soalan lazim borang bphl.hasil.gov.my/pdf/pdfam/faqbbm2010_28022011_1.pdfkad pengenalan (muka depan...

43
1 SOALAN LAZIM BORANG B BAHAGIAN 1 : AM S1: Siapakah yang perlu mengisi Borang B? J1: Borang B perlu diisi oleh individu berikut: Individu yang bermastautin di Malaysia. Menjalankan perniagaan di dalam tahun yang ditaksir. S2: Apakah perbezaan di antara Borang BE dan B? J2: Borang BE - pendapatan di bawah Sek 4(b) 4(f) Akta Cukai Pendapatan 1967 dan diisi oleh individu pemastautin yang mempunyai punca pendapatan selain daripada perniagaan. Borang B - pendapatan di bawah Sek 4(a) 4(f) Akta Cukai Pendapatan 1967 dan diisi oleh individu yang mempunyai punca pendapatan perniagaan (tunggal) atau perkongsian. S3: Bolehkah saya melaporkan pendapatan perniagaan saya jika saya menerima Borang BE? J3: Tidak boleh. Pendapatan perniagaan perlu dilaporkan dalam Borang B. S4: Bolehkah saya melaporkan pendapatan penggajian saya jika saya menerima Borang B? J4: Borang B boleh digunakan untuk melaporkan pendapatan penggajian. Walau bagaimanapun tuan digalakkan untuk menggunakan borang yang betul iaitu Borang BE. S5: Bilakah tarikh akhir mengembalikan Borang B 2010? J5: Tarikh akhir pengembalian Borang B 2010 ialah pada 30 Jun 2011. S6: Bilakah tarikh akhir mengembalikan Borang B 2010 sekiranya saya memilih taksiran bersama atas nama pasangan?

Upload: others

Post on 03-Feb-2021

17 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 1

    SOALAN LAZIM BORANG B

    BAHAGIAN 1 : AM

    S1: Siapakah yang perlu mengisi Borang B? J1: Borang B perlu diisi oleh individu berikut:

    Individu yang bermastautin di Malaysia. Menjalankan perniagaan di dalam tahun yang ditaksir.

    S2: Apakah perbezaan di antara Borang BE dan B? J2: Borang BE - pendapatan di bawah Sek 4(b) – 4(f) Akta Cukai

    Pendapatan 1967 dan diisi oleh individu pemastautin yang mempunyai punca pendapatan selain daripada perniagaan.

    Borang B - pendapatan di bawah Sek 4(a) – 4(f) Akta Cukai Pendapatan 1967 dan diisi oleh individu yang mempunyai punca pendapatan perniagaan (tunggal) atau perkongsian.

    S3: Bolehkah saya melaporkan pendapatan perniagaan saya jika saya

    menerima Borang BE? J3: Tidak boleh. Pendapatan perniagaan perlu dilaporkan dalam Borang B. S4: Bolehkah saya melaporkan pendapatan penggajian saya jika saya

    menerima Borang B? J4: Borang B boleh digunakan untuk melaporkan pendapatan penggajian.

    Walau bagaimanapun tuan digalakkan untuk menggunakan borang yang betul iaitu Borang BE.

    S5: Bilakah tarikh akhir mengembalikan Borang B 2010? J5: Tarikh akhir pengembalian Borang B 2010 ialah pada 30 Jun 2011. S6: Bilakah tarikh akhir mengembalikan Borang B 2010 sekiranya saya

    memilih taksiran bersama atas nama pasangan?

  • 2

    J6: Dalam kes taksiran bersama, jika isteri atau suami menjalankan perniagaan, tarikh akhir pengembalian kedua-dua borang suami dan isteri iaitu Borang B atau BE 2010 ialah pada 30 Jun 2011.

    S7: Saya mempunyai punca pendapatan penggajian dan telah menerima

    Borang BE 2010, manakala isteri saya yang mempunyai punca pendapatan perniagaaan telah menerima Borang B 2010. Bilakah tarikh akhir pengembalian kedua-dua Borang jika memilih taksiran bersama dan jika memilih taksiran berasingan?

    J7: Jika memilih Taksiran Bersama - Tarikh akhir pengembalian Borang B dan

    BE 2010 pada 30 Jun 2011. Dan jika memilih Taksiran Berasingan – Tarikh akhir pengembalian Borang BE 2010 tuan pada 30 April 2011, sementara Borang B 2010 isteri tuan pula pada 30 Jun 2011.

    S8: Di manakah saya perlu menghantar Borang B? J8: i) Sekiranya borang tersebut dihantar melalui pos ; Sila kembalikan ke alamat berikut :

    Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia, Pusat Pemprosesan, Aras 10–18, Menara C, Persiaran MPAJ, Jalan Pandan Utama, Pandan Indah, Karung Berkunci 11096, 50990 Kuala Lumpur.

    ii) Sekiranya hadir sendiri, tuan bolehlah hadir ke Tingkat 12 di alamat seperti di atas untuk membuat serahan tangan. iii) Sebagai pilihan, tuan boleh menghantar Borang B secara e-filing. Sila layari www.hasil.gov.my > e-Filing.

    S9: Bolehkah saya menghantar Borang B melalui faks memandangkan saya tidak sempat untuk mengepos borang tersebut?

    J9: Tuan tidak dibenarkan menghantar Borang B melalui faks. Sekiranya diterima, akan dianggap sebagai borang tidak sah dan tidak akan diproses. Tuan dinasihatkan menghantar Borang B secara e-filing sekiranya tidak sempat untuk mengepos borang tersebut.

    http://www.hasil.gov.my/

  • 3

    S10: Adakah saya akan dikenakan penalti sekiranya menghantar Borang

    B selepas tarikh 30 Jun? J10: Ya. Tuan akan dikenakan penalti di bawah subseksyen 112(3) ACP 1967.

    Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) akan mengeluarkan notis taksiran di bawah subseksyen 90(3) dan pembayar cukai dikehendaki membuat bayaran cukai tambahan (dan cukai asal sekiranya masih belum dijelaskan) dalam tempoh 30 hari dari tarikh notis tersebut dikeluarkan.

    S11: Sekiranya saya tidak menerima Borang B saya, bagaimanakah saya

    boleh mendapatkan borang tersebut? J11: Tuan boleh mendapatkan Borang B di mana–mana cawangan LHDNM

    yang berdekatan atau tuan boleh menghantar Borang B secara e-filing.

    S12: Bolehkah saya menggunakan Borang B fotostat untuk tujuan

    penghantaran borang cukai pendapatan?

    J12: Penggunaan borang fotostat adalah tidak dibenarkan kerana borang fotostat adalah tidak sah. Tuan dinasihatkan untuk mendapatkan Borang B dari mana–mana cawangan LHDNM berdekatan. Tuan juga boleh menghantar Borang B secara e-filing.

    S13: Bagaimana saya boleh mengemukakan Borang B secara e-filing?

    J13: Untuk menggunakan e-filing buat kali pertama, tuan perlu mendapatkan

    No. PIN terlebih dahulu. No. PIN boleh didapati melalui:

    1. Cawangan LHDNM yang berhampiran 2. Emel ke [email protected]. Sila sertakan nombor telefon dan salinan

    Kad Pengenalan (muka depan dan belakang) atau passport Langkah-langkah e-filing akan disertakan bersama-sama No. PIN tuan.

    Tuan dinasihatkan menyimpan dan mengingati kata laluan e-filing untuk log masuk ke aplikasi e-filing yang seterusnya.

    S14: Pada awal tahun 2010 pendapatan saya hanyalah daripada gaji

    sahaja, namun pada pertengahan tahun saya mula berniaga secara

    mailto:[email protected]

  • 4

    kecil-kecilan. Adakah saya perlu mengisi kedua-dua Borang B dan BE?

    J14: Tuan hanya dikehendaki mengisi Borang B 2010 memandangkan tuan

    telah mempunyai pendapatan perniagaan dan perlu mengembalikan Borang B 2010 selewat–lewatnya pada 30 Jun 2011.

    S15: Saya ada menerima Borang B suami yang telah meninggal dunia

    pada 20 Mei 2010. Walau bagaimanapun, Borang B untuk diri saya masih belum diterima. Bolehkah saya mengisi sahaja Borang B suami (arwah/mendiang) dan kembalikan ke LHDNM?

    J15: Puan tidak dibenarkan berbuat demikian. Puan masih dikehendaki

    melaporkan pendapatan suami yang diperolehi dari tempoh 1 Januari 2010 hingga 20 Mei 2010 dalam Borang B yang diterima. Sila kembalikan borang tersebut ke LHDNM dengan menyertakan salinan sijil kematian bagi tujuan kemaskini fail cukai pendapatan suami. Manakala bagi tujuan pengembalian Borang B untuk diri sendiri, puan dinasihatkan untuk mendapatkan Borang B di mana–mana cawangan LHDNM yang berdekatan atau membuat penghantaran secara e-filing.

    S16: Saya menerima dua Borang B untuk Tahun Taksiran yang sama tetapi di bawah nombor rujukan cukai pendapatan yang berlainan. Borang yang mana satukah yang perlu saya isi?

    J16: Tuan perlu menyemak dengan cawangan yang mengendalikan fail cukai pendapatan tuan untuk mendapat kepastian nombor fail yang aktif sebelum mengisi dan menghantar Borang Nyata. Sila isi dengan lengkap Borang Nyata dengan nombor rujukan yang aktif sementara Borang Nyata dengan nombor rujukan yang tidak aktif dipulangkan semula ke Pusat Pemprosesan dengan menyertakan bersama surat iringan memaklumkan nombor fail tersebut adalah bagi fail pendua yang tidak aktif.

    S17: Bagaimanakah saya boleh mengetahui bahawa Borang B saya telah diterima oleh LHDNM? Saya bimbang sekiranya borang tersebut tidak diterima dan saya dikenakan penalti.

    J17: Tuan dinasihatkan supaya menghubungi Pusat Khidmat Pelanggan di

    talian 03-42893700 untuk mengetahui status penerimaan Borang B tuan.

  • 5

    S18: Sekiranya Borang B saya diproses di Pusat Pemprosesan LHDNM, adakah bermakna fail cukai pendapatan saya juga telah dipindahkan dari cawangan sekarang ke Pusat Pemprosesan LHDNM?

    J18: Fail cukai pendapatan tuan masih lagi dikendalikan di cawangan tuan

    sekarang. Di bawah Sistem Taksir Sendiri, semua borang cukai pendapatan akan diproses secara berpusat di Pusat Pemprosesan LHDNM.

    S19: Saya ingin mengetahui bilakah saya akan menerima Borang J saya

    kerana saya ingin mengetahui jumlah cukai sebenar saya. J19: Di bawah Sistem Taksir Sendiri, notis taksiran (Borang J) tidak akan

    dikeluarkan kepada pembayar cukai. Ketua Pengarah LHDNM disifatkan telah membuat taksiran berdasarkan pengiraan cukai dalam Borang Nyata yang dikemukakan oleh pembayar cukai. Borang Nyata yang diisi dengan lengkap dan dikemukakan kepada LHDNM sebelum atau pada 30 Jun disifatkan sebagai notis taksiran.

    S20: Memandangkan borang J tidak lagi dikeluarkan oleh LHDNM di bawah Sistem Taksir Sendiri, bagaimanakah saya boleh mengetahui jumlah cukai saya adalah tepat?

    J20: Di bawah Sistem Taksir Sendiri, Borang B yang dihantar ke LHDNM adalah dianggap tepat sehinggalah semakan audit LHDNM membuktikan sebaliknya. Sekiranya tuan mempunyai sebarang masalah berhubung pengiraan cukai semasa mengisi Borang B, sila hubungi Pusat Khidmat Pelanggan di talian 03-42893700.

    S21: Kenapa saya perlu menyimpan rekod-rekod perniagaan selama 7

    tahun ? J21: Rekod, dokumen dan helaian kerja yang digunakan dalam pengiraan

    cukai perlu disimpan selama tujuh (7) tahun bermula dari akhir tahun dalam mana borang cukai pendapatan dihantar ke LHDNM, untuk tujuan rujukan dan semakan sekiranya diperlukan kelak.

