sssss - fp.utm.my · kimpalan dan fabrikasi logam sekolah menengah teknik muar dan rakan-rakan yang...

20

Upload: ngoxuyen

Post on 17-May-2019

239 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: sssss - fp.utm.my · Kimpalan Dan Fabrikasi Logam Sekolah Menengah Teknik Muar dan rakan-rakan yang banyak membantu dan memberi kerjasama dalam menyiapkan Kertas Projek ini. Semoga
Page 2: sssss - fp.utm.my · Kimpalan Dan Fabrikasi Logam Sekolah Menengah Teknik Muar dan rakan-rakan yang banyak membantu dan memberi kerjasama dalam menyiapkan Kertas Projek ini. Semoga
Page 3: sssss - fp.utm.my · Kimpalan Dan Fabrikasi Logam Sekolah Menengah Teknik Muar dan rakan-rakan yang banyak membantu dan memberi kerjasama dalam menyiapkan Kertas Projek ini. Semoga
Page 4: sssss - fp.utm.my · Kimpalan Dan Fabrikasi Logam Sekolah Menengah Teknik Muar dan rakan-rakan yang banyak membantu dan memberi kerjasama dalam menyiapkan Kertas Projek ini. Semoga

ii

PENGAMALAN NILAI KEBERSIHAN, KERJASAMA DAN

KEJUJURAN DI KALANGAN PELAJAR KIMPALAN DAN FABRIKASI

LOGAM SEKOLAH MENENGAH TEKNIK SUNGAI ABONG MUAR

ISKANDAR BIN ABD GHANI

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat

penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan

(Kejuruteraan Mekanikal)”

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

MAC, 2004

Page 5: sssss - fp.utm.my · Kimpalan Dan Fabrikasi Logam Sekolah Menengah Teknik Muar dan rakan-rakan yang banyak membantu dan memberi kerjasama dalam menyiapkan Kertas Projek ini. Semoga

iii

DEDIKASI

Buat ayahanda dan bonda, terima kasih atas

pengorbanan dan doa restu kalian

Abd.Ghani Bin Puteh

Khalijah Binti Keliwon

Istimewa buat keluarga tersayang,

Isteriku Ismayati Binti Zainuddin

Zuriatku anugerah Illahi yang tidak ternilai,

Isma Izzat dan Isma Aliesya

Terima kasih atas kasih sayang, bantuan,

dorongan dan pengorbanan kalian yang tak ternilai ertinya.

Kejayaan yang dikecapi ini adalah untuk kita bersama.

Tidak lupa

Al-fatihah untuk kekanda yang disayangi Zaharah Binti Abd Ghani yang telah

kembali ke Rahmatullah pada 29. 01. 2004

Page 6: sssss - fp.utm.my · Kimpalan Dan Fabrikasi Logam Sekolah Menengah Teknik Muar dan rakan-rakan yang banyak membantu dan memberi kerjasama dalam menyiapkan Kertas Projek ini. Semoga

iv

PENGHARGAAN

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.

Segala Pujian dan Kesyukuran saya panjatkan kehadrat Allah (s.w.t.). Selawat dan

salam ke atas junjungan besar Nabi Mohammad (s.a.w) yang telah diutuskan oleh

Allah (s.w.t) bagi memimpin manusia ke jalan kebenaran dan juga kepada para

sahabat-sahabatnya.

Alhamdulillah, syukur kehadrat Ilahi kerana dengan keizinanNya dapat

saya menyiapkan Kertas Projek ini. Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan

terima kasih kepada pensyarah pembimbing Projek Sarjana Muda Iaitu En

Jamaluddin Bin Ramli di atas segala bimbingan, pendapat, nasihat dan teguran yang

diberikan sehingga siapnya Kertas Projek ini.

Tidak lupa juga saya ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada

Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan Kementerian Pendidikan

Malaysia (BPPP), Jabatan Pendidikan Negeri Johor, Pengetua, guru-guru serta pelajar

Kimpalan Dan Fabrikasi Logam Sekolah Menengah Teknik Muar dan rakan-rakan

yang banyak membantu dan memberi kerjasama dalam menyiapkan Kertas Projek ini.

