soalan pep.penggal 3

11
Bahagian A [30 markah] Jawab lima soalan sahaja. 1. Terangkan jenis pengangguran yang berikut: (a) Pengangguran kitaran [2] (b) Pengangguran struktur [2] (c) Pengangguran geseran [2] 2. (a) Bezakan upah wang dan upah benar. [2] (b) Mengapakah upah berbeza bagi setiap pekerjaan? [4] 3. (a) Apakah yang dimaksudkan dengan hutang negara? [2] (b) Huraikan dua sumber hutang dalam negara. [4] 4. Mengapakah negara Malaysia perlu berdagang dengan negara- negara luar? [6] 5. Jelaskan kesan terhadap Ringgit Malaysia (RM) jika, (a) Thailand menurunkan tarif atas barang keluaran Malaysia. [2] (b) Malaysia menggalakkan kemasukan pelaburan firma asing. [2] (c) Jepun mengalami kemelesetan ekonomi. [2] 6. (a)Terangkan maksud perusahaan kecil dan sederhana. [2] (b)Huraikan dua ciri utama bagi perusahaan kecil dan sederhana. [4]

Post on 21-Oct-2014

383 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

 

TRANSCRIPT

Page 1: Soalan pep.penggal 3

Bahagian A

[30 markah]

Jawab lima soalan sahaja.

1. Terangkan jenis pengangguran yang berikut:(a) Pengangguran kitaran [2](b) Pengangguran struktur [2](c) Pengangguran geseran [2]

2. (a) Bezakan upah wang dan upah benar. [2](b) Mengapakah upah berbeza bagi setiap pekerjaan? [4]

3. (a) Apakah yang dimaksudkan dengan hutang negara? [2](b) Huraikan dua sumber hutang dalam negara. [4]

4. Mengapakah negara Malaysia perlu berdagang dengan negara-negara luar? [6]

5. Jelaskan kesan terhadap Ringgit Malaysia (RM) jika,(a) Thailand menurunkan tarif atas barang keluaran Malaysia. [2](b) Malaysia menggalakkan kemasukan pelaburan firma asing. [2](c) Jepun mengalami kemelesetan ekonomi. [2]

6. (a)Terangkan maksud perusahaan kecil dan sederhana. [2](b)Huraikan dua ciri utama bagi perusahaan kecil dan sederhana. [4]

Bahagian B[10 markah]

Jawab satu soalan sahaja.

1. Jadual di bawah menunjukkan data kewangan kerajaan Malaysia pada tahun 2010 ,2011 dan 2012.

Butiran 2010(RM juta)

2011(RM juta)

2012(RM juta)

Cukai langsungCukai tak langsungHasil bukan cukaiPerbelanjaan mengurusPerbelanjaan pembangunan

69 39625 77244 717

123 08440 564

82 13830 76046 896

153 49942 847

78 73527 77455 592

160 17053 563

(Sumber : Kementerian Kewangan Malaysia,Laporan Ekonomi 2012)

Page 2: Soalan pep.penggal 3

(a) Apakah maksud cukai langsung dan cukai tak langsung? Berikan contoh bagi setiap jenis cukai berkenaan. [2]

(b) (i) Hitung jumlah hasil kerajaan Malaysia pada tahun 2010,2011 dan 2012. [2]

(ii) Hitung peratus sumbangan cukai langsung dan cukai tak langsung kepada jumlah hasil kerajaan Malaysia pada tahun 2010,2011 dan 2012. [3]

(iii) Terangkan arah aliran sumbangan cukai langsung dan cukai tak langsung dari tahun 2010 hingga tahun 2012. [1]

(c) Apakah jenis belanjawan keseluruhan yang dilaksanakan oleh kerajaan Malaysia pada tahun 2011 dan 2012? Terangkan secara ringkas kesan daripada belanjawan sedemikian jika belanjawan tersebut terus dilaksanakan. [2]

2. Jadual di bawah menunjukkan data eksport dan import Malaysia pada tahun 2011 dan 2012 dengan beberapa negara Asean terpilih.

