sukan tradisional.docxfinal

Upload: zhen-jinx

Post on 30-Oct-2015

46 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

NAMA PERMAINAN TRADISIONAL : GALAH PANJANG

PENGENALAN Galah panjang adalah sejenis permainan tradisional yang dimainkan diluar rumah. Permainan ini bukan sahaja dimainkan oleh kanak-kanak sahaja tetapi sebagai pertunjukan di pesta-pesta kebudayaan dan kadangkala dipertontonkan untuk pelancong oleh golongan dewasa.Permainan ini tidak dimainkan secara individu, tetapi dengan dua kumpulan. Terdiri dari kumpulan penyerang dan kumpulan bertahan. Setiap kumpulan mempunyai pemain tidak kurang dari seramai empat orang dan kebiasaannya terdiri dari sepuluh pemain sahaja.Salah seorang dari ahli kumpulan itu akan dilantik sebagai ketua dan lainnya adalah sebagai awak-awak sahaja. Tugas ketua kumpulan adalah sebagai mengawasi setiap penyerang yang masuk dan keluar dari gelanggang, iaitu disepanjang garisan permulaan, garisan tengah dan garisan disekeliling gelanggang. Manakala awak-awak hanya menjaga garisan melintang di dalam gelanggang.Sebelum permainan dimulakan undian secara wan tu som dijalankan oleh kedua-dua ketua pasukan. Siapa yang menang akan menjadi pasukan penyerang. Selain itu, permainan galah panjang ini selalunya dimainkan di atas gelanggang yang dilakar di atas tanah kosong. Gelanggang yang dibuat mengandungi 2 lajur dan beberapa baris bergantung kepada bilangan pemain. Gelanggang galah panjang dibuat mengikut bilangan pemain yang bermain galah panjang. Contohnya jika pemain ada 10 orang, gelanggang yang dibuat mengandungi 4 baris. Jika bilangan pemain sebanyak lapan orang, gelanggang galah pnjang mengandungi 3 baris. Permainan ini melibatkan kepakaran seorang ketua atau ibu untuk mengawal gerakan anak buah bagi pihak yang mengawal gelanggang. Manakala kecekapan dan kepantasan teruji kepada pihak yang menempuh gelanggang. Jika pihak menempuh gelanggang mempunyai kebijaksanaan menempuh gelanggang, maka mereka boleh menang dengan mudah.

Gelanggang Galah Panjang

Kawasan permainan yang sederhana luas diperlukan, samada di atas tanah, kawasan bertar atau bersimen atau di atas padang. Tiada ukuran khas penetapan yang perlu dipatuhi, tetapi dianggarkan antara enam hingga lapan meter lebar dan jarak bagi setiap garisan lintang gelanggang adalah antara tiga hingga empat meter. Jumlah garisan lintang bagi awak-awak tidak terhad, ia mengikut jumlah pemain bagi setiap pasukan.Sebagai penanda garisan, akan digunakan tepung atau tali jika dimainkan di atas padang. Cat juga boleh digunakan sekiranya gelanggang simen. Tetapi kebanyakan kanak-kanak akan melorekkan garisan tersebut di atas tanah sahaja.

Objektif permainan1. Mengeratkan silaturahim semasa permainan.2. Mengekalkan warisan budaya masyarakat melayu.3. Menguatkan semangat berkerjasama dalam setiap kumpulan.4. Menguji kepintaran, kecekapan dan kepantasan setiap pemain.5. Menguji kebijaksanaan mengatur strategi dan kepakaran melepasi halangan-halangan.6. Menguji daya tahan kardiovaskular, ketangkasan dan tindak balas pemain.7. Memupuk minat pemain untuk terus bermain permainan galah panjang.

