spesifikasi personaliti reka bentuk skuter

24
SPESIFIKASI PERSONALITI REKA BENTUK SKUTER BERDASARKAN CITARASA PENGGUNA KHATIJAH BINTI HANAPI Tesis ini diserahkan bagi memenuhi keperluan untuk ijazah Sarjana Seni Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif Universiti Malaysia Sarawak 2013

Upload: phamthuan

Post on 31-Dec-2016

254 views

Category:

Documents


7 download

TRANSCRIPT

Page 1: SPESIFIKASI PERSONALITI REKA BENTUK SKUTER

SPESIFIKASI PERSONALITI REKA BENTUK SKUTER BERDASARKANCITARASA PENGGUNA

KHATIJAH BINTI HANAPI

Tesis ini diserahkanbagi memenuhi keperluan untuk ijazah

Sarjana Seni

Fakulti Seni Gunaan dan KreatifUniversiti Malaysia Sarawak

2013

Page 2: SPESIFIKASI PERSONALITI REKA BENTUK SKUTER

i

PENGAKUAN PENULIS

Saya mengaku bahawa kerja-kerja di dalam tesis ini telah dilaksanakan selaras dengan peraturan-

peraturan Universiti Malaysia Sarawak. Ia adalah asal dan adalah hasil kerja saya, kecuali

dinyatakan sebaliknya atau diakui sebagai kerja dirujuk. Ia belum pernah lagi dikemukan di

Universiti Malaysia Sarawak atau mana-mana institusi akademik atau bukan akademik lain untuk

mana-mana ijazah atau kelayakan.

Nama Pelajar : Khatijah Binti Hanapi

No Kad Pelajar : 10021669

Program Ijazah : Sarjana Seni (Seni Reka Perindustrian)

Fakulti : Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif

Tajuk Tesis : Spesifikasi Personaliti Reka Bentuk Skuter Berdasarkan Citarasa

Pengguna

Tandatangan Pelajar :

Tarikh :

Page 3: SPESIFIKASI PERSONALITI REKA BENTUK SKUTER

ii

DEDIKASI

Saya dedikasikan penyelidikan ini khas buat ibunda tercinta Hajah Hamiyah Binti Marsidi serta

ayahanda yang dikasihi Haji Hanapi Bin Mohamad malah seluruh keluarga tersayang yang

banyak membantu dan memberi dorongan. Tidak lupa juga buat pensyarah-pensyarah yang tidak

jemu memberi tunjuk ajar serta panduan khususnya buat penyelia saya dalam menjayakan

penyelidikan ini dengan cemerlang serta buat rakan-rakan yang sentiasa diingati. Setinggi-tinggi

penghargaan dan jutaan terima kasih buat anda semua.

Page 4: SPESIFIKASI PERSONALITI REKA BENTUK SKUTER

iii

PENGHARGAAN

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah rahmatNya, saya dapat

menyiapkan tesis ini dengan jayanya. Setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih

kepada Prof. Dr. Hj. Khairul Aidil Azlin Abd Rahman di atas teguran, bimbingan dan nasihat

diberikan sepanjang penyelidikan ini dijalankan. Tidak lupa juga kepada Dr. Saiful Bahari Mohd

Yusoff atas dorongan serta tunjuk ajar yang selama ini diberikan. Ribuan terima kasih juga

diucapkan kepada semua pensyarah di Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif atas sumbangan idea

serta pandangan dalam membantu menjayakan penyelidikan ini.

Teristimewa buat ahli keluarga yang banyak memberi bantuan, dorongan serta sokongan padu

malah sentiasa mendoakan kejayaan saya khususnya buat kedua ibu bapa saya. Terima kasih juga

atas kerjasama yang diberikan oleh agensi-agensi yang terlibat sepanjang penyelidikan ini

dilaksanakan.

Akhir sekali, ucapan penghargaan juga kepada pihak KPT (Kementerian Pengajian Tinggi)

kerana menaja sepanjang tempoh pengajian saya. Tidak lupa juga buat teman-teman

seperjuangan yang sentiasa memberi dorongan dan sokongan serta kepada sesiapa yang turut

terlibat secara langsung ataupun tidak, jutaan terima kasih dirakamkan atas bantuan dan dorongan

yang diberikan.

Sekian, terima kasih.

Page 5: SPESIFIKASI PERSONALITI REKA BENTUK SKUTER

iv

ABSTRAK

Penyelidikan ini bertujuan untuk mengkaji citarasa pengguna terhadap personaliti reka bentuk

skuter. Terdapat tiga segmen reka bentuk iaitu visceral, behavioural dan reflective. Segmen ini

mengandungi enam elemen personaliti reka bentuk iaitu estetika, persepsi, emosi, fungsi, visual

dan keperluan. Elemen estetika, persepsi dan emosi dikategorikan dalam segmen visceral

manakala segmen behavioural terdiri daripada elemen fungsi, visual dan keperluan. Elemen bagi

segmen behavioural (fungsi, visual, keperluan) telah diekstrak kepada tujuh faktor utama citarasa

pemilihan pengguna. Faktor-faktor yang tersenarai ialah motif pembelian, sebab pemilihan

spesifikasi, faktor pemilihan jenama/model, ciri-ciri kualiti, tarikan reka bentuk, konsep rekaan

dan kebolehpercayaan jenama. Menerusi dua kaedah utama penyelidikan iaitu kualitatif dan

kuantitatif, hasil kajian telah mengenalpasti tiga faktor berpotensi dalam citarasa pemilihan

pengguna iaitu tarikan reka bentuk, konsep rekaan dan kebolehpercayaan jenama. 3FB (3 Faktor

Berpotensi) ini telah dinilai terhadap model skuter melalui soalan penanda aras (benchmarking).

