sivik folio

Upload: gabrielle-lim-wai-yee

Post on 10-Jul-2015

448 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

KESEDARAN SIVIK DI KALANGAN MASYARAKAT

Nama : Lim Wai Yee Tingkatan: 1 CerdasNama Guru: Encik Fadzli

KANDUNGAN Tajuk Pendahuluan Mukasurat 3

Masalah Masalah Sivik dan Akibatnya

4-6

Punca Kesedaran Sivik Yang Rendah Langkah Langkah Untuk Meningkatkan Kesedaran Sivik Di Kalangan Masyarakat

7-9

10-11

Kesimpulan

12

2

PENDAHULUAN KESEDARAN SIVIK boleh ditakrifkan sebagai rasa sedar yang mendalam dan berterusan serta muncul dari hati seseorang atas dasar tanggungjawab untuk memelihara hak dan kepentingan awam. Kesedaran sivik akan menjadikan seseorang individu itu warganegara yang ikhlas dan bersungguh-sungguh untuk mempertahankan kepentingan awam untuk dikongsi bersama. Kesedaran sivik seharusnyalah bermula di rumah, kerana kesedaran sivik seharusnya ditanam kepada setiap anggota masyarakat semenjak dari kecil lagi, dengan sifat-sifat positif dan nilai-nilai murni terhadap keluarga, masyarakat, bangsa dan Negara.

3

MASALAH MASALAH SIVIK DAN AKIBATNYA Negara Malaysia ialah sebuah negara yang membangun dan tidak dapat dinafikan bahawa negara kita telah maju dan pesat membangun seiring dengan era globalisasi. Namun demikian, perkara yang menyedihkan dan akan menjejas imej negara kita adalah masalah masalah sivik di kalangan masyarakat Malaysia. Kesedaran sivik dikalangan rakyat Malaysia adalah rendah malah semakin luntur ditelan arus pemodenan. Pembuangan sampah merata-rata Masalah sivik yang paling ketara ialah masalah pembuangan sampah merata rata. Kerana tiada kesedaran sivik, sampah dibuang sesuka hati di kawasan semak-samun, tepi jalan raya (mungkin dicampak melalui kenderaan), premis terbengkalai, rumah kosong dan kawasan terpencil yang jauh daripada pandangan orang ramai. Malah yang lebih menyedihkan, segelintir masyarakat sewenangwenangnya membuang sampah di dalam sungai dan longkang sehingga menyebabkan berlakunya banjir kilat dan pencemaran air yang serius. Selain itu, kesan paling nyata, bungkusan sampah yang mengandungi pelbagai jenis sisa makanan akan menjadi tempat pembiakan paling ideal bagi nyamuk aedes. kejadian banjir sering memberi kesan bukan sahaja kemusnahan harta benda tetapi juga penyebaran pelbagai jenis penyakit seperti denggi, kepialu, taun dan pelbagai penyakit kulit yang lain. Masalah pembuangan sisa toksid dan pelepasan asap yang melampau dari kenderaan dan kilang-kilang akibat kurang kesedaran sivik telah mengakibatkan masalah kes pencemaran alam sekitar yang serius.

4

Vandalisme Kekurangan sivik juga sering dikaitkan dengan kemusnahan harta benda awam seperti lif, telefon awam, tandas awam, tempat menunggu bas, alatan permainan di taman permainan kanak-kanak dan banyak lagi. Memusnahkan harta benda awam atau lebih tepat, harta kerajaan (kerana kerajaan yang menghabiskan wang menyediakan kemudahan ini untuk rakyat), berlaku di mana-mana jua, tidak kira sama ada di kampung atau di bandar. Perbuatan vandalisme berluasan seperti ini bukan sahaja merugikan wang rakyat malah boleh melibatkan nyawa.

Salahguna taman rekreasi Apa yang kerap berlaku atau dikelihatan adalah taman permainan kanak-kanak menjadi tempat melepat, tempat untuk penagih dadah dan pasangan muda-mudi melampiaskan nafsu masing-masing. Kadangkala, terdapat juga orang dewasa yang memanfaatkan sepenuhnya alatan permainan yang disediakan khas untuk kanak-kanak. Akibatnya, kita bukan sahaja ditayangkan dengan pemandangan-pemandangan5

menjijikkan tingkahlaku segelintir individu tersebut (penagih dadah dan pasangan bercinta), malah alatan permainan juga rosak dan hancur.

