumah terutamanya di kawasan pedalaman dengan menyediakan pakej menarik seperti Pakej Jalur Lebar TM dengan Komputer 1Malaysia.

Dalam pada itu, beliau memberitahu, pihaknya turut meningkatkan perkhidmatan HSSB dengan menambah perkhidmatan UniFi kepada 22 ibu sawat lagi menjelang akhir tahun ini ini.

Katanya, liputan HSBB yang diperluaskan tersebut merangkumi kawasan perindustrian dan kediaman di Pulau Pinang, Johor, Kuala Lumpur, Putrajaya serta Selangor.

"Kawasan industri yang terlibat ialah Kulim Hi-Tech Park (Kedah), Bayan Baru (Pulau Pinang), Johor Bahru selain kediaman merangkumi Wangsa Maju, Sungai Buloh, Melawati, Kepong, Cyberjaya, Putrajaya dan Damansara.

"HSBB menjanjikan jalur lebar pada kelajuan akses rangkaian yang lebih pantas iaitu 10Mbps berbanding kelajuan perkhidmatan Streamyx iaitu 4Mbps," katanya.

Katanya, selepas ini lebih ramai rakyat Malaysia berpeluang menikmati perkhidmatan HSSB dengan perluasan liputan perkhidmatan UniFi oleh TM, termasuk kawasan di luar Lembah Klang.

"Berdasarkan perancangan, menjelang akhir tahun ini, sebanyak 750,000 talian HSSB termasuk pass thru akan diperluaskan di seluruh negara," katanya.

Beliau berkata, sasaran tersebut diyakini mampu dicapai memandangkan TM setakat ini berjaya menyediakan lebih 450,000 talian HSSB di seluruh negara.

"Projek penyediaan HSSB ini melibatkan perbelanjaan keseluruhan RM11.3 bilion yang mana TM mengeluarkan RM8.9 bilion sementara selebihnya adalah sumbangan daripada Kerajaan Malaysia," jelasnya.

Sementara itu, Halim berkata, projek sekolah angkat Pintar TM bertujuan meningkatkan kesedaran terhadap kepentingan pencapaian akademik dan penguasaan teknologi maklumat (IT) di kalangan pelajar luar bandar di negara ini.

Katanya, bagi tahun ini, selain SK Tembak, TM telah memilih tiga lagi sekolah iaitu SK Teriang, Negeri Sembilan; Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK)

98

Page 107: SUMBER: INTERNET - PNM Lebar_3.pdfContoh yang nyata adalah ADSL, ... maju, gelombang frekuensi radio dan sistem satelit. Oleh itu, kita perlu sedar bahawa dunia ... Lanjutan itu juga,

Pakan, Sarikei, Sarawak dan SMK Agama Repah, Negeri Sembilan untuk menyertai program tersebut.

Kesemua sekolah berkenaan akan menerima sumbangan berupa peralatan komputer dan jalur lebar serta latihan dengan kos RM200,000 sebuah untuk tempoh tiga tahun.

99

Page 108: SUMBER: INTERNET - PNM Lebar_3.pdfContoh yang nyata adalah ADSL, ... maju, gelombang frekuensi radio dan sistem satelit. Oleh itu, kita perlu sedar bahawa dunia ... Lanjutan itu juga,

ARKIB : 06/08/2010

TM belum bercadang turunkan kadar langganan jalur lebar

06/08/2010 5:46pm

BALING 6 Ogos - Telekom Malaysia Bhd. (TM) akan mengkaji kadar bayaran langganan pakej jalur lebar dari masa ke semasa supaya perkhidmatan internet menjadi lebih murah bagi membolehkan lebih ramai pengguna di negara ini menikmati perkhidmatan itu.

Pengerusinya, Datuk Dr. Halim Shafie berkata, komitmen TM itu sejajar dengan matlamat kerajaan agar kadar penembusan Internet ke seluruh negara, khususnya di luar bandar meningkat kepada 75 peratus menjelang akhir 2015.

"Bagaimanapun, TM belum bercadang menurunkan kadar langganan jalur lebarnya dalam masa terdekat ke tahap lebih rendah memandangkan kos perkhidmatan dan penawaran oleh syarikat lain di pasaran masih pada tahap kompetetif.

Pakej jalur lebar Streamyx TM sebenarnya sudah murah. Ada pakej RM38 sebulan. Kadar ini sudah mampu untuk orang ramai melanggan jalur lebar berkelajuan 384 kbps,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau ditemui selepas majlis pelancaran program sekolah angkat Pintar TM oleh Pengarah Jabatan Pelajaran Kedah Shahidan Abdul Rahman di Sekolah Kebangsaan (SK) Tembak, Kuala Ketil, dekat sini.

Dr. Halim berkata, pengguna boleh mendapatkan perkhidmatan berkelajuan lebih tinggi dengan sedikit bayaran tambahan atau melanggan pakej khidmat jalur lebar berkelajuan tinggi (HSSB) pada kadar RM149 sebulan yang masih berpatutan.

"Orang selalu membandingkan kadar kita dengan Singapura. Kos kita berbeza kerana terpaksa menyediakan banyak infrastruktur dan membabitkan kos lebih tinggi terutama di kawasan luar bandar dan kawasan pedalaman,” katanya. – Bernama

100

Page 109: SUMBER: INTERNET - PNM Lebar_3.pdfContoh yang nyata adalah ADSL, ... maju, gelombang frekuensi radio dan sistem satelit. Oleh itu, kita perlu sedar bahawa dunia ... Lanjutan itu juga,

ARKIB : 02/08/2010

Lega guna jalur lebar dengan kadar bayaran rendah

MELAKA 1 Ogos - Orang ramai menyambut baik pakej kos rendah netbook dan jalur lebar yang diperkenalkan oleh Telekom Malaysia Bhd. (TM) di negeri ini yang dinamakan Pakej Jalur Lebar TM dengan Komputer 1Malaysia.

Mereka menyifatkan pakej tersebut membolehkan golongan berpendapatan rendah mendapatkan maklumat yang berguna dan mengakses perkhidmatan dengan mudah di hujung jari.

Seorang pesara, Mohd. Tamim Mohd. Said, 70, yang juga salah seorang penerima pakej tersebut berkata, dia memperoleh pakej tersebut untuk kegunaan cucunya.

''Saya dah tua untuk menggunakan netbook tapi saya memohonnya bagi kegunaan cucu kerana mereka wajar didedahkan dengan kemudahan jalur lebar," katanya.

Dia ditemui pada majlis pelancaran Pakej Jalur Lebar TM dengan Komputer 1Malaysia sempena Hari Jawatankuasa Penyelaras Pembangunan Dewan Undangan Negeri (Japerun) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pantai Kundur di Pantai Puteri di sini, hari ini.

Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam.

Turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Kundur, Datuk Abdul Rahman Abdul Karim dan Pengurus Besar Negeri TM Melaka, Zaini Maatan.

Seorang kerani di sebuah syarikat swasta, Tan Hui Kwan, 30, berkata, pakej yang ditawarkan oleh TM adalah jauh lebih murah berbanding pakej lain.

''Kerana mudah selain kemudahan yang disediakan telah membolehkan saya memiliki netbook untuk memudahkan tugas dan urusan harian," katanya.

Katanya, pakej dengan bayaran hanya RM38 sebulan untuk tempoh 24 bulan dilihat amat sesuai untuk golongan berpendapatan rendah.

101

Page 110: SUMBER: INTERNET - PNM Lebar_3.pdfContoh yang nyata adalah ADSL, ... maju, gelombang frekuensi radio dan sistem satelit. Oleh itu, kita perlu sedar bahawa dunia ... Lanjutan itu juga,

Bagi Saifulizam Mohd. Noor, 26, pula berkata, pakej yang ditawarkan oleh TM itu telah membolehkan komuniti berpendapatan rendah dapat menggunakan jalur lebar.

Katanya, ia juga dapat merapatkan jurang digital antara masyarakat di negara ini kerana jalur lebar kini dianggap satu keperluan dalam kehidupan.

''Dulu kalau golongan berpendapatan rendah susah untuk memiliki netbook dan kemudahan jalur lebar tetapi kini saya yang berpendapatan tidak seberapa sudah boleh memiliki semua itu," katanya.

Sehubungan itu, Mohd. Noor mahu pakej tersebut terus diperluaskan terutama di kawasan kampung yang jauh dari bandar.

102

Page 111: SUMBER: INTERNET - PNM Lebar_3.pdfContoh yang nyata adalah ADSL, ... maju, gelombang frekuensi radio dan sistem satelit. Oleh itu, kita perlu sedar bahawa dunia ... Lanjutan itu juga,

ARKIB : 29/07/2010

Jalur lebar komuniti Palekbang

Oleh YATIMIN ABDULLAH [email protected]

TUMPAT 28 Julai - Pada 24 Mac lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak melancarkan inisiatif Jalur Lebar Kebangsaan dan Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi.

Salah satu daripada enam inisiatif berkenaan adalah pelaksanaan pusat jalur lebar komuniti (PJK) yang menyediakan perkhidmatan jalur lebar kepada 615,000 orang di 246 lokasi melibatkan peruntukan RM60 juta.

Pelaksanaan PJK merupakan antara usaha kerajaan meningkatkan tahap penembusan jalur lebar sehingga 50 peratus menjelang tahun depan, seterusnya merapatkan jurang digital antara penduduk bandar dan luar bandar.

AHMAD Khairuddin Abdullah (kanan) menguruskan pendaftaran bagi

penggunaan kemudahan Internet di PJK Palekbang, Tumpat, baru-baru ini. -

utusan/Yatimin Abdullah

Peningkatan tahap penembusan jalur lebar akan memberi lonjakan kepada teknologi, maklumat dan komunikasi (ICT) di negara ini yang turut menyumbang kepada kemajuan negara.

Antara PJK yang diwujudkan adalah PJK Palekbang di sini yang menyediakan kemudahan hampir sama dengan pusat-pusat kafe siber yang sering menjadi tumpuan remaja, terutama untuk permainan video.

Namun, PJK Palekbang tidak seperti kafe siber biasa yang lebih mengutamakan permainan video.

Sebaliknya ia menjadi tumpuan penduduk dan pelajar bagi mendapatkan pelbagai maklumat dan mengulangkaji pelajaran.

103

Page 112: SUMBER: INTERNET - PNM Lebar_3.pdfContoh yang nyata adalah ADSL, ... maju, gelombang frekuensi radio dan sistem satelit. Oleh itu, kita perlu sedar bahawa dunia ... Lanjutan itu juga,

Ketika musim cuti sekolah, ramai pelajar mengunjungi rumah kedai yang menempatkan PJK tersebut.

Mereka termasuklah, Ainu Salihah Abdul Razak, 18, pelajar Sekolah Mahaad Muhammadi Perempuan Kota Bharu yang singgah bagi mengisi masa terluang sebelah petang dengan melayari Internet untuk mencari bahan rujukan sebagai persiapan menduduki peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) tahun ini.

"Apa yang disediakan di PJK amat berguna khususnya untuk pelajar luar bandar seperti saya. Jika dulu, untuk menggunakan kemudahan Internet saya terpaksa ke bandar, namun sejak ia ada di kampung saya, tugas ini menjadi lebih mudah.

"Walaupun kali pertama datang ke sini, saya lihat suasananya cukup selesa dan kakitangan yang bertugas cukup ramah dan memberikan tunjuk ajar yang baik kepada pengunjung," katanya dalam satu pertemuan baru-baru ini.

Mohd. Hafiz Abdul Rahim, 12, murid Sekolah Kebangsaan Palekbang berkata, dia selalu ke sini untuk menggunakan kemudahan Internet bagi mencari bahan rujukan serta membuat kerja kursus.

"Saya dapat tahu program ini melalui pihak sekolah, jadi saya datang ke sini untuk melihat sendiri keadaan sebenar dan kemudahan yang disediakan cukup selesa.

"Kemudahan yang ada ini banyak membantu saya mendapatkan maklumat yang boleh digunakan sebagai rujukan tambahan untuk membantu meningkatkan pengetahuan saya," jelasnya.

Sementara itu, seorang penduduk, Mohd. Nazwan Mustafa, 36, berkata dia menyambut baik kemudahan yang disediakan kerajaan itu.

Menurutnya, kemudahan PJK itu turut menghindarkan kanak-kanak dan golongan remaja di kawasan ini daripada terlibat dengan aktiviti tidak sihat seperti budaya lepak, rempit, penagihan dadah dan sebagainya.

"Saya difahamkan penggunaan Internet di sini dikawal sepenuhnya. Dengan ini ibu bapa tidak perlu bimbang dengan laman web yang dilayari oleh anak-anak mereka kerana ia telah ditapis," katanya.

Dalam pada itu, Pengurus PJK Palekbang, Ahmad Khairuddin Abdullah, 28, berkata, pusat itu ditubuhkan hasil inisiatif Suruhanjaya Komunikasi dan

104

Page 113: SUMBER: INTERNET - PNM Lebar_3.pdfContoh yang nyata adalah ADSL, ... maju, gelombang frekuensi radio dan sistem satelit. Oleh itu, kita perlu sedar bahawa dunia ... Lanjutan itu juga,

105

Multimedia Malaysia (SKMM) yang dilaksanakan oleh Telekom Malaysia (TM) di bawah Program Pemberian Perkhidmatan Sejagat (PPS).

Menurutnya, objektif penubuhan PJK tersebut adalah untuk memberikan kemudahan capaian Internet serta pendedahan berkaitan teknologi komputer kepada komuniti setempat dalam usaha merapatkan jurang digital antara masyarakat bandar dan luar bandar.

Ia juga, katanya, bagi mencapai matlamat kerajaan yang menyasarkan tahap penembusan jalur lebar sebanyak 50 peratus menjelang tahun depan.

"Sejak dilancarkan 16 Februari lalu, sambutan yang diberikan amat membanggakan. Setakat ini PJK Palekbang telah berjaya menarik seramai 278 ahli berdaftar terdiri daripada penduduk sekitar Kampung Laut, Palekbang, Morak dan Kepulau.

"Antara kemudahan yang ditawarkan di PJK Palekbang adalah latihan ICT secara percuma kepada semua ahli. Antara jenis latihan yang disediakan adalah pengenalan asas komputer, aplikasi elektronik (e-kerajaan, e-pembelajaran dan e-dagang) dan desktop publishing seperti Microsoft Office," katanya.

Tambahnya, selain kemudahan latihan secara percuma, PJK Palekbang turut menyediakan perkhidmatan Internet jalur lebar, cetakan, imbasan, fotostat, salut plastik, penjilidan dan WiFi.

Ahmad Khairuddin memberitahu, sebanyak 20 buah komputer disediakan untuk kemudahan pengunjung dengan suasana yang selesa.

"Waktu operasi PJK bermula pada pukul 9 pagi hingga 6 petang dan dibuka hampir setiap hari kecuali cuti umum.

''Setiap hari Khamis kita adakan kelas untuk orang dewasa manakala waktu petang bagi guru-guru Tabika Kemas di kawasan ini," jelasnya.

Beliau berkata, untuk maklumat lanjut orang ramai boleh menghubungi talian 019-9383639 atau datang terus ke PJK Palekbang yang terletak di alamat PT 691, Jalan Besar Palekbang, 16040 Tumpat, Kelantan.

Sumber : http://www.utusanmalaysia.com Tarikh Akses : 28 Mac 2011

Page 114: SUMBER: INTERNET - PNM Lebar_3.pdfContoh yang nyata adalah ADSL, ... maju, gelombang frekuensi radio dan sistem satelit. Oleh itu, kita perlu sedar bahawa dunia ... Lanjutan itu juga,

Headline: Maxis lakar prestasi cemerlang 2010 Publication: BH Date of publication: Mar 14, 2011 Section heading: Main Section Page number: 025 Byline / Author: Oleh Suffian A Bakar

MAXIS Bhd mengakhiri 2010 dengan cemerlang apabila mencatat prestasi terbaiknya dalam suku kewangan terakhir, tetapi angka untuk keseluruhan tahun kewangan di bawah jangkaan umum penganalisis. Maxis mencatat untung bersih lebih tinggi berjumlah RM610 juta pada suku kewangan keempat berakhir 31 Disember 2010 daripada RM503 juta suku sama tahun sebelumnya. Ia diraih daripada pendapatan yang meningkat kepada RM2.310 bilion daripada RM2.211 bilion didorong terutamanya oleh usaha agresif dalam pakej jalur lebar dan telefon pintar mudah alih. Maxis mencatat keuntungan bersih terkumpul berjumlah RM2.295 bilion sepanjang tahun kewangan dikaji lebih tinggi berbanding RM1.578 bilion tahun sebelumnya berdasarkan pendapatan yang meningkat kepada RM8.869 bilion daripada RM7.611 bilion. Sebahagian besar penganalisis menjangka syarikat itu mencatat untung bersih RM2.31 bilion. Sementara itu, OSK Research mengekalkan cadangan 'neutral' ke atas saham Maxis Bhd dengan mengekalkan harga sasaran RM5.20 berikutan kekurangan pemangkin harga susulan pengumuman pengagihan dividen di bawah jangkaan. Penilaian itu juga berdasarkan wajaran kos purata modal sembilan peratus dan pertumbuhan berpenggal sebanyak 1.5 peratus, kata OSK Research merujuk kepada laporan bahawa kini pada peringkat akhir rundingan dengan Baraka Telecom (Baraka) dari Kuwait berhubung rangkaian maya mudah alih (MVNO). "Kami melihat impak daripada potensi kerjasama itu kecil untuk Maxis selepas mengambil kira fokus jurusan Baraka yang mana pasaran sasarannya lebih menjurus perkhidmatan mudah alih dan data Islam," kata firma penyelidikan itu dalam satu nota penyelidikan. Baraka, anak syarikat Reach Telecom Holding KSCC Kuwait, bercadang menyediakan perkhidmatan telekomunikasi mematuhi Syariah di di Malaysia. OSK Research berkata, pihak di belakang Baraka mahu menimbang lebih banyak opsyen, termasuk mengkaji lebih mendalam model perniagaannya, memandangkan persekitaran mudah alih yang amat kompetitif di negara ini. Keputusan untuk mengadakan kerjasama dengan Maxis berkemungkinan didorong oleh hubungan rapat antara pemegang saham Baraka dan Saudi Telecom, pemegang saham majoriti dalam Maxis, katanya.

1  

Page 115: SUMBER: INTERNET - PNM Lebar_3.pdfContoh yang nyata adalah ADSL, ... maju, gelombang frekuensi radio dan sistem satelit. Oleh itu, kita perlu sedar bahawa dunia ... Lanjutan itu juga,

Headline: NBI boleh jadi model negara lain Publication: HM Date of publication: Mar 14, 2011 Section heading: Main Section Page number: 023

PELAKSANAAN Inisiatif Jalur Lebar Kebangsaan (NBI) dan Program Komputer 1Malaysia yang diperkenalkan kerajaan tahun lalu harus dijadikan model bagi negara lain mempercepatkan capaian Internet kepada penduduk, sekali gus menjadi pemangkin melahirkan masyarakat berpendapatan tinggi. Perkara itu disuarakan Naib Presiden Pendidikan Sedunia Microsoft, Anthony Salcito pada sidang media sempena Forum Peneraju Pendidikan Asia Pasifik (ELF) 2011 anjuran Microsoft dengan kerjasama Pertubuhan Pendidikan Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unesco) yang berlangsung di Phuket, Thailand, minggu lalu. Katanya, inisiatif seperti itu mampu memberi banyak manfaat dan peluang kepada mana-mana negara bagi masa panjang terutama membabitkan pekerjaan dan perniagaan baru. "Malaysia menemukan cara yang baik dan sesuai untuk menyedia serta memperluaskan daya capaian Internet kepada rakyat yang mampu memberi faedah kepada negara untuk jangka masa panjang. "Kami (Microsoft) berpandangan, inisiatif seperti ini boleh dipertimbangkan negara lain untuk dipraktikkan. Bagaimanapun ia harus dilaksanakan mengikut kesesuaian dan kemampuan negara masing-masing contohnya membabitkan aspek ekonomi," katanya. Antara projek dilaksanakan di bawah NBI ialah pengagihan lebih sejuta komputer netbook kepada golongan pelajar, masyarakat berpendapatan rendah dan penduduk luar bandar di seluruh negara bagi membantu melahirkan generasi celik komunikasi dan ilmu. Mengulas lanjut, Salcito berkata, golongan muda terutama pelajar perlu didedahkan dengan teknologi serta pengetahuan maklumat dari awal bagi memudahkan mereka memasuki dunia pekerjaan. "Langkah yang diambil kerajaan Malaysia (menerusi NBI) tentunya akan mempersiapkan golongan muda untuk industri, sekali gus merapatkan jurang ekonomi dan geografi dengan negara maju.