Penilaian dilakukan berdasarkan lapan ciri-ciri personaliti reka bentuk yang diekstrak menerusi

3FB yang mana model-model skuter yang terlibat merangkumi model standard dan yang telah

diubahsuai. Hasilnya, kajian mendapati pengguna mempunyai citarasa terhadap reka bentuk

skuter yang berinovatif dari sudut fungsinya serta stail dari sudut personalitinya yang berteraskan

3FB iaitu tarikan reka bentuk, konsep rekaan dan kebolehpercayaan jenama.

Page 6: SPESIFIKASI PERSONALITI REKA BENTUK SKUTER

v

ABSTRACT

This research aims to study consumer preferences towards scooter design personality. There are

three design segments namely visceral, behavioural and reflective. These segments consists of six

elements of design personality which are aesthetics, perception, emotion, function, visual and

needs. The elements of aesthetics, perception and emotion are categorized as visceral segment

while the behavioural segment consists of function, visual and needs. The behavioural segment

elements were extracted into seven main factors of consumer preferences. The factors listed are

purchase motives, specification election reason, the brand or model selection factor, quality

characteristics, design attraction, design concept and reliability of the brand. Via two research

methods namely qualitatives and quantitatives, the results have identified three potential factors

in consumer preferences which are design attraction, design concept and reliability of the brand.

The 3PF that is three potential factors were evaluated towards the scooter model through

benchmarking questions. The evaluation was conducted accordingly to the eight design

personality characteristics which are extracted from 3PF where scooter models involved consist

of standard models and modified models. As a result, the study found that consumers have

preferences for the innovative and stylish scooter designs in terms of their function and

personality based on the 3PF namely design attraction, design concept and reliability of the

brand.

Page 7: SPESIFIKASI PERSONALITI REKA BENTUK SKUTER

vi

SENARAI KANDUNGAN

HALAMANPENGAKUAN PENULIS iDEDIKASI iiPENGHARGAAN iiiABSTRAK ivABSTRACT vSENARAI KANDUNGAN viSENARAI JADUAL ixSENARAI GAMBAR RAJAH xSENARAI RAJAH xiSENARAI GRAF xiiiSENARAI LAMPIRAN xiii

BAB 1 PENDAHULUAN1.1 Pengenalan 1

1.1.1 Konsep Personaliti 41.1.2 Konsep Reka Bentuk 41.1.3 Konsep Citarasa Pengguna 6

1.2 Kerangka Teori 71.3 Penyataan Masalah 81.4 Persoalan Kajian 101.5 Objektif 101.6 Hipotesis 111.7 Skop Kajian 111.8 Kepentingan Kajian 121.9 Kesimpulan 13

BAB 2 KAJIAN LITERATUR2.1 Pengenalan 142.2 Reka Bentuk 16

2.2.1 Reka Bentuk Emosi 192.2.2 Reka Bentuk Semantik 222.2.3 Semantik Motosikal 272.2.4 Reka Bentuk Skuter dan Kapcai (Cub) 292.2.5 Penggayaan dan Personaliti 33

Page 8: SPESIFIKASI PERSONALITI REKA BENTUK SKUTER

vii

2.2.6 Prosedur Pengubahsuaian 352.3 Produk dan Kepenggunaan 39

2.3.1 Personaliti Peribadi Produk 422.3.2 Estetika Produk 442.3.3 Persepsi Pengguna Terhadap Rupa Bentuk 492.3.4 Sifat Pengguna Mempengaruhi Citarasa 52

2.4 Kesimpulan 55

BAB 3 METODOLOGI3.1 Pengenalan 563.2 Struktur Penyelidikan 563.3 Kerangka Konsep 593.4 Kaedah Penyelidikan 61

3.4.1 Kaedah Kuantitatif 613.4.2 Kaedah Kualitatif 63

3.5 Kesimpulan 74

BAB 4 DAPATAN KAJIAN4.1 Pengenalan 754.2 Citarasa Membeli Pengguna 76

4.2.1 Demografi Responden 764.2.2 Motif Pembelian 784.2.3 Sebab Pemilihan Spesifikasi 804.2.4 Faktor Pemilihan Jenama/Model 814.2.5 Ciri Kualiti 824.2.6 Tarikan Reka Bentuk 834.2.7 Konsep Rekaan 854.2.8 Kebolehpercayaan Jenama 86

4.3 Trend Pengubahsuaian 874.3.1 Komponen yang Diubahsuai/Ditukar 874.3.2 Tujuan Pengubahsuaian 894.3.3 Konsep Rekaan 904.3.4 Keutamaan Ubahsuai 914.3.5 Tarikan Reka Bentuk 924.3.6 Elemen Persepsi 934.3.7 Elemen Emosi 944.3.8 Elemen Estetika 954.3.9 Perbezaan Elemen 96

