soalan lazim borang b s2: apakah perbezaan di...

8
Soalan Lazim Percukaian Borang B Pusat Khidmat Pelanggan LHDNM SOALAN LAZIM BORANG B S1: Siapakah yang perlu mengisi Borang B? J1: Borang B perlu diisi oleh individu yang bermastautin di Malaysia dan menjalankan perniagaan di dalam tahun yang ditaksir. S2: Apakah perbezaan di antara Borang BE dan B? J2: Borang BE - pendapatan di bawah Sek 4(b) – 4(f) Akta Cukai Pendapatan 1967 dan diisi oleh individu pemastautin yang mempunyai punca pendapatan selain daripada perniagaan. Borang B - pendapatan di bawah Sek 4(a) – 4(f) Akta Cukai Pendapatan 1967 dan diisi oleh individu yang mempunyai punca pendapatan perniagaan (tunggal) atau perkongsian. S3: Bolehkah saya melaporkan pendapatan perniagaan saya jika saya menerima Borang BE? J3: Tidak boleh. Pendapatan perniagaan perlu dilaporkan dalam Borang B. S4: Bolehkah saya melaporkan pendapatan penggajian saya jika saya menerima Borang B? J4: Borang B boleh digunakan untuk melaporkan pendapatan penggajian. Tetapi Borang B dengan punca penggajian sahaja mestilah dihantar sebelum atau pada 30hb April. Jika ada baki cukai kena dibayar, bayaran cukai juga perlu di bayar sebelum atau pada 30hb April. Walau bagaimanapun tuan digalakkan untuk menggunakan borang yang betul iaitu Borang BE. S5: Bilakah tarikh akhir mengembalikan Borang B? J5: Tarikh akhir pengembalian Borang B ialah pada 30 Jun setiap tahun.

Upload: dohanh

Post on 06-Feb-2018

228 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: SOALAN LAZIM BORANG B S2: Apakah perbezaan di …lampiran1.hasil.gov.my/pdf/pdfam/FAQ_BORANG_B_BM_2015_27012… · Soalan Lazim Percukaian Borang B ... menjalankan perniagaan di dalam

Soalan Lazim Percukaian Borang B

Pusat Khidmat Pelanggan LHDNM

SOALAN LAZIM BORANG B

S1: Siapakah yang perlu mengisi Borang B?

J1: Borang B perlu diisi oleh individu yang bermastautin di Malaysia danmenjalankan perniagaan di dalam tahun yang ditaksir.

S2: Apakah perbezaan di antara Borang BE dan B?

J2: Borang BE - pendapatan di bawah Sek 4(b) – 4(f) Akta Cukai Pendapatan1967 dan diisi oleh individu pemastautin yang mempunyai punca pendapatanselain daripada perniagaan.

Borang B - pendapatan di bawah Sek 4(a) – 4(f) Akta Cukai Pendapatan 1967dan diisi oleh individu yang mempunyai punca pendapatan perniagaan(tunggal) atau perkongsian.

S3: Bolehkah saya melaporkan pendapatan perniagaan saya jika sayamenerima Borang BE?

J3: Tidak boleh. Pendapatan perniagaan perlu dilaporkan dalam Borang B.

S4: Bolehkah saya melaporkan pendapatan penggajian saya jika sayamenerima Borang B?

J4: Borang B boleh digunakan untuk melaporkan pendapatan penggajian. TetapiBorang B dengan punca penggajian sahaja mestilah dihantar sebelum ataupada 30hb April. Jika ada baki cukai kena dibayar, bayaran cukai juga perlu dibayar sebelum atau pada 30hb April. Walau bagaimanapun tuan digalakkanuntuk menggunakan borang yang betul iaitu Borang BE.

S5: Bilakah tarikh akhir mengembalikan Borang B?

J5: Tarikh akhir pengembalian Borang B ialah pada 30 Jun setiap tahun.

Page 2: SOALAN LAZIM BORANG B S2: Apakah perbezaan di …lampiran1.hasil.gov.my/pdf/pdfam/FAQ_BORANG_B_BM_2015_27012… · Soalan Lazim Percukaian Borang B ... menjalankan perniagaan di dalam

Soalan Lazim Percukaian Borang B

Pusat Khidmat Pelanggan LHDNM

S6: Saya mempunyai punca pendapatan penggajian dan telah menerimaBorang BE, manakala isteri saya yang mempunyai punca pendapatanperniagaaan telah menerima Borang B. Bilakah tarikh akhirpengembalian kedua-dua Borang jika memilih taksiran bersama dan jikamemilih taksiran berasingan?