2  

Page 116: SUMBER: INTERNET - PNM Lebar_3.pdfContoh yang nyata adalah ADSL, ... maju, gelombang frekuensi radio dan sistem satelit. Oleh itu, kita perlu sedar bahawa dunia ... Lanjutan itu juga,

Headline: REDtone ceburi industri kesihatan Publication: HM Date of publication: Mar 9, 2011 Section heading: Main Section Page number: 027

REDtone International Bhd, pakar perkhidmatan jalur lebar tempatan melakar perkembangan baru dengan menceburi industri penjagaan kesihatan melalui perkongsiannya dengan General Electric (GE) untuk menubuhkan Diagnostic Services Nexus (DSN). Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Zainal Amanshah (gambar) berkata, DSN adalah satu daripada Projek Penggerak Ekonomi (EPP) di bawah Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA). Beliau berkata, DSN mewujudkan sebuah badan penyelaras pusat yang membantu menyimpan dan mengagihkan beban kerja perkhidmatan diagnostik berkaitan radiologi serta patologi di kalangan 130 hospital awam dan 210 hospital swasta di dalam negara. "Ia juga akan mempermudah aliran kerja radiologi serta pengurusan imej dan data klinikal yang seterusnya memendekkan waktu menunggu bagi mendapat keputusan diagnosis penyakit. "Pelaksanaan DSN akan meningkatkan kualiti penjagaan kesihatan dan kemudahan mendapatkan perkhidmatan itu bagi rakyat Malaysia selain menurunkan kos penjagaan kesihatan," katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di Kuala Lumpur, semalam. REDtone dalam projek itu memperlihatkan kekuatannya sebagai pakar jalur lebar bagi penjagaan kesihatan kerana ia berhasrat menggunakan pelbagai penyelesaian daya hubung jalur lebar termasuk talian tetap dan juga 4G tanpa wayar.

3  

Page 117: SUMBER: INTERNET - PNM Lebar_3.pdfContoh yang nyata adalah ADSL, ... maju, gelombang frekuensi radio dan sistem satelit. Oleh itu, kita perlu sedar bahawa dunia ... Lanjutan itu juga,

Headline: DiGi buka CBC ke-14 di Sarawak Publication: HM Date of publication: Mar 5, 2011 Section heading: Main Section Page number: 051

PENYEDIA perkhidmatan telekomunikasi terkemuka, DiGi Telecommunications Sdn Bhd (DiGi) akan membuka Pusat Jalur Lebar Komuniti (CBC) ke-14nya di Semantan, Sarawak, bulan depan. Ketua Pegawai Eksekutif, Henrik Clausen berkata, pusat itu penting dalam usaha kerajaan untuk merapatkan jurang digital dan menyediakan perkhidmatan kepada komuniti di kawasan yang kurang mendapat liputan. "CBC ialah sebahagian daripada sumbangan syarikat kepada komuniti Malaysia dengan kerja sama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia menerusi Dana Peruntukan Perkhidmatan Sejagat untuk mewujudkan akses Internet mampu dimiliki," katanya pada Majlis Anugerah Cabaran Teroka Sosial di Shah Alam semalam. Program Cabaran Teroka Sosial itu bertujuan membabitkan golongan muda dalam menjadikan 14 CBC DiGi berdaya tahan dan berdikari dalam jangka panjang.

Headline: YTL belanja RM2.5b perluas liputan Yes Publication: HM Date of publication: Mar 5, 2011 Section heading: Main Section Page number: 049

YTL Communications Sdn Bhd (YTL Communications) akan melabur kira-kira RM2.5 bilion dalam tempoh tiga tahun akan datang bagi memperluaskan ruang liputannya rangkaian perkhidmatan Yes, penyedia servis Internet mudah alih berserta suara terpantas di negara ini. Ketua Pegawai Eksekutifnya, Wing K Lee berkata, pelaburan itu antaranya membabitkan pembinaan 2,000 hingga 3,000 stesen pencawang sepanjang tahun ini bagi menambah bilangan sedia ada sebanyak 1,800 pencawang. "Kami sedang dalam proses menyediakan capaian rangkaian secara aktif dan meluas bagi membolehkan penyediaan perkhidmatan Internet mudah alih terpantas di di setiap ceruk di negara ini. "Syarikat juga sedang menanti jawapan bagi permohonan mendapatkan lesen rangkaian jalur lebar 4G berserta panggilan suara di Sabah dan Sarawak," katanya selepas pelancaran dua pelan perkhidmatan baru Yes di Kuala Lumpur, semalam. Menerusi perkhidmatan terbaru itu, pelanggan berpeluang menikmati tawaran sehingga 250 minit panggilan suara dan 250 SMS secara percuma setiap bulan.

4  

Page 118: SUMBER: INTERNET - PNM Lebar_3.pdfContoh yang nyata adalah ADSL, ... maju, gelombang frekuensi radio dan sistem satelit. Oleh itu, kita perlu sedar bahawa dunia ... Lanjutan itu juga,

Headline: Celcom Axiata untung RM1.9b Publication: BH Date of publication: Mar 3, 2011 Section heading: Main Section Page number: 026 Byline / Author: Oleh Suffian A Bakar

CELCOM Axiata Bhd mencatatkan keuntungan bersih RM1.889 bilion tahun lalu, iaitu peningkatan 23 peratus berbanding RM1.54 bilion pada 2009. Keuntungan bersih tertinggi dicatatkan sejak penubuhannya 23 tahun lalu itu diraih daripada pendapatan RM6.85 bilion, iaitu kenaikan 8.3 peratus. Ketua Eksekutifnya, Datuk Sri Shazalli Ramly, berkata selain meraih keuntungan bersih tertinggi, tahun lalu juga menyaksikan Celcom Axiata merekodkan marjin keuntungan bersih terbaik dalam industri sebanyak 27.6 peratus, manakala asas pelanggan pula berkembang 10.3 peratus untuk melepasi paras 11 juta. "Walaupun 2010 adalah tahun yang sukar, kami berjaya mencatat prestasi baik dan melepasi semua sasaran utama. "Program transformasi sejak tahun lalu sudah membuahkan hasil apabila keuntungan, prasarana rangkaian, pembangunan modal insan dan pengalaman pelanggan kini bertambah baik," katanya pada sidang media memperincikan prestasi kewangan di Kuala Lumpur, semalam. Celcom Axiata muncul syarikat telekomunikasi mudah alih yang mencatat pertumbuhan tertinggi bagi pendapatan, pendapatan sebelum faedah, cukai, susut nilai dan pelunasan (EBITDA), keuntungan bersih; marjin EBITDA; marjin untung bersih; dan peratus pendapatan dalam segmen mudah alih berbanding pesaingnya DiGi dan Maxis. Bagaimanapun, penguasaan pasarannya tahun lalu susut sedikit kepada 33 peratus daripada 33.6 peratus tahun sebelumnya, manakala DiGi dan Maxis masingmasing kepada 25.8 peratus dan 41.1 peratus. Shazalli berkata, pendapatan daripada segmen bukan suara terus berkembang mantap tahun lalu sebanyak 25 peratus, pertumbuhan tertinggi industri, untuk mencecah RM2.278 bilion. Perkhidmatan bukan suara yang merangkumi jalur lebar mudah alih, data tahap tinggi dan pesanan teks, katanya menyumbang 34 peratus kepada pendapatan mudah alih dan Celcom Axiata berada di landasan kukuh untuk mencapai sasaran sumbangan 50 peratus pada akhir 2012. Beliau berkata, Celcom Axiata terus mendominasi pasaran jalur lebar menyaksikan pelanggannya bertambah 68 peratus kepada 857,000 tahun lalu, manakala pendapatan berkembang 76 peratus kepada RM638 juta daripada RM363 juta. Shazali berkata, bagi tahun ini, pihaknya yakin dapat memenuhi sasaran Indeks Prestasi Utama (KPI) yang ditetapkan syarikat induk Axiata Group Bhd.

5  

Page 119: SUMBER: INTERNET - PNM Lebar_3.pdfContoh yang nyata adalah ADSL, ... maju, gelombang frekuensi radio dan sistem satelit. Oleh itu, kita perlu sedar bahawa dunia ... Lanjutan itu juga,

"Strategi pemasaran Celcom Axiata mulai tahun ini tidak lagi berdasarkan etnik, sebaliknya disasarkan berdasarkan gaya hidup dan tingkah laku pelanggan dengan mengambil kira populariti media sosial hari ini," katanya.

Headline: Pelajar manfaat kemudahan wifi Publication: BH Date of publication: Mar 3, 2011 Section heading: Sentral Page number: 005

MERLIMAU: "Kerajaan Barisan Nasional (BN) amat prihatin dan bertanggungjawab kerana menyediakan kemudahan wifi percuma sejak akhir bulan lalu untuk kemudahan penduduk di kampung ini, kata Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Merlimau Pasir, Zainudin Abu, 76. Beliau berkata, kemudahan jalur lebar yang dipasang secara percuma oleh kerajaan itu pasti membawa manfaat kepada lebih 2,218 penduduk kampung berkenaan terutama untuk menjalin hubungan dalam talian secara cepat dan pantas dengan pelbagai pihak. Katanya, selain ditempatkan di rumahnya, alat perhubungan jalur lebar terbabit turut dipasang di Sekolah Rendah Kebangsaan (SRK) Merlimau 1 dan balai raya kampung berkenaan. "Dengan adanya wifi ini, perkhidmatan dalam talian ini boleh digunakan penduduk untuk meningkatkan pelbagai ilmu pengetahuan, terutama pelajar sekolah. "Kami memang idamkan kemudahan seperti ini dan berasa amat gembira. Terima kasih kepada kerajaan BN," katanya ketika ditemui selepas majlis perasmian Kampung Wifi di SRK Merlimau 1 di sini, kelmarin. Majlis perasmian disempurnakan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Utama Rais Yatim. Hadir sama isteri beliau, Datin Seri Utama Masnah Rais; Ketua Setiausaha Kementerian Penerangan, Datuk Kamaruddin Siaraf serta Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Tan Sri Khalid Ramli. Guru Besar SRK Merlimau 1, Abu Zahar Mat Dam, berkata pihaknya bertuah kerana sekolahnya kini boleh melayari internet selepas kemudahan wifi percuma dipasang di sekolah itu. Beliau berkata, kemudahan disediakan kerajaan itu ternyata memudahkan 785 murid dan 53 guru mengakses maklumat yang bersesuaian bagi menambah ilmu pengetahuan terutama berkaitan sistem pengajaran dan pembelajaran (P&P). "Pada masa ini, warga sekolah bukan saja menimba ilmu pengetahuan dengan membaca buku di pusat sumber sekolah (PSS) tetapi juga secara terus melalui internet. "Sebagai guru, kami akan membimbing murid mengakses internet dengan betul. Kami juga berharap murid akan mencapai keputusan baik dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun ini selepas 36 murid sekolah ini memperoleh 5A pada 2010," katanya.

6  

Page 120: SUMBER: INTERNET - PNM Lebar_3.pdfContoh yang nyata adalah ADSL, ... maju, gelombang frekuensi radio dan sistem satelit. Oleh itu, kita perlu sedar bahawa dunia ... Lanjutan itu juga,

Headline: Celcom catat untung tertinggi

Publication: HM Date of publication: Mar 3, 2011 Section heading: Main Section Page number: 027

SYARIKAT telekomunikasi terkemuka tempatan, Celcom Axiata Berhad terus cemerlang apabila berjaya merekodkan keuntungan tertinggi dalam sejarah Celcom pada tahun lalu dengan pertumbuhan keuntungan selepas cukai dan kepentingan minoriti (Patami) sebanyak 22.7 peratus mencecah RM1.9 bilion. Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Seri Shazalli Ramly berkata, 2010 adalah kejayaan berganda untuk Celcom menerusi pencapaian margin terbaik, pertumbuhan pantas dalam industri, meningkatkan penguasaan pasaran dan terus menerajui segmen jalur lebar mudah alih. Katanya, pada tempoh yang sama Celcom juga berjaya mencatat rekod cemerlang keuntungan 19 suku berturut-turut mulai 2006. "Di samping itu juga Celcom merekodkan perolehan sebelum cukai, faedah dan susut nilai (Ebitda) bertambah sebanyak RM3.1 bilion, manakala jumlah pelanggan aktif Celcom turut meningkat mencecah 11.2 juta pada akhir 2010. "Kami terus mendominasi segmen jalur lebar mudah alih dengan hasil RM638 juta iaitu kenaikan 76 peratus berbanding tempoh yang sama tahun sebelumnya dan menyumbang 9.6 peratus kepada jumlah pendapatan syarikat. Ia adalah pencapaian berganda berbanding syarikat telekomunikasi lain," katanya pada pengumuman prestasi kewangan di Kuala Lumpur, semalam.

Headline: RM1.4b transformasi Maxis Publication: BH Date of publication: Mar 1, 2011 Section heading: Main Section Page number: 020 Byline / Author: Oleh Ahmad Farizal Hajat

MAXIS Bhd akan memperuntukkan perbelanjaan modal RM1.4 bilion dalam usaha mentransformasikan portfolio perniagaannya daripada syarikat telekomunikasi biasa kepada penyedia perkhidmatan komunikasi bersepadu utama negara. Meskipun jumlah pelaburan itu sama seperti tahun lalu, namun majoriti perbelanjaannya akan tertumpu pada segmen perniagaan bukan suaranya, seperti penyediaan perkhidmatan rangkaian 3G, berbanding perkhidmatan telefon mudah alih yang diberi tumpuan dalam tempoh dua tahun lalu. Sehubungan itu, bagi tahun kewangan semasa, pengendali perkhidmatan mudah alih terbesar negara, sedia membelanjakan sekitar 40 hingga 50 peratus daripada perbelanjaan modalnya

7  

Page 121: SUMBER: INTERNET - PNM Lebar_3.pdfContoh yang nyata adalah ADSL, ... maju, gelombang frekuensi radio dan sistem satelit. Oleh itu, kita perlu sedar bahawa dunia ... Lanjutan itu juga,

untuk mengukuh ekosistem dalam perkhidmatan perniagaan bukan suara itu, dengan menyediakan platform sokongan dan rangkaian luas kepada pelanggan. Ketua Eksekutif Maxis, Sandip Das, berkata menerusi penekanan itu, kumpulan itu boleh menawarkan perkhidmatan bersepadu berasaskan protokol internet (IP), kepada premis di seluruh negara. "Pertumbuhan perniagaan data dan jalur lebar kumpulan semakin mantap dan kami menjangkakan aliran kukuh pendapatan daripada perniagaan ini pada masa depan memandangkan pertumbuhan pendapatan daripada perniagaan suara semakin perlahan," katanya pada sidang media mengumumkan keputusan kewangan, di Kuala Lumpur semalam. Hadir sama, Pengerusi Maxis, Raja Tan Sri Arshad Raja Tun Uda; Ketua Pegawai Operasinya, Jean-Pascal van Overbeke dan Ketua Pegawai Kewangannya, Rossana Rashidi. Antara perkhidmatan berasaskan IP yang berpotensi ditawarkan termasuk IPTV, transmisi suara menerusi protokol internet (VoIP), videoatas-permintaan (VoD), internet berkelajuan tinggi, e-Kesihatan dan televisyen interaktif. Selain memiliki infrastruktur rangkaian fiber ke rumah (FTTH) sendiri, Maxis turut menjalin pakatan bersama Telekom Malaysia Bhd (TM) menerusi penggunaan rangkaian jalur lebar berkelajuan tinggi (HSBB), untuk menawarkan perkhidmatan bersepadu berasaskan IP ke premis yang dilengkapi prasarana berkenaan. Maxis meraih keuntungan sebelum cukai RM3.13 bilion dalam tahun kewangan berakhir 31 Disember 2010, meningkat 4.16 peratus daripada RM3.01 bilion diraihnya tahun sebelumnya. Ia didorong pemerolehan pendapatan RM8.87 bilion, meningkat tiga peratus daripada RM8.61 bilion sebelumnya. Berikutan itu, keuntungan bersih terkumpulnya dalam tempoh dikaji ialah RM2.295 bilion, meningkat 2.8 peratus daripada RM2.232 bilion sebelumnya.

Headline: Prestasi terbaik Publication: HM Date of publication: Mar 1, 2011 Section heading: Main Section Page number: 025 Byline / Author: Oleh Helmy Abd Rahman

MAXIS Berhad (Maxis) meraih perolehan RM2.3 bilion dan merekod pendapatan sebelum faedah, cukai, susut nilai dan pelunasan (Ebitda) sebanyak 1.17 bilion bagi suku keempat tahun kewangan 2010, pencapaian sukuan tahun kewangan terbaiknya setakat ini. Peneraju perkhidmatan telekomunikasi bersepadu itu sebelum ini mencatat perolehan RM2.2 bilion pada suku ketiga tahun kewangan itu. Ketua Pegawai Eksekutifnya, Sandip Das berkata, syarikat turut mencatat keuntungan bersih RM610 juta bagi suku keempat tahun kewangan 2010, menokok 1.5 peratus berbanding RM601 juta pada suku ketiga tahun kewangan sama.

8  

Page 122: SUMBER: INTERNET - PNM Lebar_3.pdfContoh yang nyata adalah ADSL, ... maju, gelombang frekuensi radio dan sistem satelit. Oleh itu, kita perlu sedar bahawa dunia ... Lanjutan itu juga,

Katanya, pencapaian memberangsangkan itu antara lain didorong pertumbuhan langganan yang sangat memberangsangkan membabitkan 1.66 juta langganan tahun lalu. "Perolehan daripada perkhidmatan bukan asas suara terus menjadi pemacu membabitkan strategi pertumbuhan syarikat dengan sumbangan sebanyak 41.5 peratus perolehan mudah alih. "Faktor ini mendorong perolehan sangat kukuh dalam segmen bukan suara dan prestasi mudah alih dikaji semula. Pencapaian Ebitda syarikat merekod pertumbuhan 2.6 peratus sekali gus membolehkan kami terus menjadi peneraju dalam margin Ebitda industri pada 50.6 peratus pada suku keempat 2010," katanya ketika mengumumkan prestasi kewangan bagi suku keempat 2010 di Kuala Lumpur, semalam. Hadir sama, Pengerusi Maxis, Tan Sri Raja Arshad Raja Tun Uda; Ketua Pegawai Operasi, Jean-Pascal van Overbeke dan Ketua Pegawai Kewangan syarikat, Rossana Rashidi. Mengulas lanjut, Sandip berkata, langganan bersih syarikat meningkat secara drastik sebanyak 429,000 sekali gus membawa kepada jumlah keseluruhan mencecah hampir 14 juta pada akhir suku keempat 2010. "Maxis mencatat jumlah langganan prabayar sebanyak 363,000 dan 66,000 pasca bayar pada suku keempat terbabit," katanya. Beliau berkata, perolehan jalur lebar syarikat meningkat sebanyak RM5 juta kepada RM111 juta pada tahun kewangan terbabit. "Jumlah langganan jalur lebar meningkat daripada 524,000 pada suku ketiga 2010 kepada 594,000 pada suku keempat tahun kewangan sama," katanya.

Headline: Prestasi kewangan Time dotCom paling kukuh Publication: BH Date of publication: Mar 1, 2011 Section heading: Main Section Page number: 024

TIME dotCom Bhd mencatat prestasi kewangan paling kukuhnya setakat ini dengan keuntungan sebelum cukai RM88.9 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2010, meningkat 168 peratus berbanding RM33.1 juta yang dicatat pada 2009 susulan peningkatan tinggi permintaan perkhidmatan jalur lebar di negara ini. Kumpulan itu mencatat pendapatan berjumlah RM321.08 juta, meningkat 11.9 peratus berbanding RM286.81 juta dalam tempoh kajian. Syarikat itu dalam kenyataannya kepada Bursa Malaysia, berkata peningkatan itu adalah didorong pemerolehan pendapatan yang lebih baik susulan aktiviti pengembangan perniagaan data, khususnya dalam segmen borong dan lebar jalur global. Kumpulan itu juga mencatatkan keuntungan operasi yang meningkat 130 peratus bagi tahun itu, melonjak daripada RM15.7 juta pada 2009 kepada RM36.1 juta pada 2010.