Negara Eksport (RM juta) Import (RM juta)2011 2012 2011 2012

SingapuraThailandIndonesia

90 75131 17714 916

88 50829 98417 749

56 18826 27618 166

57 95527 00621 379

(Sumber: Kementerian Kewangan Malaysia,Laporan Ekonomi 2012)

(a) Apakah yang dimaksudkan dengan eksport bersih? [1]

(b) Hitung eksport bersih Malaysia ke Singapura, Thailand, dan Indonesia pada tahun 2012 dan terangkan nilai eksport bersih tersebut.

[3]

(c) Pada tahun 2011 dan 2012, keluaran dalam negeri kasar (KDNK) Malaysia masing-masing ialah RM 475 192 juta dan RM 505 353 juta ,(i) Hitung peratusan eksport Malaysia ke Singapura,Thailand, dan Indonesia

terhadap KDNK pada tahun 2011 dan 2012. [3](ii) Berdasarkan jawapan (c) (i), jelaskan arah alirannya. [1]

(d) Nyatakan dua jenis barang eksport Malaysia ke negara Asean dan dua jenis barang import Malaysia dari negara Asean. [2]

Page 3: Soalan pep.penggal 3

SKEMA JAWAPAN

Bahagian A

1. Terangkan jenis pengangguran yang berikut:(a) Pengangguran kitaran [2](b) Pengangguran struktur [2](c) Pengangguran geseran [2]

Jawapan :(a) Pengangguran kitaran ialah pengangguran yang berlaku disebabkan kejatuhan

dalam permintaan agregat. Dalam keadaan kemelesetan ekonomi pengeluar akan mengurangkan pengeluaran dan tenaga kerja [2]

(b) Pengangguran struktur ialah pengangguran yang disebabkan perubahan struktur ekonomi yang menyebabkan permintaan terhadap buruh dalam sektor tertentu meningkat manakala permintaan terhadap buruh di sektor lain berkurang.Pengeluara terpaksa mengurangkan pengeluaran barang dan seterusnya mengurangkan tenaga buruh. [2]

(c) Pengangguran geseran ialah pengangguran yang disebabkan pekerja ingin mendapatkan pekerjaan yang lebih baik. Ia berlaku semasa guna tenaga penuh. [2]

2. (a) Bezakan upah wang dan upah benar. [2] (b) Mengapakah upah berbeza bagi setiap pekerjaan? [4]

Jawapan :(a) Upah wang ialah pendapatan yang diterima oleh seseorang setelah memberi sumbangan

dari segi fizikal dan mental dalam proses pengeluaran. [1]

Upah benar ialah mengukur kuasa beli wang untuk mendapatkan sejumlah barang dan perkhidmatan. [1]

(b) Upah berbeza bagi setiap pekerjaan kerana:-permintaan dan penawaran buruh-perbezaan tangggungjawab-perbezaan masa bekerja-perbezaan risiko yang ditanggung

Page 4: Soalan pep.penggal 3

-perbezaan taraf pendidikan dan pengalaman-ganjaran bukan wang-kekuatan kesatuan sekerja-perbezaan kemahiran-perbezaan mobiliti buruh(mana-mana 2 fakta x 2 huraian = 4 m)

3. (a) Apakah yang dimaksudkan dengan hutang negara? [2] (b) Huraikan dua sumber hutang dalam negara. [4]

Jawapan :

(a) Hutang Negara ialah pinjaman kerajaan dari dalam dan luar Negara yang belum dijelaskan bagi menampung pembiayaan perbelanjaan dan projek pembangunan Negara. [2]

(b) Sumber hutang dalam Negara:pinjaman dari bank dan institusi kewangan /cth [1] : penerbitan sekuriti kerajaan , bil-bil perbendaharaan, sijil pelaburan [1]

4. Mengapakah negara Malaysia perlu berdagang dengan negara-negara luar? [6]

Jawapan :Malaysia perlu berdagang dengan Negara luar kerana:-wujudnya pengkhususan-memperoleh barang yang tidak dapat dikeluarkan dalam negeri-pasaran barang dan perkhidmatan lebih luas-menggalakkan perkembangan teknologi-pengeluaran secara besar-besaran(mana-mana 3 fakta x 2 huraian = 6 m)