J6: Jika memilih Taksiran Bersama - Tarikh akhir pengembalian Borang B dan BEpada 30 Jun. Dan jika memilih Taksiran Berasingan – Tarikh akhirpengembalian Borang BE pada 30 April dan Borang B pada 30 Jun.

S7: Di manakah saya perlu menghantar Borang B?

J7: i) Sekiranya borang tersebut dihantar melalui pos ;

Sila kembalikan ke alamat berikut :

Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia,Pusat Pemprosesan Maklumat,Menara Hasil,No. 3, Jalan 9/10, Seksyen 943650 Bandar Baru BangiSelangor.

ii) Selain itu, anda boleh menghantar Borang B secara e-filing . Sila layariwww.hasil.gov.my > e-Filing ( https://e.hasil.gov.my/)

Jika anda menghantar borang menggunakan e-filing, anda tidak perlu lagimenghantar secara pos.

S8: Bolehkah saya menghantar Borang B melalui faks kerana sayakesuntukan masa untuk mengepos borang tersebut?

J8: Anda tidak dibenarkan menghantar Borang B melalui faks. Borang akandianggap tidak sah dan tidak akan diproses. Sila hantar Borang B secara e-filing sekiranya kesuntukan masa untuk mengepos borang tersebut.

S9: Adakah saya akan dikenakan penalti sekiranya menghantar Borang Bselepas tarikh 30 Jun?

J9: Ya. Anda akan dikenakan penalti di bawah subseksyen 112(3) ACP 1967.LHDNM akan mengeluarkan notis taksiran di bawah subseksyen 90(3) danpembayar cukai dikehendaki membuat bayaran cukai tambahan yang wujudakibat penalti lewat hantar borang (dan cukai asal sekiranya masih belumdijelaskan) dalam tempoh 30 hari dari tarikh notis tersebut dikeluarkan.

Page 3: SOALAN LAZIM BORANG B S2: Apakah perbezaan di …lampiran1.hasil.gov.my/pdf/pdfam/FAQ_BORANG_B_BM_2015_27012… · Soalan Lazim Percukaian Borang B ... menjalankan perniagaan di dalam

Soalan Lazim Percukaian Borang B

Pusat Khidmat Pelanggan LHDNM

S10: Sekiranya saya tidak menerima Borang B saya, bagaimanakah sayaboleh mendapatkan borang tersebut?

J10: Anda digalakkan menghantar Borang B secara e-filing.

S11: Bolehkah saya menggunakan Borang B fotostat untuk tujuanpenghantaran borang cukai pendapatan?

J11: Penggunaan borang fotostat adalah tidak dibenarkan kerana borang fotostatadalah tidak sah. Anda digalakkan menghantar Borang B secara e-filing.

S12: Bagaimana saya boleh mengemukakan Borang B secara e-filing?

J12: Untuk menggunakan e-filing buat kali pertama, sila dapatkan No. PIN terlebihdahulu.

No. PIN boleh didapati melalui:

1. Cawangan LHDNM yang berhampiran2. Permohonan secara atas talian melalui Borang Maklumbalas di portal

LHDNM http://maklumbalas.hasil.gov.my/

S13: Pada awal tahun pendapatan saya hanyalah daripada gaji sahaja, namunpada pertengahan tahun saya mula berniaga secara kecil-kecilan.Adakah saya perlu mengisi kedua-dua Borang B dan BE?

J13: Anda hanya perlu mengisi Borang B sahaja jika anda mempunyai pendapatanperniagaan dan juga anda perlu mengembalikan Borang B selewat–lewatnyapada 30 Jun. Sila isikan pendapatan penggajian anda dalam borang B yangsama.

S14: Saya ada menerima Borang B suami yang baru sahaja meninggal dunia.Walau bagaimanapun, Borang B untuk diri saya masih belum diterima.Bolehkah saya mengisi sahaja Borang B suami (arwah/mendiang) dankembalikan ke LHDNM?

