strawberry banana muffins

3
Strawberry Banana Muffins Assalamualaikum... Semoga berada dalam keadaan sejahtera dan berbahagia di samping orang-orang yang tersayang. Selamat menyambut Aidiladha!!! bersama-samalah kita meningkatkan pengorbanan dan menyuburkan keikhlasan Tergoda tak dengan strawberry kat atas tuh??? hehe... Mira suka sangat dengan warna merah strawberry nih. Cantik sangat kalau ada D90 nih mesti lagi cantik.. hihi... rasanya pun mestila sedap.. hm, tapi mahal sikit la kalau beli kat supermarket tuh.. hihi.. kalau nak dibandingkan beli kat Cameron Highland..tapi tak apa la.. asalkan hasil dari mempergunakan strawberry nih menjadi dan harus la sedap.. hihi Sebelum nih asyik buatkan Chocolate Muffins ja kat rumah... rasanya semua orang pun dah boring.. jadi kali nih Mira cuba la pulak resepi Strawberry Banana Muffins. Ha terus ada pisang dan strawberry sekali dalam muffin.. ha.. puas hati.. hehe Mira gunakan Pisang Berangan.. sedap sangat.. sungguh enak dimakan begitu saja.. hehe.. Pisang dan strawberry nih dibeli kat Sunshine Square.. (ha kepada sesiapa yang selalu ke Sunshine tuh hati-hati tau.. kalau rajin, baca kisah kat sini) Printer friendly page Bahan-bahan:

Upload: niahalisa

Post on 12-Dec-2015

225 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: Strawberry Banana Muffins

Strawberry Banana Muffins

Assalamualaikum...

Semoga berada dalam keadaan sejahtera dan berbahagia di samping orang-orang yang tersayang.

Selamat menyambut Aidiladha!!!

bersama-samalah kita meningkatkan pengorbanan dan menyuburkan keikhlasan

Tergoda tak dengan strawberry kat atas tuh??? hehe... Mira suka sangat dengan warna merah strawberry nih. Cantik sangat kalau ada D90 nih mesti lagi cantik.. hihi... rasanya pun mestila sedap..

hm, tapi mahal sikit la kalau beli kat supermarket tuh.. hihi.. kalau nak dibandingkan beli kat Cameron Highland..tapi tak apa la.. asalkan hasil dari mempergunakan strawberry nih menjadi dan harus la sedap.. hihi

Sebelum nih asyik buatkan Chocolate Muffins ja kat rumah... rasanya semua orang pun dah boring..

jadi kali nih Mira cuba la pulak resepi Strawberry Banana Muffins. Ha terus ada pisang dan strawberry sekali dalam muffin.. ha.. puas hati.. hehe

Mira gunakan Pisang Berangan.. sedap sangat.. sungguh enak dimakan begitu saja.. hehe..

Pisang dan strawberry nih dibeli kat Sunshine Square.. (ha kepada sesiapa yang selalu ke Sunshine tuh hati-hati tau.. kalau rajin, baca kisah kat sini)

Printer friendly page

Bahan-bahan:

113g butter (dicairkan di dalam periuk dengan api kecil)

160g gula perang

2 biji telur (dipukul sedikit. hanya untuk mencampur putih dan kuning telur)

1 sudu kecil esen vanilla

2 biji pisang ranum (dilenyekkan dapat lebih kurang 1 cawan)

1 cawan strawberry (lebih kurang 5-6 biji strawberry) (dipotong dadu)

Page 2: Strawberry Banana Muffins

295g tepung gandum

1 1/2 sudu kecil baking powder

1/4 sudu kecil baking soda

1/2 sudu kecil garam

1 sudu kecil serbuk kulit kayu manis (optional)

caramel sauce untuk hiasan

Cara menyediakan: (10-12 muffins)

Panaskan oven 177 °C.

Di dalam mangkuk yang besar, gaul bersama gula perang, telur, esen vanila dan pisang sehingga sebati.

Kemudian masukkan butter yang telah cair ke dalam aduanan gula perang tersebut dan kacau sehingga sebati. Ketepikan.

Seterusnya di dalam mangkuk besar yang lain, gaulkan bersama tepung, baking powder, baking soda, garam dan serbuk kulit kayu manis.

Kemudian dengan perlahan-lahan, masukkan strawberry dan gaul sebati sehingga semua strawberry bersalut dengan adunan tepung. Ini adalah untuk mengelakkan strawberry dari termendap di bawah muffin nanti ketika dibakar.

Selepas itu, masukkan adunan basah (langkah 3) ke dalam adunan kering. Kacaukan sehingga sebati sahaja. Jangan kacau terlalu lama kerana bimbang muffins akan menjadi keras.

Masukkan adunan ke dalam bekas muffins dengan menggunakan dua sudu.

Bakar selama 20-25 minit.

Sedia dihidangkan