    S22: Apakah tindakan yang akan diambil oleh LHDNM sekiranya saya

    tidak menyimpan rekod–rekod perniagaan saya? J22: Sekiranya tuan tidak menyimpan rekod–rekod perniagaan tuan, di bawah

    seksyen 119A, ACP 1967, tuan boleh didakwa di mahkamah dan jika

  • 6

    disabitkan kesalahan, tuan boleh dikenakan denda tidak kurang RM300 dan tidak lebih RM10,000 atau dipenjara tidak kurang satu tahun atau kedua-duanya sekali.

    S23: Bolehkah saya hanya mengisi Borang B di bahagian Butiran Peribadi

    dan tandatangan sahaja dan kemudian menghantar borang tersebut bersama–sama dengan penyata pendapatan perniagaan saya dan bil–bil tuntutan yang lain?

    J23: Tidak boleh. Borang B tuan akan dianggap sebagai tidak lengkap dan

    akan dikembalikan kepada tuan untuk diisi dengan lengkap. Di bawah Sistem Taksir Sendiri, tuan tidak perlu mengemukakan rekod–rekod perniagaan dan bil-bil tuntutan. Tuan dikehendaki menyimpan rekod–rekod berkenaan selama 7 tahun bagi tujuan rujukan dan semakan LHDNM sekiranya diperlukan kelak.

    S24: Selepas saya menghantar Borang B, saya menyedari bahawa saya

    telah melaporkan pendapatan yang tidak tepat. Perlukah saya mengisi borang yang baru dan hantar semula ke Pusat Pemprosesan LHDNM?

    J24: Tuan tidak dibenarkan menghantar borang cukai pendapatan bagi

    sesuatu tahun taksiran lebih daripada sekali. Walau bagaimanapun, tuan dinasihatkan menghantar surat rayuan (yang menyatakan kesilapan yang telah dibuat), dokumen sokongan dan membuat pengiraan semula ke cawangan yang mengendalikan fail tuan. Namun, sekiranya pindaan tersebut melibatkan pendapatan terkurang lapor atau pelepasan terlebih lapor yang mengakibatkan cukai atau cukai tambahan dikenakan, tuan perlu mengisi Borang Nyata Terpinda B 2010. Borang Nyata Terpinda yang telah dilengkapkan hendaklah dikemukakan ke cawangan LHDNM yang mengendalikan fail cukai pendapatan tuan.

    S25: Apakah tindakan yang akan diambil sekiranya LHDNM mendapati

    pendapatan yang dilaporkan di dalam Borang B adalah kurang? J25: Taksiran tambahan berserta penalti di bawah subseksyen 113(2) ACP

    1967 akan dibangkitkan.

    S26: Saya telah berhenti berniaga kira–kira 2 tahun yang lalu dan tiada pendapatan lain tetapi setiap tahun saya masih lagi menerima Borang B daripada LHDNM. Perlukah saya mengisi borang tersebut

  • 7

    atau saya hanya perlu mengembalikan sahaja (tanpa mengisi) borang tersebut?

    J26: Tuan masih perlu melengkapkan borang tersebut. Sila isikan ruangan yang berkenaan sahaja. Ruangan yang tidak berkenaan tidak perlu diisi serta tandatangan dan kembalikan kepada LHDNM sebelum/pada 30 Jun setiap tahun. Walau bagaimanapun, tuan boleh memohon secara bertulis berserta alasan ke cawangan yang mengendalikan fail tuan, supaya tidak lagi mengeluarkan borang pada masa akan datang.

    S27: Bagaimana pula sekiranya saya telah berhenti berniaga dalam tahun

    2009 dan kini hanya menerima pendapatan penggajian sahaja bagi tahun 2010. Bolehkah saya mengisi borang B 2010 yang telah saya terima dan bilakah tarikh akhir penghantaran borang tersebut?

    J27: Sekiranya tuan tidak lagi menjalankan perniagaan dan hanya menerima pendapatan penggajian tetapi menerima Borang B, tuan boleh sama ada:

    a. Menggunakan borang tersebut untuk membuat pengisytiharan pendapatan yang diterima. Sila isikan ruangan yang berkenaan sahaja. Ruangan yang tidak berkenaan tidak perlu diisi, atau

    b. Membuat penukaran kepada Borang BE dengan mendapatkan borang di mana-mana cawangan LHDNM yang berhampiran atau terus membuat pengisian Borang e-BE 2010 secara e-Filing.

    Tarikh akhir penghantaran Borang BE 2010 adalah pada 30 April 2011.

    S28: Saya adalah seorang ejen hartanah/saham/insurans/jualan langsung

    tetapi tidak mendaftarkan perniagaan tersebut dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Borang apakah yang perlu saya isi?

    J28: Jenis borang yang perlu diisi tidak bergantung sama ada tuan telah

    mendaftarkan perniagaan tersebut dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atau tidak. Ia bergantung kepada punca pendapatan yang diterima oleh tuan sama ada perniagaan atau tidak.

    Komisen yang diterima oleh seorang ejen bebas adalah dianggap sebagai punca pendapatan perniagaan. Oleh yang demikian, tuan perlu melaporkan pendapatan komisen tersebut di Bahagian C, Borang B.

    S29: Saya hanya menjalankan perniagaan kecil-kecilan dan tidak pernah menyimpan rekod-rekod perniagaan. Penyata untung rugi disediakan berdasarkan anggaran. Bagaimana saya hendak mengisi Borang B?

  • 8

    Adakah pengiraan saya akan diterima? Adakah saya akan dikenakan penalti kerana tidak menyimpan rekod?

    J29: Bagi pengisian Borang B, tuan boleh merujuk kepada helaian kerja HK-1,

    Buku Panduan Borang B sebagai garis panduan. Penentuan sama ada pengiraan tuan akan diterima atau tidak, akan diketahui apabila tuan diaudit oleh pegawai LHDNM. Tuan dinasihatkan supaya menyimpan rekod-rekod perniagaan dengan kemas dan teratur mengikut peruntukan seksyen 82 dan 82A, ACP 1967. Kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan tuan boleh didakwa di mahkamah dan dikenakan denda tidak kurang dari RM300 dan tidak melebihi RM10,000 atau penjara 12 bulan atau kedua-duanya jika sabit kesalahan. (Rujuk Ketetapan Umum Bil 5/2000 (Pindaan) bertarikh 30 Jun 2001). Ketetapan Umum ini boleh diperolehi dari laman web LHDNM di alamat www.hasil.gov.my > Undang-undang dan Peraturan > Ketetapan Umum.

    S30: Di manakah saya boleh mendapatkan Buku Panduan Borang B? J30: Tuan boleh melayari laman web LHDNM di www.hasil.gov.my > Borang >

    Kategori > Tahun taksiran > Buku Panduan Borang B. S31: Bagaimana saya hendak mengetahui mengenai rekod-rekod yang

    perlu disimpan dan cara menyediakan Penyata Untung Rugi dan Kunci Kira-kira yang betul?

    S31: Tuan boleh merujuk kepada Ketetapan Umum Bil 5/2000 (Pindaan) yang

    boleh diperolehi di www.hasil.gov.my berhubung penyimpanan rekod yang mencukupi. Tuan juga boleh berhubung dengan pegawai LHDNM di mana-mana cawangan LHDNM untuk mendapatkan khidmat nasihat. Selain itu, tuan juga boleh mendapatkan khidmat dari mana-mana akauntan atau ejen cukai bertauliah.

    S32: Saya telah melakukan sedikit kesilapan semasa mengisi Borang B, bolehkah saya menggunakan pemadam cecair untuk membetulkannya?

    J32: Tuan tidak dibenarkan menggunakan pemadam cecair untuk membuat

    pembetulan. Sekiranya berlaku kesilapan yang sedemikian, tuan hanya perlu memotong kesilapan yang dibuat dan membuat pembetulan di atas ruangan yang tersilap. Kemudian sila tandatangan ringkas di sebelah pembetulan yang dibuat.

    http://www.hasil.gov.my/http://www.hasil.gov.my/http://www.hasil.gov.my/

  • 9

    S33: Jika saya telah memulakan perniagaan tunggal dalam tahun 2010 dan saya juga merupakan seorang Pengarah di sebuah syarikat Sendirian Berhad, perlukah saya mengisi dua Borang berlainan untuk melaporkan dua punca pendapatan tersebut?

    J33: Tuan tidak perlu mengisi dua borang yang berlainan. Tuan hanya perlu mengisi Borang B 2010 kerana tuan mempunyai pendapatan perniagaan dalam tahun 2010. Pendapatan berkanun perniagaan perlu dilapor di ruangan C1 manakala pendapatan penggajian sebagai pengarah perlu dilaporkan di ruangan C10.

    S34: Bagaimanakah saya hendak melaporkan pendapatan dari

    perkongsian sekiranya sehingga tarikh akhir penghantaran Borang B saya masih belum menerima CP30?

    J34: Sekiranya sehingga 30 Jun, CP30 (maklumat Pembahagian Pendapatan

    Perkongsian) masih belum diterima, tuan dinasihatkan membuat anggaran setepat mungkin terhadap pendapatan pembahagian perkongsian. Tuan dikehendaki melaporkan pendapatan perkongsian sebenar dengan segera di cawangan LHDNM yang mengendalikan fail tuan bersama surat iringan apabila CP30 diperolehi.

    S35: Jika seseorang menerima yuran konsultan atau komisen secara

    sampingan daripada sesuatu syarikat, adakah pendapatan ini dianggap sebagai punca pendapatan perniagaan atau bukan perniagaan?

    J35: Pendapatan komisen secara sampingan dari sesebuah syarikat adalah

    dianggap sebagai punca pendapatan perniagaan dan tuan adalah dikehendaki mengisi Borang B bagi melaporkan pendapatan tersebut.

    S36: Sekiranya bayaran komisen di atas diterima sekali gus sahaja atau

    bulanan, adakah bayaran kepada LHDNM perlu dibuat semasa bayaran diterima ataupun apabila borang cukai tahunan difailkan?

    J36: Tuan mempunyai dua pilihan bagi membuat pembayaran tersebut iaitu :

    a) Pembayaran boleh dibuat sebelum / pada tarikh akhir pengemukaan Borang B iaitu pada 30 Jun setiap tahun;

    atau

    b) Membuat permohonan ansuran CP 500 di Cawangan Pungutan yang mengendalikan fail tuan.

  • 10

    S37: Adakah saya boleh menyemak bayaran CP500 yang telah dibuat di

    dalam tahun semasa? J37: Ya. Tuan boleh membuat semakan di cawangan fail cukai pendapatan

    tuan. Pilihan lain yang lebih mudah adalah menyemak amaun tersebut menggunakan perkhidmatan e-lejar di laman web LHDNM. Untuk menggunakan perkhidmatan ini tuan hanya perlu memasukkan nombor kad pengenalan berserta kata laluan e-filing.

    S38: Bagaimana saya boleh merayu untuk meminda jumlah bayaran

    ansuran CP500? J38: Tuan dibenarkan untuk memohon pindaan amaun anggaran CP500

    dengan menghantar borang CP502. Permohonan akan dipertimbangkan sekiranya permohonan tersebut diterima pada atau sebelum 30 Jun bagi tahun taksiran berkaitan. Permohonan hendaklah dihantar kepada cawangan LHDNM di mana fail cukai pendapatan dikendalikan.

    S39: Bolehkah saya membuat bayaran ansuran CP500 di bank? J39: Bayaran ansuran CP500 boleh dibuat di kaunter LHDNM (Jalan

    Duta/Kuching/K. Kinabalu), di kaunter bank terpilih atau melalui perbankan internet. Bayaran ansuran CP500 boleh dibuat di kaunter bank / ejen LHDNM berikut :

    CIMB Bank Public Bank Maybank EON Bank (bayaran cek terhad kepada House Cheque sahaja) POS Malaysia (tunai sahaja)

    S40: Apakah kod yang digunakan jika membuat pembayaran baki cukai

    kena dibayar bagi kes perniagaan sekiranya bayaran dibuat di bank? J40: Kod bayaran cukai untuk Tahun Taksiran Semasa ialah 084. S41: Bolehkah saya membuat bayaran baki cukai kena dibayar secara

    tunai di Pusat Pemprosesan LHDNM? J41: Tidak boleh.

  • 11

    BAHAGIAN 2 : PENGISIAN BORANG B

    BUTIRAN PEMBAYAR CUKAI

    S1: Saya dapati terdapat kesilapan ejaan nama yang dicetak pada surat

    iringan Borang B, adakah bermakna ejaan nama saya juga silap dalam fail cukai pendapatan saya? Bagaimana saya boleh membetulkan kesilapan tersebut?

