spektrum gaya pengajaran mosston

Upload: cikgu-madrid

Post on 08-Jul-2015

2.103 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

SUBJEK : PENDIDIKAN JASMANI

TRANSCRIPT

11 SPEKTRUM GAYA PENGAJARAN MOSSTON & ASHWORTH (1986)

NAMA NO. K/P KURSUS PENSYARAH TARIKH HANTAR

: : : : :

MUHAMMAD RIDHUAN BIN HANAFI 891207-03-5203 PISMP MATEMATIK AMBILAN JANUARI 2010 DR. AZITA BIN AMRIN 9 SEPTEMBER 2011

PENGENALAN Malaysia sedang menuju ke arah Wawasan 2020 yang bertujuan untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara industri. Oleh itu, pendidikan dilihat sebagai faktor utama penyumbang kepada pembangunan negara dan pendorong kemaraan sejagat ke arah membaiki hidup manusia. Untuk mencapai matlamat ini, negara kita memerlukan sumber manusia yang berkualiti dari segi pendidikan dan latihan. Olivia (1988) mendefinisikan gaya pengajaran sebagai satu set ciri-ciri peribadi yang menunjukkan dengan jelas seseorang individu sebagai seorang tenaga pengajar yang unik. Grasha (1996) pula menghuraikan gaya pengajaran sebagai orientasi dan strategi yang digunakan oleh sesuatu institusi. Secara umumnya, gaya pengajaran adalah pendekatan yang diambil oleh guru untuk mengajar pelajar-pelajarnya dan biasanya menggambarkan pegangannya mengenai pengajaran. Dengan mengetahui pendekatan pengajaran, guru mempunyai peluang memilih pendekatan yang sesuai dengan pelajar mereka. Menurut Ee (1987), pemilihan kaedah pengajaran yang sesuai akan membawa kepada pengajaran yang berkesan serta pembelajaran yang bermakna dan menyeronokkan. Pada masa kini, terdapat banyak model gaya pengajaran yang boleh dijadikan panduan kepada guru untuk merancang proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) mereka. Oleh yang demikian, gaya pengajaran yang bersesuaian dengan pelajar haruslah dipilih supaya kaedah dan bahan pengajaran yang digunakan oleh seseorang guru adalah efisien. Salah satu gaya pembelajaran yang biasa digunakan secara meluas dalam pendidikan adalah spektrum model pengajaran Mosston dan Ashworth (1986).

11 SPEKTRUM GAYA PENGAJARAN MOSSTON & ASHWORTH (1986) Mosston & Ashworth (1986) telah membahagikan gaya pengajaran kepada kategori tiga

yang perlu digunanakan dalam semua pengajaran iaitu sebelum sebelum pengajaran seperti persediaan dan

pengajaran, semasa pengajaran dan selepas pengajaran. Gaya sebelum pengajaran meliputi keputusan yang perlu dibuat pemilihan topik, objektif, organisasi dan penyampaian. Gaya semasa pengajaran merangkumi keputusan mengenai pencapaian dan perlaksanaan manakala gaya selepas pengajaran adalahg seperti penilaian dan maklumbalas daripada pelajar. Spektrum gaya pengajaran Mosston dan Ashworth mempunyai unsur berpusatkan murid (student-centered) dan berpusatkan guru (teacher-centered ). Spektrum ini merupakan kerangka konsep yang sering digunakan dalam penyelidikan bidang kejurulatihan sukan dan Pendidikan Jasmani. Spektrum ini mempunyai 11 stail pengajaran yang boleh digunakan dan dimanipulasikan kesesuaiannya bagi mencapai objektif latihan yang diingini. Mengikut Mosston and Ashworth, spektrum stail pengajaran A, B, C, D dan E mewakili keputusan pengajaran ditentukan oleh guru dan gaya ini merupakan gaya yang memperkayakan pengetahuan yang lalu manakala gaya F, G, H, I, J dan K menggalakkan pertumbuhan pengetahuan yang baru. GAYA A : GAYA ARAHAN Gaya arahan adalah satu proses pengajaran dan pembelajaran yang membolehkan pelajar menghasilkan pergerakan yang tepat dengan panduan yang diberikan. Dalam stail ini, guru berperanan membuat kesemua keputusan manakala pelajar dikehendaki menuruti semua keputusan yang dibuat. Perhubungan langsung dan rapat antara guru dan pelajar perlu berterusan dalam setiap pergerakan demi mencapai sesuatu objektif yang dirancang. Gaya ini sesuai digunakan pada peringkat awal pembelajaran sesuatu pergerakan terutama dalam situasi yang amat menitikberatkan aspek keselamatan. Contohnya pada peringkat awal pengajaran kemahiran berenang. Stail ini juga sesuai digunakan ketika masa penyampaian pengajaran adalah terhad dan memerlukan iklim bilik darjah yang berdisiplin.

