soalan bm k2 stpm 2011 trial sabah

Upload: sifu-k

Post on 07-Apr-2018

236 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/4/2019 Soalan Bm k2 Stpm 2011 Trial Sabah

    1/7

    SULIT* 1

    EXCEL 1 ( 6 ATAS )

    SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA

    Arahan kepada calon:

    Jawab satu soalan daripada Bahagian A, satu soalan Bahagian B, satu soalan Bahagian C, dan satu soalan dalam Bahagian D.

    Gunakan lembaran kertas yang berasingan untuk tiap-tiap jawapan.

    Markah bagi tiap-tiap soalan diberikan dalam tanda kurung [ ].

    Kertas soalan ini terdiri daripada 7 halaman bercetak.JPN SABAH

    910/2*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*

    JABATANPELAJARANNEGERISABAH JABATANPELAJARANNEGERISABAH JABATANPELAJARANNEGERISABAH JABATANPELAJARANNEGERISABAH JABATANPELAJARANNEGERISABAH JABATANPELAJARANNEGERISABAH JABATANPELAJARANNEGERISABAH JABATANPELAJARANNEGERISABAH JABATANPELAJARANNEGERISABAH JABATANPELAJARANNEGERISABAH JABATANPELAJARANNEGERISABAH JABATANPELAJARANNEGERISABAH JABATANPELAJARANNEGERISABAH JABATANPELAJARANNEGERISABAH JABATANPELAJARANNEGERISABAH JABATANPELAJARANNEGERISABAH JABATANPELAJARANNEGERISABAH JABATANPELAJARANNEGERISABAH JABATANPELAJARANNEGERISABAH JABATANPELAJARANNEGERISABAH JABATANPELAJARANNEGERISABAH JABATANPELAJARANNEGERISABAH JABATANPELAJARANNEGERISABAH JABATANPELAJARANNEGERISABAH JABATANPELAJARANNEGERISABAH JABATANPELAJARANNEGERISABAH JABATANPELAJARANNEGERISABAH JABATANPELAJARANNEGERISABAH JABATANPELAJARANNEGERISABAH JABATANPELAJARANNEGERISABAH

    STPM 2011910/2

    BAHASA MELAYU

    KERTAS 2

    (Tiga jam)

  • 8/4/2019 Soalan Bm k2 Stpm 2011 Trial Sabah

    2/7

    SULIT* 2

    Bahagian A

    Tulis sebuah karangan yang panjangnya antara 650 hingga 700 patah perkataan denganberdasarkan satu daripada tajuk-tajuk di bawah ini.

    [50]

    1 Program 1Murid 1Sukan banyak memberikan manfaat kepada murid. Huraikan manfaattersebut.

    2 Kini, filem tempatan banyak yang bertemakan unsur mistik. Bincangkan kesan pemaparan tema tersebut kepada penonton.

    3 Internet dikatakan dapat memainkan peranan penting dalam mencorakkan masyarakat disesebuah negara. Berikan pandangan anda tentang kepentingan internet kepadamasyarakat dan negara.

    4 Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS) dapat membantu negara meningkatkan tahap pendidikan dalam kalangan rakyatnya. Walau bagaimanapun, perkembangannya perludipantau oleh kerajaan untuk memastikan bahawa perkembangan institusi tersebut

    bersesuaian dengan hasrat negara untuk menjadi pusat kecemerlangan ilmu. Untuk tujuantersebut, pada pendapat anda apakah aspek yang perlu diberikan perhatian oleh kerajaanterhadap pengendalian institusi tersebut? Bincangkan.

    910/2*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*

  • 8/4/2019 Soalan Bm k2 Stpm 2011 Trial Sabah

    3/7

    SULIT* 3

    Bahagian B

    5 Fahami petikan di bawah ini, dan kemudian rumuskan petikan ini dengan padat danringkas tanpa menjejaskan isi kandungannya. Rumusan hendaklah dibuat tidak lebihtiga perenggan dan panjangnya antara 190 hingga 200 patah perkataan.

    [20 markah ]

    Perpaduan antara kaum di Malaysia merupakan agenda utama kepemimpinan negara sejak awal kemerdekaan. Pelbagai dasar digubal oleh kerajaan untuk menjayakan agenda ini.Malaysia amat unik kerana dihuni oleh penduduk pelbagai kaum, budaya, agama, dan

    bahasa. Berikutan itu, gagasan 1Malaysia yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri DatoSeri Mohd. Najib Tun Abdul Razak, pada April 2009, perlu dihayati dengan mindaterbuka oleh rakyat Malaysia. Gagasan ini merupakan cetusan idea untuk meningkatkansemangat perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia.

