soalan percubaan kertas 2(final)

10
SULIT 3755/2 BAHAGIAN A [75 MARKAH] Jawab tiga soalan sahaja. 1. a) Hierarki Keperluan Maslow terdiri daripada tiga tahap Huraikan tentang keperluan fisiologi dalam hierarki keperluan tersebut. [4 markah] b) Terangkan dua perbezaan antara pengeluaran langsung dan pengeluaran tak langsung [4 markah] c) Maklumat berikut berkaitan dengan nilai faedah En Khalid mengusahakan sebuah kebun durian seluas 20 ekar yang terletak 10 km dari bandar Rembau, Negeri Sembilan.Kebanyakan hasil beliau gunakan untuk menghasilkan ais krim durian yang dijual dikedai runcitnya di bandar Rembau.Baki durian dijual kepada orang ramai di pasar malam berdekatan. Terangkan dua nilai faedah yang terhasil [4 markah] d) Rajah yang berikut menunjukkan cabang pengeluaran i. Huraikan pengeluaran X [3 markah] ii. Jelaskan cabang pengeluaran yang terdapat Y ? [3 markah] e) Dialog dibawah berkaitan dengan satu sistem urusniaga 1 Perusahaan

Upload: anonymous-fpehjl

Post on 11-Dec-2015

53 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

percubaan spm

TRANSCRIPT

Page 1: Soalan Percubaan Kertas 2(Final)

SULIT 3755/2

BAHAGIAN A

[75 MARKAH]

Jawab tiga soalan sahaja.

1. a) Hierarki Keperluan Maslow terdiri daripada tiga tahap

Huraikan tentang keperluan fisiologi dalam hierarki keperluan tersebut. [4 markah]

b) Terangkan dua perbezaan antara pengeluaran langsung dan pengeluaran tak langsung[4 markah]

c) Maklumat berikut berkaitan dengan nilai faedah

En Khalid mengusahakan sebuah kebun durian seluas 20 ekar yang terletak 10 km dari bandar Rembau, Negeri Sembilan.Kebanyakan hasil beliau gunakan untuk menghasilkan ais krim durian yang dijual dikedai runcitnya di bandar Rembau.Baki durian dijual kepada orang ramai di pasar malam berdekatan.

Terangkan dua nilai faedah yang terhasil [4 markah]

d) Rajah yang berikut menunjukkan cabang pengeluaran

i. Huraikan pengeluaran  X [3 markah]ii. Jelaskan cabang pengeluaran yang terdapat Y ? [3 markah]

e) Dialog dibawah berkaitan dengan satu sistem urusniaga

Dollah : Saya ada setandan pisang dan saya mahu seekor ayam

Abu : Tapi saya ada ikan dan saya perlukan sayur.

1

Perusahaan

Page 2: Soalan Percubaan Kertas 2(Final)

SULIT 3755/2

i) Apakah sistem tersebut? [ 1 markah ]

ii) Apakah syarat yang mesti dipenuhi sebelum melaksanakan sistem tersebut? [ 2 markah ]

iii) Nyatakan kelemahan dalam sistem tersebut. [ 4 markah]

2 Maklumat berikut berkaitan dengan En Rahman

(a) En Rahman ingin membuka sebuah kilang batik di Kota Bharu,Kelantan

Jelaskan tiga bantuan perniagaan yang dapat membantu En Rahman [6 markah]

(b) Maklumat yang berikut menerangkan dua individu yang terlibat dalam dunia perniagaan

Encik Alias Encik Khalil

Seorang yang berupaya untuk mencipta produk baru untuk kegunaan manusia dan sanggup menanggung risiko

Seorang peniaga yang melakukan jual beli hanya untuk mendapatkan keuntungan

i) Berikan dua perbezaan antara En Alias dan Encik Khalil [4 markah]

ii) Gambar 1 menunjukkan sebuah premis peruncit besar-besaran

Gambar 1

Terangkan tiga kelebihan yang dinikmati oleh pengguna apabila membeli belah di premis tersebut

[6 markah]

(c) Kedai Elektrik B & G Mentakab menerima dokumen yang berikut pada 15 Januari 2015.

