suku kata

7
SUKU KATA Dalam bahasa Melayu, terdapat enam fonem vokal atau bunyi vokal yang standard. Huruf-huruf yang melambangkan fonem-fonem tersebut ialah a, e, i, o dan u. Contoh penggunaan fonem-fonem tersebut adalah seperti berikut: Huruf Fonem Depan Tengah Belakang a /a/ abu talam bola e /ə/ /e/ emak elaun lemang keju nasionalism e tauge i /i/ itu firman keli o /o/ orang kopi soto u /u/ uli butang biru Jadual 2.1 Huruf-huruf vokal yang terdapat dalam bahasa Melayu Huruf e digunakan untuk melambangkan dua fonem, iaitu: a) Fonem e pepet yang ditulis secara fonetik /ə/. b) Fonem e taling yang ditulis secara fonetik /e/. 3.0 PEMBAHAGIAN HURUF-HURUF KONSONAN DALAM BAHASA MELAYU Konsonan ialah bunyi yang dihasilkan dengan menyekat arus pernafasan menggunakan organ-organ pertuturan. Dalam bahasa Melayu, terdapat 25 fonem konsonan yang dilambangkan oleh 26 huruf konsonan. Dalam bahasa Melayu terdapat 18 bunyi konsonan asli serta sembilan konsonan pinjaman. Sembilan konsonan asli dapat hadir pada awal, tengah dan akhir perkataan iaitu p, t, m, n, /ng/, s, h, r dan l. Konsonan b, d, g, c dan j hanya hadir pada akhir perkataan pinjaman seperti bab, had, beg, koc dan kolej. Huruf konsonan /ny/, w dan y tidak pernah terdapat pada akhir perkataan. Huruf- huruf tersebut ditunjukkan seperti dalam jadual berikut: Bi l. Fonem Huruf Depan Tengah Belakang 1 /b/ b basah sabun kelab 2 /c/ c cekap baca Mac

Upload: vasandra-devi

Post on 15-Dec-2015

34 views

Category:

Documents


8 download

DESCRIPTION

tahun 1

TRANSCRIPT

Page 1: SUKU KATA

SUKU KATADalam bahasa Melayu, terdapat enam fonem vokal atau bunyi vokal yang standard.

Huruf-huruf yang melambangkan fonem-fonem tersebut ialah a, e, i, o dan u. Contoh penggunaan fonem-fonem tersebut adalah seperti berikut:

Huruf Fonem Depan Tengah Belakanga /a/ abu talam bolae /ə/

/e/emakelaun

lemangkeju

nasionalismetauge

i /i/ itu firman kelio /o/ orang kopi sotou /u/ uli butang biru

Jadual 2.1 Huruf-huruf vokal yang terdapat dalam bahasa Melayu

Huruf e digunakan untuk melambangkan dua fonem, iaitu:a)    Fonem e pepet yang ditulis secara fonetik /ə/.b)    Fonem e taling yang ditulis secara fonetik /e/.  

3.0  PEMBAHAGIAN HURUF-HURUF KONSONAN DALAM BAHASA MELAYU

Konsonan ialah bunyi yang dihasilkan dengan menyekat arus pernafasan menggunakan organ-organ pertuturan. Dalam bahasa Melayu, terdapat 25 fonem konsonan yang dilambangkan oleh 26 huruf konsonan. Dalam bahasa Melayu terdapat 18 bunyi konsonan asli serta sembilan konsonan pinjaman.

Sembilan konsonan asli dapat hadir pada awal, tengah dan akhir perkataan iaitu p, t, m, n, /ng/, s, h, r dan l.

Konsonan b, d, g, c dan j hanya hadir pada akhir perkataan pinjaman seperti bab, had, beg, koc dan kolej. Huruf konsonan /ny/, w dan y tidak pernah terdapat pada akhir perkataan. Huruf-huruf tersebut ditunjukkan seperti dalam jadual berikut:

Bil. Fonem Huruf Depan Tengah Belakang1 /b/ b basah sabun kelab2 /c/ c cekap baca Mac3 /d/ d dadu dada abad4 /f/ f faham kafir alaf5 /g/ g gulung sagu beg6 /gh/ gh ghaib maghrib mubaligh7 /h/ h hati saham susah8 /j/ j janji keju pakel9 /k/ k kaki baki kotak10 /kh/ kh khalifah akhir tarikh

Page 2: SUKU KATA

11 /l/ l lembu balu sesal12 /m/ m makan jamin pohon13 /n/ n naga enak papan14 /ng/ ng ngilu singa bising15 /ny/ ny nyala punya -16 /p/ p perut upih siap17 /q/ q Qur’an wuquf buraq18 /r/ r rabun garam gegar19 /s/ s susah asli kebas20 /sy/ sy syarikat isytihar Quraisy21 /t/ t tiket mata sesat22 /v/ v violin university -23 /w/ w wayang hawa -24 /y/ y yakin payah -25 /z/

