status penguatkuasaan aktiviti tenaga atom (bagi … aktiviti... · pekerja meningkat sebanyak 41 %...

5
STATUS PENGUATKUASAAN AKTIVITI TENAGA ATOM (BAGI MAKSUD BUKAN PERUBATAN) DI BAWAH AKTA PERLESENAN TENAGA ATOM 1984 (AKTA 304) TAHUN 2015 PENCAPAIAN PENGUATKUASAAN AKTA 304 Aktiviti Pemeriksaan Pada tahun 2015, sejumlah 981 pemeriksaan telah dilaksanakan ke atas pemegang lesen dan bukan pemegang lesen mengikut pecahan iaitu sebanyak 672 adalah pemeriksaan berkala, 302 adalah pemeriksaan mengejut dan 7 melibatkan pemeriksaan ulangan. Kesemua pemeriksaan ini telah dilaksanakan melebihi bilangan sasaran yang telah ditetapkan iaitu 843 sasaran pada tahun 2015. Hanya sebanyak 0.7% sahaja pemeriksaan yang memerlukan pemeriksaan ulangan bagi mengesahkan pematuhan akta 304 diambil tindakan oleh pemegang lesen daripada jumlah keseluruhan pemeriksaan yang telah dilakukan. Graf 1 dibawah menunjukan bahawa bilangan pemeriksaan yang dilakukan mengikut jenis pemeriksaan bagi tahun 2011 hingga 2015. Permeriksaan berkala yang dilaksanakan adalah meningkat setiap tahun disebabkan oleh pertambahan bilangan lesen yang akan tamat dan juga peningkatan bilangan lesen baru. Pada tahun 2015 bilangan pemeriksaan mengejut berkurangan berbanding tahun 2014. Penurunan ini adalah sebanyak 14% (43 pemeriksaan) berbanding tahun 2014. Ini disebabkan oleh pengurangan sebanyak 7% bilangan permohonan melakukan kerja-kerja radiografi industri di kawasan awam. Graf 1: Bilangan Pemeriksaan yang dilakukan pada tahun 2011 2015 0 100 200 300 400 500 600 700 Berkala Mengejut Ulangan Amang Penangkap Kilat 372 77 1 0 0 487 233 8 2 2 515 143 4 4 8 596 345 10 10 17 672 302 7 11 21 Pencapaian Pemeriksaan Pemeriksaan 2011 Hingga 2015 2011 2012 2013 2014 2015

Upload: others

Post on 06-Jan-2020

14 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

STATUS PENGUATKUASAAN AKTIVITI TENAGA ATOM (BAGI MAKSUD BUKAN PERUBATAN) DI BAWAH AKTA PERLESENAN TENAGA ATOM 1984 (AKTA 304)

TAHUN 2015

PENCAPAIAN PENGUATKUASAAN AKTA 304

Aktiviti Pemeriksaan

Pada tahun 2015, sejumlah 981 pemeriksaan telah dilaksanakan ke atas pemegang lesen dan bukan pemegang lesen mengikut pecahan iaitu sebanyak 672 adalah pemeriksaan berkala, 302 adalah pemeriksaan mengejut dan 7 melibatkan pemeriksaan ulangan. Kesemua pemeriksaan ini telah dilaksanakan melebihi bilangan sasaran yang telah ditetapkan iaitu 843 sasaran pada tahun 2015. Hanya sebanyak 0.7% sahaja pemeriksaan yang memerlukan pemeriksaan ulangan bagi mengesahkan pematuhan akta 304 diambil tindakan oleh pemegang lesen daripada jumlah keseluruhan pemeriksaan yang telah

dilakukan. Graf 1 dibawah menunjukan bahawa bilangan pemeriksaan yang dilakukan mengikut jenis pemeriksaan bagi tahun 2011 hingga 2015. Permeriksaan berkala yang dilaksanakan adalah meningkat setiap tahun disebabkan oleh pertambahan bilangan lesen yang akan tamat dan juga peningkatan bilangan lesen baru. Pada tahun 2015 bilangan pemeriksaan mengejut berkurangan berbanding tahun 2014. Penurunan ini adalah sebanyak 14% (43 pemeriksaan) berbanding tahun 2014. Ini disebabkan oleh pengurangan sebanyak 7% bilangan permohonan melakukan kerja-kerja radiografi industri di kawasan awam.