Semoga Allah memberkati jasa baik tuan-tuan semua.

Akhir kata saya ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih

kepada pihak-pihak lain yang terlibat secara langsung dalam menjayakan projek ini.

Wassalam.

Iskandar Bin Abd Ghani

Page 7: sssss - fp.utm.my · Kimpalan Dan Fabrikasi Logam Sekolah Menengah Teknik Muar dan rakan-rakan yang banyak membantu dan memberi kerjasama dalam menyiapkan Kertas Projek ini. Semoga

v

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk melihat pengamalan nilai murni di kalangan pelajar

Kimpalan dan Fabrikasi Logam Sekolah Menengah Teknik Sungai Abong, Muar

semasa menjalankan kerja amali di bengkel. Secara khususnya kajian ini cuba

mendapatkan maklumbalas mengenai pengamalan nilai murni di bengkel dari aspek

kebersihan, kerjasama dan kejujuran. Kajian dijalankan berbentuk deskriptif. Data-

data dikumpul menggunakan borang soal selidik sebagai instrument kajian dan

diedarkan kepada responden setelah ujian keesahan dijalankan terlebih dahulu.

Responden adalah seramai 60 orang dan kesemuanya digunakan dalam kajian ini.

Data-data yang diperolehi dianalisis menggunakan perisian SPSS 11 (Statistical

Package For Social Science). Hasil analisis ini dinyatakan dalam bentuk kekerapan,

peratusan, min dan sisihan piawai. Dapatan kajian ini menunjukkan nilai min

keseluruhan amalan kebersihan berada ditahap yang tertinggi iaitu 4.46 diikuti

dengan aspek kejujuran dengan minnya 3.90 dan aspek kerjasama iaitu minnya 3.37.

Masih terdapat segelintir pelajar yang tidak mengamalkan nilai murni dan ianya perlu

disedarkan bagi meningkatkan pengamalan nilai murni tersebut. Beberapa cadangan

telah dikemukakan oleh pengkaji kepada pihak yang berkenaan.

Page 8: sssss - fp.utm.my · Kimpalan Dan Fabrikasi Logam Sekolah Menengah Teknik Muar dan rakan-rakan yang banyak membantu dan memberi kerjasama dalam menyiapkan Kertas Projek ini. Semoga

vi

ABSTRACT

The purpose of this research was to observe the practice of good values among the

welding and metal fabrication students at Sekolah Menengah Teknik Sungai Abong,

Muar during practical at the workshop. Specifically, this research tried to get the

response on the practices of good values from the cleanliness, cooperation and

honesty aspects. It was done descriptively. Sets of questionnaire were used as the

research instruments after the validity test was conducted. The whole populations of

60 students were used as the respondents. Data were analyzed using the Statistical

Package For Social Science program (SPSS, Version 11) and the results were shown

in the form of frequencies, percentages, mean and standard deviations. Cleanliness

showed the highest mean (4.46) followed by honesty (3.90) and cooperation (3.37).

These values showed that the welding and metal fabrication students of SMT Sungai

Abong practiced all the three good values mentioned during practical at the

workshop.

Page 9: sssss - fp.utm.my · Kimpalan Dan Fabrikasi Logam Sekolah Menengah Teknik Muar dan rakan-rakan yang banyak membantu dan memberi kerjasama dalam menyiapkan Kertas Projek ini. Semoga

ix

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS i

PENGESAHAN STATUS TESIS ii

JUDUL iii

PENGAKUAN iv

DEDIKASI v

PENGHARGAAN vi

ABSTRAK vii

ABSTRACT viii

KANDUNGAN ix

SENARAI LAMPIRAN xiii

SENARAI SINGKATAN xiv

SENARAI JADUAL xv

BAHAGIAN SATU

BAB 1 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 3

1.3 Pernyataan Masalah 3

1.4 Objektif Kajian 4

Page 10: sssss - fp.utm.my · Kimpalan Dan Fabrikasi Logam Sekolah Menengah Teknik Muar dan rakan-rakan yang banyak membantu dan memberi kerjasama dalam menyiapkan Kertas Projek ini. Semoga

