sumatif (2)

18
Pengenalan Pengujian dan penilaian merupakan konsep penting dalam dunia pendidikan. Dalam dunia pendidikan, pengujian dan penilaian yang sistematik ialah dengan mengambil kira semua faktor yang boleh mempengaruhi maklumat atau dapatan yang diperolehi supaya dapat membantu guru dalam membuat sebarang keputusan yang tepat. Menurut Mokhtar Ismail (1995) ujian ialah satu kaedah, tugas atau prosedur yang digunakan untuk memperolehi pemerhatian yang sistematik tentang sifat, atau trait seseorang berhubung dengan aspek pendidikan dan psikologi. Perkara ini penting dalam memperlihatkan kejayaan atau keberkesanan pengajaran dan pembelajaran dapat dilakukan dengan sempurna dan boleh dipertahankan. Satu daripada cara-cara untuk memastikan hal ini berlaku ialah dengan menjalankan pengujian yang berkualiti. Berdasarkan pendapat Abdul Shukor Hashim et al (2007), pengujian merujuk kepada keseluruhan proses yang terlibat dalam mendapatkan bukti keupayaan pelajar; daripada menentukan objektif pengujian, merangka soalan atau tugasan, menjalankan ujian, memeriksa atau memberi markah termasuk melaporkan 1

Upload: zulfazakmalhusna-ibnu-mai

Post on 15-Jan-2016

18 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

rjk

TRANSCRIPT

Page 1: sumatif (2)

Pengenalan

Pengujian dan penilaian merupakan konsep penting dalam dunia pendidikan. Dalam dunia

pendidikan, pengujian dan penilaian yang sistematik ialah dengan mengambil kira semua

faktor yang boleh mempengaruhi maklumat atau dapatan yang diperolehi supaya dapat

membantu guru dalam membuat sebarang keputusan yang tepat.

Menurut Mokhtar Ismail (1995) ujian ialah satu kaedah, tugas atau prosedur yang digunakan

untuk memperolehi pemerhatian yang sistematik tentang sifat, atau trait seseorang berhubung

dengan aspek pendidikan dan psikologi. Perkara ini penting dalam memperlihatkan kejayaan

atau keberkesanan pengajaran dan pembelajaran dapat dilakukan dengan sempurna dan boleh

dipertahankan. Satu daripada cara-cara untuk memastikan hal ini berlaku ialah dengan

menjalankan pengujian yang berkualiti.

Berdasarkan pendapat Abdul Shukor Hashim et al (2007), pengujian merujuk kepada

keseluruhan proses yang terlibat dalam mendapatkan bukti keupayaan pelajar; daripada

menentukan objektif pengujian, merangka soalan atau tugasan, menjalankan ujian,

memeriksa atau memberi markah termasuk melaporkan keputusan ujian kepada pihak-pihak

terbabit ( pelajar, pihak sekolah, pihak kementerian, ibu bapa dan lain-lain).

Menurut Cronbach (1970), ujian ialah satu prosedur yang sistematik untuk memerhati

perlakuan atau tingkah laku seseorang individu dan menghuraikan dengan bantuan skala

bernombor, atau satu sistem yang berkategori. Misalnya, skala bernombor seperti angka

30/100 untuk ujian penglihatan, 100 untuk ujian darjah kecerdasan (IQ Test) dan 80/100

bagi ujian pencapaian bagi sesuatu mata pelajaran seperti Sains. Manakala contoh sistem

berkategori pula seperti ‘ekstrovert’ atau ‘introvert’ bagi ujian personaliti, atau rabun warna

bagi ujian penglihatan.

1

Page 2: sumatif (2)

Manakala Gay (1985) pula berpendapat bahawa penilaian ialah satu proses yang dianggap

sistematik semasa mengumpul dan menganalisis data bagi menentukan sama ada sesuatu

objektif yang telah ditetapkan itu telah tercapai. Hal ini seterusnya bagi membolehkan guru

dapat membuat pertimbangan atau keputusan yang tepat berhubung pengajaran dan

pembelajaran.

Bagi Abdul Shukor Hashim et al(2007), penilaian merujuk kepada proses menghakimi

sesuatu dengan tujuan untuk memberi nilai. Dengan maksud yang lebih mudah, seseorang

akan menjalankan penilaian untuk melihat salah satu daripada perkara berikut: keberkesanan,

kelancaran, fungsi dan operasi.

