soalan pertengahan tahun 6 sjkc jsu perak 2015

9
Soalan 1-10 Isi tempat kosong dengan jawapan paling sesuai. 1. Ketua kampung itu dihormati oleh anak buahnya kerana ________________ sangat baik hati. A dia C beliau B anda D kalian 2. _________ mahu semua rakyat jelata dalam negeri ini saling bekerjasama, titah Sultan Perak kepada rakyatnya. A Hamba C Patik B Tuan hamba D Beta 3. Kejayaan yang telah dikecapi Siti telah __________ dirinya untuk menjadi yang lebih baik pada masa hadapan. A mengubah C mendidik B mendorong D membina 4. Dua buah lori bomba dilihat _________ ke tempat kebakaran di tengah bandar Manjung. A bergerak C bergegas B berjalan D berarak 5. Air perigi di belakang rumah nenek sangat _______ terutama pada waktu pagi. A kering C keruh B dingin D payau 6. Kamil memandu keretanya dengan ________ apabila dia ternampak polis trafik sedang membuat pemeriksaan. A laju C perlahan B semberono D cergas 7. Penyelam itu terpegun dengan keindahan di __________ laut. A bawah C tepi B dasar D sudut 8. Markah kuiz Kumpulan Merak lebih _______ berbanding markah Kumpulan Merpati. Jadi Kumpulan Merak telah memenangi kuiz itu. A rendah C panjang B sekata D tinggi 9. Ibu bapa bimbang akan keselamatan anak-anak mereka yang pulang dari sekolah ________ waktu tengah hari dan petang kerana keadaan jalan raya yang sibuk. A di C pada B dari D daripada 10. Para penonton bertepuk tangan _________ melihat kemunculan angkasawan negara di pentas. A kerana C lantaran B apabila D sementara Soalan 11 berdasarkan gambarajah di bawah. 11. Senarai nama murid yang terpilih mewakili sekolah dalam pertandingan bola sepak telah ditampal ________ papan kenyataan di kantin. A di C atas B pada D daripada 12. Hafiz sedang mengalami kecederaan kaki. Dia _______ terlepas untuk mewakili sekolahnya dalam acara badminton. A patut C mungkin 1

Upload: myhijab-izzatt

Post on 10-Nov-2015

79 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

Soalan kefahaman mengikut jsu perak 2015 pertengahan tahun

TRANSCRIPT

Soalan 1-10Isi tempat kosong dengan jawapan paling sesuai.1. Ketua kampung itu dihormati oleh anak buahnya kerana ________________ sangat baik hati.A diaC beliauB andaD kalian

2. _________ mahu semua rakyat jelata dalam negeri ini saling bekerjasama, titah Sultan Perak kepada rakyatnya.A HambaC PatikB Tuan hambaD Beta

3. Kejayaan yang telah dikecapi Siti telah __________ dirinya untuk menjadi yang lebih baik pada masa hadapan.A mengubahC mendidikB mendorongD membina

4. Dua buah lori bomba dilihat _________ ke tempat kebakaran di tengah bandar Manjung.A bergerakC bergegasB berjalanD berarak

5. Air perigi di belakang rumah nenek sangat _______ terutama pada waktu pagi.A keringC keruhB dinginD payau

6. Kamil memandu keretanya dengan ________ apabila dia ternampak polis trafik sedang membuat pemeriksaan.A lajuC perlahanB semberonoD cergas

7. Penyelam itu terpegun dengan keindahan di __________ laut.A bawahC tepiB dasarD sudut

8. Markah kuiz Kumpulan Merak lebih _______ berbanding markah Kumpulan Merpati. Jadi Kumpulan Merak telah memenangi kuiz itu.A rendahC panjangB sekataD tinggi

9. Ibu bapa bimbang akan keselamatan anak-anak mereka yang pulang dari sekolah ________ waktu tengah hari dan petang kerana keadaan jalan raya yang sibuk.A diC padaB dariD daripada

10. Para penonton bertepuk tangan _________ melihat kemunculan angkasawan negara di pentas.A keranaC lantaranB apabilaD sementara

Soalan 11 berdasarkan gambarajah di bawah.

