soalan-soalan lazim program 1. animasi? · pdf filesoalan-soalan lazim ... calon-calon akan...

3
Soalan-Soalan Lazim Peneraju Skil Iltizam – Animasi PROGRAM 1. Apakah matlamat program Peneraju Skil Iltizam –Animasi? Program Peneraju Skil Iltizam telah diwujudkan untuk memberi peluang kedua kepada pelajar tercicir atau calon-calon yang mungkin lebih cenderung kepada kemahiran vokasional / teknikal berbanding dengan prestasi akademik. Program ini menyediakan pensijilan dalam industri, di mana calon-calon akan mendapat kemahiran yang bersesuaian dengan permintaan industri. Objektif utama adalah untuk melahirkan pekerja berkemahiran tinggi Bumiputera menjadi pembantu animator bagi memenuhi permintaan industri kreatif. 2. Apakah syarat-syarat untuk memohon program Peneraju Skil Iltizam - Animasi? Bumiputera warganegara Malaysia Pelajar SPM/kolej yang tercicir serta berminat dengan industri kreatif Berumur 18 tahun hingga 21 tahun semasa memohon Boleh membaca dan menulis Bebas daripada pengaruh dadah dan alkohol Kemahiran asas komputer Berbakat dalam seni lukis 3. Apakah peluang yang ditawarkan kepada pelatih program Peneraju Skil Iltizam –Animasi? Pekerjaan di dalam industri kreatif. 4. Adakah terdapat bayaran yang dikenakan kepada calon yang berminat? Tidak. Program Peneraju Skil Iltizam - Animasi adalah program biasiswa penuh. 5. Adakah program ini dibuka kepada calon daripada semua negeri? Ya, program ini dibuka kepada calon dari seluruh Malaysia. Walaubagaimana pun, latihan hanya dijalankan di kawasan Damansara. 6. Bagaimanakah dengan peluang pekerjaan selepas tamat latihan? Tawaran pekerjaan di dalam bidang animasi akan diberikan kepada para pelatih selepas tamat tempoh pekerjaan. 7. Berapakah jumlah pelatih yang akan ditaja di bawah program Peneraju Skil Iltizam - Animasi? Terdapat 3 pengkhususan dibawah program ini iaitu: 1) Storyboard Design 2) 2D Visual Effects 3) Character Rigging 50 penempatan sahaja bagi kesemua program ini.

Upload: lamnga

Post on 06-Feb-2018

222 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Soalan-Soalan Lazim PROGRAM 1. Animasi? · PDF fileSoalan-Soalan Lazim ... calon-calon akan mendapat kemahiran yang bersesuaian dengan permintaan industri. Objektif ... 12. Apakah

Soalan-Soalan Lazim Peneraju Skil Iltizam – Animasi PROGRAM

1. Apakah matlamat program Peneraju Skil Iltizam –Animasi? Program Peneraju Skil Iltizam telah diwujudkan untuk memberi peluang kedua kepada pelajar tercicir atau calon-calon yang mungkin lebih cenderung kepada kemahiran vokasional / teknikal berbanding dengan prestasi akademik. Program ini menyediakan pensijilan dalam industri, di mana calon-calon akan mendapat kemahiran yang bersesuaian dengan permintaan industri. Objektif utama adalah untuk melahirkan pekerja berkemahiran tinggi Bumiputera menjadi pembantu animator bagi memenuhi permintaan industri kreatif.

2. Apakah syarat-syarat untuk memohon program Peneraju Skil Iltizam - Animasi?

Bumiputera warganegara Malaysia

Pelajar SPM/kolej yang tercicir serta berminat dengan industri kreatif

Berumur 18 tahun hingga 21 tahun semasa memohon • Boleh membaca dan menulis • Bebas daripada pengaruh dadah dan alkohol

Kemahiran asas komputer

Berbakat dalam seni lukis

3. Apakah peluang yang ditawarkan kepada pelatih program Peneraju Skil Iltizam –Animasi? Pekerjaan di dalam industri kreatif.

4. Adakah terdapat bayaran yang dikenakan kepada calon yang berminat? Tidak. Program Peneraju Skil Iltizam - Animasi adalah program biasiswa penuh.

