soalan baru 1 - copy

Upload: arynizham

Post on 15-Jul-2015

615 views

Category:

Documents


12 download

TRANSCRIPT

TAJUK PEMBUKAAN TAPAK SEMAIAN KELAPA SAWIT

TEMPAT OJT PUSAT PERTANIAN AYER HITAM (JOHOR)

DISEDIAKAN MOHD AZREEN IZHAM BIN ISA 861022-23-5973

JABATAN PENYELIAAN LADANG INSTITUT SKILL-TECH LOT 453,BATU 13,JALAN TEBONG,MACHAP 76100DURIAN TUNGGAL, MELAKA.

Laporan Pembukaan Tapak Semaian Kelapa Sawit

1. Pemilihan tapak semaian dan keluasan

Tempat yang sesuai untuk tapak semaian kelapa sawit ialah tanah yang rata, lapang, terdedah kepada sinaran cahaya matahari dan berdekatan dengan sumber air serta berdekatan dengan ladang kelapa sawit yang akan ditanam dengan anak pokok kelapa sawit. Ia adalah penting untuk mempunyai bekalan air bersih tanpa gangguan dan top soil yang berstrukturdan cukup dalam untuk mengakomodasi tiga pusingan on-site bag-filling.

Formula pengiraan keluasan tapak semaian bagi 500 Ha pokok sawit:

1 Ha = 10 000 m2 1 Ha = 136 pokok

Bagi 500 Ha = 68 000 pokok

Untuk tapak semaian selama 12 bulan, jarak antara polibeg ke polibeg = 0.9 m Susunan terbaik adalah segi tiga sama 500 Ha dapat menampung 68 000 pokok Sebanyak (68 000 x 10%) benih pokok akan disemai = 74 800 pokok 10% merupakan kemungkinan maksimum benih sawit tidak menjadi dan untuk mengelak masalah kekurangan anak pokok yang sihat.

Jadi, untuk 500 Ha ladang memerlukan tapak semaian seluas = (74 800 x 0.81 m2) = 60 588 m2 = 6.0588 Ha2|Page

2. Keperluan biji benih cambah dan tempahan

Biji benih yang berkualiti yang biasa digunakan ialah D x P, iaitu kacukan benih Dura yang bertempurung tebal dan pisifera yang tidak bertempurung yang kemudiannya menghasilkan kacukan genetic yang baru, Tenera. Genetik inilah yang menghasilkan minyak dengan peratusan yang lebih tinggi berbanding Dura dan Pisifera.

Kos benih 11-12 bulan bagi 1 polibag= RM 12.50 74 800 polibag = RM 935 000 (termasuk logistic) 1 polibag = RM 12.50

3. Spesifikasi untuk polibag-polibag3|Page

Saiz polibag yang sesuai digunakan adalah yang berwarna hitam dan bersaiz 15 x 23 cm pada tahap pre-nursery dan 40 x 45 cm ketika dipindahkan ke main nursery. Sekiranya saiz polibag yang lebih kecil digunakan akan merendahkan nilai setiap parameter tumbesaran seperti bilangan pelepah per pokok, panjang pelepah dan ketinggian anak benih.

Kos 1 polibag

= RM 0.35

74 800 polibag = RM 26 180

4. Campuran tanah

Kos medium semaian : Sabut kelapa sawit bagi 1 polibag = 400 g 74 800 polibag = 29920 Kg = 30 tonne4|Page

1 tonne = RM 300, 3 tonne = RM9000 1 polibag = RM 0.12

Baja (P) bagi 1 polibag = 5 g 74 800 polibag = 748 Kg = 1 tonne 1 Kg = RM 50, 374 Kg = RM 37 400 1 polibag = RM 0.25

Topsoil = upah pekerja = 1 Ha = 5 pekerja, 6.0588 Ha = 30 org = 1 hari = RM 25, 14 hari = RM350 = RM 350 x 30 org = RM 10 500 1 polibag = RM 0.14

Dengan menggunakan tanah bersih yang terbaik, tanah diayak melalui melalui 5 mm skrin logam dan dicampurkan dengan baja fosforus (P), beg perlu diisi dalam lingkungan 2 cm dari bukaan atas. Baja perlu digaul sekata dengan tanah untuk membekalkan (P) pada tahap optimum untuk sistem akar anak benih. Jika topsoil berkualiti digunakan, tiada pembajaan lanjut yang dikehendaki di pre-nursery. Polibeg mestilah disediakan empat minggu sebelum benih tiba dan perlu disiram setiap hari sehingga ditanam bagi memastikan bekalan (P) yang mencukupi

5|Page

5. Susunan polibag

Jarak tanaman 0.9 meter secara tiga segi sama adalah kombinasi terbaik dalam menghasilkan anak benih berkualiti kerana mampu meningkatkan pertumbuhan tampang dan berat kering keseluruhan anak benih sehingga berumur 12 bulan di tapak semaian.