Pengujian dan penilaian yang dijalankan oleh guru dalam bilik darjah akan dapat

memberikan maklum balas kepada guru berhubung tahap penguasaan pelajar terhadap

sesuatu kemahiran yang telah disentuh dalam bilik darjah serta meninjau masalah yang

timbul dalam sesi pengajaran pembelajaran yang berlangsung. Dengan itu guru dapat

mengenal pasti tahap kemajuan seseorang murid dalam bilik darjah tersebut sama ada pada

tahap yang sangat memuaskan, sederhana, lemah atau tidak ada sebarang kemajuan langsung.

Daripada penilaian yang dijalankan juga guru dapat mengenal pasti murid yang cergas, yang

memerlukan aktiviti pengayaan dan murid yang lemah yang memerlukan aktiviti pengayaan.

Guru juga akan membuat keputusan sama ada untuk mengubah strategi pengajaran agar lebih

bersesuaian dengan keperluan murid atau mengulang menggunakan strategi sama dan

sebagainya.

2

Page 3: sumatif (2)

Jenis pengujian dan penilaian

Dari sudut pengajaran, pengujian dan penilaian boleh menentukan status sesuatu objek yang

dinilai itu dengan membanding status berkenaan dengan satu set standard atau kriteria untuk

membuat keputusan. Pengujian dan penilaian merupakan pertimbangan atau pembuatan

keputusan tentang merit atau nilai sesuatu perkara atau benda. Di samping itu, pengujian dan

penilaian yang berkesan adalah yang bersistematik dalam pengumpulan dan analisis data.

Selain itu, pengujian dan penilaian dapat menentukan sama ada sesuatu objektif itu telah

tercapai bagi boleh membolehkan sesuatu pertimbangan atau keputusan dibuat.

Banyak cara kita boleh mengkelaskan pengujian dan penilaian. Pengujian dan penilaian

pengajaran boleh dilakukan melalui pelbagai hasil pembelajaran pelajar seperti disertasi,

projek, kajian kes, portfolio, bengkel, seminar dan oral pelajar. Justeru ujian yang dibina

perlu mencerminkan tujuan dan masa sesuatu penilaian dilakukan. Terdapat dua jenis

pengujian dan penilaian berdasarkan kepada masa dan tujuan pelaksanaannya iaitu ujian

formatif dan sumatif.

Ujian Formatif

Ujian formatif merupakan ujian yang dilaksanakan secara tidak formal dan formal

bergantung kepada keperluan guru dan murid. Ianya dilaksanakan secara berterusan

sepanjang atau selepas proses pengajaran dan pembelajaran atau sesi persekolahan murid

bagi menilai penguasaan murid terhadap sesuatu atau beberapa kemahiran yang diajar. Secara

tidak langsung, ujian formatif membantu guru mengenalpasti tahap penguasaan murid

terhadap sesuatu kemahiran atau unit yang diajar sebelum meneruskan proses pembelajaran

seterusnya. Kelemahan yang dikenalpasti awal ini akan boleh diperbaiki dan dipertingkatkan

3

Page 4: sumatif (2)

dengan serta merta dan lebih mudah. Murid dapat dipastikan memahami dan menguasai

kemahiran atau unit pembelajaran dengan baik sebelum meneruskan pembelajaran.

Menurut Mok Soon Sang dan Lee Shok Mee (1988), ujian formatif adalah suatu pentaksiran

semasa yang dilakukan ke atas satu unit pembelajaran. Ujian formatif ini merupakan suatu

ujian yang dilakukan ke atas suatu kemahiran atau topik yang kecil selepas atau semasa

pembelajaran.

Ciri-ciri ujian formatif

Ujian formatif adalah penilaian yang dibuat secara berterusan, iaitu sepanjang proses

pengajaran dan pembelajaran, untuk menilai keberkesanan pengajaran guru dan pembelajaran

pelajar bagi setiap tajuk yang diajar. Ciri-cirinya adalah:

Dijalankan bagi tujuan memperoleh maklumat bagi memperbaiki kurikulum.

Dijalankan sepanjang masa dan maklumat yang diperolehi daripada penilaian ini

digunakan secara terus menerus.

Bercorak ujian diagnostik yakni yang dapat memberikan input akan masalah yang

dihadapi murid dalam mengikuti pembelajaran.

Dijalankan sepanjang masa pengajaran dan pembelajaran berlangsung.

Maklumat yang diperolehi hendaklah digunakan serta merta dalam memperbaiki

pengajaran dan pembelajaran agar pelajar dan guru sama-sama memperolehi manfaat

daripadanya.

Contoh: sesi soal jawab, latihan yang diberikan guru dan ujian di bilik darjah yang

tidak ditentukan gred.