GAYA B : GAYA LATIHAN Gaya pengajaran latihan ini adalah kesinambungan daripada gaya pengajaran arahan dimana semua keputusan adalah di bawah tanggungjawab guru. Dalam P&P guru memberi tunjuk ajar dan pelajar berpeluang melakukan latihan secara ansur maju dan berperingkat. Guru memberi penerangan aktiviti atau melakukan demonstrasi. Guru menentukan setiap apa yang ingin diajar. Guru melakukan pemerhatian terhadap pelajar semasa P&P dan memberi maklumbalas, tunjuk ajar dan soal jawab. Pelajar melakukan latihan yang telah ditetapkan oleh guru. Gaya ini sesuai untuk masa P&P yang terhad dan pembelajaran peringkat awal. Jadi, pelajar mempunyai lebih masa untuk melakukan latihan. Sebagai contoh, guru membuat aktiviti pembentukan kemahiran motor dalam permainan hoki dengan menyuruh pelajar melakukan kemahiran menggelecek menggunakan skitel. GAYA C : GAYA TIMBAL BALIK Dalam gaya ini, guru menentukan apa yang akan dipelajari dan menentukan kriteria pembelajaran. Guru hendaklah memberi penerangan sebelum aktiviti bermula. Selain itu, guru perlulah menyediakan senarai semak atau lampiran seperti gambar dan sebagainya. Guru boleh menguji kefahaman pelajar melalui demonstrasi perlakuan. Aktiviti dalam gaya ini dilakukan secara berpasangan. Pelajar bertanggungjawab untuk menilai satu sama lain. Seorang pelajar melakukan aktiviti dan seorang lagi memerhati serta memberi maklum balas. GAYA D : GAYA SEMAK KENDIRI Dalam gaya ini, guru perlu menentukan apa yang akan dipelajari dan kriteria pembelajaran. Guru mesti memberi penerangan sebelum memulakan aktiviti. Semakan kendiri. Gaya ini hanya sesuai untuk perlakuan yang senang bagi membolehkan murid mudah untuk menilai kelemahan atau kesilapan mereka. Pelajar bertanggungjawab atas pembelajaran. Gaya ini kurang sesuai digunakan kerana telah menghadkan perhubungan antara pelajar dengan guru dan antara pelajar dengan pelajar.

GAYA E : GAYA INKLUSIF/PENINGKATAN Pada permulaan sesi, guru adalah bertanggungjawab untuk memperkenalkan konsep serta demonstrasi pembelajaran dengan cara inklusi supaya pelajar jelas tentang tugas dan peranan yang mereka perlu lakukan. Pelajar akan mengendalikan sepenuhnya sesi pembelajaran secara individu dengan bantuan lembaran aktiviti tugasan, menetapkan lokasi, dan mencari tahap permulaan yang sesuai. Namun begitu peranan guru tidak lebih daripada sebagai pemerhati dan pembimbing semasa berjalannya P&P. Gaya ini memberi peluang kepada semua pelajar berasa kejayaan. Pelajar diberi pilihan untuk melakukan aktiviti mengikut kemampuan. Sebagai contoh, semasa aktiviti lompat tinggi, pelajar bebas memilih untuk melakukan lompatan pada ketinggian yang mereka suka. Contoh lain seperti pelajar melakukan tekan tubi mengikut bilangan yang mereka tetapkan sendiri. Pada akhir pengajaran, pelajar akan cuba menjalankan penilaian kendiri berdasarkan tugas yang telah dijalankan. GAYA F : GAYA PENEMUAN TERBIMBING Dalam gaya ini, guru perlu merancang pelajaran dan menetapkan tugasan dan menyediakan beberapa soalan yang bertututan dan menjurus kepada satu jawapan. Guru mestilah memberi masa yang sesuai untuk pelajar berfikir dan bertindak. Guru boleh mengubah soalan jika pelajar tidak dapat mencari jawapan. Dalam gaya ini, pelajar perlu memberi kerjasama melakukan tugasan berdasarkan soalan-soalan yang disediakan guru dan mencuba sedaya upaya untuk mendapatkan jawapan.