11. Senarai nama murid yang terpilih mewakili sekolah dalam pertandingan bola sepak telah ditampal ________ papan kenyataan di kantin.A diC atasB padaD daripada

12. Hafiz sedang mengalami kecederaan kaki. Dia _______ terlepas untuk mewakili sekolahnya dalam acara badminton.A patutC mungkinB sedangD belum

13. Rosnah mengelap sisa-sisa makanan adiknya yang _________ di atas meja.A menyelerakiC selerakkanB berselerakanD menyelerak

Soalan 14 berdasarakan gambarajah di bawah.

14. Petani-petani sibuk _________ anak padi di sawah padi.A membajakC membatasB menampiD mencucuk

15. Keadaan banjir di Kelantan menyebabkan ramai bersimpati dan secara ___________ pergi ke sana untuk membantu mangsa banjir.A suka hatiC sukarelaB sendiriD kerjasama

Soalan 16 berdasarkan gambarajah di bawah.

16. Doktor Fazli menjalankan pembedahan ke atas lelaki itu untuk merawat ________ matanya.A jejariC bebolaB kekisiD kekuda

17. Pertengkaran yang berlaku antara suami isteri itu telah menyebabkan rumahtangga yang mereka bina ____________.A hingar-bingarC kusut-masaiB porak-perandaD huru-hara

Soalan 18 berdasarkan gambar di bawah.

18. Pada waktu petang Ujang ingin mencuba __________ senapang mainan ciptaannya bersama-sama rakannya di taman permainan.A sepucukC selarasB segugusD sebuah

19. Zaidi berkejar ke arah Johan dan Akil untuk meleraikan mereka yang sedang bertumbuk.Perkataan seerti bagi meleraikan ialah A mendamaikan C memisahkanB menanggalkan D menyatukan

20. Nyamuk aedes yang membiak dalam air yang bertakung boleh menyebabkan berlakunya wabak denggi.Perkataan berlawan bagi bertakung ialahA mengalirC meruapB melimpahD terkumpul

Soalan 21- 22Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.21. I Matanya merah kerana terkena debu.II Mata hati Puan Zaleha sangat cantik.III Puan Teong baru sahaja mendapat cahaya mata.IV Kumpulannya mendapat mata kerana dapat menjawab soalan itu.A I dan IIB II dan IIIC I, II dan IVD I, III dan IV

22. I Nasihat Cikgu Zainal sungguh alamat maksudnya.II Zulkifli memberikan alamat rumahnya kepada saya.III Guruh berdentum alamat hujan akan turun.IV Posmen menghantar surat berdasarkan alamat pada surat.A I dan IIIB II dan IVC I, II dan IVD II, III dan IV

23. Pilih ayat jawapan yang sesuai bagi ayat tanya di bawah.Mengapakah kamu tidak hadir semalam?A Saya berjanji tidak akan ponteng lagi.B Saya tidak sempat beritahu cikgu.C Saya memang tidak hadir semalam.D Semalam saya demam panas

24. Pilih ayat tanya bagi ayat di bawah.Tiga orang penumpang maut dalam kemalangan ngeri itu.A Apakah punca tiga orang itu maut dalam kemalangan ngeri itu?B Bagaimanah tiga orang penumpang itu maut?C Adakah tiga orang penumpang maut dalam kemalangan ngeri itu?D Berapakah jumlah penumpang yang maut dalam kemalangan itu?

Soalan 25- 26Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberi.

25. Encik Suresh membenarkan Kunal menyertai aktiviti perkhemahan itu.A Kunal dibenarkan oleh Encik Suresh untuk menyertai aktiviti perkemahan itu.B Kunal membenarkan Encik Suresh untuk menyertai aktiviti perkhemahan itu.C Aktiviti perkhemahan itu akan disertai oleh Kunal kerana mendapat kebenaran.D Kunal mendapat kebenaran untuk menyertai aktiviti perkhemahan itu.

