sumbangan kaum wanita kepada negara

Upload: balkis-samsuddin

Post on 12-Jul-2015

3.026 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

KENEGARAAN ULP 1023

KUMPULAN 3BAGAIMANAKAH KAUM WANITA BOLEH MENYUMBANG KEPADA PERPADUAN NEGARA?

AHLI KUMPULAN BALKIS BINTI SAMSUDDIN NURUL WAHIDA BINTI ABU AHMAD NORHAMIDAH BINTI ROHANI NUR HAFIZAH BINTI ZAHARI D20091035120 D20091035134 D20091036643 D20091035133 HASNOR IZZATI BINTI CHE RAZALI D20091035119

PENGENALANTajuk ini menceritakan tentang kaum wanita dan sumbangan yang boleh diberi kepada perpaduan negara kita. Wanita merupakan kaum yang lemah dan dipandang hina pada zaman jaliliah dan selepas kedatangan islam, pandangan terhadap wanita telah banyak berubah. Islam telah mengangkat martabat wanita dan wanita mampu bergerak bebas untuk kepentingan bersama. Dimana kita dapat lihat sekarang banyak kejayaan negara yang disumbang oleh wanita melalui pelbagai bidang iaitu politik, pendidikan, ekonomi dan sosial. Melalui kejayaan tersebut, serba-sedikit wanita dapat menyumbang kepada perpaduan.

RASIONAL Tujuan- mengetahui sumbangan wanita yang boleh menyumbang kepada perpaduan negara. Supaya menyedari pelbagai peranan wanita dalam keluarga,masyarakat, ekonomi dan politik negara. Kerajaan mengakui bahawa strategi-strategi yang khusus perlu dibentuk bagi melibatkan wanita secara berkesan dalam proses pembangunan supaya potensi wanita dapat dioptimumkan. Usaha gigih perlu diambil untuk membantu wanita melibatkan diri dalam kegiatan-kegiatan sosial dan ekonomi yang utama. Sumbangan dari kaum wanita harus ditonjolkan dalam usaha untuk mencapai perpaduan negara. Kerajaan Malaysia amat mementingkan perpaduan kerana masyarakatnya yang berbilang bangsa. Turut membincangkan sumbangan wanita.

OBJEKTIF Untuk memberi definisi mengenai wanita dan perpaduan. Untuk mengenalpasti bidang-bidang sumbangan wanita dengan terperinci. Untuk mengenalpasti sumbangan wanita kepada keluarga, masyarakat dan negara.

METADOLOGI Kajian dari perpustakaan. Pencarian melalui internet. Pencarian daripada buku-buku ilmiah, majalah dan kamus.

DEFINISIWanita Orang di luar Islam (silam)- wanita adalah barang hidup yang begitu rendah dan tidak berharga. Inggeris- pelengkap keberadaan kaum lelaki (penyalur dan pemuas nafsu kaum lelaki). Jadi mereka tidak memberi nilai tertentu yang memiliki tingkat dan darjat seperti lelaki.(Ahmad Husnan, 1995 : 42-44). Aristoteles- manusia yang belum selesai yang tertahan dalam perkembangan tingkat bawah. Pada zaman jahiliah, kami tidak pernah memberikan hak apaapa pun kepada wanita sampai Allah Yang Maha Tinggi menurunkan perintah yang penting buat mereka, dan memberikan kepada mereka bagian yang tepat.Surah An-Nahl: 58-59. Islam- pandangan berubah.( Muhammad Koderi, 1999:25 ). Wanita Islam mempunyai peranan istimewa dalam melaksanakan amal bagi melengkapkan peranan kaum lelaki. Bahkan peranan mereka mengatasi peranan lelaki dalam sesetengah bidang yang didominasikan oleh kaum wanita. Rumusannya- wanita yang dahulunya dikatakan sebagai barang hidup yang begitu rendah dan tidak berharga , sebenarnya merupakan pemangkin kepada arus pembangunan dan perpaduan negara pada masa kini.

Perpaduan Perpaduan pula membawa maksud perbuatan bagi menyatakan atau menggabungkan.

