soalan-soalan lazim - asnb.com.my · pdf filesoalan-soalan lazim . ... bolehkah penerima hibah...

5
1 SOALAN-SOALAN LAZIM HIBAH AMANAH DI ASNB [A] DEFINISI S1: Apakah yang dimaksudkan dengan Hibah Amanah? Hibah Amanah adalah gabungan konsep Hibah dan Amanah. Ianya adalah pemberian baki pelaburan tabung unit amanah ASNB (Harta-harta Hibah) oleh Pemegang Unit (Pemberi Hibah) atas dasar kasih sayang pada masa hayat Pemberi Hibah berdasarkan terma dan syarat di dalam Suratikatan Hibah Amanah. Tuntutan pembayaran Harta-harta Hibah kepada Penerima Hibah dilakukan selepas kematian Pemberi Hibah. S2: Apakah yang dimaksudkan dengan Harta-harta Hibah? Harta-harta Hibah adalah tabung unit amanah ASNB yang dihibahkan oleh Pemberi Hibah pada masa hayat melalui Suratikatan Hibah Amanah: Melibatkan salah satu atau beberapa atau semua tabung unit amanah yang dimiliki. Setiap tabung mestilah dihibahkan kesemua unit atau 100% kepada Penerima Hibah. Baki unit pelaburan dalam setiap tabung yang dihibahkan mestilah berjumlah 1000 unit dan ke atas. Tabung unit amanah yang berpunca dari pinjaman atau cagaran seperti PPRT, ASB Bandar dan ASB Sejahtera tidak dibenarkan. [B] AM S1: Mengapa ASNB tidak mengadakan sistem penamaan yang lebih mudah seperti KWSP dan Tabung Haji? Berdasarkan undang-undang Malaysia, unit amanah dikategorikan sebagai harta persendirian seperti saham-saham syarikat. Oleh yang demikian, pewarisan unit amanah adalah tertakluk kepada undang- undang probet dan pentadbiran di mana pentadbir atau wasi yang dilantik oleh mahkamah sahaja yang boleh menuntut harta si mati. Situasi ini berlainan dengan KWSP dan Lembaga Tabung Haji, di mana kedua-dua organisasi tersebut ditubuhkan di bawah akta masing-masing yang mana akta-akta berkenaan mempunyai peruntukan khusus yang membenarkan ‘penamaan’ dilakukan secara terus.

Upload: dodieu

Post on 06-Feb-2018

244 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: SOALAN-SOALAN LAZIM - asnb.com.my · PDF fileSOALAN-SOALAN LAZIM . ... Bolehkah Penerima Hibah berumur 18 tahun kebawah menerima Harta Hibah? ... 5 . Penerima C – 50% [H]

1

SOALAN-SOALAN LAZIM

HIBAH AMANAH DI ASNB [A] DEFINISI

S1: Apakah yang dimaksudkan dengan Hibah Amanah?

Hibah Amanah adalah gabungan konsep Hibah dan Amanah. Ianya adalah pemberian baki pelaburan tabung unit amanah ASNB (Harta-harta Hibah) oleh Pemegang Unit (Pemberi Hibah) atas dasar kasih sayang pada masa hayat Pemberi Hibah berdasarkan terma dan syarat di dalam Suratikatan Hibah Amanah. Tuntutan pembayaran Harta-harta Hibah kepada Penerima Hibah dilakukan selepas kematian Pemberi Hibah.

S2: Apakah yang dimaksudkan dengan Harta-harta Hibah?

Harta-harta Hibah adalah tabung unit amanah ASNB yang dihibahkan oleh Pemberi Hibah pada masa hayat melalui Suratikatan Hibah Amanah:

• Melibatkan salah satu atau beberapa atau semua tabung unit amanah yang dimiliki. • Setiap tabung mestilah dihibahkan kesemua unit atau 100% kepada Penerima Hibah. • Baki unit pelaburan dalam setiap tabung yang dihibahkan mestilah berjumlah 1000 unit dan ke atas. • Tabung unit amanah yang berpunca dari pinjaman atau cagaran seperti PPRT, ASB Bandar dan ASB

Sejahtera tidak dibenarkan.

[B] AM

S1: Mengapa ASNB tidak mengadakan sistem penamaan yang lebih mudah seperti KWSP dan Tabung Haji?

