struktur tingkap

39
STRUKTUR-STRUKTUR BINAAN C1001/UNIT7/28 OBJEKTIF KHUSUS Di akhir unit ini anda dapat : Mengenal dan menamakan pelbagai jenis pintu dan tingkap. Mengenalpasti dan menerangkan dinding menanggung beban dan tidak menanggung beban. Mengenalpasti dan menamakan pelbagai jenis binaan tangga. Menyatakan jenis-jenis struktur binaan serta bahagian-bahagian bumbung.

Upload: faisal-love-ilham

Post on 25-Oct-2015

406 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

STRUKTUR-STRUKTUR BINAAN C1001/UNIT7/28

OBJEKTIF KHUSUS

Di akhir unit ini anda dapat :

Mengenal dan menamakan pelbagai jenis pintu dan tingkap. Mengenalpasti dan menerangkan dinding menanggung beban dan tidak

menanggung beban. Mengenalpasti dan menamakan pelbagai jenis binaan tangga. Menyatakan jenis-jenis struktur binaan serta bahagian-bahagian bumbung.

STRUKTUR-STRUKTUR BINAAN

INPUT

Jenis-jenis struktur binaan asasnya terbahagi kepada beberapa bahagian mengikut fungsi bangunan tersebut. Di antaranya ialah tingkap, pintu, dinding, tangga dan bumbung.

7.1 TINGKAP

Tingkap ialah satu bukaan yang dibuat pada tembok. Pembinaan tingkap terdiri daripada dua bahagian utama, kerangka tingkap dan dedaun tingkap. Bahan-bahan yang biasa digunakan untuk membina tingkap ialah kayu, logam, plastik dan untuk panel digunakan kaca ataupun papan kayu. Tingkap merupakan komponen yang penting dalam pembinaan tembok (Rajah 7.1). Fungsi tingkap ialah:

Membolehkan kemasukan sinar siang. Mengadakan peredaran udara. Menebat haba dan bunyi. Menghalang angin dan hujan.

Rajah 7.1 : Bahagian-bahagian tingkap

Sumber : Binaan Bangunan (Hafidzah Ahmad Abbas) Delta 1987

Tingkap boleh dibahagikan kepada lima jenis iaitu:

Tingkap berpangsi Tingkap berengsel Tingkap gelangsar Tingkap majmuk

Tingkap gantung sisi

7.1.1 Tingkap Berpangsi

Tingkap-tingkap dalam kategori ini adalah seperti berikut:

Berpangsi mengufuk (rajah 7.2 a) Berpangsi tegak (rajah 7.2 b) Ram (rajah 7.2 c)

Rajah 7.2 : Jenis-jenis tingkap berpangsi

Sumber : Binaan Bangunan (Hafidzah Ahmad Abbas) Delta 1987

7.1.2 Tingkap Berengsel

Tingkap–tingkap di dalam kategori ini adalah seperti berikut :

Daun tingkap kaca gantungan sisi membuka ke luar (rajah 7.3a) Bingkai daun tingkap gantungan atas membuka keluar (rajah 7.3b) Bingkai daun tingkap gantungan bawah membuka ke dalam (rajah 7.3c)

Rajah 7.3 : Jenis-jenis tingkap berengsel

Sumber : Binaan Bangunan (Hafidzah Ahmad Abbas) Delta 1987

7.1.3 Tingkap Gelangsar

Tingkap gelangsar terbahagi kepada dua jenis iaitu :

Gelangsar menegak (rajah 7.4 a) Gelangsar ufuk (rajah 7.4 b)

Rajah 7.4 : Jenis-jenis tingkap gelangsar

Sumber : Binaan Bangunan (Hafidzah Ahmad Abbas) Delta 1987

7.1.4 Tingkap Majmuk

Tingkap majmuk terbahagi kepada tiga kategori

Unjuran gantungan sisi (rajah 7.4 a) Unjuran gantungan atas (rajah 7.4 b) Gelangsar berlipat (rajah 7.4 c)

7.1.5 Tingkap Gantung Sisi ( Berbingkai )

Tingkap ini mempunyai bingkai segiempat sama atau segiempat yang diperbuat daripada

kayu. Daun tingkap diengsel pada satu sisi supaya boleh dibuka ke dalam atau ke luar.

Lihat rajah 7.5.

Rajah 7.5 : Jenis-jenis tingkap gantungan sisi (berbingkai)

Sumber : Binaan Bangunan (Hafidzah Ahmad Abbas) Delta 1987

7.2 PINTU

Pintu merupakan suatu bahagian bangunan yang sangat penting. Pintu merupakan bukaan pada tembok bagi membolehkan laluan keluar dan masuk ke dalam sesebuah bangunan atau di antara bilik-bilik di dalam bangunan itu. Pintu ada dua bahagian utama iaitu kerangka pintu dan daun pintu.

Bahan-bahan yang digunakan dalam pembinaan pintu adalah kayu, logam, kaca dan plastik. Dalam pembinaan pintu didapati beberapa faktor yang perlu dipertimbangkan iaitu :

Pengekalan bentuk dan kekuatan

Keselamatan

Penebat haba dan bunyi Perintang api.