5. Jelaskan kesan terhadap Ringgit Malaysia (RM) jika,(a) Thailand menurunkan tarif atas barang keluaran Malaysia. [2](b) Malaysia menggalakkan kemasukan pelaburan firma asing. [2] (c) Jepun mengalami kemelesetan ekonomi. [2]

Jawapan :(a) Apabila tariff ke atas barang Malaysia diturunkan, maka harga barang buatan

Malaysia menjadi lebih murah di Thailand. Maka rakyat Thailand akan membeli lebih banyak barang Malaysia.Kesannya DD RM meningkat dan nilai RM juga meningkat berbanding Bhat Thailand. [2]

(b) Kemasukan pelaburan firma asing ke Malaysia akan menggalakkan aliran masuk modal ke dalam Negara.Kesannya DD RM meningkat dan nilai RM meningkat.[2]

Page 5: Soalan pep.penggal 3

(c) Apabila Jepun mengalami kemelesetan ekonomi, pendapatan rakyat Jepun merosot. DD barang Malaysia merosot.Kesannya DD RM merosot dan nilai RM merosot. [2]

6. (a)Terangkan maksud perusahaan kecil dan sederhana. [2]

(b)Huraikan dua ciri utama bagi perusahaan kecil dan sederhana. [4]

Jawapan :(a) Perusahaan kecil dan sederhana ialah perusahaan yang mempunyai nilai jualan tahunan

tidak melebihi RM 25 juta dan menggaji kakitangan sepenuh masa tidak melebihi 150 orang. [2]

(b) Cirri utama PKS: -berintensifkan buruh - keupayaan modal kecil

-jenis keluaran-Organisasi

(mana-mana 2 fakta x 2 huraian = 4 m)

Bahagian B

1. Jadual di bawah menunjukkan data kewangan kerajaan Malaysia pada tahun 2010 ,2011 dan 2012.

Butiran 2010(RM juta)

2011(RM juta)

2012(RM juta)

Cukai langsungCukai tak langsungHasil bukan cukaiPerbelanjaan mengurusPerbelanjaan pembangunan

69 39625 77244 717

123 08440 564

82 13830 76046 896

153 49942 847

78 73527 77455 592

160 17053 563

(Sumber : Kementerian Kewangan Malaysia,Laporan Ekonomi 2012)

(a) Apakah maksud cukai langsung dan cukai tak langsung? Berikan contoh bagi setiap jenis cukai berkenaan.

[2](b) (i) Hitung jumlah hasil kerajaan Malaysia pada tahun 2010,2011 dan 2012. [2]

(ii) Hitung peratus sumbangan cukai langsung dan cukai tak langsung kepada jumlah hasil kerajaan Malaysia pada tahun 2010,2011 dan 2012. [3]

(iii) Terangkan arah aliran sumbangan cukai langsung dan cukai tak langsung dari tahun 2010 hingga tahun 2012. [1]

Page 6: Soalan pep.penggal 3

(c) Apakah jenis belanjawan keseluruhan yang dilaksanakan oleh kerajaan Malaysia pada tahun 2011 dan 2012? Terangkan secara ringkas kesan daripada belanjawan sedemikian jika belanjawan tersebut terus dilaksanakan. [2]

Jawapan :

(a) Cukai langsung ialah cukai yang beban nya tidak boleh dipindahkan kepada orang lain. [1/2]Contoh : cukai Y perseorangan /cukai Y syarikat/cukai koperasi [1/2]

Cukai tak langsung ialah cukai yang bebannya boleh dipindahkan kepada orang lain.[1/2]

Contoh : cukai jualan/cukai import/cukai eksais/cukai perkhidmatan [1/2]

(b)

2010 2011 2012(i) Jumlah hasil kerajaan = CL + CTL + HBC (1/2m)69 396+25 772 + 44 717 = RM 139 885 juta (1/2m)

82 138 + 30 760 + 46 896= RM 159 794 juta (1/2m)