GAYA G : GAYA PENGAJARAN BERPUSAT Peranan guru hanya lebih dominan dalam fasa pengajaran dan pembelajaran pra impak dan pasca impak sahaja. Guru hanya bertindak memberikan sesuatu masalah kepada pelajar atau kumpulan pelajar iaitu dalam fasa pra impak. Pelajar melakukan aktiviti sendiri atau secara berkumpulan tanpa bergantung sepenuhnya kepada guru. Pelajar bebas menggunakaan kaedah dan pendekatan yang difikirkan sesuai dalam proses menyelesaikan masalah. Peruntukan masa bagi setiap pelajar atau kumpulan untuk melakukan aktiviti perlulah mencukupi bagi menyelesaikan masalah yang diberikan. Guru hanya bertindak sebagai pemudah caradalam aktiviti yang dipilih oleh pelajar . Gaya ini boleh dilakukan dan dilaksanakan secaraindividu, berpasangan atau secara berkumpulan. Kebaikan gaya ini adalah pelajar dapat membina pelbagai perlakuan yang sesuai dengan keupayaan diri mereka dalam menyelesaikan sesuatu masalah yang diberikan. Lakuan serta kemahiran yang dibina melalui keupayaan diri sendiri akan membentuk pembelajaran yang berkesan terhadap pelajar. Selain itu, pelajar lebih yakin dan seronok melakukan aktiviti pembelajaran tanpa terlalu terkongkongdengan arahan atau idea dari guru. GAYA H : GAYA PENEMUAN BERCAPAH Guru menetapkan tugasan yang mempunyaibanyak jawapan. Kemudian, guru mendorong pelajar untuk menilai setiap jawaapan yang diberi dan membuat perbandingan. Perbandingan ini adalah satu cara pelajar menilai keberkesanan jawapan yang diberikannya. GAYA I : GAYA PEMBELAJARAN INDIVIDU Gaya ini sangat kompleks kerana ia memerlukan tumpuan masa yang panjang untuk memahami tugasan dan murid perlu berfikir secara logik dan sistematik. Murid akan menetapkan sendiri tugasan dan menyelesaikannya mengikut kebolehan sendiri. Dalam kes ini, guru hanya bertindak sebagai pembimbing.

GAYA J : GAYA PEMBELAJARAN TERDORONG Guru bertindak sebagai pemantau manakala murid perlu merancang sendiri aktiviti pembelajaran. Murid juga bebas memilih gaya pembelajaran kendiri bagi menyelesaikan tugasan. Ini memberi peluang kepada murid untuk menggantikan tugas guru mengawal kelas dan merancang program. GAYA K : GAYA PEMBELAJARAN KENDIRI Tugasan, aktiviti dan objektif pembelajaran ditentukan oleh murid dan guru bertindak sebagai pemantau sahaja. Murid menyelesaikan sendiri aktiviti yang dirancang tersebut bagi mencapai objektif pembelajaran yang ditetapkan. Sebagai contoh, murid memilih kemahiran menendang bola sepak dengan menggunakan pelbagai teknik. Jadi, murid menetapkan sendiri objektif yang ingin dicapainya dalam menaplikasikan teknik menendang bola sepak dalam pelbagai teknik. Contohnya, murid ingin melakukan 4 tenik tendangan bola sepak dengan betul.

KESIMPULAN Dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan jasmani, guru bertanggungjawab dalam menyesuaikan dan meneliti tugasan berdasarkan kepada kemampuan dan kebolehan serta penerimaan pelajar. Dengan menggunakan pelbagai kaedah pengajaran yang terdapat dalam kerangka kerja Mosston, guru akan dapat mewujudkan suasana kerja yang optimum dan mengekalkan disiplin serta menetapkan satu tahap pencapaian yang tinggi. dapat memudahkan pemikiran pelajar dan akan objektif pembelajaran dalam Pendidikan Jasmani. Melalui kaedah ini juga, guru berjaya mencapai pelbagai