7.2.1 Pintu Rata

Digunakan secara meluas dalam binaan bangunan. Ia juga sesuai bagi pintu-pintu di bahagian dalam rumah tetapi dengan menggunakan bahan-bahan yang bermutu ia boleh digunakan di bahagian-bahagian luar rumah. Pembinaan pintu rata biasanya dibuat daripada bahan-bahan seperti papan lapis, papan serau dan lapisan plastik. Pintu rata boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu :

Pintu rata berongga

Pintu rata padu

7.2.2 Pintu Rata Berongga

Bahagian-bahagian utama dalam pembinaannya terdiri daripada bingkai yang mempunyai dua batang sisi bingkai, susur atas, susur tengah dan susur bawah serta beberapa batang susur antara dengan sekeping blok kayu tempat pemasangan kekunci. Pintu rata yang berfungsi ringan, bingkainya mempunyai lebih kurang 30%-40% padu. Pintu yang berfungsi sederhana berat seperti di bahagian luar rumah, bingkainya lebih kurang 50%-60% padu. Untuk mendapatkan binaan yang kukuh, susur-susur antara dipasangkan lebih rapat. Pintu berfungsi ringan, jarak susur antara ialah dalam lingkungan 125mm-150mm dan untuk pintu berfungsi sederhana berat jaraknya ialah 60mm–70mm.

Lapisan permukaan ditampal kepada kedua-dua muka bingkai pintu supaya menutup ruang bingkai. Ia biasanya diglu dan diapit dengan himpitan yang tinggi untuk menghasilkan satu permukaan yang kemas dan rata tanpa menggunakan paku. Kerosakkan pada tepi bibir pintu biasanya berlaku, oleh itu sekeping kayu kecil dipasang kepada sekeliling bibir untuk mengemaskan serta melindungi tepinya.

Pintu rata yang digunakan di bilik mesyuarat atau bilik kuliah boleh disertakan dengan panel kaca dengan memasang kumai tampal untuk mendapatkan kekukuhannya.

7.2.3 Pintu Rata Padu

Pintu ini ialah berfungsi berat yang digunakan di dalam bangunan awam dan sesuai sebagai pintu perintang api. Ia mempunyai sifat-sifat perintang haba dan akaustik yang lebih baik daripada pintu rata berongga. Pembinaannya hampir sama dengan pembinaan pintu rata berongga kecuali ia mempunyai kayu teras yang diperbuat daripada beroti kayu yang diglu dan diapit di antara satu sama lain serta permukannya diperbuat daripada papan lapis yang bibirnya ditutup sepanjang kedua-dua sisi bingkai (rajah 7.6). Pintu rata padu adalah lebih berat dan mahal daripada pintu rata berongga.

Rajah 7.6 : Jenis-jenis tingkap gantungan sisi (berbingkai)

Sumber : Binaan Bangunan (Hafidzah Ahmad Abbas) Delta 1987

7.2.4 Pintu Panel

Pembinaan pintu panel terdiri daripada sisi-sisi bingkai dan susur-susur yang mengelilingi panel kayu yang berjumlah dari satu hingga dua belas atau lebih (rajah 7.7). Bilangan panel adalah bergantung kepada saiz pintu dan rekabentuknya. Saiz kayu yang digunakan ialah di antara 100mm hingga 200mm lebar dan 38mm hingga 45mm tebal. Susur tengah dan bawah adalah lebih lebar daripada susur atas supaya dapat mengimbang rupa bentuk pintu itu.

Rajah 7.7 : Jenis-jenis tingkap gantungan sisi (berbingkai)

Sumber : Teknologi Binaan Bangunan (Tan Boon Tong) 1994

7.2.5 Pintu Kayu Beroti

Pintu kayu beroti ini diperbuat daripada papan beroti yang bertanggam lidah dan lurah. Untuk menambahkan kecantikan papan beroti, alur ‘V’ dibuat dengan mencuramkan tepi papan. Jenis pintu beroti dikenal mengikut kaedah pembinaannya, iaitu pintu beroti berbelas, pintu beroti berbelas dan berembat dan pintu bingkai beroti berbelebas dan berembat (rajah 7.8).

Rajah 7.8 : Jenis-jenis pintu kayu beruti

Sumber : Binaan Bangunan (Hafidzah Ahmad Abbas) Delta 1987

7.2.6 Pintu Kaca Berbingkai Aluminium

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini pengeluaran dan penggunaan pintu kaca berbingkai aluminium telah bertambah penggunaannya terutama sekali sebagai pintu masuk hadapan. Pada masa ini, pintu berbingkai aluminium adalah lebih mahal daripada pintu kayu yang serupa dengan bentuknya tetapi ia mempunyai kelebihan dari segi berikut :

1. keratan bingkai pintu yang lebih kecil boleh digunakan.

2. mengadakan kepingan kaca yang besar untuk pemandangan yang tidak terganggu.

3. bebas dari kelembapan.

4. keupayaan rintang api.

5. pintu yang lebih ringan.

Kebanyakan pintu kaca aluminium berbentuk panel kaca penuh atau panel kaca separuh

berbingkai aluminium. Pemasangan pintu kaca aluminium boleh dilakukan dengan

menggunakan engsel atau bergelangsar.

7.2.7 Kerangka Pintu

Kerangka pintu ialah bingkai yang mengelilingi bukaan tempat daun pintu akan dipasang. Kerangka pintu terdiri daripada dua tiang jenang yang tegak disambung kepada sebatang kayu melintang yang dinamakan kepala jenang. Kerangka mesti mempunyai kekuatan yang cukup untuk menanggung pintu. Ia boleh diperbuat daripada kayu atau logam.