9  

Page 123: SUMBER: INTERNET - PNM Lebar_3.pdfContoh yang nyata adalah ADSL, ... maju, gelombang frekuensi radio dan sistem satelit. Oleh itu, kita perlu sedar bahawa dunia ... Lanjutan itu juga,

Headline: TM capai semua KPI Publication: HM Date of publication: Feb 26, 2011 Section heading: Main Section Page number: 049 Byline / Author: Oleh Sri Ayu Kartikawati Amri

TELEKOM Malaysia Berhad (TM) mencapai semua Indeks Prestasi Utama (KPI) bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2010 biarpun dalam persekitaran ekonomi yang mencabar dan persaingan sengit dengan mencatatkan keuntungan selepas cukai dan kepentingan minoriti (Patami) sebanyak RM1.20 bilion. Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulannya, Datuk Seri Zamzamzairani Mohd Isa, berkata jumlah itu peningkatan 87.6 peratus berbanding RM643.0 juta yang dicatatkan tahun lalu dan aktiviti berkaitan Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi (HSBB) dan UniFi antara penyumbang terbesar. Beliau berkata, TM mencapai semua ketiga-tiga KPI bagi 2010 dengan pertumbuhan hasil 2.1 peratus margin perolehan sebelum faedah, cukai, susut nilai dan amortisasi (Ebitda) sebanyak 33.1 peratus dan membelanjakan 5.1 peratus daripada hasil TM bagi meningkatkan kualiti pengalaman pelanggan. "Tahun 2010 penuh bersejarah kepada TM terutama dengan pelancaran HSBB dan UniFi, kami sudah mengubah satu legasi bagi mewujudkan pertumbuhan yang berkekalan pada masa depan. TM kini berubah dari pusat pertukaran suara menjadi pusat pertukaran maklumat. "Kami juga gembira melaporkan projek HSBB kami berada di landasan tepat untuk mencapai 1.1 juta premis akhir tahun ini dan lebih penting kami berusaha memperbaiki pengalaman untuk pelanggan TM secara menyeluruh," katanya ketika mengumumkan prestasi kewangan TM di Kuala Lumpur, semalam. Hadir sama Pengarah Eksekutif yang juga Ketua Pegawai Kewangan Kumpulannya, Datuk Bazlan Osman. Zamzamzairani berkata, pihaknya menyasar untuk memperuntukkan perbelanjaan modal (Capex) berjumlah RM3 bilion tahun ini bagi aktiviti HSBB dan Business as Usual (Bau). Menurutnya, TM terus menarik pelanggan baru dan mengekalkan kedudukan sebagai peneraju bagi segmen jalur lebar dengan 1.68 juta pelanggan setakat akhir tahun lalu iaitu pertumbuhan 17.4 peratus daripada 1.43 juta pelanggan tahun sebelumnya. Beliau berkata, TM turut menumpukan kepada mempertingkatkan kualiti perkhidmatan pelanggannya dan membelanjakan RM451 juta daripada hasil bagi tujuan itu.

10  

Page 124: SUMBER: INTERNET - PNM Lebar_3.pdfContoh yang nyata adalah ADSL, ... maju, gelombang frekuensi radio dan sistem satelit. Oleh itu, kita perlu sedar bahawa dunia ... Lanjutan itu juga,

Headline: TM kekal prestasi cemerlang Publication: BH Date of publication: Feb 26, 2011 Section heading: Main Section Page number: 027 Byline / Author: Oleh Suffian A Bakar

DI sebalik persekitaran ekonomi mencabar tahun lalu, Telekom Malaysia Bhd (TM) mempamerkan prestasi cemerlang apabila ia mencatat keuntungan bersih berjumlah RM1.206 bilion, melonjak 87.6 peratus daripada RM643.03 juta pada 2009. Pengerusinya Datuk Dr Halim Shafie, berkata keuntungan itu diraih daripada pendapatan yang meningkat 2.1 peratus kepada RM8.791 bilion berbanding RM8.608 bilion tahun sebelumnya didorong oleh pertambahan permintaan bagi perkhidmatan internet dan data. "Keuntungan lebih tinggi itu dicapai susulan peningkatan pendapatan secara keseluruhan serta pengurusan kos mantap, keuntungan daripada pelupusan pelaburan bukan teras dan keuntungan belum nyata hasil tukaran wang asing daripada pinjaman mata wang asing. "TM berjaya mencapai semua ketiga-tiga Petunjuk Prestasi Utama (KPI) bagi 2010 dengan pertumbuhan pendapatan 2.1 peratus, marjin pendapatan sebelum faedah, cukai, susut nilai dan pelunasan (EBITDA) yang dinormalisasi sebanyak 33.1 peratus dan membelanjakan 5.1 peratus daripada pendapatan bagi menambah baik perkhidmatan kepada pelanggan," katanya pada sidang media mengumumkan keputusan kewangan kumpulan itu di Kuala Lumpur, semalam. Hadir sama Ketua Eksekutif Kumpulannya, Datuk Sri Zamzamzairani Mohd Isa dan Ketua Pegawai Kewangannya, Datuk Bazlan Osman. Zamzamzairani berkata, sejajar fokus berterusan terhadap pulangan untuk pemegang saham dan pengurusan modal, TM mengumumkan cadangan dividen kasar akhir 13.1 sen sebagai tambahan kepada dividen kasar awal 13 sen yang sudah diagihkan September tahun lalu. TM juga, katanya bercadang melaksanakan pembayaran balik modal kepada pemegang sahamnya berjumlah kira-kira RM1.037 bilion yang mana pemegang saham TM layak untuk menerima pembayaran tunai 29 sen sesaham. "Dividen akhir dan pembayaran balik modal kira-kira 39 sen atau RM1.389 bilion itu dijangka akan dibayar serentak Jun depan," katanya. Menyentuh prestasi suku kewangan keempat tahun tahun lalu, Zamzamzairani berkata, pendapatan operasi TM meningkat 5.7 peratus kepada RM2.320 bilion berikutan sumbangan lebih tinggi perkhidmatan data, internet dan multimedia. Keuntungan bersih dalam suku dikaji, katanya meningkat 135.4 peratus kepada RM400.63 juta berbanding RM170.25 juta suku sama tahun sebelumnya disebabkan terutama oleh pendapatan operasi lebih tinggi, keuntungan ke atas pelupusan pelaburan, pembayaran cukai lebih rendah dan sebahagiannya diimbangi oleh susut nilai, penjelasan dan susut nilai aset.

11  

Page 125: SUMBER: INTERNET - PNM Lebar_3.pdfContoh yang nyata adalah ADSL, ... maju, gelombang frekuensi radio dan sistem satelit. Oleh itu, kita perlu sedar bahawa dunia ... Lanjutan itu juga,

Dalam perkembangan berkaitan, beliau berkata projek jalur lebar berkelajuan tinggi (HSBB) yang diselenggarakan TM berada di landasan kukuh.

Headline: Celcom, TM jalin kerjasama Publication: BH Date of publication: Feb 23, 2011 Section heading: Main Section Page number: 021 Byline / Author: Oleh Azli Ayob

CELCOM Axiata Bhd (Celcom) dan Telekom Malaysia Bhd (TM) menjalinkan pakatan strategik bertujuan menawarkan pengguna negara ini penyelesaian lengkap bagi per khidmatan talian mudah alih dan tetap meliputi pelbagai platform media dan peralatan telekomunikasi. Menerusi memorandum persefahaman (MoU) yang dimeterai semalam, Celcom dan TM akan bekerjasama dalam perkhidmatan Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi (HSBB) meliputi akses dan transmisi HSBB, akses pukal internet, akses talian pelanggan digital (DSL), sistem rangkaian gentian menerusi pajakan pukal jangka panjang dan perkhidmatan operator mudah alih maya (MVNO). Usaha sama dalam HSBB itu membolehkan Celcom menawarkan perkhidmatan jalur lebar talian tetap berasaskan gentian kepada berjuta-juta premis dan pejabat, selain perkhidmatan IPTV, video atas permintaan (VoD) dan per khidmatan multimedia dengan kandungan dipertingkat pada masa depan. Selain itu, bagi kawasan yang tidak diliputi HSBB ketika ini, Celcom boleh menggunakan perkhidmatan akses Talian Pelanggan Digital TM bagi menawarkan perkhidmatan DSL Celcom bagi melengkapkan liputan jalur lebar mudah alih 3G dan HSDPA. Ketua Eksekutif Celcom, Datuk Seri Shazalli Ramly, berkata kerjasama dengan peneraju jalur lebar talian tetap itu membolehkan Celcom memberikan kepada pelanggan perkhidmatan yang menjangkaui telekomunikasi mudah alih menggunakan pelbagai peranti komunikasi. "Pengguna hari ini menggunakan pelbagai peranti daripada jenis skrin, telefon, komputer tablet atau televisyen untuk berhibur dan berkomunikasi. "Justeru, tanggapan lama mengenai persaingan antara talian tetap dan mudah alih tidak lagi relevan disebabkan perubahan tingkah laku pengguna," katanya pada majlis memeterai MoU antara Celcom dan TM di Kuala Lumpur, semalam. Pada majlis itu, Shazalli mewakili Celcom manakala TM diwakili Ketua Eksekutif Kumpulan, Datuk Seri Zamzamzairani Mohd Isa. Ia disaksikan Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Joseph Salang. Sementara itu, Zamzamzairani berkata, usaha sama itu akan memberikan manfaat besar kepada semua pengguna akhir yang akan dapat menikmati pelbagai pilihan perkhidmatan serta keluasan liputan pada harga yang kompetitif. Beliau berkata, bagi menyokong peningkatan trafik data di sepanjang rangkaian mudah alih Celcom, TM akan menjalankan kerja pemasangan gentian untuk semua tapak utama rangkaian

12  

Page 126: SUMBER: INTERNET - PNM Lebar_3.pdfContoh yang nyata adalah ADSL, ... maju, gelombang frekuensi radio dan sistem satelit. Oleh itu, kita perlu sedar bahawa dunia ... Lanjutan itu juga,

Celcom menerusi pajakan sistem rangkaian gentian selama 10 tahun. "TM sebaliknya akan berpeluang menggunakan rangkaian selular Celcom sebagai operator MVNO untuk menawarkan perkhidmatan mudah alih suara dan data dengan jenama sendiri sebagai tambahan kepada produk dan perkhidmatan talian tetap TM sedia ada,' katanya.

Headline: Kolaborasi pelbagai bidang TM, Celcom Publication: HM Date of publication: Feb 23, 2011 Section heading: Main Section Page number: 025 Byline / Author: Oleh Syarifah Dayana Syed Bakri

TELEKOM Malaysia Berhad (TM) menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Celcom Axiata Berhad (Celcom) bagi menjalin usaha sama dalam menawarkan penyelesaian lengkap mudah alih dan tetap yang disediakan syarikat masing-masing. Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan TM, Datuk Seri Zamzamzairani Mohd Isa, berkata MoU itu meliputi pelbagai bidang usaha sama khususnya perkhidmatan Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi (HSBB) yang membabitkan capaian dan penghantaran HSBB. "Ia juga meliputi capaian Internet borong, talian pelanggan digital, sistem Rangkaian Gentian dan Rangkaian Operator Mudah Alih Maya (MVNO)," katanya selepas majlis menandatangani MoU itu di Kuala Lumpur, semalam. MoU itu disaksikan Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Joseph Salang Gandum. Beliau berkata, TM akan menggunakan gentian untuk semua titik penyepaduan laman utama dan rangkaian untuk Celcom dalam jangka panjang menerusi perjanjian pajakan sistem rangkaian gentian selama 10 tahun. "TM akan mendapat akses kepada rangkaian selular Celcom sebagai MVNO bagi menawarkan perkhidmatan data dan suara mudah alih jenama sendiri bagi melengkapkan portfolio talian tetap sedia ada dan memberi tumpuan terhadap perkhidmatan jalur lebar tetap," katanya. Menurutnya, perjanjian muktamad dijangka dilaksanakan dalam tempoh dua bulan dari tarikh MoU dimeterai. Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Celcom, Datuk Seri Mohamed Shazalli Ramly, berkata usaha sama perkhidmatan HSBB akan membolehkan Celcom menyediakan perkhidmatan jalur lebar tetap berasaskan gentian kepada berjuta kediaman dan pejabat serta pada masa membolehkan perkhidmatan multimedia lain yang akan dibangunkan secara berperingkat. "Bagi kawasan yang belum diliputi HSBB, Celcom akan menggunakan perkhidmatan akses Talian Pelanggan Digital TM untuk menawarkan perkhidmatan DSL Celcom tersendiri bagi melengkapkan liputan jalur lebar mudah alih terluas 3G/HSDPA Celcom," katanya.

Headline: Industri hijau, ICT ledak sosioekonomi Merlimau

13  

Page 127: SUMBER: INTERNET - PNM Lebar_3.pdfContoh yang nyata adalah ADSL, ... maju, gelombang frekuensi radio dan sistem satelit. Oleh itu, kita perlu sedar bahawa dunia ... Lanjutan itu juga,

Publication: BH Date of publication: Feb 21, 2011 Section heading: Main Section Page number: 018 Byline / Author: Oleh Kamal Ahmad

KOMITMEN mewujudkan kawasan perindustrian baru, infrastruktur pendidikan tinggi serta kemudahan teknologi maklumat dan telekomunikasi (ICT) akan meledakkan pembangunan sosioekonomi dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau, dalam tempoh terdekat. Kerajaan negeri yang membangunkan Merlimau secara seimbang kini merancang pembinaan kawasan industri bercampur di Lipat Kajang seluas 404 hektar dijangka disertai syarikat teknologi hijau dan automotif. DUN Merlimau yang mempunyai kira-kira 20,000 penduduk turut menikmati 100 peratus bekalan air dan elektrik selain jalan berturap hingga ke kampung. Sebelah malam kawasan DUN itu diterangi 465 lampu jalan. Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam, berkata langkah menyediakan kemudahan jalur lebar di kawasan tumpuan awam dan restoran pula bertujuan menjadikan Merlimau sebagai DUN Bestari Baru. Ketika ini ada lima Pusat Komputer Komuniti di situ bagi menampung keperluan. "Kita sudah ada politeknik serta kolej komuniti serta Bandar Baru Merlimau. Sedang dibina bersempadan DUN Sungai Rambai sekarang ialah cawangan UiTM yang dijangka menampung kira-kira 5,000 pelajar dan beroperasi pada 2013," katanya. UiTM Kampus Jasin bernilai RM297 juta itu dibina di Semujuk Seri Mendapat di tapak seluas 85.2 hektar yang dibangunkan oleh Yayasan Basmi Kemiskinan selepas cadangan projek sama di Serendah dibatalkan kerajaan Selangor, tahun lalu. "Wujudnya lebih banyak peluang pekerjaan setempat akan membolehkan tenaga kerjanya kekal tinggal di kampung dan tidak perlu pergi ke bandar untuk bekerja. Ini akan menambahkan penduduk luar bandar sekali gus merancakkan kegiatan peruncitan serta perniagaan lain yang menyokong keperluan harian mereka seperti klinik, bengkel, restoran dan perkhidmatan telekomunikasi. "Kehadiran pelajar UiTM kelak juga akan memacu pembangunan sosioekonomi di sekitar kampus itu," katanya ketika ditemui di Merlimau, baru-baru ini. Beliau berkata, warga DUN Merlimau rata-rata terbabit dengan sektor pertanian khususnya kelapa sawit dan getah, selain berniaga termasuk di lot komersial kawasan perumahan, menjadi nelayan serta bekerja di sektor awam dan perindustrian di DUN itu atau di Batu Berendam dan Air Keroh. Mohd Ali berkata, kemudahan awam seperti sebuah klinik kesihatan dan tiga klinik desa digerakkan oleh 59 pegawai serta kakitangan kesihatan. Turut disediakan ialah perpustakaan awam, sekolah rendah, menengah dan tahfiz al-Quran serta tempat ibadat sedia ada mampu menampung pertambahan penduduk di Merlimau. "Kerajaan juga sedang melaksanakan Program Kampung Tersusun di Lipat Kajang membabitkan lebih 400 lot tanah yang boleh dibeli penduduk setempat atau orang luar.

14  

Page 128: SUMBER: INTERNET - PNM Lebar_3.pdfContoh yang nyata adalah ADSL, ... maju, gelombang frekuensi radio dan sistem satelit. Oleh itu, kita perlu sedar bahawa dunia ... Lanjutan itu juga,

"Terbaru, kerajaan akan membangunkan kira-kira 480 lot lagi melalui fasa kedua program itu di Pekan Merlimau," katanya. Bagi menampung limpahan sektor pelancongan yang tertumpu di Bandaraya Melaka, Ketua Menteri itu berkata, Program Homestay sedia ada akan digiatkan bagi memenuhi permintaan pengunjung yang terus meningkat. Beliau berkata, limpahan pembangunan Bandaraya Melaka khususnya pelancongan dan industri kini merebak ke kawasan sekitarnya seperti Cheng, Bukit Katil, Bemban dan mula memasuki Serkam serta Merlimau. Pembinaan Lebuh Raya Alor Gajah-Melaka-Jasin (AMJ) disifatkan langkah proaktif pentadbiran kerajaan negeri untuk memacu pembangunan sosioekonomi merentasi seluruh Melaka bermula dari sempadan Negeri Sembilan hingga ke Johor. Sebagai nadi perhubungan yang merentas negeri, lebuh raya itu turut memberi nafas kepada kepesatan pembangunan kawasan majlis perbandaran atau pihak berkuasa tempatan lain termasuk Merlimau. Katanya, kerajaan negeri juga sudah mengemukakan permohonan untuk membina laluan yang menghubungkan seluruh kawasan penempatan sebelah pantai melalui Rancangan Malaysia Ke-10. "Dengan wujudnya pelbagai pelbagai kemudahan serta infrastruktur yang menyediakan peluang pekerjaan, perniagaan dan pendidikan maka orang kampung boleh duduk di kampung dan bekerja di bandar. Maknanya mereka tidak tinggalkan kampung dan dengan cara ini, kampung boleh mempunyai penduduk yang lebih ramai," katanya sambil memberi jaminan dalam soal keselamatan kerana kadar jenayah di Melaka antara yang terendah di Malaysia sekali gus memberi banyak kelebihan sehingga negeri itu menjadi tumpuan pengunjung dan pelancongan asing terkemuka di negara ini. Ada dua balai polis dan sebuah balai bomba di DUN Merlimau ketika ini. Dari segi kemudahan rekreasi, DUN itu mempunyai tiga padang bola awam, 17 gelanggang takraw, badminton dan futsal, 17 lagi taman permainan kanak-kanak serta sebuah kompleks Rakan Muda. Bukti pembangunan seimbang di DUN Merlimau turut dibuktikan dengan kemudahan tempat beribadat untuk penganut Islam yang mempunyai enam masjid serta 18 surau manakala tokong Cina dan kuil Hindu masing-masing lima selain dua gereja. "Merlimau sebuah kawasan yang istimewa kerana mempunyai semua kemudahan yang serba lengkap dan kini ke arah menjadi DUN Bestari. Ini sejajar dengan slogan 'Merlimau... DUNku Sayang, Bandar Bestari' kerana semuanya ada di sini," katanya. Menariknya, DUN Merlimau digambarkan umpama 'Little Malaysia' kerana komposisi pengundinya 64.15 peratus Melayu (6,907 orang), Cina 20.87 peratus (2,247 orang), India 14.64 peratus (1,576 orang) dan lain-lain 0.34 peratus (37 orang).

15  

Page 129: SUMBER: INTERNET - PNM Lebar_3.pdfContoh yang nyata adalah ADSL, ... maju, gelombang frekuensi radio dan sistem satelit. Oleh itu, kita perlu sedar bahawa dunia ... Lanjutan itu juga,

Headline: 63% pengguna Internet sanggup bayar VAS Publication: HM Date of publication: Feb 16, 2011 Section heading: Main Section Page number: 032

PENGGUNA mahu pengendali mengembangkan lagi perkhidmatan jalur lebar mudah alih dan sanggup membayar bagi perkhidmatan nilai ditambah (VAS) yang disediakan, demikian menurut kajian Acision. Laporan penyelidikan oleh peneraju rumusan data mudah alih dunia, Acision yang bertajuk 'Merebut Peluang Dalam Jalur Lebar Mudah Alih' mendapati, satu lagi bidang peluang yang besar ialah kualiti pengalaman. Kajian itu juga meneroka pemerhatian pengguna termasuk kualiti pengalaman, kepuasan pengguna dan kualiti video serta penerimaan dasar keadilan dan kesanggupan membayar bagi VAS yang mungkin disediakan. "Berdasarkan penyelidikan itu, 71 peratus pengguna kerap menggunakan perkhidmatan mudah alih sepanjang minggu dan meminta pengendali meningkatkan lagi perkhidmatan jalur lebar mudah alih daripada keadaannya sekarang. "Penyelidikan ini menunjukkan 63 peratus pengguna sanggup membayar bagi VAS," katanya.

