strategi menggalakkan kemahiran berfikir aras tinggi

9
Strategi menggalakkan kemahiran berfikir aras tinggi Pengajaran yang dapat melibatkan kemahiran berfikir aras tinggi di dalam bilik darjah hanya dapat dilakukan setelah guru berjaya mewujudkan pembelajaran tumpuan murid dan dapat merancang kerangka pengajaran denganmengintegrasikan kemahiran berfikir. Seterusnya guru boleh memikirkan tentang strategi dan kaedah yang dapat menggalakkan kebolehan kemahiran berfikir. Maksud berfikir aras tinggi termasuk pemikiran kritikal, logikal, metakognisi dan kreatif. Kesemua kemahiran tercetus apabila murid berhadapan dengan masalah yang tidak biasa dihadapi, ketidakpastian, persoalan dan dilema. Kejayaan mengaplikasi kemahiran-kemahiran ini akan membuahkan penjelasan, membuat keputusan, pencapaian serta hasil yang sah dalam konteks pengetahuan dan pengalaman yang diperoleh, serta dapat menggalakkan peningkatan pemikiran aras tinggi di samping kemahiran intelektual murid. Antara istilah-istilah yang dapat dikaitkan dengan kemahiran berfikir aras tinggi ialah kognisi (Alvino dalam Cotton, 1997), kefahaman (Crowl dan rakan-rakan, 1997), pemikiran kreatif (Fogarty dan Mc Tighe, 1993), pemikiran kritikal(Patrick, 1986), kerangka grafik (Clarke, 1990), inkuiri (Dewey, 1933), celik akal (Gruber, 1995; Gick dan Lockhart, 1995), metakognisi (Crowl dan rakan-rakan, 1997; Pogrow, 1990; Pogrow dan Buchanan, 1985), pemikiran aras tinggi(Bloom, 1956; Haladyna, 1997), penyelesaian masalah (Gagné, Brigg dan Wager, 1988), pemikiran rasional (Ennis dalam Lewis dan Smith, 1993), perancah (Rogoff dalam Crowl, 1997), mencipta (Krathwohl) serta skema (Gick dan Lokhart, 1995). Proses dan nilai pemikiran aras tinggi diperjelaskan oleh Lewis dan Smith (1993) sebagai pemikiran yang berlaku apabila seseorang menerima maklumat baru dan maklumat tersebut tersimpan dalam memori dan disusun semula serta dikaitkan antara satu dengan lain. Seterusnya maklumat ini diperluaskan untuk mencapai satu tujuan atau mendapatkan kemungkinan jawapan kepada situasi yang mengelirukan. Pelbagai tujuan boleh dicapai melalui pemikiran aras tinggi…. menentukan kepercayaan, menentukan apa yang perlu dilakukan, menghasilkan satu idea baru, satu projek baru atau ekspresi kesenian, membuat jangkaan serta menyelesaikan masalah bukan rutin. Strategi pengajaran 1. Komunikasi arahan Kauchak dan Eggen (1998) mendapati strategi berikut dapat menyumbang kepada komunikasi arahan yang diperlukan untuk menggalakkan kemahiran berfikir aras tinggi. a. Selaraskan objektif, konten, kemahiran, tugasan, aktiviti dan bahan. b. Rancangkan aktiviti dan tugasan kemahiran berfikir aras tinggi yang tersusun dan diatur mengikut peruntukan masa yang ditetapkan. Sediakan masalah serta soalan yang memerlukan murid berfikir menjangkau (beyond) kebiasaan.

Upload: deepa

Post on 10-Feb-2016

262 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

education

TRANSCRIPT

Page 1: Strategi Menggalakkan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi

Strategi menggalakkan kemahiran berfikir aras tinggi

Pengajaran yang dapat melibatkan kemahiran berfikir aras tinggi di dalam bilik darjah hanya dapat dilakukan setelah guru berjaya mewujudkan pembelajaran tumpuan murid dan dapat merancang kerangka pengajaran denganmengintegrasikan kemahiran berfikir. Seterusnya guru boleh memikirkan tentang strategi dan kaedah yang dapat menggalakkan kebolehan kemahiran berfikir.  