x

1.5 Persoalan Kajian 5

1.6 Kepentingan Kajian 5

1.7 Skop Dan Batasan Kajian 6

1.8 Definisi Istilah 7

1.8.1 Penghayatan 7

1.8.2 Nilai 8

1.8.3 Murni 8

1.8.4 Nilai-Nilai Murni 8

1.8.5 Pelajar 9

1.8.6 Sekolah 9

1.8.7 Sekolah Menengah Teknik 10

1.8.8 Bengkel 10

1.8.9 Kebersihan 10

1.8.10 Bekerjasama 11

1.8.11 Kejujuran 11

1.9 Penutup 12

BAHAGIAN DUA

BAB II SOROTAN KAJIAN

2.1 Pengenalan 13

2.2 Falsafah Pendidikan Negara 14

2.3 Nilai-Nilai Murni Dalam Islam 15

2.4 Penghayatan Nilai-Nilai Murni Di Sekolah 18

2.5 Nilai-Nilai Murni Dalam Falsafah

Pendidikan Negara 19

2.6 Kesimpulan 20

2.7 Penutup 21

Page 11: sssss - fp.utm.my · Kimpalan Dan Fabrikasi Logam Sekolah Menengah Teknik Muar dan rakan-rakan yang banyak membantu dan memberi kerjasama dalam menyiapkan Kertas Projek ini. Semoga

xi

BAHAGIAN TIGA

BAB III METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan 22

3.2 Rekabentuk Kajian 22

3.3 Populasi Kajian 23

3.4 Sampel Kajian 23

3.5 Instrumen Kajian 23

3.5.1 Bahagian A : Latar Belakang Pelajar 24

3.5.2 Bahagian B,C Dan D : Item Soal Selidik 25

3.6 Kajian Rintis 26

3.7 Prosedur Melakukan Kajian 27

3.8 Kaedah Pengumpulan Data 28

3.9 Prosedur Anilisis Data 29

3.10 Had Kajian 29

3.11 Penutup 30

BAHAGIAN EMPAT

BAB IV ANALISA DATA

4.1 Pengenalan 31

4.2 Analisis Responden 32

4.3 Analisis Responden Mengikut Jantina 32

4.4 Analisis Responden Mengikut Bangsa 33

4.5 Analisis Responden Mengikut Tingkatan 33

4.6 Analisis Responden Mengikut Bidang Elektif 34

Page 12: sssss - fp.utm.my · Kimpalan Dan Fabrikasi Logam Sekolah Menengah Teknik Muar dan rakan-rakan yang banyak membantu dan memberi kerjasama dalam menyiapkan Kertas Projek ini. Semoga

xii

4.7 Analisis Responden Sewaktu Menjawab

Soal Selidik 34

4.8 Analisis Persoalan Kajian Bahagian B 35

4.9 Analisis Persoalan Kajian Bahagian C 38

4.10 Analisis Persoalan Kajian Bahagian D 42

4.11 Analisis Keseluruhan Nilai Min Dan Sisihan Piawai 46

4.12 Rumusan 46

BAHAGIAN LIMA

BAB V PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN

5.1 Pendahuluan 47

5.2 Perbincangan 47

5.2.1 Persoalan Kajian 1 48

5.2.2 Persoalan Kajian 2 49

5.2.3 Persoalan Kajian 3 50

5.2.4 Persoalan Kajian 4 52

5.3 Rumusan 52

5.4 Cadangan 54

5.5 Cadangan Penyelidik Pada Masa Akan Datang 55

BIBLIOGRAFI 57 - 59

Page 13: sssss - fp.utm.my · Kimpalan Dan Fabrikasi Logam Sekolah Menengah Teknik Muar dan rakan-rakan yang banyak membantu dan memberi kerjasama dalam menyiapkan Kertas Projek ini. Semoga

