sonar

16
PENGGUNAAN PROGRAM SONAR

Upload: idrus-dahlih

Post on 11-Nov-2015

11 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

Kuliah teknologi dalam P&P Muzik

TRANSCRIPT

Slide 1

PENGGUNAAN PROGRAM SONAR

3 CARA MEMBUAT SUNTUNGAN DALAM SONAR

1. Sepenuhnya menggunakan program SONAR.

2. Integrasi Program Muzik seperti Sibelius,Encore,finale dengan SONAR

3. Secara live atau virtual instrument yang direkod terus ke dalam Sonar.

1. Sepenuhnya menggunakan program SONAR.

Click new,dan buat pilihan / opsyen

Pilih opsyen misalnya 16 track dan jangan lupa taip nama / Name

Paparan ini akan keluar.

Click kanan dalam track dan pergi ke view - staff

Paparan staff ini memudahkan composer menulis skor muzikLangkah- langkah kaedah yang pertama.

1. Masukkan track-track melodi staf demi staf mengikut jumlah staf yang diperlukan.

2. Staff 1 mulakan dengan track bes atau perkusi.TAPI INGAT semua perkusi atau dram mesti dimasukkan dalam track 10 sahaja.

3. Masukkan melodi dalam track yang seterusnya.

4. Masukkan kord iringan.

5. Masukkan kaunter melodi / hiasan

6. Masukkan intro,interlude dan ending yang sesuai.

7. Sebaik-baiknya track ini mestilah berasingan untuk memudahkan kita membuat suntingan.

Setelah semua track telah dilengkapkan

1. Sila dengar semua gubahan.

2. Buat suntingan setiap track.Setting volume (kekuatan bunyi)jika perlu,velocity,reverb,dan sebagainya.

3.Tujuan pra-pendengaran ini bagi bertujuan untuk membuat pembetulan kepada ralat pic atau irama.

4. Setelah semuanya telah dikemaskan dan diselaraskan,kita bolehlah eksport skor tersebut ke format midi atau audio.

5. MIDI adalah protokol muzik maksudnya ianya masih kasar dan mentah dan masih boleh disunting.

6. Audio pula boleh dimainkan oleh pemain universal tetapi tidak boleh lagi disunting melodi atau kord kerana ia bukan lagi dalam format Midi.Tetapi kita masih juga boleh setting volume dan lain2 efeck dalam Audio.

Proses ini perlu dilakukan supaya gubahan boleh dieksport kepada MIDI/AudioSetelah gubahan telah diformat ke audio

1. Sediakan track audio ( mengikut jumlah yang dikehendaki)2. Eksport file audio yang telah digubah ke dalam track.

Masukkan track untuk suara atau alat muzik yang lain.

Contoh paparan selepas membuat recording

Setelah track audio muzik dan vokal sudah digabungkan.

1. Sila dengar semua track untuk membuat mixing yang sesuai.Misalnya sekiranya suara terlalu kuat atau perlahan,setkan volume yang sesuai.

3.Begitu juga dengan alat-alat muzik yang lain.Dengar dan edit sound dengan equaliser yang sesuai.

4. Setelah semuanya telah diadun dengan kemas.Sudah berpuashati kita boleh compress file audio dengan vokal.

5. Proses ini dipanggil mastering iaitu proses menyediakan audio di peringkat akhir.Iaitu menyediakan resource CD.

6. Resources CD ini boleh digunakan untuk membuat salinan CD.

Setelah Master CD sudah disediakan

1. Bolehlah membuat salinan CD secara komersil / untuk dipasarkan.

2. Proses ini boleh dilakukan dengan menggunakan perisian yang sesuai seperti NERO,ASHAMPOO,CD burner,

3. Setelah CD dihasilkan,bolehlah membuat cetakan untuk cover CD

Ada lagi 2 kaedah yang biasa digunakan seperti

. Integrasi Program Muzik seperti Sibelius,Encore,finale dengan SONAR

. Secara live atau virtual instrument yang direkod terus ke dalam Sonar.

KESIMPULAN

Ada berbagai cara yang digunakan oleh composer / penggubah muzik dalam membuat suntingan.Ia bergantung kepada individu atau kumpulan yang mana mereka fikirkan sesuai dan mereka biasa gunakan.

Rujukan Tambahan :http://www.cakewalk.com/products/sonar/http://www.garrigus.com/pwrbkinf.asp?BookID=12http://tag.wonderhowto.com/sonar-8-recording-vocals/