J14: Puan tidak dibenarkan berbuat demikian. Puan dikehendaki melaporkanpendapatan suami yang diperolehi dalam tahun kalendar sehingga tarikhkematian suami di dalam Borang B yang diterima. Sila kembalikan borangtersebut ke LHDNM. Puan dikehendaki mengemukakan surat maklumanberserta salinan sijil kematian bagi tujuan kemaskini di fail cukai pendapatan

Page 4: SOALAN LAZIM BORANG B S2: Apakah perbezaan di …lampiran1.hasil.gov.my/pdf/pdfam/FAQ_BORANG_B_BM_2015_27012… · Soalan Lazim Percukaian Borang B ... menjalankan perniagaan di dalam

Soalan Lazim Percukaian Borang B

Pusat Khidmat Pelanggan LHDNM

suami. Manakala bagi tujuan pengembalian Borang B untuk diri sendiri, puandigalakkan untuk membuat penghantaran secara e-filing.

S15: Saya menerima dua Borang B untuk Tahun Taksiran yang sama tetapi dibawah nombor rujukan cukai pendapatan yang berlainan. Borang yangmana satukah yang perlu saya isi?

J15: Tuan perlu membuat semakan dengan cawangan LHDNM yang mengendalikan failcukai pendapatan tuan untuk mendapatkan kepastian nombor rujukan cukai yangaktif sebelum mengisi dan menghantar borang nyata cukai pendapatan (BNCP). Silaisi dengan lengkap BNCP dengan nombor rujukan yang aktif, sementara BNCPdengan nombor rujukan yang tidak aktif dipulangkan semula dengan menyertakanbersama surat memaklumkan nombor rujukan tersebut adalah bagi fail pendua/tidakaktif.

S16: Bagaimanakah saya boleh mengetahui bahawa Borang B saya telahditerima oleh LHDNM? Saya bimbang sekiranya borang tersebut tidakditerima dan saya dikenakan penalti.

J16: Anda boleh menghubungi talian LHDNM di 1-800-88-5436 untuk mengetahuistatus penerimaan Borang B anda.

S17: Sekiranya Borang B saya diproses di Pusat Pemprosesan MaklumatLHDNM, adakah bermakna fail cukai pendapatan saya juga telahdipindahkan dari cawangan sekarang ke Pusat Pemprosesan MaklumatLHDNM?

J17: Fail cukai pendapatan tuan masih lagi dikendalikan di cawangan tuansekarang. Di bawah Sistem Taksir Sendiri, semua borang cukai pendapatanakan diproses secara berpusat di Pusat Pemprosesan Maklumat LHDNM.

S18: Bilakah saya akan menerima Borang J kerana saya ingin mengetahuijumlah cukai sebenar yang dikenakan?

J18: Di bawah Sistem Taksir Sendiri, notis taksiran (Borang J) tidak lagidikeluarkan kepada pembayar cukai. Borang Nyata yang diisi denganlengkap dan dikemukakan kepada LHDNM sebelum atau pada 30 Jundisifatkan sebagai notis taksiran.

S19: Kenapa rekod-rekod perniagaan perlu disimpan selama 7 tahun?

Page 5: SOALAN LAZIM BORANG B S2: Apakah perbezaan di …lampiran1.hasil.gov.my/pdf/pdfam/FAQ_BORANG_B_BM_2015_27012… · Soalan Lazim Percukaian Borang B ... menjalankan perniagaan di dalam

Soalan Lazim Percukaian Borang B

Pusat Khidmat Pelanggan LHDNM

J19: Rekod, dokumen dan helaian kerja yang digunakan dalam pengiraan cukaiperlu disimpan selama tujuh (7) tahun bermula dari akhir tahun dalam manaborang cukai pendapatan telah dikemukakan kepada LHDNM, untuk tujuanrujukan dan semakan sekiranya diperlukan kelak. Rujukan di bawah Seksyen82(1)(a).

S20: Apakah tindakan yang akan diambil oleh LHDNM sekiranya saya tidakmenyimpan rekod–rekod perniagaan saya?

J20: Sekiranya tuan tidak menyimpan rekod–rekod perniagaan tuan, di bawahseksyen 119A, ACP 1967, tuan boleh didakwa di mahkamah dan jikadisabitkan kesalahan, tuan boleh dikenakan denda tidak kurang RM300 dantidak lebih RM10,000 atau dipenjara tidak kurang satu tahun atau kedua-duanya sekali.

S21: Bolehkah saya hanya mengisi Borang B di bahagian Butiran Peribadidan tandatangan sahaja dan kemudian menghantar borang tersebutbersama–sama dengan penyata pendapatan perniagaan saya dan bil–biltuntutan yang lain?

