soalan tundingan 2012 - spi.jpnns.gov.myspi.jpnns.gov.my/program gemilang 2012/gemilang tasawwur...

Download SOALAN TUNDINGAN 2012 - spi.jpnns.gov.myspi.jpnns.gov.my/Program Gemilang 2012/Gemilang Tasawwur Islam...SKEMA

Post on 01-Apr-2019

222 views

Category:

Documents

0 download

Embed Size (px)

TRANSCRIPT

1

SKEMA SOALAN TUDINGAN TAHUN 2012

BAB 1: EKONOMI ISLAM

Islam Dan Harta

Unit 1: Harta Amanah Allah

1. Maksud harta ialah anugerah Allah kepada manusia yang boleh dimililiki oleh setiap manusia melalui usaha dan ikhtiar. 2. Bahagian harta beserta contohnya.

Jenis harta

Contoh

Harta boleh alih

Contoh kereta, wang & saham

Harta tidak boleh alih

Contoh tanah, rumah & ladang

3. Konsep harta menurut Islam ialah ;

Harta adalah milik mutlak Allah swt

Harta adalah amanah Allah swt kpd manusia

Harta merupakan ujian Allah swt 4. Sebab manusia diberi amanah oleh Allah untuk memiliki harta ialah - Agar manusia menguruskan segala sumber harta dengan cara yang terbaik - Agar manusia berusaha bersungguh-sungguh mencari harta - Agar manusia tidak sombong dengan harta yang dimilkinya. - Agar manusia tidak menggunakan dengan cara membazir. 5. Tiga cara menguruskan harta menurut Islam ialah - Menunaikan hak-hak yang wajib terhadap harta, keluarkan zakat serta memberi nafkah kepada ibubapa & keluarga - Melaksanakan tanggungjawab sosial untuk menjamin perpaduan sedekah, derma & wakaf. - Memanfaatkan harta untuk kepentingan umum membina kemudahan awam. - Membelanjakan harta dengan berhemah dan tidak membazir.

2

6. Dua sebab Islam mewajibkan umatnya mencari harta secara halal kerana - Untuk menjamin kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat. - Untuk mendapat keredaan dan keberkatan Allah swt. - Mengelakkan penindasan dan penganiayaan dalam memperolehi harta. - Untuk mengelakkan rasa tidak puas hati, kemarahan & permusuhan dalam masyarakat. 7. Dua ujian Allah terhadap individu melalui harta. - Harta musnah dalam kebakaran. - Hidup dalam ketakutan & tidak tenteram. - Lalai untuk melakukan ibadah wajib. 8. Dua ujian Allah terhadap masyarakat melalui harta. - Berlaku banjir yang merosakkan harta. - Tercetusnya peperangan yang memusnahkan harta & nyawa. - Berlaku yang huru-hara yang mengganggu urusan perniagaan 9. Dua ujian Allah terhadap negara melalui harta. - Berlaku kemelesetan ekonomi. - Berlaku perbuatan sabotaj terhadap ekonomi negara. - Tersebar wabak yang boleh memusnahkan harta. - Berlaku inflasi negara 10. Dua cara pengurusan harta yang berkesan :

Tidak melakukan pembaziran dengan berbelanja secara berhemat

Sentiasa melakukan kajian dan penyelidikan untuk meningkatkan produktiviti

Memelihara dan memulihara sumber alam daripada kerosakan 11. Kebaikan menunaikan tanggungjawab terhadap harta - Harta akan berkembang & bertambah. - Pemilik harta mendapat kebahgiaan di dunia & di akhirat. - Pemilik harta mendapat ketenangan jiwa. - Pemilik harta akan dihormati dan dicontohi oleh masyarakat. 12. Dua keburukan mengabaikan tanggungjawab terhadap harta kepada individu. - Harta akan berkurangan kerana tidak menguruskannya dengan betul - Sering mengalami kesempitan wang kerana harta tidak diberkati - Lahir individu yang pentingkan diri sendiri kerana tamak.

