sukan - penang

19
Anjung PDTSPT Bil 1/2013 | SUKAN SUKAN PETANDA 2013 http://spt.penang.gov.my | www.facebook.com/pdtspt.pulaupinang BULETIN RASMI PEJABAT DAERAH DAN TANAH SEBERANG PERAI TENGAH | EDARAN DALAMAN SAHAJA (PERCUMA) PUSPANITA BUBUR LAMBUK BERITA BAHAGIAN AMALAN PERSEKITARAN BERKUALITI 5S

Upload: others

Post on 29-Nov-2021

13 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: SUKAN - Penang

Anjung PDTSPT Bil 1/2013 |

SUKAN SUKAN PETANDA 2013

http://spt.penang.gov.my | www.facebook.com/pdtspt.pulaupinang

BULETIN RASMI PEJABAT DAERAH DAN TANAH SEBERANG PERAI TENGAH | EDARAN DALAMAN SAHAJA (PERCUMA)

PUSPANITA BUBUR LAMBUK

BERITA BAHAGIAN AMALAN PERSEKITARAN BERKUALITI 5S

Page 2: SUKAN - Penang

Anjung PDTSPT Bil 1/2013 | 2

Penasihat Tuan Haji Jusni bin Haji Ismail

Ketua Pengarang Puan Masirah binti Che Ani

Ketua Editor Cik Marhaini Binti Abu Bakar

Penolong Ketua Editor Haji Saiful Azli Bin Mohamed Nor

Sidang Pengarang Puan Nor Farahani binti Saad Encik Mohd Tajuddin bin Ramli Encik Suhaidi bin Sulaiman

Puan Nurul Asmaa' binti Ismail Encik Ibrahim bin Mohd Ali

Wartawan Puan. Nor Diyana binti Azmi Encik Mohd Zaini bin Omar

Cik Zarirah Binti Bahri Encik Nurafnan bin Zakaria

Pereka Grafik Encik Nurul Hafizi bin Abu Bakar Puan Mumtazah binti Masnin

Jurufoto Encik Muhamad Anwar Bin Abu Hahan Encik Mohammad Rusdi Bin Ismail

Penjilidan Encik Ahmad Faiz Bin Omar

Pengedar Encik Azmi Bin Wan Chik

HUBUNGI KAMI

PEJABAT DAERAH DAN TANAH SEBERANG PERAI TENGAH JALAN BETIK, SUNGAI RAMBAI 14000 BUKIT MERTAJAM PULAU PINANG Tel : 04-5402360 Fax : 04-5399549 Email : [email protected]

LAMAN SESAWANG

http://spt.penang.gov.my

MEDIA SOSIAL

www.facebook.com/pdtspt.pulaupinang

GPS PDTSPT

+5° 21' 13.50", +100° 27' 9.24"

Page 3: SUKAN - Penang

Anjung PDTSPT Bil 1/2013 | 3

SEKAPUR SIRIH

Dari Tinta penasihat 4

PENA PENGARANG

Dari Pena Ketua Pengarang 4

BERITA BAHAGIAN

Amalan Persekitaran Berkualiti 5S

Perhimpunan Bulanan

5

7

Berita Bergambar

Sambutan hari Kemerdekaan Ke-56 Peringkat Negeri Pulau

Pinang

Audit Persijilan Amalan Prsekitaran Berkualiti 5S Oleh MPC

8

9

KELAB PDTSPT

Garapan Jawatankuasa Baru Membuka Wadah Yang

Berkesan

Aktiviti Yang Telah Direalisasikan

10

11

PUSPANITA SPT

Program Puspanita Daerah SPT Mulai Mei-Ogos 2013 15

AGAMA/ILMIAH

Adap Memakai Kasut 18

SUKAN

Sukan Petanda 2013 19

ISI KANDUNGAN

Page 4: SUKAN - Penang

Anjung PDTSPT Bil 1/2013 | 4

Assalamualaikum Warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera Alhamdulillah syukur kehadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurniaNya , Anjung SPT dapat dikeluarkan pada kali ini.Anjung SPT adalah merupakan salah satu wadah kreatif serta saluran yang memberi peluang kepada se-mua warga PDTSPT untuk berkongsi idea,ilmu pengeta-huan dan pengalaman.Inisiatif kreatif ini juga menjadi saluran dalam menyebarkan maklumat berkaitan aspirasi dan program-program Kerajaan Negeri kepada masyara-kat. Syabas dan tahniah kepada Sidang Editor Anjung SPT kerana telah berjaya mengembleng tenaga ,idea dan masa bagi menerbitkan buletin yang sangat informatif ini.Saya berharap agar usaha murni ini akan dapat diteruskan dalam menghasilkan penerbitan yang lebih menarik lagi pada masa hadapan supaya bakat-bakat terpendam serta daya kreativiti di kalangan warga PDTSPT dapat dicungkil menerusi penerbitan Anjung SPT.Semoga warga PDTSPT akan lebih proaktif, unggul dan cemerlang di mata masyarakat. Sekian,terima kasih PENASIHAT, Tuan Haji Jusni Bin Ismail Pegawai Daerah SPT