2

Page 3: Soalan Percubaan Kertas 2(Final)

SULIT 3755/2

i) Kira nilai W [2 markah]

ii)Berapakah amaun yang perlu dijelaskan jika kedai Elektrik B&G membuat bayaran pada 23

Januari 2015 [3 markah]

d) Puan Sheera ingin membeli perabot yang berharga RM 2 000 tetapi beliau hanya mempunyai wang tunai sebanyak RM 400.

i) Nyatakan kaedah jualan yang membolehkan Puan Sheera membeli dan menggunakan

perabot tersebut? [1 markah]

ii)Jelaskan ciri-ciri kaedah jualan yang dicadangkan di 2(d) (i) [3 markah]

3.a)Pernyataan berikut berkaitan masalah Industri Kecil dan Sederhana (IKS)

Puan Rahmah merupakan pengusaha IKS yang menghasilkan barangan pemprosesan makanan. Beliau menghadapi masalah untuk membeli bahan mentah dan mengupah pekerja untuk meningkatkan

3

Page 4: Soalan Percubaan Kertas 2(Final)

SULIT 3755/2

keluaran. Keadaan ini ditambah lagi dengan kegagalannya untuk mendapatkan pembiayaan daripada institusi kewangan.

i) Apakah masalah yang dihadapi oleh Puan Rahmah [1 markah]

ii) Nyatakan empat masalah lain yang dihadapi Puan Rahmah dalam perniagaannya

[4 markah]

b) Terangkan tiga faktor yang menyebabkan wujudnya Perdagangan Antarabangsa [6 markah]

c) Pernyataan berikut berkaitan dua orang peniaga yang mengusahakan perniagaan secara

milikan tunggal.

Encik Amin merupakan pengusaha katering di Tanjong Karang, manakala Puan Suhana pula

pengusaha andaman pengantin di Bukit Sentosa. Mereka adalah rakan karib dan telah

memulakan perniagaan masing-masing sejak 5 tahun lalu. Oleh kerana prestasi perniagaan

mereka yang semakin baik dan kedua-dua jenis perniagaan berkaitan untuk majlis perkahwinan,

jadi mereka telah bersepakat untuk menukar bentuk milikan sedia ada kepada bentuk yang lain.

i) Syorkan bentuk milikan perniagaan yang sesuai untuk mereka ? [1markah]

ii) Nyatakan lima kebaikan bentuk perniagaan yang dipilih di (c)(i) di atas. [5 markah]

d) i) Apakah maksud pelaburan? [2 markah]

ii) Terangkan tiga bentuk pulangan yang diperolehi jika seorang pelabur membuat pelaburan

dalam bentuk saham [6 markah]

4)a) Maklumat berikut berkaitan dengan En Zaki

4

Page 5: Soalan Percubaan Kertas 2(Final)

SULIT 3755/2

En Zaki memiliki sebuah restoran nasi kandar di Pulau Pinang.Beliau telah mendapat kemudahan menggunakan cek untuk membuat pembayaran kepada pembekal

i) Nyatakan jenis bank yang telah membantu oleh En Zaki [1 markah]

ii) Terangkan dua perkhidmatan lain yang disediakan oleh bank tersebut? [4 markah]

b) Puan Aishah pengusaha Kilang Batik Airys mempunyai alatan dan kenderaan serta lapan

orang pekerja pekerja.

i)Terangkan polisi insurans yang sesuai diambil oleh Kilang Batik Airys [4 markah]

ii) Nyatakan tiga risiko yang tidak boleh diinsuranskan oleh Kilang Batik Airys|

[3 markah]

c) Terangkan dua peranan pengangkutan [4 markah]

ii) Rajah di bawah menunjukkan dua kategori barang-barang yang akan dieksport ke luar negara

Terangkan pengangkutan yang sesuai bagi mengangkut barang X dan barang Y [6 markah]

d) Pernyataan dibawah adalah berkaitan dengan Datuk Hairul

Datuk Hairul merupakan seorang pengerusi syarikat Aman Bersatu Sdn Bhd sedang berada di Sabah. Beliau ingin mengadakan mensyuarat tergempar secara serentak dengan semua ahli lembaga pengarah yang berada di Kuala Lumpur.