7.2.8 Pemasangan Kerangka Kayu

Kaedah memasang kerangka pintu boleh dilakukan serentak dengan pembinaan tembok, dikenali sebagai bina dalam atau dipasang setelah tempok siap dibina. Dalam pemasangan bina dalam, kerangka pintu diletakkan pada tempat bukaan yang tertentu sebelum tembok batu siap dibina. Pastikan ketegakkan dan dikukuhkan kedudukannya dengan memasang tembok sementara. Semasa pembinaan tempok dijalankan, penampat keluli perlu dipasangkan kepada permukaan belakang tiang jenang pada setiap lapisan mata ketiga atau kelima supaya dapat menetap dan mengukuhkan kerangka itu.

7.2.9 Panel

Panel kayu yang lebar dibuat daripada kepingan papan yang disambung berlidah dan lurah. Kayu yang digunakan mestilah dikeringkan dengan secukupnya supaya mengelakan retak dan piuh. Papan lapis yang setebal 6mm-12mm juga boleh digunakan sebagai panel tetapi hasilnya kurang bermutu berbanding dengan panel buatan papan padu. Panel pintu boleh dihias dengan mengukir dan mengumai permukaannya. Ini akan menambahkan kecantikan dan kekemasan mutu pintu.

Pemasangan panel boleh dilakukan dengan dua cara :

1. memasang panel yang bersegi atau berkumai ke dalam lurah yang dibuat di sisi

bingkai.

2. memasang panel ke dalam tetingkat yang dibuat di sisi bingkai dan

mengukuhkan kedudukannya dengan memaku kumai di muka sebelah.

Pintu panel diberi nama mengikut bilangan panel yang dipunyainya. Sebagai contoh pintu

berpanel menunjukkan pintu ini mempunyai tiga panel dan pintu berpanel empat

menunjukkan pintu itu mempunyai empat panel.

7.2.10 Kelengkapan Pintu

Pintu rumah kediaman terdiri daripada dua pintu yang berengsel di sebelah pintu. Ia boleh dibuka ke satu arah sahaja dan digunakan untuk masuk keluar. Selain itu ada juga daun pintu gelangsar atau gelangsar berlipat. Tujuan mengguna pintu gelangsar ialah untuk membolehkan pembukaan yang pantas, mudah menghadang dua bilik yang berhampiran, menghadang ruang luar penggunaan yang lebih luas tanpa halangan. Pintu gelangsar dapat dipraktikkan oleh satu pintu gelangsar. Tujuannya ialah membahagikan daun pintu yang besar kepada beberapa daun yang lebih kecil supaya dapat menutup ruang bukaan tersebut, ia akan menjadikan satu unit semula apabila daun-daun pintu itu ditutup.

7.3 DINDING

Dinding bangunan boleh dibina dengan berbagai-bagai kaedah menggunakan bahan-bahan yang berlainan untuk menilai teknik yang berbeza dalam pembinaan dinding dan baik buruknya adalah perlu mengetahui fungsi dinding pada kedudukan yang berlainan. Fungsi dinding adalah boleh dirumuskan sebagai :

Penyokong lantai atas, bumbung dan beban diri. Perintang telusan air hujan dan lembapan. Penebat haba. Penebat bunyi. Perintang kebakaran. Penutup dan perlindung bangunan. Pembahagi ruang dalam sesuatu bangunan . Penyediaan tempat bagi pemasangan tingkap dan pintu.

7.3.1 Ciri-ciri Dalam Pembinaan Dinding

Pembinaan dinding dalam struktur-struktur binaan memerlukan penelitian yang terperinci dalam memenuhi ciri-ciri yang dikehendaki. Antara ciri-ciri dalam pembinaan dinding ialah:

(a) Kestabilan

Pembinaan dinding dan tembok mestilah kukuh dan stabil supaya tidak runtuh.

Kestabilan sesebuah dinding adalah bergantung kepada keadaan asasnya, ketebalan

dan ketinggian, tekanan yang dihadapi beban yang di tanggung, dan kedudukan pada

pusat gravitinya. Faktor utama yang mengawal kestabilan ialah asas dan pusat

gravitinya yang rendah menjamin kestabilan binaan.

(b) Kekuatan

Dinding hendaklah cukup tebal untuk memasukkan tegasan semasa berada pada had

yang selamat dan tidak melebihi tegasan mampatan bahan yang digunakan. Tegasan

tegangan boleh diperolehi disebabkan oleh beban yang tidak sama bertindak pada

dinding dan tegangan ini mestilah dapat diimbangi oleh sambungan ikatan dalam

dinding. Nisbah tebal terhadap tinggi dinding hendaklah pada had yang dapat

mengelakkan berlakunya lengkok, dan penyokong sisi hendaklah cukup kuat

mengelakkan dinding daripada terbalik.

(c) Perlindungan Cuaca

Kebolehannya mencegah kepanasan dan kesejukkan memasuki ke dalam bangunan. Begitu

juga kebolehannya menentang air hujan meresapi ke dalamnya. Ciri-ciri ini juga di

kawal oleh kegunaan dan cara pembinaan.

(d) Rintangan Kebakaran

Ini menunjukkan kebolehannya menahan api apabila terbakar. Ciri ini bergantung kepada bahan-bahan yang digunakan. Kayu yang diawet dengan bahan kimia dapat menentang kebakaran dengan memuaskan. Rintangan kebakaran menjamin keselamatan nyawa apabila kebakaran.