    Semua gagasan yang diilhamkan oleh Perdana Menteri sebelum ini mempunyaimesej untuk meningkatkan semangat perpaduan nasional. Perlu ditegaskan bahawa usahameningkatkan semangat perpaduan bukan perkara yang mudah kerana semuanya perludisemai secara berperingkat. Perpaduan Melayu dan perpaduan nasional penting ditelitidengan mendalam untuk memahami hala tuju perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysiayang cinta akan kedamaian. Belakangan ini, banyak individu yang berkepentingan kerapmelontar isu yang bertemakan kemasyarakatan khususnya yang berkait dengan perpaduanantara kaum. Ada yang berniat baik untuk meningkatkan perpaduan, tidak kurang jugamereka yang cuba mendapatkan kredit politik demi kepentingan diri.

    Perpaduan Melayu penting sebagai teras kepada perpaduan nasional. Selagi kaumMelayu belum bersatu, selagi itu amat sukar untuk Malaysia mencapai perpaduannasional. Hal ini demikian kerana, kaum Melayu dan bumiputera merupakan majoriti

    penduduk negara ini iaitu sekitar kira-kira 62 peratus. Mahu atau tidak mahu, kaum bukan Melayu perlu membantu kaum Melayu untuk bersatu agar dapat memajukan negaradan mengekalkan kedamaian. Namun demikian, masalah utama yang berlaku di negara iniialah ideologi politik kepartian yang melampau sehingga kaum lain, misalnya etnik minoriti seperti orang asli terus terpinggir daripada menikmati pembangunan seperti

    masyarakat arus perdana.Perpaduan nasional harus terus disuburkan oleh kerajaan dalam usaha mencapai

    Wawasan 2020. Hal ini bukan bermakna perpaduan Melayu tidak penting, malahseharusnya usaha ke arah itu perlu dipertingkat. Dengan kesepaduan kaum Melayu makausaha untuk meningkatkan perpaduan nasional boleh dijayakan. Jika ditinjau dari aspek

    pembangunan, pemimpin negara memang sedar ketidakseimbangan dalam pembangunannegara. Dalam Wawasan 2020 terkandung sembilan cabaran yang perlu dilalui sebelumMalaysia mampu menjadi sebuah negara maju. Antara sembilan cabaran tersebut, lapan910/2*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*

  • 8/4/2019 Soalan Bm k2 Stpm 2011 Trial Sabah

    4/7

    SULIT* 4

    daripadanya bersifat budaya, politik, dan sosial, manakala satu lagi cabaran iaitu cabarankesembilan menumpukan aspek ekonomi. Penekanan tersebut menunjukkan bahawa

    pembangunan yang seimbang harus dicapai pada kedua-dua aspek; material dan bukanmaterial. Penekanan tersebut juga membuktikan bahawa pembangunan dari segi bukanmaterial perlu digiatkan.

    Pelaksanaan pelbagai program dan dasar seperti Dasar Sosial Negara, PelanIntegriti Nasional, dan Misi Nasional yang terkandung dalam Rancangan MalaysiaKesembilan (RMK-9) juga amat penting untuk menangani cabaran yang termaktub dalamWawasan 2020. Pelan yang digubal pasti berkesan jika rakyat memiliki dan praktisideologi nasional, iaitu Rukun Negara. Semangat yang terkandung melalui lima prinsipRukun Negara, kini semakin dilupakan khususnya dalam kalangan golongan belia.Sepatutnya, golongan belia perlu mengambil iktibar untuk memperkasakan danmendaulatkan prinsip yang termaktub dalam Rukun Negara kerana semua prinsip inimempunyai nilai dan semangat yang luhur.

    Rakyat pelbagai kaum di Malaysia rata-ratanya bersikap sederhana. Mereka sedar tentang kepentingan perpaduan nasional. Mereka mahu bekerjasama dan ini tidak sukar dipupuk kerana amalan sederhana, bertolak ansur, berakomodasi dan bekerjasamamerupakan asas kebudayaan semua. Perkara yang penting dilakukan sekarang adalahdengan memanjangkan pengalaman ini kepada perhubungan antara kaum. Dalam halinilah, peranan pemimpin diperlukan sebagai model untuk dijadikan tauladan.

    (Dipetik dan diubahsuaikan daripada Merealisasikan Perpaduan Nasional dalam Dewan Masyarakat, Disember 2009Dewan Bahasa dan Pustaka, halaman 41-44)

    910/2*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*

  • 8/4/2019 Soalan Bm k2 Stpm 2011 Trial Sabah

    5/7

    SULIT* 5

    Bahagian C

    Jawab satu soalan sahaja

    6 Alih bahasa petikan di bawah ini kepada bahasa Melayu moden.[15]

    Setelah berapa lamanya, maka isteri Sultan Mahmud, bonda Raja Ahmad itu pun mangkatlah.