Sikap Tidak Menghormati Dalam kalangan masyarakat kita, masih terdapat individu-individu yang masih tidak menghormati satu sama lain. Peristiwa yang biasa berlaku adalah warga tua, orang kurang upaya, wanita mengandung, dan kanakkanak dibiarkan berdiri sepanjang perjalanan dalam pengangkutam awan seperti bas, monorel dan kereta api. Berebut-rebut semasa menaiki atau turun daripada kenderaan juga kerap dikelihatan.

Masalah Merokok Merokok di kalangan anak anak muda semakin meningkat. Apa yang menjijikan perhatian orang ramai adalah sikap merokok tanpa menghiraukan orang sekeliling dan juga kerap ternampak merokok di kawasan larangan merokok.

6

Masalah masalah sivik yang lain yang kerap berlaku dan semakin serius termasuk buli, ugut, melepak, lumba haram dan sebagainya. PUNCA PUNCA KESEDARAN SIVIK YANG RENDAH Masalah masalah sivik berlaku disebabkan kesedaran sivik yang semakin rendah atau kekurangan kesedaran sivik di kalangan masyarakat. Terdapat pelbagai punca yang mengakibat kelemahan memupuk kesedaran sivik. Keluarga Bermasalah Peranan ibu bapa dalam mencorakkan peribadi yang positif dalam diri anak-anak mereka adalah penting. Dari rumah, mereka mengenal erti kasih sayang, perasaan saling memahami serta saling menghormati. Namun, hakikat yang amat pahit untuk diterima adalah terdapat banyak daripada kalangan masyarakat kita kini yang menjadikan rumah sebagai neraka buat anak-anak mereka.

7

Kadar perceraian dan rumah tangga bermasalah semakin hari semakin meningkat terutama di bandar-bandar besar. Perceraian memperlihatkan masalah rumah tangga antara suami isteri yang berpunca daripada permusuhan, perkelahian dan kecurangan antara suami isteri. Tanpa disedari oleh ibu bapa, mereka telah memusnahkan keceriaan rumah tangga dan alam remaja anak-anak dan mempengaruhi pertumbuhan jiwa anak-anak terutama remaja yang sedang meningkat dewasa Perasaan marah kepada ibu bapa ini akan mewujudkan luka jiwa yang amat dalam kepada anak-anak. Maka, akan terdapat antara mereka yang melepaskan kemarahan itu di luar rumah, iaitu dengan menconteng atau melakarkan graffiti di tempat-tempat menunggu bas atau merosakkan harta benda awam seperti tandas dan telefon awam.

Semangat Patriotik Yang Rendah Semangat patriotik yang rendah juga menjadi sebab lunturnya kesedaran sivik dalam kalangan masyarakat kita pada hari ini. Anakanak hari ini kurang dididik agar berbangga menjadi rakyat Malaysia. Oleh itu, perasaan sayang akan negara dan berbangga menjadi warganegara Malaysia masih amat kurang dalam kalangan masyarakat kita. Tidak ada juga perasaan dan keinginan dalam hati mereka untuk mencantikkan setiap kawasan di negara ini. Justeru, ada yang tidak berasa bersalah apabila mereka membuang sampah di tempat-tempat8

yang tidak sepatutnya, seperti ke dalam sungai atau di mana-mana yang difikirkan selesa untuk mereka berbuat demikian.