4.4 Perbezaan Nilai Reka Bentuk 98

Page 9: SPESIFIKASI PERSONALITI REKA BENTUK SKUTER

viii

4.4.1 Reka Bentuk Tempatan dan Luar Negara 984.4.2 Reka Bentuk Skuter dan Kapcai (Cub) 1004.4.3 Ciri-ciri Reka Bentuk Pilihan dan Sebab Memilih Skuter 1024.4.4 Kelebihan dan Kelemahan Skuter 103

4.5 Faktor Citarasa dan Ciri-ciri Personaliti Reka Bentuk 1044.5.1 Ciri-ciri Personaliti Reka Bentuk 1044.5.2 Model-model Skuter 106

4.6 Tahap Citarasa Pengguna 1064.6.1 Citarasa Terhadap Skuter (Standard) 1074.6.2 Tahap Citarasa Mengikut 8 Ciri Personaliti 1154.6.3 Tarikan Model Skuter dan Sebab Memilih 1224.6.4 Citarasa Terhadap Skuter (Ubahsuai) 1244.6.5 Tahap Citarasa Mengikut 8 Ciri Personaliti 1294.6.6 Tarikan Model Skuter dan Sebab Memilih 135

4.7 Pengkategorian Model Skuter 1374.7.1 Model Skuter Standard 1394.7.2 Model Skuter Ubahsuai 1494.7.3 Citarasa Personaliti Reka Bentuk Skuter 157

4.8 Kesimpulan 161

BAB 5 PERBINCANGAN5.1 Pengenalan 1635.2 Elemen Personaliti Reka Bentuk 1635.3 Faktor Citarasa Pemilihan/Pembelian Pengguna 1685.4 Spesifikasi Personaliti Reka Bentuk Skuter 1735.5 Senario Reka Bentuk Skuter 1785.6 Trend Pengubahsuaian 1795.7 Faktor Mempengaruhi Citarasa Pengguna Terhadap Reka Bentuk 1825.8 Perbandingan Jenama Keluaran 1905.9 Kesimpulan 194

BAB 6 KESIMPULAN6.1 Pengenalan 1956.2 Tiga Faktor Berpotensi (3FB) 1956.3 Implikasi dan Cadangan Kajian 1996.4 Kesimpulan 201

RUJUKAN 202

Page 10: SPESIFIKASI PERSONALITI REKA BENTUK SKUTER

ix

SENARAI JADUAL

JADUAL HALAMAN

Jadual 2.1: Segmen reka bentuk 17

Jadual 2.2: Ciri-ciri keutamaan reka bentuk semantik mengikut pengeluar 29

Jadual 2.3: Ciri-ciri penggayaan dan personaliti skuter 34

Jadual 2.4: Prosedur ubahsuai motosikal 36

Jadual 2.5: Prosedur pengubahsuaian komponen motosikal 36

Jadual 2.6: Implikasi hubungan antara tiga ciri asas produk dan prinsip-prinsip estetika 45

Jadual 2.7: Perbezaan elemen reka bentuk 48

Jadual 3.1: Pengekstrakan 169 kata kunci melalui kaedah KJ 67

Jadual 3.2: Kategori kumpulan kata kunci 68

Jadual 3.3: Perbezaan soal selidik 70

Jadual 4.1: Maklumat demografi responden 77

Jadual 4.2: Ciri-ciri reka bentuk dan sebab memilih 102

Jadual 4.3: Kelebihan dan kelemahan skuter 103

Jadual 4.4: Ciri-ciri personaliti reka bentuk 105

Jadual 4.5: Citarasa pengguna terhadap model standard 108

Jadual 4.6: Citarasa pengguna terhadap model ubahsuai 125

Jadual 4.7: Keputusan analisa prinsipal komponen (standard) 139

Jadual 4.8: Keputusan analisis kluster deskriptif 143

Jadual 4.9: Keputusan analisa prinsipal komponen (ubahsuai) 149

Jadual 4.10: Keputusan analisis kluster deskriptif 152

Jadual 5.1: Ciri-ciri personaliti reka bentuk 191

Jadual 5.2: Min citarasa pengguna mengikut jenama 191

Page 11: SPESIFIKASI PERSONALITI REKA BENTUK SKUTER

x

SENARAI GAMBAR RAJAH

GAMBAR RAJAH HALAMAN

Gambar rajah 1.1: Proses reka bentuk 5

Gambar rajah 1.2: A two step model of product appearance perception 7

Gambar rajah 1.3: Pengubahsuaian skuter 8

Gambar rajah 2.1: Model reka bentuk emosi 20

Gambar rajah 2.2: Product’s semantic character 23

Gambar rajah 2.3: The integrated model: categories of semantic product knowledge 24