78 735 + 27 774 + 555 92= RM 162 101 juta (1/2m)

(ii) % sumbangan CL dan CTL kepada jumlah hasil kerajaan :% sumbangan CL= CL x 100 Jum hasil kerajaan 69 369 x 100 139 885= 49.61% (1/2m)

82 138 x 100159 794= 51.40% (1/2m)

78 735 x 100162 101= 48.57% (1/2m)

% sumbangan CTL= CTL x 100 Jum hasil kerajaan 25 772 x 100139 885=18.43% (1/2m)

30 760 x 100159 794=19.25% (1/2m)

27 774 x 100162 101= 17.13% (1/2m)

(iii) Arah aliran cukai langsung dan cukai tak langsung meningkat pada tahun 2011 dan menurun pada tahun 2012 (1m)

(c ) kerajaan mengamalkan belanjawan kurangan kerana jumlah berbelanjaan keseluruhan melebihi jumlah hasil. (1)

Jika belanjawan sedemikian terus dilaksanakan maka hutang kerajaan semakin meningkat. (1)

2. Jadual di bawah menunjukkan data eksport dan import Malaysia pada tahun 2011 dan 2012 dengan beberapa negara Asean terpilih.

Negara Eksport (RM juta) Import (RM juta)2011 2012 2011 2012

Singapura 90 751 88 508 56 188 57 955

Page 7: Soalan pep.penggal 3

ThailandIndonesia

31 17714 916

29 98417 749

26 27618 166

27 00621 379

(Sumber: Kementerian Kewangan Malaysia,Laporan Ekonomi 2012)

(a)Apakah yang dimaksudkan dengan eksport bersih? [1]

(b) Hitung eksport bersih Malaysia ke Singapura, Thailand, dan Indonesia pada tahun 2012 dan terangkan nilai eksport bersih tersebut. [3]

(c) Pada tahun 2011 dan 2012, keluaran dalam negeri kasar (KDNK) Malaysia masing-masing ialah RM 475 192 juta dan RM 505 353 juta ,

(i) Hitung peratusan eksport Malaysia ke Singapura,Thailand, dan Indonesia terhadap KDNK pada tahun 2011 dan 2012. [3]

(iii) Berdasarkan jawapan (c) (i), jelaskan arah alirannya. [1]

(d) Nyatakan dua jenis barang eksport Malaysia ke negara Asean dan dua jenis barang import Malaysia dari negara Asean. [2]

Jawapan ;

(a) Eksport bersih adalah berbezaan antara nilai eksport dengan nilai import. (1)

(b)

Negara Eksport BersihSingapura ThailandIndonesia

88 508 – 57 955 = RM 30 553 juta 29 984 – 27 006 = RM 2 978 juta 17 749 – 18 166 = - RM 3630 juta

(2)

Nilai eksport bersih antara Malaysia dengan Singapura dan Thailand adalah positif/lebihanManakala nilai eksport bersih antara Malaysia denga Indonesia adalah negatif/kurangan

(1)

(c )(i) % eksport

Negara 2011 2012Singapura 90 751 x 100 = 19.09%

475 19288 508 x 100 = 17.51%505 353

Thailand 31 177 x 100 = 6.56%475 192

29 984 x 100 = 5.93%505 353

Indonesia 14 916 x 100 = 3.13%475 192

17 749 x 100 = 3.51%505 353

Page 8: Soalan pep.penggal 3

(3)(ii) Arah aliran eksport Malaysia ke Singapura dan Thailand merosot (1/2) tetapi eksport Malaysia ke Indonesia meningkat dari segi peratusannya. (1/2)

(d ) Jenis barang eksport Malaysia ke Negara Asean dan import Malaysia dari Negara Asean:

Jenis Eksport Jenis ImportBarangan pembuatan seperti elektronik dan elektrik, makanan, minuman dan tembakau,kelengkapan pengangkutan , produk petroleum bertapis, kayu gergaji dan petroleum mentah

Alat ganti, mesin pejabat, perkakas elektrik, sayur , komoditi barang elektrik dan beras.

(2)