Sayang merbah di pohon cemara Terbangnya tinggi mencecah purnama Assalamualaikum pembuka bicara Anjung SPT diberi nama

Alhamdulillah,dengan semangat kerjasama,dedikasi dan komitmen yang tinggi di kalangan Sidang Redaksi dan juga warga PDTSPT, Anjung SPT diterbitkan sebagai pencetus perubahan PDTSPT.Edisi ini juga mengeten-gahkan isu berkaitan semangat kerja berpasukan di kalangan warga PDTSPT.

Sememangnya semangat kerja berpasukan adalah ele-men yang amat penting dalam sesuatu organisasi.Kerja berpasukan secara efektif akan membuahkan kejayaan. Dalam hal ini, kerja berpasukan merupakan salah satu bentuk pengurusan dan prasyarat penting bagi membina kesatuan demi mencapai kejayaan organisasi tersebut.

Sehebat mana pun seseorang itu dalam melakukan kerja, dia pasti memerlukan bantuan serta gandingan orang lain. Kerja yang dilakukan oleh sebuah pasukan tentunya lebih baik berbanding kerja yang dilakukan se-cara bersendirian dari segi kualiti dan kuantiti.

Allah SWT mencintai mereka yang gemar melakukan kerja secara berpasukan atau melalui organisasi yang tersusun, sehingga digambarkan mereka itu seumpama sebuah bangunan yang kukuh serta utuh.

Firman Allah SWT: Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berjuang untuk membela agama-Nya, dalam barisan yang teratur rapi, seolah-olah mereka se-buah bangunan yang tersusun kukuh. (As-Saff: 4)

Melalui kerja berpasukan, semua pihak akan dilibatkan untuk menjayakan sesuatu objektif.Dengan mengambil contoh dalam mendapatkan Persijilan 5S,setiap daripada zon yang terlibat masing-masing berpadu tenaga me-mastikan mereka adalah yang terbaik dan cuba me-menuhi kriteria pengauditan. Sekiranya sesuatu zon tersebut berjaya untuk mencapai objektif yang disasar-kan, maka kejayaan tersebut perlu dikongsi bersama ker-ana semua pihak telah memainkan peranan serta tang-gungjawab masing-masing.Ini secara tidak langsung akan membangkitkan semangat motivasi di kalangan anggota zon dan organisas untuk bergerak bagi menca-pai kejayaan demi kejayaan. Ayuh!Kita semarakkan se-mangat kerja berpasukan ini agar ia sentiasa subur dan bercambah di jiwa warga PDTSPT.

“Seiring sejalan adalah satu permulaan,sehati sejiwa adalah satu perkembangan, berganding bahu adalah satu kejayaan.”-Henry Ford

Sehingga bertemu lagi di lain bicara. KETUA PENGARANG, Masirah Binti Che Ani

Page 5: SUKAN - Penang

Anjung PDTSPT Bil 1/2013 | 5

BERITA BAHAGIAN PEMBANGUNAN

AMALAN PERSEKITARAN BERKUALITI 5S

Pada tahun 2013 Pejabat kita telah diberikan satu sasaran iaitu 5S. Seperti yang semua sedia mak-lum, 5S merupakan salah satu kaedah atau cara untuk memberikan keselesaan kepada warga kerja PDTSPT. Unit Pembangunan juga tidak terlepas dari melaksanakan amalan 5S. Jika sebelum ini da-pat dilihat bahawa pemandangan di Unit Pembangunan hanya tidak kurang seperti kapal yang karam tetapi kini telah berubah wajah menjadi seperti sebuah pejabat korporat. Beginilah keadaannya sebe-lum amalan pelaksanaan dilaksanakan:-

Oleh : Afnan

Page 6: SUKAN - Penang

Anjung PDTSPT Bil 1/2013 | 6

BERITA BAHAGIAN PEMBANGUNAN

AMALAN PERSEKITARAN BERKUALITI 5S

Sesudah Sijil Pelaksanaan 5S diperoleh beginilah wajah yang terbaru dari Unit Pembangunan. Satu perubahan yang ketara telah berlaku selepas memperolehi sijil.