Gambar rajah 2.4: Semantik produk 26

Gambar rajah 2.5: Motosikal jenis skuter 31

Gambar rajah 2.6: Piaggio Vespa dan Honda cub 31

Gambar rajah 2.7: Motosikal jenis kapcai (Cub) 32

Gambar rajah 2.8: A simplified framework for studying consumer behavior 39

Gambar rajah 2.9: Two way process for understanding and design for aesthetics 44

Gambar rajah 3.1: Struktur penyelidikan 57

Gambar rajah 3.2: Kerangka konsep 59

Gambar rajah 3.3: Teknik persampelan 62

Gambar rajah 3.4: Pengubahsuaian skuter 64

Gambar rajah 3.5: Proses pemasangan 64

Gambar rajah 4.1: Taburan model skuter standard mengikut kluster 144

Gambar rajah 4.2: Pengelasan model skuter standard (reka bentuk inovatif) 145

Gambar rajah 4.3: Pengelasan model skuter standard (reka bentuk normal) 146

Gambar rajah 4.4: Taburan model skuter ubahsuai mengikut kluster 153

Gambar rajah 4.5: Pengelasan model skuter ubahsuai (reka bentuk stail) 154

Gambar rajah 4.6: Pengelasan model skuter ubahsuai (reka bentuk ekstrem) 155

Gambar rajah 4.7: Citarasa model standard 157

Gambar rajah 4.8: Citarasa model ubahsuai 158

Gambar rajah 4.9: Model pilihan dan bukan pilihan (standard) 160

Gambar rajah 4.10: Model pilihan dan bukan pilihan (ubahsuai) 161

Page 12: SPESIFIKASI PERSONALITI REKA BENTUK SKUTER

xi

Gambar rajah 5.1: Elemen personaliti reka bentuk 163

Gambar rajah 5.2: Perkaitan elemen personaliti reka bentuk 164

Gambar rajah 5.3: Ciri-ciri 3FB (3 Faktor Berpotensi) 173

Gambar rajah 6.1: 3FB terhadap citarasa pengguna 195

Gambar rajah 6.2: Proses pembentukan personaliti 197

SENARAI RAJAH

RAJAH HALAMAN

Rajah 1.1: Peratusan statistik motosikal mengikut kategori 9

Rajah 4.1: Motif pembelian 79

Rajah 4.2: Sebab pemilihan spesifikasi 80

Rajah 4.3: Faktor pemilihan jenama/model 81

Rajah 4.4: Ciri-ciri kualiti 82

Rajah 4.5: Tarikan reka bentuk 84

Rajah 4.6: Konsep rekaan 85

Rajah 4.7: Kebolehpercayaan jenama 86

Rajah 4.8: Komponen yang diubahsuai/ditukar 88

Rajah 4.9: Tujuan pengubahsuaian 89

Rajah 4.10: Konsep rekaan 90

Rajah 4.11: Keutamaan dalam ubahsuai 91

Rajah 4.12: Tarikan reka bentuk 92

Rajah 4.13: Elemen persepsi 93

Rajah 4.14: Elemen emosi 94

Rajah 4.15: Elemen estetika 95

Rajah 4.16: Perbezaan elemen 96

Rajah 4.17: Perbezaan ciri rekaan keluaran skuter 99

Rajah 4.18: Ciri reka bentuk bagi pandangan pengguna skuter 100

Rajah 4.19: Ciri reka bentuk bagi pandangan pengguna kapcai 101

Page 13: SPESIFIKASI PERSONALITI REKA BENTUK SKUTER

xii

Rajah 4.20: Reka bentuk menepati citarasa (skuter standard) 107

Rajah 4.21: Tahap citarasa reka bentuk dan identiti unik 115

Rajah 4.22: Tahap citarasa ciri-ciri grafik 116

Rajah 4.23: Tahap citarasa kesesuaian warna 117

Rajah 4.24: Tahap citarasa selesa dan mesra pengguna 118

Rajah 4.25: Tahap citarasa reka bentuk diterima pakai 119

Rajah 4.26: Tahap citarasa rekaan mampu bersaing 120

Rajah 4.27: Tahap citarasa kombinasi warna 120

Rajah 4.28: Tahap citarasa canggih, praktikal dan moden 121

Rajah 4.29: Model menarik minat pengguna 122

Rajah 4.30: Model tidak menarik minat pengguna 123

Rajah 4.31: Reka bentuk menepati cita rasa (skuter ubahsuai) 124

Rajah 4.32: Citarasa reka bentuk dan identiti unik 129

Rajah 4.33: Citarasa ciri-ciri grafik 130

Rajah 4.34: Citarasa reka kesesuaian warna 131

Rajah 4.35: Citarasa reka bentuk selesa dan mesra pengguna 132

Rajah 4.36: Citarasa reka bentuk dapat diterima pakai 133

Rajah 4.37: Citarasa rekaan mampu bersaing 133

Rajah 4.38: Citarasa kombinasi warna 134

Rajah 4.39: Citarasa canggih, praktikal dan moden 135

Rajah 4.40: Model menarik minat pengguna 136

Rajah 4.41: Model tidak menarik minat pengguna 137

Rajah 4.42: Taburan model skuter standard 140

Rajah 4.43: Keputusan analisis kluster hierarki skuter standard 141

Rajah 4.44: Tahap citarasa mengikut kumpulan 147

Rajah 4.45: Tahap citarasa keseluruhan model standard 148

Rajah 4.46: Taburan model skuter ubahsuai 150

Rajah 4.47: Analisis kluster hierarki skuter ubahsuai 151

Rajah 4.48: Tahap citarasa mengikut kumpulan 156

Rajah 4.49: Tahap citarasa keseluruhan model ubahsuai 156

Page 14: SPESIFIKASI PERSONALITI REKA BENTUK SKUTER

xiii

Rajah 4.50: Perbezaan model B1 dan B7 158

Rajah 4.51: Perbezaan model M2 dan M1 159

Rajah 5.1: Citarasa pengguna terhadap jenama 192

Rajah 5.2: Kecenderungan terhadap ciri-ciri 193

SENARAI GRAF

GRAF HALAMAN