Jelaskan jenis komunikasi yang sesuai digunakan oleh Datuk Hairul [3 markah

5) a) Terangkan tiga peranan pergudangan dalam membantu perniagaan. [6 markah]

5

Page 6: Soalan Percubaan Kertas 2(Final)

SULIT 3755/2

b) Jelaskan media yang sesuai untuk mengiklankan perkara berikut:

i) Sejenis minyak rambut yang baru [3 markah] ii) Sebuah pusat tuisyen [3 markah]

c) i) Terangkan tiga peranan kerajaan dalam perniagaan [6 markah]

ii) Senaraikan tiga agensi yang membantu kerajaan untuk menjalankan penyelidikan dan pembangunan dalam memajukan sektor perniagaan. [3 markah]

d) Nyatakan caran untuk menjadi pengguna yang bijak [4markah]

6

Page 7: Soalan Percubaan Kertas 2(Final)

SULIT 3755/2

Bahagian B

(25 markah)

Soalan ini wajib dijawab

En Harris seorang pekerja swasta yang sebelum ini bekerja sebagai eksekutif kewangan. Dengan menggunakan wang simpanan sendiri berjumlah RM 70 000 dan pengalaman kerja dalam bidang kewangan, beliau telah menubuhkan sebuah kedai runcit yang di beri nama Kedai Runcit HS yang terletak di Taman Angkasa. Penduduk yang mendiami kawasan perumahan tersebut dianggar seramai 800 orang. Beliau menggaji 2 orang pekerja untuk melicinkan operasi perniagaannya. Pelbagai jenis barang dijual untuk memenuhi keperluan harian penduduk yang tinggal di situ.

En Harris terpaksa membeli stok secara pukal daripada pemborong untuk memenuhi keperluan pelanggannya yang semakin bertambah. Oleh kerana ruang kedai yang sempit,beliau terpaksa menggunakan stor kecil di belakang kedainya untuk menyimpan stok yang banyak. Beliau tidak dapat mengurus stor dengan baik. Stok yang tidak tersusun menyebabkan kesukaran untuk mencari barang. Baru-baru ini juga telah berlaku kebakaran di stornya yang mengakibatkan kerugian sebanyak RM 25 000.

Kini, En Harris mengalami masalah kekurangan modal untuk meneruskan perniagaannya. Beliau cuba meminjam daripada adik-beradik dan saudara mara terdekat tetapi gagal. Rakan baiknya mencadangkan beliau memohon pinjaman daripada pihak bank. En Harris bersetuju dengan cadangan berikut dan terus mengemukakan permohonan pinjaman berjumlah RM 40 000 daripada Maybank Berhad.Pihak Bank meminta beliau bersabar sebelum permohonan beliau diluluskan.

Berdasarkan situasi di atas, jawab soalan-soalan berikut.

a) Jelaskan tiga faktor pengeluaran yang terlibat [6 markah]

b) i. Apakah jenis pemilikan perniagaan En Harris [1 markah] ii. Nyatakan empat ciri perniagaan tersebut di b(i) [4 markah]

c)Terangkan tiga peranan kedai runcit Encik Harris kepada pengguna [6 markah]

d) Jelaskan ciri-ciri gudang yang perlu dimiliki oleh En Harris untuk mengatasi masalah yang dihadapinya [4 markah]

e)

7

Terangkan dua faktor yang perlu dipertimbangkann oleh pihak Maybank Berhad sebelum meluluskan permohonan pinjaman En Harris [4 markah]

Page 8: Soalan Percubaan Kertas 2(Final)

SULIT 3755/2

KERTAS SOALAN TAMAT

8