xiii

SENARAI LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT

A Set Borang Soal Selidik 60

B Salinan Surat Kebenaran EPRD 67

C Salinan Surat Kebenaran JPN Negeri Johor 69

Page 14: sssss - fp.utm.my · Kimpalan Dan Fabrikasi Logam Sekolah Menengah Teknik Muar dan rakan-rakan yang banyak membantu dan memberi kerjasama dalam menyiapkan Kertas Projek ini. Semoga

xiv

SENARAI SINGKATAN

PPK Pusat Perkembangan Kurikulum

FPN Falsafah Pendidikan Negara

KBSR Kurikulum Baru Sekolah Rendah

KBSM Kurikulum Baru Sekolah Menengah

SMT Sekolah Menengah Teknik

BPG Bahagian Pendidikan Guru

UTM Universiti Teknologi Malaysia

SPSS Statistical Package For the Social Sciences

KPM Kementerian Pendidikan Malaysia

JPN Jabatan Pendidikan Negeri

SPM Sijil Pelajaran Malaysia

SKM Sijil Kemahiran Malaysia

SPMV Sijil Pelajaran Malaysia Vokasional

Page 15: sssss - fp.utm.my · Kimpalan Dan Fabrikasi Logam Sekolah Menengah Teknik Muar dan rakan-rakan yang banyak membantu dan memberi kerjasama dalam menyiapkan Kertas Projek ini. Semoga

xv

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT

3.1 Pembahagian Item Mengikut Persoalan Kajian 25

3.2 Skala Likert 26

3.3 Peratus Dan Min 26

3.4 Pengkelasan Mengikut Skala Likert 29

4.1 Analisis Responden Mengikut Jantina 32

4.2 Analisis Responden Mengikut Bangsa 33

4.3 Analisis Responden mengikut Tingkatan 33

4.4 Analisis Responden Mengikut Bidang Elektif 34

4.5 Analisis Responden Sewaktu Menjawab

Soal Selidik 34

4.6 Kekerapan, Peratusan, Min Dan Sisihan

Piawai Kesedaran Kebersihan 35

4.7 Kekerapan, Peratusan, Min Dan Sisihan

Piawai Kesedaran Bekerjasama 39

4.8 Kekerapan, Peratusan, Min Dan Sisihan

Piawai Kesedaran Kejujuran 43

4.9 Analisis Nilai Min Dan Sisihan Piawai

Keseluruhan 46

Page 16: sssss - fp.utm.my · Kimpalan Dan Fabrikasi Logam Sekolah Menengah Teknik Muar dan rakan-rakan yang banyak membantu dan memberi kerjasama dalam menyiapkan Kertas Projek ini. Semoga

BAB I

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Pada masa ini gejala sosial di kalangan remaja belasan tahun menjadi isu

dan perbualan hangat di dalam media, di kalangan ahli masyarakat mahupun

institusi-institusi pendidikan. Fenomena ini begitu ketara kerana kurangnya

penghayatan nilai-nilai murni di kalangan pelajar.

Kerapuhan iman yang dimiliki oleh pelajar telah menyebabkan mereka

sanggup melakukan banyak perkara yang melanggar tatasusila mereka sebagai

seorang pelajar. Menurut Nik Abdul Rashid (1978), antaranya adalah melawan

dan memeras ugut guru, merosakkan harta benda guru, memperlekeh-lekehkan

dan tidak mematuhi peraturan-peraturan yang telah ditetapkan serta berani

melibatkan diri dengan perkara-perkara yang tidak bermoral seperti merokok,

melepak, ponteng sekolah, tidak menghormati guru, penyalah gunaan dadah dan

jika di bengkel Kimpalan Dan Fabrikasi Logam sering berlaku perkara seperti

kecurian alatan, kehilangan projek sesama pelajar, cepat berputus asa dalam

menyempurnakan projek yang diberi mengikut spesikasi yang ditetapkan.