Oleh : Afnan

Page 7: SUKAN - Penang

Anjung PDTSPT Bil 1/2013 | 7

BERITA BAHAGIAN PEMBANGUNAN

PERHIMPUNAN BULANAN

Sesi kedua Perhimpunan Tahunan PDTSPT telah diadakan pada 14 Mei 2013 anjuran Unit Pemban-gunan. Pada perhimpunan tersebut, Tuan Pegawai Daerah telah menyarankan agar warga kerja PDTSPT memberikan komitmen dalam menjalankan tugas yang telah diamanahkan. Beliau juga mengingatkan bahawa pada tahun ini PDTSPT akan memohon Persijilan 5S. Beliau juga menyeru warga kerja PDTSPT supaya memberikan kerjasama serta memupuk semangat kerja pasukan bagi memperoleh Sijil Amalan Pelaksanaan 5S. Pada majlis tersebut juga diraikan kakitangan yang men-yambut ulang tahun kelahiran pada bulan April, Mei dan Jun. Pejabat juga memberi pengiktirafan kepada kakitangan PDTSPT yang tidak pernah mengambil cuti selama tiga tahun berturut-turut serta hari tersebut juga Pegawai Daerah merasmikan Majlis Pelancaran 5S. Pada majlis tersebut juga, warga kerja meraikan perpisahan Encik Rosfihan Bin Othman yang bertukar ke Pejabat Tanah Dan Galian. Beliau telah berkhidmat sepanjang dua tahun di PDTSPT. Pihak PDTSPT juga mengucapkan ribuan terima kasih atas jasa dan sumbangan yang diberikan. Semoga Encik Rosfihan berjaya di masa yang akan datang di tempat yang baru.

Oleh : Afnan

Page 8: SUKAN - Penang

Anjung PDTSPT Bil 1/2013 | 8

Oleh : Rusdi & Anwar

Pada Majlis Sambutan Hari Malaysia Peringkat Negeri Pulau Pinang yang diadakan di Dewan Sri Pi-nang semalam (16 September 2013), Kontinjen Pejabat Daerah dan Tanah Seberang Perai Tengah telah dinobatkan sebagai Johan Pertandingan Kawad Hari Kemerdekaan Ke-56 Peringkat Negeri Pulau Pi-nang,Kategori Sektor Awam. Kontinjen menerima piala pusingan, trofi, sijil dan cek bernilai RM1,500. Hadiah disampaikan oleh Tuan Yang Terutama Tun Dato’ Seri Utama (DR.) Haji Abdul Rahman bin Haji Abbas, Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang dan diterima oleh Haji Jusni Ismail, Pegawai Daerah PDT SPT.

SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN KE-56

PERINGKAT NEGERI PULAU PINANG

Page 9: SUKAN - Penang

Anjung PDTSPT Bil 1/2013 | 9

Oleh : Rusdi & Anwar

Pada 28 Ogos 2013 yang lalu, PDTSPT telah menerima kunjunggan daripada Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPc) bagi Sesi Pengauditan Amalan Persekitaran Berkualiti 5S. Sesi pengauditan dimulakan dengan perbrntangan slide di Bilik Mesyuarat Wira Bestari, PDTSP dan seterusnya semakan di ruang kerja dan amalan 5S yang telah di lakukan oleh kakitangan PDTSPT. Setelah hampir berbulan-bulan semua kakitangan bertungkus lumus untuk menjayakan Amalan 5S akhirnya PDTSPT telah berjaya diiktiraf dan diberikan Sijil Amalan Persekitaran Berkualiti 5S pada hari tersebut. TAHNIAH KEPADA SEMUA WARGA PDTSPT.

AUDIT PERSIJILAN AMALAN PERSEKITARAN

BERKUALITI 5S OLEH MPC

Page 10: SUKAN - Penang

Anjung PDTSPT Bil 1/2013 | 10

GARAPAN JAWATANKUASA BARU

MEMBUKA WADAH YANG BERKESAN

Mesyuarat Agong merupakan satu agenda tahunan yang sentiasa dilaksanakan bagi memantapkan segala urustadbir pengurusan Kelab. Melalui mesyuarat agong pelbagai agenda cuba dirangka di samping pelantikan ahli jawatankuasa yang baru agar kelab lebih berdaya maju. Ribuan terima kasih diucapkan kepada Ahli Jawatankuasa yang lama yang selama ini banyak menabur bakti dalam menjayakan pelbagai aktiviti.

