sp bahasa melayu tingkatan 1.doc

16
DSP Bahasa Melayu Tingkatan 1 14 Januari 2012 KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA DOKUMEN STANDARD PRESTASI FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembang potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.

Upload: nooraziah-khalib

Post on 24-Sep-2015

225 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

PENDAHULUANDokumen Standard Prestasi bagi mata pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) dibina sebagai panduan untuk guru menambah baik Pentaksiran Sekolah sejajar dengan pelaksanaan Pentaksiran Rujukan Standard.

Pentaksiran Rujukan Standard merupakan proses mendapatkan maklumat tentang sejauh mana murid mengetahui dan menguasai perkara yang dipelajari mengikut tahap-tahap pencapaian sebagaimana yang dihasratkan oleh kurikulum mata pelajaran ini.Dokumen ini diharapkan dapat memberikan maklumat yang lengkap dan tepat kepada guru tentang hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang menekankan pembinaan modal insan yang berteraskan pembangunan jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial.TAFSIRAN Band ialah label yang digunakan untuk menunjukkan tanda aras tertentu yang disusun secara hierarki bagi tujuan pelaporan individu.

Standard ialah pernyataan tentang sesuatu domain yang merujuk tanda aras tertentu dan bersifat generik bagi memberikan gambaran holistik tentang individu. Standard Prestasi ialah pernyataan tentang tahap perkembangan pembelajaran murid yang diukur berdasarkan standard dan menunjukkan kedudukan murid dalam perkembangan atau kemajuan pembelajarannya. Perkembangan dalam standard itu terbahagi kepada dua iaitu perkembangan secara mendatar (konstruk) dan perkembangan menegak (band). Pertumbuhan murid dijelaskan dengan satu atau lebih petunjuk prestasi ( qualifier ) menggunakan perkataan atau rangkai kata yang betul untuk menggambarkan standard hasil pembelajaran.

Deskriptor ialah pernyataan yang menerangkan perkara yang diketahui dan dikuasai oleh murid berdasarkan standard kualiti yang dapat ditaksir dan dicapai.

Evidens :

Murid

-Pernyataan yang menerangkan cara-cara murid melaksanakan perkara yang diketahui dan dikuasai berdasarkan deskriptor.Instrumen-Bahan atau apa-apa bentuk bukti yang dapat ditunjukkan oleh murid yang melaksanakan sesuatu tugasan dalam bentuk produk atau proses seperti penulisan, laporan, foto, grafik, artifak, dan lain-lain. Instrumen ialah alat yang digunakan untuk menguji penguasaan atau pencapaian murid bagi sesuatu domain seperti ujian bertulis, ujian secara lisan, demonstrasi, ujian amali dan lain-lain .KERANGKA STANDARD PRESTASIBANDSTANDARD

6TAHU, FAHAM DAN BOLEH BUAT DENGAN BERADAB MISALI

5TAHU, FAHAM DAN BOLEH BUAT DENGAN BERADAB TERPUJI

4TAHU, FAHAM DAN BOLEH BUAT DENGAN BERADAB

3TAHU, FAHAM DAN BOLEH BUAT

2TAHU DAN FAHAM

1TAHU

TAFSIRAN BAND

BANDPERNYATAAN BANDTAFSIRAN

6TAHU, FAHAM DAN BOLEH BUAT DENGAN BERADAB MISALIMurid mampu menzahirkan idea yang kreatif dan inovatif, mempunyai keupayaan membuat keputusan untuk mengadaptasi permintaan serta cabaran dalam kehidupan seharian serta boleh berbicara untuk mendapatkan dan menyampaikan maklumat menggunakan ayat yang sesuai secara bertatasusila dan menjadi contoh secara tekal.

5TAHU, FAHAM DAN BOLEH BUAT DENGAN BERADAB TERPUJIMurid melaksanakan sesuatu kemahiran dalam situasi baharu, dengan mengikut prosedur atau secara sistematik, serta tekal dan bersikap positif.

4TAHU, FAHAM DAN BOLEH BUAT DENGAN BERADABMurid melaksanakan sesuatu kemahiran dengan beradab, iaitu mengikut prosedur atau secara sistematik.

3TAHU, FAHAM DAN BOLEH BUAT Murid menggunakan pengetahuan dan melaksanakan sesuatu kemahiran dalam satu-satu situasi.