Ketidakmampuan Sistem Pendidikan Ketidakmampuan sistem pendidikan menerapkan nilai-nilai murni dan akhlak kepada para pelajar turut menyebabkan kesedaran sivik masih belum membanggakan dalam kalangan masyarakat kita pada hari ini. Selain rumah, sekolah merupakan institusi murni yang berperanan membentuk sahsiah dan peribadi seseorang individu. Di sekolah yang terdapat pelajar daripada pelbagai bangsa dan agama, maka integrasi kaum berlaku. Melaluinya, para pelajar mempelajari adat dan budaya kaum lain. Mereka juga belajar menerima, memahami dan menghormati satu sama lain walaupun mereka dari latar belakang bangsa dan kaum yang berbeza. Namun, kenapakah kita masih menyaksikan pelajarpelajar yang tidak menghormati satu sama lain? pada masa kini, keunggulan serta kecemerlangan sesebuah sekolah diukur dari segi pencapaian akademiknya. Jika tinggi peratus kelulusan para pelajar, maka dikatakan bahawa sekolah itu ialah sebuah sekolah yang baik. Hambatan untuk menghasilkan pelajar yang cemerlang akademik inilah yang menyebabkan guru-guru bertungkus-lumus melatih anak-anak didik mereka agar mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan. Tugas untuk mendidik serta membentuk perkembangan emosi para pelajar semakin dikesampingkan. Malahan,terdapat sesetengah sekolah yang mengetepikan terus kegiatan kokurikulum untuk pelajar-pelajar kelas peperiksaan semata-mata untuk memberi penekanan kepada peperiksaan. Keghairahan Mengejar Kebendaan

9

Pada era globalisasi, keghairahan mengejar kebendaan telah mewujudkan golongan masyarakat yang individualistik dan materialistik. Kepentingan terhadap kebendaan ini menyebabkan seseorang bertindak tanpa mementingkan perasaan dan kebajikan orang lain lalu membunuh semangat kerjasama dan amalan gotong royong.

Perkembangan Teknologi, Telekomunikasi Dan Alam Siber, Internet Sejajar dengan perkembangan teknologi telekomunikasi dan alam siber, internet, media massa seperti televisyen dan sebagainya telah mendominasi kehidupan sebahagian besar daripada masyarakat. Kita tidak bimbang jika perkembangan tersebut adalah sesuatu yang positif. Malangnya, filem-filem yang ditayangkan di televisyen begitu dikuasai oleh filem-filem luar terutamanya filem-filem dari Barat yang mempunyai nilai-nilai kehidupan masyarakat Barat yang amat bertentangan dengan budaya dan amalan kita masyarakat Timur. Contohnya rancangan dari Barat selalu memaparkan anak-anak yang sudah tidak lagi menghormati ibu bapa dan anak anak remaja mempunyai hak untuk menyuarakan pendapat dan kehendak mereka.

10

LANGKAH LANGKAH UNTUK MENINGKATKAN KESEDARAN SIVIK DI KALANGAN MASYARAKAT Langkah-langkah untuk mengembalikan nilai murni dan kesedaran sivik dalam kalangan masyarakat perlu dimulakan dari segi pendidikan. Oleh itu, Menteri Pendidkan telah memperkenalkan program Kurikulum Baru Sekolah Menengah (KBSM) dimana elemen nilai-nilai murni wajib diterapkan dalam setiap mata pelajaran, maka dalam kurikulum baru yang disemak semula, perkara ini ditambah pula dengan meletakkan elemen semangat patriotik sebagai sesuatu yang wajib diterapkan dalam pengajaran. Selain itu, nilai-nilai kesusasteraan pula kini diterapkan dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Melalui cerpen, novel, drama dan puisi yang diajarkan dari peringkat Tingkatan Satu hingga Tingkatan Lima, tema-tema yang berkenaan dengan nilai-nilai murni dan semangat cinta akan negara telah diterapkan.

Selain usaha di atas, pihak sekolah perlu juga melaksanakan aktiviti kokurikulum dengan lebih giat dan berkesan. Aktiviti kokurikulum merupakan wahana yang paling berkesan dalam membentuk sikap murni seperti bertanggungjawab, bekerjasama dan hormat-menghormati dalam diri para pelajar. Sebagai contoh, aktiviti perkhemahan yang dianjurkan oleh badan-badan beruniform seperti Pengakap dan Kadet Remaja Sekolah, akan membentuk semangat berpasukan yang tinggi dalam kalangan ahlinya. Selain itu, aktiviti kawat kaki dan latihan-latihan yang diadakan pula akan membentuk para pelajar yang mematuhi masa dan sentiasa berdisiplin. Aktiviti bergotong-royong oleh persatuanpersatuan dan kelab-kelab sama ada di sekolah, mahupun di kawasan sekitar sekolah pula akan menanamkan perasaan bertanggungjawab para pelajar terhadap alam sekitar serta sekolah mereka.

