soalan-soalan lazim a. mengenai programyayasanpeneraju.com.my/download/soalan-soalan... ·...

3
Soalan-soalan Lazim Peneraju Skil Iltizam Terapi Spa A. MENGENAI PROGRAM 1. Apakah matlamat program Peneraju Skil Iltizam Terapi Spa? Program Peneraju Skil Iltizam dijalankan untuk memberi peluang kepada pekerja Bumiputera yang berminat untuk bekerja sebagai juruterapi spa. Program ini merangkumi pensijilan di dalam industri di mana pelatih akan mendapat kemahiran yang bersesuaian dengan permintaan industri dan berpeluang untuk mendapat peluang pekerjaan dengan pendapatan lumayan di dalam bidang pelancongan. 2. Apakah syarat-syarat untuk memohon program Peneraju Skil Iltizam Terapi Spa? Bumiputera warganegara Malaysia (Sabah dan Sarawak sahaja) Berumur 17 ke 23 tahun semasa memohon Boleh membaca, mengira dan menulis Bebas daripada pengaruh dadah dan alkohol Mempunyai minat, motivasi dan potensi untuk berjaya 3. Apakah peluang yang ditawarkan kepada pelatih Peneraju Skil Iltizam Terapi Spa? Peluang pekerjaan dalam industri pelancongan dengan keutamaan diberikan di Sabah dan Semenanjung Malaysia. 4. Adakah terdapat bayaran yang dikenakan kepada calon yang berminat? Tidak. Program Peneraju Skil Iltizam Terapi Spa adalah program biasiswa penuh. 5. Adakah program ini di buka kepada calon daripada semua negeri? Tidak, program ini hanya dibuka kepada calon di Sabah sahaja. Latihan akan dijalankan di Kota Kinabalu, Sabah (Excellence Skill Academy), Papar, Sabah (Jari-jari Spa) dan Kuching (Rafflesia Wellness) 6. Bagaimanakah dengan peluang pekerjaan selepas tamat latihan? Tawaran pekerjaan di dalam bidang pelancongan akan diberikan kepada pelatih selepas tamat tempoh latihan. Pelatih akan diberi peluang untuk bekerja dalam bidang pelancongan bergantung kepada prestasi pelatih sepanjang kursus dijalankan. 7. Berapakah jumlah pelatih yang akan ditaja di bawah program Peneraju Skil Iltizam Terapi Spa? Excellence Skill Academy, Papar, Sabah - 300 penempatan Jari-jari Spa, Kota Kinabalu, Sabah – 60 penempatan Rafflesia Wellness, Kuching, Sarawak –75 penempatan

Upload: donhi

Post on 31-Jul-2018

219 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Soalan-soalan Lazim A. MENGENAI PROGRAMyayasanpeneraju.com.my/download/Soalan-Soalan... · Soalan-soalan Lazim ... Berumur 17 ke 23 tahun semasa memohon Boleh membaca, mengira dan

Soalan-soalan Lazim

Peneraju Skil Iltizam Terapi Spa

A. MENGENAI PROGRAM

1. Apakah matlamat program Peneraju Skil Iltizam Terapi Spa?

Program Peneraju Skil Iltizam dijalankan untuk memberi peluang kepada pekerja Bumiputera yang berminat untuk bekerja sebagai juruterapi spa. Program ini merangkumi pensijilan di dalam industri di mana pelatih akan mendapat kemahiran yang bersesuaian dengan permintaan industri dan berpeluang untuk mendapat peluang pekerjaan dengan pendapatan lumayan di dalam bidang pelancongan.

2. Apakah syarat-syarat untuk memohon program Peneraju Skil Iltizam Terapi Spa?

Bumiputera warganegara Malaysia (Sabah dan Sarawak sahaja)

Berumur 17 ke 23 tahun semasa memohon

Boleh membaca, mengira dan menulis

Bebas daripada pengaruh dadah dan alkohol

Mempunyai minat, motivasi dan potensi untuk berjaya

3. Apakah peluang yang ditawarkan kepada pelatih Peneraju Skil Iltizam Terapi Spa?

Peluang pekerjaan dalam industri pelancongan dengan keutamaan diberikan di Sabah dan

Semenanjung Malaysia.

4. Adakah terdapat bayaran yang dikenakan kepada calon yang berminat?

Tidak. Program Peneraju Skil Iltizam Terapi Spa adalah program biasiswa penuh.