Headline: Penduduk akui kerajaan laksana banyak pembangunan Publication: BH Date of publication: Feb 16, 2011 Section heading: Main Section Page number: 010

TEMERLOH: Penduduk di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kerdau mengakui projek pembangunan yang dilaksanakan di kawasan mereka mampu mengubah wajah pekan itu sebagai hab pendidikan dan pertumbuhan ekonomi masyarakat luar bandar. Selepas pilihan raya umum lalu, kerajaan semakin banyak menyalurkan bantuan kewangan bagi membantu merancakkan program pembangunan mengikut keperluan penduduk luar bandar. Penduduk mengharapkan kerajaan Barisan Nasional (BN) terus menyalurkan peruntukan kewangan bagi menyediakan lebih banyak projek untuk kemudahan orang ramai. Ketua Kampung Ketapi, Abdul Rahman Abdul Rashir, 45, berkata, kawasan Kerdau pesat membangun dengan projek pendidikannya, antaranya pembinaan asrama untuk pelajar luar bandar di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kerdau, pembinaan Sekolah Berasrama Penuh integrasi (SBPI), pembinaan bangunan baru di Sekolah Kebangsaan (SK) Kerdau, SK Paya Ara dan SK Seri Songsang. "Pendidikan agama termasuk mewujudkan Kelas Agama Fardu Ain (KAFA) di setiap kampong

16  

Page 130: SUMBER: INTERNET - PNM Lebar_3.pdfContoh yang nyata adalah ADSL, ... maju, gelombang frekuensi radio dan sistem satelit. Oleh itu, kita perlu sedar bahawa dunia ... Lanjutan itu juga,

di Kerdau untuk pelajar sekolah turut diberikan tumpuan sebagai usaha mendidik modal insan berguna. "Selain itu, sebuah Pusat Asuhan Kanak-Kanak (PAKK) dibangunkan di Kerdau di bawah seliaan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) khusus memberi pendidikan peringkat awal kanak-kanak," katanya. Beliau berkata, untuk memastikan tahap pendidikan masyarakat meningkat, kerajaan membina pusat jalur lebar khusus menempatkan 10 komputer bagi kegunaan penduduk kampung dan pelajar di kawasan Kerdau," katanya. Beliau berkata, untuk memastikan penduduk beragama Islam mengerjakan ibadat dengan selesa, kerajaan turut membina beberapa masjid baru seperti Masjid Kuala Kerdau yang dibangunkan dengan kos kira-kira RM1.2 juta. Bagi penduduk Kampung Kerdau, Sritharan Subramaniam, 38, berkata kerajaan BN memperuntukkan 20 hektar tanah kepada 50 penduduk India untuk diusahakan dengan kegiatan pertanian.

Headline: Evolusi internet mudah alih tambah pendapatan Publication: BH Date of publication: Feb 14, 2011 Section heading: Main Section Page number: 005 Byline / Author: Oleh Ashraf Dahod

SEBANYAK 3.6 exabait data - bersamaan dengan satu bilion DVD - akan melalui rangkaian mudah alih dunia setiap bulan menjelang 2014. Menurut 2010 Cisco Visual Networking Index Mobile Data Forecast, ini adalah masa depan. Di sebalik kelembapan ekonomi, internet mudah alih terus bertumbuh secara besar-besaran dengan trafik data mudah alih meningkat sebanyak 160 peratus dari 2008 hingga 2009. Laporan unjuran yang sama menjangkakan bahawa trafik data mudah alih akan mencatatkan kadar pertumbuhan terkumpul tahunan sebanyak 108 peratus antara 2009 dan 2014. Penggunaan meluas peralatan yang boleh menggunakan IP adalah faktor di sebalik pertumbuhan dramatik ini. Menjelang 2014, lebih daripada lima bilion peralatan data mudah alih yang sedia ada dan baru akan digunakan, termasuk berbilion lagi sensor mesin-ke-mesin (M2M) yang dipasang dalam semua jenis produk bagi menyokong sistem GPS automatik, penjejak aset dalam sektor perkapalan dan perkilangan, aplikasi perubatan bagi perkongsian rekod digital pesakit atau pengemaskinian status kesihatan, dan banyak lagi. Pengguna peralatan sedemikian dan pelbagai lagi aplikasi data mudah alih akan menghampiri empat juta pelanggan. Tatkala ini sesuatu yang menarik, pengendali mudah alih berisiko menjadi mangsa kepada kejayaan mereka sendiri apabila pengguna memilih aplikasi percuma daripada ekosistem aplikasi sumber terbuka dan sumber pendapatan tradisional mereka menurun. Sementara itu, pengendali mudah alih harus bersedia dengan kaedah yang baru untuk mengurus kos operasi secara efektif, menyediakan perkhidmatan untuk pelbagai jenis peralatan, dan menyediakan pengalaman multimedia berkualiti mudah alih secara cekap.

17  

Page 131: SUMBER: INTERNET - PNM Lebar_3.pdfContoh yang nyata adalah ADSL, ... maju, gelombang frekuensi radio dan sistem satelit. Oleh itu, kita perlu sedar bahawa dunia ... Lanjutan itu juga,

Model Perniagaan Baru Diperlukan - Menjana Wang Daripada Ekosistem Mudah Alih Baru Penurunan sumber pendapatan tradisional mendorong pengendali mudah alih untuk memberi reaksi dalam beberapa cara, termasuk melancarkan kedai aplikasi mereka sendiri atau membolehkan pembangun kandungan untuk mengakses aplikasi program antara-muka bil rangkaian bagi membantu pembangun menjimatkan kos sementara memberikan pengendali perkongsian perolehan. Tetapi langkah ini tidak membalikkan potensi bagi pengendali mudah alih untuk dilihat sekadar sebagai pembekal `bit pipe' kepada pemain utama dan di luar jaringan yang lebih berjaya dalam menjana perolehan daripada aplikasi dan perkhidmatan tambah nilai. Jadi bagaimanakah pengendali mudah alih boleh melindungi dan meningkatkan perolehan mereka, memandangkan realiti ekosistem aplikasi terbuka internet mudah alih? Dengan menggunakan rumusan rangkaian IP pintar yang akan membolehkan mereka memperkenalkan perkhidmatan jalur lebar mudah alih yang inovatif, persendirian dan berbeza serta memasuki pasaran baru yang berpotensi seperti M2M, perkhidmatan berawan, dan pengiklanan khusus. Dengan menggunakan kuasa rangkaian pintar, pengendali mudah alih boleh meluaskan model perniagaan mereka untuk menyertakan kedua-dua pengguna dan pelanggan perniagaan. Mereka boleh mengubah perniagaan mereka menjadi model dua belah, memberi khidmat kepada pengiklan, penyedia aplikasi dan e-peruncit, selain para pengguna. Berfokus kepada Pengalaman dan Nilai Rangkaian Unik Pengendali mudah alih boleh menggunakan pengetahuan mendalam mengenai pengguna mereka seperti kecenderungan perkhidmatan mereka, jenis peralatan, lokasi dan banyak lagi. Dalam prasarana rangkaian IP mudah alih, wujud rumusan terhadap cabaran paling rumit yang dihadapi oleh pengendali mudah alih, Rangkaian IP pintar adalah asas bagi meraih perolehan dari perkhidmatan baru untuk pasaran baru dan menarik. Keupayaan mendapat keuntungan dalam peluang terbabit, semua terkandung dalam rangkaian IP pintar, ter-utama: * Pengurusan polisi, bagi membolehkan pengguna menyusun perkhidmatan mengikut kesukaan mereka dalam masa sebenar dan membolehkan pengendali menawarkan pelan perkhidmatan yang lebih tersusun * Mengenakan caj secara sedar, bagi membolehkan pengendali secara fleksibel mengenakan caj kepada pelanggan menggunakan pelbagai bentuk penggunaan secara metrik atau meter berbanding polisi kuota penggunaan saksama * Menyaring kandungan, bagi memberikan perkhidmatan perlindungan kepada pengguna bawah umur atau untuk mempertahankan nilai-nila budaya tertentu * Perkhidmatan berkualiti, bagi meningkatkan pengalaman pengguna bagi aplikasi berasaskan jalur lebar seperti video * Pengesanan dan optimisasi aplikasi, bagi membolehkan rangkaian untuk dengan senang menguruskan pelbagai aplikasi

18  

Page 132: SUMBER: INTERNET - PNM Lebar_3.pdfContoh yang nyata adalah ADSL, ... maju, gelombang frekuensi radio dan sistem satelit. Oleh itu, kita perlu sedar bahawa dunia ... Lanjutan itu juga,

* Tembok api yang kukuh, bagi mengesan dan mengelakkan aplikasi rangkaian yang tidak diingini. Atribut Rangkaian Internet Mudah Alih Yang Supercaj Meningkatkan aspek arkitek akhir-ke-akhir mudah alih secara kos efektif dan secara strategik adalah kritikal kepada kejayaan dalam menyediakan perkhidmatan internet mudah alih yang kompetitif. Pengendali memerlukan pembekal yang boleh diharap menyediakan rumusan yang memberikan: * Kebebasan akses untuk menyokong sebarang rangkaian akses radio. * Prestasi rangkaian yang besar untuk menangani peningkatan permintaan. * Rangkaian pintar bersepadu untuk membentuk transaksi, membolehkan kawalan polisi, dan menambah baik penawaran perkhidmatan. * Fleksibiliti rangkaian bagi membolehkan satu mod untuk menyokong pelbagai fungsi rangkaian, menurungkan kos keseluruhan pemilikan * Sesi yang boleh diharap atau kewujudan rangkaian bagi memastikan pelanggan mempunyai pengalaman pengguna yang cemerlang sambil memastikan pengendali dapat mengekalkan aliran perolehan. * Penghijrahan licin kepada teknologi 4G, supaya pengendali tahu rangkaian yang mereka gunakan hari ini adalah rangkaian masa depan. Tatkala kos paling tinggi bagi pengendali mudah alih adalah rangkaian radio dan gelombang mikro, ciri-ciri pintar yang membolehkan perkhidmatan baru, perbezaan berdaya saing, dan skala aplikasi multimedia terletak pada rangkaian IP akhir-ke-akhir. Industri mudah alih adalah gelombang peluang yang sempurna. Seperti telefon pintar yang menyokong teknologi IP, 'netbook', penyelesaian M2M, dan peralatan mudah alih disambung yang lain mendapat sambutan hebat, bersama dengan jalur lebar mudah alih dan proliferasi daripada aplikasi baru ini, pengendali mudah alih harus memenuhi permintaan untuk perkhidmatan multimedia baru dan lebih kaya. Rangkaian IP bersedia membantu pengendali melangkah ke model perniagaan baru, memberikan prestasi yang tidak dijangkakan dan juga dari segi skala, mengurangkan perbelanjaan rangkaian, dan meraih kepercayaan pelanggan tatkala internet mudah alih berterusan tumbuh dan berevolusi. INFO Ashraf Dahod adalah Naib Presiden Kanan dan Pengurus Besar Kumpulan Teknologi Internet Mudah Alih Cisco, sebuah kumpulan yang baru ditubuhkan dari pengambilalihan Starent Networks Corporation pada Disember 2009. Sebelum ini, Dahod adalah Ketua Pegawai Eksekutif dan Presiden Starent Networks Corporation, sebuah syarikat yang beliau sama-sama tubuhkan berdasarkan visinya untuk meningkatkan rangkaian bergerak tanpa wayar dan perkhidmatan terbabit.

19  

Page 133: SUMBER: INTERNET - PNM Lebar_3.pdfContoh yang nyata adalah ADSL, ... maju, gelombang frekuensi radio dan sistem satelit. Oleh itu, kita perlu sedar bahawa dunia ... Lanjutan itu juga,

Headline: Kongsi bina kabel dasar laut Publication: BH Date of publication: Feb 12, 2011 Section heading: Main Section Page number: 022 Byline / Author: Oleh Azli Ayob

TELEKOM Malaysia Bhd (TM) bersama dua syarikat telekomunikasi Indonesia, PT XL Axiata Tbk dan PT Mora Telematika akan membina kabel telekomunikasi dasar laut menghubungkan kedua-dua negara membabitkan kos AS$7.6 juta (RM23.3 juta). Bagi tujuan itu ketiga-tiga syarikat berkenaan membentuk konsortium bagi melaksanakan projek berkenaan. Naib Presiden Eksekutif, TM Global, Rozaimy Abdul Rahman, berkata pembinaan sistem kabel dasar laut sepanjang 400 kilometer menghubungkan Batam-Dumai-Melaka (BDM) itu bertujuan meningkatkan keupayaan dan daya tahan rangkaian khususnya bagi perkhidmatan data internet dan panggilan di rantau ini. TM katanya, akan melabur sebanyak AS$4 juta (RM12.3 juta) dalam projek itu dengan pembiayaan menggunakan dana syarikat. "Pembinaan sistem kabel ini memberi manfaat kepada mana-mana negara dan rantau yang dihubungkan secara terus kepada sistem kabel BDM ini," katanya selepas majlis memeterai perjanjian pembinaan dan penyelenggaraan (C&MA) kabel itu di Kuala Lumpur, semalam. Pada majlis itu Rozaimy mewakili TM, manakala XL Axiata diwakili Naib Presiden (Commerce Netco) syarikat itu, Habib Mustain dan Mora Telematika diwakili Pengarah Kejuruteraannya, Robertnus Suratno. Rozaimy berkata, sistem kabel yang dijangka mula membawa trafik komersial pada suku keempat tahun ini mempunyai saling hubungan dengan sistem kabel dasar laut sedia ada yang menghubungkan rantau Asia Pasifik, Eropah, Amerika Syarikat dan Afrika. Beliau berkata, BDM bukan saja menawarkan keupayaan jalur lebar antarabangsa tambahan ke negara di rantau ini, malah berfungsi sebagai gerbang kepada pusat internet utama Asia. "Ini menggalakkan lagi organisasi antarabangsa memindahkan ibu pejabatnya ke rantau ini supaya dapat menikmati kos operasi yang lebih rendah dengan memanfaatkan gerbang internet utama Asia," katanya. Ketika ini TM memiliki atau memajak 10 sistem kabel dasar laut di rantau ini merentasi 60,000 batu laluan gentian optik di seluruh dunia, termasuk beberapa laluan kabel dasar laut yang digunakan untuk membawa trafik antara Asia Pasifik dan Amerika Utara.

20  

Page 134: SUMBER: INTERNET - PNM Lebar_3.pdfContoh yang nyata adalah ADSL, ... maju, gelombang frekuensi radio dan sistem satelit. Oleh itu, kita perlu sedar bahawa dunia ... Lanjutan itu juga,

Headline: Greenpacket, TMC jalin kerjasama Publication: HM Date of publication: Feb 11, 2011 Section heading: Main Section Page number: 057

GREENPACKET, peneraju pembangun penyelesaian jalur lebar dan rangkaian generasi akan datang menandatangani perjanjian dengan Time Warner Cable (TMC), pengendali kabel kedua terbesar di Amerika Syarikat yang mempunyai 14.5 juta pelanggan. Dalam kenyataannya, Greenpacket berkata, TMC akan menggunakan versi khusus 'Intouch Connection Manager', 'Intouch Reporting Server' dan 'Intouch Update Server' Greenpacket bagi Windows dan platform Mac TMC. "Suite penyelesaian Intouch Greenpacket dijangka meningkatkan pengalaman sambungan pengguna akhir apabila berpindah kepada rangkaian pelbagai jalur lebar wayarles TMC," katanya.

Headline: Meterai perjanjian Publication: BH Date of publication: Feb 10, 2011 Section heading: Main Section Page number: 026

GREENPACKET Bhd, peneraju pembangun penyelesaian jalur lebar dan rangkaian generasi akan datang, memeterai perjanjian dengan Time Warner Cable (TMC), pengendali kabel kedua terbesar di AS, yang mempunyai 14.5 juta pelanggan. Dalam kenyataannya semalam, Greenpacket berkata, ia bagi membolehkan TMC menggunakan versi khusus Intouch Connection Manager, Intouch Reporting Server dan Intouch Update Server bagi Windows dan platform Mac TMC.

Headline: Potongan hebat khidmat suara P1 Publication: HM Date of publication: Feb 9, 2011 Section heading: Variasi Page number: 014 Byline / Author: Oleh Afiq Hanif

SEHINGGA 28 Februari ini, penyedia perkhidmatan jalur lebar terkemuka, P1 mempromosikan perkhidmatan asas suaranya, P1 Voice dengan memberikan diskaun hebat untuk membolehkan pelanggan terus terhubung dengan keluarga tersayang atau rakan taulan pada musim perayaan ini. Diskaun hebat caj panggilan suara itu diberi secara berperingkat mengikut bil bulanan ke atas semua panggilan di seluruh negara termasuk panggilan tempatan, STD, telefon bimbit dan

21  

Page 135: SUMBER: INTERNET - PNM Lebar_3.pdfContoh yang nyata adalah ADSL, ... maju, gelombang frekuensi radio dan sistem satelit. Oleh itu, kita perlu sedar bahawa dunia ... Lanjutan itu juga,

nombor 1-300. Pelanggan akan mendapat diskaun jika mereka terus menggunakan perkhidmatan ini bermula dengan potongan 30 peratus ke atas bil kedua, 40 peratus bil ketiga dan untuk bil keempat pula, pelanggan layak mendapat diskaun sehingga 50 peratus ke atas jumlah panggilan keseluruhan. Bagaimanapun, promosi ini hanya layak untuk pelanggan baru P30 dan P50. Pelanggan sedia ada pula perlu meningkatkan pakej untuk menikmati ganjaran menarik ini. Sementara itu, sehingga 17 Februari ini, syarikat terkemuka ini memberi angpau istimewa kepada pelanggan P1 yang membuat panggilan antarabangsa kepada pelanggan P1 yang lain. Tawaran panggilan IDD serendah RM0.05 ke beberapa negara terpilih termasuk Amerika Syarikat, Australia, China, Taiwan, Hong Kong dan Singapura. Pengaktifan atau peningkatan pakej P1 Voice boleh dilaksanakan dengan pantas. Hubungi Perkhidmatan Pelanggan P1 atau daftar di P1 Self Care. Maklumat lanjut di laman web www.p1.com.my.

Headline: USM ada akses 4G Publication: HM Date of publication: Feb 7, 2011 Section heading: Variasi Page number: 016

UNIVERSITI Sains Malaysia (USM) diiktiraf menjadi satu - satunya institusi pengajian tinggi awam (IPTA) pertama dilengkapi akses 4G, sekali gus menyalurkan akses Internet kepada 20,000 pelajarnya. Ia turut menjadi penyuntik semangat kepada institusi berkenaan untuk mengembangkan lagi wacana penggunaan teknologi maklumat di kalangan warga kampus, sekali gus mengembangkan proses pembudayaan ilmu berteknologi tinggi. Naib Canselor USM, Profesor Tan Sri Dzulkifli Abdul Razak berkata, kemudahan itu dapat memakmurkan lagi cabang ilmu dan memberi kemudahan kepada mahasiswa untuk melayari Internet dalam proses pembelajaran. Menurutnya, menerusi kemudahan itu, warga kampus bukan saja mampu mengakses maklumat dengan mudah, malah memberi peluang sama rata kepada semua memperoleh maklumat bagi mempertingkatkan lagi penjanaan ilmu. "Kemudahan ini tidak bersifat eksklusif. Semua berpeluang memperoleh kemudahan sama untuk mencari apa saja maklumat diperlukan. "Ia sejajar usaha untuk memperluaskan lagi proses pembudayaan serta penjanaan ilmu di kalangan warga kampus. "Malah, contoh terbaik kepada universiti dengan menerapkan nilai kesamarataan dalam pembangunannya, sekali gus meningkatkan lagi status USM sebagai universiti terunggul yang

22  

Page 136: SUMBER: INTERNET - PNM Lebar_3.pdfContoh yang nyata adalah ADSL, ... maju, gelombang frekuensi radio dan sistem satelit. Oleh itu, kita perlu sedar bahawa dunia ... Lanjutan itu juga,

menjadikan wacana ilmu dan budaya kecemerlangan sebagai pemangkin utama," katanya. Turut hadir, Pengarah Eksekutif YTL Communications, Yasmeen Mahmood. Kemudahan teknologi itu didatangkan bersama sistem suara dan berkeupayaan meliputi semua 240 hektar kawasan di USM. Kemudahan itu di bawah program rangka kerja Education Partner Program (EPP). Yasmeen berkata, YTL Communications bangga kerana mampu menyediakan perkhidmatan 4G kepada USM dan memberi kemudahan kepada warga kampus membentuk perubahan positif kepada persekitaran akademik. "Jalur lebar semakin penting bagi menyokong proses pembelajaran kerana mampu membina generasi masa depan lebih progresif. "Bagi menjayakannya, warga kampus USM dibekalkan capaian sebanyak 300MB sebulan tanpa sebarang caj penggunaan selama tiga tahun. "Ini sebagai sokongan kepada proses pengembangan teknologi maklumat dan konsep pembudayaan ilmu berkapasiti tinggi di kalangan mahasiswa supaya lebih selari. "Bagaimanapun, perkhidmatan yang disediakan ini hanya meliputi kampus induk dan bercadang memperluaskan lagi jaringannya ke kampus USM yang lain pada masa akan datang. Kedua-dua pihak optimis mampu melakukannya," katanya.

