sosialisasi moral individu

29
SAPIYAH BINTI MD.RANGGA JaPIM, IPGK PM MELAKA. SOSIALISASI MORAL INDIVIDU

Upload: sapiyah-mdrangga

Post on 03-Nov-2015

255 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

Antara topik yang dibincangkan dalam ELM3043E untuk program PISMP ialah Sosialisasi moral.

TRANSCRIPT

SOSIALISASI MORAL INDIVIDU

SAPIYAH BINTI MD.RANGGAJaPIM, IPGK PMMELAKA.SOSIALISASI MORAL INDIVIDUKONSEP ASAS SOSIALISASISOSIALISASI merupakan proses individu mempelajari dan menerima nilai, sikap, kemahiran yang dipunyai oleh keluarga / masyarakat bagi membentuk personalitinya yang tersendiri untuk menjadi ahli masyarakat tersebut.SOSIALISASI dapat membantu seseorang memainkan peranan sosialnya dengan sempurna.Tanpanya seseorang tidak dapat berinteraksi, bekerja dalam satu kumpulan atau melakukan kawalan diri.PROSES SOSIALISASI3 jenis sosialisasi:Sosialisasi primer (permulaan): peringkat awal kanak-kanak (konsep diri, psikomotor, penaakulan, kemahiran bahasa daripada keluarganya).Sosialisasi sekunder (penyertaan): peringkat kanak-kanak, remaja dan dewasa (pengembangan konsep diri, perubahan dan penyesuaian akibat interaksi dengan rakan sebaya, sekolah, media massa dan masyarakat).Sosialisasi semula (resosialisasi): mungkin berlaku atau tidak. Berlaku akibat perubahan secara drastik, radikal atau terpaksa yang dialami oleh seseorang.TUJUAN SOSIALISASISOSIALISASI boleh dirumuskan sebagai satu proses penyempurnaan hidup manusia mengikut norma masyarakat.SOSIALISASI berperanan sebagai:Mengajar asas-asas kehidupan dalam masyarakat.Memastikan aspirasi masyarakat terpelihara.Menyebarkan kemahiran-kemahiran yang penting dalam masyarakat.Mengajar individu untuk memenuhi peranan sosial.NORMA SOSIAL NORMA ialah kelakuan standard yang dipersetujui oleh semua ahli kumpulan.NORMA SOSIAL merupakan peraturan-peraturan yang diterima pakai oleh sebahagian besar ahli masyarakat. Ianya lahir daripada proses interaksi antara masyarakat.Kepatuhan kepada norma-norma sosial akan menjamin kewujudan perpaduan dalam satu-satu masyarakat.NORMA SOSIAL sering berubah seiring dengan perubahan yang berlaku dalam sesuatu masyarakat. Perlakuan sosial yang tidak selari dengan norma sosial disebut LENCONGAN.CONTOH NORMA SOSIALDI RUMAH : berterima kasih kepada kedua ibu bapa yang telah mendidik dan berkorban dalam mendewasakan kita.DI SEKOLAH: Pelajar melafazkan ucapan salam Assalamualaikum atau Selamat Pagi kepada guru dan sesiapa sahaja yang dikenali atau tidak dikenali.Beratur ketika hendak membeli makanan dan minuman di kantin sekolah.Beratur ketika hendak menaiki bas atau van sekolah.Menjaga kebersihan sekolah dan persekitarannya.LATIHANAktiviti 1Tingkah laku seseorang guru perlu sesuai dan selari dengan norma sosial.

Nyatakan 3 contoh norma sosial guru di sekolah.1.2.3.

Aktiviti 2

Bapa borek anak rintik

Seperti ketam mengajar anaknya berjalan betul

Fikirkan apa kaitannya dengan sosialisasi?KAWALAN SOSIALBermaksud cara-cara yang digunakan oleh masyarakat bagi mempengaruhi tingkah laku anggotanya supaya ahli-ahlinya menghargai nilai-nilai dan mematuhinya.

2 bentuk kawalan sosial:Kawalan positif : boleh bebentuk pemberian ganjaran, hadiah dan pujian.Kawalan negatif: merupakan hukuman dan dendaan.