(e) Serapan Bunyi

Kaedah pembinaan dan jenis bahan yang digunakan bertanggungjawab kepada kebolehan dinding dan tembok dalam menyerap bunyi. Ciri–ciri ini menjamin keselesaan dan ketenteraman dalam bangunan.

(f) Rintangan Kelembapan

Satu kecacatan yang serius pada bangunan boleh berlaku disebabkan oleh resapan kelembapan. Selain menyebabkan kemerosotan kekuatan struktur, kelembapan juga akan merosakkan kemasan dinding, lantai, perabot dan menggangu kesihatan penghuni. Kelembapan pada dinding boleh disebabkan oleh beberapa faktor seperti resapan melalui dinding, cucur atap dan dinding luar.

7.3.2 Jenis Dinding

(a) Dinding galas beban

Dinding galas beban ialah dinding yang menanggung beban kenaan, beban mati lantai dan bumbung di atasnya selain beban diri. Dinding bata dibina samada sebagai dinding padu atau dinding rongga. Kekuatan dinding ini bergantung pada susunan lapisan dan ikatannya serta mortar yang digunakan. Bata disusun secara berlapis dan berlekap supaya tidak ada sambungan pugak yang berterusan. Dinding yang dibina dengan susunan ikatan yang sesuai dapat mengagihkan beban dengan sama rata ke seluruh panjang dinding. Dinding yang di bina tanpa ikatan, bebannya tidak dapat di agihkan tetapi bertumpu ke sebahagian kecil dinding sahaja.

(b) Dinding panel

Dinding panel ialah dinding yang tidak mengakis beban selain beban diri. Dinding ini di buat daripada bata, kayu dan kepingan panel seperti papan lapis,

asbestos dan sebagainya. Dinding jenis ini digunakan dalam bangunan berstruktur yang segala bebannya termasuk beban dinding itu sendiri di tanggung oleh anggota struktur yang lain termasuk rasuk, tiang dan asas. Dinding panel boleh berfungsi sebagai dinding sekat sebab ia boleh di bina untuk membahagi ruang.

(c) Dinding Monolit

Dinding monolit adalah dinding konkrit yang selanjar dan biasanya di bina dengan konkrit tuang di situ dan diperkukuhkan dengan tetulang keluli. Dinding monolit jarang terdapat pada bangunan rumah, kecuali bagi tingkat bawah tanah. Dinding jenis ini boleh menanggung beban yang besar. Dinding monolit sendiri, dan beban sekata yang diagihkan sama rata ke seluruh panjang dinding.

4. Dinding tidak menanggung beban

Dinding jenis ini menggunakan konkrit ringan, ia tidak digunakan untuk menanggung beban. Biasanya digunakan untuk membahagikan ruang-ruang seperti bilik bagi rumah-rumah biasa.

Rajah 7.9 : Dinding tidak menanggung beban

Sumber : Teknologi Binaan Bangunan (Tan Boon Tong) 1994

7.3.3 Jenis-jenis Blok konkrit

Terdapat tiga jenis blok konkrit iaitu :

JENIS A - Blok-blok konkrit dengan batu baur padat untuk kegunaan am dalam bangunan am termasuk binaan bawah aras bumi.

JENIS B - Blok konkrit dengan batu baur ringan untuk kegunaan am dalam

bangunan termasuk binaan di bawah aras bumi dan pada dinding

dalam.

JENIS C - Blok-blok konkrit batu baur ringan kebiasaanya untuk dinding tidak

menanggung beban.

7.3.4 Kebaikan Dan Keburukan Dinding-Dinding Blok Konkrit

Dinding jenis ini digunakan dengan meluas untuk dinding menanggung beban dan juga untuk dinding tidak menanggung beban. Dinding blok konkrit boleh disusun dalam masa singkat berbanding dengan menyusun dinding bata.

Jika dibandingkan harga, harga dinding blok konkrit adalah jauh lebih murah daripada dinding bata. Blok-blok konkrit dari batu baur ringan mempunyai ciri-ciri penebatan yang baik terhadap pemindahan haba dan sering digunakan bagi lapisan dalam dinding konkrit diikuti oleh lapisan luar bata atau lapisan luar blok konkrit itu sendiri.

Keburukan blok-blok konkrit sebagai satu unit dinding ialah kelemahan merintangi pergerakkan kelembapan. Akibatnya, retakkan pada kemasan yang di buat, umpamanya kemasan lepaan berlaku. Untuk mengelakkan ini berlaku hendaklah di adakan sambungan gerakan pugak kepada dinding dan di sikat bahan mastik di dalam sambungan tersebut.

7.4 TANGGA

Tangga adalah sebahagian yang penting dalam pembinaan bangunan. Ia membolehkan perhubungan atau laluan turun naik yang mudah di antara satu tingkat dengan tingkat yang lain di dalam sesebuah bangunan. Pembinaan tangga mengandungi beberapa anak tangga yang dibina dalam satu larian terus atau mempunyai beberapa larian yang diselangi dengan pelantar. Pilihan jenis tangga yang sesuai untuk sesuatu keadaan bergantung kepada beberapa faktor, iaitu:

1. kegunaan tangga

2. ruang bukaan bagi tangga yang dibina

3. ukuran naik dan curam yang dikehendaki 4. rekabentuk yang paling berkesan dan ekonomi.

Pembinaan tangga dapat dibahagikan kepada empat jenis utama iaitu :

1. tangga larian lurus 2. tangga suku pusingan 3. tangga separuh pusingan

4. tangga geometri.