4

Page 5: sumatif (2)

Prosedur ujian formatif

Bagi memastikan pelaksanaan ujian formatif berkesan, prosedur berikut perlu diberi

perhatian oleh guru:

1. Menentukan tajuk pengajaran

Tajuk-tajuk pengajaran perlu disusun mengikut peringkat kesukaran. Tajuk-tajuk

perlu dipecahkan kepada beberapa tajuk kecil supaya pelajar dapat menguasai

semua tajuk kecil terlebih dahulu sebelum meneruskan pengajaran ke tajuk lain.

2. Menentukan aspek dan tahap penguasaan

Guru perlu menentukan aspek-aspek tertentu bagi setia tajuk pengajaran yang

perlu dikuasai pelajar. Setelah aspek-aspek berkenaan ditentukan maka guru perlu

menentukan tahap penguasaan pelajar terhadap aspek-aspek yang telah

ditentukan.

3. Menghubungkaitkan elemen-elemen yang terdapat dalam setiap topik.

Guru perlu menyusun elemen-elemen yang terdapat dalam topik-topik

pembelajaran pada peringkat perlakuan tertentu dengan berdasarkan taksonomi

pendidikan. Setelah pemeringkatan mengikut tahap perlakuan selesai, guru

seterusnya mengaitkan semua elemen berkenaan yang terdapat dalam satu-satu

topik agar saling bertautan dan tidak terpisah.

4. Membentuk soalan ujian.

Dilakukan selepas penentuan elemen-elemen berkenaan. Setiap elemen berkenaan

seharusnya diuji kepada pelajar sekurang-kurangnya satu soalan.

5

Page 6: sumatif (2)

5. Mencadangkan langkah susulan.

Guru mengetahui tahap penguasaan sesuatu topik pembelajaran di samping

kesukaran yang dihadapi oleh pelajar. Tindakan susulan harus dilaksanakan

berdasarkan keputusan ujian yang diperolehi.

Contoh: Pelajar masih menunjukkan kelemahan ketara dalam sesuatu topik, maka

tindakan selanjutnya yang harus diambil oleh guru ialah mengulang semula topik

berkenaan atau mengubahsuai pendekatan penyampaian agar pelajar boleh

menguasai topik tersebut.

Ujian sumatif

Ujian sumatif ialah penilaian yang dibuat pada akhir pengajaran ( akhir penggal/ akhir tahun),

yang bertujuan untuk menilai pencapaian akhir pelajar. Berbeza dengan ujian formatif yang

lebih menumpukan kepada penilaian penguasaan pelajar dalam sesuatu tajuk, ujian sumatif

bertujuan untuk menentukan pencapaian pelajar pada akhir penggal persekolahan atau akhir

tahun yang juga dapat menentukan keberkesanan sesuatu kurikulum.

Menurut Mok Soon Sang dan Lee Shok Mee (1988), ujian sumatif adalah suatu pengukuran

yang dilakukan secara menyeluruh pada satu peringkat pembelajaran. Secara mudahnya,

ujian sumatif adalah suatu ujian yang dilaksanakan secara berpusat pada peringkat sekolah

ataupun kebangsaan. Ianya dilaksanakan selepas tamat suatu penggal atau satu peringkat

pembelajaran merangkumi beberapa topik pembelajaran. Antara contoh ujian sumatif adalah

peperiksaan akhir penggal atau pertengahan penggal, UPSR, PMR, SPM, dan STPM. Ujian

ini dilaksanakan secara formal dengan cara bertulis ataupun melalui kemahiran amali seperti

yang diperuntukkan untuk kerja projek bagi sesetengah matapelajaran. Ianya dilaksanakan

pada suatu tempoh masa yang telah ditetapkan atau diselaraskan pada peringkat sekolah,

daerah atau kebangsaan.

6

Page 7: sumatif (2)

Berdasarkan Azizi Ahmad dan Mohd Isha Awang (2006), tujuan ujian sumatif bukanlah

untuk membantu pelajar meningkatkan pencapaian, tetapi untuk memberikan gred kepada

mereka. Gred yang diperoleh pelajar boleh digunakan untuk membuat perbandingan

pencapaian dalam kalangan mereka. Ujian sumatif juga dapat dijadikan petunjuk sama ada

pelajar akan berjaya mengikuti sesuatu mata pelajaran baharu atau tidak.

Ciri-ciri ujian sumatif.

