skrip emcee ihya' ramadhan

Upload: khiriyani-julkipli

Post on 03-Apr-2018

291 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

  • 7/28/2019 Skrip Emcee Ihya' Ramadhan

    1/5

    TEKS JURUACARA PROGRAM IHYA RAMADHAN 2012

    ACARA BUTIRAN PENYAMPAIAN

    NYANYIAN

    LAGU

    Bismillahirrahmanirrahim,

    Assalamualaikumwarahmatullahi wabarakatuh dan Salam

    Sejahtera.

    Hadirin sekalian, majlis dimulakan dengan menyanyikan lagu

    Negaraku, Sabah Maju Jaya dan alunan Asmaul Husna diiringi

    dengan muzik. Para hadirin diminta bersedia.

    Mohon para hadirin mengambil tempat.

    BACAAN

    PROTOKOL

    Yang Berusaha,

    Puan Jainah Binti Basir, Pengetua SMK Bongawan

    ____________________________________________________

    ________________________________________________________________________________________________________

    Yang dihormati, Penolong Kanan Pentadbiran, En. Osman Bin

    Sidek,

    Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, En. Kassim Bin Samat,

    Penolong Kanan Kokurikulum, En. Suhaimee Bin Mohammad,

    Penolong Kanan Kelas Persediaan Universiti, En. Mohd Najib Bin

    Abdullah,

    Barisan ketua bidang, guru-guru, hadirin & hadirat yang dikasihi

    sekalian.

    Bulan keberkatan Bulan Ramadhan,

    Bulan dituntut untuk berpuasa,

    Selamat datang kami ucapkan,

    Ucapan bismillah pembuka bicara

  • 7/28/2019 Skrip Emcee Ihya' Ramadhan

    2/5

    Bismillahirrahmanirrahim, Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan!

    Alhamdulillah, seiring kita menadah tangan ke hadrat Rabbul

    Izzah, Tuhan Yang Maha Esa, kerana dalam kita meniti

    Ramadhonul Kareem yang penuh keberkatan ini, dapat kita

    dipertemukan dalam Majlis Penutupan Ihya Ramadhan bagi

    tahun 2012 Masihi bersamaan 1433 hijrah.

    Andai semua HARTA adalah RACUN, maka ZAKATlah penawarnya.

    Jika seluruh UMUR adalah DOSA maka TAUBATlah ubatnya, jika

    semua BULAN adalah NODA maka RAMADHAN adalah

    pembersihnya, marhaban ya ramadhan.

    BACAAN DOA Bagi memberkati lagi majlis kita pada hari ini, majlis dengan segala

    hormatnya, menjemput

    _________________________________________________

    untuk memimpin bacaan doa. Dipersilakan.

    *******

    Jutaan terima kasih diucapkan atas pimpinan bacaan doa itu tadi.

    UCAPAN

    PERASMIAN

    PENGETUA

    Sidang Hadirin Sekalian, pihak majlis dengan segala hormatnya

    mempersilakan Puan Jainah Binti Basir, Pengetua SMK Bongawan

    untuk menyampaikan ucapan seterusnya merasmikan Majlis

    Penutupan Ihya Ramadhan Tahun 2012 / 1433 Hijrah.

    Dipersilakan.

    --------------------

    Pihak majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang

    Berusaha Puan Jainah Binti Basir, Pengetua SMK Bongawan atas

    ucapan perasmian sebentar tadi.

  • 7/28/2019 Skrip Emcee Ihya' Ramadhan

    3/5

    PERSEMBAHAN

    NASYID 1

    Banyakkan amalan gandakan pahala,

    Dibulan Ramadhan penuh barakah,

    Menyusun langkah semerdu irama,

    Alunan nasyid kini dipersembah

    Hadirin sekalian,

    Majlis diteruskan dengan persembahan nasyid dari kumpulan

    Rabiatul Firqaneesa yang bertajuk Ahlan Wasahlan Ya ramadhan

    dan Syawal Menjelma Lagi.Dipersilakan.

    ******************

    Majlis mengucapkan terima kasih kepada kumpulan Rabiatul

    Firqaneesa di atas persembahan itu tadi.

    PENYAMPAIAN

    HADIAH

    Hadirin dan hadirat sekalian,

    Tanpa melengahkan masa, majlis diteruskan lagi dengan upacara

    penyampaian hadiah kepada para pemenang . Untuk itu, majlis

    dengan sukacitanya menjemput ___________________________

    _____________________________________________ mengiringi

    _____________________________________________________

    __________________________ untuk menyempurnakan acara.

    Dipersilakan.

    Bagi Pertandingan ______________________________

    Seterusnya, ____________________

    ******************

    Terima kasih diucapkan kepada

    __________________________________________ atas kesudian

    meyampaikan anugerah. Syabas dan tahniah diucapkan kepada

    para penerima.

  • 7/28/2019 Skrip Emcee Ihya' Ramadhan

    4/5

    PENYAMPAIAN

    SUMBANGAN

    ZAKAT

    Majlis diteruskan dengan acara penyampaian sumbangan Zakat

    kepada pelajar. Pemilihan Penerima Sumbangan Zakat ini adalah

    berdasarkan kepada Mesyuarat Jawatankuasa Pemilihan yang

    terdiri daripada ahli PIBG, Ketua-ketua Kampung dan wakil Anak

    Negeri.

    Untuk itu, majlis dengan segala hormatnya memepersilakan En.

    Osman Bin Sidik Penolong Kanan Pentadbiran SMK Bongawan

    mengiringi Pn. Jainah Binti Basir, Pengetua SMK Bongawan untuk

    menyempurnakan acara.

    *************

    Terima kasih diucapkan kepada Pn. Jainah Binti Basir, Pengetua

    SMK Bongawan atas kesudian meyampaikan sumbangan zakat itu

    tadi.

    PERSEMBAHAN

    NASYID 2

    Hadirin dan hadirat sekalian, majlis kita pada pagi diserikan lagi

    dengan persembahan nasyid dari kumpulan UBM MNH

    Bertajuk Ramadhan Tiba dan Satu Pagi Di Hari Raya. Dipersilakan.

    **********

    Demikian tadi, persembahan nasyid daripada kumpulan UBM

    MNH. Jutaan terima kasih diucapkan.

    TAKBIR RAYA Para hadirin yang dihormati sekalian, sebelum majlis melabuhkan

    tirainya, marilah kita sama-sama mendengar alunan takbir yang

    akan dipersembahkan oleh kumpulan __________________.

    Dipersilakan.

  • 7/28/2019 Skrip Emcee Ihya' Ramadhan

    5/5

    *************

    Jutaan terima kasih atas persembahan yang mengasyikkan itu tadi.

    PENUTUP Ramadhan disyukur banyakkan ibadat,

    Hidup beramal bertunjang iman,

    Majlis berakhir penuh syafaat,

    Tanda ingatan sepanjang zaman.

    Saya mewakili majlis pada hari ini, ingin mengucapkan ucapan rasa

    syukur dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat di

    dalam menjayakan majlis kita pada hari ini samada secara

    langsung mahupun tidak. Moga kita semua akan beroleh

    keberkatan daripada-Nya.

    Dikesempatan ini, kami ingin memohon ribuan kemaafan andai

    ada salah dan silap sepanjang mengacarakan majlis ini.

    Untuk mengakhiri Majlis Penutupan Ihya Ramadhan ini, marilah

    kita sama-sama bersalaman sebagai tanda kemaafan dan

    mengeratkan hubungan silaturrahim antara sama lain.

    Sekian, wabillahi taufik wal hidayah wassalamualaikum

    warahmatullahi wabarakatu.