Graf 1: Bilangan Pemeriksaan yang dilakukan pada tahun 2011 – 2015

0

100

200

300

400

500

600

700

Berkala Mengejut Ulangan Amang Penangkap Kilat

372

77

1 0 0

487

233

8 2 2

515

143

4 4 8

596

345

10 10 17

672

302

7 11 21

Pe

nc

ap

aia

n

Pemeriksaan

Pemeriksaan 2011 Hingga 2015

2011

2012

2013

2014

2015

Pemegang lesen di bawah Akta Perlesenan Tenaga Atom (Akta 304) adalah terdiri daripada syarikat-syarikat atau agensi kerajaan yang menjalankan aktiviti atau amalan seperti pemprosesan sinaran atau sel penyinaran, radiografi industri, tolok sinaran, bahan radioaktif yang wujud secara semulajadi (Naturally Occuring Radioactive Materials, NORM) atau dipertingkatkan melalui teknologi (Technologically Enhanced Naturally Occuring Radioactive Materials, TENORM), penjualan dan penyelidikan manakala bukan pemegang lesen adalah syarikat-syarikat berdaftar dan mendapat pengecualian daripada peruntukan Akta 304 seperti kilang amang kecil dan penangkap kilat.

Permohonan Kebenaran

Pada tahun 2015, sejumlah 7274 permohonan kebenaran telah diterima dan diproses (Graf 2). Sebanyak 43.5%

jumlah permohonan kebenaran meningkat pada tahun 2015 berbanding tahun 2014 (5070 kebenaran) mengikut pecahan seperti graf di bawah. Permohonan kebenaran pemberhentian pekerja meningkat sebanyak 41 % pada tahun 2015 berbanding tahun-tahun sebelumnya. Peningkatan ini adalah disebabkan oleh beberapa faktor terutamanya faktor kewangan syarikat iaitu:

Syarikat telah memberhentikan pekerja mereka sebagai pekerja sinaran contohnya syarikat Malaysia Airports Sdn. Bhd.

Penamatan projek Asian Rare Earth pada tahun 2015 menyebabkan banyak permohonan pemberhentian pekerja sinaran dikemukakan.

pemegang lesen memohon untuk membatalkan lesen kerana tidak mahu berurusan dengan aktiviti tenaga atom.

Graf 2: Bilangan Kebenaran Bagi Tahun 2011 Hingga 2015

0

1000

2000

3000

4000

5000

6000

PinjamPekerja

PekerjaBerhenti

LupusRadas

LupusBahan

LupusPenangka

p Kilat

PinjamRadas

PinjamBahan

PinjamMeterTinjau

2011 63 1613 125 440 1 17 25 14

2012 76 3319 120 561 1 23 18 25

2013 56 3115 154 1182 0 5 15 71

2014 61 3530 209 1127 0 19 29 95

2015 72 5968 210 878 2 12 26 106

Pe

nc

ap

aia

n

Perbandingan Kebenaran 2011 Hingga 2015

2011 2012

2013 2014

2015

Siasatan dan Tindakan Perundangan

Pada tahun 2015, sebanyak 46 kes siasatan telah dijalankan dengan pecahan sebanyak 32 kes tehadap pemegang lesen, 2 kes bukan pemegang lesen (Syarikat memiliki radas penyinaran tanpa memiliki lesen yang sah) dan 12 kes terhadap pekerja sinaran seperti yang ditunjukkan dalam Graf 3. Siasatan dilakukan bertujuan untuk mendapatkan bukti dan maklumat lengkap bagi sesuatu kesalahan yang dilakukan oleh pemegang lesen, pekerja sinaran atau mana-mana orang di bawah Akta 304.