5. Adakah program ini dibuka kepada calon daripada semua negeri?

Ya, program ini dibuka kepada calon dari seluruh Malaysia. Walaubagaimana pun, latihan hanya dijalankan di kawasan Damansara.

6. Bagaimanakah dengan peluang pekerjaan selepas tamat latihan? Tawaran pekerjaan di dalam bidang animasi akan diberikan kepada para pelatih selepas tamat tempoh pekerjaan.

7. Berapakah jumlah pelatih yang akan ditaja di bawah program Peneraju Skil Iltizam - Animasi?

Terdapat 3 pengkhususan dibawah program ini iaitu:

1) Storyboard Design

2) 2D Visual Effects

3) Character Rigging

50 penempatan

sahaja bagi kesemua

program ini.

Page 2: Soalan-Soalan Lazim PROGRAM 1. Animasi? · PDF fileSoalan-Soalan Lazim ... calon-calon akan mendapat kemahiran yang bersesuaian dengan permintaan industri. Objektif ... 12. Apakah

8. Adakah saya akan terikat dengan PenerajuEdu selepas tamat program Peneraju Skil Iltizam –Animasi? Tidak. Pelatih tidak terikat dengan PenerajuEdu. Walaubagaimana pun, pelatih perlu

bekerja di Malaysia, atau sekiranya di luar Malaysia, bekerja dengan syarikat Malaysia

dalam tempoh satu tahun selepas tamat program.

9. Adakah saya diperlukan untuk menandatangani sebarang bentuk kontrak atau perjanjian?

Ya, kontrak perjanjian akan disediakan untuk semua pemohon.

10. Bolehkah saya menolak tawaran sekiranya saya disenarai pendek untuk menyertai

program ini?

Boleh, selagi mana surat tawaran tidak ditandatangan dan dihantar ke pihak PenerajuEdu.

11. Adakah sebarang tindakan akan dikenakan sekiranya saya melanggar isi kandungan

kontrak?

Pelatih perlu membayar segala kos yang telah digunakan.

12. Apakah jenis bantuan yang akan ditanggung sepanjang program berlangsung?

Yuran pengajian dan persijilan

Tempat tinggal

Makanan sepanjang program berlangsung

Kemudahan pengangkutan

Elaun bulanan

13. Sekiranya saya sudah mempunyai biasiswa/tajaan dari pihak lain, adakah saya layak

untuk menerima biasiswa/tajaan PenerajuEdu?

Tidak.

Proses Permohonan 1. Bagaimana cara untuk mendaftar?

Permohonan boleh dilakukan melalui portal rasmi PenerajuEdu di www.penerajuedu.com

2. Apakah bentuk sesi penilaian yang akan dijalankan? a. Pengesahan dokumen b. Temuduga c. Pemeriksaan kesihatan

3. Sekiranya saya berjaya, apakah proses selanjutnya? Semua pelatih yang berjaya akan dihubungi melalui telefon.

4. Sekiranya saya tidak berjaya, adakah saya akan dihubungi? Tidak.

Page 3: Soalan-Soalan Lazim PROGRAM 1. Animasi? · PDF fileSoalan-Soalan Lazim ... calon-calon akan mendapat kemahiran yang bersesuaian dengan permintaan industri. Objektif ... 12. Apakah

Struktur Program 1. Berapa lamakah program ini akan berlangsung dan bagaimanakah struktur pembelajaran

program ini? Program akan berjalan selama 6 bulan. Program mengandungi latihan teknikal dan kursus pembinaan jati diri.

2. Apakah contoh komponen ‘Nurture and Develop’ yang diterapkan dalam Program Skil Iltizam

dan setiap program PenerajuEdu? ‘Nurture and Develop’ di dalam program Peneraju Skil Iltizam adalah ditekankan melalui program pemupukan serta pembangunan yang merangkumi aspek disiplin dan jatidiri serta Bahasa Inggeris di kalangan pelatih.

3. Bila saya akan mula menerima bantuan biasiswa?

Sebaik sahaja program bermula.

4. Tarikh permohonan dibuka? Permohonan secara talian akan dibuka pada 18 Julai 2014. Program dijangka bermula pada bulan September.