siti nadya binti zynuddin€¦ · nombor bilangan item dalam soal-selidik 3.2 skala pemeringkatan...

23
PERSEPSI PELAJAR TAHUN AKHIR ALIRAN SAINS FAKULTI PENDIDIKAN, UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA TERHADAP PENDEKATAN PEMBELAJARAN SECARA PROBLEM-BASED LEARNING (PBL) SITI NADYA BINTI ZYNUDDIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Upload: others

Post on 17-Nov-2019

40 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: SITI NADYA BINTI ZYNUDDIN€¦ · nombor bilangan item dalam soal-selidik 3.2 Skala Pemeringkatan Skor Min 29 4.1 Taburan Responden Mengikut Jantina 31 4.2 Taburan responden Mengikut

PERSEPSI PELAJAR TAHUN AKHIR ALIRAN SAINS FAKULTI

PENDIDIKAN, UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA TERHADAP

PENDEKATAN PEMBELAJARAN SECARA PROBLEM-BASED LEARNING

(PBL)

SITI NADYA BINTI ZYNUDDIN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: SITI NADYA BINTI ZYNUDDIN€¦ · nombor bilangan item dalam soal-selidik 3.2 Skala Pemeringkatan Skor Min 29 4.1 Taburan Responden Mengikut Jantina 31 4.2 Taburan responden Mengikut

PENGESAHAN PENYELIA

" Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan

saya karya ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan

penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Serta Pendidikan (Sains)”

Tandatangan : Nama penyelia : TUAN HAJI MEOR IBRAHIM BIN KAMARUDDIN Tarikh : 2 MEI 2008

Page 3: SITI NADYA BINTI ZYNUDDIN€¦ · nombor bilangan item dalam soal-selidik 3.2 Skala Pemeringkatan Skor Min 29 4.1 Taburan Responden Mengikut Jantina 31 4.2 Taburan responden Mengikut

PERSEPSI PELAJAR TAHUN AKHIR ALIRAN SAINS FAKULTI

PENDIDIKAN, UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA TERHADAP

PENDEKATAN PEMBELAJARAN SECARA PROBLEM-BASED LEARNING

(PBL)

SITI NADYA BINTI ZYNUDDIN

Laporan Projek Ini Dikemukakan Sebagai

Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat Penganugerahan

Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Sains)

FAKULTI PENDIDIKAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

MEI 2008

Page 4: SITI NADYA BINTI ZYNUDDIN€¦ · nombor bilangan item dalam soal-selidik 3.2 Skala Pemeringkatan Skor Min 29 4.1 Taburan Responden Mengikut Jantina 31 4.2 Taburan responden Mengikut

ii

PENGAKUAN

“Saya akui karya ini adalah kerja saya sendiri kecuali nukilan

dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya

jelaskan sumbernya”.

Tandatangan :

Nama Penulis : SITI NADYA BINTI ZYNUDDIN

Tarikh : 2 MEI 2008

Page 5: SITI NADYA BINTI ZYNUDDIN€¦ · nombor bilangan item dalam soal-selidik 3.2 Skala Pemeringkatan Skor Min 29 4.1 Taburan Responden Mengikut Jantina 31 4.2 Taburan responden Mengikut

iii

DEDIKASI

Khas buat,

Bonda dan ayahanda yang dikasihi,

Fadzelah Abdul Arshad dan Zynuddin Ismail

budi dan jasa kalian tidak akan

ku lupakan,

berkat doa dan dorongan kalian,

menjadi penawar dan semangat

untukku,

Teristimewa untuk,

Adik-adik tersayang,

Nur Azwa, Nur Aliya, Mohd Zulawal, Amirul Zaman

dan Alif Akhma,

Teman teristimewa,

Adi Farhan Hakimi,

Teman-teman seperjuangan,

kau menjadi sumber inspirasiku,

dalam menempuhi liku dan ranjau,

kata perangsang mu ubat paling mujarab

buatku,

akanku semat ianya dalam kalbuku,

akanku ingati sepanjang hayatku.