• Berdasarkan undang-undang Malaysia, unit amanah dikategorikan sebagai harta persendirian seperti saham-saham syarikat. Oleh yang demikian, pewarisan unit amanah adalah tertakluk kepada undang-undang probet dan pentadbiran di mana pentadbir atau wasi yang dilantik oleh mahkamah sahaja yang boleh menuntut harta si mati.

• Situasi ini berlainan dengan KWSP dan Lembaga Tabung Haji, di mana kedua-dua organisasi tersebut

ditubuhkan di bawah akta masing-masing yang mana akta-akta berkenaan mempunyai peruntukan khusus yang membenarkan ‘penamaan’ dilakukan secara terus.

Page 2: SOALAN-SOALAN LAZIM - asnb.com.my · PDF fileSOALAN-SOALAN LAZIM . ... Bolehkah Penerima Hibah berumur 18 tahun kebawah menerima Harta Hibah? ... 5 . Penerima C – 50% [H]

2

S2: Mengapa ASNB memilih Hibah Amanah sebagai kaedah alternatif kepada kaedah sedia ada?

• Tanpa kaedah alternatif dan instrumen perancangan harta pusaka seperti Hibah Amanah, proses pengagihan harta adalah rumit dan memakan masa yang panjang. Keadaan akan bertambah rumit sekiranya terdapat tuntutan bertindih dan pertelingkahan di kalangan waris.

• Melalui Hibah Amanah, ianya boleh membantu para pemegang unit merancang bagaimana pelaburan

unit amanah dapat diagihkan kepada waris yang dikehendaki dengan lebih cepat setelah pemegang unit meninggal dunia.

• Hibah Amanah ini adalah berlandaskan hukum Syariah dan ianya boleh meliputi kesemua pelaburan di

dalam tabung unit amanah ASNB. Walaubagaimanapun, hukum Faraidh masih menjadi tunggak pembahagian harta orang Islam. Oleh yang demikian, pemegang unit dinasihatkan untuk berlaku adil dalam membuat pembahagian Harta-harta Hibah.

[C] KELAYAKAN PEMOHON/PEMBERI HIBAH

S3: Siapakah yang layak membuat dan memberi Hibah Amanah?

• Pemegang unit tabung unit amanah ASNB. • Beragama Islam • Berumur 18 tahun dan ke atas • Tabung unit amanah Pemegang Unit mestilah berstatus aktif dan “Normal’, iaitu tidak mempunyai

status penggantungan atau pembekuan urusniaga.

S4: Jika Pemberi Hibah muflis selepas Suratikatan Hibah Amanah dimeterai, apakah yang akan berlaku?

• Hibah Amanah terbatal secara automatik. • Pembekuan tabung unit amanah Pemberi Hibah akan dilaksanakan. • Hak-hak Penerima Hibah akan ditentukan berdasarkan kepada undang-undang Kebankrapan, arahan

Jabatan Insolvensi Malaysia dan sebagainya.

S5: Apakah yang akan terjadi kepada Hibah Amanah sekiranya Pemberi Hibah hilang upaya, koma atau gila?

• ASNB akan mengiktiraf Penjaga yang dilantik melalui Perintah Mahkamah. • Penjaga yang dilantik berhak menjalankan urusniaga bagi pihak Pemberi Hibah selagi Pemberi Hibah

masih hidup tertakluk kepada Perintah Mahkamah.

Page 3: SOALAN-SOALAN LAZIM - asnb.com.my · PDF fileSOALAN-SOALAN LAZIM . ... Bolehkah Penerima Hibah berumur 18 tahun kebawah menerima Harta Hibah? ... 5 . Penerima C – 50% [H]

3

[D] KELAYAKAN PENERIMA HIBAH

S6: Apakah kelayakan Penerima Hibah?

• Terbuka kepada Warganegara dan bukan Warganegara • Islam • Tiada Had Umur • Terhad kepada 10 orang bagi setiap Suratikatan Hibah Amanah. • Tidak bankrap • Sekiranya bukan Pemegang Unit berdaftar ASNB, Penerima Hibah digalakkan menjadi Pemegang Unit

berdaftar ASNB

S7: Bolehkah Penerima Hibah berumur 18 tahun kebawah menerima Harta Hibah?

Ya, boleh. Penerima Hibah perlu:

• Melantik Penjaga Sah yang berumur 18 tahun ke atas. • Penjaga Sah mesti dikalangan:

o Ibu/bapa o Datuk/Nenek o Abang/kakak o Penjaga berdaftar melalui Perintah Mahkamah.