7.4.1 Tangga Larian Lurus

Tangga ini meliputi satu deretan anak tangga yang menghubungkan dari satu tingkat ke tingkat yang lain dalam satu arah. Untuk tangga larian lurus yang terlalu panjang boleh diputuskan dengan pembinaan pelantar perantaraan supaya mendapatkan deretan anak tangga yang lebih senang dan selesa didaki. Penggunaan tangga lurus memberikan rupabentuk yang paling mudah dan murah dalam pembinaan tangga.

7.4.2 Tangga Suku Pusingan

Tangga ini meliputi dua deretan anak tangga yang meningkat dari lantai bawah ke lantai atas dengan pelantar yang membelok sejauh 900 (suku pusingan) dipertengahannya. Penggunaan tangga suku amat sesuai untuk ruang bukaan tangga yang terhad di mana tangga larian lurus tidak dapat digunakan.

7.4.3 Tangga Separuh Pusingan

Tangga ini meliputi dua deretan anak tangga meningkat dari lantai bawah ke lantai atas dengan pelantar yang memusing melalui 1800 (separuh pusingan) di pertengahannya. Kedua-dua deret anak tangga adalah selari. Susunan anak tangga di lantai atas biasanya berakhir di atas titik permulaan pada lantai bawah. Ini akan menghasilkan bilangan anak tangga yang sama untuk kedua-dua deretan tangga ini. Penggunaan tangga seperuh pusingan amat sesuai sebagai tangga awam terutamanya sebagai tangga kecemasan untuk bangunan-bangunan pejabat yang bertingkat-tingkat.

7.4.4 Tangga Geometri

Tangga ini meliputi satu deretan anak tangga berterusan yang disusun mengelilingi tupang tengah menjadikan satu tangga keliling. Pembinaan tangga keliling memerlukan kawasan lantai yang kecil tetapi kegunaannya adalah terhad kerana ia tidak sesuai untuk memindahkan barang-barang besar seperti perabot disebabkan kesempitan anak tangga ini. Tangga elips pula mempunyai rekabentuk yang menarik, ia digunakan sebagai tangga masuk utama bagi bangunan mewah. Rajah 7.10 menunjukkan pelbagai jenis binaan tangga. Tangga-tangga boleh dibina daripada bahan-bahan seperti kayu, konkrit atau logam dan dikemaskan dengan kayu, batu, bata, konkrit dan lain-lain bahan yang sesuai.

Rajah 7.10 : Jenis-jenis tangga

Sumber : Binaan Bangunan (Hafidzah Ahmad Abbas) Delta 1987

AKTIVITI 7A

7.1 Nyatakan tiga faktor yang perlu dipertimbangkan dalam pembinaan pintu.

2. Namakan 3 jenis pintu utama.

2. Nyatakan faktor-faktor yang perlu dipertimbangkan semasa memilih jenis tangga untuk rumah kediaman.

2. Namakan empat jenis tangga yang sesuai digunakan dalam bangunan awam.

MAKLUM BALAS 7A

7.1 Dalam pembinaan pintu didapati bebarapa faktor yang perlu dipertimbangkan

iaitu :

1. Pengekalan bentuk dan kekuatan

2. Keselamatan

3. Penebat haba dan bunyi 4. Perintang api.

7.2 Tiga jenis pintu–pintu yang utama ialah :

1. pintu rata

2. pintu rata berongga

3. pintu rata padu

4. pintu kayu beruti

5. pintu panel

7.3 Pilihan jenis tangga yang sesuai untuk sesuatu keadaan bergantung kepada

beberapa faktor, iaitu:

1. kegunaan tangga

2. ruang bukaan bagi tangga yang dibina

3. ukuran naik dan curam yang dikehendaki 4. rekabentuk yang paling berkesan dan ekonomi.

7.4 Pembinaan tangga dapat dibahagikan kepada empat jenis utama iaitu :

1. tangga larian lurus 2. tangga suku pusingan 3. tangga separuh pusingan

4. tangga geometri.

INPUT

7.5 BUMBUNG

Bumbung ialah bahagian atas sekali bagi satu struktur bangunan. Bumbung memberi perlindungan dari angin, panas dan hujan. Bumbung ialah satu struktur berbentuk rata atau curam yang dibina bagi melindungi bangunan. Struktur

bumbung dibina daripada kayu, keluli atau konkrit untuk menanggung beban diri, beban penutup bumbung dan beban angin.

Bumbung yang dibina hendaklah memenuhi keperluan dan fungsi seperti kestabilan, kekuatan, ketahanlasakan, rintangan cuaca, rintangan terhadap kebakaran, sifat penebat haba, dan rupa bentuk bangunan itu sendiri. Bumbung dibina bagi menyokong beban mati struktur bumbung dan penutupnya, penebatan dan kemasan dalam dan beban angin tanpa mengalami lenturan atau pesongan yang berlebihan sehingga berlaku ubah bentuk. Kekuatan bumbung untuk menanggung beban bergantung pada ciri-ciri bahan binaan yang digunakan, cara pemasangan dan pembinaannya serta bentuk bumbung itu sendiri.

Bumbung bangunan hendaklah menggunakan penutup bumbung yang ditentukan oleh Undang-Undang kecil Bangunan untuk memastikan ia mempunyai rintangan yang cukup terhadap kebakaran. Rupa bentuk bumbung mempengaruhi rupa bangunan sama ada dari segi bentuk bumbug ataupun warna dan tekstur bahan penutup bahan itu sendiri.