5. Adakah program ini di buka kepada calon daripada semua negeri?

Tidak, program ini hanya dibuka kepada calon di Sabah sahaja. Latihan akan dijalankan di Kota

Kinabalu, Sabah (Excellence Skill Academy), Papar, Sabah (Jari-jari Spa) dan Kuching (Rafflesia Wellness)

6. Bagaimanakah dengan peluang pekerjaan selepas tamat latihan?

Tawaran pekerjaan di dalam bidang pelancongan akan diberikan kepada pelatih selepas tamat tempoh latihan. Pelatih akan diberi peluang untuk bekerja dalam bidang pelancongan bergantung kepada prestasi pelatih sepanjang kursus dijalankan.

7. Berapakah jumlah pelatih yang akan ditaja di bawah program Peneraju Skil Iltizam Terapi Spa?

Excellence Skill Academy, Papar, Sabah - 300 penempatan

Jari-jari Spa, Kota Kinabalu, Sabah – 60 penempatan

Rafflesia Wellness, Kuching, Sarawak –75 penempatan

Page 2: Soalan-soalan Lazim A. MENGENAI PROGRAMyayasanpeneraju.com.my/download/Soalan-Soalan... · Soalan-soalan Lazim ... Berumur 17 ke 23 tahun semasa memohon Boleh membaca, mengira dan

8. Adakah saya akan terikat dengan Yayasan Peneraju selepas tamat program Peneraju Skil

Iltizam Terapi Spa?

Tidak. Pelatih tidak terikat dengan Yayasan Peneraju. Walaubagaimana pun, pelatih perlu bekerja

di Malaysia, atau sekiranya di luar Malaysia, bekerja dengan syarikat Malaysia dalam tempoh satu

tahun selepas tamat program.

9. Adakah saya diperlukan untuk menandatangani sebarang bentuk kontrak atau perjanjian?

Ya, kontrak perjanjian akan disediakan untuk semua pelatih.

10. Bolehkah saya menolak tawaran sekiranya saya disenarai pendek untuk menyertai program

ini?

Boleh, selagi mana surat tawaran tidak ditandatangan dan dihantar ke pihak Yayasan Peneraju.

11. Adakah sebarang tindakan akan dikenakan sekiranya saya melanggar isi kandungan kontrak?

Pelatih perlu membayar balik segala kos yang telah digunakan.

12. Apakah jenis bantuan yang akan ditanggung sepanjang program berlangsung?

Yuran pengajian dan pensijilan

Tempat tinggal Elaun bulanan Makanan dan minuman

Baju seragam dan peralatan pembelajaran

13. Sekiranya saya sudah menerima pinjaman / biasiswa dari pihak lain, adakah saya masih

boleh menerima tawaran biasiswa di bawah tajaan Yayasan Peneraju?

Tidak.

B. PROSES PERMOHONAN

1. Bagaimana cara untuk mendaftar?

Permohonan boleh dibuat melalui portal rasmi Yayasan Peneraju www.yayasanpeneraju.com.my

2. Apakah bentuk sesi Penilaian yang akan dijalankan?

Pengesahan dokumen Temuduga Proses penapisan pelatih

3. Sekiranya saya berjaya, apakah proses selanjutnya?

Semua pelatih yang berjaya akan dihubungi melalui telefon.

4. Sekiranya saya tidak berjaya, adakah saya akan dihubungi?

Tidak.

Page 3: Soalan-soalan Lazim A. MENGENAI PROGRAMyayasanpeneraju.com.my/download/Soalan-Soalan... · Soalan-soalan Lazim ... Berumur 17 ke 23 tahun semasa memohon Boleh membaca, mengira dan

C. STRUKTUR PROGRAM

1. Berapa lamakah program ini akan berlangsung dan apakah komponen yang terkandung?

Program akan berjalan selama 4 bulan (3 bulan latihan + 1 bulan OJT) yang merangkumi latihan

teknikal dan kursus pembinaan jati diri.

2. Apakah contoh komponen ‘Nurture and Develop’ yang diterapkan dalam Program Skil dan

setiap program Yayasan Peneraju?

‘Nurture and Develop’ di dalam program Skil adalah ditekankan melalui program pemupukan serta pembangunan yang merangkumi aspek disiplin dan jatidiri di kalangan pelatih.

3. Bilakah saya akan mula menerima bantuan biasiswa?

Sebaik sahaja program bermula.

4. Bilakah permohonan akan dibuka?

Permohonan Kohort

Permohonan akan dibuka pada Mei 2017

Program dijangka bermula pada Excellence Skil Academy – Ogos & Disember 2017

Jari-jari Spa – Julai & Oktober 2017 & Februari

2018

Rafflesia Wellness – July & November 2017