sosiodrama

Upload: yana-suliman

Post on 15-Jul-2015

218 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

SOSIODRAMA

Definisi Sosiodrama dilakukan oleh kanak-kanak secara spontan dengan mencipta tema dan senario yang biasa mereka lihat atau alami . Dalam sosiodrama mereka sendiri merupakan sebagai pengarah sosiodrama dilakonkan mengikut dunia mereka sendiri seperti menggunakan kayu sebagai senapang atau kotak besar sebagai kereta yang dipandu dengan menggunakan mulut untuk mengeluarkan bunyi kereta. Selain itu, mereka meniru gaya atau pelakuan orang dewasa dan ianyan berlaku dalam waktu pendek sahaja.

Kepentingan sosiodrama kepada kanak-kanak

Terdapat beberapa kentingan drama kepada kanak-kanak. Yang pertama ialah kanak-kanak dapat menggunakan semua deria untuk menjalankan aktiviti sosiodrama. Sebagai contoh, mereka akan mendengar perbualan, melihat perlakuan dan sebagainya. Selain itu, kanak-kanak dapat meningkatkan penggunaan bahasa serta meningkatkan pembelajaran dan pengetahuan. Melalui perbualan atau lakonan yang dilakukan kanak-kanak dapat menambahkan lagi pembendaharaan kata dalam diri kanak-kanak. Mereka juga dapat meningkatkan proses berkomunikasai anatara mereka melalui interaksi dengan rakan-rakan yang lain.

Seterusnya ialah, kanak-kanak dapat meningkatkan kemahiran kreatif dan penyelesaian masalah. Pada masa yang sama juga kanak-kanak dapat menambahkan keboleha diri mereka sendiri dan menghiburka diri. Dengan adanya sosiodrama kanak-kanak dapat menampilkan pelbagai jenis perasaan yang mereka telah alami.Di samping meningkatkan kemahiran fizikal, kanak-kanak juga boleh bersosialisasi serta mengembangkan perasaan dan emosi sendiri. Kanak-kanak akan berasa seronok dan mendapat kepuasan kendiri apabila mereka melalakukan aktiviti sosiodrama kerana aktiviti ini melibatkan perasaan murid. Murid-murid boleh menonjolkan perasaan mereka terhadap sesuatu tindakan yang dilakukan.

Sosiodrama dalam kurikulum Prasekolah

Sosiodrama bukan sahaja dilakukan secara spontan malah ia boleh di sepadukan dalam komponen yang terdapat dalam kurikulum prasekolah seperti konsep-konsep matematik, sains dan bahasa (literasi). Melalui sosiodrama kanak-kanak akan lebih berminat untuk belajar kerana terdapat unsur-unsur yang boleh disepadukan di dalam drama. Sosiodrama juga boleh dijalankan dalam pusat pembelajaran lain seperti pusat muzik, pusat blok selain daripada pusat bahasa.Tempat untuk pusat aktiviti ini hendaklah menggunakan ruang yang sesuai. mempunyai sempadan agar kanak-kanak tidak termasuk dalam kawasan aktiviti lain. bahan dan peralatan yang banyak.

Bahan untuk pusat drama ini:

Z Pondok Z Set main masak-masak Z Set anak patung dengan botol susu Z Set alat kebersihan diri Z Beranika pakaian Z Set makan Z Model makanan, haiwan dll Z Set mencuci pakaian Z Telefon lama Z Kotak atau bekas kosong Z Set alat muzik Z Peralatan atau bahan untuk mencipta sesuatu ciptaan seperti stokin untuk membuat puppet atau kayu dan kain perca untuk membuat anak patung

Peranan guru dalam sosiodrama

Guru perlu memainkan peranan yang sangat penting dalam membimbing kanakkanak untuk melakukan aktiviti sosiodrama. Guru perlu memastikan dari segi kualiti dan kuantitinya drama yang dipersembahkan oleh kana-kanak. Guru juga perlu menyediakan bahan yang mencukupi untuk digunakan oleh kanak-kanak. Selain itu, guru juga perlu menyediakan ruang, masa dan jika boleh pentas untuk kanak-kanak belakon. Hal ini supaya kanak-kanak dapat melakonkan dengan selesa dan seronok. Seterusnya ialah guru hendaklah memberi peluang kepada kanak-kanak untuk memilih tema dan peranan mereka sendiri dalam drama tersebut serta guru perlulan memerhati dan membimbing kanak-kanak supaya mereka tidak menggunakan konsep yang salah dan unsur yang negatif semasa belakon. Dalam lakonan ini guru berperanan sebagai pemerhati dan pemudahcara kepada kanak-kanak untuk menjalankan aktiviti drama ini. Guru bertindak sebagai penyelia dan penilai kepada kanak-kanak serta merancang dan mengurus bagi aktiviti sosiodrama.