    Maka Sultan Mahmud amat bercinta. Maka baginda memberi titah pada Bendahara dan segala

    orang besar-besar. Apa bicara orang kaya sekalian kerana negeri Melaka sekarang tiada beraja perempuan?

    Maka sembah segala orang besar-besar, anak raja mana yang hendak tuanku pinang

    supaya patik sekelian kerjakan?

    Maka titah Sultan Mahmud,Jikalau beristeri sama anak raja-raja, adalah raja-raja lain

    pun demikian juga; yang kita kehendaki, barang yang tiada pada raja yang lain, itulah hendak

    kita peristeri. Akan sekarang kita hendak meminang Puteri Gunung Ledang; Laksamana dan

    Sang Setia kita titahkan.

    Maka sembah Laksamana dan Sang Setia, Baiklah, tuanku.

    Maka Tun Mamat dititahkan dahulu membawa orang Inderagiri akan menebas jalan,

    kerana Tun Mamat penghulu orang Inderagiri, Maka Laksamana dan Sang Setia pun pergilah

    bersama-sama dengan Tun Mamat.

    (Dipetik dan diubahsuaikan daripada Prosa Tradisional Peminangan Puteri Gunung Ledang ,dalam Anak Laut, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, halaman 30)

    910/2*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*

  • 8/4/2019 Soalan Bm k2 Stpm 2011 Trial Sabah

    6/7

    SULIT* 6

    7 Alih bentuk bahasa petikan di bawah ini kepada bentuk prosa biasa dengan memindahkanbentuk dialog kepada bentuk cakap pindah.

    [15]

    ( Ibu Safiah duduk di kerusi. Safiah kelihatan resah, tidak tahu apa harus dibuatnya, berjalan

    mundar-mandir seketika, kemudian duduk di lengan kerusi dan membalik-balik majalah ).

    Ibu : Apa yang kau tengkarkan dengan Umar tadi?

    Safiah : ( Teringat, merungut dengan kesal ) Dia gila nak jadi guru sahaja.

    Ibu : Apa salahnya, biarlah kalau dia dah suka.

    Safiah : Mak tak tahu hal! Ayah pun tak setuju kalau Umar jadi guru.

    Ibu : Habis?

    Safiah : Piah mahu dia masuk MCS, jadi ADO.

    Ibu : Ya, besar pangkatnya tu! Kenapa dia tak mahu! ( Tersentak mendengar bunyi teksi di

    luar ) Eh, itu bunyi kereta, agaknya ayah Umar sampai! ( Bangkit melihat di jendela ) Ya,

    dia datang? ( Menoleh melihat Piah ) Eh, Piah kau berseluar begini?

    Safiah : Ah, apa salahnya pakai jeans ?

    Majid : ( Dari luar ) Assalamualaikum!

    ( Ibu Safiah sedikit kelam-kabut, buru-buru ke pintu )I

    Ibu : Ya!...Ah, waalaikumussalam! Eh, Bang Majid, masuklah!Eh, mana Kak Minah?

    Majid : ( Masuk ) Dia berkirim salam sahaja, tak dapat datang. Ada anak buahnya potong jambul,

    jadi kenalah menolong-nolong.

    (Dipetik dan diubahsuaikan daripada drama Serunai Malam

    oleh Usman Awang, dalam Anak Laut, Dewan Bahasa dan Pustaka, hlm. 130 - 131)

    910/2*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*

  • 8/4/2019 Soalan Bm k2 Stpm 2011 Trial Sabah

    7/7

    SULIT* 7

    Bahagian D .

    8 Kenal pasti kesalahan bahasa dalam petikan di bawah ini. Bagi setiap kesalahan, jelaskan sebab kesalahan dan kemudian buat pembetulan .

    [15]

    Peristiwa berdarah 13 Mei memberikan pengajaran berharga bahawa pengurusan

    hubungan di antara kaum menuntut kesabaran dan kesediaan semua pihak. Banyak pengajaran

    yang boleh dipelajari dari peristiwa berdarah ini. Peristiwa ini mengajar rakyat sentiasa peka

    kepada sensitiviti kaum di Malaysia dan menghormati pendirian masing-masing. Jika sekiranya

    orang melayu menganggap insiden menghunus keris sebagai amalan biasa, masyarakat Cina

    melihatnya dari perspektif berbeza. Bagi masyarakat Cina, perbuatan menghunus keris dianggap

    sebagai gertakan yang menakutkan. Bagi memastikan perbuatan itu tidak disalah tafsirkan,

    penjelasan secara menyeluruh perlu disebarkan kaum lain agar mereka faham kedudukan yang

    sebenar.

    910/2*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*