suasana eksotik the ranee

1
UTUSAN MALAYSIA SABTU 30 NOVEMBER 2013 29 S2 GAYA HIDUP SUSUN atur kontemporari serba mewah The Ranee turut ditampilkan di dalam bilik mandi dan tandas. ELEMEN klasik, etnik dan kontemporari diterap penuh teliti di setiap ceruk The Ranee termasuk The Reading Lounge. THE Ranee berhadapan dengan kompleks Dewan Undangan Negeri (DUN) yang terletak di seberang Sungai Sarawak. Oleh ZAAIN ZIN [email protected] K ISAH permaisuri klasik di zaman kolonial, paparan eksotik etnik pribumi Sarawak serta gaya hidup kontemporari yang serba eksklusif. Tiga elemen ini berjaya diadun sempurna sebagai tema utama yang melatarinya sekali gus menjadikan The Ranee Boutique Suites (The Ranee) bukan sekadar indah pada nama. Diilhamkan daripada gelaran permaisuri Sarawak ketika era pemerintahan dinasti Brooke, The Ranee dibuka sejak Jun tahun lalu dan merupakan antara pelopor kepada konsep hotel butik di Sarawak. Lebih menarik, dalam tempoh setahun The Ranee beroperasi, hotel itu sudah mendapat pelbagai ulasan positif di laman web pengembaraan seperti hotels.com, asiarooms.com, agoda.com dan asiawebdirect.com. “The Ranee amat berbaloi untuk setiap wang yang dilaburkan kerana saya menikmati pengalaman penginapan jauh lebih baik berbanding sesetengah hotel lain yang memiliki nama lebih besar.” Demikian reaksi salah seorang pengunjung dari Australia yang dipetik dalam laman web panduan penginapan antarabangsa, hotels.com. Pengarah Urusan The Ranee, Rosemarie Wong ketika ditemui S2 baru-baru ini mengakui mereka bertuah kerana hotel itu terletak di lokasi strategik iaitu Jalan Main Bazaar yang berada di tengah-tengah bandar raya Kuching. Selain berpeluang menikmati panorama indah Sungai Sarawak, deretan rumah kedai lama yang didirikan sejak kurun ke-19 di kiri dan kanan The Ranee membuatkan pengunjung terasa seolah-olah berada di zaman kolonial British. Malah ujar Rosemarie, The Ranee sendiri merupakan bangunan kedai lama yang diubah suai menjadi sebuah hotel. “Lokasi strategik memang satu kelebihan, namun tidak bermakna kami perlu bergantung sepenuhnya kepada faktor itu untuk menarik kehadiran tetamu supaya menginap di sini. “Kami sebaliknya berusaha mencipta kelainan dengan menerokai konsep hotel butik dan menawarkan penginapan eksklusif yang serba mewah kepada pelanggan,” katanya. Menurut Rosemarie, pihak pengurusan pada awalnya mahu menjadikan The Ranee sebagai hotel bajet. “Apabila kami melalui peringkat merangka konsep untuk hotel ini, lakaran reka bentuk yang dihasilkan tampak sangat mewah. Jadi kami terfikir, apa salahnya menerokai konsep baharu yang semakin berkembang iaitu hotel butik. “Golongan sasar kami adalah pengembara yang datang ke Kuching atas urusan perniagaan, namun mahu mencuba kelainan berbanding menginap di hotel konvensional serta pengembara yang mendambakan penginapan mewah, namun masih bercirikan sesuatu yang unik,” katanya. Sebagai sebuah hotel butik yang bersifat peribadi, The Ranee mementingkan keselesaan optimum para pelanggannya. Selain luas, kesemua 24 suite yang terdapat di hotel ini memiliki susun atur dan hiasan dalaman mewah, klasik serta kaya dengan ‘jiwa’ eksotik pribumi Sarawak. Menariknya, setiap suite ditampilkan berbeza antara satu sama lain dari segi karakter, hiasan, reka bentuk serta saiz. Konsep itu benar-benar menjadikan semua suite berkenaan bersifat eksklusif untuk para penginap. Penerapan elemen klasik, etnik dan kontemporari yang diadun sempurna tidak terhad di dalam suite-suite mewahnya. Tiga elemen utama tersebut sebaliknya diterap penuh teliti di setiap ceruk The Ranee. Malah, ruang kosong di bawah tangga juga dimanfaat sebaik mungkin oleh pihak pengurusan yang memilih untuk meletakkan objek klasik termasuk sebuah beca tua untuk mewujudkan ‘mood vintaj'. Sementara itu, panel anyaman mengkuang dengan motif masyarakat Dayak yang disusun memanjang di siling lobi, antara hiasan unik yang paling mencuri tumpuan sesiapa sahaja yang baru melangkah masuk ke dalam The Ranee. “Tetamu kami sentiasa terpegun dengan apa yang mereka lihat dan alami di The Ranee. “Kemewahan yang terlindung di sebalik kesederhanaan serta ketenangan yang dinikmati meskipun berdepan kesibukan hakiki. Saya berani kata, dua perkara ini menjadikan The Ranee ibarat sebutir permata yang tersembunyi,” kata Rosemarie. Suasana eksotik The Ranee

Upload: dangthuy

Post on 07-Feb-2017

233 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: Suasana eksotik The Ranee

UTUSAN MALAYSIASABTU 30 NOVEMBER 2013 29S2 GAYA HIDUP

SUSUN atur kontemporariserba mewah The Ranee turutditampilkan di dalam bilikmandi dan tandas.