Maksud berfikir aras tinggi termasuk pemikiran kritikal, logikal, metakognisi dan kreatif. Kesemua kemahiran tercetus apabila murid berhadapan dengan masalah yang tidak biasa dihadapi, ketidakpastian, persoalan dan dilema. Kejayaan mengaplikasi kemahiran-kemahiran ini akan membuahkan penjelasan, membuat keputusan, pencapaian serta hasil yang sah dalam konteks pengetahuan dan pengalaman yang diperoleh, serta dapat menggalakkan peningkatan pemikiran aras tinggi di samping kemahiran intelektual murid.  

Antara istilah-istilah yang dapat dikaitkan dengan kemahiran berfikir aras tinggi ialah kognisi (Alvino dalam Cotton, 1997), kefahaman (Crowl dan rakan-rakan, 1997), pemikiran kreatif (Fogarty dan Mc Tighe, 1993), pemikiran kritikal(Patrick, 1986), kerangka grafik (Clarke, 1990), inkuiri (Dewey, 1933), celik akal (Gruber, 1995; Gick dan Lockhart, 1995), metakognisi (Crowl dan rakan-rakan, 1997; Pogrow, 1990; Pogrow dan Buchanan, 1985), pemikiran aras tinggi(Bloom, 1956; Haladyna, 1997), penyelesaian masalah (Gagné, Brigg dan Wager, 1988), pemikiran rasional (Ennis dalam Lewis dan Smith, 1993), perancah (Rogoff dalam Crowl, 1997), mencipta (Krathwohl) serta skema (Gick dan Lokhart, 1995).

Proses dan nilai pemikiran aras tinggi diperjelaskan oleh Lewis dan Smith (1993) sebagai pemikiran yang berlaku apabila seseorang menerima maklumat baru dan maklumat tersebut tersimpan dalam memori dan disusun semula serta dikaitkan antara satu dengan lain. Seterusnya maklumat ini diperluaskan untuk mencapai satu tujuan atau mendapatkan kemungkinan jawapan kepada situasi yang mengelirukan. Pelbagai tujuan boleh dicapai melalui pemikiran aras tinggi…. menentukan kepercayaan, menentukan apa yang perlu dilakukan, menghasilkan satu idea baru, satu projek baru atau ekspresi kesenian, membuat jangkaan serta menyelesaikan masalah bukan rutin.

Strategi pengajaran1.       Komunikasi arahan

Kauchak dan Eggen (1998) mendapati strategi berikut dapat menyumbang kepada komunikasi arahan yang diperlukan untuk menggalakkan kemahiran berfikir aras tinggi.

a.       Selaraskan objektif, konten, kemahiran, tugasan, aktiviti dan bahan.b.      Rancangkan aktiviti dan tugasan kemahiran berfikir aras tinggi yang tersusun dan diatur

mengikut peruntukan masa yang ditetapkan. Sediakan masalah serta soalan yang memerlukan murid berfikir menjangkau (beyond) kebiasaan.

c.       Terangkan tugasan sejelas-jelasnya. Tunjukkan carta alir atau jadual pelaksanaan serta kerangka kerja. Berikan contoh produk yang terbaik.

d.      Berikan maklum balas secara berkala yang dapat menjelaskan perkara yang betul atau kurang betul.

Page 2: Strategi Menggalakkan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi

2.       Menggunakan perancahPerancah melibatkan pemberian sokongan kepada murid pada awal pengajaran. Seterusnya, secara beransur-ansur menyerahkan tanggungjawab kepada murid untuk meneruskan pembelajaran dan menyelesaikan masalah / tugasan sendiri (Slavin, 1995). Walau bagaimanapun, menurut Kauchak dan Eggen (1998) perancah seharusnya terbatas kepada pemberian secukupnya sahaja supaya murid dapat bergerak maju dengan sendiri. Elakkan daripada memberikan sokongan apabila murid tidak memintanya kerana hal itu akan mendorong murid untuk menjangkakan bahawa mereka tidak dapat melakukan sendiri. Kesannya adalah lebih teruk sekiranyanya berlaku Self Fulfilling Prophecy.