26. Kamu perlu menyiapkan latihan Matematik ini dengan segera, kata Cikgu Foong kepada James.A Cikgu Foong menyuruh James menyiapkan latihan Matematik itu dengan segera.B Cikgu Foong menyuruh James menghantar buku latihan Matematik itu dengan segera.C Cikgu Foong disuruh oleh James supaya menyiapkan latihan Matematik itu dengan segera.D Cikgu Foong memarahi James kerana tidak menyiapkan latihan Matematik itu dengan segera.

Soalan 27 dan 28

Pilih ayat yang betul.

27. A Ibu sedang masih memasak di dapur.B Adam menuntun rancangan kegemarannya.C Siti menerima sepucuk surat daripada sahabat karibnya.D Faizal mendongak apabila ada orang mencuitnya dari belakang.

28. I Kemalangan ganas itu berlaku pada pagi tadi.II Mi kari yang sedap itu dibuat daripada kakak saya.III Encik Yahya menghadiahi anak sulungnya sebuah basikal.IV Rina baru mengetahui bahawa rakannya sudah berpindah.A I dan IIB II dan IIIC III dan IVD I dan IV

Soalan 29 dan 30

Isi tempat kosong dengan peribahasa yang sesuai.

29. Aidil _______ kerana menurut sahaja kehendak dan permintaan sahabat baiknya.A seperti isi dengan kukuB seperti kerbau dicucuk hidungC seperti melukut di tepi gantangD seperti mendukung biawak hidup

30. Banyak penonton tidak berpuas hati dengan sikap pengadil yang ______ kepada pihak tuan rumah.A mata duitanB pilih kasihC lepas tanganD berat sebelah

6Soalan 31 hingga 35Baca laporan di bawah ini, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya. LAPORAN LAWATAN KE MUZIUM SULTAN ALAM SHAH SHAH ALAM, SELANGORPada cuti penggal sekolah yang lalu, Kelab Bahasa Sekolah Kebangsaan Kampung Baharu Lanjut telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Muzium Sultan Alam Shah, di Shah Alam. Lawatan ini disertai oleh 30 orang murid dan diiringi oleh 5 orang guru pengiring. Lawatan itu bertujuan untuk melihat pelbagai khazanah sejarah negeri Selangor. Kompleks muzium ini diberi nama bersempena nama Sultan Sir Hisamuddin Alam Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Sir Alaeddin Suleiman Shah Alhaj. Muzium ini menempatkan tujuh buah bilik pameran iaitu Balai Sejarah, Balai Kesultanan , Balai Kebudayaan , Balai Warisan Ilmu Kejadian, Balai Ekonomi, Balai Sukan dan Balai Pengangkutan. Setiap bilik mempamerkan Khazanah Negeri. Sebagai contoh, Balai Kesultanan menerangkan sejarah dan riwayat hidup Sultan Selangor secara terperinci. Balai Kebudayaan pula menunjukkan adat resam, budaya dan cara hidup rakyat Selangor. Lebih 5000 koleksi dipamerkan di Muzium ini. Antara khazanah yang menarik ialah patung-patung yang menunjukkan adat perkahwinan orang Melayu. Kami juga turut diberi penerangan oleh Cikgu Zamzuri tentang khazanah-khazanah tersebut. Lawatan ini sungguh bermakna kepada kami. Kami didedahkan dengan pelbagai ilmu tentang sejarah sultan dan juga sejarah negeri Selangor. Harapan kami lawatan ini dapat membantu kami di sekolah selain daripada memberi ilmu pengetahuan yang baru. Laporan disediakan oleh ,

( ZARINA BINTI FAZLAY ) Setiausaha Kelab BahasaSekolah Kebangsaan Taman Pantai Sepang Putra

31. Apakah tujuan lawatan tersebut ? A Untuk melihat perkembangan negeri SelangorB Untuk melihat khazanah dan sejarah negeri Selangor C Untuk melihat 5000 bahan koleksi yang dipamerkanD Untuk melihat budaya dan cara hidup rakyat Selangor