Kawalan sosial boleh berlaku secara formal dan tidak formal.Kawalan SosialSECARA FORMALBerlaku secara perundangan, peraturan, penguatkuasaan polis dan kehakiman untuk mendidik masyarakat supaya akur kepada norma-norma sosial.SECARA TIDAK FORMALCrosbie (1975) membahagikan kepada 4 jenis:Ganjaran sosial seperti kenaikan pangkatHukuman atau kritikanPujukanNorma yang ditakrif oleh individu yang berstatus tinggiSaya berjanji akan menjadi guru yang baik budi pekerti.

Soalan 1:Berikan 4 contoh kawalan sosial berbentuk positif dan kawalan sosial berbentuk negatif yang boleh kita (guru) aplikasikan.

Kawalan Sosial PositifKawalan Sosial Negatif1234Soalan 2

IPG tubuhkan mahkamah khas bicara kes disiplin mengikut Akta 174.Setujukah anda. Mengapa?

Mahkamah khas ini dianggotai oleh HEP, Pengarah, Mentor/Tutor, kaunselor dan ibu bapa untuk mengadili kes pelajar yang melanggar disiplin.RUMUSANSemua orang perlu melalui proses sosialisasi yang sempurna agar mereka menjadi insan yang bermoral.Proses sosialisasi berlaku sepanjang hayat dan proses ini berterusan dan boleh berlaku dalam pelbagai hubungan.Guru perlu menyediakan suasana sosialisasi yang terbaik di sekolah.Sebagai salah satu agen moral, GURU adalah model yang boleh dicontohi.Norma sosial yang terbaik perlu diamalkan kepada pelajar.Guru juga berfungsi sebagai agen kawalan sosial.PERANAN AGEN MORAL DALAM PROSES SOSIALISASI INDIVIDU KeluargaRakan SebayaSekolah / InstitusiKomuniti / MasyarakatMedia MassaKELUARGAAgen sosial yang banyak mempengaruhi perkembangan kanak-kanak.Keperibadian anak-anak banyak bergantung kepada didikan ibu bapa (tegas, longgar, porak peranda?)2 jenis keluarga:Keluarga asas (bapa, ibu, anak melalui perkahwinan yang sah).Keluarga kembangan (sebuah keluarga atau beberapa keluarga asas dan ahli-ahli keluarganya dan tinggal bersama).

Aktiviti1.Bagaimanakah caranya anda mengeratkan hubungan sesama anggota keluarga?

Anggota KeluargaCaraContohBapa IbuAbangKakakAdik lelakiAdik Perempuan

Rakan SebayaRakan sebaya seseorang kanak-kanak terdiri daripada mereka yang sebaya dengannya dan berkongsi minat dan aktiviti yang sama. Kebanyakannya dari status sosial yang sama.Pada peringkat remaja, individu cenderung mengikut pandangan, nilai dan sikap rakan-rakan sebaya mereka.Rakan sebaya yang tinggi sahsiahnya dapat membentuk kumpulannya ke arah peribadi yang mulia dan begitulah sebaliknya.Terbahagi kepada rakan sekolah dan rakan luar sekolah.Fikirkan!Senaraikan pengaruh positif dan pengaruh negatif rakan sebaya luar sekolah.

Pengaruh positifPengaruh negatifSekolah dan Instituti PengajianKanak-kanak menghabiskan masa enam hingga lapan jam setiap hari di sekolah. Individu-individu, kemudahan-kemudahan dan budaya sekolah akan mempengaruhi sosialisasi seseorang kanak-kanak.Cara pentadbiran sekolah, persekitaran serta budaya sekolah banyak mempengaruhi sosialisasi pelajar dan kanak-kanak. Guru juga sangat berpengaruh di sekolah. Penampilan dan sikap kepimpinan memainkan peranan penting.

a)Pentadbir- pentadbir yang efektif berupaya membentuk satu struktur dan amalan yang mengintegrasikan maklum balas, membuat refleksi dan amalan-amalan dan tindakbalas yang diterima berlandaskan aspek-aspek berikut: Mengesan kecekapan pentadbiran sekolah menilai budaya moral sekolah Menilai secara bermoral guru-guru di bawah pentadbirannya.

(b) GuruSeorang guru mempuanyai gaya kepimpinan yang tersendiri kerana ada guru yang bersifat autokraik, demoktatik dan laissez faire.u, Guru autokratik tidak bersedia mendengar pandangan murid. Hasilnya sosio emosi dipenuhi ketegangan yang tidak menggalakkan interaksi guru dan murid. Guru demokratik memberi ruang interaksi dan komunikasi secara terbuka. Suasana ini menggalakkan perkembangan yang positif dan meningkatkan kemahiran sosial. Guru laissez-faire memberi kebebasan penuh kepada pelajar memikir dan menyusun aktiviti mereka. Guru tidak menlai t/laku pelajar menyebabkan pelbagai masalah disiplin.