    J1: Sekiranya terdapat kesilapan ejaan nama :

    i. Isikan nama tuan seperti di kad pengenalan/passport di ruangan nama, Borang B.

    ii. Kemukakan salinan kad pengenalan/passport ke Pusat Khidmat Pelanggan untuk tindakan kemaskini nama melalui :

    a. Faks ke 03-42893400; atau b. Emel ke [email protected]

    S2: Bagaimana saya perlu mengisi Nombor Cukai Pendapatan dalam

    Borang B saya? J2: Sila masukkan sebelas (11) digit Nombor Cukai Pendapatan.

    Contoh: OG 01234567000 (sebelas digit) tanpa „–‟ dan „( )‟. S3: Perlukah saya mengisi nombor Pasport? J3: Perlu diisi sekiranya ada, di ruangan berikut :

    Ruang 7 bagi nombor pasport semasa Ruang 8 bagi nombor pasport yang didaftar dengan LHDNM

    BAHAGIAN A : MAKLUMAT INDIVIDU S4: Bagaimana saya boleh dapatkan Kod Negara untuk mengisi ruangan

    Warganegara (A1)? J4: Tuan boleh merujuk kepada Nota Penerangan Borang B atau Buku

    Panduan Borang B (Lampiran E). Nota Penerangan dan Buku Panduan boleh dimuat turun dari laman sesawang LHDNM di www.hasil.gov.my. Contoh: Malaysia kod MY.

    mailto:[email protected]

  • 12

    S5: Adakah saya perlu mengisi tarikh kahwin di ruangan A4 setiap kali saya mengisi Borang B?

    J5: Ruangan A4 hanya perlu diisi sekiranya tarikh kahwin/tarikh cerai/tarikh

    mati adalah tarikh kahwin/tarikh cerai/tarikh mati yang berlaku dalam tahun semasa sahaja.

    S6: Apakah yang dimaksudkan dengan Jenis Taksiran? J6: „1‟ - Bersama atas nama suami = Sekiranya isteri memilih taksiran

    bersama dan taksiran dikeluarkan atas nama suami.

    „2‟ - Bersama atas nama isteri = Sekiranya suami memilih taksiran bersama dan taksiran dikeluarkan atas nama isteri. „3‟ - Berasingan = Sekiranya pembayar cukai memilih taksiran berasingan.

    „4‟ – Diri sendiri = Sekiranya suami / isteri tiada punca pendapatan atau pendapatan dikecualikan cukai; atau „5‟ – Diri sendiri = Sekiranya status individu adalah Bujang / janda / duda / simati S7: Sekiranya saya seorang pesara dan hanya menerima pendapatan

    daripada bayaran pencen sahaja, apakah jenis taksiran yang perlu diisi di ruangan A5?

    J7: Jenis Taksiran yang perlu diisi adalah 4. S8: Status saya adalah bujang. Apakah jenis taksiran yang perlu diisi

    pada ruangan Jenis Taksiran (A5) Borang B 2010? J8: Jenis Taksiran yang perlu diisi adalah 4. S9: Status saya berkahwin dan isteri tidak bekerja. Apakah jenis taksiran

    yang perlu diisi pada ruangan Jenis Taksiran (A5) Borang B 2010? J9: Jenis Taksiran yang perlu diisi adalah 4.

  • 13

    S10: Status saya berkahwin dan suami tidak bekerja. Apakah jenis taksiran yang perlu diisi pada ruangan Jenis Taksiran (A5) Borang B 2010?

    J10: Jenis Taksiran yang perlu diisi adalah 4. S11: Status saya berkahwin dan isteri bekerja. Apakah jenis taksiran yang

    perlu diisi pada ruangan Jenis Taksiran (A5) Borang B 2010? J11: Jika memilih taksiran berasingan, isikan „3‟ atau jika memilih taksiran

    bersama, isikan „1‟ atau „2‟. Bagi individu berkahwin yang memilih untuk ditaksir berasingan, kedua-dua suami isteri perlu mengisi Borang B/BE yang berasingan iaitu satu untuk suami dan satu untuk isteri.

    S12: Status saya berkahwin dan isteri berniaga. Bolehkah saya memilih

    taksiran bersama di ruangan Jenis Taksiran (A5) Borang B 2010? J12: Tuan dan isteri perlu mematuhi syarat untuk taksiran bersama seperti

    berikut: i. Suami dan isteri tinggal bersama dalam tahun asas berkenaan. ii. Kedua-dua suami isteri mempunyai jumlah pendapatan untuk

    disatukan. Jumlah pendapatan merujuk kepada amaun di ruang C17 Borang BE atau C34 Borang B.

    iii. Individu yang memilih taksiran bersama adalah warganegara Malaysia jika tidak bermastautin.

    iv. Pilihan untuk taksiran bersama boleh dibuat dengan seorang isteri sahaja.

    S13: Saya seorang peniaga kedai runcit. Status saya berkahwin dan isteri

    bekerja. Saya ingin memilih taksiran bersama atas nama saya. Apakah jenis taksiran yang perlu diisi pada ruangan Jenis Taksiran (A5) Borang B 2010?

    J13: Jika memilih taksiran bersama di atas nama suami, isikan „1‟ di ruang A5.

    Bagi individu berkahwin yang memilih untuk ditaksir bersama dan mempunyai jumlah pendapatan yang disatukan, kedua-dua suami isteri perlu mengisi Borang B/BE yang berasingan. Bagi Borang B suami/isteri yang pendapatannya ditaksir atas nama pasangan, beliau tidak perlu mengisi ruang C35 dan C36, Bahagian D, Bahagian E dan Bahagian F, dan teruskan pengisian di bahagian Akuan.

  • 14

    S14: Jika suami atau isteri kurang upaya, layakkah saya memilih taksiran bersama?

    J14: Tuan boleh memilih taksiran bersama tidak kira sama ada tuan atau isteri

    kurang upaya atau tidak, dengan syarat pasangan mempunyai jumlah pendapatan.

    S15: Apakah yang dimaksudkan dengan Ketetapan Umum? Apakah kesannya sekiranya saya memilih 1 atau 2?

    J15: Ketetapan Umum dikeluarkan bertujuan memberi panduan kepada orang

    awam dan pegawai LHDNM. Ia menggariskan interpretasi Ketua Pengarah LHDNM berhubung peruntukan tertentu undang – undang cukai dan polisi serta prosedur yang terpakai mengenainya. Tuan boleh menyemak Ketetapan Umum di www.hasil.gov.my. Isikan „1‟ jika setiap ketetapan dipatuhi. Sekiranya satu atau lebih ketetapan umum tidak dipatuhi, sila pilih 2.

    S16: Apakah yang dimaksudkan dengan Penyimpanan Rekod (A7)?

    J16: Ini merujuk kepada penyimpanan rekod yang mencukupi seperti

    dikehendaki dalam peruntukan ACP 1967. Pembayar cukai bertanggungjawab menyimpan semua rekod perniagaan seperti rekod jualan, belian dan stok, rekod perbelanjaan perniagaan, resit, bil-bil, keratan cek dan penyata bank selama 7 tahun untuk tujuan rujukan dan semakan LHDNM sekiranya diperlukan kelak. Isikan “1” jika mematuhi atau “2” jika tidak.

    S17: Perniagaan saya mengalami kerugian dalam tahun semasa.

    Bagaimana saya boleh menuntut kerugian tersebut di ruangan A8?

    J17: Jumlah kerugian tahun semasa tidak melebihi RM100,000 bagi Tahun Taksiran 2010 dibenarkan untuk dibawa ke belakang sebagai potongan daripada pendapatan agregat tertentu dalam Tahun Taksiran 2009. Syarat-syarat kelayakan di bawah seksyen 44B ACP 1967:- Jumlah kerugian bagi tahun taksiran 2010 yang dibawa ke belakang

    hendaklah:- i. tidak melebihi RM100,000; atau ii. di mana pendapatan agregat tertentu kurang daripada

    RM100,000 bagi tahun taksiran 2009, tidak melebihi pendapatan agregat tertentu itu.

    Seseorang yang ingin menuntut kerugian bawa ke belakang dikehendaki membuat pilihan yang tidak boleh dibatalkan dalam

  • 15

    ruangan A8; serta menyatakan amaun kerugian dibawa ke belakang di ruangan J1a(i) dan baki kerugian dihantar hadapan di ruangan J1a(ii). Tuan boleh membuat pengiraan menggunakan HK-1.3 di Buku Panduan Borang B.

    Cara membuat tuntutan: Kemukakan:-

    o Salinan muka surat 1 dan 8 Borang B 2010 o Pindaan pengiraan cukai bagi Tahun Taksiran 2009 ke cawangan LHDNM yang mengendalikan fail cukai pendapatan pada tarikh yang sama dengan tarikh pengemukaan Borang B 2010.

    Untuk petak yang disediakan di ruangan A8:- - isikan „1‟ jika layak dan ingin menuntut. - isikan „2‟ jika layak tetapi tidak ingin menuntut atau jika tidak berkenaan.

    S18: Siapakah yang dimaksudkan sebagai Pekerja Berpengetahuan di

    ruangan A9?

    J18: Menurut P.U.(A) 344/2010*, Pekerja Berpengetahuan ditakrifkan sebagai individu yang : memegang ijazah sarjana muda atau ijazah sarjana daripada institusi

    yang diiktiraf** dan mempunyai sekurang-kurangnya 10 tahun pengalaman bekerja dalam mana-mana aktiviti yang layak; atau

    memegang ijazah kedoktoran daripada institusi yang diiktiraf** dan mempunyai sekurang-kurangnya 5 tahun pengalaman bekerja dalam mana-mana aktiviti yang layak

    memenuhi apa-apa kriteria lain sebagaimana yang boleh ditentukan oleh Menteri

    * P.U.(A) 344/2010 boleh diperolehi di www.hasil.gov.my. ** institusi pendidikan yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia boleh disemak di http://pengiktirafan.jpa.gov.my. Bagi tujuan permohonan skim cukai pendapatan individu pada kadar 15%, Pekerja Berpengetahuan perlu memenuhi syarat berikut: warganegara Malaysia atau warga asing mula bekerja pada atau selepas 24 Oktober 2009 tetapi tidak lewat

    daripada 31 Disember 2015 dengan syarikat yang ditetapkan tidak pernah memperoleh apa-apa pendapatan penggajian di Malaysia

    untuk sekurang-kurangnya tiga tahun sebelum tarikh permohonan yang dibuat

    bekerja dan tinggal di Iskandar Malaysia

    http://www.hasil.gov.my/http://pengiktirafan.jpa.gov.my/

  • 16

    Garis panduan dan borang permohonan boleh diperolehi di http://www.iskandarmalaysia.com.my.

    Untuk ruangan A9:-

    - isikan „1‟ jika permohonan skim cukai pendapatan individu pada kadar 15% telah diluluskan oleh Menteri.

    - isikan „2‟ jika tidak berkenaan.

    Untuk ruangan A9a:- - jika A9 = 1, isikan tarikh kelulusan Menteri dalam ruangan ini.

    S19: Sekiranya tiada pertukaran alamat surat menyurat, perlukah saya

    mengisi ruangan A10?

    J19: Ya, sila isikan alamat di ruangan A10. S20: Bagaimana saya boleh mengemaskini alamat surat-menyurat

    sekiranya berlaku perubahan alamat selepas menghantar Borang B 2010?

    J20: Bagi tujuan kemaskini alamat surat-menyurat, sila lengkapkan borang

    pertukaran alamat (CP600B). Borang ini boleh dimuat turun di laman web http://www.hasil.gov.my > Borang > Lain-lain Borang > CP600B. Lengkapkan borang tersebut dan kemukakan ke cawangan LHDNM yang mengendalikan fail cukai tuan.

    S21: Bagaimana saya boleh mengemaskini alamat kediaman, disebabkan

    tiada ruangan untuk kemaskini alamat kediaman dalam Borang B 2010?

    J21: Bagi tujuan kemaskini alamat kediaman, sila maklumkan secara bertulis

    pertukaran alamat kediaman tuan ke cawangan yang mengendalikan fail cukai pendapatan tuan. Sebagai pilihan, tuan juga boleh menggunakan aplikasi e-Kemaskini di www.hasil.gov.my untuk mengemaskini alamat surat-menyurat, alamat kediaman dan alamat premis perniagaan. Untuk log masuk ke e-Kemaskini, sila gunakan no pengenalan dan kata laluan e-Filing tuan.