Skema atau skrip atau pengetahuan sedia ada murid adalah tidak sama dan perkara ini akan mempengaruhi tahap pemahaman mereka tentang pengetahuan baru tersebut. Menurut Kauchak dan Eggen (1988):-

a.       Perancah diberikan pada permulaan proses pembelajaran dan hanya apabila diperlukan sambildisertakan contoh pemikiran aras tingi yang diperlukan (Clark, 1990; Crowl dan raka-rakan, 1997; Kauchak dan Eggen, 1998).

b.      Berikan contoh masalah serta penyelesaiannya. Contoh yang tepat akan dapat mengurangkan kebergantungan murid kepada guru.

c.       Berikan tugas lanjutan berkaitan pelajaran secara kerap, yang akan dilaksanakan di rumah.

d.      Kaitkan dengan situasi dunia kehidupan sebenar.

3.       Pengajaran secara langsung.Arahan langsung biasanya tidak akan dapat menggalakkan pemikiran berfikir pada aras tinggi (Crowl dan rakan-rakan, 1997) tetapi langkah-langkah berikut boleh menjadikan arahan langsung lebih berkesan digunakan.

a.       Bataskan pengunaan kaedah pengajaran secara langsung dengan memperkenalkan strategi dan kemahiran berfikir yang akan digunakan (Patrick, 1986).

b.      Gabungkan pengajaran secara langsung dengan latihan berpandu / terbimbing untuk mengajar tentang isi kandungan dan kemahiran secara berstruktur (Crowl dan rakan-rakan, 1997).

c.       Elakkan sesi kuliah panjang tetapi kuliah pendek dan ringkas sambil diselang-selikan dengan soalan, tunjuk cara, perbincangan, tayangan berkaitan atau kuiz untuk mengelakkan kebosanan. Gunakan pengurusan grafik atau peta minda (Buzan, 2006) dan i-think thinking map (Agensi Inovasi Malaysia, tanpa tarikh)

d.      Buat beberapa rumusan pendek sambil menekankan isi-isi utama pelajaran.

4.       PenyoalanUntuk menjana proses berfikir aras tinggi, soalan yang dikemukakan seharusnya dapat menghasilkan jawapan yang menarik dan belum diketahui. Soalan perlu dibina lebih awal dan dirancangkan agar dapat menghasilkan jawapan di luar jangkaan atau menjangkau kebiasaan (beyond).

a.       Galakkan murid mengemukakan soalan dan beri peluang kepada rakan mereka untuk memberikan jawapan (Crowl dan rakan-rakan, 1997)

b.      Mulakan dengan soalan aras rendah dan perlahan-lahan beralih kepada soalan aras tinggi (Kauchak dan Eggen, 1998)

c.       Berikan masa untuk murid menjawab sekiranya guru yang mengemukakan soalan

Page 3: Strategi Menggalakkan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi

5.       Maklum balasMaklum balas digunakan untuk memaklumkan kepada murid tentang kemajuan mereka. Gunakan strategi berikut untuk maklum balas:

a.       Berikan maklum balas segera, spesifik dan bersifat pembetulan menggunakan intonasi positif (Brophy dan Good dalam Kauchak dan Eggen, 1998)

b.      Elakkan maklum balas yang tidak jujur atau dengan memuji keterlaluan.

6.       Aktiviti kumpulanBentuk kumpulan yang berkesan dapat dapat menjana pemikiran aras tinggi termasuklah pembelajaran koperatif, tutor rakan sebaya, perbincangan kumpulan kecil. Perbincangan kumpulan yang diselia dengan baik akan membolehkan murid terlibat dengan pemikiran aras tinggi. Pembelajaran koperatif akan meningkatkan motivasi dan penyertaan murid dalam proses pembelajaran.  

7.       Penggunaan komputerBanyak cara boleh digunakan untuk membolehkan murid meningkatkan kemahiran berfikir mereka dengan menggunakan komputer.