Negara Kamus Dewan Edisi ke-4 - negara didefinisikan sebagai suatu masyarakat yang menduduki kawasan tertentu dan diperintah oleh sebuah kerajaan, kawasan yang dibawah kekuasaan kerajaan tertentu dan segala berkaitan dengan masyarakat di bawah satu kerajaan.

Istilah negara atau state selalunya dihubungkan dengan bangsa, masyarakat, kerajaan dan sebagainya. Dalam pengertian ilmu sains politik, istilah- istilah itu mempunyai definisi yang berbeza bergantung kepada konteks penggunaannya.Maksud negara juga merujuk kepada sekumpulan manusia yang mendiami wilayah atau daerah tertentu di bawah undang-undang dan kuasa pemerintahan.

Konsep negara menurut undang-undang antarabangsa ialah sesuatu masyarakat politik atau wilayah layak dianggap sebagai sebuah negara sekiranya mempunyai ciri-ciri seperti sempadan, penduduk tetap, kerajan, dan kedaulatan.

EKONOMI

POLITIK

BAGAIMANAKAH KAUM WANITA BOLEH MENYUMBANG KEPADA PERPADUAN NEGARA?

SOSIAL

PENDIDIKAN

EKONOMI Wanita boleh menyumbang kepada perpaduan negara melalui ekonomi. Seiring dengan pembangunan yang dikecapi negara kini, tanggungjawab dan peranan wanita dalam meningkatkan sektor ekonomi negara makin berkembang. Antara tokoh usahawan wanita berjaya dalam bidang perniagaan adalah Datuk Maznah Hamid, Datuk Khatijah Ahmad, Puan Rozita Ibrahim dan ramai lagi.

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) menunjukkan 47 peratus pekerja adalah wanita. Peningkatan 10 peratus penceburan wanita dalam kerjaya profesional, pengurusan dan teknikal sejak tahun 1990. Sektor keusahawanan - 82,911 adalah wanita. 16 peratus daripada itu datangnya dari dalam Industri Kecil dan Sederhana(IKS). Peningkatan yang memberangsangkan ini nyata membuktikan bahawa martabat wanita dalam sosiologi kehidupan telah banyak berubah. Wanita -tidak hanya tertumpu kepada soal pengurusan keluarga sebaliknya lebih meluas dalam pembangunan negara. Wanita -mendominasi bidang keusahawanan terutama dalam industri desa. Kesungguhan dan keyakinan wanita -meningkatkan taraf hidup dan ilmu pengetahuan wanita.

PENDIDIKAN Prinsip asas pendidikan diri dan pendidikan alQuran dikupas untuk memberi pendedahan dan kesedaran kepada wanita bagaimana mereka dapat mempertingkatkan kualiti diri melalui pendidikan demi mempersiapkan diri dalam memikul tanggungjawab kepada agama dan negara. Manakala peranan dan sumbangan wanita pula, menyentuh tentang peranan wanita Muslim yang berkualiti dan kejayaan wanita mengharumkan nama negara di persada antarabangsa, contohnya dalam pertandingan musabaqah alQuran di peringkat antarabangsa.

Pada masa kini, pencapaian wanita dalam akademik adalah lebih baik berbanding dengan lelaki. Saban tahun, kita dapat menyaksikan pelajar perempuan lebih ramai mencapai kejayaan cemerlang dalam pelajaran. Tidak kurang juga ramai wanita telah memegang jawatan yang tinggi dalam kerjaya, baik dalam sektor swasta atau kerajaan

Dengan terlibatnya wanita dalam bidang pendidikan, perpaduan juga bolah terbentuk. Contohnya wanita sebagai guru menerapkan nilai-nilai perpaduan di kalangan pelajar-pelajarnya. Apabila nilai-nilai ini berjaya di terapkan ke dalam diri setiap pelajar, mungkin suatu hari perpaduan di kalangan masyarakat kita utuh dan kuat. Selain itu, peranan wanita sebagai seorang pelajar di institusi pengajian tinggi juga amat penting disebabkan bilangan mereka yang ramai berbanding lelaki. Wanita dapat menggunakan sepenuhnya dengan mengamalkan sifat bermuafakat diantara rakan-rakan, bertolak ansur, berbincang atau berdiskusi serta saling bantu membantu antara mereka tanpa mengira bangsa dan agama turut membolehkan mereka menyumbang kepada perpaduan negara.

