slaid sajak 'ayah

Download Slaid Sajak 'Ayah

Post on 25-Jun-2015

171 views

Category:

Documents

1 download

Embed Size (px)

TRANSCRIPT

Sajak: Ayah karya A.S.Isma Maksud, Bentuk, Gaya Bahasa, Corak, Nada, Aliran, Tema dan Perutusan.

AYAH Setelah kau hidup tujuh puluh tiga tahun Bersama hidayat dan cinta Tuhan Akhirnya kau pun kembali ke tempat asal Bagai nakhoda dengan kapal Meninggalkan pelabuhan sementara Menuju ke dunia kekal.

Kami pun rela melepaskan kau pergi Keluarga yang kau tinggalkan Tanpa kesal atau marahkan kuasa Tuhan Kami mengetahui nasibmu telah dulu ditentukan

Aku puteramu Telah kaudidik Mengenal kesukaran dan ketakwaan Kaulembutkan hatiku dalam kedegilan. Kaukeraskan hatiku dalam kelemahan

1984

- A.S. Isma

Bentuk

BentukSajak Ayah mempunyai _______ rangkap. Rangkap pertama mempunyai ______ baris yang juga dikenali sebagai _______. Rangkap kedua pula mempunyai _______ baris yang dikenali sebagai _________. Manakala rangkap ketiga mempunyai ________ baris dan lebih dikenali sebagai _________.

Rima akhir bagi rangkap pertama ialah ___________. Rima akhir bagi rangkap kedua pula ialah ____________. Manakala rima akhir bagi rangkap ketiga ialah ____________. Jumlah patah perkataan yang paling pendek adalah _______ patah perkataan. Contohnya: ______ _________. Manakala jumlah patah perkataan yang paling panjang adalah ___________ patah perkataan. Misalnya: ____________________________ ________________.

Jumlah suku kata yang paling panjang adalah _______ suku kata. Misalnya: _____________________________________ _________. Manakala jumlah suku kata yang paling pendek adalah _________ suku kata. Contohnya: _____________________. Secara keseluruhannya, sajak ini merupakan sajak ______ dan tidak terikat dengan puisi lama iaitu pantun dan syair.

Maksud Sajak??Rangkap 1: ? Rangkap 2: ? Rangkap 3: ?

Maksud sajakRangkap 1 Seorang ayah yang berusia 73 tahun telah meninggal dunia dalam keadaan yang penuh keamanan kepada Allah. Selama kehidupannya, dia telah banyak berkhidmat dan berbuat bakti di dunia yang sementara ini dan akhirnya telah kembali ke alam akhirat yang kekal abadi.

Rangkap 2 Keluarganya redha dan merelakan pemergian ayah menemui Tuhan yang Maha Esa kerana mereka mengetahui bahawa hidup ini hanyalah sementara sahaja, di mana setiap manusia yang bernyawa pasti akan menghadapi kematian. Itu semua adalah ketentuan Ilahi jua bahawa telah tiba masanya ayah menemui ajalnya.

Rangkap 3 Anaknya, iaitu penyajak sendiri begitu bersyukur kerana ayahnya telah menjalankan tanggungjawab mendidiknya dengan mengenal erti kehidupan yang sebenar dan bererti. Penyajak menempuhi kehidupan di muka bumi ini dengan pelbagai cabaran dan dugaan, iaitu menghadapi susah dan senang sehinggalah dia menjadi seorang anak yang tabah, sabar, baik hati, bertimbang rasa dan cekal menghadapi apa jua rintangan dalam kehidupan.

Gaya Bahasa1) Ansonansi pengulangan vokal A E I O U - Contohnya; _______________________(R?,B?) 2) Aliterasi pengulangan konsonan K - Contohnya; ______________________________(R?,B?)

3) Simbol kata-kata yang memberi makna (erti) tertentu. Perkataan yang melambangkan sesuatu yang lain atau perkataan yang memberi makna lain disebaliknya. -Contohnya; ..........................................................(R?,B?) 4) Paradok perkataan atau frasa yang berlawanan - Contohnya; ..................................(R?,B?)

5) Simile perbandingan yang menggunakan perkataan seperti bagai, laksana, ibarat -Contohnya; .....................................(R?,B?) 6) Repitasi perulangan perkataan di mana-mana (tidak tersusun) dalam sebuah rangkap - Contohnya; ................. (R?,B?)

Jawapan bagi Gaya Bahasa :

Gaya Bahasa1) Ansonansi vokal A - Contohnya; mengenal kesukaran dan ketakwaan 2) Aliterasi konsonan K - Contohnya; kaukeraskan hatiku dalam kelemahan

3) Simbol Contohnya; meninggalkan pelabuhan sementara bermaksud meninggalkan tempat persinggahan (R1,B5) nakhoda dengan kapal melambangkan seorang ketua yang telah berjaya (R1,B4) 4) Paradok Contohnya; kaulembutkan hatiku dalam kedegilan (R3,B4) kaukeraskan hatiku dalam kelemahan (R3,B5)

5) Simile Contohnya; bagai nakhoda dengan kapal (R1,B4) 6) Repitasi Contohnya; hatiku (R3,B4), (R3,B5) pada

CorakOde : anak yang mengingati dan menyanjung bapa yang telah meninggal dunia kerana telah berjaya menjalankan tanggungjawabnya sebagai bapa semasa hidupnya. Nada Semangat dan penuh harapan Aliran Realisme dan didaktisme

TemaCintakan ayah : anak yang masih ingat dan menghargai akan pengorbanan ayahnya di mana kini ayahnya telahpun meninggal dunia. Ayahnya telah melaksanakan tanggungjawabnya sehingga berjaya mendidik anaknya.

Perutusan1. Setiap yang bernyawa pasti akan menghadapi saat kematian, oleh itu hendaklah redha dan rela melepaskan orang yang kita sayangi untuk pergi menemui Illahi. 2. Setiap anak hendaklah sentiasa mengingati jasa ayah sampai bila-bila walaupun dia tidak ada lagi di dunia ini 3. Pemergian ayah hendaklah diiringi dengan doa dan bacaan ayat-ayat suci Al-quran dan bukan dengan ratapan serta tangisan. 4. Seorang ayah hendaklah memberikan didikan yang baik kepada anak-anaknya supaya nanti mereka akan menjadi orang yang berguna di dunia mahupun di akhirat.

Selesai.