/x/zx

zamanxenon

lazat-

--

Jadual 3.1 Huruf-huruf konsonan yang terdapat dalam bahasa Melayu

4.0  PEMBAHAGIAN DIFTONG DALAM BAHASA MELAYU

Huruf diftong adalah gabungan dua buah huruf vokal yang menghasilkan bunyi rangkap. Terdapat tiga jenis diftong standard dalam bahasa Melayu, iaitu [ay], [aw] dan [oy]. Manakala, dalam onotografi bahasa Melayu pula, diftong dilambangkan kepada tiga jenis, iaitu [ai], [au] dan [oi]. Sebagai contoh perkataan aising, lampau dan boikot.     Dalam perkataan asli bahasa Melayu pula, diftong hanya terdapat pada suku kata kedua atau suku kata akhir bagi suku kata terbuka. Dalam keadaan lain pula, kedudukan diftong [ai] dan [au] boleh berlaku di awal, tengah dan akhir perkataan, manakala diftong [oi] hanya terhad pada suku kata terbuka akhir perkataan sahaja.     Dalam bahasa Melayu lagi, diftong dianggap sebagai satu suku kata yang dilambangkan oleh dua fonem vokal tetapi disebut sebagai satu bunyi. Diftong juga mempunyai puncak kelantangan dan ciri geluncuran dalam membunyikannya, iaitu lidah pada mulanya diletakkan pada keadaan seperti hendak membunyikan sesuatu vokal, kemudian digeluncurkan kearah membunyikan vokal yang lain.     Pembahagian fonem diftong dalam bahasa Melayu dapat ditunjukkan dalam jadual berikut:

Jenis Kedudukan DiftongDiftong Awal Tengah Akhir

/ai/ /aising/ /ghairah/ /pandai//au/ /aurat/ /daulat/ /kalau/

Page 3: SUKU KATA

/oi/ - /boikot/ /amboi/

Jadual 4.1 Diftong yang terdapat dalam bahasa Melayu

Diftong dalam bahasa Melayu disebut dengan bunyi vokal pertamanya lebih nyaring, lebih panjang dan lebih tekenannya daripada bunyi vokal yang kedua. Selain itu, diftong boleh dibahagi kepada dua jenis, iaitu diftong naik atau diftong turun. Diftong naik adalah diftong yang bunyi vokal keduanya disebut lebih kuat atau nyaring, lebih panjang dan tekanan vokalnya lebih daripada tekanan vokal pertama. Manakala diftong turun pula ialah bunyi vokal pertamanya disebut lebih nyaring, lebih panjang dan lebih tekanannya daripada vokal kedua. Selain itu, diperkenalkan juga diftong /ei/ dari kata pinjaman, contohnya, Mei, esei. Diftong dibezakan dari "vokal rangkap" iaitu geluncuran dua vokal yang bersebelahan dalam dua suku kata, contohnya:

a)    /a-i/ contoh: kainb)    /a-u/ contoh: laut

5.0  BENTUK SUKU KATA DALAM BAHASA MELAYU

Suku kata adalah satu ujaran terkecil dari sebuah kata. Sekurang-kurangnya satu suku kata terdiri daripada satu vokal dan satu konsonan. Menurut sumber dari Wikipedia, suku kata ialah bahagian perkataan yang berasaskan kehadiran vokal. Suku kata dibahagikan kepada dua iaitu suku kata terbuka dan suku kata tertutup.

Suku kata yang berakhir dengan vokal dipanggil suku kata terbuka. Antara contoh suku kata terbuka adalah seperti berikut:

Jumlah suku kata PerkataanSatu YuDua KamiTiga Kerusi

Empat MemperdayaLima UnversitiEnam Maharajalela

Jadual 5.1 Contoh-contoh suku kata terbuka dalam bahasa Melayu                                                                                                                                        

                                                                     Suku kata lain ialah suku kata tertutup kerana diakhiri dengan konsonan. Suku kata

tertutup kebiasaannya dalam jumlah abjad yang ganjil. Antara contoh suku kata terbuka adalah seperti berikut:

Page 4: SUKU KATA

Pola suku kata Suku kataVK Main

KVK BelumKKVK ElektrikVKK Naung

KVKK PayungKKVKK KompleksKKKVK Skrip

Diftong, Digraf, Konsonan Bergabung, Vokal BergandingCredit - http://www.slideshare.net/cpf318/diftong-digraf-vokal-berganding-konsonan-bergabung