POLITIK Kaum wanita diberi hak mengundi seawal usia penubuhan negara kita. Penglibatan wanita dalam sistem perundangan dan pentadbiran negara. Kaum wanita telah diberi peluang dalam memegang beberapa portfolio dalam kabinet seperti Datin Paduka Rafidah Aziz, Datin Paduka Zaleha Ismail dan Datuk Dr. Siti Zaharah Sulaiman. Politik amat berkait rapat di antara individu dengan masyarakat.

Apabila wanita melibatkan diri di dalam politik, ia menyebabkan penyertaan mereka di dalam bidangbidang di luar rumah tangga untuk bersama dengan masyarakat untuk turut sama menyumbangkan kepada perpaduan negara. Peranan yang boleh diberikan kaum wanita dalam bidang politik ialah wanita itu boleh menjadi penasihat kepada suami mereka. Ini dapat kita lihat jika seseorang wanita itu bersuamikan orang politik maka ianya boleh melibatkan dirinya secara tidak langsung dengan memberi nasihat dari segi keputusan yang telah dibuat atau dilaksanakan oleh suaminya yang mungkin tidak bersesuaian dengan kaum wanita dan tidak membawa kearah perpaduan negara.

Menurut sebahagian ulama wanita boleh berpolitik termasuk menjadi wakil rakyat sama ada di Dewan Undangan Negeri atau Parlimen. Malah dalam sejarah sendiri telah tercatat bahawa khalifah ibnu Umar Al Khatab juga pernah mendapat nasihat dan teguran dalam melaksanakan undang-undang dan pentadbiran negara dari kaum muslimah pada masa zaman pemerintahan khalifah. Ini menunjukkan peranan wanita dalam perpaduan sesebuah negara adalah penting.

Wanita di Malaysia juga boleh melibatkan diri untuk memberikan sumbangan dalam perpaduan negara dengan bergerak secara aktif melalui pelbagai pertubuhan NGO seperti PERTIWI dan HAWA.

Melalui pertubuhan-pertubuhan inilah mereka boleh menyalurkan pelbagai sumbangan dan cadangan dalam usaha untuk mengekalkan perpaduan Negara. Melalui NGO juga mereka boleh membantu meningkatkan perpaduan negara dengan memastikan kesejahteraan dan keharmonian masyarakat terutamanya mengemaskinikan undang-undang dan akta-akta yang boleh mengawal kemakmuran.

Golongan wanita muda yang semakin berminat dengan politik digerakkan secara teratur oleh kebanyakan parti politik. Sebagai contoh, UMNO dengan Puteri UMNO dan PAS dengan An Nisa. Puteri UMNO mensasarkan golongan wanita Melayu yang berumur di bawah 40 tahun sebagai ahli manakala An Nisa sebagai strategi jangka panjang untuk menarik golongan wanita muda yang mempunyai aspirasi Islam.

SOSIAL Wanita perlu juga diberi tempat dalam membuat sesuatu keputusan dasar terutamanya dalam bidang sosial. Ada perumpamaan yang berbunyi "tangan wanita yang membuai buaian boleh menggegarkan dunia" adalah satu perumpamaan yang menggambarkan betapa besarnya peranan kaum wanita dalam perpaduan negara.

Apabila kita memperkatakan tentang kaitan wanita dalam bidang sosial, banyak sumbangan yang boleh diberikan oleh kaum wanita terutamanya dengan pelbagai senario yang melanda negara dengan isu-isu gejala sosial yang melibatkan anak-anak gadis seperti bohsia, lari dari rumah, gadis yang murtad, bekerja sebagai pegawai perhubungan pelanggan atau GRO, penderaan, perkosaan memberikan kita juga gambaran bahawa betapa pentingnya peranan kaum wanita dalam membasmi gejala-gejala ini demi menjamin perpaduan di negara kita.