ELEMEN klasik, etnik dankontemporari diterap penuhteliti di setiap ceruk The Raneetermasuk The Reading Lounge.

THE Ranee berhadapan dengankompleks Dewan UndanganNegeri (DUN) yang terletakdi seberang Sungai Sarawak.

Oleh ZAAIN [email protected]

KISAH permaisuri klasikdi zaman kolonial,paparan eksotik etnikpribumi Sarawak sertagaya hidup

kontemporari yang serba eksklusif.Tiga elemen ini berjaya diadun

sempurna sebagai tema utamayang melatarinya sekali gusmenjadikan The Ranee BoutiqueSuites (The Ranee) bukan sekadarindah pada nama.

Diilhamkan daripada gelaranpermaisuri Sarawak ketika erapemerintahan dinasti Brooke, TheRanee dibuka sejak Jun tahun lalu danmerupakan antara pelopor kepadakonsep hotel butik di Sarawak.

Lebih menarik, dalam tempohsetahun The Ranee beroperasi,hotel itu sudah mendapatpelbagai ulasan positif di lamanweb pengembaraan sepertihotels.com, asiarooms.com,agoda.com dan asiawebdirect.com.

“The Ranee amat berbaloiuntuk setiap wang yangdilaburkan kerana sayamenikmati pengalamanpenginapan jauh lebih baikberbanding sesetengah hotel lain

yang memiliki nama lebih besar.”Demikian reaksi salah seorang

pengunjung dari Australia yangdipetik dalam laman webpanduan penginapanantarabangsa, hotels.com.

Pengarah Urusan The Ranee,Rosemarie Wong ketika ditemui S2baru-baru ini mengakui merekabertuah kerana hotel itu terletak dilokasi strategik iaitu Jalan MainBazaar yang berada di

tengah-tengah bandar raya Kuching.Selain berpeluang menikmati

panorama indah Sungai Sarawak,deretan rumah kedai lama yangdidirikan sejak kurun ke-19 di kiridan kanan The Raneemembuatkan pengunjung terasaseolah-olah berada di zamankolonial British.

Malah ujar Rosemarie, TheRanee sendiri merupakanbangunan kedai lama yang diubah

suai menjadi sebuah hotel.“Lokasi strategik memang satu

kelebihan, namun tidak bermaknakami perlu bergantungsepenuhnya kepada faktor ituuntuk menarik kehadiran tetamusupaya menginap di sini.

“Kami sebaliknya berusahamencipta kelainan denganmenerokai konsep hotel butik danmenawarkan penginapaneksklusif yang serba mewahkepada pelanggan,” katanya.

Menurut Rosemarie, pihakpengurusan pada awalnya mahumenjadikan The Ranee sebagaihotel bajet.

“Apabila kami melaluiperingkat merangka konsep untukhotel ini, lakaran reka bentukyang dihasilkan tampak sangatmewah. Jadi kami terfikir, apasalahnya menerokai konsepbaharu yang semakin berkembangiaitu hotel butik.

“Golongan sasar kami adalahpengembara yang datang keKuching atas urusan perniagaan,namun mahu mencuba kelainanberbanding menginap di hotelkonvensional serta pengembarayang mendambakan penginapanmewah, namun masih bercirikansesuatu yang unik,” katanya.

Sebagai sebuah hotel butikyang bersifat peribadi, The Raneemementingkan keselesaanoptimum para pelanggannya.

Selain luas, kesemua 24 suiteyang terdapat di hotel ini memilikisusun atur dan hiasan dalamanmewah, klasik serta kaya dengan‘jiwa’ eksotik pribumi Sarawak.

Menariknya, setiap suiteditampilkan berbeza antara satusama lain dari segi karakter, hiasan,

reka bentuk serta saiz. Konsep itubenar-benar menjadikan semuasuite berkenaan bersifat eksklusifuntuk para penginap.

Penerapan elemen klasik, etnik dankontemporari yang diadun sempurnatidak terhad di dalam suite-suitemewahnya. Tiga elemen utamatersebut sebaliknya diterap penuh telitidi setiap ceruk The Ranee.

Malah, ruang kosong di bawahtangga juga dimanfaat sebaik mungkinoleh pihak pengurusan yang memilihuntuk meletakkan objek klasiktermasuk sebuah beca tua untukmewujudkan ‘mood vintaj'.

Sementara itu, panel anyamanmengkuang dengan motif masyarakatDayak yang disusun memanjang disiling lobi, antara hiasan unik yangpaling mencuri tumpuan sesiapasahaja yang baru melangkah masukke dalam The Ranee.

“Tetamu kami sentiasa terpegundengan apa yang mereka lihat danalami di The Ranee.

“Kemewahan yang terlindung disebalik kesederhanaan sertaketenangan yang dinikmatimeskipun berdepan kesibukanhakiki. Saya berani kata, duaperkara ini menjadikan The Raneeibarat sebutir permata yangtersembunyi,” kata Rosemarie.

Suasana eksotik The Ranee