sop ppdlms

14
STANDARD OPERATIONAL STANDARD OPERATIONAL PROCEDURE (S.O.P) PROCEDURE (S.O.P) ADAB AMALAN PENGAJARAN YANG BERKESAN ADAB BELAJAR (MURID) PENYELIAAN P&P OLEH PENGETUA DAN GURU BESAR UNIT AKADEMIK

Upload: purpleluv87

Post on 02-Dec-2015

66 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

:)

TRANSCRIPT

Page 1: SOP Ppdlms

STANDARD OPERATIONAL STANDARD OPERATIONAL PROCEDURE (S.O.P)PROCEDURE (S.O.P)

ADAB AMALAN PENGAJARAN YANG BERKESAN

ADAB BELAJAR (MURID)PENYELIAAN P&P OLEH PENGETUA

DAN GURU BESAR

UNIT AKADEMIK

Page 2: SOP Ppdlms

ADAB AMALAN PENGAJARAN YANG BERKESAN

1. Ketepatan masa masuk kelas.2. Berpakaian kemas.3. Membawa Buku Rekod Guru yang telah

dikemas kini.4. Membawa /menggunakan ABM yang sesuai

untuk melaksanakan P&P.5. Bertanyakan keadaan murid / hasil

pembelajaran lepas sebelum memulakan pengajaran.

UNIT AKADEMIK

Page 3: SOP Ppdlms

ADAB AMALAN PENGAJARAN YANG BERKESAN

6. P & P dilaksanakan dalam suasana yang kondusif dengan mewujudkan suasana yang mesra dan penyayang dalam bilik darjah mahupun di kawasan sekolah.

7. Meja dan kerusi murid dalam susun atur yang betul.

8. Memastikan kelas dalam keadaan bersih sebelum memulakan P & P.

9. Menggunakan peralatan elektrik seperti kipas angin, lampu dan lain-lain dengan bijak.

UNIT AKADEMIK

Page 4: SOP Ppdlms

ADAB AMALAN PENGAJARAN YANG BERKESAN

10. Mengemas kini dokumen berkaitan kawalan pergerakan murid dalam kelas semasa P&P.

11. Memastikan setiap murid membawa peralatan belajar yang mencukupi.

12. Memulangkan semua hasil kerja dan kertas ujian murid yang telah disemak dan ditulis komen yang positif dan membina.

13. Tidak dibenarkan melakukan tugasan lain yang tidak releven dengan P & P.

UNIT AKADEMIK

Page 5: SOP Ppdlms

ADAB AMALAN PENGAJARAN YANG BERKESAN

14. Guru tidak dibenarkan menandakan kerja murid semasa P & P.

15. Memastikan pembetulan dilakukan dengan kadar segera oleh murid setelah hasil kerja disemak.

16. Menyatakan secara lisan/ bertulis dasar yang ditetapkan oleh setiap guru.

17. Memaklumkan murid agar menggunakan isyarat mengangkat tangan sekiranya ingin bertanya/berkongsi idea.

18. Memastikan semua peralatan disimpan di tempat asal selepas digunakan.

UNIT AKADEMIK

Page 6: SOP Ppdlms

ADAB AMALAN PENGAJARAN YANG BERKESAN

19. Memastikan murid diberi tugasan untuk disiapkan di rumah sebagai pengukuhan.

20. Memastikan murid tidak meninggalkan buku teks, buku latihan di dalam meja /almari semasa pulang.

21. Menamatkan P&P mengikut masa yang telah ditetapkan.

22. Memberi perhatian sama rata kepada semua murid.

UNIT AKADEMIK

Page 7: SOP Ppdlms

ADAB BELAJAR (MURID)1. Mengucapkan salam kepada guru semasa

guru masuk ke dalam kelas.2. Mengucapkan `Terima Kasih Cikgu’ semasa

guru keluar dari kelas.3. Meminta kebenaran daripada guru sedang

mengajar apabila ingin keluar dari kelas.4. Menggunakan isyarat `angkat tangan’

apabila ingin bertanya soalan / berkongsi pendapat atau idea.

UNIT AKADEMIK

Page 8: SOP Ppdlms

ADAB BELAJAR (MURID)5. Murid harus menjalankan tugas-tugas yang

diamanahkan oleh guru kepadanya dengan penuh hormat dan tanggungjawab.