    S22: Saya mempunyai 3 premis perniagaan, alamat premis yang mana

    satukah perlu saya isi untuk ruangan A11?

    J22: Tuan hanya perlu mengisikan alamat premis bagi perniagaan yang utama.

    http://www.iskandarmalaysia.com.my/http://www.hasil.gov.my/http://www.hasil.gov.my/

  • 17

    S23: Pada awal tahun 2010 saya menyewa sebuah bangunan sebagai premis perniagaan sehingga bulan April 2010. Walau bagaimanapun selepas membeli bangunan kedai baru, saya berpindah ke premis tersebut mulai bulan Mei 2010 sehinggalah sekarang. Alamat premis yang manakah saya perlu isikan di ruangan A11?

    J23: Tuan perlu mengisi ruangan A11 dengan alamat premis yang terkini. S24: Nombor telefon siapakah yang perlu diisi pada ruangan A12? J24: Nombor telefon bimbit / pejabat / rumah / premis perniagaan / firma ejen

    cukai tuan, yang mana memudahkan pihak LHDNM untuk berurusan dengan tuan kelak.

    S25: Saya telah berhenti kerja pada Julai 2010. Mulai September 2010

    saya bekerja dengan majikan baru. Nombor majikan manakah yang perlu diisi di ruangan No. Majikan (A13)?

    J25: No. Majikan yang perlu diisi adalah nombor majikan yang terkini. No.

    Majikan ada dinyatakan pada borang EA / EC dan bermula dengan „E‟. S26: Saya bekerja secara bebas (freelancer) sejak awal tahun 2010 dan

    tiada majikan tetap, perlukah saya mengisi No. Majikan (A13)?

    J26: No. Majikan tidak perlu diisi. S27: Saya mempunyai 2 akaun bank, satu akaun untuk tujuan perniagaan

    dan satu lagi untuk tujuan peribadi. Nombor akaun yang manakah saya perlu isi di A17 ?

    J27: Ruangan A17 adalah bertujuan untuk pembayaran balik cukai (sekiranya ada) yang dikreditkan dari LHDNM ke akaun tuan. Oleh itu, sila tuan nyatakan nama bank dan nombor akaun bank mengikut pilihan tuan di ruangan A16 dan A17.

  • 18

    BAHAGIAN B : MAKLUMAT SUAMI / ISTERI

    S28: Sekiranya saya dan isteri melaporkan pendapatan dalam borang yang berasingan adakah saya dan isteri masih perlu mengisi ruangan maklumat suami/isteri di Bahagian B?

    J28: Dalam keadaan di mana kedua-dua suami dan isteri mengisi borang

    secara berasingan atau hanya suami atau isteri yang mengisi borang kerana pasangan tiada punca pendapatan, tuan masih dikehendaki mengisi maklumat di Bahagian B.

    S29: Isteri saya tidak bekerja. Apakah nombor cukai pendapatan beliau di ruangan No. Cukai Pendapatan (B2)?

    J29: Sekiranya isteri tuan tidak pernah didaftarkan nombor cukai pendapatan di

    LHDNM, ruangan ini tidak perlu diisi. S30: Jika saya mempunyai dua orang isteri atau lebih, bagaimana saya

    mengisi maklumat isteri, sebab ruangan yang disediakan hanya satu?

    J30: Sekiranya tuan mempunyai lebih daripada seorang isteri, sila berikan maklumat isteri-isteri tuan yang lain di lampiran tambahan mengikut format B1 hingga B7 dan kemukakan bersama Borang B. Lampiran secara atas talian disediakan sekiranya tuan mengemukakan Borang B secara e-filing. BAHAGIAN C : PENDAPATAN BERKANUN DAN JUMLAH PENDAPATAN

    S31: Bagaimanakah saya boleh mendapatkan Kod Perniagaan untuk mengisi Ruangan C1, Borang B 2010?

    J31: Tuan boleh mendapatkannya dalam Lampiran G, Buku Panduan Borang

    B 2010. Buku Panduan Borang B 2010 boleh dimuat turun daripada laman web LHDNM di www.hasil.gov.my > Borang > Kategori > Tahun Taksiran > Buku Panduan Borang B 2010.

    S32: Sekiranya saya mempunyai 5 jenis perniagaan, di manakah saya

    harus melaporkan pendapatan saya dari perniagaan yang ke 4 dan ke 5 kerana ruangan yang disediakan hanya untuk 3 jenis perniagaan iaitu dari C1 sehingga C3 sahaja?

    http://www.hasil.gov.my/

  • 19

    J32: Sekiranya tuan mempunyai lebih daripada 3 perniagaan, sila jumlahkan

    pendapatan berkanun perniagaan 3 dan seterusnya, dan masukkan jumlah ini ke ruangan C3. Sila senaraikan mengikut format C1 dan C2 bagi setiap perniagaan dan kemukakan lampiran bersama Borang B.

    Pendapatan Berkanun bagi Perniagaan 1 hendaklah diisi di ruangan C1 – Perniagaan 1 setiap kali tuan mengisi Borang B sehinggalah perniagaan tersebut dibubarkan. Perniagaan yang lain akan menggunakan “Perniagaan 2” dan seterusnya.

    S33: Saya menjalankan perniagaan runcit dan semua wang keluar dan

    masuk daripada perniagaan direkodkan dalam buku tunai. Adakah saya hanya perlu membuat pengiraan jumlah bersih (wang masuk – wang keluar) dan masukkan jumlah tersebut di ruangan C1?

    J33: Ruangan C1 merupakan pendapatan berkanun perniagaan. Sila rujuk HK-

    1 (Pengiraan Pendapatan Berkanun Perniagaan) di Buku Panduan Borang B bagi membantu tuan membuat pengiraan dengan tepat.

    Tuan juga boleh mendapatkan khidmat ejen cukai yang bertauliah bagi membantu dalam penyediaan penyata akaun perniagaan untuk tujuan pengiraan cukai pendapatan.

    S34: Saya adalah ahli kongsi dalam satu perniagaan restoran. Bagaimana

    saya boleh melapor pendapatan yang saya terima daripada perniagaan restoran ini? Adakah berdasarkan bahagian modal yang disumbangkan oleh saya?

    J34: Bagi setiap perkongsian, ahli kongsi utama perlu mengisi Borang P dan

    CP30. CP30 adalah penyata pembahagian pendapatan perkongsian bagi setiap ahli kongsi. Setiap ahli kongsi perlu melapor pendapatan berkanun perkongsian di Borang B masing-masing di ruangan C4. Tuan boleh membuat pengiraan Pendapatan Berkanun Perkongsian menggunakan HK-1B dalam Buku Panduan Borang B.

    S35: Perniagaan saya mengalami kerugian pada tahun 2009. Bolehkah

    saya menuntut tolakan atas kerugian tersebut di ruangan C8? J35: Ruangan C8 merupakan kerugian perniagaan yang tidak dapat diserap

    oleh pendapatan agregat tahun taksiran sebelumnya dan dibawa ke tahun semasa untuk ditolak daripada punca perniagaan / perkongsian sahaja. Sila rujuk Helaian Kerja HK-1.3 di Buku Panduan Borang B bagi

  • 20

    menentukan amaun C8. Jika tidak ada kerugian bawa hadapan, isikan “0” di ruang ini.

    S36: Bagaimana saya boleh mengisi ruangan Penggajian (C10, Borang B)

    yang tidak disediakan nilai sen sebab pendapatan saya di dalam EA mempunyai nilai sen?

    J36: Tuan dikehendaki menulis amaun Ringgit Malaysia tanpa nilai Sen.

    Contoh: Pendapatan Berkanun Penggajian RM 125,955.67. Masukkan di ruangan C10, Borang B : RM 125,955

    S37: Saya mempunyai pendapatan dividen dari Suruhanjaya Sekuriti

    Malaysia (SSM) / Unit Trust. Di manakah perlu saya isikan pendapatan tersebut?

    J37: Isikan di ruangan C11, Borang B iaitu jumlah pendapatan dividen kasar

    yang diperolehi. Sila rujuk HK-6 (Tolakan Cukai Di Bawah Seksyen 110 lain-lain) di Buku Panduan Borang B untuk senaraikan dividen tersebut dan masukkan tolakan cukai seksyen 110 (lain-lain) di ruangan E11.

    S38: Saya menerima pendapatan dividen. Perlukah saya kemukakan

    baucar dividen tersebut kepada LHDNM? J38: Mulai tahun taksiran 2008 tuan tidak perlu mengemukakan baucar dividen

    asal. Walau bagaimanapun tuan perlu menyimpannya dalam tempoh 7 tahun untuk rujukan dan semakan LHDNM sekiranya diperlukan kelak.

    S39: Saya mempunyai pendapatan sewa dari sebuah rumah. Bagaimana

    saya mengira dan mengisi pendapatan ini? J39: Tuan boleh membuat pengiraan seperti di HK-4 (Butir-Butir Harta / Aset

    dan Jumlah Sewa) di Buku Panduan Borang B untuk mendapatkan sewa bersih dan jumlah ini dipindahkan ke ruangan C13 dalam Borang B 2010.

    S40: Dalam keadaan bagaimana pendapatan sewa boleh dianggap

    sebagai pendapatan perniagaan? J40: Berkuatkuasa mulai tahun taksiran 2006, pendapatan sewa hanya boleh

    dikenakan cukai sebagai pendapatan perniagaan di bawah seksyen 4(a) ACP 1967 sekiranya tuan punya harta menyediakan secara aktif kemudahan sampingan atau perkhidmatan sokongan berhubung

  • 21

    penyewaan harta tersebut iaitu kemudahan atau perkhidmatan yang diperolehi, diuruskan dan disediakan oleh orang yang menyewakan harta dan bukannya terbit secara pasif atau tidak sengaja akibat pemilikan atau pajakan harta tersebut.

    S40A: Apakah yang dimaksudkan dengan “kemudahan sampingan atau

    perkhidmatan sokongan” berhubung penyewaan harta tersebut? J40A: Kemudahan sampingan atau perkhidmatan sokongan yang dimaksudkan

    termasuklah menyediakan perkhidmatan keselamatan, penghawa dingin, bekalan air panas, eskalator, lif, kemudahan rekreasi (rumah kelab, gimnasium, gelanggang tenis/badminton/squasy, kolam renang, dll), pembersihan atau pengemaskinian termasuk pembuangan sampah-sarap, penyelenggaraan harta, taman, lanskap, lampu, dll.

    S40B: Sekiranya pendapatan sewa saya ditaksir di bawah seksyen 4(a),

    adakah saya layak menuntut elaun modal dan kerugian sewa sebagaimana pendapatan perniagaan yang lain?

    J40B: Sekiranya pendapatan sewa ditaksir di bawah seksyen 4(a), tuan layak

    menuntut elaun modal ke atas loji dan jentera yang digunakan dalam menghasilkan pendapatan sewa. Ini termasuklah elaun modal untuk penghawa dingin, peti sejuk, perabot dan lekapan. Kerugian sewa bagi tahun semasa boleh ditolak daripada pendapatan agregat bagi tahun taksiran berkenaan. Jika ada jumlah kerugian yang tidak dapat diserap, ianya boleh dibawa ke hadapan dan ditolak daripada agregat pendapatan berkanun perniagaan bagi tahun taksiran yang seterusnya.

    S41: Saya ada menerima pencen. Perlukah saya laporkan pendapatan

    pencen saya. Bagaimana saya perlu isi dalam Borang B? J41: i. Bersara sebelum umur 55 tahun

    Sekiranya tuan bersara sebelum umur 55 tahun, pencen tuan layak dikenakan cukai pendapatan sehingga tuan berumur 55 tahun. Sila isikan pendapatan pencen tersebut di ruangan Pencen, anuiti dan bayaran berkala lain (C14, Borang B).

    ii. Bersara apabila mencapai umur 55 tahun

    Pencen yang diterima tidak kenakan cukai. Sila masukkan angka „0‟ di ruangan Pencen, anuiti dan bayaran berkala lain (C14, Borang B).

