soalan penggal 1 stpm 2013 kedah

4
 Panitia Pengajian AM KSAH SOALAN STPM PENGGAL 1 STPM 2013 (Disediakan Oleh: Sofiah Zakaria & Ahmad Fauzi – KSAH) BAHAGIAN A 1 Yang manakah ciri asas sesebuah negara? A Diterajui oleh parti politik tertentu B Ditadbir secara demokrasi berparlimen C Diperintah oleh kerajaan yang berdaulat D Diperkukuh oleh sistem ekonomi yang baik 2 Yang manakah pelanggaran kebebasan asasi menurut Perlembagaan Persekutuan? A Encik P tidak dibenarkan memasuki Sarawak. B Encik Q diambil tanahnya dengan bayaran pampasan yang dipersetujui. C Encik R diramp as hart anya ke rana terlibat dengan aki viti pengubahan wang haram. D Encik S d ihalang daripada berunding dengan peguam p ilihannya semasa dalam tahanan. 3 Yang manakah benar tentang Perlembagaan Persekutuan? I. Tidak boleh dibuat pindaan II. Asas kepada pembentukan kerajaan III. Merupakan undang-undang tertinggi IV. Diluluskan oleh Mahkamah Persekutuan A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV 4 Penyataan di atas merujuk kepada A Ordinan B Enakmen C Perundangan Kecil D Doktrin duluan kehakiman Peraturan-peraturan yang ditetapkan oleh seorang menteri atas kuasa yang diberi oleh Akta Parlimen 

Upload: epal-hijau

Post on 07-Oct-2015

231 views

Category:

Documents


12 download

DESCRIPTION

soalan pengajian am penggal 1

TRANSCRIPT

  • Panitia Pengajian AM KSAH

    SOALAN STPM PENGGAL 1 STPM 2013

    (Disediakan Oleh: Sofiah Zakaria & Ahmad Fauzi KSAH)

    BAHAGIAN A

    1 Yang manakah ciri asas sesebuah negara?

    A Diterajui oleh parti politik tertentu

    B Ditadbir secara demokrasi berparlimen

    C Diperintah oleh kerajaan yang berdaulat

    D Diperkukuh oleh sistem ekonomi yang baik

    2 Yang manakah pelanggaran kebebasan asasi menurut Perlembagaan Persekutuan?

    A Encik P tidak dibenarkan memasuki Sarawak.

    B Encik Q diambil tanahnya dengan bayaran pampasan yang dipersetujui.

    C Encik R dirampas hartanya kerana terlibat dengan akiviti pengubahan wang haram.

    D Encik S dihalang daripada berunding dengan peguam pilihannya semasa dalam tahanan.

    3 Yang manakah benar tentang Perlembagaan Persekutuan?

    I. Tidak boleh dibuat pindaan

    II. Asas kepada pembentukan kerajaan

    III. Merupakan undang-undang tertinggi

    IV. Diluluskan oleh Mahkamah Persekutuan

    A I dan II

    B I dan IV

    C II dan III

    D III dan IV

    4

    Penyataan di atas merujuk kepada

    A Ordinan

    B Enakmen

    C Perundangan Kecil

    D Doktrin duluan kehakiman

    Peraturan-peraturan yang ditetapkan oleh seorang menteri atas kuasa yang diberi oleh Akta

    Parlimen

  • Panitia Pengajian AM KSAH

    5 Yang manakah benar tentang kuasa Yang di-Pertuan Agong?

    I. Kuasa pemerintahan bagi Persekutuan

    II. Kuasa mengisytiharkan darurat jika negara terancam

    III. Kuasa pengampunan di Mahkamah Syariah untuk negeri-negeri di Semenanjung Malaysia

    IV. Kuasa budi bicara dalam menganugerahkan pingat dan pangkat kepada pembesar negara

    A I dan II

    B I dan IV

    C II dan III

    D III dan IV

    6 Tempoh genap lima tahun Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri bermula dari tarikh

    A pengundian dijalankan

    B penamaan calon pilihan raya

    C keputusan pilihan raya di wartakan

    D mesyuarat pertama Dewan selepas pilihan raya

    7 Yang manakah alasan bagi sesuatu pilihan raya boleh dicabar di mahkamah?

    I. Perbuatan merasuah pengundi yang dilakukan oleh calon pilihan raya

    II. Ketidakpatuhan calon terhadap peruntukan undang-undang pilihan raya

    III. Calon gagal menurunkan poster dan bendera parti selepas hari mengundi

    IV. Calon gagal menghatar penyata pilihan raya dalam tempoh yang ditetapkan

    A I dan II

    B I dan III

    C II dan IV

    D III dan IV

    8

    Hasrat di atas akan dapat dicapai melalui penubuhan

    A Unit Penyelarasan dan Pelaksanaan (UPP)