6. Menyiapkan tugasan yang diberi oleh guru dengan segera.

7. Menyemak hasil kerja sebelum diserahkan kepada guru.

8. Berbincang sesama rakan untuk memantapkan tugasan yang diberi.

9. Mematuhi segala arahan guru semasa sesi P&P.10. Guru yang masuk kelas, sama ada guru mata

pelajaran atau guru gantian harus dipatuhi, dihormati dan dilayani sepertimana mereka melayani guru kelas masing-masing.

UNIT AKADEMIK

Page 9: SOP Ppdlms

ADAB BELAJAR (MURID)11. Tidak meninggalkan sebarang benda di

dalam laci meja atau almari kelas semasa pulang.

12. Jika bilik khas, murid harus berbaris dan bergerak bersama ke tempat berkenaan tanpa menganggu kelas-kelas lain.

13. Membuat catatan di dalam buku nota tentang tugasan yang perlu disiapkan di rumah.

14. AJK papan kenyataan kelas sentiasa mengemas kini maklumat mengikut subjek masing-masing.

UNIT AKADEMIK

Page 10: SOP Ppdlms

ADAB BELAJAR (MURID)15. Setiap murid membawa dan menggunakan

peralatan belajar yang sesuai mengikut keperluan sesuatu subjek.

16. Semua peralatan disimpan di tempat asal selepas digunakan.

17. Murid juga harus menghormati dan mematuhi arahan guru pengganti semasa guru mata pelajaran tiada dalam kelas.

UNIT AKADEMIK

Page 11: SOP Ppdlms

ADAB BELAJAR (MURID)18. Murid juga harus menghormati dan

mematuhi arahan guru pengganti semasa guru mata pelajaran tiada dalam kelas.

19. Murid dilarang keluar ke tandas atau tempat lain pada pertukaran waktu kecuali dengan kebenaran guru.

20. Murid yang ingin masuk semula atau ingin membuat pegumuman dari kelas ke kelas harus mengetuk pintu dan meminta izin untuk masuk daripada guru yang mengajar pada waktu tersebut.

UNIT AKADEMIK

Page 12: SOP Ppdlms

1. Penyeliaan pengajaran-pembelajaran di kelas hendaklah dijalankan oleh Pengetua/Guru Besar ke atas semua guru.

2. Rekod penyeliaan pengajaran-pembelajaran di kelas hendaklah dicatat dengan ringkas dan tepat serta difailkan.

3. Penyeliaan pengajaran-pembelajaran hendaklah dirancang dengan seimbang  dari segi masa, mata pelajaran, tingkatan/tahun dan guru

PENYELIAAN P&P OLEH PENGETUA DAN GURU BESAR

UNIT AKADEMIK

Page 13: SOP Ppdlms

PENYELIAAN P&P OLEH PENGETUA DAN GURU BESAR

4. Tugas penyeliaan ini boleh dijalankan dengan bantuan Penolong Kanan dan  Penyelia Petang. Walau bagaimanapun tanggung jawab sepenuhnya terletak di  tangan Pengetua/Guru Besar

5. Penyeliaan pengajaran-pembelajaran di kelas hendaklah dijalankan secara sistematis dan berlandaskan hubungan profesionalisme dengan guru-guru dan bukan untuk mencari kesalahan. Dalam usaha mempertingkatkan prestasi  pengajaran-pembelajaran di kelas, Pengetua/Guru Besar perlu mendapat  maklumat yang tertentu. Maklumat-maklumat itu dapat digunakan oleh Pengetua/Guru Besar sebagai asas perbincangan dengan guru-guru.UNIT AKADEMIK

Page 14: SOP Ppdlms

PENYELIAAN P&P OLEH PENGETUA DAN GURU BESAR

6. Memantau P&P guru secara berkala dan tidak berkala serta berterusan.

7. Memastikan Buku Rekod Mengajar guru senantiasa disediakan dan dikemas kini mengikut pekeliling terkini.

8. Pencerapan buku kerja murid dilakukan dengan teliti dan sentiasa dipantau , disemak serta direkodkan oleh pentadbir.

9. Pentadbir memastikan guru yang lemah dalam metodologi P&P sesuatu subjek sentiasa dibantu dan dibimbing oleh panitia masing-masing.

UNIT AKADEMIK