Headline: Arah aliran beli-belah dalam talian memberangsangkan Publication: BH Date of publication: Feb 7, 2011 Section heading: Main Section Page number: 021

EBAY Malaysia, peneraju niaga e-dagang, melihat arah aliran beli-belah secara dalam talian di Malaysia adalah memberangsangkan, dipacu oleh kadar penembusan jalur lebar yang tinggi, kata Pengurus Negaranya, Ambareesh Murty. Baru-baru ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata, penembusan jalur lebar Malaysia melepasi sasaran asal sebanyak 50 peratus, kepada 55.6 peratus. "Terdapat keperluan asas bagi beli-belah dalam talian di mana-mana pasaran. Keperluan utama ialah jalur lebar. Jika anda melihat pasaran Malaysia, kadar penembusan jalur lebarnya meningkat," kata Ambareesh kepada Bernama dalam temu bual baru-baru ini. "Beli-belah dalam talian semakin popular di Malaysia memandangkan ia menawarkan kemudahan. Kajian Mastercard menunjukkan, 30 peratus warga Malaysia, membuat pembelian dalam talian pada 2009. Arah aliran itu naik kepada 50 peratus tahun lalu," katanya. Mengikut Pemantauan Pengguna e-Dagang Visa 2010, Malaysia diletakkan di kedudukan ketiga dalam beli-belah dalam talian, dengan purata jumlah perbelanjaan dalam masa 12 bulan lalu sebanyak AS$2,006 di belakang Taiwan dan China masing-masing pada AS$4,041 dan AS$2,557.

23  

Page 137: SUMBER: INTERNET - PNM Lebar_3.pdfContoh yang nyata adalah ADSL, ... maju, gelombang frekuensi radio dan sistem satelit. Oleh itu, kita perlu sedar bahawa dunia ... Lanjutan itu juga,

Kajian berkenaan berdasarkan kepada 3,516 temu bual dalam talian dengan pengguna internet biasa dalam enam pasaran e-dagang yang berkembang iaitu China, India, Indonesia, Malaysia, Taiwan dan Thailand. eBay, sebagai tempat pasaran dalam talian dunia, membolehkan dagangan pada peringkat tempatan, negara dan antarabangsa dan dengan pelbagai komuniti individu dan perniagaan kecil. Ia menawarkan platform dalam talian di mana berjuta barangan didagangkan setiap hari. eBay Malaysia, anak syarikat milik penuh eBay Inc, menawarkan tiga format menjual produk atau perkhidmatan iaitu lelong, harga tetap dan iklan (untuk kategori hartanah dan kenderaan).

Headline: Celcom buka kios di R&R

Publication: HM Date of publication: Feb 3, 2011 Section heading: Main Section Page number: 050 Byline / Author: Oleh Nor Husaini Nor Majid

SYARIKAT telekomunikasi terkemuka tempatan, Celcom Axiata Berhad (Celcom) menyediakan pelbagai promosi menarik kepada pelanggan sempena sambutan Tahun Baru Cina bermula dari 29 Januari lalu hingga 8 Februari ini. Promosi itu ditawarkan melalui sembilan kios disediakan di beberapa lokasi Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Lebuhraya Utara- Selatan bermula dari Tapah, Perak hingga Gurun, Kedah membabitkan kedua-dua arah bermula jam 10 pagi hingga 10 malam. Naib Presiden Wilayah Utara Celcom, Saiful Bahrin Abdul Ghaffar berkata, kios berkenaan menawarkan pelbagai promosi dan perkhidmatan seperti pembayaran bil Celcom, jalur lebar, pendaftaran pelanggan baru, penukaran kad SIM, tambah nilai, prabayar serta pasca bayar. "Selain itu, terdapat promosi untuk pengguna prabayar Blue, Xpax dan Sukses untuk menikmati tambahan nilai RM5 apabila membuat tambah nilai RM30. "Pengguna prabayar SOX dan UOX pula boleh menikmati tambahan RM2 apabila membuat tambah nilai RM15 manakala pengguna baru boleh mendapatkan pek prabayar percuma dengan membuat tambah nilai RM10," katanya. Beliau berkata, selain itu, Celcom turut mengadakan kempen `Our Celcom Our Sale' yang memberi peluang kepada pengguna Celcom mendapatkan diskaun sehingga RM500 bagi membeli pelbagai rangkaian telefon pintar. "Kempen ini membolehkan pengguna Celcom mendapatkan telefon pintar seperti BlackBerry Torch 9800, Nokia C3, LG Optimus 7, Samsung Galaxy Tab, Sony Ericsson X8 dan lain-lain. "Untuk menikmati peranti kegemaran pada harga menarik, pelanggan Celcom juga boleh mengumpul token menerusi kempen ini tanpa mengira sama ada pelanggan prabayar, pasca bayar mahupun jalur lebar," katanya.

24  

Page 138: SUMBER: INTERNET - PNM Lebar_3.pdfContoh yang nyata adalah ADSL, ... maju, gelombang frekuensi radio dan sistem satelit. Oleh itu, kita perlu sedar bahawa dunia ... Lanjutan itu juga,

Headline: IOI Properties labur RM20 juta

Publication: BH Date of publication: Feb 2, 2011 Section heading: Main Section Page number: 024 Byline / Author: Oleh Suffian A Bakar

IOI Properties Bhd bersama dua rakan niaganya melabur kira-kira RM20 juta menyediakan kemudahan rangkaian jalur lebar berkelajuan tinggi bagi kemudahan penduduk dan peniaga di semua perbandaran dibangunkannya iaitu di Bandar Puchong Jaya, Bandar Puteri Puchong, 16 Sierra dan IOI Resort City. Pengurus Besar Kanannya, Lee Yoke Har, berkata peringkat pertama infrastruktur jalur lebar itu merangkumi zon WiFi bagi kawasan komersial di Bandar Puteri Puchong dan Bandar Puchong Jaya termasuk Pusat Kewangan dan Korporat Puchong (PFCC) dan IOI Boulevard yang kini sudah beroperasi sepenuhnya. "Kami menamakannya One IOI Net berikutan ia menghubungkan secara intranet 150,000 kediaman dan 2,500 perniagaan di Lembah Klang dan Johor. "Dengan tersedianya infrastruktur jalur lebar intranet berkelajuan tinggi itu, ia memberi kami laluan untuk menawarkan lebih banyak lagi perkhidmatan tambah nilai pada masa depan seperti membolehkan pelanggan mendapat maklumat terkini berhubung promosi di IOI Mall dan sebagainya," katanya pada majlis memeterai perjanjian kerjasama penawaran perkhidmatan itu antara IOI Properties, Wi-Net Telecoms Sdn Bhd (Winet) dan Observision Sdn Bhd. Yoke Har berkata, kerjasama dengan Winet dan Observision adalah sebahagian daripada wawasan IOI Properties dalam membangunkan pembangunan yang dirangkaikan dengan internet bertaraf dunia. Menerangkan kerjasama itu beliau berkata, Winet dan Observision akan menguruskan pusat data enterpris di PFCC khusus untuk komuniti perniagaan. Mereka yang memilih mendirikan pejabat di kawasan berkenaan, katanya boleh menyumber pengurusan pelayan dan perkhidmatan IT yang dikongsi, sekali gus memberi penjimatan ruang dan sumber manusia. Selain pusat data enterpris, Winet juga menawarkan perkhidmatan perkongsian penuh IT dan produk rangkaian yang diperlukan seperti Winet VPLS, Winet Business Internet, Winet PNV, Winet Secure dan Winet Application Aware Networking yang diperlukan terutamanya oleh perniagaan bersaiz kecil dan sederhana, katanya. "Dengan bantuan rakan teknologi seperti Observision, Fujitsu Malaysia dan Huawei Technologies, kami dapat menyediakan semua kemudahan ini dengan jaminan tahap perkhidmatan tinggi," katanya. Winet terbabit dalam perangkaian dan telekomunikasi khusus untuk perniagaan kecil dan sederhana, manakala Obsevision adalah penyedia penyelesaian jalur lebar mengkhusus dalam

25  

Page 139: SUMBER: INTERNET - PNM Lebar_3.pdfContoh yang nyata adalah ADSL, ... maju, gelombang frekuensi radio dan sistem satelit. Oleh itu, kita perlu sedar bahawa dunia ... Lanjutan itu juga,

rangkaian generasi baru (NGN) menawarkan aplikasi jalur lebar berkelajuan tinggi 4G untuk kediaman dan perniagaan.

Headline: TM, NTT Com bina kabel dasar laut ke tiga negara Publication: BH Date of publication: Feb 1, 2011 Section heading: Main Section Page number: 019

TELEKOM Malaysia Bhd (TM) bekerjasama syarikat telekomunikasi Jepun, NTT Communications Corporation (NTT Com) bagi membina sistem kabel dasar laut antarabangsa baru yang menghubungkan Malaysia, Hong Kong dan Jepun membabitkan kos AS$410 juta (RM1.3 bilion). Dengan adanya sistem kabel baru itu nanti, TM akan meningkatkan lagi keupayaan ketahanan rangkaian internet jalur lebar antarabangsanya dan memanfaatkan pengguna dari segi capaian lebih pantas bagi laluan trafik internet antara Malaysia dengan negara di Asia Pasifik serta Amerika Utara. Pemasangan sistem menggunakan teknologi `Dense Wavelenght Divison Multiplexing' (DWDM) dengan keupayaan rekaan 15 Tbps membabitkan enam pasang kabel dasar laut sepanjang 7,000 kilometer itu dijangka siap pada 2012. Ia adalah kabel dasar laut pertama di rantau ini menggunakan teknologi DWDM 40Gbps dan direka supaya dapat menampung tambahan kapasiti pada masa depan supaya dapat menyokong teknologi 100Gbps. Fasa 1 sistem kabel itu menghubungkan Malaysia ke Jepun akan disiapkan menjelang pertengahan tahun depan, manakala fasa 2 ke Hong Kong pula pada akhir tahun. Ketua Eksekutif Kumpulan TM, Datuk Seri Zamzamzairani Mohd Isa, berkata kabel dasar laut itu akan dipasang di luar garisan Lingkaran Api Pasifik bagi mengelak kerosakan kabel akibat gempa bumi yang telah menyebabkan gangguan internet seperti yang berlaku pada 2006. "Sistem kabel ini juga berpotensi sebagai laluan alternatif dan laluan gantian pemulihan kepada sistem kabel sedia ada di rantau ini," katanya kepada pemberita pada majlis memeterai perjanjian antara TM dan NTT Com bagi pembinaan sistem kabel antarabangsa baru itu di Kuala Lumpur, semalam. Zamzamzairani mewakili TM manakala NTT Com diwakili Presiden dan Ketua Eksekutifnya, Akira Arima. Ia disaksikan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Utama, Dr Rais Yatim dan Duta Jepun ke Malaysia, Masahiko Horie. Zamzamzairani berkata, daripada enam kabel yang dipasang itu, TM akan memiliki dua daripadanya yang dinamakan Cahaya Malaysia. "TM memperuntukkan AS$140 juta (RM428 juta) bagi projek ini dengan pembiayaannya menggunakan dana dalaman kumpulan," katanya.

26  

Page 140: SUMBER: INTERNET - PNM Lebar_3.pdfContoh yang nyata adalah ADSL, ... maju, gelombang frekuensi radio dan sistem satelit. Oleh itu, kita perlu sedar bahawa dunia ... Lanjutan itu juga,

Beliau berkata, pembinaan sistem kabel baru itu menggambarkan sokongan TM terhadap inisiatif Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) bagi sektor Kandungan Komunikasi dan Infrastruktur. "Pelaburan ini secara langsung termasuk di bawah Projek Permulaan (EPP) dalam Program Transformasi Ekonomi (ETP) bagi menyediakan rakyat Malaysia dengan capaian internet lebih baik dan lebih cepat untuk kemudahan mereka pada masa akan datang," katanya.

Headline: Syarat agih komputer 1Malaysia dikemas kini Publication: BM Date of publication: Jan 30, 2011 Section heading: Main Section Page number: 002

KUCHING: Kementerian Penerangan, Komunikasi, Kesenian dan Kebudayaan kini sedang mengemas kini semua syarat dan kaedah pengagihan satu juta komputer 1Malaysia bagi memastikan hanya mereka yang berkelayakan menerima kemudahan berkenaan. Timbalan Menterinya, Datuk Joseph Salang Gandum, berkata ini penting berikutan pihaknya menerima beberapa sungutan yang mendakwa ada di kalangan pelajar sekolah yang berkelayakan, namun tidak disenarai sebagai penerima komputer 1Malaysia itu. Sehubungan itu, katanya, kementerian akan bekerjasama dengan semua pihak terbabit termasuk kalangan pemimpin masyarakat dan wakil rakyat bagi mengenal pasti pelajar yang layak menerima komputer riba 1Malaysia berkenaan. "Sebanyak 123,000 unit komputer riba 1Malaysia sudah diagihkan di seluruh negara pada pengagihan fasa pertama bermula Jun lalu hingga hari ini. "Daripada jumlah itu, Sarawak diperuntukkan sebanyak 10 peratus iaitu kira-kira 14,000 unit. Pengagihan komputer riba 1Malaysia akan diteruskan secara berperingkat sehingga hujung tahun ini bagi mencapai sasaran capaian 60 peratus jalur lebar negara," katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas penyerahan dua unit komputer riba kepada Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM), Cawangan Sarawak di sini, semalam. Turut hadir, Pengerusi PBTM Sarawak, Spencer Dirai, Penasihatnya, Mejar (B) Peter Runin, Pengarah Jabatan Hal Ehwal Veteran Angkatan Tentera Malaysia, Mejar Monday Juhid serta Setiausaha PBTM, Kamalmirza Abdullah. Terdahulu dalam ucapannya, Salang berkata keputusan kementerian menyumbang dua unit komputer riba kepada pihak PBTM untuk kegunaan ahli-ahli persatuan menjalankan tugasan harian serta pengurusan, sebagai menghargai sumbangan mereka ketika masih dalam tugas, sebelum ini.

27  

Page 141: SUMBER: INTERNET - PNM Lebar_3.pdfContoh yang nyata adalah ADSL, ... maju, gelombang frekuensi radio dan sistem satelit. Oleh itu, kita perlu sedar bahawa dunia ... Lanjutan itu juga,

Headline: DiGi untung RM1.59 bilion Publication: BH Date of publication: Jan 29, 2011 Section heading: Main Section Page number: 026

DIGI.Com Bhd (DiGi) mencatatkan keuntungan sebelum cukai RM1.59 bilion bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember lalu, meningkat 16.9 peratus berbanding RM1.36 bilion pada tahun sebelumnya. Ia didorong peningkatan pendapatan sebanyak 10.2 peratus kepada RM5.4 bilion berbanding RM4.9 bilion pada 2009 susulan prestasi kukuh segmen perkhidmatan data yang dijana daripada tawaran pakej jalur lebar mudah alih, serta pertumbuhan kadar pengambilan pakej telefon mudah alih pintar. Mengulas perkembangan itu, Ketua Eksekutifnya, Henrik Clausen, berkata pencapaian itu adalah sejajar dengan strategi syarikat meningkatkan penawaran akses internet lebih berkualiti bagi memenuhi peningkatan permintaan tahun lalu. "Pada masa sama, DiGi juga meneruskan penerokaannya dalam pasaran yang kurang mendapat perkhidmatan penyediaan daripada syarikat telekomunikasi," katanya dalam satu kenyataan di Kuala Lumpur semalam. Beliau berkata, DiGi mempunyai 4.2 juta pengguna internet pada masa ini dan menjangka permintaan untuk internet akan menunjukkan aliran meningkat dari kedua-dua pengguna sedia ada dan baru. Dalam tempoh kajian, pendapatan segmen perniagaan data penyedia telekomunikasi itu mencatatkan peningkatan lebih daripada 20 peratus kepada RM1.2 bilion daripada tahun sebelumnya. Bagi suku keempat berakhir 31 Disember 2010, DiGi mencatatkan keuntungan sebelum cukai RM450.3 juta berbanding RM336.8 juta dalam tempoh yang sama sebelumnya. Pendapatannya mengukuh kepada RM1.42 bilion daripada RM1.24 bilion sebelumnya. Mengenai tinjauan tahun ini, Clausen berkata, DiGi akan meneruskan aktivitinya untuk memenuhi peningkatan permintaan dalam memperoleh akses kepada perkhidmatan data yang berkualiti di Malaysia. "DiGi akan meningkatkan pelaburan dalam rangkaian, termasuk mengembangkan liputan 3G/HSPA dari 50 peratus pada masa ini di seluruh negara untuk mempercepatkan jangkauan kami dan untuk menampung kapasiti berkelajuan tinggi serta kualiti perkhidmatan," katanya. Beliau berkata, perbelanjaan modal bagi aktiviti berkenaan adalah sejajar dengan perbelanjaan yang dibuat tahun lalu.

28  

Page 142: SUMBER: INTERNET - PNM Lebar_3.pdfContoh yang nyata adalah ADSL, ... maju, gelombang frekuensi radio dan sistem satelit. Oleh itu, kita perlu sedar bahawa dunia ... Lanjutan itu juga,

Headline: IOI pasang Internet laju Publication: HM Date of publication: Jan 28, 2011 Section heading: Main Section Page number: 067

PENDUDUK serta perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang berada di sekitar kawasan pembangunan IOI Properties Berhad akan menikmati perkhidmatan Internet jalur lebar berkelajuan tinggi yang menghubungkan semua kawasan di bawah kelolaan syarikat hartanah berkenaan. Kemudahan berkenaan yang dikenali sebagai One IOI Net dan One IOI Data Centre akan menghubungkan semua komuniti sekitar Lembah Klang dan Johor secara Intranet serta memberi kemudahan lebih baik kepada penyewa ruang niaga yang beroperasi di kawasan sama. Pengurus Besar Kanannya, Lee Yoke Har berkata, kemudahan yang disediakan itu bukan bertujuan untuk menyaingi penyedia perkhidmatan Internet jalur lebar sedia ada sebaliknya memberikan pilihan kepada pembeli hartanah di kawasan pembangunan milik IOI untuk menikmati kelajuan Internet yang lebih baik. "Perkhidmatan ini bersifat dalaman kerana ia memberi fokus kepada komuniti di kawasan yang dibangunkan IOI termasuk Bandar Puchong Jaya, Bandar Puteri Puchong, 16 Sierra dan IOI Resort City," katanya.