3

13. Dua keburukan mengabaikan tanggungjawab terhadap harta kepada masyarakat. - Timbul perasaan hasad dengki dikalangan masyarakat - Golongan miskin akan tersisih dalam masyarakat. - Terhapus semangat tolong-menolong dan bekerjasama 14. Dua keburukan mengabaikan tanggungjawab terhadap harta kepada Negara. - Berlaku inflasi yang menjejaskan ekonomi - Berlaku kemelesetan ekonomi yang mengakibatkan kemunduran negara - Negara tidak aman dan harmoni.

Unit 2: Memperoleh Dan Membelanjakan Harta

1. Sebab digalakkan mencari harta. - Ia merupakan fitrah manusia. - Untuk memenuhi keperluan diri & keluarga. - Untuk membantu golongan yang memerlukan. - Untuk mengurangkan kadar kemiskinan umat Islam. 2. Empat sumber harta yang diperolehi secara halal. - Hasil dari perniagaan yang tiada unsur-unsur penipuan, perjudian, rasuah dan penganiayaan. - Harta dan hasil pertanian, penternakan dan perikanan. - Harta hasil dari pertukangan tangan atau hasil seni yang tidak bercanggah dengan Islam. - Hasil dari pekerjaan sama ada dengan kerajaan atau swasta.

3. Empat sumber harta yang diperolehi secara haram :

-Harta yang diperolehi secara zalim spt menipu dan mencuri

-Harta yg diperoleh dgn cara menindas orang lain spt riba dan rasuah

-Harta yg diperoleh melalui barangan yg haram seperti menjual arak dan dadah

-Harta yg diperoleh melalui perkhidmatan yg tidak diperakui oleh syarak spt menilik

nasib.

4. Dua langkah untuk mencari harta secara halal. - Melakukan pekerjaan dengan ikhlas kerana Allah swt - Menceburi bidang pekerjaan pekerjaan yang halal spt berniaga. - Mengamalkan akhlak yang mulia semasa bekerja - Menjaga ibadah wajib semasa bekerja spt solat fardhu

4

5. Tiga syarat mencari harta menjadi satu ibadah : - Bila harta yang dimiliki dari sumber yang halal spt bertani - Harta yang dimiliki menepati kehendak syarak. - Mencari harta dengan niat kerana Allah swt. - Menjaga ibadah fardhu ketika bekerja. 6. Dua cara memperoleh harta secara haram. - Menjalankan perniagaan secara menipu dan manipulasi. - Mendapatkannya secara kekerasan seperti merompak. - Menindas dan menganiayai orang lain seperti rasuah, riba dan sebagainya. - Menjalankan aktiviti haram seperti menyeludup barang dan sebagainya. 7. Dua cara memperoleh harta secara halal. - Berniaga secara jujur. - Bekerja sendiri seperti bertani dan sebagainya. - Bekerja makan gaji - Melabur dalam saham-saham yang berteraskan Islam. 8. Dua cara membelanjakan harta untuk kepentingan keluarga. - Menyara diri dan keluarga dengan memenuhi segala keperluan hidup mereka. - Menafkahkan harta kepada orang-orang dibawah tanggungan seperti ibubapa atau kaum keluarga. - Tidak melakukan pembaziran. 9. Dua cara memebelanjakan harta untuk kepentingan Negara. - Melabur wang untuk memajukan ekonomi negara. - Membayar zakat dan cukai. - Melabur untuk menyediakan kelengkapan tentera. 10. Dua hikmah membelanjakan harta. - Memenuhi keperluan peribadi dan keluarga. - Membangun dan memajukan ekonomi negara. - Harta tidak berlegar di kalangan orang tertentu sahaja. - Mengeratkan hubungan sesama manusia. 11. Terangkan dua kepentingan harta terhadap pembangunan negara. - Dapat bangunkan ekonomi negara. - Dapat dijadikan modal bagi mereka yang ingin memulakan perniagaan. - Membina pusat pengajian yang dapat meninggikan taraf hidup masyarakat.