Dengan pelantikan jawatankuasa yang baru ini pelbagai agenda telah direalisasikan selaras dengan usaha untuk memantapkan ke-sepaduan antara ahli. Satu pertandingan mencipta logo Kelab telah dilaksanakan pada 13 Mei hingga 3 Jun 2013. Pada tanggal 2 ogos 2013 Majlis Pelancaran Logo telah dilaksanakan dengan jayanya. Dengan pelancaran logo ini kelab yakin mampu menyepadukan ahlinya. KESAH adalah ringkasan bagi Kelab Sukan dan Kebajikan Seberang Perai Tengah. Logo yang bermotifkan segitiga yang ditengah-tengahnya tertulis SPT ini melambangkan konsep saling bergantungan antara tiga komposisi utama Pejabat Daerah dan Tanah Seberang Perai Tengah iaitu Bahagian Khidmat Pengurusan, Bahagian Pembangunan dan Bahagian Pengurusan Tanah. Warna-warna seperti merah, biru dan kuning melambangkan kenyataan berikut :-

Merah Warna merah dilambangkan sebagai tenaga, kekuatan, keghairahan, keriangan, ketabahan, matlamat kerjaya dan kepimpinan.

Biru Dikaitkan dengan warna laut dan langit yang memberi ketenangan dan kebebasan. dilambang-kan sebagai perlindungan, inspirasi rohani, ketenangan, keyakinan, keamanan, pemikiran yang tinggi, kesetiaan dan keikhlasan

Kuning Melambangkan kebahagiaan dan keriangan, kebijaksanaan, imaginasi, minat, semangat,

harapan, ingatan, pengikut, optimis dan kepercayaan

Oleh : Tajuddin

Page 11: SUKAN - Penang

Anjung PDTSPT Bil 1/2013 | 11

AKTIVITI YANG TELAH DIREALISASIKAN

Oleh : Tajuddin

Pemberian sumbangan Aidilfitri kepada golongan fakir miskin Daerah Seberang Perai Tengah

Page 12: SUKAN - Penang

Anjung PDTSPT Bil 1/2013 | 12

AKTIVITI YANG TELAH DIREALISASIKAN

Oleh : Tajuddin

Majlis Mesra Aidilfitri 2013 dan sumbangan aidilfitri kepada ahli Anjuran Kelab Kebajikan dan Sukan Pejabat Daerah dan Tanah Seberang Perai Tengah

Page 13: SUKAN - Penang

Anjung PDTSPT Bil 1/2013 | 13

AKTIVITI YANG TELAH DIREALISASIKAN

Oleh : Tajuddin

Sambutan Ulang Tahun Kelahiran Ahli di samping meraikan kejayaan dinobatkan sebagai Johan Pertandingan Kawad Merdeka bagi sektor Awam 2013

Page 14: SUKAN - Penang

Anjung PDTSPT Bil 1/2013 | 14

AKTIVITI YANG TELAH DIREALISASIKAN

Oleh : Tajuddin

Perlawanan Persahabatan dengan Kelab Sukan Puket Thailand 15 September 2013 Usaha-usaha jawatankuasa yang baru ini telah memantapkan silatulrahim antara kakitangan Pe-jabat Daerah dan Tanah Seberang Perai Tengah. Moga usaha ini mendapat keberkatan dari Ilahi serta berterusan hendaknya.

Page 15: SUKAN - Penang

Anjung PDTSPT Bil 1/2013 | 15

Program PUSPANITA Daerah Seberang

Perai Tengah mulai Mei – Ogos 2013

Pada tanggal 21 Jun 2013, satu majlis ilmu ‘Ihya Ramadhan’ anjuran PUSPANITA Daerah Seber-

ang Perai Tengah (SPT) telah diadakan bertempat di Bilik Gerakan Wira Bestari, Pejabat Daerah dan

Tanah SPT. Ustaz Mohammad Ammar bin Noor Rahmat dari Sekolah Agama Talbiah Diniah Kulim, Kedah

telah diundang sebagai penceramah jemputan bagi mengupas mengenai kelebihan serta fadilat bulan

Ramadhan. Rata-rata beserta berpuas hati dengan perkongsian ilmu yang diberikan.

Oleh : Farahani

Page 16: SUKAN - Penang

Anjung PDTSPT Bil 1/2013 | 16

Buat julung kalinya, pada 22 Julai 2013 PUSPANITA Daerah SPT telah menganjurkan Majlis Me-

masak Bubur Lambuk dengan kerjasama Ahli Qaryah Masjid Daerah Seberang Perai Tengah. Majlis yang

bertempat di Masjid Daerah Seberang Perai Tengah itu diadakan secara gotong royong bersempena

meraikan sambutan bulan Ramadhan Al-Mubarak. Penganjuran majlis seumpama ini bukan sahaja dapat

mengeratkan lagi hubungan silaturrahim di antara ahli PUSPANITA dan orang awam malah sekaligus da-

pat mendidik ahli supaya mengimarahkan masjid dan menjalinkan hubungan erat bersama komuniti

Qaryah masjid.