Ujian sumatif digunakan bagi menentukan tahap penguasaan pelajar dalam keseluruhan

pembelajaran. Ujian sumatif biasanya dilakukan pada akhir sesi pembelajaran. Contohnya

seperti peperiksaan akhir tahun. Memandangkan ujian sumatif dibuat pada akhir tahun, skor-

skor dari ujian sumatif biasanya lebih berguna untuk tujuan melaporkan kemajuan pelajar

daripada memperbaiki kelemahan awal pengajaran guru dan pembelajaran pelajar. Skor ujian

sumatif banyak digunakan bagi tujuan pemilihan dan penempatan pelajar. Ciri-ciri ujian

sumatif adalah:

lebih menumpukan menilai tahap penguasaan pelajar dalam satu-satu topik

pembelajaran

untuk menentukan pencapaian pelajar pada akhir sesuatu penggal persekolahan dan

digunakan untuk menentukan keberkesanan sesuatu kurikulum secara keseluruhan.

Prosedur ujian sumatif

Bagi memastikan keberkesanan ujian sumatif, langkah-langkah berikut harus diberi

penekanan semasa menggubalnya.

1. Membentuk jadual penentuan ujian

Jadual penentuan ujian yang mengandungi maklumat yang lengkap berkaitan

objektif, bentuk item, jumlah item, tempoh penilaian, kandungan dan sebagainya

7

Page 8: sumatif (2)

perlu dibentuk. Ini bagi memastikan kesahan ujian yang bakal dilaksanakan dan

kebolehpercayaan keputusan yang diperolehi.

2. Membina item

Menggubal item-item yang berkaitan dengan isi dan perlakuan yang ingin diuji.

Setiap item haruslah menguji objektif pelajaran yang telah ditetapkan

3. Mengumpul item secara sistematik

Mengelompokkan item mengikut bentuk yang sama. Item objektif diasingkan

dengan item mengisi tempat kosong, esei dan sebagainya. Item juga boleh disusun

mengikut susunan topik atau mengikut aras kemahiran kognitif. Misalnya

menyusun soalan bermula aras rendah diikuti aras lebih tinggi.

4. Menguji item melalui ujian rintis

Menguji item tersebut terlebih dahulu melalui ujian rintis kepada sampel pelajar

bagi memastikan ujian yang bakal dijalankan itu benar-benar sah dan boleh

dipercayai serta dapat membaiki kelemahan-kelemahan yang wujud pada item

berkenaan.

5. Menyiapkan skema pemarkahan

Menyiapkan skema pemarkahan bagi tujuan penyemakan kertas ujian. Ini dapat

mengelakkan berlakunya bias dalam pemberian markah kepada pelajar.

8

Page 9: sumatif (2)

Perbezaan ujian formatif dan ujian sumatif

Ujian formatif dan ujian sumatif mempunyai beberapa ciri-ciri perbezaan dari segi

pengertian, tujuan, aktiviti, masa, bentuk sasaran, liputan, rekod dan tindakan.Perbezaan

antara ujian formatif dan sumatif dapat dilihat dengan lebih jelas berdasarkan jadual berikut:

PERBEZAAN CIRI

JENIS

UJIAN FORMATIF UJIAN SUMATIF

PengertianFormal atau tak formal untuk mengesan penguasaan dan kemajuan pelajaran dalam kelas

Ujian formal untuk mengesan pencapaian dalam sesuatu tahap persekolahan

TujuanMengesan penguasaan dan kemajuan untuk membaiki kelemahannya dengan serta merta

Mengesan pencapaian pelajar berdasarkan beberapa unit pembelajaran dan pemeringkatkan gred pelajar

AktivitiMenjalankan ujian formal atau tak formal semasa waktu pelajaran dengan secara individu,kumpulan atau kelas.

Menjalankan ujian formal dalam beberapa waktu pelajaran secara kelas.

MasaSemasa mengajar sesuatu atau beberapa kemahiran

Selepas mengajar beberapa unit pembelajaran dan pemeringkatkan

BentukTidak formal : (pemerhatian dan soal- jawab),atauFormal : (ujian kertas- pensel dlm masa singkat)

Formal : ujian kertas – pensel atau ujian lisan dalam jangkaan masa yg sesuai

Sasaran Secara individu, kumpulan.atau kelas

Secara kelas

LiputanMeliputi sesuatu kemahiran (ujian tidak formal) atau beberapa kemahiran (ujian formal)

Meliputi beberapa unit pembelajaran atau sesuatu tahap persekolahan

RekodTiada (bagi ujian tidak formal) dan penggunaan senarai semak/rekod prestasi (bagi ujian formal)

Penggunaan rekod profil atau pensijilan

Tindakan

Membetulkan kelemahan dengan serta merta atau menjalankan aktiviti pemulihan/pengayaan dalam kelas