Headline: Google buka pusat operasi di Malaysia Publication: HM Date of publication: Jan 27, 2011 Section heading: Main Section Page number: 040

PENERAJU firma enjin carian Internet global, Google Inc akan memperluaskan lagi rangkaiannya di seluruh negara Asia Tenggara apabila membuka pusat operasi keduanya di Malaysia selepas pembukaan pertama di Singapura empat tahun lalu. Pengarah Urusan Google Asia Tenggara, Julian Persaud berkata pembukaan itu selaras dengan pelan pengembangan syarikat di pasaran berpotensi di rantau ini termasuk Thailand, Indonesia dan Filipina. Katanya, pembukaan pejabat barunya di Malaysia, secara tidak langsung menjadikannya sebagai platform terbaik dalam menerajui pengiklanan berkesan, khidmat laman web dan pengalaman carian data kepada pengguna, pengiklan dan rakan usaha sama di negara ini. "Persekitaran khidmat dalam talian di negara ini meningkat secara signifikan termasuk pembangunan dalam akses jalur lebar Internet serta aktiviti e-dagang. "Kami sangat gembira untuk menubuhkan pusat operasi Google di Kuala Lumpur yang mana kami boleh menarik bakat berkualiti tinggi tempatan bagi membantu perniagaan di Malaysia dan

29  

Page 143: SUMBER: INTERNET - PNM Lebar_3.pdfContoh yang nyata adalah ADSL, ... maju, gelombang frekuensi radio dan sistem satelit. Oleh itu, kita perlu sedar bahawa dunia ... Lanjutan itu juga,

pengguna mendapatkan maklumat yang mereka ingini," katanya pada sidang media pengumuman pembukaan pusat operasi Google di Kuala Lumpur, semalam. Hadir sama, Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Mukhriz Mahathir serta Pengurus Negara Google Malaysia, Sajith Sivanandan. Persaud berkata, pencari pekerjaan secara online di Malaysia juga boleh membuat perayauan bagi melihat peluang kekosongan jawatan di dalam bidang jualan, pemasaran dan perhubungan awam melalui www.google.com.my/jobs. Sementara itu, Mukhriz berkata kehadiran Google di negara ini menunjukkan satu komitmen terhadap Malaysia dan membuktikan kesesuaiannya sebagai hab multimedia serantau.

Headline: Google buka pusat operasi di KL Publication: BH Date of publication: Jan 27, 2011 Section heading: Main Section Page number: 022 Byline / Author: Oleh Che Wan Badrul Alias

GOOGLE Inc, pengendali enjin carian internet terkemuka dunia, membuka pusat operasi Asia Tenggara keduanya di Malaysia selepas Singapura dalam usaha memperkukuhkan kehadiran di rantau ini. Syarikat yang memproses lebih satu bilion carian sehari itu berkata, pembukaan pusat operasi itu adalah selaras dengan pelan pengembangannya di pasaran berpotensi serantau termasuk Malaysia, Indonesia, Thailand dan Filipina. Pengarah Urusan Asia Tenggaranya, Julian Persaud, berkata pembukaan pejabat operasi itu nanti akan membuka peluang mengukuhkan tiga teras utama operasi Google di pasaran tempatan. Ia meliputi strategi menjadikan kandungan maklumat pengguna bercirikan tempatan, mengukuhkan segmen perniagaan ke perniagaan menerusi pengiklanan serta bagi mengadakan hubungan lebih erat dengan kerajaan. "Pengguna di Malaysia adalah antara yang tertinggi melayari laman web kami di Asia Pasifik dan kami yakin pengguna internet Malaysia yang kini kira-kira 17 juta orang akan terus berkembang selaras disokong peningkatan akses internet dan aktiviti e-dagang. "Tiga sebab Kuala Lumpur dipilih iaitu Malaysia mempunyai tenaga kerja berbakat, pakar dan berkualiti tinggi, penguasaan pelbagai bahasa yang menepati keperluan serantau, persekitaran mesra perniagaan dan sokongan kukuh pihak kerajaan," katanya selepas majlis perasmian pusat operasinya di Kuala Lumpur, semalam. Majlis itu disempurnakan oleh Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Datuk Mukhriz Mahathir. Hadir sama ialah Pengurus Negara Google Malaysia, Sajith Sivanandan. Penembusan jalur lebar isi rumah di Malaysia kini dicatatkan 55.6 peratus, yang melepasi

30  

Page 144: SUMBER: INTERNET - PNM Lebar_3.pdfContoh yang nyata adalah ADSL, ... maju, gelombang frekuensi radio dan sistem satelit. Oleh itu, kita perlu sedar bahawa dunia ... Lanjutan itu juga,

sasaran 50 peratus bagi tahun lalu. Sajith berkata, operasinya di Malaysia akan memfokuskan kepada usaha mempertingkatkan produk sedia ada seperti Google Maps, Google News dan Google Translate bagi menepati kemahuan pengguna pasaran tempatan selain mengukuhkan perkhidmatan pengiklanan dikalangan sektor perusahaan kecil dan sederhana (PKS). Susulan itu, katanya, rakyat Malaysia kini berpeluang untuk bekerja dengan syarikat multinasional yang berteraskan perniagaan pencarian Internet, perkomputeran awan dan teknologi pengiklanan dalam talian itu. Katanya, Google akan menawarkan peluang pekerjaan kepada rakyat negara ini bagi mengisi keperluan dan kekosongan dalam beberapa bidang utamanya seperti jualan, pemasaran dan perhubungan awam, yang mana boleh dimohon menerusi www.google.com.my/jobs. Sementara itu, Mukhriz berkata, kestabilan ekonomi dan persekitaran perniagaan di Malaysia terus menjadi daya tarikan kepada beberapa syarikat multinasional dalam industri teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) untuk melabur di sini. "Kerajaan ada menerima beberapa permohonan daripada syarikat ICT terbabit dan ada juga yang sudah diluluskan untuk beroperasi tahun ini," katanya yang enggan mengulas nama syarikat terbabit.

Headline: Laman layan diri untuk UniFi Publication: HM Date of publication: Jan 19, 2011 Section heading: Variasi Page number: 018 Byline / Author: Oleh Afiq Hanif

BERMULA Januari 2011, pengguna yang berminat untuk melanggan perkhidmatan Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi (HSBB) Telekom Malaysia Berhad (TM), UniFi, kini boleh menyemak kesediaan perkhidmatan terbabit secara online. Mereka juga boleh mendaftar perkhidmatan terbabit menerusi www.tm.com.my atau www.unifi.my. Selari dengan peningkatan permintaan perkhidmatan itu, pilihan pendaftaran secara online yang membolehkan orang awam menggunakan saluran baru mendaftar perkhidmatan UniFi dengan pantas. Pengguna hanya perlu melayari mana-mana laman web di atas dan klik butang "langgani sekarang" dan ikut arahan seterusnya dengan proses itu membolehkan pelanggan baru menyemak kesediaan perkhidmatan berdasarkan alamat, mewujudkan kata laluan dan profil tersendiri, menguruskan akaun mereka serta membuat temujanji pemasangan. Untuk menggalakkan pelanggan menggunakan laman web layan diri Pusat Khidmat Pengguna Online baru, TM memberi peluang kepada pelanggan baru yang mendaftar secara online pengecualian yuran sebulan untuk sebarang langganan pakej UniFi.

31  

Page 145: SUMBER: INTERNET - PNM Lebar_3.pdfContoh yang nyata adalah ADSL, ... maju, gelombang frekuensi radio dan sistem satelit. Oleh itu, kita perlu sedar bahawa dunia ... Lanjutan itu juga,

UniFi ditawarkan menerusi tiga pakej kediaman merangkumi VIP5 pada kadar RM149 sebulan, VIP10 untuk RM199 sebulan dan VIP20 untuk RM249 sebulan. Setiap pakej didatangkan dengan perkhidmatan suara, Internet jalur lebar berkelajuan tinggi dan langganan asas HyppTV.

Headline: Jangan cepat puas hati Publication: HM Date of publication: Jan 19, 2011 Section heading: Variasi Page number: 018 Byline / Author: Oleh Afiq Hanif

MALAYSIA tidak seharusnya menarik nafas lega selepas pengumuman penembusan jalur lebar yang kini mencecah 55.6 peratus kerana banyak lagi usaha perlu dilakukan untuk memanfaatkan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) di negara ini. Ketua Pegawai Eksekutif Multimedia Development Corporation Berhad (MDeC), Datuk Badlisham Ghazali, berkata ia seharusnya menjadi motivasi untuk terus memajukan negara ini yang berupaya memacu tahap keusahawanan dan inovasi. Baru-baru ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, berkata kadar penembusan jalur lebar Malaysia yang melepasi sasaran asal 50 peratus tidak menjamin pertumbuhan ekonomi Malaysia dan meningkatkan kesejahteraan rakyatnya. "Kenyataan terbabit perlu disusuli dengan penambahan usaha berasaskan ICT untuk berdaya saing dan bertindak sebagai pembangunan sosial berasaskan ekonomi berpengetahuan," katanya dalam kenyataannya kepada IT@Metro. Menurutnya, ICT menyumbang pendapatan tinggi kepada KDNK Malaysia dan ia menjadi 12 teras utama dalam Program Transformasi Ekonomi (ETP) dengan separuh daripada 131 Projek Permulaan (EPP) bersandarkan ICT. Ketika Mesyuarat Menteri-Menteri Telekomunikasi dan Teknologi Maklumat Asean ke-10 di Kuala Lumpur, Najib berkata kemajuan prasarana komunikasi perlu diikuti dengan aplikasi sebenar dan kukuh yang akan meningkatkan pengeluaran produktiviti. "Model Baru ekonomi (MBE) yang ditambah dengan penambahbaikan yang berterusan dalam prasarana komunikasi dan IT bermatlamat mengubah ekonomi Malaysia menjadi negara berpendapatan tinggi dan pertumbuhan kualiti untuk tempoh satu dekad," kata Najib. Di Malaysia, telekomunikasi dan ICT bertindak sebagai pemboleh bagi pembangunan ekonomi dan pertumbuhan sejak sedekad yang lepas. Jelasnya, ICT mempunyai kesan besar bagi pertumbuhan kerana ia berpotensi menjadikan keseluruhan rangkaian bekalan lebih efisien, bersepadu, transaksi kewangan yang pantas, penetapan harga dinamik dan proses telus. "Peningkatan rangkaian sosial dan penyelesaian Web 2.0 memperkasakan individu bagi menggunakan Internet," katanya.

32  

Page 146: SUMBER: INTERNET - PNM Lebar_3.pdfContoh yang nyata adalah ADSL, ... maju, gelombang frekuensi radio dan sistem satelit. Oleh itu, kita perlu sedar bahawa dunia ... Lanjutan itu juga,

Headline: 430 pusat jalur lebar seluruh negara Publication: BH Date of publication: Jan 19, 2011 Section heading: Main Section Page number: 015

LABIS: Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan menyasarkan untuk membuka 430 pusat jalur lebar di seluruh negara dalam tempoh dua tahun. Menterinya, Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata, ketika ini 246 pusat jalur lebar sudah dibuka bagi memberi kemudahan melayari internet kepada penduduk luar bandar terutama golongan belia dan pelajar sekolah. Sehubungan itu, katanya, kemudahan itu akan digunakan sepenuhnya masyarakat setempat bagi mendapat pengetahuan yang berkaitan. "Pusat jalur lebar itu diwujudkan untuk masyarakat mencari ilmu dan kita berharap ia tidak disalahkan untuk mendapat ilmu yang tidak bermanfaat. "Mengikut perancangan, kita mahu mewujudkan 430 pusat jalur lebar baru dalam tempoh dua tahun lagi termasuk mewujudkan jaringan kampung tanpa wajar iaitu kemudahan mendapat perkhidmatan internet," katanya selepas perasmian Pusat Jalur Lebar Felda Chempelak disempurnakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, sempena lawatan sehari ke kawasan FELDA sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang, semalam. Dalam lawatan itu, Najib yang diiringi Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman, turut melawat kemudahan yang disediakan, selain mengadakan sidang video antara Pusat Jalur Lebar Felda Chempelak Barat dengan Felda Tenang.

Headline: DiGi mohon lesen spektrum jalur lebar Publication: BH Date of publication: Jan 15, 2011 Section heading: Main Section Page number: 026

DIGI.Com Bhd, menerusi anak syarikatnya DiGi Telecommunications Sdn Bhd mengemukakan permohonan untuk mendapatkan lesen spektrum jalur lebar 2,600 megahertz (MHz). Syarikat itu semalam menghantar Pelan Perniagaan Terperinci kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bagi tujuan itu. Dalam kenyataannya kepada Bursa Malaysia semalam, DiGi berkata, langkah itu susulan tawaran SKMM untuk menawarkan 20MHz daripada spektrum berkenaan menerusi tugasan khusus jika ia menghantar pelan perniagaan yang sesuai. "Lembaga Pengarah DiGi percaya spektrum 2,600 MHz itu akan membolehkan syarikat menyediakan perkhidmatan jalur lebar mudah alih kepada pelanggan.

33  

Page 147: SUMBER: INTERNET - PNM Lebar_3.pdfContoh yang nyata adalah ADSL, ... maju, gelombang frekuensi radio dan sistem satelit. Oleh itu, kita perlu sedar bahawa dunia ... Lanjutan itu juga,

"Dengan menggunakan teknologi Evolusi Jangka Panjang (LTE), pelanggan dan pengguna akhir akan dapat meraih manfaat daripada pengalaman yang dipertingkatkan menerusi kepantasan data lebih tinggi dan mutu perkhidmatan bertambah baik," katanya. SKMM dilaporkan sudah menetapkan sembilan syarikat untuk menerima spektrum jalur 2,600MHz bagi melaksanakan perkhidmatan jalur lebar mudah alih menggunakan teknologi 4G. Syarikat terbabit termasuk peserta 3G dan WiMax sedia ada serta sebuah peserta baru dalam industri. Selain DiGi, syarikat lain termasuk Celcom Axiata Bhd, Maxis Bhd, U-Mobile, Asiaspace Sdn Bhd, Packet One Networks (M) Sdn Bhd, RedTone Marketing Sdn Bhd, YTL Communications Sdn Bhd dan Puncak Semangat Sdn Bhd. Teknologi 4G merujuk kepada standard selular tanpa wayar generasi keempat lanjutan daripada standard 3G dan 2G.

Headline: Ahli netbook meningkat Publication: BH Date of publication: Jan 3, 2011 Section heading: Sentral Page number: 004

ALOR GAJAH: Hari Terbuka Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) Kampung Melaka Pindah di balai raya di sini baru-baru ini, berjaya mengumpulkan ahli baru netbook seramai 514 orang, iaitu meningkat hampir sekali ganda berbanding sebelumnya. Pegawai Daerah Alor Gajah, Idrus Md Jani, berkata projek anjuran Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) itu antara lain bertujuan merapatkan jurang digital antara masyarakat bandar dan desa. Katanya, menerusi program berkenaan, Telekom Malaysia (TM) sebagai kontraktor utama menyediakan kemudahan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) kepada komuniti terpilih seperti di Kampung Melaka Pindah. "Pertambahan bilangan ahli baru netbook menerusi program ini, membuktikan masyarakat di Kampung Melaka Pindah semakin menyedari kepentingan ICT dalam kehidupan seharian," katanya selepas perasmian program berkenaan. Sementara itu, Pengurus PJK Kampung Melaka Pindah, Mohd Zulhasyimi Omar, berkata program itu diharap dapat meningkatkan lagi hubungan silaturahim sesama penduduk di kawasan berkenaan. Pelbagai acara menarik diadakan sepanjang program itu termasuk pertandingan mewarna menggunakan netbook secara dalam talian, kuiz ICT, teka silang kata dan persembahan power point.

34  

Page 148: SUMBER: INTERNET - PNM Lebar_3.pdfContoh yang nyata adalah ADSL, ... maju, gelombang frekuensi radio dan sistem satelit. Oleh itu, kita perlu sedar bahawa dunia ... Lanjutan itu juga,

Headline: Rapatkan jurang ICT Publication: HM Date of publication: Dec 31, 2010 Section heading: Main Section Page number: 029 Byline / Author: Oleh Muhd Izawan Baharin

DUNIA ketika ini dianggap kecil dengan perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) terutama Internet sehinggakan pelbagai bentuk maklumat boleh dicapai sesiapa saja tanpa sebarang sempadan. Di sudut kebaikan, ia menjadi pencetus kepada masyarakat bermaklumat selain memudahkan urusan harian yang hanya boleh dilakukan menerusi telefon bimbit tetapi pada masa sama ia juga membuka ruang kepada pihak tidak bertanggungjawab dan mempunyai kepentingan untuk menyebarkan dakyah serta fitnah sehingga menanam perasaan kurang senang di kalangan rakyat berbilang kaum. Sehubungan itu, Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) memikul tanggungjawab berat menyebar maklumat membentuk kesatuan fikiran dan aspirasi rakyat bagi membina negara menuju Wawasan 2020 di saat budaya politik negatif parti politik yang mengeksploitasi media baru untuk merebut kuasa. KPKK menerusi 18 agensi di bawahnya dilihat berjaya mengharungi cabaran dan rantau yang merintangi perjalanan 2010 di dalam tiga bidang iaitu penerangan, komunikasi dan kebudayaan. Antaranya ialah penerimaan rakyat terhadap Gagasan 1Malaysia yang bertujuan menjadi wadah terbaik perpaduan rakyat, malah kaji selidik pihak bebas dan kerajaan mendapati slogan Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan semakin diyakini rakyat. Ia bukan slogan politik tetapi pemacu jentera kerajaan bersifat inklusif dan komited merealisasi program transformasi kerajaan serta ekonomi bagi mencapai Wawasan 2020 sekali gus menjadikan Malaysia negara maju dan berpendapatan tinggi. Kejayaan itu meningkatkan usaha KPKK menerusi Menterinya, Datuk Seri Rais Yatim yang akan mempergiatkan program penghayatan 1Malaysia pada 2011. Secara keseluruhan, KPKK mencatat pencapaian membanggakan apabila hampir semua 12 KPI (Petunjuk Prestasi Utama) kementerian itu dalam empat Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) merangkumi tiga sektor berkenaan dan penguatkuasaan undang-undang berkaitan melangkaui sasaran. Program penghayatan 1Malaysia menduduki tempat teratas senarai KPI kementerian berkenaan yang menjadi penggerak utama program itu. Berdasarkan kaji selidik kementerian itu membabitkan lebih 15,000 responden, sehingga Julai 2010, pemahaman rakyat terhadap gagasan 1Malaysia meningkat kepada 84 peratus berbanding sasaran 75 peratus. Penerimaan rakyat terhadap gagasan diperkenalkan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib

35  

Page 149: SUMBER: INTERNET - PNM Lebar_3.pdfContoh yang nyata adalah ADSL, ... maju, gelombang frekuensi radio dan sistem satelit. Oleh itu, kita perlu sedar bahawa dunia ... Lanjutan itu juga,

Razak selepas mengambil alih teraju pentadbiran negara pada April 2009, enam bulan kemudian mencapai 72 peratus berbanding sasaran 50 peratus. Sehingga Oktober 2009 juga, tahap kesedaran rakyat mencapai 82 peratus berbanding sasaran 70 peratus dan tahap kefahaman mencapai 69 peratus berbanding sasaran 50 peratus. Rais berkata, kejayaan itu adalah hasil pelaksanaan program dan aktiviti meningkat kesedaran, kefahaman dan penghayatan Gagasan 1Malaysia di kalangan rakyat oleh jabatan dan agensi KPKK. Antaranya ceramah oleh pegawai Jabatan Penerangan dan Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) dalam pelbagai bahasa di seluruh negara; penerbitan dan pengedaran buku kecil dan risalah 1Malaysia; program televisyen dan radio, Pameran 1Malaysia, rencana di akhbar dan majalah serta menerusi laman sesawang dan blog. Turut digembleng saluran seperti Pentarama (Pentas bergerak Jabatan Penerangan) dan persembahan kebudayaan dan pementasan, contohnya Muzikal KITA yang dipentaskan di Istana Budaya yang diilhamkan Perdana Menteri daripada konsep sebenar 1Malaysia. Mesej yang disampaikan dalam muzikal ini ialah seluruh rakyat Malaysia pelbagai kaum hidup dengan aman harmoni dan menerima konsep 'unity in diversity'. Satu lagi KPI penting yang dicapai kementerian ialah bidang komunikasi dengan peningkatan kadar penembusan internet jalur lebar sehingga pertengahan Disember 2010 mencapai 55 peratus berbanding sasaran 50 peratus. Kementerian juga mencatatkan peningkatan liputan telefon selular di kawasan penduduk berkepadatan tinggi. Mengenai program atau aktiviti kementerian yang memberi kesan besar kepada rakyat, Rais berkata, antaranya pelancaran Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI). Program itu dilancarkan Perdana Menteri pada 24 Mac 2010 termasuk Perkhidmatan Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi (HSBB). Perdana Menteri mengumumkan empat inisiatif dalam NBI untuk mentransformasi Malaysia daripada negara berpendapatan sederhana kepada negara maju menerusi beberapa langkah iaitu; * Pelaksanaan Pusat Jalur Lebar Komuniti ke rumah akan menyediakan perkhidmatan jalur lebar kepada 615,000 isi rumah di 246 lokasi membabitkan peruntukan RM60 juta. * Penubuhan Pusat Internet Rakyat di 138 premis Jabatan Penerangan di seluruh negara yang memberikan liputan jalur lebar kepada 400,000 pengguna. * E-kiosk yang akan disediakan di pusat kemasyarakatan dan pejabat mukim di 1,105 mukim di seluruh negara membabitkan peruntukan RM40 juta. * Liputan selular awam di 873 menara baru telekomunikasi yang akan dibina di seluruh negara termasuk 278 di Sabah dan 257 di Sarawak. * Pengagihan komputer riba 1Malaysia kepada pelajar sekolah dan Kampung Wifi.