2TAHU DAN FAHAM Murid menunjukkan kefahaman untuk menukarkan bentuk komunikasi atau menterjemahkan serta menjelaskan apa-apa yang telah dipelajari.

1TAHUMurid mengetahui perkara asas, atau dapat melakukan kemahiran asas ataupun memberikan respons kepada perkara yang asas.

MATLAMAT KURIKULUM BAHASA MELAYUMatlamat kurikulum bersepadu Bahasa Melayu sekolah menengah adalah untuk melengkapkan murid dengan keterampilan berbahasa dan berkomunikasi untuk memenuhi keperluan diri dalam bidang pendidikan, pekerjaan dan urusan harian.

OBJEKTIF KURIKULUM BAHASA MELAYUPada akhir pengajaran dan pembelajaran kurikulum Bahasa Melayu sekolah menengah, murid dapat:

i. melibatkan diri dalam interaksi sosial melalui perbualan, perbincangan, dan penulisan untuk menjalin serta mengeratkan hubungan, dan berurus untuk mendapatkan barangan dan perkhidmatan;

ii. mendapat dan memproses maklumat secara kritis daripada pelbagai sumber yang didengar, dibaca, dan ditonton untuk memperoleh ilmu dan maklumat;

iii. menggunakan maklumat yang diperoleh untuk tujuan menyelesaikan masalah dan membuat keputusan, serta menyebarkan maklumat dalam bentuk lisan dan tulisan;

iv. mendengar, membaca, menonton, dan memberikan respons kepada pelbagai bahan sastera dan bukan sastera;

v. melahirkan idea dan pendapat dalam bentuk lisan dan penulisan secara kreatif dan berkesan; dan

vi. menghayati dan mengamalkan nilai murni, sikap positif, semangat patriotik, dan perasaan cinta akan negara.BANDPERNYATAAN STANDARD

6Menilai sesuatu perkara yang didengar-dituturkan, dibaca dan ditulis.

5Memproses maklumat yang didengar-dituturkan, dibaca dan ditulis.

4Membuat penjelasan tentang maklumat yang didengar-dituturkan, dibaca dan ditulis.

3Memahami dan memberikan respons kepada maklumat yang didengar-dituturkan, dibaca dan ditulis

2Mengetahui dan memahami perkara yang didengar-dituturkan, dibaca dan ditulis

1Mengetahui perkara yang didengar-dituturkan, dibaca dan ditulis.

BANDPERNYATAAN STANDARDDESKRIPTOREVIDENS

1

Tahu

B1Mengetahui perkara yang didengar-dituturkan, dibaca dan ditulis.

B1 DL1 (Band 4 SK)Berinteraksi dengan menggunakan perkataan yang mudah.

(T1 1.0 Aras 1(i))

B1 DB1Membaca ayat daripada sesuatu sumber.

B1 DT1Menulis ayat mudah.

B1 DL1 E1Berinteraksi tentang sesuatu perkara yang berkaitan dengan kehidupan harian.

(1.1)

B1 DB1 E1Membaca ayat secara mekanis daripada sesuatu sumber dengan bimbingan.

B1 DT1 E1Menulis ayat mudah dengan bimbingan.(FN +FN, FN + FK, FN + FA, FN + FS)

BANDPERNYATAAN STANDARDDESKRIPTOREVIDENS

2

Tahu dan FahamB2Mengetahui dan memahami perkara yang didengar-dituturkan, dibaca dan ditulis.

B2 DL1Mendengar dan memahami sesuatu perkara.

(T1 10.1 Aras 1 (i))

B2 DB1Membaca dan memahami maksud perkataan mengikut konteks.B2 DT1Menulis jawapan pemahaman.

B2 DL1 E1

Menceritakan perkara yang didengar .

B2 DB1 E1Memberikan maksud perkataan yang terdapat dalam petikan.B2 DT1 E1Menjawab soalan pemahaman dengan betul.

BANDPERNYATAAN STANDARDDESKRIPTOREVIDENS

3

Tahu, faham dan boleh buatB3Memahami dan memberikan respons kepada maklumat yang didengar-dituturkan, dibaca dan ditulis.

B3 DL1Bersoal jawab tentang sesuatu perkara. (T1 1.4 Aras 1 (v))

B3 DB1Membaca petikan dan mengenal pasti isi-isi penting.