Graf 1.1: Jumlah pendaftaran motosikal mengikut tahun 2

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN HALAMAN

Lampiran 1: Soal selidik 1 211

Lampiran 2: Soal selidik 2 213

Lampiran 3: Soal selidik 3 215

Lampiran 4: Penanda aras (skuter standard) 217

Lampiran 5: Penanda aras (skuter ubahsuai) 219

Lampiran 6: Temubual Demak (DNC Holdings Sdn. Bhd) 220

Lampiran 7: Temubual Bahagian R&D, Modenas Sdn. Bhd 221

Lampiran 8: Temubual Bahagian R&D, Naza Bikes Sdn. Bhd 222

Lampiran 9: Temubual Bahagian Sales & Marketing, After Sales Modenas Sdn. Bhd 223

Lampiran 10: Temu bual Bahagian Pemasaran, Naza Premira Sdn. Bhd 224

Lampiran 11: Senarai model standard 225

Lampiran 12: Senarai model ubahsuai 226

Page 15: SPESIFIKASI PERSONALITI REKA BENTUK SKUTER

1

BAB SATU

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Secara amnya, industri motosikal merupakan salah satu cabang industri automotif (Ohara & Sato,

2008). Rahmah Ismail dan Idris Jajri (2008) menyatakan industri motosikal tergolong dalam

industri peralatan pengangkutan yang mana ia meliputi pembuatan dan pemasangan kenderaan

bermotor, motosikal, skuter dan basikal serta pembuatan alat ganti dan aksesori semua jenis

kenderaan, kapal terbang, pembinaan dan pembaikan kapal serta bot. Malah, industri automotif

merupakan sub-industri terbesar dalam industri peralatan pengangkutan di Malaysia. Merujuk

Pelan Induk Perindustrian (PIP) yang pertama (1986-1995), industri peralatan pengangkutan

merupakan salah satu industri yang terpilih dan berpotensi memberi sumbangan yang besar

kepada pertumbuhan ekonomi negara. Industri ini dijangkakan akan terus berkembang dan

berpotensi pada masa hadapan. Pengeluaran unit motosikal dan skuter setiap tahun dalam tempoh

2009 hingga 2011 semakin menunjukkan peningkatan yang amat memberangsangkan. Ini sejajar

dengan statistik pendaftaran motosikal mengikut tahun seperti yang ditunjukkan dalam graf 1.1.

Dianggarkan bahawa di Malaysia, terdapat kira-kira lima juta motosikal di atas jalan raya (Neoh

et al., 2007). Di Malaysia juga terdapat motosikal dan skuter keluaran negara lain khususnya dari

negara Jepun iaitu Yamaha, Honda dan Suzuki. Selain itu, pasaran Malaysia juga turut

dirangsang dengan kemasukan motosikal dan skuter buatan China yang telah dijual lebih murah

berbanding motosikal dan skuter buatan Jepun (Shaharudin et al., 2011). Keadaan ini

mengakibatkan perkembangan industri ini mengalami turun naik dan kini menghadapi cabaran

Page 16: SPESIFIKASI PERSONALITI REKA BENTUK SKUTER

2

daripada dasar liberalisasi perdagangan seperti ASEAN Free Trade Area (AFTA). Kewujudan

blok perdagangan telah meningkatkan persaingan industri automotif di peringkat global. Di

samping itu, penghapusan halangan perdagangan antara negara ASEAN telah membuka lebih

banyak peluang pasaran kepada firma dalam industri peralatan pengangkutan tempatan. Bagi

mengatasi cabaran ini, industri peralatan pengangkutan perlu menjadi lebih produktif dan

mencapai produktiviti tinggi supaya kos pengeluaran dapat dijimatkan dan mampu bersaing di

peringkat global (Idris Jajri & Rahmah Ismail, 2008).

Graf 1.1: Jumlah pendaftaran motosikal mengikut tahun

(Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia, 2012)

Oleh yang demikian, dengan dunia pasaran yang semakin kompetitif pada hari ini, produk

membawa nilai kepada pengguna. Produk bukan sekadar objek yang hanya boleh disentuh atau

dipegang, tapi ia juga meliputi ciri-ciri perkhidmatan, reka bentuk, tahap kualiti, jenama dan

pembungkusan. Malah, dalam pembelian sesuatu produk dan perkhidmatan, pengguna juga

berbeza dalam menentukan kepuasan mereka. Menurut Kotler dan Armstrong (2010), kualiti

Page 17: SPESIFIKASI PERSONALITI REKA BENTUK SKUTER

3

akan memberi kesan yang ketara terhadap prestasi sesuatu produk atau perkhidmatan kerana ia

berkait rapat dengan nilai dan kepuasan pengguna. Ini juga sejajar dalam kenyataan Shaharuddin

et al. (2011) yang mana kualiti merupakan faktor yang paling penting dalam pemilihan jenama

atau model motosikal terutama dalam persekitaran pasaran yang semakin sengit persaingannya

malah harga pula kompetitif. Namun begitu, mereka bukan sahaja bergantung terhadap persepsi

kualiti dalam membuat keputusan sama ada untuk membeli atau tidak membeli mana-mana

produk di pasaran (Shaharuddin et al., 2011).