Prosedur permainan galah panjang1. Permainan ini dimain oleh dua kumpulan pada masa yang sama. Salah seorang dari ahli kumpulan itu akan dilantik sebagai ketua dan lainnya adalah sebagai awak-awak sahaja. 2. Ketua dari kedua-dua kumpulan akan mengundi siapa yang menjaga gelanggang dan siapa yang menempuh gelanggang. 3. Selepas penentuan, kumpulan yang menjaga gelanggang akan menjaga gelanggang dengan berpijak di atas garisan yang dilukis atau ditanda sebelum permainan dimulakan. 4. Ketua akan menjaga garisan tengah dan bebas pergi kemana-mana garisan depan atau belakang. 5. Kumpulan yang menempuh gelanggang akan berkumpul di depan garisan permulaan, seterusnya ketua menempuh akan menyapa dengan menaikkan tangan dengan ketua pihak lawan. Seterusnya mereka berlari masuk ke dalam gelanggang. 6. Penjaga akan menjaga kawasannya agar pihak penempuh tidak melepasi garisan yang dijaganya. 7. Penempuh akan menempuh sampai melepasi garisan paling akhir tanpa disentuh oleh penjaga gelanggang dan kemudiannya berpatah balik ke garisan permulaan. 8. Kemenangan tercapai apabila anak buah yang terakhir telah melepasi garisan paling akhir dan kembali semula ke garisan permulaan. 9. Jika penjaga gelanggang dapat menyentuh anak buah penempuh, maka anak buah akan mati atau tamat gilirannya bermain dan dikehendaki keluar gelanggang. Sekiranya semua pemain mati, pasukan penempuh akan dikira kalah.10. Jika penjaga gelanggang menyentuh ketua penempuh, maka seluruh ahli penempuh akan tamat giliran dan akan bertukar giliran antara penjaga dan penempuh.11. Namun begitu, sekiranya ketua penempuh berjaya menghabiskan giliran pemainannya, maka kemenangan diberikan kepada kumpulan penempuh. Secara tidak langsung, kumpulan penempuh mendapat satu markah.

Peraturan permainan1. Jika penjaga gelanggang dapat menyentuh anak buah, maka anak buah akan mati atau tamat gilirannya bermain dan dikehendaki keluar gelanggang. 2. Jika penjaga gelanggang menyentuh ketua, maka seluruh ahli penempuh akan tamat giliran dan akan bertukar giliran antara penjaga dan penempuh. 3. Pemain pasukan penyerang tidak boleh berundur kebelakang setelah melepasi garisan gelanggang, ia dikira mati yang akan menyebabkan pertukaran kedudukan pasukan.4. Pasukan penyerang dikira menang jika salah seorang dari pemainnya dapat melepasi kesemua garisan hingga kembali ke garisan permulaan. Satu mata diberikan kepada pasukan ini dan permainan akan dijalankan semula.5. Mana-mana pasukan yang dapat mengumpul mata tertinggi akan dikira memenangi perlawanan tersebut.6. Jangkamasa satu set permainan ialah 10 minit. Setiap pasukan hendaklah mengutip seberapa banyak mata dalam jangkamasa ini.

Aspek keselamatani. Mengenal pasti kemampuan, tahap dan kecergasan pemain semasa melakukan aktiviti.ii. Kemudahan peralatan.iii. Peka terhadap persekitaran atau tempat beraktiviti.iv. Penyeliaan, arahan dan bimbingan.v. Latihan yang sistematik.vi. Perlakuan pemain

Senarai peralatan1. Tali / pita berwarna merah putih2. Pengukur3. 8 buah kon 4. Jam randik

Gambar rajah

Rajah 1 Permulaan permainan

Rajah 2 semasa permainan berlangsung semasa penempuh menempuh masuk gelanggang.

Rajah 3 penempuh cuba masuk ke garisan terakhir dan cuba kembali ke garisan permulaan untuk menamatkan permainan.

Rajah 4Rajah 5Rajah 4 dan Rajah 5 penempuh cuba untuk kembali ke garisan permulaan/garisan penamat. Ada juga anak buah penempuh tersentuh dan keluar dari gelanggang.

Rajah 6 semua penempuh berjaya menghabiskan giliran. Penempuh mendapat satu markah.

Rajah 7 Sekiranya ketua penempuh berjaya menghabiskan gilirannya, maka penempuh dikira menang. Penempuh mendapat satu markah.

Rajah 8 Sekiranya semua penempuh disentuh oleh pihak penjaga, maka penjaga dikira menang. Penjaga mendapat satu markah.

Rajah 9 Sekiranya ketua penempuh disentuh oleh penjaga, maka penjaga dikira menang. Penjaga mendapat satu markah.

Contoh gambar permainan Galah Panjang

Borang PermarkahanNama kumpulan : ....BilMarkah/skor kumpulanSkor kumpulan lawanCatatan kumpulan

Nama kumpulan lawanMarkah kumpulan lawan

13Cokelat3Menang

22Flip Flapp1Menang

34Butter Comics2Menang

Jadual keputusan keseluruhan

Kumpulan A Separuh akhir Akhir

Kumpulan DKumpulan CKumpulan B

Pemenang

Rajah 1.1 menunjukkan keputusan pertandingan galah panjang.

Rujukan http://malaysiana.pnm.my/03/0306galah_panjang.htm http://ms.wikipedia.org/wiki/Galah_panjang http://memori-kedah.net/page_pengenalan.php?p=1&idstopic=29&mtopic=3http://blog.xanda.org/?p=357 http://memori-kedah.net/page_pengenalan.php?