7.5.1 Pemilihan Jenis Bumbung

Faktor yang mempengaruhi pemilihan jenis bumbung ialah saiz dan bentuk bangunan, nilai estetika dan ekonomi.

Saiz dan bentuk bangunan - bangunan yang berbentuk sederhana sesuai dibina dengan bumbung curam dan bangunan yang bentuknya kompleks sesuai menggunakan bumbung rata. Rentang juga boleh menentukan jenis bumbung yang dipilih.

Nilai estetika - nilai keindahan semulajadi menentukan jenis bumbung. Biasanya bumbung curam adalah sesuai bagi bangunan kecil dan bumbung rata pula sesuai bagi bangunan yang besar.

Ekonomi - kos pembinaan dan penyelenggaraan dari semasa ke semasa hendaklah di ambil kira dalam menentukan pemilihan jenis penutup bumbung.

Sesetengah penutup bumbung seperti kepingan keluli berombak dan bergalvani tidak tahan lama dan kos penyelenggaraan hendaklah dimasukkan ke dalam pengiraan.

7.5.2 Bumbung Curam

Bumbung jenis ini dibuat dengan menegakkan kasau-kasau kayu dengan cerun dan

meletakkan satu hujung ke atas dinding dan satu lagi ke atas tulang bumbung. Bumbung

ini merupakan satu bentuk yang menarik dipandang. Ia membekalkan satu ruang udara

yang bertindak sebagai penebat udara bagi bilik-bilik di bawahnya. Selain dari itu, ia

boleh juga digunakan sebagai ruang untuk meletakkan tangki air. Cerun bumbung

berubah-ubah dari sudut 10-45 dari garis lintang.

Jenis-jenis bumbung curam.

i. Bumbung ganding (couple roof) ii. Bumbung ganding tertutup (closed couple roof)

iii. Bumbung simpai (collar roof) iv. Bumbung gulung-gulung (purlin roof) v. Bumbung pisang sesikat (lean to roof).

Rajah 7.11 : Jenis-jenis bumbung

Sumber : Teknologi Binaan Bangunan (Tan Boon Tong) DBP 1994

7.5.3 Bumbung Ganding

Bumbung curam yang mengandungi kasau dan tulang bumbung digandingkan di sebelah atasnya. Jenis ini biasanya digunakan untuk bangunan-bangunan kecil, di mana lebarnya tidak melebihi 4 meter. Kasau berpasangan dan kepala kasau dipakukan kepada plat dinding. Jika rentang terlalu besar beban dari penutup bumbung dan beban angin akan menyebabkan struktur bumbung berkuak dan dinding akan terbalik. Biasanya rentang maksima bagi bumbung ganding ialah 3.5 meter

7.5.4 Bumbung Ganding Terikat

Kaki kasau bumbung ini diikat dengan alang pengikat atau geleger siling. Dengan cara ini, beban kasau dapat diimbangi oleh alang pengikat dan ini dapat mengelakkan kaki kasau daripada berkuak dan dinding terbalik. Bumbung ini dapat menanggung beban yang lebih besar dengan rentang maksimum 5.5 meter. Dalam istilah lain, untuk mengekalkan kasau daripada mengembang keluar dan menolak dinding, perlulah diikat kaki kasau ini dengan menggunakan satu kayu panjang melintang yang dipanggil jeriau. Jeriau ini dipakukan ke kasau dan pelit tembok.

7.5.5 Bumbung Simpai

Satu cara lagi untuk mengelakkan kasau dari mengembang ialah dengan mengikat kasau di tengah-tengah diantara kedua-dua kasau iaitu pada jarak 1/3 tinggi bumbung dari paras atas dinding. Kebaikan jenis ini ialah ianya dapat memberi sebahagian ruang untuk bilik dan ini dapat mengurangkan tinggi bangunan. Biasanya simpai berukuran 100mmx38mm. Kebiasannya rentang bagi bumbung jenis ini ialah 4.5 meter. Sambungan alang kecil kepada kasau dengan menggunakan tanggam lekap bajang. Jenis ini mempunyai ruang kepala yang lebih berbanding dengan bumbung yang lain.

7.5.6 Bumbung Gulung-Gulung

Saiz yang jimat untuk kasau ialah 100mmx50mm tetapi bagi bumbung ganding dan simpai, saiz ini hanya boleh digunakan untuk rentang tidak melebihi 15 kaki. Bagi rentang yang melebihi 5 meter pula cara membina bumbung curam ialah dengan membuat bumbung gulung-gulung. Gulung-gulung ialah kayu yang melintang di bawah kasau-kasau berukuran 175mmx75mm untuk menumpangnya di antara tulang bumbung dan pelit tembok. Gulung-gulung ini pula ditumpang oleh jemang iaitu kayu yang ditegakkan di atas dinding sekatan. Gulung-gulung menupang kasau pada jarak sama tengah antara tulang bumbung dan cucur bumbung dan ditupang oleh jermang serta diikat oleh simpai pada jarak setiap empat kasau antara satu sama lain sepanjang gulung-gulung tersebut. Dengan ini, ia menguatkan lagi ikatan gulung-gulung di atasnya. Jermang yang digunakan berukuran 75mmx38mm.

7.5.7 Bumbung Pisang Sesikat

Bumbung jenis ini bukanlah satu bumbung yang penting bagi sesebuah bangunan tetapi merupakan sebahagian kecil sahaja. Bumbung ini adalah bumbung curam dan bahagian perabung bumbung tersandar kepada tembok dinding yang pugak. Bumbung ini adalah contoh mudah jenis bumbung selapis dengan satu dinding dibina lebih tingi daripada dinding yang bersetentang dan kasau direntangkan antara kedua-duanya.