Definisi Sosiodrama Istilah sosiodrama berasal dari kata sosio yang berarti sosial dan drama. Kata drama adalah suatu kejadian atau peristiwa dalarn kehidupan manusia yang mengandung konflik kejiwaan, pergolakan, clash atau benturan antara dua orang atau lebih Sosiodrama adalah salah satu strategi multiple intelligences yang sangat efektif memasukkan informasi materi belajar ke dalam memori jangka panjang siswa. Sedangkan bermain peranan berarti memegang fungsi sebagai orang yang dimainkannya, misalnya berperan sebagai Lurah, penjudi, nenek tua renta dan sebagainya. Sosiodrama sebagai suatu teknik dalam bimbingan dapat dikatakan sebagai alatyang digunakan dalam memberikan layanan kepada konseli, dengan cara mengajak mereka memerankan peran-peran tertentu yang berkaitan dengan hubungan antar manusia. Topik yang diangkat dalam sosiodrama merupakan kejadian sehari-hari yang akrab dengan konseli, terkait dengan situasi hubungan social mereka. Teknik ini dapat digunakan ketika konselor memiliki tujuan untuk mendidik atau mendidik kembali aspek sikap atau perilaku sosial konseli. TUJUAN SOSIODRAMA Dapat dikatakan bahwa teknik sosiodrama lebih tepat digunakan untuk mencapai tujuan yang mengarah pada : 1. Aspek afektif motorik dibandingkan pada aspek kognitif, terkait dengan kehidupan hubungan sosial. Sehubungan dengan itu maka materi yang disampaikan melalui teknik sosiodrama bukan materi yang bersifat konsep- konsep yang harus dimengerti dan dipahami, tetapi berupa fakta, nilai, mungkin juga konflik-konflik yang terjadi di lingkungan kehidupannya. 2. Melalui permainan sosiodrama, konseli diajak untuk mengenali, merasakan suatu situasi tertentu sehingga mereka dapat menemukan sikap dan tindakan yang tepat seandainya menghadapi situasi yang sama. Diharapkan akhirnya mereka memiliki sikap dan keterampilan yang diperlukan dalam mengadakan penyesuaian sosial. PEMBUATAN SOSIODRAMA Konselor mengumpulkan anak-anak dan mengelompokkannya menjadi beberapa kelompok. Satu kelompok terdiri dari beberapa anak. Jumlah anggota kelompok harus sama.

1. Konselor menentukan tema cerita dan babak-babak yang akan dimainkan. Konselor membagi tugas. Satu babak cerita menjadi tugas satu kelompok anak untuk mendramakannya. 2. Konselor memberi kesempatan kepada setiap kelompok untuk berlatih sesuai dengan babak yang harus mereka mainkan. Berikan kebebasan bagi mereka untuk menentukan pembagian peran, dialog, dan sebagainya. 3. Pementasan dilakukan dengan konselor sebagai narator dan yang bertugas menyambung setiap babak sosiodrama. Sebaiknya, tiap babak dibatasi waktu pementasannya (lima menit), dan selalu diakhiri dengan tepuk tangan. 4. Pada akhir sosiodrama, konselor memberi komentar/kesimpulan atas tujuan cerita. Selain itu, guru juga mengumumkan nilai tiap kelompok dalam pementasan. Jika memungkinkan, guru dapat memberikan kenang-kenangan bagi kelompok yang paling baik memainkan peranannya.

1. MAIN SOSIAL (SOCIAL PLAY) Main sosial berlaku apabila kanak-kanak bermain bersama kumpulan atau

berada dalam lingkungan kawasan permainan. Main sosial juga berlaku apabila kanak-kanak bermain secara bersendirian atau berinteraksi dengan bahan. >Unoccupied Play Murid tidak bermain dengan apa-apa alatan atau sesiapa dalam kumpulan tetapi berada dalam kawasan permainan

>Onlooker Play Penglibatan murid dalam permainan ini adalah minimum dan mereka lebih banyak memerhati rakan yang lain bermain. Mereka mungkin kelihatan pasif tetapi peka terhadap permainan tersebut

>Soliditary Play Murid tersebut bermain sendirian tanpa menghiraukan rakan dan sekelilingnya >Parallel Play Murid tersebut bermain bersendirian dengan menggunakan alatan dan cara yang sama dengan rakannya

>Associative Play Murid bermain secara berkumpulan menggunakan perlatan yang sama tetapi tiada matlamat dan peranan ditentukan

>Cooperative Play Murid bermain dalam kumpulan dan bekerjasama capai satu matlamat

2) MAIN SOSIODRAMA Permainan ini melibatkan interaksi verbal antara kanak-kanak untuk melakonkan watak-watak dalam permainan tersebut. Dua kategori permainan sosiodrama adalah

seperti berikut: >Main sosiodrama yang melibatkan peristiwa harian yang benar dan realistik >Main sosiodrama fantasi dan imaginasi kanak-kanak