Pada tahun 2015 sebanyak 63 tindakan perundangan telah diambil terhadap pemegang lesen yang melakukan kesalahan di bawah Akta 304 dan perundangan subsidiari yang dibuat

dibawahnya mengikut pecahan seperti dalam Graf 4.

Bagi kesalahan yang dilakukan oleh pekerja sinaran, sebanyak 215 tindakan perundangan yang telah dikenakan terhadap pekerja sinaran pada tahun 2015 manakala sebanyak 701 tindakan perundangan yang telah dikenakan terhadap pekerja sinaran pada tahun 2014 seperti Graf 5. Penurunan sebanyak 69% tahun 2015 berbanding tahun 2014. Penurunan ini disebabkan oleh pada pertengahan tahun 2015 Penasihat Undang-Undang memaklumkan bahawa tindakan perundangan tidak boleh diambil terhadap pekerja sinaran yang melakukan kesalahan di bawah Akta 304 kerana tiada punca kuasa untuk mengambil tindakan tersebut.

Graf 3: Bilangan Siasatan yang dilakukan sepanjang tahun 2011 hingga 2015

0

5

10

15

20

25

30

35

40

Pemegang Lesen Bukan Pemegang Lesen Pekerja Sinaran

24

0

7

35

0

1716

0

23

40

1

12

32

2

12

Pe

nc

ap

aia

n

Penyiasatan

Penyiasatan 2011 Hingga 2015

2011 2012

2013 2014

2015

Graf 4: Bilangan Tindakan Perundangan Terhadap Pemegang Lesen bagi

Tahun 2011 hingga 2015

Graf 5: Tindakan Perundangan Terhadap Pekerja Sinaran Tahun 2011 hingga 2015

0

10

20

30

40

50

60

70

80

Henti Operasi Peringatan Amaran Keras Amaran Gantung/BatalLesen

Kes Mahkamah

75

21

6

10

0 0

68

49

7 8

1 0

73

32

1

10

0 0

64

43

23

6

0 0

10

2325

23 0

Bil

an

gan

Perbandingan Tindakan Undang-Undang Terhadap Pemegang Lesen 2011 Hingga 2015

2011 2012

2013 2014

2015

0

100

200

300

400

500

600

700

Surat Peringatan Amaran Keras Amaran Senarai Hitam GantungPengiktirafan

200 3

173

364 0 3

686

129 0 5

565

05 3 6

658

292 0 1

207

5

Pe

nc

ap

aia

n

Tindakan Undang-Undang Terhadap Pekerja Sinaran 2011 hingga 2015

2011

2012

2013

2014

2015

Aduan Berkaitan Aktiviti Tenaga Atom

Pada tahun 2015, sebanyak 17 aduan berkaitan aktiviti tenaga atom telah diterima (Rujuk Graf 6). Kebanyakan aduan yang diterima adalah berkaitan dengan melakukan aktiviti radiografi industri di kawasan awam tanpa mengikut prosedur, bahan radioaktif disimpan di tempat yang tidak diluluskan

dan ketidakpuashati pekerja terhadap majikan. Kesemua aduan ini telah selesai diambil tindakan. Daripada jumlah ini, sebanyak 6 aduan telah dirujuk ke Seksyen Siasatan & Pendakwaan untuk siasatan lanjut kerana disyaki melanggar Akta 304 dan perundangan subsidiari yang dibuat dibawahnya.

Graf 6: Aduan Aktiviti Tenaga Atom Tahun 2011 hingga 2015

Sumber rujukan: LPTA: LEM/MAK/261 Tamb 3.

0

5

10

15

20

25

30

35

40

2011 2012 2013 2014 2015

19

36

1719

17

Bila

ng

an

Aduan

Perbandingan Aduan 2011 Hingga 2015