Bumbung jenis ini adalah binaan tambahan kepada bangunan utama seperti anjung, dapur, verendah dan garaj dengan rentangnya tidak melebihi 2.5 meter. Ia boleh dibina secara tunggal atau berkembar. Bahagian atas kepala kasau dipasangkan kepala plat dinding yang disokong sama ada oleh sesangga bata atau pendakap sesangga keluli.

Selain itu boleh juga menggunakan membina masuk palam kayu ke dalam dinding pada jarak 750mm dari pusat ke pusat di sepanjang permukaan dinding. Plat dinding kemudian dipakukan atau diskrukan pada palam kayu tersebut. Plat dinding juga boleh dipakukan terus kepada dinding dengan menggunakan alat khas.

7.5.8 Bumbung Rata

Pembinaan sama dengan pembinaan lantai kayu. Jeriau kayu yang berukuran 50mm tebal dan lebarnya di antara 100mm–300mm, diletakkan menegak pada sisi masing-masing dengan jarak antara 375mm–450mm. Biasanya kayu akan mengecut akan ini mungkin mengakibatkan jeriau bengkok. Untuk mengelakkan ini, jermang digunakan ialah jermang insang pari.

Bumbung ini adalah bumbung yang mana kecerunannya tidak melebihi 10. Cara yang paling mudah untuk membina bumbung ini ialah dengan melintangkan kayu atau konkrit dan dilapikkan dengan bahan yag kalis air seperti aspal. Dalam hal ini, papan kayu setebal 19mm digunakan untuk melapik bumbung rata, di mana di atasnya dilapikkan pula dengan aspal.

AKTIVITI 7B

2. Tingkap merupakan komponen yang penting dalam pembinaan tembok.

Nyatakan fungsi-fungsi tingkap.

2. Senaraikan jenis-jenis tingkap yang biasanya digunakan dalam

pembinaan rumah atau bangunan.

7.7 Nyatakan faktor yang mempengaruhi pemilihan jenis bumbung

7.8 Berikan fungsi-fungsi dinding.

UNTUK LEBIH PASTI SEMAKLAH JAWAPAN ANDA PADA MAKLUMBALAS AKAN DATANG

MAKLUMBALAS

7.5 Fungsi tingkap ialah:

1. Membolehkan kemasukan sinar siang. 2. Mengadakan peredaran udara. 3. Menebat haba dan bunyi. 4. Menghalang angin dan hujan.

7.6 Tingkap boleh dibahagikan kepada lima jenis iaitu:

1. Tingkap berpangsi 2. Tingkap berengsel 3. Tingkap gelangsar 4. Tingkap majmuk

5. Tingkap gantung sisi

7.7 Faktor yang mempengaruhi pemilihan jenis bumbung ialah saiz dan bentuk bangunan, nilai estetika dan ekonomi.

7.8 Fungsi dinding adalah boleh dirumuskan sebagai :

1. Penyokong lantai atas, bumbung dan beban diri. 2. Perintang telusan air hujan dan lembapan. 3. Penebat haba. 4. Penebat bunyi. 5. Perintang kebakaran. 6. Penutup dan perlindung bangunan. 7. Pembahagi ruang dalam sesuatu bangunan. 8. Penyediaan tempat bagi pemasangan tingkap dan pintu.

PENILAIAN KENDIRI

7.1. Pintu merupakan satu bahagian bukaan yang penting pada sesebuah bangunan manakala pembinaannya pula memerlukan kerangka. Nyatakan keperluan pembinaan kerangka pada pintu tersebut?

7.2 Terangkan dengan ringkas pembinaan pintu berongga.

7.3 Panel merupakan sebahagian daripada komponen pintu dan tingkap.

Terangkan keperluan panel pada pintu dan tingkap tersebut.

7.4 Nyatakan faktor-faktor yang perlu dipertimbangkan semasa memilih jenis

tangga untuk rumah kediaman.

7.5 Tangga separuh pusingan merupakan salah satu daripada jenis tangga

dalam pembinaan, nyatakan perbezaan tangga tersebut dengan tangga

yang lain seperti tangga larian lurus.

7.6 Terangkan perbezaan antara dinding galas beban dengan dinding tidak galas

beban.

7.7 Faktor yang mempengaruhi pemilihan jenis bumbung ialah saiz dan bentuk

bangunan, nilai estetika dan ekonomi. Terangkan bagaimana faktor tersebut

boleh mempengaruhi pemilihan jenis bumbung.

7.8 Nyatakan jenis-jenis bumbung dan terangkan dua daripadanya.

MAKLUM BALAS

7.1 Pintu merupakan satu bahagian bukaan yang penting pada sesebuah bangunan manakala pembinaannya pula memerlukan kerangka. Kerangka pintu ialah bingkai yang mengelilingi bukaan tempat daun pintu akan dipasang. Kerangka pintu terdiri daripada dua tiang jenang yang tegak disambung kepada sebatang kayu melintang yang dinamakan kepala jenang. Kerangka mesti mempunyai kekuatan yang cukup untuk menangung pintu. Ia boleh diperbuat daripada kayu atau logam.

