sumbang duit (2)

2
SKST /06/10/002 ( 01 / 2012 PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU SEKOLAH KEBANGSAAN SERI TASIK Jalan Sri Permaisuri 1, Bandar Sri Permaisuri 56000 Kuala Lumpur Tel : 03-91718584 Fax : 03-91731646 Melalui : Guru Besar, 1 JUN 2012 Sekolah Kebangsaan Seri Tasik, Bandar Sri Permaisuri, 56000 KUALA LUMPUR Kepada : SBN BROADCAST, NO 78-1A, JALAN PUTRA, 50350 KUALA LUMPUR Tuan/Puan, PERMOHONAN SUMBANGAN BERSEMPENA TAZKIRAH RAMDHAN DI KEM ANAKKU MASA DEPAN DI TANGAN MU V ( FASA 1 @ 2012 ) Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk. 2. Sukacita dimaklumkan bahawa Persatuan Ibu Bapa dan Guru SK Seri Tasik dengan kerjasama Badan Disiplin dan Pengawas Sekolah dan Unit Bimbingan dan Kaunseling Sekolah, SK Seri Tasik, Kuala Lumpur, akan mengadakan program Tazkirah Ramadhan di Kem Anakku Masa Depan Di Tanganmu V ( fasa 1@ 2012) pada hari dan tarikh seperti yang berikut: Tarikh : 28 Julai 2012 Tempoh : 1 Hari Tempat : Perkarangan Kawasan Sekolah, SK Seri Tasik, Kuala Lumpur 3. Untuk pengetahuan pihak tuan/puan, program kali ini akan melibatkan seramai 500 orang murid di mana ianya disertai oleh golongan murid – murid Melayu amnya dan Islam khasnya yang mempunyai masa depan yang cerah, yang disasarkan, telah berhadapan dengan masalah disiplin di dalam dan luar sekolah. Masalah ini akan bermula apabila mereka ingin mencuba sesuatu yang baru dan dirasakan ia tidak melanggar etika seorang kanak – kanak. Kebanyakan mereka yang terlibat dalam program pada kali ini kebanyakannya berasal daripada keluarga yang bermasalah segi kewangan ( miskin ) , rumahtangga ( ibu bapa bercerai ), kurang didikan agama dan perhatian ibu bapa.

Upload: suhaila-omar

Post on 29-Jul-2015

24 views

Category:

Education


7 download

TRANSCRIPT

Page 1: sumbang duit (2)

SKST /06/10/002 ( 01 / 2012)

PERSATUAN IBU BAPA DAN GURUSEKOLAH KEBANGSAAN SERI TASIKJalan Sri Permaisuri 1, Bandar Sri Permaisuri56000 Kuala LumpurTel : 03-91718584 Fax : 03-91731646

Melalui : Guru Besar, 1 JUN 2012Sekolah Kebangsaan Seri Tasik,Bandar Sri Permaisuri,56000 KUALA LUMPUR

Kepada : SBN BROADCAST, NO 78-1A, JALAN PUTRA, 50350 KUALA LUMPUR

Tuan/Puan,PERMOHONAN SUMBANGAN BERSEMPENA TAZKIRAH RAMDHAN DI KEM ANAKKU MASA DEPAN DI TANGAN MU V ( FASA 1 @ 2012 )

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Persatuan Ibu Bapa dan Guru SK Seri Tasik dengan kerjasama Badan Disiplin dan Pengawas Sekolah dan Unit Bimbingan dan Kaunseling Sekolah, SK Seri Tasik, Kuala Lumpur, akan mengadakan program Tazkirah Ramadhan di Kem Anakku Masa Depan Di Tanganmu V ( fasa 1@ 2012) pada hari dan tarikh seperti yang berikut:

Tarikh : 28 Julai 2012Tempoh : 1 Hari Tempat : Perkarangan Kawasan Sekolah,

SK Seri Tasik, Kuala Lumpur

3. Untuk pengetahuan pihak tuan/puan, program kali ini akan melibatkan seramai 500 orang murid di mana ianya disertai oleh golongan murid – murid Melayu amnya dan Islam khasnya yang mempunyai masa depan yang cerah, yang disasarkan, telah berhadapan dengan masalah disiplin di dalam dan luar sekolah. Masalah ini akan bermula apabila mereka ingin mencuba sesuatu yang baru dan dirasakan ia tidak melanggar etika seorang kanak – kanak. Kebanyakan mereka yang terlibat dalam program pada kali ini kebanyakannya berasal daripada keluarga yang bermasalah segi kewangan ( miskin ) , rumahtangga ( ibu bapa bercerai ), kurang didikan agama dan perhatian ibu bapa.

4. Bagi membantu murid-murid ini, pihak PIBG dan sekolah telah memulakan program seumpama ini sejak 4 tahun yang lalu dan ternyata program keagamaan seumpama ini dapat membantu mengatasi masalah disiplin yang sering dihadapi oleh pihak sekolah di seluruh Malaysia

Page 2: sumbang duit (2)

5. Walaubagaimanapun, pihak kami berharap agar pihak tuan / puan dapat membantu kami dari segi sumbangan kewangan, makanan, cenderhati, atau bahan ilmiah di mana pihak kami masih mengalami masalah kekurangan kewangan dan peruntukan untuk Badan Disiplin sememangnya tidak diturunkan secara menyeluruh.

6. Bersama-sama ini disertakan Kertas Kerja Program untuk rujukan tuan.

7. Pihak tuan/puan juga boleh menghubungi nombor – nombor di bawah jika terdapat sebarang masalah atau perubahan pada saat-saat akhir.

En. Shamsull b Ahmad ( SU Program : 017 3955537Pn. Suhaila bt Omar ( NSU Program ) : 013 2276747Email : kekasihkunyerr @yahoo.com.my

8. Harapan kami semoga dengan bantuan yang dihulurkan oleh tuan/puan dapat menganjak sebuah kehidupan yang penuh kegelapan dan kesempitan kepada sebuah kehidupan yang dipenuhi sinaran keimanan dan kebahagian yang dapat membentuk sebuah generasi baru yang berimliah.

9. Kerjasama dan keprihatinan daripada pihak tuan/puan untuk sama-sama menjayakan perkhemahan kali ini didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian.

‘BERKHIDMAT UNTUK NEGARA’

Saya yang menurut perintah,

…………………………..........( NASRUDIN B YUSUF )YDP PIBGSK Seri Tasik, KL.