Di negara ini masyarakatnya amat peka kepada perkara yang berkaitan

dengan akhlak, disiplin, moral pelajar-pelajar dimana mereka sentiasa diperhati,

Page 17: sssss - fp.utm.my · Kimpalan Dan Fabrikasi Logam Sekolah Menengah Teknik Muar dan rakan-rakan yang banyak membantu dan memberi kerjasama dalam menyiapkan Kertas Projek ini. Semoga

2

diikuti dan dinilai oleh masyarakat. Fenomena ini berlaku adalah disebabkan

pelajar-pelajar inilah yang akan menjadi tonggak kepada ketamadunan sesebuah

bangsa dan negara dimasa akan datang.

Menurut Nik Abdul Rashid (1978) lagi, antara punca berlakunya

permasalahan ini adalah disebabkan tipisnya pengetahuan iman seseorang

terhadap keagamaan dan nilai-nilai yang baik yang diistilahkan sebagai nilai-nilai

murni. Dengan adanya nilai-nilai yang baik akhlak seseorang itu dapat dijaga dan

disemai dari melakukan perkara-perkara yang mungkar. Sejarah telah

mengambarkan kemerosotan akhlak sememangnya berlaku dimana satu peristiwa

pembunuhan yang pertama di muka bumi ini iaitu Qabil membunuh Habil.

Pelajar mahupun remaja merupakan tunjang kepada pembangunan sosial

dan ekonomi yang kuat kepada sesebuah negara. Justeru itu, mereka menjadi

tumpuan utama dalam pembangunan insan di sesebuah institusi pendidikan

kerana remaja lebih banyak menghabiskan usia mereka di situ. Menurut Amla

(1994), dasar kerajaan memperkenalkan Kurikulum Bersepadu Sekolah

Menengah (KBSM) sejak beberapa tahun dahulu lebih menekankan kepada

penghayatan nilai-nilai murni dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam

bilik darjah dan bengkel. Justeru itu sukatan pelajaran yang dibentuk berdasarkan

KBSM telah mencadangkan nilai-nilai yang dianggap relevan dapat diserapkan

dalam semua mata pelajaran. Nilai-nilai murni tersebut adalah terdiri daripada

baik hati, berdikari, hemah tinggi, hormat menghormati, kasih saying, keadilan,

kebebasan, keberanian, kebersihan fizikal dan mental, kejujuran, kerajinan,

kerjasama, kesederhanaan, kesyukuran, rasional dan semangat bermasyarakat.

Sekiranya nilai-nilai murni ini dapat disemai dengan sempurna di

kalangan pelajar, maka institusi-institusi pendidikan dan negara akan terhindar

dari masalah sosial dan lebih produktif serta bermutu dari segala aspek. Amla

(1994).

Page 18: sssss - fp.utm.my · Kimpalan Dan Fabrikasi Logam Sekolah Menengah Teknik Muar dan rakan-rakan yang banyak membantu dan memberi kerjasama dalam menyiapkan Kertas Projek ini. Semoga

3

1.2 Latar Belakang Masalah

Di sesebuah negara, pelajar-pelajar di sekolah merupakan aset yang

penting dan amat berharga. Merekalah yang akan menjadi harapan negara untuk

memimpin generasi akan datang, pengerak kemajuan, penyambung budaya,

pelopor pembangunan dan sebagainya bagi sesebuah masyarakat. Menurut Tajul

Ariffin (1992) pengamalan nilai-nilai murni penting kepada setiap pelajar agar

mereka dapat menghubungkan ilmu pengetahuan yang dipelajari dengan

kesedaran bahawa sumber ilmu secara mutlak adalah hak Tuhan. Oleh itu apabila

kita memperkatakan kemerosotan akhlak di kalangan pelajar, seringkali dikaitkan

adakah penerapan nilai-nilai murni yang diserapkan tidak mendatangkan kesan

dan dapat dihayati sepenuhnya.

Oleh itu penghayatan nilai-nilai murni amat penting kepada setiap pelajar

agar mereka dapat memanfaatkan ilmu yang dipelajari untuk dirinya, masyarakat

dan negara. Justeru itu penerapan nilai-nilai murni di bengkel sekolah juga harus

diutamakan supaya keselamatan diri dan alatan terpelihara sepanjang masa.