Oleh : Farahani

Page 17: SUKAN - Penang

Anjung PDTSPT Bil 1/2013 | 17

Majlis Tadarus dan Khatam Al-Quran yang merupakan program tahunan PUSPANITA SPT telah diadakan

pada 31 Julai 2013. Program yang bertempat di Surau Jalan Betek, Pejabat Daerah dan Tanah SPT telah

dihadiri oleh ahli-ahli PUSPANITA, JKKK dan kakitangan Pejabat Daerah dan Tanah SPT. Setiap peserta

yang hadir akan dibahagikan kepada kumpulan masing-masing dan setiap kumpulan diberi tugasan untuk

menghabiskan bacaan Al-Quran sekurang-kurangnya satu (1) juzu’ pada masa tersebut. Selepas tamatnya

majlis berkenaan, PUSPANITA SPT turut membuat lawatan turun padang ke rumah anak-anak yatim

“Rumah Permata Kasih” untuk memberi sumbangan kepada anak-anak yatim di situ. Program seperti ini

dapat memupuk sikap ahli supaya sentiasa prihatin dengan kebajikan mereka yang kurang bernasib baik.

Oleh : Farahani

Page 18: SUKAN - Penang

Anjung PDTSPT Bil 1/2013 | 18

Adap Memakai Kasut

Melalui hadith yang diriwayatkan oleh Al-Bukhari

menjelaskan bahawa;

Dari Abu Hurairah r.a. Rasulullah S.A.W bersabda “

Jika kamu memakai sandal(kasut), pakailah yang

kanan terlebih dahulu. Tetapi jika membukanya,

yang kiri dahulu dibuka.Maka yang kanan adalah

yang mula-mula dipakai dan yang terakhir dibuka.”

Sumber: Sahih Bukhari

Berdasarkan hadith dari Aishah r.a yang bermaksud

“ Adalah nabi Muhammad S.A.W memulai dengan

kanan dalam hal memakai kasut,bersisir,bersuci dan

dalam semua perkara”.

Tertib memakai kasut

• Mulakan dengan bacaab Basmalah(Lafaz

bismillah)

• mengetok atau mengangkat kasut sebelum

dipakai bagi mengelakkan sekirany ada ser-

angga,batu atau sebagainya di dalam kasut.

• Seeloknya berstokin jika berkasut kerana

dikhuatiri akan mencederakan kulit kaki atau

kaki berbau.

• Mulakan dengan kaki kanan dan diikuti kaki

kiri.

• Menanggalkan kasut di kaki kiri dan diikuti

kaki kanan.

• Memulakan langkah dengan kaki kanan.

• Berjalanlah dengan tenang,bersabar dan

tidak tergopoh gapah serta berjalanlah dengan

mengharapkan keselamatan dan keredhaan Al-

lah S.W.T.

Oleh : Haji Saiful Azli

Page 19: SUKAN - Penang

Anjung PDTSPT Bil 1/2013 | 19

SUKAN PETANDA 2013

Bukit Mertajam : Pada 10 Jun sehingga 1 Julai 2013 yang lalu telah berlangsung satu kejo-hanan Sukan Petanda antara Pejabat-Pejabat Daerah dan Pejabat Tanah dan Galian Negeri Pulau Pinang.

Sebanyak 11 acara sukan telah dipertandingkan iaitu Bowling, Takraw, Bola Jaring Lelaki dan Wanita, Futsal, Bola Tampar Lelaki dan Wanita, Badminton, Pentaque, Dart, Congkak, Karom dan Ping Pong.

Kontinjen PDTSPT telah menunjukkan satu anjakan prestasi yang membanggakan dengan berjaya menduduki tempat Ke 3 dalam kejohanan Sukan Petanda ini. Acara Penutup Kejo-hanan ini telah disempurnakan oleh YB Dato' Farizan bin Darus, SUK Kerajaan Negeri Pu-lau Pinang pada 1 Julai 2013 di Hotel Seri Malaysia, Kepala Batas.

Tahniah diucapkan kepada semua atlet-atlet PDTSPT yang telah berjaya menaikkan

nama PDTSPT dalam kejohanan Sukan Petanda pada tahun ini. Semoga pada tahun 2014

Kontinjen PDTSPT akan terus Cemerlang ,Gemilang dan Terbilang.

Oleh : Suhaidi