Apabila kita membicarakan soal tanggungjawab sosial dalam mengekalkan perpaduan negara, ianya harus diukur dari segi tahap kemampuan warganegara terutama kaum wanita. Memang tidak dapat dinafikan lagi bahawa peranan kaum wanita dalam mengekalkan perpaduan negara dari segi sosial amat penting. Ia akan menentukan ke mana arah perkembangan anak-anak yang kebanyakannya dididik oleh kaum wanita yang bergelar ibu.

Peranan wanita sebagai pengurus rumahtangga telah mengalami perubahan dengan adanya bantuan dari orang gaji, pengetahuan sains dan teknologi yang memudahkan kerja-kerja mereka. Hari ini para isteri moden mempunyai tanggungjawab yang lebih besar terhadap kebajikan suami berbeza dengan masa dahulu. Mereka tidak hanya memegang peranan hanya sebagai tukang masak dan pengasuh anak-anak sahaja, malah pada waktu yang sama mereka juga menjadi penyambut tetamu yang baik, setiausaha yang cekap, pengarah yang tegas dan menteri yang berkalibar dan sebagainya. Menurut Ketua Pergerakan Wanita UMNO, Datuk Dr. Siti Zaharah Sulaiman dalam simposium yang bertemakan "Wanita Alaf Baru Abad ke 21", wanita hari ini telah mempunyai imej dan tanggugjawab sosial yang berbeza sesuai dengan kehendak dan perubahan zaman.

Imej-imej dan tanggungjawab sosial seperti ini akan membawa kepada perubahan di mana peranan kaum isteri ini dilihat adalah amat besar dalam terus memberi sumbangan dalam mengekalkan perpaduan negara.

Disinilah peranan yang dimainkan oleh kaum ibu yang bergelar wanita adalah penting agar pembangunan dan perpaduan negara dapat di majukan dengan baik tanpa mengorbankan pembangunan institusi keluarga.

DAPATAN Daripada kajian ini, banyak sumbangan dalam perpaduan negara yang boleh diberi oleh wanita. Selain itu,kita mendalami maksud-maksud wanita, perpaduan dan negara dengan lebih jelas lagi. Wanita mempunyai komitmen yang tinggi dapat melakukan sesuatu kerja, jadi tidak hairanlah wanita berjaya melaksanakan sesuatu bidang yang mencabar.

Dari segi luaran, wanita ini lemah lembut tetapi kecekalan hati mereka telah membawa diri mereka berjaya di persada dunia. Bab kata pepatah tangan yang menghayun buaian dapat mengoncang dunia.

KESIMPULANSecara kesimpulannya, wanita dapat memberi sumbangan kepada perpaduan negara dalam pelbagai bidang iaitu politik,sosial,ekonomi dan pendidikan. Hal ini kerana, sikap wanita yang cekal dan tabah dalam membuat sesuatu telah membawa kejayaan kepada negara kita. Perpaduan negara terpupuk daripada keluarga dan masyarakat. Seperti yang sedia maklum wanita terkenal dengan tanggungjawab yang banyak terhadap keluarga dan negara, tetapi ini bukanlah penghalang bagi mereka untuk memajukan dan membangunkan negara malah merupakan batu loncatan bagi mereka untuk memupuk sikap perpaduan di dalam kalangan masyarakat dan keluarga.

SOALAN1. Apakah bidang-bidang utama yang boleh disumbangkan oleh wanita kepada perpaduan negara?I. II. III. IV. A) B) C) D) Politik Pendidikan Sukan Kesihatan I sahaja I dan II I dan IV Semua di atas

2. Apakah pekerjaan yang dapat menyumbang kepada perpaduan dalam bidang pendidikan?I. II. III. IV. Guru Doktor Polis Pelajar

A) I sahaja B) I dan II C) I dan IV D) Semua di atas

TAHNIAH

3. Berikan contoh tokoh usahawan wanita yang berjaya dalam bidang ekonomi.A. Datin Paduka Rafidah Aziz B. Datuk Dr. Siti Zaleha Sulaiman C. Datin Seri Rosmah Mansor D. Datuk Maznah Hamid