J21: Tidak boleh. Borang B tuan akan dianggap sebagai tidak lengkap dan akandikembalikan kepada tuan untuk diisi dengan lengkap. Di bawah SistemTaksir Sendiri, tuan tidak perlu mengemukakan rekod–rekod perniagaan danbil-bil tuntutan. Tuan dikehendaki menyimpan rekod–rekod berkenaan selama7 tahun bagi tujuan rujukan dan semakan LHDNM sekiranya diperlukan kelak.

S22: Selepas menghantar Borang B, saya menyedari bahawa pendapatanyang dilaporkan adalah tidak tepat. Perlukah saya mengisi borang yangbaru dan menghantar semula ke Pusat Pemprosesan Maklumat LHDNM?

J22: Tuan tidak dibenarkan menghantar borang cukai pendapatan lebih daripadasekali bagi sesuatu tahun taksiran. Walaubagaimanapun, tuan dinasihatkanmenghantar surat rayuan (yang menyatakan kesilapan yang telah dibuat),dokumen sokongan dan membuat pengiraan semula ke cawangan yangmengendalikan fail tuan. Namun, sekiranya pindaan tersebut melibatkanpendapatan terkurang lapor atau pelepasan terlebih lapor yangmengakibatkan cukai atau cukai tambahan dikenakan, tuan perlu mengisiBorang Nyata Terpinda B. Borang Nyata Terpinda yang telah dilengkapkanhendaklah dikemukakan ke cawangan LHDNM yang mengendalikan fail cukaipendapatan tuan.

S23: Apakah tindakan yang akan diambil sekiranya LHDNM mendapatipendapatan yang dilaporkan di dalam Borang B adalah kurang?

Page 6: SOALAN LAZIM BORANG B S2: Apakah perbezaan di …lampiran1.hasil.gov.my/pdf/pdfam/FAQ_BORANG_B_BM_2015_27012… · Soalan Lazim Percukaian Borang B ... menjalankan perniagaan di dalam

Soalan Lazim Percukaian Borang B

Pusat Khidmat Pelanggan LHDNM

J23: Taksiran tambahan berserta penalti di bawah subseksyen 113(2) ACP 1967akan dibangkitkan.

S24: Saya telah berhenti berniaga kira–kira 2 tahun yang lalu dan tiadapendapatan lain tetapi setiap tahun saya masih lagi menerima Borang Bdaripada LHDNM. Perlukah saya mengisi borang tersebut atau sayahanya perlu mengembalikan sahaja (tanpa mengisi) borang tersebut?

J24: Tuan masih perlu melengkapkan borang tersebut. Sila isikan ruangan yangberkenaan sahaja. Ruangan yang tidak berkenaan tidak perlu diisi sertatandatangan dan kembalikan kepada LHDNM sebelum/pada 30 Jun setiaptahun. Walau bagaimanapun, tuan boleh memohon secara bertulis bersertaalasan ke cawangan yang mengendalikan fail tuan, supaya tidak lagimengeluarkan borang pada masa akan datang.

S25: Sekiranya saya telah berhenti berniaga dan kini hanya menerimapendapatan penggajian sahaja, bolehkah saya mengisi borang B yangtelah saya terima dan bilakah tarikh akhir penghantaran borangtersebut?

J25: Sekiranya anda tidak lagi menjalankan perniagaan dan hanya menerimapendapatan penggajian tetapi menerima Borang B, anda adalah dinasihatkanuntuk membuat penukaran Borang B kepada Borang BE dengan membuatpengisian Borang e-BE secara e-Filing. Tarikh akhir penghantaran Borang BEadalah pada 30 April setiap tahun.

S26: Saya hanya menjalankan perniagaan kecil-kecilan dan tidak pernahmenyimpan rekod-rekod perniagaan. Penyata untung rugi disediakanberdasarkan anggaran. Bagaimana saya hendak mengisi Borang B?

J26: Bagi pengisian Borang B, anda boleh merujuk kepada helaian kerja HK-1,Buku Panduan Borang B sebagai garis panduan. Penentuan sama adapengiraan anda akan diterima atau tidak, akan diketahui apabila anda diauditoleh pegawai LHDNM. Anda dinasihatkan supaya menyimpan rekodperniagaan dengan kemas dan teratur mengikut peruntukan seksyen 82 dan82A, ACP 1967. Kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan anda bolehdidakwa di mahkamah dan dikenakan denda tidak kurang dari RM300 dantidak melebihi RM10,000 atau penjara 12 bulan atau kedua-duanya jika sabitkesalahan. (Rujuk Ketetapan Umum Bil 5/2000 (Pindaan) bertarikh 30 Jun2001).