Menurut Seva et al. (2007), reka bentuk sesuatu produk memberi pengaruh yang kuat dalam

keputusan membeli oleh pengguna. Dalam konteks reka bentuk industri, Hertenstein et al. (2005)

menyatakan faktor yang menyumbang dalam meningkatkan hubung kait antara pengguna

terhadap produk adalah mudah dalam penggunaan (ease of use), keupayaan (capabilities), dan

penampilan atau rupa bentuk (appearance). Tambahan pula, pereka industri berperanan dalam

meningkatkan tahap penggunaan produk serta kemampuan nilai estetika dan grafik sesuatu

produk dalam membantu untuk membezakan tawaran produk yang kompetitif dan menarik

tumpuan pengguna. Dalam pada itu juga, menurut Creusen Schoormans (2005) terdapat beberapa

cara yang mana penampilan sesuatu produk memberi peranan dalam proses penilaian serta

pilihan pengguna terhadap produk seperti penyampaian estetika, simbolik, fungsi maklumat dan

ergonomik yang mana fungsi dan simbolik merupakan peranan paling penting. Tambahan lagi,

bentuk produk akan memberi kesan terhadap kepercayaan sesuatu produk dan jenama malah ia

juga akan memberi kesan terhadap pilihan pengguna.

Page 18: SPESIFIKASI PERSONALITI REKA BENTUK SKUTER

4

1.1.1 Konsep Personaliti

Personaliti menurut Kamus Dewan Edisi Empat ialah keperibadian dan perwatakan. Dewey

(1934) mendefinisikan sebagai suatu objek yang menyumbang kepada pembentukan pengalaman

dalam bentuk intelek, emosi atau praktikal. Dalam konteks reka bentuk, menurut Patrick Jordan

(1997) yang mana beliau merupakan pelopor kepada konsep personaliti produk dalam dunia

pereka industri menyatakan personaliti merupakan ciri-ciri keperibadian manusia yang digunakan

untuk menggambarkan variasi produk tertentu. Beliau juga menganggap bahawa konsep tersebut

amat berguna kepada pereka industri kerana pengguna lebih memilih produk yang memiliki

keperibadian yang serupa dengan keperibadian mereka sendiri. Oleh yang demikian, pereka

mampu mencipta produk yang mempunyai keperibadian yang serupa dengan keperibadian

pengguna. Menurut Blom dan Monk (2003) pula, mereka menjelaskan bahawa personaliti

sesebuah produk membolehkan pengguna mendapatkan produk yang unik dan mempunyai daya

tarikan tersendiri. Daya tarikan ini juga yang akan memberikan makna simbolik terhadap diri

pemilik itu sendiri.

1.1.2 Konsep Reka Bentuk

Menurut Kamus Dewan Edisi Empat, reka bentuk membawa maksud rancangan yang

menunjukkan susunan, struktur atau aspek-aspek sesuatu. Reka bentuk juga merupakan satu

penggabungan unsur seni seperti titik, garisan, ruang, rupa, bentuk, warna dan jalinan yang

digubah berteraskan prinsip rekaan grafik. Reka bentuk yang terhasil adalah dari pendekatan

ilmu dan aplikasi seni visual seperti kewujudan penegasan (focal point), keseimbangan, rentak

(rhythm), kesatuan, kontras, kepelbagaian dan pengulangan. Jalinan prinsip-prinsip rekaan ini

menjadikan reka bentuk sesuatu produk kelihatan kreatif, unik, hebat dan menarik di mata

Page 19: SPESIFIKASI PERSONALITI REKA BENTUK SKUTER

5

DesignStage

SketchesEngineering testVerificationDesign Review

Design OutputStage

DrawingsMaterialsFinal DesignReview

Design ValidationStage

PackagingManualsBenchmark results

Release

Design InputStage

DesignSpecification

ConsumerRequirements

DesignStage

SketchesEngineering testVerificationDesign Review

DesignStage

DesignStage

SketchesEngineering testVerificationDesign Review

Design OutputStage

DrawingsMaterialsFinal DesignReview

Design OutputStage

Design OutputStage

DrawingsMaterialsFinal DesignReview

Design ValidationStage

PackagingManualsBenchmark results

Release

Design ValidationStage

PackagingManualsBenchmark results

Release

Design ValidationStage

PackagingManualsBenchmark results

Release

Design InputStage

DesignSpecification

ConsumerRequirements

Design InputStage

Design InputStage

DesignSpecification

ConsumerRequirements

masyarakat. Dalam reka bentuk, proses amatlah penting. Berdasarkan kenyataan Awang, D