Menempatkan pelajar dalam kumpulan / kelas yang sesuai

Merancang dan mengubahsuai pelajaran/kurikulum

Memberi sijil berdasarkan pencapaian dlm pepeiksaan

Jadual 1: Perbezaan ujian formatif dan ujian sumatif

9

Page 10: sumatif (2)

Pengujian formal

Pengujian formal melibatkan pengujian rasmi yang dijalankan oleh guru atau pihak

jawatankuasa pengujian di sekolah. Ianya formal kerana sejumlah masa khusus

diperuntukkan untuk menjalankan ujian berkenaan, dijalankan secara berpusat, semua pelajar

akan diuji mengikut prosedur yang telah ditetapkan, harus mempunyai matlamat dan objektif

pengujian, melibatkan pemberian markah dan keputusan sesuatu pengujian perlu dilaporkan

kepada pihak-pihak yang relevan. Di antara contoh pengujian formal adalah seperti ujian atau

kuiz bulanan, peperiksaan, pembentangan pelajar, folio dan apa jua bentuk tugasan yang

perlu diberi markah.

Pengujian formal lebih memakan masa tetapi ianya menyediakan maklumat pencapaian

pelajar di dalam sesuatu topik atau penguasaan yang telah ditetapkan. Maklumat daripada

pengujian formal selalunya digunakan oleh pihak sekolah, kementerian pendidikan dan ibu

bapa untuk melihat secara langsung kebolehan pelajar dalam pembelajaran mereka.

Dalam pengujian formal penyediaan item ujian melibatkan langkah berikut :

* tentukan unit / topik pembelajaran yang dinilai

* tetapkan peringkat pencapaian yang mahu dicapai.

* senaraikan aspek yg diuji dalam sesuatu unit

* membetulkan item ujian

10

Page 11: sumatif (2)

Kesimpulan

Penilaian merupakan satu aktiviti atau proses yang bersistematik bagi mendapatkan

maklumat yang berguna bagi menentukan pencapaian sesuatu objektif pengajaran atau

pembelajaran.Terdapat dua proses penilaian iaitu penilaian formatif dan penilaian sumatif.

Penilaian formatif bertujuan untuk mendapatkan maklum balas berhubung dengan kemajuan

proses pengajaran oleh guru dan pembelajaran oleh murid. Maklum balas ini akan memberi

petunjuk-petunjuk kejayaan serta kelemahan-kelemahan murid untuk diperbetulkan. Oleh

sebab penilaian formatif ini bertujuan untuk membantu dan memperbaiki proses, keputusan

penilaian biasanya tidak digunakan untuk pemeringkatan atau perbandingan di antara

seseorang murid dengan murid lain.

Penilaian Sumatif pula bertujuan untuk mengesan secara menyeluruh taraf pencapaian murid

di akhir sesuatu pembelajaran. Matlamat utama penilaian jenis ini ialah untuk memberi

markah atau gred kepada seseorang murid supaya dapat membandingkannya dengan markah

murid lain dalam kumpulannya.

Terdapat dua cara melaksanakannya, iaitu secara informal seperti pemerhatian, soal jawab

lisan atau kuiz dan secara formal seperti ujian pensel dan kertas. Dalam ujian pensel dan

kertas pelbagai jenis soalan hendaklah digunakan. Semua aspek perkembangan murid yang

merangkumi bidang-bidang kognitif, efektif dan psikomotor akan dinilai selaras dengan

kehendak komponen-komponen kurikulum. Semua aktiviti penilaian hendaklah direkodkan

supaya penganalisaan prestasi murid-murid dapat dibuat dan kerja-kerja susulan dapat

dirancangkan.

11

Page 12: sumatif (2)

Rujukan

Abdul Shukor Hashim, Badrul Isa, Khairezan Rahmat & Zuraimi Zakaria. (2007).

HBAE3503 Perkembangan seni dan kanak-kanak. Kuala Lumpur: Unitem Sdn. Bhd.

Azizi Ahmad & Mohd Isha Awang. (2006). HBEF3203 Pengukuran dan penilaian dalam

pendidikan. Kuala Lumpur : Unitem Sdn. Bhd.

Cronbach, L.J. (1970). Essential of psychological testing. (3rd ed.). New York: Harper &

Row.

Mokhtar Ismail (1995). Penilaian di bilik darjah . Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan

Pustaka

Mok Soon Sang & Lee Shok Mee. (1988). Latihan mengajar : Untuk maktab

perguruan. Kuala Lumpur : Kumpulan Budiman Sdn.Bhd.

12