36  

Page 150: SUMBER: INTERNET - PNM Lebar_3.pdfContoh yang nyata adalah ADSL, ... maju, gelombang frekuensi radio dan sistem satelit. Oleh itu, kita perlu sedar bahawa dunia ... Lanjutan itu juga,

Mengulas lanjut mengenai Kampung Wifi, Rais berkata, ia adalah usaha kerajaan merapatkan jurang digital antara komuniti bandar dan luar bandar menerusi sambungan jalur lebar tanpa wayar supaya rakyat boleh menikmati manfaat positif daripada kemajuan teknologi komunikasi. Kampung Wifi dilancarkan di RH Guntol, Bekiok, Merurun, Julau, Kampung Gita, Kampung Bahagia Jaya (kesemua di Sarawak), Pagoh di Johor, Pulau Banggi di Sabah dan Kampung Teriang di Jelebu, Negeri Sembilan. Antara program dan aktiviti lain yang dilaksanakan KPKK sepanjang 2010 dalam sektor kebudayaan ialah: Program Merakyatkan Seni iaitu Program Budi Bahasa dan Nilai-nilai Murni, Kempen Bahasa Kebangsaan, Persembahan Teater dan Muzikal, Sambutan Hari Seniman, Temasya Pantai Timur, Kempen Mari Membaca 1Malaysia, Festival Kuala Lumpur, pameran di Muzium Negara dan Balai Seni Lukis Negara, Promosi Kraf, Majlis Rumah Terbuka Malaysia untuk enam perayaan utama (Hari Raya, Tahun Baru Cina, Deepavali, Gawai, Tadau Kaamatan dan Krismas), Persembahan Permata Seni - Jiwa Merdeka 2010, Titian Budaya Brunei-Malaysia serta Jubli Emas Bunga Raya Sebagai Bunga Kebangsaan. Bagi Sektor Komunikasi pula ialah Program Promosi dan Kesedaran Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI) - Kembara Jalur Lebar, Karnival Jalur Lebar dan Kampung Wifi, Program Digital Daerah (Pekan dan Pagoh) dan Pengagihan komputer riba 1Malaysia. Kementerian juga terbabit secara langsung dalam sambutan Hari Kemerdekaan ke-53 selain melancarkan Program Sahabat 1Malaysia iaitu program usaha sama antara kementerian dan MRewards International Sdn Bhd. Menerusi program itu, rakyat digalakkan berdaftar sebagai ahli Sahabat 1Malaysia untuk menunjukkan sokongan terhadap gagasan 1Malaysia. Mereka juga layak menikmati ganjaran dalam bentuk wang tunai setiap kali berbelanja di kedai, restoran atau syarikat tertentu yang menyertai Program Sahabat 1Malaysia termasuk dijemput menghadiri acara anjuran kementerian. Sasaran kementerian ialah mendapat seramai dua juta ahli Sahabat 1Malaysia pada hujung 2011 dan sehingga 9 Disember lalu, seramai 106,729 orang sudah berdaftar sebagai ahli. Mengenai 2011 pula, Rais berkata, program sedia ada akan diteruskan dan dipergiatkan antaranya, Program penghayatan 1Malaysia, Program Budi Bahasa dan Nilai-Nilai Murni, Kempen Bahasa Kebangsaan, Program Merakyatkan Seni, Program Mari Membaca, Kempen Promosi dan Kesedaran Jalur Lebar, pengagihan komputer riba 1Malaysia, Kampung Wifi, Majlis Rumah Terbuka Malaysia berkonsepkan perjumpaan pemimpin negara bersama rakyat, persembahan teater dan muzikal di Istana Budaya, promosi industri kreatif dan pameran di Muzium Negara dan Balai Seni Lukis Negara.

37  

Page 151: SUMBER: INTERNET - PNM Lebar_3.pdfContoh yang nyata adalah ADSL, ... maju, gelombang frekuensi radio dan sistem satelit. Oleh itu, kita perlu sedar bahawa dunia ... Lanjutan itu juga,

Headline: Celcom tingkat jalur lebar Pantai Timur Publication: BH Date of publication: Dec 30, 2010 Section heading: Main Section Page number: 026

CELCOM Axiata Bhd akan menumpukan kepada usaha meningkatkan penggunaan perkhidmatan jalur lebar, terutama di Pantai Timur tahun depan. Naib Presiden Wilayah Timurnya, Datuk Sulaiman Ahmad, berkata ketika ini ada kira-kira 150,000 pelanggan aplikasi jalur lebar Celcom di Pantai Timur dan jumlahnya dijangka bertambah dengan ketara tahun depan. Justeru, katanya, Celcom mengambil inisiatif berterusan meningkatkan kualiti dan perkhidmatan yang ditawarkan agar dapat dinikmati pelanggan dengan lebih sempurna. "Apa yang Celcom lakukan sejajar dengan hasrat kerajaan yang mahu meningkatkan penggunaan jalur lebar di kalangan pelbagai lapisan masyarakat. "Kami sedar dengan penggunaan jalur lebar di kalangan masyarakat, ia akan melahirkan masyarakat yang celik IT (teknologi maklumat), sekaligus membantu meningkatkan ekonomi mereka," katanya kepada Bernama di Kuala Terengganu. Sulaiman berkata, sambutan terhadap variasi pakej jalur lebar yang ditawarkan untuk memenuhi keperluan pelbagai lapisan masyarakat dan peringkat umur, amat memberangsangkan.

Headline: Pemain media Internet pemangkin hiburan Publication: HM Date of publication: Dec 29, 2010 Section heading: Variasi Page number: 004 Byline / Author: Oleh Afiq Hanif

KEUPAYAAN sistem komunikasi terkini dan canggih adalah kunci utama yang mampu menjadi daya penggerak ke atas pertumbuhan ekonomi negara dalam usaha menuju era negara maju berasaskan teknologi maklumat serta komunikasi (ICT). Malah, keperluan manusia berkomunikasi tanpa mengira batas waktu dan sempadan negara menyebabkan sistem komunikasi baru perlu terus diterokai. Ditambah pula sasaran kadar penebusan jalur lebar di kalangan isi rumah di Malaysia kepada 50 peratus pada 2010 di negara ini sudah dilepasi ketika masyarakat menikmati kemudahan terbabit selepas 53 tahun merdeka. Justeru, beberapa aliran dijangka menerajui pembaharuan ICT pada 2011 terutama selepas pelbagai teknologi menarik diperoleh pada tahun ini.

38  

Page 152: SUMBER: INTERNET - PNM Lebar_3.pdfContoh yang nyata adalah ADSL, ... maju, gelombang frekuensi radio dan sistem satelit. Oleh itu, kita perlu sedar bahawa dunia ... Lanjutan itu juga,

Pengurus Negara Intel Malaysia, Prakash Mallya, berkata 2011 bakal menyaksikan lebih banyak peranti kekotak khas (setup box) untuk pelaksanaan TV pintar yang menggabungkan kelebihan siaran digital tanpa wayar dengan sambungan Internet jalur lebar. "Penggabungan keupayaan kedua-dua teknologi itu membentuk satu perkhidmatan penyiaran yang berkualiti tinggi dengan kos lebih cekap dan fleksibel dari segi penggunaannya," katanya. Menurutnya, permintaan untuk TV yang menggunakan saluran Internet semakin diiktiraf sebagai penyelesaian paling ideal untuk siaran TV, justeru, menjadi alternatif terhadap siaran satelit. Malah, ia turut disokong penganalisis yang meramalkan kadar pertumbuhan tahunan (CAGR) sebanyak 40 peratus untuk industri televisyen dengan pasarannya dijangka mencecah nilai RM4 bilion menjelang 2014. "Kelebihan setup box untuk TV 'online' bergantung kepada keupayaan jalur lebar dengan prasarana yang memerlukan penggunaan kabel minimum atau bagi sesetengah kes langsung tidak menggunakan wayar," katanya. Beliau memaklumkan program TV yang dipancarkan ke seluruh rangkaian digital berupaya menyediakan kualiti video definisi tinggi (HD) dalam pasaran dengan resolusi sehingga 1,080 piksel. Selain itu, katanya, ia turut menyediakan program TV dan filem berasaskan permintaan yang boleh ditonton pengguna menggunakan sambungan router kepada perakam media HD. "Melaluinya, video web dan video podcast dapat disampaikan ke dalam set televisyen pengguna menerusi jalur lebar tanpa memerlukan sambungan terus ke komputer," katanya. Satu daripada inovasi terpenting dalam teknologi siaran TV digital melalui setup box itu adalah sistem penerimaannya yang moden. Ia adalah sistem penerimaan isyarat televisyen paling berkesan dalam pasaran ketika ini memandangkan saiznya yang kecil mudah ditempatkan di ruang depan TV pengguna. Siarannya akan dihubungkan kepada pemain media HD menggunakan standard Ethernet atau sambungan rangkaian jalur lebar. Selepas siap dipasang, pemain media berkenaan secara automatik menyesuaikan terhadap perubahan isyarat siaran, sekali gus mengoptimumkan isyarat HD bagi memastikan penggunanya mendapatkan isyarat televisyen bermutu tinggi tanpa gangguan. Seperti sistem operasi komputer, pengguna boleh menjadikan antaramuka berbentuk peribadi dan memasukkan rangkaian program kegemaran dalam senarai program yang akan ditonton. Selain itu, teknologi komputer tablet diperkenalkan mampu membawa perubahan industri tablet PC ke tahap baru pada 2011 terutama selepas pengeluaran iPad yang dihasilkan Apple tahun ini. "Kegilaan manusia terhadap teknologi kini tertumpu kepada perkakasan tablet mudah alih yang mendapat perhatian rata-rata pengeluar syarikat elektronik di negara ini untuk menghasilkan

39  

Page 153: SUMBER: INTERNET - PNM Lebar_3.pdfContoh yang nyata adalah ADSL, ... maju, gelombang frekuensi radio dan sistem satelit. Oleh itu, kita perlu sedar bahawa dunia ... Lanjutan itu juga,

peranti dalam kategori PC itu," kata Mallya. Ulasnya, disebabkan pengaruh yang meluas, kebanyakan tablet mudah alih dihasilkan vendor tertentu menjadi 'mainan' di mana saja mereka berada termasuk dalam bas dan kereta api, bahkan ia menjadi pengganti laptop atau netbook bagi sesetengah pengguna. "Jadi ia adalah peranti yang perlu diberi perhatian pada 2011 nanti dengan kebanyakan vendor akan berlumba-lumba memperkenalkan model baru masing-masing," katanya. Mungkin benar kajian rambang yang dilakukan penyelidik firma kaji selidik terkemuka, IDC mengenai pasaran PC di Asia Pasifik tidak termasuk Jepun yang mendapati pasarannya semakin berkembang satu peratus berbanding suku tahun keempat 2009 dan 38 peratus berbanding suku yang sama tahun lalu menunjukkan segala-galanya. Ia juga didapati melebihi lima peratus berbanding jangkaan awal dengan PC notebook terus menjadi pemacu yang melonjak hampir di seluruh negara di rantau ini dengan pertumbuhan dua digit dari setahun ke setahun. Faktor keupayaan skrin sesentuhnya memainkan peranan penting dalam pengeluaran tablet mudah alih ini kerana ia dikatakan lebih baik yang menyediakan perkhidmatan sokongan untuk berkomunikasi menerusi Internet. Ternyata, fungsi skrin peka sentuhan membolehkan pengguna melakukan serta melayari sesebuah peranti dengan lebih baik walau di mana juga mereka berada. Pengeluaran laptop berkualiti tinggi juga bakal disaksikan pada 2011 yang memberikan pengalaman mudah alih serta kemudahan penuh kepada pengguna terutama teknologi HD bakal diperluas. Filem berasaskan tiga dimensi (3D) juga dijangka meningkat dan banyak perubahan bakal berlaku dalam bukan saja di industri filem berasaskan animasim tetapi turut menempiaskan pengaruh kepada karektor hidup yang dievolusikan. Contohnya, kita boleh menonton sendiri gabungan animasi dan karektor hidup seperti didapati dalam watak Harry Porter yang dilakukan menerusi teknik Rakaman Pergerakan Dimajukan (Advanced Motion Capture). Teknik rakaman itu menilai pergerakan badan manusia selepas ia disambungkan melalui wayar terus ke sistem komputer untuk mengubahnya menjadi visual animasi 3D. Animasi yang dihasilkan boleh diubah mengikut kesesuaian karektor sebelum ditambah dengan kemampuan inovasi 3D. Sebelum ini, teknik terbabit dikaji pada awal 90-an oleh bekas Ketua Jurutera Jawatankuasa Program Sains Sukan Olimpik Amerika Syarikat, Phillip Cheetham yang melakukan analisis video membolehkan sistem biomekanik manusia dirakam dan data pergerakan dicatatkan. "Rakaman pergerakan termaju diperbaharui dengan menambah penyelesaian elektromagnet pada badan manusia bagi merakam visual lebih jelas dan menepati pergerakan sebenar," katanya.

40  

Page 154: SUMBER: INTERNET - PNM Lebar_3.pdfContoh yang nyata adalah ADSL, ... maju, gelombang frekuensi radio dan sistem satelit. Oleh itu, kita perlu sedar bahawa dunia ... Lanjutan itu juga,

Teknologi rakaman pergerakan termaju turut dikatakan inovasi enam dimensi (6D) yang memudahkan dokumentasi, mengesan, mengira tempo pergerakan dan memaparkan data secara dinamik. Data yang dirakam akan menjalani proses 'render' bagi pemodelan grafik dan graf parameter direkodkan. Kaedah 6D dikatakan membenarkan pengguna mengesan segmen badan untuk setiap pengesan yang ditampal dan ia akan diukur serta ditempatkan pada posisi selari dengan objek 3D dicipta. Ia membolehkan pergerakan badan manusia mampu diselarikan dengan pergerakan model 3D yang direka. Selepas keupayaan rangkaian Kebolehoperasian Seluruh Dunia bagi Akses Gelombang Mikro (WiMAX) menempa nama pada 2010, tiba masa teknologi rangkaian generasi keempat (4G) yang ditonjolkan menerusi teknologi Evolusi Jangka Panjang (LTE). LTE menyokong teknologi antena 'berbilang masuk berbilang keluar' (MIMO) pada kelajuan sehingga 144Mbps. Ia adalah standard yang dimajukan bagi rangkaian jalur lebar mudah alih daripada Projek Perkongsian Generasi Ketiga (3GPP). Antara lain, LTE merangkumi pelaksanaan beberapa aplikasi dikendalikan pada kelajuan sehingga 144Mbps di atas jaluran 20MHz, di dalam gelombang frekuensi 2.6GHz. Pertumbuhan itu secara langsung memberi kepuasan dan praktikaliti perkhidmatan mudah alih. Dalam pada itu, lebih ramai pengguna menginginkan kelajuan seperti yang boleh dihasilkan daripada sistem LTE. Standard baru ini beroperasi di dalam kedua-dua spektrum berpasangan (FDD) atau tidak berpasangan (TDD), Menyokong saluran jalur lebar 1.25-20MHz, sekali gus menjadikan penggunaan spektrum lebih cekap bagi gelombang frekuensi tanpa wayar masa depan dan sedia ada. LTE yang berupaya mencipta generasi berikutnya dalam ekosistem tanpa wayar membolehkan sambungan dalaman dan perayauan antarabangsa untuk rangkaian LTE menjelang suku pertama 2011. Teknologi terbabit disokong pemain industri terhadap dunia mudah alih, suara berasaskan LTE (VoLTE) dipercayai meningkatkan skala ekonomi yang hebat menandingi keupayaan rangkaian dan perkakasan berasaskan GSM. Perkhidmatan menggunakan teknologi LTE mampu memberikan perkhidmatan suara dan mesej berkualiti tinggi yang membekalkan sambungan dalaman penuh di seluruh dunia. Selain itu, ia berupaya memberikan khidmat perayauan kepada pelanggan dengan lebih efektif dengan gabungan rangkaian generasi kedua (2G) dan generasi ketiga (3G) sedia ada. Teknologi LTE menjadi rangkaian berasaskan protokol Internet (IP) pertama digunakan bagi

41  

Page 155: SUMBER: INTERNET - PNM Lebar_3.pdfContoh yang nyata adalah ADSL, ... maju, gelombang frekuensi radio dan sistem satelit. Oleh itu, kita perlu sedar bahawa dunia ... Lanjutan itu juga,

industri mudah alih yang bertindak balas dengan pantas terhadap penghantaran data mudah alih. Bagi membolehkan LTE menyokong penghantaran suara dan mesej, IP akan digunakan sebagai bantuan kepada pengalaman menggunakan 2G dan 3G yang diperbaharui secara bersepadu. Difahamkan, setakat ini, hampir 74 operator mudah alih di seluruh dunia komited dalam merancang pelan, percubaan dan pelancaran LTE kelak. Projek rangkaian LTE pertama dunia yang dikomersialkan dilancarkan di Sweden menerusi syarikat TeliaSonera, malah Verizon Wireless dari Amerika Syarikat, NTT oCoMo dan China Telecom bakal mengikut langkah sama pada tahun ini. LTE diiktiraf sebagai 'de facto' bagi teknologi jalur lebar mudah alih dicanangkan mendapat sokongan majoriti operator mudah alih seluruh dunia yang dijangka meningkat dalam tempoh tiga hingga lima tahun. Justeru, tidak hairan kalau organisasi penyelidik, Infonetics Research menjangkakan potensi rangkaian LTE yang melangkaui 72 juta sambungan menjelang 2013 nanti. Teknologi LTE yang dilesenkan menerusi spektrum 2.6GHz menjadi kunci kritikal untuk faedah ekonomi global dalam pasaran industri jalur lebar mudah alih. Menurut laporan firma penyelidikan Amerika Syarikat, Global View Partners, mereka mendapati spektrum 2.6GHz dikenal pasti oleh Pertubuhan Telekomunikasi Antarabangsa (ITU) sebagai 'sambungan kepada 3G' yang penting dalam memuaskan permintaan jalur lebar berkapasiti lebih besar. Lebih menarik, ia membantu LTE bergerak dengan menawarkan lebih lebar jalur untuk mengendalikan teknologi GSM dan CDMA terutama jika ia membabitkan kawasan pedalaman yang memerlukan kapasiti besar. Spektrum 2.6GHz sepadan untuk spektrum 700MHz sedia ada yang membantu mengurangkan kos pemasangan liputan di bandar atau desa untuk kemudahan jalur lebar mudah alih. Sesungguhnya, LTE mampu jadi satu pilihan terbaik untuk menawarkan capaian Internet dengan pantas di negara ini berdasarkan cadangan yang diguna pakai di negara luar. Tambahan pula, masyarakat masih membicarakan kemampuan akses Internet dinikmati yang menjadi persoalan sama ada ia benar-benar berupaya merubah gaya hidup digital masing-masing.