S27: Di manakah saya boleh mendapatkan Buku Panduan Borang B?

Page 7: SOALAN LAZIM BORANG B S2: Apakah perbezaan di …lampiran1.hasil.gov.my/pdf/pdfam/FAQ_BORANG_B_BM_2015_27012… · Soalan Lazim Percukaian Borang B ... menjalankan perniagaan di dalam

Soalan Lazim Percukaian Borang B

Pusat Khidmat Pelanggan LHDNM

J27: Tuan boleh melayari portal rasmi LHDNM di www.hasil.gov.my > Borang >Borang Nyata > Muat Turun : Individu > Tahun Taksiran > Buku PanduanBorang B.

S28: Bagaimana saya hendak mengetahui mengenai rekod-rekod yang perludisimpan dan cara menyediakan Penyata Untung Rugi dan Kunci Kira-kira yang betul?

S28: Sila rujuk kepada Ketetapan Umum Bil 5/2000 (Pindaan) yang bolehdiperolehi di www.hasil.gov.my berhubung penyimpanan rekod yangmencukupi. Selain itu, anda boleh hadir ke mana-mana cawangan LHDNMyang berdekatan untuk mendapatkan khidmat nasihat atau mendapatkankhidmat dari mana-mana akauntan atau ejen cukai bertauliah.

S29: Saya telah melakukan sedikit kesilapan semasa mengisi Borang B,bolehkah saya menggunakan pemadam cecair untuk membetulkannya?

J29: Anda tidak dibenarkan menggunakan pemadam cecair untuk membuatpembetulan. Sekiranya berlaku kesilapan, sila potong kesilapan yang dibuatdan tulis pembetulan di atas ruangan yang dipotong tadi. Pastikan andatandatangan ringkas di sebelah pembetulan yang dibuat.

S30: Jika saya telah memulakan perniagaan tunggal dan saya jugamerupakan seorang Pengarah di sebuah syarikat Sendirian Berhad,perlukah saya mengisi dua Borang berlainan untuk melaporkan duapunca pendapatan tersebut?

J30: Anda tidak perlu mengisi dua borang yang berlainan. Sila isi Borang B keranaanda mempunyai pendapatan perniagaan. Pendapatan berkanun perniagaanperlu dilapor di ruangan B1 manakala pendapatan penggajian sebagaipengarah perlu dilaporkan di ruangan B6( penggajian).

S31: Bagaimana saya boleh merayu untuk meminda jumlah bayaran ansuranCP500?

J31: Sila hantar borang CP502 yang dilampirkan bersama notis CP500 yang telahdihantar kepada pembayar cukai. Permohonan pindaan bayaran ansuran inihendaklah dibuat tidak lewat dari 30 Jun bagi tahun yang berkenaan. Silahantar permohonan ke cawangan LHDNM di mana fail cukai pendapatananda dikendalikan.

S32: Apakah kod yang digunakan jika membuat pembayaran baki cukai kenadibayar bagi kes perniagaan sekiranya bayaran dibuat di bank?

Page 8: SOALAN LAZIM BORANG B S2: Apakah perbezaan di …lampiran1.hasil.gov.my/pdf/pdfam/FAQ_BORANG_B_BM_2015_27012… · Soalan Lazim Percukaian Borang B ... menjalankan perniagaan di dalam

Soalan Lazim Percukaian Borang B

Pusat Khidmat Pelanggan LHDNM

J32: Kod bayaran cukai untuk Tahun Taksiran Semasa ialah 084.

S33: Bolehkah saya membuat bayaran baki cukai kena dibayar secara tunaidi Pusat Pemprosesan Maklumat / di mana-mana cawangan LHDNM?

J33: Tidak boleh. Bayaran cukai pendapatan hanya boleh di buat secara :

i. Atas talian dengan sistem ByrHasil( https://epayment.hasil.gov.my/fpx/one.php )

ii. Kaunter ejen bank yang dilantik. Sila lihat senarai di portal rasmiLHDNM > Pautan > Pembayaran

iii. Kaunter bayaran LHDNM di :

a. Cawangan Duta, Kuala Lumpurb. Kuching, Sarawakc. Kota Kinabalu, Sabah

Disediakan oleh:

Jawatankuasa Pengemaskinian Soalan Lazim dan Pangkalan IlmuPusat Khidmat PelangganJabatan Khidmat KorporatLembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia

Januari 2015