Guru berkesan mempunyai keinginan menambah ilmberupaya berfikir secara kritis dan menitikberatkan pendidikan seumur hidupnya. Guru juga mempunyai personaliti yang sesuai dengan profesion seterusnya memberi kesan kepada pembentukan tingkah laku pelajarnya.(c) Budaya , iklim dan fizikal. Dua faktor utama membentuk budaya sekolah:Input sekolah: saiz kelas, nisbah guru-pelajar, bentuk kurikulum, bahan kurikulum, bahan P&P dan lain-lain.Proses Pengurusan sekolah: kepimpinan pentadbiran, kepimpinan guru, tahap penyeliaan, misi dan visi sekolah, perasaan kekitaan dan iklim P&P serta kerjasama erat PIBG dan masyarakat setempat.

Iklim sekolah ialah sifat dan suasana yang terdapat di sesebuah sekolah . Ianya penting untuk melahirkan insan yang baik dan dapat membantu perkembangan pelajar selaras dengan FPN.

AktivitiSenaraikan kesan-kesan negatif jika pihak pengurusan sekolah tidak menitikberatkan aspek fizikal sekolah.

Warga sekolahKesanCadangan mengatasiGuruPelajarKakitangan sekolahMasyarakatMasyarakat ditakrifkan sebagai satu kumpulan manusia yang hidup bersosial bersama di sesuatu tempat dengan peraturan tertentu serta menjalankan kegiatan kehidupan untuk kepentingan bersama.Kelompok ini mempunyai pemimpin, peraturan dan norma-norma tertentu untuk mewujudkan keadaan yang harmonis, dinamik serta progresif.Komuniti pula merujuk kepada kelompok manusia yang hidup setempat dan kerap berinteraksi antara satu sama lain. Bilangan ahli mereka adalah lebih kecil daripada masyarakat. a) Komuniti - 2 corak komuniti iaitu komuniti yang bersifat homogenous dan heterogenous. Contoh:Komuniti homogenous: guru pelatih di asrama.komuniti heterogenous: jiran di kawasan perumahan.b) Sosio ekonomi - Keluarga kelas pertengahan lebih bersifat demokratik iaitu sentiasa berusaha ke arah membentuk sifat autonomi kebolehan membuat keputusan sendiri pada diri anak-anak. - Keluarga kelas bawahan lebih bersifat autokratik iaitu mengalakkan anak-nak mereka mematuhi peraturan-peraturan tanpa banyak soal.c) Organisasi / Pertubuhan - MERCY, Yayasan Salam, Persatuan Bulan Sabit Merah, Rakan Muda dll.Aktiviti1. Senaraikan nilai-nilai murni yang masih diamalkan oleh komuniti kita.

2. Bagaimana nilai-nilai murni ini mempengaruhi tingkah laku kita?

3. Pernahkah anda membantu seseorang individu dalam kesusahan? Kaitkan proses sosialisasi yang dialami dalam menjalankan tanggungjawab sosial anda.Media massaMedia massa sama ada berbentuk elektronik atau media cetak menyediakan sebahagian besar dari maklumat sosial dalam kehidupan kita.Media massa boleh meninggalkan kesan yang positif dan negatif ke atas sosialisasi seseorang individu.Contoh :Akhbar tabloid dan majalah seperti mangga, URTV dll banyak memberikan pendedahan seks negatif kepada pembaca. Akibatnya mereka lebih matang dalam aspek keseronokan seks daripada hal-hal kemanusiaan.Aktiviti 1.Beri pendapat anda tentang kesan internet terhadap perlakuan pengguna-penggunanya.

2. Beri cadangan anda bagaimana mengawal penyalahgunaan internet dalam kalangan remaja.Rumusan Seseorang individu perlu mengetahui peranan dan tanggungjawab sosial masing-masing bagi menjamin kesejahteraan diri, keluarga , masyarakat serta negara.

Institusi keluarga dan agen-agen moral perlu memainkan peranan masing-masing dalam memperkasakan sistem sosial sesuatu masyarakat.

Perlunya kerja daripada semua pihak yang terlibat dalam membendung dan membanteras gejala negatif yang melanda masyarakat kita.