(T1 8. 7 Aras 1(iii))

B3 DT1Menulis ayat dalam perenggan.

B3 DL1 E1Mengemukakan soalan yang sesuai untuk mendapatkan maklumat.B3 DL1 E2Memberikan maklum balas tentang sesuatu perkara.B3 DB1 E1Menyaring maklumat daripada bahan yang dibaca.B3 DB1 E2Menyusun isi penting.B3 DT1 E1Menggunakan kata dan frasa dalam perenggan.

B3 DT1 E2Menggunakan penanda wacana yang sesuai dalam perenggan.

BANDPERNYATAAN STANDARDDESKRIPTOREVIDENS

4

Tahu, faham, boleh buat dengan beradab

B4

Membuat penjelasan tentang maklumat yang didengar-dituturkan, dibaca dan ditulis.B4 DL1Berbincang dan membidas hujah dengan sopan dalam pelbagai situasi.(T1 1.5 Aras 1 (iv))

B4 DB1Membaca dan menjelaskan maklumat daripada pelbagai bahan.

(T1 7.5 Aras 1 (viii))

B4 DT1Menulis dan menghuraikan maklumat tentang sesuatu tajuk.B4 DL1 E1Mengemukakan hujah untuk menerima atau menolak pendapat dengan sopan dalam perbincangan.

B4 DB1 E1Menjelaskan maksud yang tersurat dan tersirat dengan betul daripada pelbagai bahan.

B4 DT1 E1Menulis kerangka penulisan berdasarkan sesuatu tajuk.

B4 DT1 E2Menulis idea utama dan idea sokongan dalam perenggan dengan betul.

BANDPERNYATAAN STANDARDDESKRIPTOREVIDENS

5

Tahu, faham, boleh buat dengan beradab terpujiB5Memproses maklumat yang didengar-dituturkan, dibaca dan ditulis.B5 DL1Menyatakan pendirian tentang sesuatu perkara .(T1 1.5 Aras 1 (v))

B5 DB1Membaca dan mengolah maklumat.B5 DT1Mengolah maklumat secara bertulis.

B5 DL1 E1Mengemukakan pendapat tentang sesuatu perkara secara bertatasusila.

B5 DB 1 E1Membaca secara ekstensif untuk mendapatkan maklumat.

B5 DB 1 E2Menghuraikan maklumat daripada bahan yang dibaca secara logik untuk membuat inferens.

B5 DT1 E1Menghasilkan penulisan yang lengkap dengan laras bahasa yang sesuai dan ayat yang gramatis.

BANDPERNYATAAN STANDARDDESKRIPTOREVIDENS

6

Tahu, faham, boleh buat dengan beradab misali.

B6Menilai sesuatu perkara yang didengar-dituturkan, dibaca dan ditulis.B6 DL1Mempertimbangkan perkara-perkara yang dikemukakan dalam perbincangan secara rasional.

(T1 3.4 Aras 3 (i))

B6 DB1Membaca dan menilai secara keseluruhan sesuatu maklumat daripada pelbagai bahan.B6 DT1Menghasilkan penulisan kreatif dan bukan kreatif yang dapat dijadikan contoh.

(T1 12.0 )

B6 DT2Menyunting dan memurnikan sesebuah karya yang telah dihasilkan.

(T1 12.6)

B6 DL1 E1Menyampaikan hujah secara kritis dengan sebutan, intonasi dan gaya yang sesuai dengan beradab untuk mempengaruhi pihak lain.

B6 DL1 E2Membuat pertimbangan tentang pendapat yang dikemukakan dalam perbincangan.

B6 DB1 E1Membuat ramalan dengan memberikan alasan berdasarkan maklumat yang terdapat dalam bahan.

B6 DB1 E2Menilai dan memberikan pendapat daripada bahan yang dibaca.

B6 DT1 E1Menghasilkan puisi menggunakan pelbagai ungkapan yang indah.B6 DT1 E2Menghasilkan prosa yang boleh dijadikan contoh.

B6 DT2 E1Mengenal pasti dan membetulkan kesalahan bahasa dalam sesebuah penulisan.

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

DOKUMEN STANDARD PRESTASI

BAHASA MELAYU

TINGKATAN 1

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembang potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.

DSP Bahasa Melayu Tingkatan 1

14 Januari 2012PAGE 12DSP Bahasa Melayu Tingkatan 1

14 Januari 2012