Page 4: Strategi Menggalakkan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi

Transformasi ubah pengajaran, pembelajaran lebih bertumpu kepada peperiksaan dan menghafal

Seremban: Transformasi kurikulum pendidikan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 memberi penekanan kepada konsep kemahiran berfikir aras tinggi (HOTS) yang berupaya melahirkan generasi mempunyai pemikiran kritikal dan kreatif. 

Secara umumnya, mengikut taksonomi Bloom, HOTS merujuk kepada empat aras teratas kemahiran berfikir (lihat grafik) iaitu mengaplikasi, menganalisis, menilai dan mencipta, manakala aras paling bawah yang merujuk kepada kemahiran berfikir aras rendah (LOTS) iaitu memahami dan menghafal. Kemahiran berfikir antara enam ciri utama murid yang menjadi aspirasi kementerian untuk mereka berupaya bersaing pada peringkat global. 

Pelajar tak lagi menghafal 

Ini bermakna, kurikulum yang digubal menerusi PPPM berhubung HOTS ialah inisiatif supaya pelajar tidak lagi hanya menghafal untuk menghadapi peperiksaan, sebaliknya tahu menggunakannya. 

Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan (Dasar dan Pembangunan Pendidikan), Datuk Dr Amin Senin, berkata transformasi itu akan mengubah pengajaran dan pembelajaran yang sebelum ini lebih bertumpu kepada peperiksaan dan menghafal. 

“Kita dapati keputusan pelajar Malaysia dalam ujian Trend Pendidikan Matematik dan Sains Antarabangsa (TIMSS) dan Program Penilaian Murid Antarabangsa (PISA) tidak berada pada tahap memuaskan. “Kajian mendapati antara punca kepada keadaan itu ialah soalan dalam kedua-dua ujian yang menjadi penanda aras tahap pendidikan antarabangsa berbentuk HOTS, iaitu bukan mengingat sesuatu fakta, tapi bagaimana hendak menggunakannya. 

“Kita menyedari kelemahan itu, seterusnya membuat cadangan dalam PPPM supaya HOTS diberi penekanan,” katanya kepada BH di sini. 

Beliau berkata, walaupun HOTS wujud dalam kokurikulum sebelum ini, tidak dilaksanakan secara berfokus, sebaliknya konsep pemikiran itu hanya diharap digunakan pelajar secara semula jadi. 

Katanya, pelaksanaan HOTS di bawah PPPM kali ini difokuskan kepada subjek

Page 5: Strategi Menggalakkan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi

Sains, Matematik dan Sejarah serta dilakukan secara menyeluruh membabitkan proses pengajaran dan pembelajaran, soalan peperiksaan, penyediaan alat bantuan mengajar, malah diterapkan dalam aktiviti kokurikulum seperti kuiz dan pertandingan. 

Konsep soalan peperiksaan ada elemen HOTS 

Katanya, bagi memastikan pelajar mengaplikasi kemahiran berfikir, kementerian juga mengubah konsep soalan peperiksaan dengan memasukkan elemen HOTS dalam soalan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) secara berperingkat. 

“Sasaran Kementerian Pendidikan ialah sebanyak 40 peratus soalan HOTS dimasukkan dalam kertas soalan UPSR, manakala SPM (50 peratus) menjelang 2016,” katanya. 

Beliau berkata, untuk memastikan pelaksanaannya berjaya, guru terlebih dulu perlu mengikuti kursus jangka pendek dalam program i-Think kendalian Agensi Inovasi Malaysia, bagi membolehkan mereka menguasai teknik berfikir HOTS. 

“Tahun ini, guru dari 500 sekolah dihantar mengikuti program ini dan tahun depan, kita mahu guru dari semua sekolah negara ini mengikuti kursus itu. 

“Mereka akan pulang ke sekolah dan berkongsi kemahiran itu dengan rakan sejawatan seterusnya mengajar murid menggunakan teknik terbabit,” katanya. 

Lebih interaktif 

Mengulas lanjut, Amin berkata, penekanan terhadap HOTS secara tidak langsung mengubah corak dan proses pembelajaran dalam kelas, menjadikannya lebih interaktif kerana memerlukan pembabitan aktif pelajar dan guru. 

“Kita tidak lagi melihat proses sehala dengan guru berada di depan kelas mengajar, manakala murid hanya menyalin dan menghafal. 