    B Unit Kerjsama Awam Swasta (UKAS)

    C Unit Perancang Ekonomi (EPU)

    D Unit Inovasi Khas (UNIK)

    9 Yang manakah benar tentang tadbir urus yang baik?

    A Keputusan dibuat berdasarkan budi bicara

    B Ketelusan dalam perkongsian maklumat dan prosedur kerja

    C Penambahan masa perkhidmatan di kaunter dengan kerja lebih masa

    D Penambahan pegawai kerajaan yang mempunyai kelulusan ikhtisas dalam perkhidmatan

    Meningkatkan daya saing Malaysia bagi mencapai matlamat Model Ekonomi Baru

    Mengkomersialkan hasil penemuan penyelidikan dan pembangunan (R & D) oleh universiti

    dan institusi penyelidikan

  • Panitia Pengajian AM KSAH

    10 Tadbir urus yang terbaik dalam sektor awam adalah berteraskan prinsip

    I. integriti

    II. prosedur

    III. budi bicara

    IV. akauntabiliti

    A I dan II

    B I dan IV

    C II dan III

    D III dan IV

    11 Yang manakah yang tertakluk dalam bidang kuasa bersama antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri?

    I. Perancangan bandar dan desa

    II. Pertanian dan perhutanan

    III. Kutipan zakat dan fitrah

    IV. Kesihatan awam

    A I dan II

    B I dan IV

    C II dan III

    D III dan IV

    12 Yang manakah yang benar tentang Ketua Setiausaha Negara?

    A Menjadi ahli Majlis Kewangan Negara

    B Menjadi Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam

    C Memegang jawatan setelah dilantik oleh Perdana Menteri

    D Menjadi Pengerusi Jawatankuasa Perancangan dan Pembangunan Negara

    13 Yang di-Pertuan Agong dengan nasihat Jemaah Pengampunan berkuasa untuk mengampunkan kesalahan-kesalahan yang dibicarakan di

    A Mahkamah Majistret di Johor

    B Mahkamah Tinggi di Kelantan

    C Mahkamah Syariah di Sarawak

    D Mahkamah Sesyen di Selangor

    14 Yang manakah yang terletak di bawah bidang kuasa Kerajaan Persekutuan?

    I. Penentuan jenis mata wang

    II. Penangkapan ikan di sungai

    III. Pengeluaran lesen pembalakan

    IV. Penetapan sukatan mata pelajaran prasekolah

    A I dan II

    B I dan IV

    C II dan III

    D III dan IV

  • Panitia Pengajian AM KSAH

    15

    A Jabatan Audit Negara

    B Bank Negara Malaysia

    C Perbendaharaan Malaysia

    D Jabatan Akautan Negara

    BAHAGIAN B

    16 Huraikan dua cara bagaimana seorang tertuduh boleh dihadapkan ke mahkamah.

    17 Nyatakan tiga elemen penting untuk melaksanakan pilihan raya di Malaysia.

    18 Terangkan empat peranan Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia.

    19 Terangkan dua keadaan PBT perlu merujuk kepada kerajaan negeri sebelum sesuatu perkara yang baharu di laksanakan.

    BAHAGIAN C

    20 Penetapan gaji minimum dalam sesuatu bidang pekerjaan perlu dilakukan untuk memastikan golongan pekerja di negara ini memperoleh pendapatan yang berpadanan dengan pekerjaan yang mereka lakukan. Bincangkan kebaikan pelaksanaan penetapan gaji minimun

    21 Warisan budaya yang dimiliki sesebuah masyarakat mempunyai kepentingan tersendiri. Oleh itu langkah-langkah bagi memastikan warisan budaya masyarakat tersebut terus wujud perlu diambil. Bincangkan

    22 Malaysia sememangnya terkenal dengan pelbagai jenis barangan kraftangan. Usaha perlu dijalankan untuk menjadikan industri kraftangan ini sebagai satu industri berskala besar yang mempu memberi sumbangan kepada ekonomi negara. Bincangkan.

    Menggubal dan mentadbir dasar pengurusan perolehan kerajaan

    Menguruskan pinjaman bagi pihak kerajaan