Page 6: SITI NADYA BINTI ZYNUDDIN€¦ · nombor bilangan item dalam soal-selidik 3.2 Skala Pemeringkatan Skor Min 29 4.1 Taburan Responden Mengikut Jantina 31 4.2 Taburan responden Mengikut

iv

PENGHARGAAN

Syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah kurnia dan

izinNya memberikan kekuatan dan kesabaran dalam menyiapkan Projek

Sarjana Muda ini. Selawat serta salam ke atas junjungan baginda Rasullulah

S,A,W, keluarga baginda, para sahabat, para suhadak, para ambia serta para

pejuang Islam keseluruhannya.

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada penyelia

pembimbing tesis Tuan Haji Meor Ibrahim bin Kamaruddin kerana

memberi bimbingan serta dorongan sepanjang tempoh penyelidikan tesis ini.

Kerjasama daripada para pelajar tahun akhir aliran sains Fakulti

Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia serta para pensyarah penilai yang

memberikan nasihat yang membina dalam menyiapkan tesis ini. Amatlah

dihargai.

Akhir sekali penghargaan ini juga ditujukan kepada semua yang

terlibat samada secara langsung atau tidak langsung membantu menyiapkan

Laporan Projek Sarjana Muda ini.

Page 7: SITI NADYA BINTI ZYNUDDIN€¦ · nombor bilangan item dalam soal-selidik 3.2 Skala Pemeringkatan Skor Min 29 4.1 Taburan Responden Mengikut Jantina 31 4.2 Taburan responden Mengikut

v

ABSTRAK

Problem-Based Learning merupakan satu kaedah pengajaran yang amat

digalakkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia untuk diaplikasikan dalam proses

pengajaran dan pembelajaran. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti persepsi

terhadap pendekatan pembelajaran secara Problem-Based Learning dalam kalangan

pelajar-pelajar tahun akhir aliran Sains Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi

Malaysia, Johor Bahru, Johor. Soal selidik digunakan untuk mendapatkan maklumat

tentang pandangan pelajar terhadap pembelajaran secara PBL bagi enam kategori

iaitu gaya pembelajaran secara PBL, kerjasama dan komunikasi antara kumpulan dan

fasilitator, kemahiran menyelesaikan masalah, komitmen terhadap gaya

pembelajaran PBL, kebolehan PBL dalam proses pengajaran dan pembelajaran serta

sikap dan minat terhadap PBL. Sampel terdiri daripada 140 orang responden yang

dipilih secara rawak mudah. Mereka terdiri daripada pelajar yang mengambil kursus

Ijazah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan Sains, Kimia, Fizik dan Matematik di

Fakulti Pendidikan. Data yang diperolehi dianalisis dengan menggunakan perisian

SPSS versi 11.5. Hasil kajian menunjukkan persepsi pelajar terhadap PBL bagi

keenam-enam kategori adalah positif. Hasil kajian ini diharap dapat dimanfaatkan

oleh pihak fakulti dan pihak-pihak tertentu bagi memastikan pelajar-pelajar sentiasa

mempunyai persepsi yang positif terhadap PBL.

Page 8: SITI NADYA BINTI ZYNUDDIN€¦ · nombor bilangan item dalam soal-selidik 3.2 Skala Pemeringkatan Skor Min 29 4.1 Taburan Responden Mengikut Jantina 31 4.2 Taburan responden Mengikut

vi

ABSTRACT

Problem-Based Learning is one of the teaching methods that have been

encouraged by the Ministry of Education to be applied in teaching and learning

process. The purpose of this study is to determine students’ perceptions on PBL

among final year science stream students at the Faculty of Education, University

Technology of Malaysia, Johor Bahru, Johor. The students’ perceptions on PBL

questionnaire was used as the research instrument. Six categories of the perceptions

are focused in this study, they are understanding PBL, cooperation and

communication between group members and facilitator, problem solving skill,

commitment and PBL learning style, advantages of PBL in teaching and learning,

last but not least attitude and interest towards PBL. A sample of 140 students,

chosen randomly from eight science stream courses at the Faculty of Education were

involved as respondents. Collected data were analyzed by using SPSS software

version 11.5. The result shows that the students’ perceptions on PBL for all the six

categories are positive. Hopefully this research will help the faculties and other

organizations to ensure students will always have a positive perception towards PBL.