42  

Page 156: SUMBER: INTERNET - PNM Lebar_3.pdfContoh yang nyata adalah ADSL, ... maju, gelombang frekuensi radio dan sistem satelit. Oleh itu, kita perlu sedar bahawa dunia ... Lanjutan itu juga,

Headline: Time, MEASAT laksana perkhidmatan jalur lebar dan IPTV Publication: BH Date of publication: Dec 21, 2010 Section heading: Main Section Page number: 022

TIME dotCom Bhd (Time) menerusi anak syarikatnya TT dotCom Sdn Bhd akan bekerjasama dengan MEASAT Broadcast Network Systems Sdn Bhd, pengendali saluran TV berbayar tunggal negara, Astro bagi pelaksanaan perkhidmatan jalur lebar dan televisyen protokol Internet (IPTV) ke seluruh Lembah Klang dan Pulau Pinang. Time dalam kenyataannya kepada Bursa Malaysia semalam berkata, kerjasama dengan Astro itu membolehkan kumpulan itu meraih pelanggan lebih pantas di kawasan sasarannya. Ia katanya, akan menggunakan kekuatan rangkaian jalur lebar gentian tulen 100 peratus miliknya. "Gabungan ITPV dan B.yond dari Astro dengan jalur lebar gentian Time membolehkan kedua-dua pihak memberikan perkhidmatan terbaik kepada pengguna," kata syarikat itu. Time berkata, perniagaan pemborongan kumpulan itu juga mampu dikukuhkan dengan rakan kongsi utama seperti Astro. Astro memiliki dan mengendalikan perkhidmatan televisyen berbayar serta perkhidmatan multimedia, interaktif dan radio menerusi sistem multimedia digital kepada pelanggannya. Menerusi perjanjian itu, Astro akan melaksanakan perkhidmatan B.yond menggunakan infrastruktur jalur lebar gentian Time, sekali gus memberi makna baru kepada pengalaman multimedia di rumah. Selain itu, pelanggan juga akan ditawarkan penyelesaian IPTV dari Astro yang digabungkan bersama jalur lebar gentian Time serta perkhidmatan telefoni.

43  

Page 157: SUMBER: INTERNET - PNM Lebar_3.pdfContoh yang nyata adalah ADSL, ... maju, gelombang frekuensi radio dan sistem satelit. Oleh itu, kita perlu sedar bahawa dunia ... Lanjutan itu juga,

Headline: Penduduk FELDA, Orang Asli bakal nikmati jalur lebar Publication: BH Date of publication: Nov 25, 2010 Section heading: Sentral Page number: 002 Byline / Author: Laporan Abdul Razak Raaff; Rosli Abdul Jalil

KUANTAN: Penduduk tanah rancangan FELDA, perkampungan tradisional dan Orang Asli di kawasan luar bandar di seluruh Pahang bakal menikmati kemudahan perkhidmatan jalur lebar dan liputan telefon selular yang lebih baik dan pantas tidak lama lagi. Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Sains, Teknologi dan Inovasi negeri, Datuk Mohd Sharkar Shamsudin (gambar), berkata ini berikutan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan syarikat pemberi perkhidmatan rangkaian selular dan jalur lebar sedang berusaha memperluaskan liputan masing-masing ke kawasan luar bandar di negeri ini. Beliau berkata, mengikut perancangan sehingga hujung tahun ini, sebanyak 311 `sites' (lokasi) oleh syarikat telekomunikasi dalam menyediakan perkhidmatan 3G dan 4G sedang dilaksanakan iaitu 190 oleh Maxis, Celcom (55), Digi (53) dan 13 oleh Packet 1 di 10 daerah termasuk Pekan, Rompin, Bera, Bentong, Maran, Temerloh, Raub, Lipis dan Jerantut. "Perancangan tambahan liputan 3G ini bagi meningkatkan perkhidmatan jalur lebar dan kemudahan penduduk melayari internet juga membabitkan 61 kawasan FELDA di seluruh daerah," katanya menjawab soalan Datuk Shahaniza Shamsuddin (BN-Kuala Sentul) mengenai usaha syarikat telekomunikasi bagi memperluaskan akses jalur lebar ke kawasan luar bandar pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN), di sini semalam. Mohd Sharkar berkata, pihak SKMM melalui inisiatif Pemberian Perkhidmatan Sejagat (PPS) Time 3 juga sedang melaksanakan program perluasan telefon selular ke kawasan luar bandar di negeri ini yang akan siap pada 2012. Katanya, sasaran pelaksanaan Program Time 3 itu ialah untuk menyediakan perkhidmatan selular jalur lebar kepada pengguna di kawasan FELDA, FELCRA, perkampungan Orang Asli, lebuh raya, jalan baru serta kawasan tumpuan pelancong baru di seluruh negeri. "Ia sekali gus membolehkan kadar liputan populasi telefon selular terutama di kawasan luar bandar meningkat kepada 97 peratus menjelang akhir 2012. "Sebanyak 50 menara telekomunikasi baru sudah siap dibina sehingga Mac lalu di tiga daerah iaitu 23 menara di Bera, 16 lagi di Lipis dan 11 di Temerloh bagi fasa 1 Time 3 mengikut Program Pemberian Perkhidmatan Sejagat (USP)," katanya.

Headline: Kadar penembusan jalur lebar negara lepasi sasaran Publication: BH Date of publication: Dec 14, 2010 Section heading: Main Section Page number: 014

44  

Page 158: SUMBER: INTERNET - PNM Lebar_3.pdfContoh yang nyata adalah ADSL, ... maju, gelombang frekuensi radio dan sistem satelit. Oleh itu, kita perlu sedar bahawa dunia ... Lanjutan itu juga,

KUALA LUMPUR: Kadar penembusan jalur lebar bagi isi rumah di negara ini sudah melepasi 55 peratus sehingga 8 Disember lalu, kata Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim. Beliau berkata, jumlah itu melebihi lima peratus daripada sasaran ditetapkan pada tahun lalu iaitu 50 peratus menjelang akhir tahun ini. Rais berkata, pelanggan telefon selular pula melebihi 32 juta atau 109 peratus dari segi kadar penembusan manakala pelanggan telefon bimbit 3G pula berjumlah 3.9 juta pada masa ini. "Justeru itu, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mesti ada satu kerjasama lebih hebat supaya kita dapat mencapai semua perjuangan kita melalui telekomunikasi," katanya kepada pemberita pada Malam Penghargaan Jalur Lebar 1Malaysia di sini, malam tadi. Antara syarikat telekomunikasi yang memenangi anugerah pada majlis berkenaan ialah Telekom Malaysia bagi kategori Pakej Jalur Lebar Terbaik, Celcom bagi Bilangan Langganan Jalur Lebar Tertinggi dan DiGi bagi Iklan TV Jalur Lebar Terbaik. Mengenai pendedahan demi pendedahan yang dibuat oleh sebuah laman web antarabangsa Wikilleaks, Rais memberi amaran kepada pengusaha internet supaya berhati-hati dalam mengeluarkan pendapat atau mengeluarkan perkara yang rahsia atau sulit. "Penting untuk kerajaan khasnya untuk berhati-hati dan perkembangan ini yang telahpun memalukan beberapa pihak termasuk di Singapura, Australia, India dan ia mungkin sampai ke negara kita. "Jika ia berlaku, masyarakat perlu hati-hati dan tidak menerima hakikatnya seratus peratus lantaran apa yang disalurkan ini adalah perkara-perkara yang tidak lagi ditapis kenyataan atau kebenarannya," katanya.

Headline: 350 kampung nikmati Wi-Fi tahun depan Publication: BH Date of publication: Dec 10, 2010 Section heading: Main Section Page number: 008

KUALA TERENGGANU: Sejumlah 350 kampung di kawasan luar bandar di Pantai Timur akan menikmati kemudahan jalur lebar menerusi program Kampung Wi-Fi, mulai tahun depan. Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK), Datuk Seri Dr Rais Yatim, berkata 125 kampung di Terengganu, 110 di Kelantan dan 115 di Pahang menikmati kemudahan itu yang dianggarkan antara RM15,000 hingga RM20,000 seunit. Beliau berkata, Kampung Wi-Fi diharap dapat memberi kemudahan jalur lebar tanpa had kepada masyarakat luar bandar, sekali gus meningkatkan lagi keupayaan capaian maklumat, informasi dan teknologi secara ekspres. "Setakat ini, kita sudah ada lapan Kampung Wi-Fi di seluruh negara dan menyasar untuk mewujudkan 3,100 Kampung Wi-Fi di seluruh negara menjelang 2014. Disebabkan kos

45  

Page 159: SUMBER: INTERNET - PNM Lebar_3.pdfContoh yang nyata adalah ADSL, ... maju, gelombang frekuensi radio dan sistem satelit. Oleh itu, kita perlu sedar bahawa dunia ... Lanjutan itu juga,

menjayakan projek ini agak tinggi, kementerian sedang berbincang dengan kerajaan negeri lain bagi mendapatkan kerjasama. "Kita berharap program ini memberi kemudahan kepada penduduk kampung berinteraksi dengan dunia luar dan meningkatkan penguasaan teknologi," katanya selepas melancarkan Temasya Pantai Timur dan Karnival Jalur Lebar 1Malaysia bersama Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said, di sini, semalam. Karnival tiga hari sehingga esok yang dihadiri lebih 5,000 pengunjung turut menempa nama dalam Malaysia Book of Records menerusi persembahan gendang tradisional teramai membabitkan 611 peserta dari Kuala Lumpur, Terengganu dan Kelantan. Antara persembahan gendang yang disajikan ialah rodat; gendang silat; kertuk; kompang; wayang kulit; dikir barat; gamuda; gendang raksasa; rebana ubi; gendang Pahang; silat lintang; gendang Cina; gendang India dan gendang ibu. Karnival berkenaan yang turut mendapat penyertaan pelbagai syarikat telekomunikasi termasuk Telekom Malaysia (TM), Maxis, Celcom dan DiGi, selain penyedia perkhidmatan internet serta jabatan kerajaan menyediakan pelbagai acara interaktif dan informatif bertujuan mendidik, memberi maklumat dan mempromosi penggunaan jalur lebar dan dunia teknologi komunikasi dan maklumat (ICT) kepada pengunjung.

Headline: Saiz besar tetapi laju Publication: HM Date of publication: Dec 8, 2010 Section heading: Variasi Page number: 003 Byline / Author: Oleh Afiq Hanif

PENERAJU revolusi jalur lebar di Malaysia, Packet One Networks (M) Sdn Bhd (P1) memperluaskan jaringan Kebolehoperasian Seluruh Dunia bagi Akses Gelombang Mikro (WiMAX) menerusi modem terbarunya UH235. Pastinya, ia tampak menarik berbanding model Wiggy biasa sebelum ini memandangkan UH235 berupaya memindah turun selaju 1.5 megabit sesaat (Mbps) berbanding model Wiggy iaitu 600 kilobit sesaat (Kbps) Bagaimanapun, penguji menasihatkan pengguna melayari laman web P1 untuk melihat sama ada kawasan anda terletak di bawah liputan WiMAX terbabit. Jika dibandingkan dengan saiz, UH235 jauh lebih besar berbanding Wiggy, namun penguji difahamkan ia dilakukan bagi mendapatkan kapasiti kelajuan lebih baik. Tidak perlu risau kerana ia tetap modem kompak dan bergaya yang menyatukan fungsi WiMAX dan suara bagi membolehkan pelanggan mendapatkan akses Internet jalur lebar tanpa wayar di rumah dan di mana-mana saja di seluruh negara. Dengan saiz 98 x 70.5 x 16.5 milimeter dan berat sebanyak 70 gram, ia bukan masalah untuk ditempatkan dalam beg laptop.

46  

Page 160: SUMBER: INTERNET - PNM Lebar_3.pdfContoh yang nyata adalah ADSL, ... maju, gelombang frekuensi radio dan sistem satelit. Oleh itu, kita perlu sedar bahawa dunia ... Lanjutan itu juga,

Ia boleh dianggap direka atas permintaan pelanggan setia P1 yang inginkan jalur lebar tanpa wayar yang lebih mudah dipasang agar dapat dikongsi bersama tanpa membabitkan kos sekiranya ada perkakasan tambahan. Kombinasi UH235 dengan rangkaian unggul P1 WiMAX adalah penyelesai terbaik. Pengguna tidak perlu risau kerana ia lengkap dengan segala perkakasan bagi membolehkan pengguna melayarinya pada kelajuan tinggi. Boleh dianggap, kalau anda berada di kawasan liputan WiMAX P1, sistem Internet tanpa wayarnya adalah yang paling sesuai dengan gaya hidup masa kini. Faktor rangkaian jalur lebar WiMAX mudah alih lebih stabil walaupun terdapat pandangan sinikal yang memaklumkan jalur lebar mudah alih kurang berkesan jika digunakan dalam bangunan. Rangkaian WiMAX P1 juga memang ideal untuk melayari kandungan mewah seperti YouTube, malah P1 sendiri mengakui 37 peratus rangkaian digunakan untuk video seperti YouTube dan sebagainya yang menandakan pengguna P1 dahagakan media mewah terbabit manakala peratusan lain tertumpu kepada pelayaran web dan e-mel. Selama hampir sebulan mengujinya, penguji 'mengeksploitasi' anggaran 10GB rangkaian untuk melayari Internet, menonton video online dan membuka e-mel. >Spesifikasi PRODUK: Modem P1 4G W1GGY UH235 HARGA: pakej RM89 sebulan PENGELUAR: P1 PERTANYAAN: P1 TELEFON: 1-300-800-888 LAMAN WEB: www.p1.com.my >Komen KESELURUHAN: *** 1/2 REKA BENTUK: *** INOVASI: **** DOKUMENTASI: *** 1/2 NILAI WANG: *** 1/2

Headline: TM kekal peneraju jalur lebar

47  

Page 161: SUMBER: INTERNET - PNM Lebar_3.pdfContoh yang nyata adalah ADSL, ... maju, gelombang frekuensi radio dan sistem satelit. Oleh itu, kita perlu sedar bahawa dunia ... Lanjutan itu juga,

Publication: HM Date of publication: Dec 8, 2010 Section heading: Main Section Page number: 035 Byline / Author: Oleh Sri Ayu Kartikawati Amri

TELEKOM Malaysia Berhad (TM) terus mengekalkan kedudukannya sebagai peneraju jalur lebar di negara ini apabila jumlah pelanggannya kini menokok 14.2 peratus kepada 1.6 juta. Selain itu, UniFi yang diperkenalkan TM juga berjaya dilaksanakan menerusi 26 ibu sawat dengan lebih 29,000 pesanan dicapai setakat 15 November 2010 iaitu hanya lapan bulan selepas perkhidmatan itu dilancarkan. Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulannya, Datuk Sri Zamzamzairani Mohd Isa berkata, pencapaian itu diperoleh hasil portfolio produk yang optimum dan strategi ke pasaran lebih baik. "Melangkah ke hadapan, kami kekal utuh dalam usaha transformasi TM didorong empat teras program peningkatan prestasi iaitu berorientasikan pelanggan dan peningkatan kualiti, kecemerlangan operasi dan produktiviti modal, pemikiran satu syarikat dan berorientasikan pelaksanaan, dan kepemimpinan menerusi kecemerlangan komersil," katanya dalam satu kenyataan baru-baru ini. Beliau berkata, pasaran jalur lebar terus tumbuh dengan negara bergerak pantas ke arah aktiviti dan urus niaga berasaskan Internet. Menurutnya, sektor awam dan swasta membantu memainkan peranan dalam mendorong penerimaan Internet serta jalur lebar dengan wujudnya lebih banyak urus niaga berasaskan dalam talian. "TM menjangka dapat memenuhi sasaran meluaskan perkhidmatan UniFi ke 48 kawasan ibu sawat dengan 750,000 premis sedia dipasang pada akhir 2010 serta menyasarkan mencapai 1.3 juta premis sedia dipasang menjelang akhir 2012. "Sehingga 15 November 2010, jumlah pelanggan UniFi melebihi 21,000 sementara jumlah premis sedia dipasang melebihi 700,000," katanya. Katanya, liputan UniFi turut diperluaskan bagi meliputi 26 kawasan ibu sawat dengan tujuh daripadanya di zon industri seperti di Johor, Pulau Pinang, Kedah dan Selangor. Zamzamzairani berkata, dengan rangkaian globalnya yang meluas, TM mampu meletakkan Malaysia sebagai hab Internet serantau dan gerbang digital bagi Asia Tenggara. "Sejajar dengan itu, TM kini sedang bergerak maju ke arah menjadi pembekal perkhidmatan Rangkaian Generasi Akan Datang dan membolehkan kumpulan itu meningkatkan kecekapan dan produktiviti sambil menawarkan produk dan perkhidmatan yang diperkaya," katanya.

48  

Page 162: SUMBER: INTERNET - PNM Lebar_3.pdfContoh yang nyata adalah ADSL, ... maju, gelombang frekuensi radio dan sistem satelit. Oleh itu, kita perlu sedar bahawa dunia ... Lanjutan itu juga,

49  

Headline: Proses pelancaran jalur lebar dipercepat Publication: BH Date of publication: Dec 4, 2010 Section heading: Main Section Page number: 006

KERAJAAN di bawah Model Baru Ekonomi (MBE) akan terus memberi tumpuan meningkatkan kesalinghubungan perniagaan dan pembangunan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) menerusi proses mempercepatkan pelancaran jalur lebar. Menurut Laporan Bahagian Akhir MBE yang dikeluarkan Majlis Penasihat Ekonomi Negara (MPEN) di sini semalam, dalam dekad yang lalu, kemajuan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) sudah sampai ke satu peringkat di mana lebih banyak urus niaga dibuat melalui internet berbanding saluran konvensional. Kemajuan memperoleh maklumat mudah mengurangkan halangan bagi aktiviti ekonomi dan merangsang pertumbuhan dan produktiviti. "Jalur lebar bukan lagi satu kemewahan tetapi satu utiliti penting. MPEN yakin mempercepatkan pelaksanaan jalur lebar adalah satu keutamaan negara," katanya. MPEN juga menyarankan dasar pengembangan jalur lebar boleh memanfaatkan tahap infrastruktur yang maju di Malaysia. Cadangan itu ialah: * Menarik pusat data dan pemprosesan yang besar seperti Google dan Yahoo kepada satu daripada lima bidang tumpuan yang mempunyai jalur lebar berkelajuan tinggi (HSBB) dengan tujuan menjanakan perkhidmatan kandungan dan perkhidmatan lain yang berkaitan dengannya; * Menggunakan Dana Pemberian Perkhidmatan Sejagat (USP) untuk mempercepatkan pelaksanaan HSBB dalan Zon 1 sebagai satu perkara utama untuk menjana hasil dan pertumbuhan syarikat telekomunikasi (telco) sedia ada; * Menumpukan kepada pembangunan kandungan. Makmal Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) menyarankan penggunaan e-Kerajaan, e-Pembelajaran dan e-Kesihatan sebagai pemacu untuk penyediaan kandungan, perisian dan kemahiran proses yang boleh diguna atau dikembangkan kepada pasaran yang baru muncul; dan * Satu inisiatif bersungguh-sungguh diwujudkan dengan menumpu pembangunan kandungan bidang media dan budaya yang boleh membantu sektor pelancongan dan PKS.

Page 163: SUMBER: INTERNET - PNM Lebar_3.pdfContoh yang nyata adalah ADSL, ... maju, gelombang frekuensi radio dan sistem satelit. Oleh itu, kita perlu sedar bahawa dunia ... Lanjutan itu juga,

RUJUKAN

Page 164: SUMBER: INTERNET - PNM Lebar_3.pdfContoh yang nyata adalah ADSL, ... maju, gelombang frekuensi radio dan sistem satelit. Oleh itu, kita perlu sedar bahawa dunia ... Lanjutan itu juga,

RUJUKAN

Jalur Lebar Available : http://www.ms.wikipedia.org/wiki/jalur lebar (13 April 2011)

AMP PRODUCTS (MALAYSIA) SDN.BHD…[et.al.] Infotech Malaysia ’95. November 1995 Gabungan Komputer Nasional Malaysia NCIT ’95 8TH NATIONAL CONFERENCE INFORMATION TECHNOLOGY ’95. Ogos 1995 PC World Editorial Team The Advent Of Broadband. PC WORLD MALAYSIA : 38-46 ; November 2000. Rencana Umum Peranan Rangkaian Jalur Lebar. FOKUS SPM : 30-33 ; Julai 2008. Pusat Jalur Lebar Komuniti Buletin PJK Membudayakan Masyarakat Digital. BULETIN PJK : 1-4 ; Januari - Jun 2010. Apa itu jalur lebar @ broadband?.[Online]

Available : http://www.bptm.kelantan.gov.my/web/index (20 April 2011) Inisiatif Jalur Lebar Kebangsaan. [Online]

Available : http://www.mylib.pnm.my (20 April 2011) Community Broadband Centres. [Online]

Available : http://www.skmm.my (20 April 2011) Utusan Malaysia. [Online] Available : http://utusanmalaysia.com.my (28 Mac 2011) Nst emedia. [Online] Availabe : http://www.nstemedia.com.my (9 Mac 2011)