“Sebaliknya guru perlu menggalakkan murid banyak bertanya dan membiarkan mereka meneroka rasa ingin tahu terhadap sesuatu perkara yang diajar, seterusnya mengaitkannya dalam kehidupan,” katanya. 

Amin berkata, kejayaan pelaksanaan itu akan dinilai daripada keputusan peperiksaan pelajar, terutama cara pelajar menjawab peperiksaan berbentuk HOTS.

Page 6: Strategi Menggalakkan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi

KEMAHIRAN BERFIKIR

Kemahiran berfikir adalah kecekapan menggunakan akal menjalankan proses pemikiran. Seseorang yang memperolehi kemahiran berfikir sanggup dan cekap dalam menyusun maklumat, konsep atau idea secara yang teratur dan membuat kesimpulan atau keputusan yang tepat untuk tindakan yang terarah dan sewajarnya.

KONSEP BERFIKIR

• Edward de Bono ( 1976 )

- Kemahiran berfikir ini membolehkan manusia melihat pelbagai perspektif untuk menyelesaikan masalah dalam sesuatu situasi tertentu.

• Dewey ( 1910 ) menegaskan :

- Pemikiran yang dihasilkan adalah kerana terdapat situasi keraguan atau masalah tertimbul. Pemikiran merupakan aktiviti psikologikal dalam sesuatu proses yang dialami untuk digunakan menyelesaikan masalah dalam situasi yang dihadapi.

• Menurut pandangan Islam, berfikir ialah fungsi akal yang memerhatikan tenaga supaya otak manusia dapat bekerja dan beroperasi. Tenaga ini diperolehi melalui tafakur.

Berdasarkan pandangan dan definisi yang dihuraikan Konsep Pemikiran bolehlah dirumus sebagai :

Page 7: Strategi Menggalakkan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi

“ Pemikiran ialah satu proses yang menggunakan minda untuk mencari makna dan penyelesaian terhadap sesuatu keraguan atau masalah yang tertimbul dengan menggunakan pelbagai cara iaitu membuat pertimbangan dan keputusan serta refleksi yang logikal dan munasabah terhadap proses yang dialami.

PROSES BERFIKIR

• Berfikir melibatkan pengendalian operasi mental tertentu dalam minda seseorang. Operasi terbahagi kepada 2 jenis iaitu :

i. Operasi Kognitif

- adalah kemahiran berfikir yang sering kita gunakan setiap hari, seperti mengelas, membanding, membuat urutan dan lain-lain.

ii. Operasi Meta kognitif

- merupakan operasi yang mengarah dan mengawal kemahiran dalam proses kognitif iaitu memandu dan membimbing segala aktiviti pemikiran manusia di antara komponen-komponen berfikir.

PRINSIP KEMAHIRAN BERFIKIR

• Sentiasa bersikap kostektif iaitu mempunyai sikap positif bagi semua jenis kemahiran berfikir dan elakkan dari bersikap negatif.

• Berfikir secara perlahan-lahan dan sentiasa berfikir secara mudah.

• Melupakan rasa ego, kita perlu mengikis perasaan ego kita jika inginkan setiap kemahiran berfikir yang digunakan itu dapat manafaatnya.

• Sentiasa menukar arah otak kita berfikir iaitu, bila kita perlukan berfikir secara logik, kreatif dan lateral. Kita juga perlu menggunakan pelbagai kemahiran berfikir untuk menyelesaikan masalah dan membuat keputusan.

• Tentukan tujuan kita berfikir dan sering bertanyakan diri sendiri tujuan dan apakah hasil yang diharapkan.

• Perlu mengambil kira emosi dan perasaan orang lain serta diri sendiri sewaktu berfikir.

Page 8: Strategi Menggalakkan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi

• Kita perlu memikirkan alternatif lain sebelum kita membuat keputusan yang lebih baik. Setiap idea perlulah dilihat secara global supaya perincian kita tidak lari atau melencong dari skop atau landasan yang sebenar. Setiap pemikiran haruslah di akhiri dengan tindakan yang seharusnya mendatangkan kesan yang baik pada orang lain.