11

Usaha kerajaan untuk mewajibkan remaja yang berusia lapan belas tahun menyertai Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) mampu meningkatkan kesedaran sivik dalam kalangan golongan muda di negara kita ini. Latihan-latihan yang diikuti adalah bermatlamat untuk membentuk jati diri dan sikap positif dalam diri remaja. Malahan, lebih daripada itu, program tiga bulan ini akan melarikan para remaja daripada pelbagai gejala negatif seperti melepak, merambu dan melakukan aktiviti-aktiviti yang tidak berfaedah. Latihan-latihan yang dijalankan juga akan memberi penekanan pada kepentingan kesedaran sivik, kepentingan mencintai negara,kepentingan pembentukan modal insan serta kepentingan untuk membina kemandirian dan jati diri agar sikap positif ini akan tumbuh subur dalam diri anak-anak remaja negara kita. Apabila para remaja ini mempunyai rasa bertanggungjawab terhadap diri, bangsa dan negara, secara tidak langsung, mereka juga akan bertanggungjawab terhadap hak dan kepentingan orang lain.

Kerajaan juga boleh memainkan peranan penting mengadakan kempen bergotong-royong agar amalan bergotong-royong yang menjadi teras konsep bekerjasama dalam masyarakat dapat disuburkan kembali, terutamanya di kawasan-kawasan bandar. Selain itu, amalan rumah terbuka serta ziarah-menziarahi pada musim-musim perayaan juga merupakan amalan positif yang akan meningkatkan kesedaran sivik dalam masyarakat kita.

Ibu bapa juga memainkan peranan perdana dalam usaha ini, bagaimana acuan, begitulah kuihnya. Ibu bapa perlu mendidik anakanak agar saling menghormati antara satu sama lain dan memupuk semangat dan amalan bergotong-royong sesame ahli keluarga. Ibu dan bapa perlu sentiasa menunjukkan bahawa mereka juga saling menghormati sesama mereka agar nilai positif ini diikuti oleh anak-anak.12

Ibu bapa juga perlu menegur kesilapan anak-anak agar mereka mengetahui garis panduan antara perkara yang betul dan perkara yang salah.

Alternatif terakhir adalah melalui tindakan tegas dan penguatkuasaan undang-undang. Jika kita tinjau ke negara jiran kita, Singapura, kita akan begitu kagum akan rakyatnya yang begitu patuh akan peraturan serta amat bertanggungjawab terhadap harta benda awam. Namun, dasar sebenar sikap tersebut adalah daripada ketegasan kerajaan Singapura mendidik rakyatnya. Setiap mereka yang didapati melanggar peraturan awam akan terus didenda. Penguatkuasa undang undang Malaysia sepatutnya melaksanakan peraturan yang tegas seperti mengenakan hukuman, mewajibkan activity khidmat masyarakat ke atas rakyat yang kurang kesedaran sivik.

KESIMPULAN Walaupun masalah kurangnya kesedaran sivik dalam kalangan masyarakat kita belum begitu parah, namun, kita perlu berusaha untuk membaikinya. Hal ini terutamanya dalam kalangan remaja kerana merekalah yang bakal mencorakkan hala tuju masa depan negara. Justeru menyedari hakikat bahawa kesedaran sivik dalam kalangan masyarakat masih rendah atau semakin luntur, semua pihak harus membuka mata dan memainkan peranan masing-masing untuk membina satu bangsa Malaysia yang berjaya dan mempunyai tahap kesedaran sivik yang tinggi. Masyarakat yang mempunyai kesedaran sivik akan hidup mulia dan bahagia. Kesimpulannya ialah usaha membentuk kesedaran sivik ini perlu dimulakan di masa kecil. Kita sedar bahawa jika sesuatu tabiat yang baik telah dipupuk semasa kecil, ia bukan sahaja lebih mudah

13

diamalkan tetapi adalah juga lebih kekal. Bagi tujuan ini, peranan dan penglibatan ibu bapa dan guru-guru amatlah penting.

14