  • 22

    iii. Pencen terbitan Pencen terbitan yang diterima tidak dikenakan cukai. Contoh: Isteri terima pencen (terbitan) di atas kematian suami beliau. Pencen ini tidak dikenakan cukai. Sila masukkan angka „0‟ di ruangan Pencen, anuiti dan bayaran berkala lain (C14, Borang B).

    Di mana seseorang mendapat lebih daripada satu pencen hanya pencen yang tertinggi dikecualikan. Pencen yang lain hendaklah dilaporkan.

    S42: Saya mengalami kerugian perniagaan dalam tahun semasa.

    Bagaimana saya boleh menuntut kerugian perniagaan tersebut di dalam Borang B 2010?

    J42: Kerugian perniagaan tahun semasa boleh ditolak daripada pendapatan

    agregat tahun semasa. Rugi perniagaan tahun semasa boleh dituntut di ruangan C19. Contohnya kerugian perniagaan pada tahun 2010 ditolak daripada pendapatan agregat bagi tahun 2010. Tuan dinasihatkan mengisi helaian kerja HK-1.3 terlebih dahulu dan memindahkan amaun di ruangan E helaian kerja tersebut ke ruangan C19, Borang B. Amaun C19 terhad kepada amaun C18. Baki kerugian tahun semasa yang belum diserap oleh pendapatan agregat boleh dipindahkan ke ruangan J1a(ii), Borang B. Sila rujuk soalan 15 berhubung Kerugian Tahun Semasa Dibawa ke Belakang.

    S43: Saya telah memberi sumbangan wang tunai kepada Kerajaan Negeri

    Pahang untuk mangsa banjir. Bagaimana saya boleh menuntut dalam Borang B?

    J43: Sila isi jumlah yang telah didermakan di ruangan Hadiah wang kepada

    Kerajaan/Kerajaan Tempatan (C24). Sila simpan resit asal derma selama 7 tahun untuk tujuan rujukan dan semakan LHDNM sekiranya diperlukan kelak.

    S44: Saya telah menderma sebanyak RM3,000 kepada Persatuan Diabetes

    Malaysia. Bagaimana saya boleh tuntut didalam Borang B 2010? J44: Persatuan Diabetes Malaysia merupakan institusi yang diluluskan oleh

    Ketua Pengarah LHDNM. Tuan layak mendapat tolakan derma di ruangan C24A. Bagaimanapun, jumlah keseluruhan hadiah wang atau kos sumbangan bagi ruangan C24A, C25 dan C26 adalah terhad kepada 7% daripada pendapatan agregat (C18, Borang B). Sila simpan resit asal

  • 23

    derma selama 7 tahun untuk tujuan rujukan dan semakan LHDNM sekiranya diperlukan kelak.

    S45: Jika saya (isteri) memilih taksiran bersama tetapi Jenis Taksiran (A5)

    adalah atas nama suami, di manakah jumlah pendapatan saya yang perlu diisi di Borang B 2010?

    J45: Isi Borang B 2010 puan sehingga Jumlah Pendapatan Sendiri (C34)

    sahaja dan terus ke Bahagian Akuan. Pendapatan Tahun Kebelakangan (jika ada) yang belum dilaporkan perlu diisi di Bahagian G. Sekiranya suami puan mengisi Borang BE 2010 :

    i. Masukkan jumlah pendapatan puan tadi di ruangan C17 Borang BE suami

    ii. Di petak C17 Borang BE suami, isi „1‟ jika pendapatan isteri yang dipindahkan terdapat punca pendapatan perniagaan atau „2‟ jika tiada.

    iii. Jumlahkan C16 dan C17 Borang BE suami untuk mendapatkan jumlah pendapatan yang disatukan iaitu C18.

    Sekiranya suami puan mengisi Borang B 2010 : i. Masukkan jumlah pendapatan puan tadi di ruangan C35 Borang B

    suami. ii. Di petak C35 Borang B suami, isi „1‟ jika pendapatan isteri yang

    dipindahkan terdapat punca pendapatan perniagaan atau „2‟ jika tiada.

    iii. Jumlahkan C34 dan C35 Borang B suami untuk mendapatkan jumlah pendapatan yang disatukan iaitu C36.

    S46: Jika saya (suami) pilih taksiran bersama tetapi Jenis Taksiran (A5)

    adalah atas nama saya sendiri, bagaimanakah cara saya isikan jumlah pendapatan saya dalam Borang B 2010?

    J46: Isi Borang B 2010 tuan sehingga Jumlah Pendapatan Sendiri (C34)

    sahaja dan terus ke Bahagian Akuan. Pendapatan Tahun Kebelakangan (jika ada) yang belum dilaporkan perlu diisi di Bahagian G. Sekiranya isteri tuan mengisi Borang BE 2010 : iv. Masukkan jumlah pendapatan tuan tadi di ruangan C17 Borang BE

    isteri. v. Di petak C17 Borang BE isteri, isi „1‟ jika pendapatan suami yang

    dipindahkan terdapat punca pendapatan perniagaan atau „2‟ jika tiada.

    vi. Jumlahkan C16 dan C17 Borang BE isteri untuk mendapatkan jumlah pendapatan yang disatukan iaitu C18.

  • 24

    Sekiranya isteri tuan mengisi Borang B 2010 : iv. Masukkan jumlah pendapatan tuan tadi di ruangan C35 Borang B

    isteri. v. Di petak C35 Borang B isteri, isi „1‟ jika pendapatan suami yang

    dipindahkan terdapat punca pendapatan perniagaan atau „2‟ jika tiada.

    vi. Jumlahkan C34 dan C35 Borang B isteri untuk mendapatkan jumlah pendapatan yang disatukan iaitu C36.

    BAHAGIAN D : PELEPASAN S47: Saya menanggung ibu, bapa, adik-beradik dan lain-lain. Bagaimana

    saya boleh tuntut untuk pelepasan individu dan saudara tanggungan (D1)?

    J47: Akta Cukai Pendapatan 1967 telah memperuntukkan pelepasan diberi

    sebanyak RM8,000 bagi pelepasan individu dan saudara tanggungan di ruangan D1. Mulai tahun taksiran 2010, pelepasan ini telah dinaikkan kepada RM9,000.

    S48: Saya telah membayar kos perubatan ibu tetapi saya tidak

    menyimpan resit-resit tersebut. Bolehkah saya membuat tuntutan untuk kos perubatan ibu bapa di ruangan D2?

    J48: Semua tuntutan pelepasan memerlukan dokumen sokongan dan perlu

    disimpan selama 7 tahun untuk tujuan semakan dan rujukan LHDNM, sekiranya diperlukan kelak. Isikan tuntutan di ruangan perubatan ibu bapa (D2) dan terhad kepada maksimum RM5,000.

    S49: Saya telah menghantar ibubapa saya untuk rawatan perubatan

    tradisional. Bolehkah saya menuntut pelepasan perubatan tersebut? J49: Tidak boleh. S50: Saya telah membayar kos perubatan ibu mertua. Bolehkah saya

    membuat tuntutan tersebut? J50: Kos perubatan ibu mertua tidak dibenarkan. S51: Bagaimanakah saya layak untuk menuntut pelepasan peralatan

    sokongan asas di mana saya telah membeli sebuah mesin dialisis

  • 25

    untuk kegunaan isteri. Bolehkah saya membuat tuntutan sebagai alat sokongan asas di ruangan D3?

    J51: Pelepasan untuk peralatan sokongan asas boleh dibenarkan terhad

    kepada RM5,000 sekiranya isteri tuan berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat sebagai orang kurang upaya.

    S52: Saya telah mengalami kemalangan yang mengakibatkan kehilangan

    kedua-dua belah kaki dan disahkan oleh doktor sebagai orang hilang upaya selama-lamanya. Bagaimana saya layak untuk menuntut pelepasan individu kurang upaya di ruangan D4?

    J52: Tuan dinasihatkan membawa laporan perubatan kepada Pejabat

    Kebajikan Masyarakat untuk mendaftar sebagai “Orang Kurang Upaya” (OKU) dan simpan Kad OKU atau surat pengesahan tersebut untuk tujuan semakan dan rujukan LHDNM, sekiranya diperlukan kelak.

    S53: Bagaimanakah saya layak untuk tuntut pelepasan yuran pendidikan

    dalam bidang yang diluluskan (D5). Saya mengambil kursus pengajian „Master In Accountancy‟. Adakah saya layak menuntut pelepasan RM 5,000 atas yuran pendidikan saya?

    J53: Sekiranya tuan mengikuti kursus tersebut di institusi atau badan

    professional yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia atau diluluskan oleh Menteri Kewangan, tuan layak menuntut potongan tersebut dengan sokongan resit-resit pembayaran dan terhad kepada RM5,000. Semakan Institusi Pendidikan Tinggi (IPTA/IPTS) yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia boleh dibuat di alamat: http://pengiktirafan.jpa.gov.my. Senarai badan profesional yang diiktiraf oleh Menteri Kewangan boleh diperolehi di laman sesawang Hasil www.hasil.gov.my > LAIN-LAIN > Penerbitan Cukai.

    S54: Saya membuat pemindahan organ (buah pinggang) di hospital

    Singapura. Adakah saya layak menuntut pelepasan bagi kos perubatan bagi penyakit yang sukar diubati di ruangan D6?

    J54: Tuan tidak layak menuntut pelepasan tersebut kerana tuntutan

    perbelanjaan mesti dibuktikan dengan resit yang disahkan oleh pengamal perubatan yang berdaftar dengan Majlis Perubatan Malaysia (Malaysian Medical Council).

    http://pengiktirafan.jpa.gov.my/

  • 26

    S55: Apakah yang dimaksudkan dengan pemeriksaan perubatan penuh di ruangan D7 dan bagaimana saya layak untuk mendapat pelepasan tersebut?

    J55: Pemeriksaan perubatan penuh bermaksud pemeriksaan yang dijalankan secara menyeluruh sepertimana yang telah ditakrifkan oleh Majlis Perubatan Malaysia (MMC) termasuk kedua-dua pemeriksaan fizikal dan ujian makmal (ujian atas darah dan urine) serta perbincangan dengan doktor yang menjalankan rawatan iaitu seperti berikut:

    i. Pemeriksaan fizikal adalah pemeriksaan weight, blood pressure,

    eyes, ears, nose and throat, examining your neck for the size of the thyroid gland and any enlarged lymp nodes, listening to your chest and heart, breast examination, abdominal exam, looking at your arms and legs and the pelvic exam (pap smear).

    ii. Pemeriksaan makmal adalah blood tests, urinalysis and pap smear. Blood test checking on your cholesterol level, thyroid hormones, complete blood count.

    iii. Perbincangan selepas pemeriksaan (Consultation).

    Tuntutan ini dibenarkan ke atas diri sendiri, suami / isteri atau anak dan mestilah disokong dengan resit dan terhad kepada RM500.00 dan isikan di ruangan D7. Jumlah pelepasan untuk ruangan D6 dan D7 adalah terhad kepada RM5,000 sahaja.

    S56: Adakah saya dan isteri layak menuntut pelepasan pembelian buku /

    majalah terhad kepada RM 1,000 setiap individu di ruangan D8 jika kami memilih taksiran berasingan?

    J56: Suami dan isteri layak menuntut pelepasan terhad kepada RM1,000

    setiap individu dengan sokongan resit-resit. S57: Bolehkah saya menuntut pelepasan di ruangan D8 bagi pembelian e-

    book atau kamus elektronik dan juga buku yang dibeli di luar negara?

    J57: Tuan layak menuntut pelepasan terhad kepada RM1,000 bagi pembelian

    buku, jurnal, majalah dan mana-mana bahan penerbitan (sama ada dalam bentuk hardcopy atau elektronik) sama ada dibeli di Malaysia atau di luar negara tetapi tidak termasuk surat khabar atau bacaan yang terlarang seperti majalah lucah. Tuntutan hendaklah disokong dengan resit-resit pembelian.

  • 27

    S58: Saya telah membeli komputer peribadi pada Ogos 2010 dengan harga RM3,850. Adakah saya layak untuk menuntut pelepasan ini di ruangan D9 Borang B 2010?

    J58: Tuan layak menuntut pelepasan terhad kepada RM3,000. Pelepasan ini

    dibenarkan sekali dalam setiap 3 tahun bagi 1 unit komputer sahaja. Contoh: Sekiranya tuan telah menuntut pelepasan tersebut pada tahun 2010, tuntutan seterusnya ialah pada tahun 2013.