Penghayatan nilai-nilai murni ini amat penting kerana masih ada

berlakunya perkara-perkara yang tidak diingini seperti kemalangan diri,

kerosakan alatan dan mesin, kecurian, pembaziran, kebersihan dan tidak

mematuhi peraturan bengkel. Sepatutnya masalah ini tidak timbul lagi kerana

pelajar-pelajar telahpun didedahkan dengan nilai-nilai murni.

1.3 Penyataan Masalah

Keadaan pengajaran dan pembelajaran di bengkel adalah jauh berbeza

berbanding bilik darjah. Ini kerana bengkel dipenuhi dengan pelbagai alatan dan

mesin yang sentiasa perlu diawasi oleh semua yang menggunakannya. Oleh

Page 19: sssss - fp.utm.my · Kimpalan Dan Fabrikasi Logam Sekolah Menengah Teknik Muar dan rakan-rakan yang banyak membantu dan memberi kerjasama dalam menyiapkan Kertas Projek ini. Semoga

4

sebab itu pelajar mestilah sentiasa mematuhi segala peraturan dan arahan yang

telah disediakan. Disebabkan masih terdapat di kalangan pelajar yang tidak

mematuhi arahan dan peraturan maka timbullah masalah pengurusan dan

pembelajaran di bengkel. Ini dapat dibuktikan dengan ada lagi sampah yang tidak

dibersihkan sepenuhnya ketika meninggalkan bengkel. Terdapat juga peralatan

yang masih belum disimpan dengan semporna ketika meninggalkan kelas di

bengkel. Dengan ini menunjukkan pelajar masih tidak mengamalkan, amalan

kejujuran dalam menjalankan kerja sesama mereka secara berkumpulan.

Berdasarkan penyataan masalah pengkaji ingin mengenalpasti

penghayatan nilai murni di kalangan pelajar Kimpalan Dan Fabrikasi Logam

Sekolah Menengah Teknik Jalan Sungai Abong, Muar semasa menjalankan kerja

amali di bengkel. Pengkaji hanya menumpukan pada aspek kebersihan,

kerjasama dan kejujuran.

1.4 Objektif Kajian

Kajian ini bertujuan bagi mengetahui kekerapan, peratusan, min dan sisihan

piawai penghayatan nilai-nilai murni di kalangan pelajar Kimpalan Dan Fabrikasi

Logam berdasarkan kebersihan, bekerjasama dan kejujuran semasa menjalankan

kerja amali di bengkel. Objektif khusus kajian ini ialah :

i. Mengenalpasti amalan kebersihan semasa menjalankan kerja amali di

bengkel di kalangan pelajar Kimpalan dan Fabrikasi Logam.

ii. Mengenalpasti amalan kerjasama semasa menjalankan kerja amali di

bengkel di kalangan pelajar Kimpalan dan Fabrikasi Logam.

Page 20: sssss - fp.utm.my · Kimpalan Dan Fabrikasi Logam Sekolah Menengah Teknik Muar dan rakan-rakan yang banyak membantu dan memberi kerjasama dalam menyiapkan Kertas Projek ini. Semoga

5

iii. Mengenalpasti amalan kejujuran semasa menjalankan kerja amali di bengkel

di kalangan pelajar Kimpalan dan Fabrikasi Logam.

iv. Mengenalpasti perbandingan amalan ketiga-tiga nilai iaitu kebersihan,

kerjasama dan kejujuran berdasarkan nilai min keseluruhan dan sisihan

piawai.

1.5 Persoalan Kajian

Beberapa persoalan kajian adalah seperti berikut :

i. Sejauhmanakah pelajar mempraktikan amalan kebersihan

semasa menjalankan kerja amali di bengkel?

ii. Sejauhmanakah pelajar mengamalkan amalan kerjasama semasa

menjalankan amali di bengkel?

iii. Sejauhmanakah pelajar mempunyai amalan kejujuran semasa

menjalankan amali di bengkel?

iv. Sejauhmanakah perbandingan amalan ketiga-tiga nilai iaitu kebersihan,

kerjasama dan kejujuran berdasarkan nilai min keseluruhan dan sisihan

piawai?