(1996), beliau menyatakan produk yang lahir dari industri akan melalui proses reka bentuk serta

proses pengeluaran. Proses reka bentuk bermula dari seorang pereka industri atau jurutera pereka

yang mana mempunyai kepakaran multi-discipline yang berupaya menghasilkan idea reka bentuk

sehingga lahir produk yang dihasilkan oleh proses pembuatan di dalam sesebuah industri

pembuatan. Ilmu yang ada pada pereka ini merangkumi ilmu seni, sains dan teknologi selain

daripada asas kejuruteraan supaya produk berkenaan bukan sahaja mempunyai nilai estetika

malah semestinya mampu melakukan fungsi sebenar produk berkenaan. Bagi merealisasikan

sesuatu reka bentuk, satu proses telah dipiawaikan atau ditetapkan seperti yang ditunjukkan

dalam gambar rajah 1.1.

Gambar rajah 1.1: Proses reka bentuk

(Sumber: Design Process ISO 9001)

Dengan perubahan atau peredaran masa maka sesuatu reka bentuk juga akan turut mengalami

perubahan. Sepertimana kenyataan Tovey (1989) dan Cross (1990), keseluruhan produk yang

terdapat di sekeliling kita seperti pakaian, perabot, mesin, peralatan berkomunikasi malah

pemakanan kita telah mengalami perubahan reka bentuk. Maka kualiti produk tersebut sedikit

Page 20: SPESIFIKASI PERSONALITI REKA BENTUK SKUTER

6

sebanyak telah mengubah cara kehidupan kita. Sebagai contoh, reka bentuk skuter yang setiap

tahun telah mengalami perubahan rekaan. Keadaan ini berlaku kerana perubahan masa atau

tindak balas persekitaran khususnya cara hidup manusia. Perubahan ini penting dalam sesuatu

reka bentuk bagi memenuhi keperluan dan kehendak pengguna dalam menghasilkan produk yang

mempunyai cita rasa pengguna sama ada dari aspek fungsi, prestasi, nilai estetika, keselamatan

dan keselesaan. Dengan erti kata lain, dengan perubahan reka bentuk ini, kualiti sesuatu produk

khususnya skuter dapat meningkatkan tahap kualiti kehidupan pengguna.

1.1.3 Konsep Citarasa Pengguna

Nordstrom (1981) mendefinisikan pengguna sebagai sesiapa sahaja yang menggunakan sesuatu

hasil pengeluaran. Herzberg dan Britt (1966) pula mendefinisikan pengguna sebagai seorang

individu yang membeli sesuatu di suatu tempat dengan tujuan dan tingkat harga tertentu. Dapat

dilihat, pengguna hari ini menuntut barangan yang berkualiti tinggi. Sebagaimana kenyataan

Kotler dan Armstrong (2010), kualiti produk memberi kesan terhadap prestasi sesuatu produk

atau perkhidmatan malahan ia berkait rapat dengan nilai dan kepuasan pengguna. Dalam konteks

pengangkutan seperti skuter khususnya, kualiti adalah faktor penting dalam pemilihan jenama

atau model motosikal terutamanya dalam persekitaran pasaran yang mana saingannya adalah

sengit malah dengan harga yang kompetitif (Shaharudin et al., 2010).

Walau bagaimanapun, sukar untuk memenuhi kehendak pengguna tentang kualiti berikutan

pemahaman mereka mengenainya adalah pelbagai dan tidak konsisten. Lebih-lebih lagi dengan

kepelbagaian jenama skuter yang berada di Malaysia khususnya seperti Honda, Yamaha, Suzuki,

Modenas, Naza serta Demak. Namun, saingan ini diperhebatkan lagi dengan kemasukan

kenderaan skuter buatan China yang telah dijual lebih murah berbanding skuter buatan atau

Page 21: SPESIFIKASI PERSONALITI REKA BENTUK SKUTER

7

keluaran lain. Kepelbagaian ini memberi peluang kepada pengguna untuk memilih kerana kuasa

membeli berada di tangan mereka. Oleh itu, adalah penting untuk memahami emosi serta

keutamaan pengguna dalam memenuhi jangkaan mereka bagi memastikan mereka setia (brand

loyalty) dengan produk tersebut. Namun, berdasarkan kajian lepas mengenai persepsi pengguna

dan gelagat membeli kenderaan (Haubl, 1996; Havlena & Holbrook, 1986), menyatakan bahawa

pembeli kenderaan dipengaruhi oleh sifat-sifat produk seperti fungsi, ciri-ciri penampilan, atau

keperluan praktikal (utilitarian).

1.2 Kerangka Teori

Penyelidikan ini tertumpu pada cita rasa pengguna terhadap personaliti reka bentuk skuter.

Apabila disentuh mengenai personaliti reka bentuk skuter maka dapat didefinisikan berkenaan

penampilan atau rupa bentuk skuter tersebut. Penampilan serta rupa bentuk skuter tersebut akan

membantu pengguna dalam menilai skuter dari segi fungsi, estetika, ergonomik dan simbolik

malah gambaran keseluruhan terhadapnya. Hal ini kerana, sesebuah produk perlulah difahami

dan memberi makna kepada pengguna (Krippendorf, 1989). Oleh yang demikian, teori Blijlevens

et al. (2009) berkenaan dengan persepsi terhadap penampilan produk digunakan sebagai satu

garis panduan dalam memulakan proses reka bentuk atau dalam kajian terhadap penilaian produk.