    S59: Saya telah membeli komputer peribadi pada Januari 2010 dengan

    harga RM2,650. Isteri saya pula telah membeli komputer riba pada September 2010 dengan harga RM4,150. Adakah saya dan isteri layak tuntut pelepasan ini di ruangan D9, Borang B/BE 2010 masing-masing jika kami memilih taksiran berasingan? Bagaimana pula sekiranya saya memilih taksiran bersama?

    J59: Tuan dan isteri layak menuntut pelepasan terhad kepada RM3,000

    seorang. Pelepasan yang dibenarkan kepada tuan adalah RM2,650 dan isteri RM3,000. Bagi Taksiran Bersama, tuan atau isteri layak menuntut pelepasan terhad kepada RM3,000 sahaja. Pelepasan ini dibenarkan sekali dalam setiap 3 tahun bagi setiap individu.

    S60: Saya telah membeli sebuah komputer untuk digunakan dalam

    perniagaan saya. Bolehkah saya menuntut pelepasan cukai atas pembelian tersebut?

    J60: Tuan tidak layak menuntut pelepasan kerana komputer tersebut dibeli

    untuk digunakan bagi tujuan perniagaan. Walau bagaimanapun, tuan layak menuntut elaun modal atas kos pembelian komputer tersebut. Sila rujuk helaian kerja HK-1.2.4 di Buku Panduan Borang B untuk pengiraan elaun modal.

    S61: Sekiranya resit pembelian komputer ditulis/dicetak atas nama anak saya yang masih belajar, bolehkah saya menuntut pelepasan bagi pembelian komputer tersebut dalam Borang B 2010? J61: Boleh. Tuan layak menuntut pelepasan bagi pembelian komputer tersebut

    terhad kepada RM3,000. S62: Saya telah membuat simpanan RM2,500 dalam Skim Simpanan

    Pendidikan Nasional (SSPN) pada Mac 2010. Tetapi pada November

  • 28

    2010 pengeluaran sebanyak RM1,000 telah dibuat. Berapakah jumlah pelepasan yang dibenarkan di ruangan D10 Borang B 2010?

    J62: Jumlah pelepasan yang boleh dituntut adalah amaun tabungan bersih

    dalam sesuatu tahun iaitu jumlah tabungan tolak jumlah pengeluaran. Pelepasan yang dibenarkan kepada tuan adalah RM1,500 iaitu (RM2,500 – RM1,000). Pelepasan juga dibenarkan kepada ibu dan bapa bagi tabungan bersih yang dilakukan untuk seorang anak yang sama. Pelepasan adalah terhad kepada RM3,000 setahun bagi setiap individu.

    S63: Apakah yang dimaksudkan dengan Peralatan Sukan? J63: Peralatan sukan termasuk alat-alat yang mempunyai jangka hayat yang

    singkat seperti bola golf dan bulu tangkis tetapi tidak termasuk pakaian sukan seperti pakaian renang dan kasut sukan. Potongan yang dibenarkan di ruangan D11 adalah terhad kepada RM300. Bagi sukan Fitness – apa-apa peralatan sukan berkaitan dengan aktiviti sukan tersebut adalah layak mendapat potongan. Peralatan senaman seperti treadmill,exercise bike dan airwalker adalah dibenarkan. Bagi sukan Recreational – Diving diklasifikasikan sebagai sukan rekreasi, maka peralatan sukan berkaitan aktiviti tersebut layak mendapat potongan kecuali pakaian sukan dan kasut.

    S64: Bagaimana saya boleh saya menuntut pelepasan cukai bagi yuran

    langganan jalur lebar di ruangan D12? J64: Tuan boleh menuntut potongan terhad kepada RM500 setahun bagi

    bayaran langganan jalur lebar yang didaftarkan atas nama tuan sendiri. berkenaan dalam tempoh asas. Potongan ini dibenarkan selama 3 tahun taksiran sahaja iaitu Tahun Taksiran 2010, 2011 dan 2012 dengan disokong oleh penyata bulanan dan resit bayaran.

    S65: Bolehkah saya menuntut pelepasan cukai di ruangan D12 bagi

    langganan jalur lebar secara prabayar? J65: Potongan di ruangan D12 ini juga meliputi belanja langganan jalur lebar

    secara pra-bayar dengan syarat individu boleh mengemukakan penyata bulanan menunjukkan nilai isi semula (reload) serta resit yang membuktikan penyata tersebut telah dibayar.

    S66: Bolehkah saya menuntut pelepasan cukai bagi di ruangan D12 bagi

    langganan perkhidmatan internet secara dial-up?

  • 29

    J66: Dial-up service adalah perkhidmatan penyambungan internet melalui

    talian telefon dengan kelajuan 56kbps. Manakala jalur lebar adalah capaian internet dengan kelajuan bersamaan dengan atau lebih daripada 256kbps satu arah atau kedua-dua arah. Oleh itu kaedah pencapaian internet melalui dial-up service tidak layak mendapat potongan cukai RM500.

    S67: Bagaimana saya boleh menuntut potongan Faedah Pinjaman

    Perumahan di ruangan D13, Borang B 2010? J67: Potongan Faedah Pinjaman Perumahan adalah dibenarkan untuk

    potongan cukai terhad kepada RM10,000 setiap tahun asas bagi 3 tahun taksiran berturut-turut bermula dari tarikh faedah mula dibayar. Syarat kelayakan: i. Pemastautin warganegara Malaysia ii. Pembelian perumahan terhad pada satu unit sahaja iii. perjanjian jual beli ditandatangani dalam tempoh 10 Mac 2009

    sehingga 31 Disember 2010; dan iv. rumah kediaman tersebut tidak boleh disewakan.

    S68: Saya tidak tinggal bersama isteri tetapi tidak bercerai. Adakah saya

    layak menuntut pelepasan isteri di ruangan D14, Borang B 2010? J68: Tuan tidak layak menuntut pelepasan isteri sekiranya tidak tinggal

    bersama secara kekal menurut Seksyen 45(2) ACP 1967. Walau bagaimanapun, sekiranya tuan terpaksa tinggal berasingan, contohnya atas sebab pekerjaan dan tuan masih suami isteri, maka tuan layak mendapat pelepasan tersebut. Tuan layak menuntut RM3,000 di D14 jika tuan mempunyai isteri yang tinggal bersama dalam tahun asas. Dan tambahan potongan di D15 berjumlah RM3,500 juga diberi jika isteri hilang upaya dan mempunyai Kad Orang Kurang Upaya.

    S69: Jika saya (suami) bermastautin di Malaysia tetapi isteri tidak

    bermastautin, bolehkah saya menuntut pelepasan isteri di ruangan D14?

    J69: Boleh. S70: Saya mempunyai dua orang isteri. Isteri pertama mempunyai

    pendapatan dan memilih taksiran berasingan. Bolehkah saya

  • 30

    menuntut pelepasan isteri kedua kerana beliau belum ada pendapatan kerana masih belajar ?

    J70: Tuan boleh menuntut pelepasan untuk isteri kedua. Pelepasan yang

    dibenarkan adalah RM3,000.

    S71: Adakah saya layak untuk menuntut bayaran alimoni kepada bekas isteri jika beliau menetap di luar negara?

    J71: Bayaran alimoni / nafkah ini adalah atas perintah mahkamah, tidak kira

    sama ada bekas isteri bermastautin ataupun tidak. Bayaran alimoni / nafkah secara sukarela adalah tidak layak dituntut. Pelepasan yang dibenarkan adalah terhad kepada RM 3,000 di D14.

    S72: Bagaimanakah isteri saya layak untuk menuntut pelepasan suami

    (D14)? Saya memilih taksiran bersama atas nama isteri. J72: Pelepasan suami diberi sebanyak RM3,000 kepada isteri di mana suami

    tiada punca pendapatan / tiada jumlah pendapatan atau suami memilih taksiran bersama.

    S73: Adakah pelepasan anak di bawah umur 18 tahun di ruangan D16a

    terhad kepada bilangan anak tertentu? J73: Tidak ada had bilangan bagi anak yang berumur 18 tahun ke bawah dan

    belum berkahwin. S74: Jika saya dan isteri memilih taksiran berasingan, bagaimanakah cara

    saya dan isteri boleh menuntut pelepasan anak? J74: Jika memilih taksiran berasingan, hanya seorang layak menuntut

    pelepasan sepenuhnya mana-mana anak. Contoh, jika tuan memiliki tiga orang anak. Isteri menuntut pelepasan untuk dua orang anak, maka tuan berhak untuk pelepasan baki seorang anak lagi.

    S75: Anak saya berumur 18 tahun ke atas dan masih belajar di university

    tempatan tetapi di peringkat matrikulasi / A Level. Bolehkah saya menuntut pelepasan untuk anak 18 tahun ke atas yang masih belajar sebanyak RM 4,000 dalam ruangan D16b?

    J75: Jumlah pelepasan yang layak adalah RM1,000 sahaja.

  • 31

    S76: Anak saya berumur 18 tahun ke atas dan masih belajar di kolej swasta di luar Malaysia dengan sepenuh masa untuk memperolehi kelayakan peringkat Diploma. Adakah saya layak untuk pelepasan anak 18 tahun ke atas yang masih belajar di ruangan D16b?

    J76: Tuan hanya layak pelepasan RM1,000 untuk anak tuan. Jumlah

    pelepasan sebanyak RM4,000 mulai Tahun Taksiran 2006 dibenarkan jika anak tuan belajar di peringkat ijazah dan ke atas di Institusi Penggajian Tinggi Luar Malaysia yang diiktiraf.

    S77: Saya ada seorang anak tiri kurang upaya (ada Kad OKU) yang saya

    pelihara. Bolehkah saya menuntut pelepasan anak hilang upaya di ruangan D16c?

    J77: Jumlah pelepasan sebanyak RM5,000 dibenarkan. S78: Bagaimana saya layak untuk menuntut pelepasan insurans nyawa

    dan KWSP (D17), bolehkah saya menuntut pelepasan insurans nyawa milik isteri serta caruman isteri kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)?

    J78: Perbelanjaan yang dilakukan oleh isteri adalah dianggap dilakukan oleh

    suami dan tuntutan insurans nyawa dan KWSP bagi tuan dan isteri adalah terhad kepada RM6,000 (sekiranya isteri tuan memilih taksiran bersama). Walau bagaimanapun, sekiranya isteri tuan tiada jumlah pendapatan yang boleh disatukan dengan jumlah pendapatan tuan, tuan hanya layak menuntut pelepasan insurans nyawa milik isteri sahaja. Caruman KWSP isteri tidak dibenarkan untuk tolakan.

    S79: Saya menjalankan perniagaan tunggal dan saya membuat caruman

    kepada KWSP bukan berdasarkan gaji. Adakah caruman saya layak mendapat potongan cukai?

    J79: Bagi kes perniagaan tunggal, potongan kepada KWSP tidak boleh

    dibenarkan dalam mengira pendapatan larasan perniagaan kerana ia merupakan perbelanjaan persendirian. Walau bagaimanapun, caruman sebagai pekerja (11%) boleh dibenarkan sebagai potongan di ruangan D17, Borang B dalam mengira pendapatan bercukai.

    S80: Saya menjalankan perniagaan tunggal dan saya membuat caruman

    kepada Skim Simpanan Persaraan 1 Malaysia. Adakah caruman saya layak mendapat potongan cukai?

  • 32

    J80: Caruman kepada Skim Simpanan Persaraan 1 Malaysia adalah sama

    seperti Skim Caruman Sukarela. Oleh itu, caruman yang dibuat adalah dibenarkan dituntut di bawah pelepasan Insurans nyawadan KWSP, terhad kepada peruntukan sedia ada iaitu RM6,000.

    S81: Saya membeli skim anuiti dengan bayaran premium secara tahunan.

    Bolehkah saya menuntut potongan atas bayaran premium ini (D17)? J81: Pelepasan atas bayaran premium ini layak dinikmati oleh individu yang

    membeli polisi annuiti baru ATAU menambah jumlah yang diinsuranskan atas polisi annuiti sedia ada yang dilakukan pada atau selepas 01/01/2010. Ini menjadikan jumlah pelepasan yang dibenarkan di D17 dan D18 terhad kepada RM7,000. Walau bagaimanapun, jumlah pelepasan dibenarkan bagi KWSP dan insurans nyawa masih terhad kepada RM6,000.