32. Balai Pengangkutan di Muzium Sultan Alam Shah mungkin mempamerkan A perkembangan sistem pengangkutan di Selangor B dokumen sejarah berkaitan negeri Selangor C kedudukan perindustrian negeri Selangor D keindahan semula jadi di Selangor

33. Anda telah berjaya menghasilkan sejenis vaksin untuk membunuh Virus Nipah. Sejarah penemuan anda ini mungkin dipamerkan di. A Balai Ekonomi B Balai Sejarah C Balai KebudayaanD Balai Warisan Ilmu Kejadian

34. Berikut adalah benar kecualiA Lebih 5000 bahan koleksi di muzium iniB Riwayat hidup Sultan Selangor turut dipamerkanC Muzium ini diberi nama sempena nama seorang sultan SelangorD Cara hidup rakyat negeri Selangor dipamerkan di Balai Warisan Ilmu Kejadian

35. Apakah faedah yang diperolehi oleh ahli rombongan tersebut ? A Pengetahuan tentang sejarah negeri SelangorB Dapat melawat Muzium Sultan Alam Shah C Boleh berjumpa pelawat-pelawat lain D Dapat melihat patung-patung

Soalan 36 hingga 40Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan berikutya.

9.00 pagiAyah dan Pak Ngah masih berada di sisi kawah di belakang rumah. Beberapa orang jiran dan penduduk kampung turut berada di situ untuk sama-sama membantu. Ibu dan kakak sibuk menyiapkan pelamin dan bilik pengantin. Aku dan Farid sedang mencuba-cuba mikrofon yang disewa daripada Persatuan Belia Taman Setia.9.45 pagiNasi minyak dan nasi putih serta lauk-pauk sudah siap dimasak. Lagu Selamat Pengantin Baru mula berkumandang di udara. Ayah masuk ke rumah untuk menyalin pakaiannya. Pak Ngah mengarahkan aku dan anaknya, Farid mengemaskan, menyusun dan mengelap kerusi meja di khemah tetamu.10.15 pagiSanak saudara terdekat mula tiba. Ada antara mereka yang membawa hadiah untuk Abang Long. Pada masa yang sama, dua puluh orang anggota kumpulan kompang Sri Cahaya tiba. Ketibaan mereka memang kami nanti-nantikan. Mereka bersedia untuk menyambut rombongan pengantin.11.30 pagiPara tetamu sudah memenuhi keempat-empat buah khemah yang telah disediakan. Ayah ke hulu dan ke hilir melayan saudara mara, sahabat handai dan para jemputan. Ayah kelihatan agakkekokdan gementar. Aku, Farid dan beberapa orang saudaraku yang lain sibuk menghidangkan makanan.12.00 tengah hariRombongan pengantin perempuan tiba. Pasangan pengantin disambut dengan paluan kompang dan aksi pencak silat turut mengalu-alukan ketibaan Raja Sehari itu. Pasangan ini kemudiannya diiringi ke khemah untuk menikmati hidangan yang disediakan.

36.Apakah yang mungkin dilakukan oleh ayah dan Pak Ngah pada pukul 9.00 pagi?AMelayan tetamuBMendirikan khemahCMemasak lauk paukDMencuci pinggan mangkuk37.Berpandukan petikan di atas, siapakah Farid?AAdik penulisBAbang penulisCKawan penulisDSepupu penulis38.Di manakah majlis kenduri kahwin tersebut diadakan?A Di rumah Pak NgahBDi rumah keluarga pengantin lelakiCDi Taman SetiaDDi rumah keluarga pengantin perempuan39.Perkataankekokdalam petikan di atas bermaksudAjanggalBmaluCseganDrisau40.Yang berikut benar tentang petikan di atas,kecualiA Rombongan pengantin tiba pada pukul 12.00 tengah hari.BHidangan lauk-pauk dimasak oleh ibu dan kakak penulis.CPara jemputan terdiri daripada saudara mara dan sahabat handai.DMajlis tersebut turut diserikan oleh pasukan kompang Sri Cahaya.