6. Penanaman biji benih sawit cambah

Pada tahap pre-nursery, benih sawit pra-cambah perlulah diletakkan di tempat yang teduh dan tidak terik. Sebaik bag benih dibuka, kelembapan benih mestilah dipelihara dengan merenjiskan benih tersebut dengan air suling. Pasukan semai benih perlu terdiri daripada dua orang di mana, pemegang benih akan meletakkan benih ke dalam medium dengan cara memastikan kedudukan pucuk(plumule) berada di atas dan benih terbenam 1 cm dari paras permukaan. Medium diratakan dan dimampatkan lembut dengan tangan. Kembalikan bag benih kosong yang mengandungi benih yang rejected kepada staf perekod supaya dia mengetahui kualiti benih itu.6|Page

Siram benih serta-merta selepas ditanam. Ketika panas terik, pelindung diperlukan sekurang-kurangnya untuk 6 minggu. Pre-nursery perlu disiram setiap hari. Selepas 14 minggu, anak pokok akan dipindahkan ke main nursery dengan saiz polibag yang lebih besar.

Kos buruh = (30 orang) x RM 700 x 12 bulan = RM 252 000 Kos overhead bulanan(api+air+bahan api) = RM 3 000 x 12 bulan = RM 36 000 Kos overhead asset tetap (peralatan+perkakasan+material) = RM 10 000 Jumlah = RM 298 000 1 polibeg = RM 3.98

7. Sistem penyiraman

Jika hujan tidak turun, 4 mm air perlu disiram setiap 2 hari. Jet penyiaman perlu diubahsuai supaya pancuran menjadi lebih halus untuk mengelakkan akar tidak menjunam ke Bumi.

7|Page

8. Merumput, racun rumpai dan bahan aktif

Untuk kawasan yang kecil, merumput secara manual adalah lebih praktikal. Tetapi untuk kawasan yang luas, racun rumpai seperti ametryn boleh digunakan. Dos yang disyorkan adalah 2.4 kg/ha untuk 300 l air. Selain itu Gramoxone dan Diuron 80 WP juga boleh digunakan. Gramoxone mengandung Bahan Aktif parakuat diklorida 276 g/l. Pastikan pekerja memakai PPE yang lengkap untuk mengelakkan sebarang kejdian yangtidak diingini

1 Ha = 2.4 Kg Gramoxone x 12 bulan = 28.8 Kg 6.0588 Ha = 14.541 Kg 1 Kg Gramoxone = Rm 7 = Rm 201.60 1 polibag = RM 0.0027

8|Page

9. Alihtanam ke main nursery

Biasanya, apabila pertumbuhan daun mencecah tahap 4, semaian di pre-nursery akan dipindahkan ke main nursery, setelah pelarasan benih secara beransur-ansur kepada sinaran penuh cahaya matahari dan proses culling. Anak benih prenursery dipindahkan ke polibag main nursery (iaitu: 40 x 45 cm, 500 gauge, UV stabilized berwarna hitam) mengandungi campuran medium yang sama dengan medium ketika di pre-nursery. Lubang sedalam 25 cm ditajak di setiap polibag main nursery. Anak pokok dipindahkan ke polibag main nursery setelah dikeluarkan dari polibag pre-nursery. Sejurus dipindahkan, anak pokok perlu diteduhkan sementara (contoh: pelepah sawit) dan disiram untuk mengelakkan kejutan pada anak pokok. Juga mulch bebas penyakit ditabur sekata setebal 2.5 cm di sekeliling anak pokok untuk mengelakkan hakisan tanah, untuk mengawal kelembapan dan suhu tanah, dan membantutkan pertumbuhan rumpai.

9|Page

10. Memisahkan anak benih sawit kembar (doubleton)

Biji kelapa sawit yang normal mempunyai tiga lubang yang berhubungan dengan kernel (inti) di dalam biji. Kebanyakan dalam satu biji hanya terdapat satu kernel, sejak dua atau tiga calon bibit yang lain gugur atau mati. Namun ada juga bercambah yang tumbuh dua atau tiga semai , dan ini dikenal dengan istilah doubletons. Didapati biji doubleton ini adalah biji yang memiliki kualiti. Tindakan khusus yang diberikan adalah pencucian akar, pemotongan akar, pemangkasan dan penyiraman dengan sistem mist-spray (berkabut) selama 10 jam per hari di dalam tempat khusus dalam waktu 14 hari sejak transplanting dilaksanakan. Untuk melaksanakan aktiviti seperti tersebut di atas memang banyak memerlukan tenaga dan biaya. Ini biasanya dilaksanakan apabila fenomena biji dobletons cukup besar. Namun kenyataannya jarang ada pembibitan yang mempunyai sistem penyiraman dengan kualifikasi memenuhi syarat untuk tujuan tersebut. Oleh sebab itu sebelum pelaksanaan pembangunan, sistem penyiraman harus direncanakan secara detail atau dicarikan alternatifalternatif lainnya.