    S82: Saya baru sahaja membeli insurans nyawa beberapa bulan yang lalu.

    Bolehkah saya menuntut pelepasan walaupun ia kurang dari satu tahun?

    J82: Boleh. Ia diambil kira dalam tahun asas yang mana perbelanjaan itu

    dilakukan. S83: Premium insurans saya dibayar melalui „Auto Premium Loan (APL)‟.

    Bolehkah saya menuntut untuk pelepasan tersebut?

    J83: Skim APL diwujudkan agar polisi insuran tidak luput sekiranya premium tidak dibayar oleh pemegang polisi. Oleh itu, sekiranya pemegang polisi insuran nyawa membayar balik pinjaman kepada skim APL ini, cuma pembayaran premium yang dibayar untuk Skim APL sahaja dibenarkan. Faedah yang kena dibayar di bawah Skim APL ini tidak akan dibenarkan. Bagi APL di mana tidak perlu dibayar balik premium bersamaan faedah yang dikenakan tetapi dipotong daripada “capital sum due on maturity”‟ maka tiada pembayaran premium dilakukan oleh pemegang polisi. Oleh itu tidak dibenarkan potongan APL di bawah cara tersebut.

    S84: Bolehkah saya menuntut pelepasan insurans nyawa atas nama anak

    saya ?

  • 33

    J84: Premium insurans atas nyawa anak tidak dibenarkan pelepasan. Premium insurans yang dibayar atas polisi yang menjamin nyawa individu, suami atau isteri sahaja dibenarkan pelepasan cukai.

    S85: Bolehkah saya menuntut pelepasan untuk premium insurans polisi

    kemalangan ? J85: Tidak boleh. S86: Bolehkah saya menuntut pelepasan untuk Perkeso / Sosco yang

    dibuat oleh majikan saya pada setiap bulan? J86: Tidak boleh. S87: Sekiranya suami dan isteri memilih taksiran bersama, berapakah

    potongan maksimum ke atas polisi insurans pendidikan dan perubatan yang layak di ruangan D13?

    J87: Jika pendapatan tuan dan isteri disatukan di bawah taksiran bersama,

    tuan layak diberi potongan maksimum terhad kepada RM3,000. S88: Adakah saya layak membuat tuntutan bagi bayaran premium yang

    dibayar atas nama anak? Jenis polisi adalah pendidikan dan perubatan.

    J88: Tuan layak mendapat pelepasan bagi bayaran premium insurans

    pendidikan atau manfaat perubatan untuk diri sendiri, suami atau isteri dan anak, terhad kepada RM3,000.

    BAHAGIAN E : CUKAI KENA DIBAYAR S89: Bagaimanakah untuk mengisi pendapatan bercukai di ruangan E1,

    sekiranya jumlah pendapatan lebih kecil dari jumlah pelepasan. Apakah jumlah yang perlu saya masukkan?

    J89: Isikan dengan nilai “0” di ruangan E1. S90: Bagaimanakah untuk mengira cukai pendapatan di ruangan E2,

    sekiranya saya bukan Pekerja Berpengetahuan?

  • 34

    J90: Ruangan E2a hanya terpakai kepada individu yg diluluskan oleh Menteri sebagai Pekerja Berpengetahuan. Jika A9 = 2 (tidak berkenaan), sila teruskan pengiraan ke ruangan E2b dan E2c. Sila rujuk jadual cukai dalam Nota Ringkas Borang B untuk pengiraan cukai pendapatan.

    S91: Saya difahamkan bahawa dalam sesetengah keadaan rebat cukai

    individu dan rebat cukai suami/isteri adalah tidak dibenarkan. Apakah keadaan-keadaan tersebut ?

    J91: Rebat cukai individu adalah sebanyak RM400 bagi pendapatan bercukai

    (E1) yang tidak melebihi RM35,000.

    Rebat cukai suami/isteri adalah sebanyak RM400 bagi pendapatan bercukai (E1) yang tidak melebihi RM35,000. Rebat cukai suami/isteri ini layak dituntut sekiranya : Tuan telah menuntut pelepasan isteri/suami yang tiada punca

    pendapatan/jumlah pendapatan di ruangan D14 ; atau Tuan telah menuntut pelepasan isteri/suami di ruangan D14 di

    bawah Taksiran Bersama

    ** Sekiranya tuan memilih Taksiran Berasingan, maka tuan/puan tidak layak untuk menuntut pelepasan isteri/suami dan juga rebat cukai untuk isteri/suami.

    S92: Saya memilih Taksiran Bersama atas nama saya (suami). Jumlah

    cukai pendapatan saya di ruangan E3 adalah RM500 dan saya layak untuk menuntut rebat cukai individu dan isteri berjumlah RM800. Berapakah amaun yang patut saya masukkan di ruangan E8 untuk jumlah rebat dalam Borang B 2010?

    J92: Jumlah rebat pada ruangan E8 adalah terhad kepada jumlah cukai

    pendapatan di ruangan E3. Ini bermakna tuan perlu masukkan RM500 di ruangan E8 untuk jumlah rebat dan bukannya RM800.

    S93: Adakah zakat yang dimaksudkan di ruangan E6, zakat simpanan atau

    zakat harta? J93: Zakat yang dimaksudkan adalah semua jenis zakat yang dibayar dalam

    sesuatu tahun asas.

  • 35

    S94: Isteri saya tidak bekerja dan beliau telah membayar zakat pada tahun 2010. Bolehkah saya menuntut rebat zakat tersebut?

    J94: Zakat yang dibayar oleh isteri yang tidak bekerja dan tiada punca

    pendapatan atau tiada jumlah pendapatan tidak boleh dituntut oleh suami. S95: Saya telah membayar zakat perniagaan bagi tahun 2010 dalam bulan

    Januari 2011. Bolehkah saya menuntut rebat zakat dalam Borang B 2010?

    J95: Tidak. Tuntutan rebat zakat adalah mengikut tarikh bayaran dibuat. Ini

    bermakna bayaran zakat tersebut boleh dituntut sebagai rebat dalam Borang B 2011. Resit bayaran zakat hendaklah disimpan untuk tujuan rujukan dan semakan LHDNM, sekiranya diperlukan kelak.

    S96: Sekiranya saya dan isteri memilih Taksiran Bersama atas nama saya

    (suami), adakah rebat bagi zakat yang dibayar oleh isteri boleh diberikan kepada saya (suami)?

    J96: Tidak. Rebat bagi zakat hanya diberikan kepada pembayar cukai atas

    zakat yang dibayar atas namanya sendiri. Ini bermakna dalam taksiran bersama yang mana taksiran dibangkitkan atas nama suami, rebat bagi zakat yang dibayar oleh isteri tidak boleh diberikan kepada suami dan begitu juga keadaan sebaliknya.

    S97: Saya menggaji seorang warga asing untuk bekerja di premis

    perniagaan saya. Bolehkah saya menuntut rebat cukai sekiranya bayaran fi/levi dibuat oleh saya?

    J97: Tidak boleh. Rebat ini boleh dituntut oleh pekerja tuan sekiranya beliau

    mengisytiharkan pendapatannya di dalam Borang BEnya sendiri. Rebat ini diberi bagi fi yang telah dibayar oleh pemegang pas penggajian, pas lawatan (kerja sementara) atau pas kerja menurut mana-mana perintah yang dibuat di bawah Akta Fi 1951 Seksyen 6c. Rebat tidak boleh dibenarkan kepada tuan jika tuan menggajikan warga asing.

    S98: Perlukah saya membuat pengiraan dividen untuk mendapat tolakan

    cukai (Seksyen 51, Akta Kewangan 2007) di ruangan E10 dalam Borang B 2010?

  • 36

    J98: Tuan perlu membuat pengiraan menggunakan HK-3 yang disertakan bersama-sama Nota Ringkas Borang B dan isikan jumlahnya di ruangan E10.

    BAHAGIAN F : KEDUDUKAN CUKAI TAHUN TAKSIRAN 2010 S99: Perlukah ruangan F1 diisi bahagian ini jika jumlah cukai yang kena

    dibayar adalah tiada (0) ataupun kurang daripada RM25.00?

    J99: Sila masukkan amaun cukai yang kena dibayar sama ada 0 atau kurang dari RM 25.00. Mulai tahun taksiran 2006, bayaran perlu dibuat walaupun cukai kena dibayar (ruangan E14) adalah kurang daripada RM25.00.

    S100: Saya tidak pasti jumlah bayaran ansuran (CP500) yang telah saya

    bayar dalam tahun 2010. Bagaimana saya boleh membuat semakan? J100: Tuan boleh membuat semakan di cawangan fail cukai pendapatan tuan.

    Pilihan lain yang lebih mudah adalah menyemak amaun tersebut menggunakan perkhidmatan e-lejar di laman web LHDNM. Untuk menggunakan perkhidmatan ini tuan hanya perlu memasukkan nombor kad pengenalan berserta kata laluan e-filing.

    S101: Saya terlupa untuk memasukkan jumlah bayaran ansuran (CP500) di

    ruangan F2 yang telah dibayar untuk cukai Tahun Taksiran 2010 semasa mengisi Borang B 2010 dan saya telah pun menghantar Borang B tersebut ke Pusat Pemprosesan. Bagaimana saya boleh membetulkan kesilapan ini ?

    J101: Memandangkan bayaran ansuran CP500 tersebut telah masuk ke akaun

    cukai tuan, pihak LHDN akan membuat penyesuaian baki akaun dengan amaun cukai kena dibayar secara automatik.

    S102: Saya memilih taksiran bersama. Saya membayar ansuran CP500

    manakala isteri bekerja dan ada Potongan Cukai Berjadual (PCB). Di manakah PCB isteri perlu dimasukkan dalam Borang B 2010 saya?

    J102: Bayaran ansuran dan potongan cukai (PCB) yang telah dibuat atas nama

    tuan dan juga atas nama isteri perlu dicampurkan dan dimasukkan dalam ruang F2 Borang B.

    S103: Jika saya ada baki cukai kena dibayar (F3) bagi Tahun Taksiran 2010,

    bilakah perlu saya menjelaskan baki cukai tersebut dan di mana?

  • 37

    J103: Bayaran baki cukai perlu dijelaskan sebelum/pada tarikh akhir

    pengembalian Borang B 2010 (bagi punca perniagaan) iaitu pada 30 Jun 2011. Pembayaran boleh dibuat di:

    a) Bank

    - kaunter CIMB Bank Berhad (CIMB), Public Bank Berhad (PBB), Malayan Banking Berhad (Maybank) dan EON Bank dengan menggunakan slip bayaran yang disediakan oleh pihak bank.

    - perbankan internet CIMB, PBB, Maybank, EON Bank dan perbankan telefon Maybank.

    - Auto Teller Machine (ATM) PBB dan Maybank.

    b) LHDNM - e-Bayaran melalui FPX (Financial Process Exchange) di laman

    web LHDNM, http://www.hasil.gov.my - kaunter bayaran LHDNM atau melalui pos:

    Cek, kiriman wang dan draf bank hendaklah dipalang dan dibayar kepada Ketua Pengarah Hasil Dalam Negeri.

    Sila catatkan nama, alamat, nombor telefon, nombor cukai pendapatan, tahun taksiran dan kod bayaran di belakang instrumen bayaran.

    Bayaran melalui CEK / KIRIMAN WANG / WANG POS / DRAF BANK hendaklah dihantar secara berasingan ke alamat LHDNM seperti di bawah.

    Bayaran secara TUNAI tidak boleh dibuat melalui pos.

    c) Pos Malaysia Berhad - Kaunter dan Pos Online

    Resit bayaran atau slip bank tidak perlu dihantar ke Pusat Pemprosesan, Pandan Indah bersama Borang B. Sila simpan resit bayaran / slip bank untuk rujukan dan semakan LHDNM, sekiranya diperlukan kelak.

    BAHAGIAN G : PENDAPATAN TAHUN KEBELAKANGAN YANG BELUM DILAPORKAN

    S104: Dalam Borang EA 2010 saya, majikan saya telah mencatatkan pada

    Butiran F bayaran tunggakan bonus berjumlah RM500.00 untuk tahun 2009. Bagaimana saya melaporkannya di dalam Borang B 2010 saya?