7.2 Bahagian-bahagian utama dalam pembinaannya terdiri daripada bingkai yang mempunyai dua batang sisi bingkai, susur atas, susur tengah dan susur bawah serta beberapa batang susur antara dengan sekeping blok kayu tempat pemasangan kekunci. Pintu rata yang berfungsi ringan, bingkainya mempunyai lebih kurang 30%-40% padu. Pintu yang berfungsi sederhana berat seperti di bahagian luar rumah, bingkainya lebih kurang 50%-60% padu. Untuk mendapatkan binaan yang kukuh, susur-susur antara dipasang lebih rapat. Pintu berfungsi ringan, jarak susur antara ialah dalam lingkungan 125mm–150mm dan untuk pintu berfungsi sederhana berat jaraknya ialah 60mm–70 mm. Lapisan permukaan ditampal kepada kedua-dua muka bingkai pintu

supaya menutup ruang bingkai ia biasa diglu dan diapit dengan himpitan yang tinggi untuk menghasilkan satu permukaan yang kemas dan rata tanpa menggunakan paku. Kerosakkan pada tepi bibir pintu biasanya berlaku, oleh itu sekeping kayu kecil dipasang kepada sekeliling bibir untuk mengemaskan serta melindungi tepinya.

7.3 Keperluan tersebut ialah panel kayu yang lebar dibuat daripada kepingan papan yang disambung berlidah dan lurah. Kayu yang digunakan mestilah dikeringkan dengan secukupnya supaya mengelakan retak dan piuh. Papan lapis yang setebal 6mm-12mm juga boleh digunakan sebagai panel tetapi hasilnya kurang bermutu berbanding dengan panel buatan papan padu. Panel pintu boleh dihias dengan mengukir dan mengumai permukaannya. Ini akan menambahkan kecantikan dan kekemasannya mutu pintu. Pintu panel diberi nama mengikut bilangan panel yang dipunyainya. Sebagai contoh pintu berpanel menunjukan pintu ini mempunyai tiga panel dan pintu berpanel empat menunjukkan pintu itu mempunyai empat panel.

7.4 Pilihan jenis tangga yang sesuai untuk sesuatu keadaan bergantung kepada

beberapa faktor, iaitu:

1. kegunaan tangga

2. ruang bukaan bagi tangga yang dibina

3. ukuran naik dan curam yang dikehendaki 4. rekabentuk yang paling berkesan dan ekonomi.

7.5 Perbezaan tangga separuh pusingan dengan tangga–tangga yang lain seperti tangga larian lurus ialah tangga ini meliputi dua deretan anak tangga meningkat dari lantai bawah ke lantai atas dengan pelantar yang memusing melalui 1800 (separuh pusingan) di pertengahannya. Kedua-dua deret anak tangga adalah selari. Susunan anak tangga di lantai atas biasanya berakhir di atas titik permulaan pada lantai bawah. Ini akan menghasilkan bilangan anak tangga yang sama untuk kedua-dua deretan tangga ini. Penggunaan tangga seperuh pusingan amat sesuai sebagai tangga awam terutamanya sebagai tangga kecemasan untuk bangunan-bangunan pejabat yang bertingkat-tingkat.

6. Perbezaan antara dinding galas beban dengan dinding tidak galas beban ialah:

a) Dinding galas beban

Dinding galas beban ialah dinding yang menanggung beban kenaan, beban mati lantai dan bumbung di atasnya selain beban diri. Dinding bata dibina samada sebagai dinding padu atau dinding rongga. Kekuatan dinding ini bergantung pada susunan lapisan dan ikatannya serta mortar yang digunakan. Bata disusun secara berlapis dan berlekap supaya tidak ada sambungan pugak yang berterusan. Dinding yang dibina dengan susunan ikatan yang sesuai dapat mengagihkan beban dengan sama rata ke seluruh panjang dinding. Dinding yang di bina tanpa ikatan, bebannya tidak dapat di agihkan tetapi bertumpu ke sebahagian kecil dinding sahaja.

b) Dinding tidak menanggung beban

Dinding jenis ini menggunakan konkrit ringan, ia tidak digunakan untuk menanggung beban. Biasanya digunakan untuk membahagikan ruang-ruang seperti bilik bagi rumah-rumah biasa.

7.7 Faktor yang mempengaruhi pemilihan jenis bumbung ialah saiz dan bentuk

bangunan, nilai estetika dan ekonomi:

1. Saiz dan bentuk bangunan - bangunan yang berbentuk sederhana sesuai dibina dengan bumbung curam dan bangunan yang bentuknya kompleks sesuai menggunkan bumbung rata. Rentang juga boleh menentukan jenis bumbung yang dipilih.

2. Nilai estetika - nilai keindahan semulajadi menentukan jenis bumbung. Biasanya bumbung curam adalah sesuai bagi bangunan kecil dan bumbung rata pula sesuai bagi bangunan yang besar.

3. Ekonomi - kos pembinaan dan penyenggaraan dari semasake semasa hendaklah diambil kira dalam menentukan pemilihan jenis penutup bumbung. Sesetengah penutup bumbung seperti kepingan keluli berombak dan bergalvani tidak tahan lama dan kos penyenggaraan hendaklah dimasukkan ke dalam pengiraan.

7.8 Di antara jenis-jenis bumbung ialah :

I. Bumbung ganding (couple roof)

II. Bumbung ganding tertutup (closed couple roof) III. Bumbung simpai (collar roof) IV. Bumbung gulung-gulung (purlin roof) V. Bumbung pisang sesikat (lean to roof).

polisas.nizam.dewi.maail