Gambar rajah 1.2: A two-step model of product appearance perception

(Sumber: Blijlevens et al., 2009)

Page 22: SPESIFIKASI PERSONALITI REKA BENTUK SKUTER

8

Menerusi teori tersebut dapat dijelaskan bahawa pengguna akan melihat kepada sifat-sifat fizikal

yang mana bersama-sama dalam membentuk produk tersebut seperti warna, bentuk, tekstur dan

sebagainya. Tambahan lagi, (Brunswick, 1952) dengan kombinasi warna tertentu, bahan serta

lain-lain aspek fizikal akan memberi produk rupa yang boleh digambarkan menerusi sifat-sifat

penampilan tertentu seperti moden, ringkas dan sebagainya. Dengan adanya sifat-sifat

penampilan ini, maka memudahkan serta membolehkan pengguna dalam memberi gambaran atau

penilaian keseluruhan terhadap sesuatu produk.

1.3 Penyataan Masalah

Terdapat beberapa masalah telah dikenal pasti terhadap kenderaan skuter ini sama ada dari segi

reka bentuk mahupun permintaan pasaran.

I. Reka bentuk

Pengubahsuaian skuter telah menjadi satu trend di kalangan pengguna pada masa kini.

Kenderaan yang pada awalnya dibeli dalam reka bentuk standard telah diubahsuai

mengikut citarasa pengguna seperti mana yang ditunjukkan dalam gambar rajah 1.3.

Gambar rajah 1.3: Pengubahsuaian skuter

Rata-rata modifikasi yang dilakukan mengikut personaliti pengguna kerana ia merupakan

simbol kepada diri pengguna itu sendiri. Ini selaras dengan kenyataan Solomon (1983),

Page 23: SPESIFIKASI PERSONALITI REKA BENTUK SKUTER

9

pengguna menggunakan personaliti sebagai tanda aras dalam menggambarkan simbol

kepada produk. Keadaan ini menunjukkan produk yang paling dikehendaki pada hari ini

adalah personaliti sebagaimana yang dinyatakan seorang pakar sosiologi iaitu David

Riesman (Baudrillard & Jean, 2006). Namun demikian, modifikasi yang dilakukan

tidak mengikut undang-undang jalan raya. Sebagaimana kenyataan salah seorang

pengasas kelab motor iaitu Encik Azri, mengakui bahawa kenderaan yang diubahsuai

rata-rata tidak mengikut undang-undang jalan raya.

II. Permintaan pasaran

Permintaan skuter kurang berbanding kapcai atau dikenali sebagai cub. Ini juga

dibuktikan menerusi statistik dari tahun 2000an seperti yang ditunjukkan dalam rajah 1.1.

Rajah 1.1: Peratusan statistik motosikal mengikut kategori

(Sumber: Motorcycle & Scooter Assemblers And Distributor Association of Malaysia and

Road Transport Department Malaysia, 2009)

Keadaan ini juga turut disokong oleh ketiga-tiga pengeluar skuter Malaysia iaitu Naza (D

Helmee 2012, temu bual, 24 April), Demak (A Omar 2011, temu bual,15 Mac) dan

Page 24: SPESIFIKASI PERSONALITI REKA BENTUK SKUTER

10

Modenas (A Mansor 2012, temu bual, 17 April) yang mana merujuk pada situasi masa

kini. Tinjauan juga mendapati pengguna yang menggunakan skuter amatlah sedikit

berbanding kapcai (cub). Malah, didapati juga pengguna lebih tertarik terhadap

kenderaan buatan luar negara berbanding keluaran tempatan (Neoh et al., 2007).

Melalui hasil tinjauan juga, majoriti pengguna menggunakan skuter buatan luar negara.

Keadaan ini membuktikan terdapat faktor-faktor yang berpotensi yang mana

menyumbang kepada keputusan membeli pengguna. Hal ini turut dinyatakan oleh

Shaharudin et al. (2011) yang mana terdapat faktor-faktor lain yang belum ditemui dan

hanya selepas mengenal pasti faktor-faktor yang berpotensi mudah bagi organisasi

perniagaan untuk mengetahui faktor yang menyumbang kepada keputusan membeli.

1.4 Persoalan Kajian

Terdapat beberapa persoalan dikemukakan dalam kajian ini iaitu:-

1. Apakah elemen-elemen personaliti reka bentuk?

2. Apakah faktor yang menyumbang kepada pengguna dalam keputusan membeli skuter?

3. Bagaimanakah personaliti reka bentuk skuter menarik minat khalayak ramai?

1.5 Objektif

Dalam melaksanakan kajian ini, terdapat beberapa objektif kajian yang telah ditetapkan iaitu:-

1. Mengenal pasti elemen personaliti reka bentuk.

2. Mengkaji faktor yang menyumbang kepada keputusan membeli pengguna.

3. Menganalisis ciri-ciri personaliti reka bentuk skuter berdasarkan citarasa pengguna.

4. Menghasilkan konsep fenomena citarasa pengguna terhadap reka bentuk skuter.