soalan lazim gaji

6
Unit Gaji SOALAN-SOALAN LAZIM UNIT GAJI SOALAN 1 Apakah kriteria yang diambil kira dalam pengiraan Potongan Cukai Berjadual (PCB) selepas pembayaran gaji setiap bulan diproses? Jawapan : Kriteria yang diambil kira dalam pengiraan Potongan Cukai Berjadual (PCB) adalah kategori status perkahwinan dan jumlah tanggungan sepertimana yang digariskan dalam panduan Akta Hasil yang digazetkan. Sekiranya pegawai ada membuat potongan zakat, pengiraan cukai tersebut akan berkurangan kerana diberi rebat oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri. Pengiraan cukai dibuat secara automatik apabila pembayaran gaji dilaksanakan setiap bulan. SOALAN 2 Apakah yang perlu dicatitkan di ruangan perihal untuk bayaran kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang dibuat melalui Baucar Bayaran Berasingan? Jawapan : Hendaklah mematuhi penggunaan 20 aksara termasuk 9 digit no. majikan, 6 digit bulan dan tahun, jenis bayaran dan kod negeri merujuk kepada surat ANM (SEL) G.01/01 Jld. 5(31) bertarikh 24 April 2012. Contoh : 123456789022012A0100 123456789

Upload: wan

Post on 13-Nov-2015

231 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

fbgdfgfsgfsfs

TRANSCRIPT

Unit Gaji

SOALAN-SOALAN LAZIM UNIT GAJISOALAN 1Apakah kriteria yang diambil kira dalam pengiraan Potongan Cukai Berjadual (PCB) selepas pembayaran gaji setiap bulan diproses?Jawapan :Kriteria yang diambil kira dalam pengiraan Potongan Cukai Berjadual (PCB) adalah kategori status perkahwinan dan jumlah tanggungan sepertimana yang digariskan dalam panduan Akta Hasil yang digazetkan. Sekiranya pegawai ada membuat potongan zakat, pengiraan cukai tersebut akan berkurangan kerana diberi rebat oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri. Pengiraan cukai dibuat secara automatik apabila pembayaran gaji dilaksanakan setiap bulan.SOALAN 2Apakah yang perlu dicatitkan di ruangan perihal untuk bayaran kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang dibuat melalui Baucar Bayaran Berasingan?Jawapan :Hendaklah mematuhi penggunaan 20 aksara termasuk 9 digit no. majikan, 6 digit bulan dan tahun, jenis bayaran dan kod negeri merujuk kepada surat ANM (SEL) G.01/01 Jld. 5(31) bertarikh 24 April 2012.Contoh : 123456789022012A0100123456789 merujuk kepada 9 digit no majikan022012 merujuk kepada 6 digit bulan dan tahun caruman A Jenis Bayaran (Borang A)0100 Kod Negeri (Selangor)SOALAN 3Apakah yang perlu dicatitkan di ruangan perihal untuk bayaran kepada Biro Perkhidmatan Angkasa (ANGKASA) yang dibuat melalui Baucar Bayaran Berasingan?Jawapan :Hendaklah mematuhi penggunaan No Kad Pengenalan Kakitangan, Nama Penuh Kakitangan dan Bulan Potongan Gaji yang dibuat pada ruangan perihal bayaran di Baucar Bayaran Berasingan (No K/P Kakitangan/Nama Penuh Kakitangan/Bulan-Tahun Potongan) merujuk kepada surat ANM (SEL) G.01/01 Jld. 5(20) bertarikh 22 November 2011.Contoh : 810216085678,Herlyna Binti Hamid,082012810216085678 merujuk kepada No Kad Pengenalan pegawaiHerlyna Binti Hamid merujuk kepada nama pegawai082012 merujuk kepada bulan dan tahun potongan