11. Penyakit dan perosak10 | P a g e

-Penyakit berkaitan kelapa sawit dikaitkan dengan serangga perosak daun sawit seperti ulat bungkus dan beluncas. Ulat bungkus ataupun beluncas yang banyak akan memakan daun sawit dengan begitu hebat sekali, sehingga menyebabkan daun tinggal bahagian lidinya saja. Pokok sawit akan kehilangan permukaan daun untuk melakukan proses fotosintesis bagi tujuan menghasilkan buah. Hasil akan merosot sebanyak 40 peratus bagi tempoh 2 tahun berikutnya. Biasanya keluasan tanaman sawit yang diserang adalah agak luas dan kadangkala membabitkan beberapa buah ladang yang berhampiran atau bersebelahan. Bilangan ulat bungkus yang melebihi 10 ekor larva hidup dan memakan daun bagi setiap pelepah sudah dianggap melebihi paras ambang dan perlu dikawal dengan menggunakan racun serangga. Cuaca panas yang berpanjangan menyebabkan peringkat serangga berkembang lebih cepat daripada biasa. Ini akan menyebabkan serangga perosak ini mencapai peringkat dewasa dengan lebih cepat dan akhirnya mengawan, bertelur dan seterusnya meningkatkan populasinya. Ulat bungkus ataupun beluncas mempunyai musuh semula jadi tertentu seperti serangga parasitoid atau pemangsa. Musuh semula jadi seperti inilah yang sentiasa mengawal populasinya di bawah paras ambang. Sekiranya populasi musuh semula jadi adalah amat rendah, keupayaan perosak untuk meningkatkan bilangannya amat tinggi. Serangga parasitoid adalah jenis penyengat halus, yang hidup dengan cara bertelur di dalam badan serangga perosak tadi. Larvanya akan memakan tisu dalaman badan perosak tadi dan akhirnya membunuh perosak berkenaan. Serangga pemangsa pula adalah serangga lain yang bertindak dengan cara memakan atau menghisap cairan tubuh serangga perosak tersebut, sekali gus akan membunuhnya. Selain serangga, musuh semula jadi lain membabitkan daripada jenis mikrob seperti kulat, bakteria ataupun virus. Kewujudan mikrob ini juga bergantung kepada faktor cuaca. Biasanya mikrob akan lebih cepat merebak dalam keadaan cuaca yang lembap. Serangga parasitoid dan pemangsa memerlukan tempat perlindungan dan sumber makanan. Serangga parasitoid memerlukan nektar ataupun madu untuk melanjutkan tempoh hidupnya. Di dalam persekitaran ladang sawit, wujud pelbagai jenis tanaman bermanfaat yang mengeluarkan nektar sepert Cassia cobanensis, Euphorbia hetrophylla dan Antigonon leptopus. Penggunaan racun hanya dilakukan bila perlu saja. Pastikan ia pergi tepat ke sasaran (daun sawit) dan bukan ke kawasan persekitaran di mana terdapat kebanyakan musuh semula jadi. Perbuatan ini akan menurunkan bilangan musuh semula jadi dan sekali gus meningkatkan risiko berlakunya serangan merebak11 | P a g e

.Penyakit = marasmius palmivorus, ganoderma, anthracnose dan reput batang basah. Perosak = ulat beluncas, ulat bungkus, serangga, anai-anai, kumbang badak dan tikus. Racun = 2 g of mancozeb or chlorothalonil per litre of water at a rate of one litre of mixture per bed, 0.8 to 1.0 g of carbaryl or 0.024 g of deltamethrin per litre of water at a rate of one litre of solution per bed, metaldehyde-10 11 based pellets sprinkled at random on the beds

12.Program pembajaan

Unsur yang diperlukan oleh pokok sawit ialah N, P, K, dan sedikit kuantiti unsur surih. Baja N dan K perlu dibaja dalam urutan yang berdekatan (dalam masa 3 minggu) untuk memanfaatkan kesan sinergistik dari dua unsur tersebut. Baja ammonia perlu dibaja paling kurang 4 minggu selepas baja alkali untuk mengelakkan kehilangan nitrogen melalui pemewapan akibat pembajaan kedua-dua baja tersebut dalam masa yang sama. Baja potassium perlu dibaja minimum 3 minggu daripada baja magnesium kerana penyerapan bersifat antagonis antara K dan Mg, serta K dan Ca. Potassium perlu dibaja dahulu. MOP didapati membantutkan penyerapan unsure Boron. Oleh itu, penting bagi pembajaan MOP dan Borate dijarakkan 4 minggu.

Dos baja 1 Ha = 220 Kg per year Kos 1 Kg baja = RM 15012 | P a g e

6.0588 Ha = RM 908.82 1 polibag = RM 0.012

Jumlah kos per polibeg: Benih =RM 12.50 Bag polibag = RM 0.35 Medium semaian = RM 0.51 Pengurusan = RM 3.98 Racun = RM 0.0027 Baja = RM 0.012

Jumlah keseluruhan projek semaian 12 bulan untuk 1 polibag = RM 17.35 Untuk keseluruhan 500 Ha ladang = RM 1 298 131.56

13 | P a g e