5

PELAJARAN 5: PERUNDANGAN ISLAM Islam Dan Hak Milik Unit 1: Islam Mengiktiraf Hak Milik 1. Dua kepentingan hak milik harta. - Mendorong supaya manusia berusaha bersungguh-sungguh mencari harta - Mengetahui kemampuan dan penguasaan seseorang terhadap harta yang dicarinya. - Boleh menggunakan harta mengikut kehendak sendiri. 2. Tiga contoh harta yang menjadi hak milik umum.

- Jalan Raya, sungai, laut,

3. Pembahagian hak milik harta. - Hak milik peribadi hak milik khusus bagi setiap orang seperti rumah. - Hak milik umum harta yang dikhususkan untuk kepentingan awam seperti jalan raya. - Hak milik negara harta yang menjadi hak semua warganegara secara bersama seperti sekolah. 4. Dua konsep pemilikan harta dalam Islam. - Harta diperolehi dengan cara yang halal mengikut syarak. - Harta diperolehi dengan cara yang tidak bertentangan dengan kepentingan awam seperti mencuri. - Harta bukan hak milik awam atau keperluan orang ramai seperti laut. 5. Tiga peraturan dalam pemilikan harta. - Hendaklah dibelanjakan dengan cara yang berhemah dan tidak membazir - Menunaikan tuntutan ke atas harta seperti zakat. - Hendaklah dikembangkan dengan cara yang dibenarkan oleh syarak. 6. Dua cara pemilikan harta oleh individu. - Melalui bekerja - Melalui pewarisan - Pemberian kerajaan kepada rakyat. - Harta yang dipindahkan secara percuma seperti wasiat,hibah,hadiah dan mas

kahwin.

7. Dua sebab manusia diberi kebebasan dalam memiliki harta. - Fitrah semulajadi manusia gemarkan harta. - Perantaraan untuk mencapai kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat - Ketenangan dan keselesaan hidup di dunia. - Galakkan untuk bekerja bersungguh-sungguh untuk atasi kemiskinan.

6

8. Dua peranan harta. - Alat untuk merapatkan hubungan sesama manusia contoh melalui sedekah. - Alat untuk beribadah kepada Allah contoh menunsiksn haji. - Alat untuk menikmati hidup yang lebih selesa. - Alat untuk menambahkan ilmu. 9. Sebab manusia tidak diberikan kebebasan mutlak dalam pemilikan harta. - Elakkan manusia dari menjadi sombong dan terlalu mencintai harta - Menyedarkan manusia bahawa setiap yang mereka miliki terdapat hak orang lain padanya seperti hak orang miskin - Supaya manusia bersyukur dan tidak kecewa jika harta mereka diperlukan untuk kepentingan umum. 10. Hak yang perlu ditunaikan terhadap harta. - Hak ke atas pemiliknya seperti memenuhi keperluan diri dan keluarga - Hak ke atas orang lain seperti mengeluarkan zakat, sedekah dan derma. - Hak ke atas negara seperti membayar cukai dan sebagainya. 11. Kesan ketiadaan pengiktirafan terhadap harta. - Manusia tidak bebas mengguna dan memanfaatkan harta mereka. - Harta mereka tidak akan boleh diwariskan kepada keturunan mereka. - Manusia akan malas untuk berusaha kerana rasa ia akan dirampas pada bila-bila masa. 12. Golongan yang tidak layak menguruskan harta selain kanak-kanak dan anak yatim dan sebab mereka hilang kelayakan tersebut.

Golongan yang tidak layak menguruskan harta

Sebab hilang kelayakan

Anak yatim Tidak layak sehingga mereka mencapai usia dewasa dan mesti diserahkan setelah mereka mampu menguruskannya sendiri.

Kanak- kanak Mereka belum mencapai tahap kematangan berfikir dan tidak dapat membezakan kebaikan dan keburukan

Orang yang terencat/lemah a