[E] PERMOHONAN

S8: Dimanakah permohonan Hibah Amanah boleh dibuat?

Permohonan boleh dibuat di mana-mana pejabat ASNB.

S9: Apakah yang perlu dilakukan jika berminat untuk melakukan Hibah Amanah?

Pemohon mesti mengemukakan : Borang PH1 Pemohon hendaklah membayar yuran pendaftaran yang ditetapkan.

S10: Adakah Penerima perlu mengesahkan persetujuan pembahagian hibah ini?

Ya, Ijab dan Qabul (sighah) adalah wajib maka perlu ada persetujuan penerimaan dari kedua-dua pihak dan kedua-dua pihak mestilah menandatangan dokumen yang berkenaan. [F] TABUNG UNIT AMANAH YANG DIBENARKAN

Page 4: SOALAN-SOALAN LAZIM - asnb.com.my · PDF fileSOALAN-SOALAN LAZIM . ... Bolehkah Penerima Hibah berumur 18 tahun kebawah menerima Harta Hibah? ... 5 . Penerima C – 50% [H]

4

S11: Bolehkan Pemegang Unit menyertai atau menambah pelaburan melalui Skim Pelaburan Ahli KWSP ke atas tabung unit amanah yang dihibahkan?

Boleh.

S12: Bolehkah Pemegang Unit mengambil pinjaman atau cagaran ke atas tabung unit amanah yang dihibahkan?

Tidak boleh.

S13: Adakah tabung yang telah dihibahkan boleh dibekukan/berubah status?

Tabung unit amanah yang dihibahkan boleh dibekukan atau berubah status, sekiranya dibenarkan, tertakluk kepada syarat-syarat Hibah Amanah, Prospektus Induk, Suratikatan tabung unit amanah dan KWSP.

S14: Kenapakah baki minima sebanyak1000 unit diperlukan?

Salah satu syarat sah Hibah adalah terdapatnya barang atau harta yang dihibahkan. Oleh yang demikian, baki minima sebanyak 1000 unit bagi setiap tabung unit amanah yang dihibahkan adalah diperlukan bagi memastikan wujudnya harta hibah dalam bentuk unit amanah di dalam tabung unit amanah apabila berlakunya kematian Pemberi Hibah.

S15: Adakah Pemberi Hibah boleh menyenaraikan aset selain tabung unit amanah ASNB dalam perjanjian ini?

Tidak boleh. Hanya tabung unit amanah ASNB sahaja yang boleh dihibahkan. [G] PEMBAHAGIAN HARTA-HARTA HIBAH

S16: Bagaimanakah cara pembahagian Harta-harta Hibah?

Setiap tabung unit amanah mestilah dihibahkan kesemua unit (100%) kepada Penerima-penerima Hibah yang disenaraikan.

Contoh: Pemberi Hibah mempunyai tabung unit amanah ASG. Pemberi Hibah mestilah menghibah 100% unit di dalam tabung unit amanah ASG tersebut kepada Penerima-penerima Hibah yang telah dinamakan, seperti berikut:-

Penerima A - 20%

Penerima B – 30% ASG 100%

Page 5: SOALAN-SOALAN LAZIM - asnb.com.my · PDF fileSOALAN-SOALAN LAZIM . ... Bolehkah Penerima Hibah berumur 18 tahun kebawah menerima Harta Hibah? ... 5 . Penerima C – 50% [H]

5

Penerima C – 50% [H] TUNTUTAN DAN PEMBAYARAN

S17: Apakah yang berlaku jika kematian berlaku?

Kedua-dua pihak iaitu Pemberi Hibah dan Penerima Hibah bersetuju bahawa sekiranya Pemberi Hibah meninggal dunia terlebih dahulu daripada Penerima Hibah, maka Harta-harta Hibah akan dibahagikan mengikut pembahagian yang ditetapkan di dalam perjanjian Hibah Amanah dan ianya adalah menjadi hak mutlak sepenuhnya kepada Penerima Hibah. Sebaliknya, sekiranya mana-mana Penerima Hibah meninggal dunia terlebih dahulu daripada Pemberi Hibah, maka Harta-Harta Hibah tersebut akan dikembalikan kepada Pemberi Hibah. [I] PEMBATALAN HIBAH AMANAH

S18: Bolehkah saya membatalkan Hibah Amanah saya?

Berdasarkan hukum Syariah, Hibah Amanah tidak boleh dibatalkan kecuali hibah kepada anak kandung dan cucu kandung.