SOALAN 4Setiap Pusat Tanggungjawab (PTJ) hendaklah diwujudkan Pusat Pembayar bagi memudahkan urusan pembayaran gaji dilakukan serta memudahkan data bagi setiap kakitangan di bawah PTJ berkenaan di kunci masuk di dalam pengkalan data. Apakah dokumen yang diperlukan sekiranya PTJ ingin mewujudkan Pusat Pembayar yang dimaksudkan?Jawapan :Dokumen yang diperlukan adalah:- Borang SG10 yang lengkap diisi dan diperakui oleh Ketua Jabatan.- Sijil pendaftaran KWSP majikan.- Sijil Pendaftaran LHDN majikan.- Surat Arahan dan kelulusan.- Salinan waran peruntukan.SOALAN 5Penanggungan Kerja bermaksud pelaksanaan tugas bagi satu jawatan lain oleh seseorang pegawai disamping tugas hakikinya sendiri untuk suatu tempoh yang diluluskan oleh Pihak Berkuasa Melulus yang berkenaan. Berapakah kadar bagi pengiraan Elaun Penanggungan Kerja?Jawapan :Kadar Elaun Penanggungan Kerja adalah 25% daripada gaji permulaan jawatan yang ditanggung kerja. Elaun Penanggungan kerja = Gaji permulaan Jawatan X 25% Gaji Permulaan Jawatan Yang

Ditanggung KerjaPegawai yang menanggung kerja mestilah tidak meninggalkan tugasnya dalam sesuatu kalendar selama 28 hari iaitu pegawai tersebut tidak boleh memohon cuti rehat dan cuti sakit.SOALAN 6Apakah yang perlu dilakukan sekiranya seseorang pegawai menerima gaji dan elaun yang tidak layak diterima di atas sesuatu sebab seperti tidak hadir bertugas?Jawapan :Sekiranya seseorang pegawai telah menerima sebarang lebihan bayaran emolumen, beliau perlu pada kadar segera memulangkan balik lebihan bayaran tersebut kepada Jabatan dalam 2 kaedah iaitu secara tunai sekaligus atau bayaran ansuran melalui pendahuluan diri. Bagi permohonan pendahuluan diri hendaklah melalui Ketua Jabatan dan permohonan tersebut dimajukan kepada Pegawai Pengawal untuk kelulusan. Pendahuluan diri adalah merujuk kepada Arahan Perbendaharan 327 (a) dan (b).SOALAN 7Pentadbir Sistem peringkat Jabatan/ Pusat Tanggungjawab (PTJ) adalah pegawai yang diberi kuasa untuk mengakses e-Laporan bagi peringkat jabatan/ PTJ. Walaubagaimanapun, capaian tersebut hendaklah sentiasa diperbaharui juga secara online. Berapa lamakah tempoh masa yang dimaksudkan?Jawapan :Sah laku capaian adalah dalam tempoh tiga (3) bulan. Pegawai yang dilantik hendaklah sentiasa memperbaharui tempoh sah capaian setiap 3 bulan sekali.Pegawai akan diberi peringatan secara pop-up sekiranya tempoh sah laku capaian hampir tamat dan pegawai dikehendaki untuk memperbaharui capaian melalui peringatan tersebut apabila mengakses kepada siatem e-penyata dan laporan tersebut.Sekiranya pegawai gagal berbuat demikian, pegawai tidak dapat mengakses laporan-laporan dan pegawai dikehendaki untuk memohon semula dengan mengemukakan borang yang terdahulu untuk mendapatkan capaian tersebut.SOALAN 8Adakah pegawai yang sedang cuti bersalin layak menerima Bayaran Insentif Tugas Kewangan (BITK)?Jawapan :Tidak Layak. Merujuk kepada perkara 9, Pekeliling Perkhidmatan Bil 3 Tahun 1999, seseorang pegawai yang menerima BITK tetapi telah meninggalkan tugasnya selama 28 hari atau lebih secara berturut-turut, bayaran tersebut hendaklah dihentikan dalam tempoh berkenaan. Walaubagaimanapun, pengecualian adalah diberikan bagi pegawai yang meninggalkan tugas bagi tempoh tidak melebihi 92 hari berturut-turut termasuk cuti mingguan dan hari kelepasan am dalam keadaan berikut :- Menghadiri kursus yang diarahkan oleh Ketua Jabatan- Menjalankan tugas rasmi atas arahan Ketua Jabatan- Bercuti sakit yang disokong oleh Siji Sakit mengikut Perintah Am Bab CDalam hal yang dibangkitkan, BITK hendaklah dihentikan kerana Cuti Bersalin bukan dianggap sebagai cuti sakit tetapi Cuti Pemulihan.