    J104: Mulai Tahun Taksiran 2009, pendapatan bonus dan fi pengarah menjadi

    sebahagian daripada pendapatan kasar dalam tahun ia diterima dan akan ditaksir dalam tahun ia diterima. Ini bermakna amaun RM500.00 tersebut

    http://www.hasil.gov.my/

  • 38

    perlu dimasukkan dalam ruangan C10 iaitu ditambah kepada gaji yang telah diterima.

    S105: Dalam Borang EA 2010 saya terdapat potongan PCB bagi bayaran

    tunggakan gaji tahun kebelakangan. Di mana saya perlu masukkan amaun ini di dalam Borang B ?

    J105: Tiada ruangan yang disediakan untuk potongan PCB bagi bayaran

    tunggakan dalam Borang B. Walau bagaimanapun amaun ini akan diambilkira dalam akaun tuan untuk menyelesaikan cukai tambahan yang akan dibangkitkan untuk pendapatan tahun kebelakangan tersebut.

    S106: Majikan saya menerima arahan potongan gaji CP38 daripada LHDN untuk membuat potongan tambahan keatas gaji saya. Dimana saya perlu melaporkan amaun potongan gaji ini?

    J106: Arahan potongan gaji CP38 dikeluarkan untuk pembayar cukai yang

    memiliki baki cukai tertunggak. Oleh kerana baki cukai tertunggak ini adalah untuk tahun-tahun kebelakangan, tuan tidak perlu melaporkannya dalam borang B 2010.

    BAHAGIAN H : MAKLUMAT PENTADBIR HARTA PUSAKA S107: Bapa saya telah meninggal dunia pada Jun 2010. Maklumat siapakah

    yang harus dimasukkan di ruangan Maklumat Pentadbir Harta Pusaka?

    J107: Maklumat wakil sah atau waris yang telah dilantik sebagai Pentadbir Harta

    Pusaka.

    BAHAGIAN J, K DAN L S108: Adakah Bahagian J,K dan L dalam Borang B 2010 perlu diisi? J108: Tuan hanya perlu isi di ruangan yang berkaitan dengan perniagaan tuan

    sahaja. Jika tidak berkaitan, biarkan kosong. Sila rujuk Buku Panduan Borang B 2010 untuk mengetahui mengenai keterangan untuk setiap ruangan.

    S109: Ruangan J2 adalah ruangan untuk elaun modal. Apakah yang

    dimaksudkan dengan elaun modal?

  • 39

    J109: Elaun modal adalah potongan berupa elaun bagi perbelanjaan modal

    yang layak. Syarat utama dalam menuntut elaun modal adalah aset modal tersebut mesti dibeli, dimiliki dan digunakan dalam perniagaan. Kadar elaun modal permulaan adalah 20% dan kadar elaun modal tahunan adalah seperti berikut :

    i) Loji dan jentera 14% ii) Kenderaan 20% iii) Peralatan Pejabat / Perabot 10% iv) Komputer 80%

    S110: Pada 2 Jun 2010 saya telah membeli kenderaan untuk digunakan

    dalam perniagaan, adakah saya boleh menuntut elaun modal dipercepatkan?

    J110: Boleh. Mengikut Bajet Mini 2009, aset dibeli dalam tempoh 10 Mac 2009

    hingga 31 Disember 2010 layak menuntut elaun modal dipercepatkan dengan kadar elaun permulaan 20% dan elaun tahunan 40%. Sila rujuk Garis Panduan Mini Bajet 2009 untuk maklumat lanjut.

    BAHAGIAN M : MAKLUMAT KEWANGAN ORANG PERSEORANGAN S111: Saya mempunyai lebih dari satu perniagaan. Bagaimana saya perlu

    mengisi Bahagian M : Maklumat Kewangan Orang Perseorangan?

    J111: Bahagian M adalah ruangan untuk perisytiharan maklumat kewangan dari punca perniagaan milikan tunggal sahaja. Jika tuan mempunyai lebih dari satu perniagaan utama, isi maklumat perniagaan yang mempunyai perolehan terbesar bagi di ruang M1 sehingga M7.

    Bagi perniagaan-perniagaan yang lain, isikan jumlah jualan atau perolehan dari punca selain dari M1 di M8. Untuk pendapatan perkongsian - amaun dari ruang A13, CP30 dimasukkan di M8.

    S112: Tidakkah ini bermakna angka di ruangan M25 (Untung/Rugi bersih), Borang B tidak sama dengan untung bersih perniagaan utama?

    J112: Tuan hanya perlu masukkan untung bersih perniagaan utama di ruangan

    M25 dan bukannya dengan menolak angka di ruangan M13 dengan M24.

  • 40

    S113: Sekiranya ada lebih daripada satu punca perniagaan, kod perniagaan yang mana satu patut dimasukkan di Bahagian M ruangan M1A?

    J113: Jika mempunyai lebih dari satu perniagaan utama, isi kod perniagaan

    yang mempunyai perolehan terbesar. Kod perniagaan adalah seperti di Lampiran G, Buku Panduan Borang B.

    S114: Jika pendapatan perniagaan saya berpunca dari perniagaan

    perkongsian, perlukah saya mengisi Bahagian M Borang B? J114: Sekiranya pendapatan perniagaan tuan adalah daripada perniagaan

    perkongsian, tuan hanya perlu mengisi amaun dari ruangan A13, CP30 ke ruangan M8, Borang B.

    S115: Bagi ruangan pendapatan M9 sehingga M12 adakah saya patut

    melaporkan pendapatan kasar? J115: Ya. Tuan perlu melaporkan pendapatan kasar bagi ruangan-ruangan

    tersebut.

    S116: Apakah maksud pendapatan lain yang perlu diisi di ruang M12?

    J116: Pendapatan lain di sini bermaksud pendapatan bukan perniagaan yang

    tidak disenaraikan di ruangan M9 hingga M11 seperti pendapatan sampingan / sambilan atau apa-apa laba atau keuntungan lain yang boleh dikenakan cukai.

    S117: Di manakah hutang lapuk pulih perdagangan perlu dimasukkan di dalam Bahagian M, Borang B?

    J117: Hutang lapuk pulih perdagangan merupakan pendapatan kasar

    perniagaan dan ia seharusnya dilaporkan sebagai perolehan atau jualan di ruangan M2, Borang B. Hutang lapuk pulih bagi perniagaan lain hendaklah dilaporkan bersama–sama dengan jualan atau perolehan perniagaan tersebut di ruangan M8.

    S118: Apakah jenis faedah yang dimaksudkan di dalam ruangan M14,

    Borang B?

  • 41

    J118: Ruangan M14, Borang B merujuk kepada perbelanjaan faedah pinjaman yang dilakukan seperti pinjaman bank atau pinjaman jangkamasa tetapi TIDAK termasuk faedah sewa beli dan faedah pajakan.

    S119: Apakah perbelanjaan-perbelanjaan yang boleh dibenarkan di dalam mengira pendapatan larasan daripada mana-mana punca pendapatan mengikut undang-undang percukaian? J119: Seksyen 33 ACP 1967 memperuntukkan semua perbelanjaan yang

    dibelanjakan semata-mata dan kesemuanya dalam menghasilkan pendapatan kasar seseorang adalah dibenarkan. Walau bagaimanapun, jenis-jenis perbelanjaan yang tidak dibenarkan telah dinyatakan dalam Seksyen 39, ACP 1967, antaranya:

    Perbelanjaan peribadi dan domestik dalam apa jua bentuk.

    Belanja modal seperti belanja membeli aset.

    Perbelanjaan yang tidak kesemua dan semata-matanya dibelanjakan dalam menghasilkan pendapatan kasar seperti derma, perbelanjaan guaman berhubung dengan perolehan aset atau untuk urusan peribadi dan denda atas kesalahan melanggar undang-undang termasuk denda dan perbelanjaan rayuan cukai pendapatan.

    Perbelanjaan keraian yang tidak dibelanjakan dalam menghasilkan pendapatan.

    Belanja yang merupakan suatu peruntukan kerana ia tidak dibelanjakan, kecuali peruntukan hutang lapuk berhubung dengan dagangan secara spesifik di bawah ACP 1967.

    ** Sila rujuk helaian kerja HK-1, HK-1C, HK-1D atau HK-1E pada Buku Panduan B 2010 di laman web Hasil.

    S120: Jika saya tidak menyediakan Penyata Kunci Kira – Kira perniagaan saya, perlukah saya mengisi maklumat Ruang M27 hingga M49?

    J120: Di bawah Sistem Taksir Sendiri, pembayar cukai yang mempunyai

    pendapatan dari punca perniagaan adalah dikehendaki mengisi Bahagian M, Borang B yang mengandungi Akaun Perdagangan Untung Rugi dan Kunci Kira – kira.

    Sehubungan itu, pembayar cukai dikehendaki menyimpan rekod – rekod perniagaan yang lengkap di bawah seksyen 82 dan seksyen 82A, ACP 1967 bagi tujuan pelaporan di Bahagian M, Borang B. Tuan boleh hadir ke mana-mana cawangan LHDNM yang berdekatan untuk mendapatkan

  • 42

    khidmat nasihat berhubung cara penyediaan akaun perniagaan yang lengkap.

    S121: Saya seorang ahli kongsi dalam suatu perkongsian di antara suami

    dan isteri. Saya tidak pernah membuka fail perkongsian kerana tidak diminta berbuat demikian. Bagaimana saya dan isteri hendak mengisi Bahagian M, Borang B ?

    J121: Pihak LHDNM telah mewajibkan perniagaan perkongsian di antara suami

    dan isteri untuk mendaftar fail perkongsian bermula Tahun Taksiran 2004. Sekiranya tuan belum mendaftarkan fail cukai pendapatan bagi perniagaan perkongsian tersebut, sila ikuti langkah berikut:

    Sila daftarkan perkongsian tuan dengan LHDNM bagi

    mendapatkan nombor rujukan cukai perkongsian. Setelah mendapat nombor rujukan cukai perkongsian, pihak

    tuan dikehendaki mengisi Borang P 2010 bagi perisytiharan maklumat kewangan dan agihan pendapatan perkongsian.

    Dalam Borang B 2010 pula, tuan dan isteri perlu melaporkan pendapatan berkanun perkongsian di ruangan C4, Bahagian C serta masukkan pendapatan kasar perkongsian di ruangan M8, Bahagian M.

    BAHAGIAN : AKUAN

    S122: Jika Borang B 2010 ini disediakan oleh ejen cukai yang dilantik oleh saya, adakah saya masih perlu untuk mengisi dan menandatangani di bahagian Akuan?

    J122: Ya. Tuan masih dikehendaki mengisi dan menandatangani bahagian Akuan sebagai pengesahan ke atas maklumat yang tuan isytiharkan di dalam borang. Manakala ejen cukai tuan akan mengisi dan menandatangani Bahagian Maklumat Firma Dan Tandatangan Orang Yang Menyediakan Borang Nyata Ini.

    S123: Bolehkah Borang B ditandatangani oleh wakil saya sekiranya saya

    berada di luar negara sehingga tarikh akhir penghantaran borang dan apakah prosedur yang perlu dipatuhi ?

    J123: Sekiranya pembayar cukai tidak dapat menandatangani sendiri Bahagian

    Akuan disebabkan berada di luar negara atau kecemasan lain, Borang B boleh ditandatangani oleh wakil beliau atau pihak ketiga. Walau bagaimanapun sila maklum, pihak ketiga atau wakil yang menandatangani borang tersebut juga akan bertanggungjawab ke atas maklumat dalam

  • 43

    borang yang dihantar. Sila ikuti langkah berikut jika borang ditandatangani dan dihantar oleh wakil atau pihak ketiga:

    Isi maklumat pembayar cukai seperti biasa ke dalam Borang 2010. Bahagian Akuan di muka surat 12 Borang B 2010, perlu diisi seperti berikut: Sila isikan nama dan nombor kad pengenalan/ pasport wakil

    pembayar cukai yang akan menandatangani borang tersebut di ruang berkenaan.

    Sila pilih “2” di petak „Borang nyata ini bagi pihak individu di ruangan 1‟.

    Wakil pembayar cukai menurunkan tandatangan di dalam kotak tandatangan yang disediakan.

    Disediakan oleh : Unit 4, Pusat Khidmat Pelanggan

    Jabatan Khidmat Korporat

    Pindaan sehingga : Akta Kewangan 2010 (Akta 702)

    Tarikh : 28 Februari 2011