Page 9: SITI NADYA BINTI ZYNUDDIN€¦ · nombor bilangan item dalam soal-selidik 3.2 Skala Pemeringkatan Skor Min 29 4.1 Taburan Responden Mengikut Jantina 31 4.2 Taburan responden Mengikut

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA HALAMAN

HALAMAN JUDUL         i  PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xi

SENARAI RAJAH xiii

SENARAI SINGKATAN xiv

SENARAI LAMPIRAN xv

1 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 3

1.3 Pernyataan Masalah 5

1.4 Objektif Kajian 6

1.5 Persoalan Kajian 6

1.6 Rasional Kajian 7

1.7 Kepentingan Kajian 7

1.7.1 Kementerian Pelajaran Malaysia 8

1.7.2 Pihak Institusi Pengajian Tinggi 8

1.7.3 Para pelajar (siswazah) 8

Page 10: SITI NADYA BINTI ZYNUDDIN€¦ · nombor bilangan item dalam soal-selidik 3.2 Skala Pemeringkatan Skor Min 29 4.1 Taburan Responden Mengikut Jantina 31 4.2 Taburan responden Mengikut

viii

1.8 Skop Kajian dan Batasan Kajian 9

1.9 Definisi Istilah 9

1.9.1 Persepsi 9

1.9.2 Pelajar 9

1.9.3 Pendekatan 10

1.9.4 Problem-based learning (PBL) 10

1.10 Penutup 11

2 SOROTAN KAJIAN

2.1 Pengenalan 12

2.2 Apakah Masalah? 13

2.3 Sejarah Latar Belakang PBL 14

2.4 Pendekatan Berasaskan Masalah / 15

Problem-Based Learning (PBL)

2.5 Prinsip-prinsip Utama PBL 17

2.6 Langkah-langkah dalam Model PBL 18

2.7 Peranan Guru 21

2.8 Penutup 22

3 METODOLOGI

3.1 Pengenalan 23

3.2 Reka Bentuk Kajian 23

3.3 Lokasi Kajian 24

3.4 Sampel Kajian 24

3.5 Instrumen Kajian 25

3.5.1 Bahagian A (Maklumat responden) 25

3.5.2 Bahagian B (Persepsi pelajar terhadap 26

PBL)

3.6 Prosedur Kajian 27

3.7 Kajian Rintis 28

Page 11: SITI NADYA BINTI ZYNUDDIN€¦ · nombor bilangan item dalam soal-selidik 3.2 Skala Pemeringkatan Skor Min 29 4.1 Taburan Responden Mengikut Jantina 31 4.2 Taburan responden Mengikut

ix

3.8 Analisis Data 28

3.9 Penutup 29

4 ANALISIS DATA DAN PERBINCANGAN

4.1 Pengenalan 30

4.2 Analisis Maklumat Responden 31

4.2.1 Analisis responden mengikut Jantina 31

4.2.2 Analisis responden mengikut Bangsa 32

4.2.3 Analisis responden mengikut Kursus 32

4.3 Analisis Persepsi Pelajar Terhadap PBL 33

4.3.1 Persepsi pelajar terhadap PBL secara 34

keseluruhan

4.3.1.1 Gaya Pembelajaran 35

secara PBL

4.3.1.2 Kerjasama dan Komunikasi antara 37

Kumpulan dan Fasilitator

4.3.1.3 Kemahiran Menyelesaikan 40

Masalah

4.3.1.4 Komitmen Terhadap Gaya 43

Pembelajaran PBL

4.3.1.5 Kebolehan PBL dalam Proses 45

Pengajaran dan Pembelajaran

4.3.1.6 Sikap dan Minat terhadap PBL 48

4.4 Penutup 50

5 RUMUSAN, IMPLIKASI DAN CADANGAN KAJIAN

5.1 Pengenalan 52

5.2 Rumusan 52

5.3 Implikasi Kajian 54

5.4 Cadangan Kajian Lanjutan 56

Page 12: SITI NADYA BINTI ZYNUDDIN€¦ · nombor bilangan item dalam soal-selidik 3.2 Skala Pemeringkatan Skor Min 29 4.1 Taburan Responden Mengikut Jantina 31 4.2 Taburan responden Mengikut

x

5.5 Penutup 57

RUJUKAN 59

Lampiran A-D 64-73

Page 13: SITI NADYA BINTI ZYNUDDIN€¦ · nombor bilangan item dalam soal-selidik 3.2 Skala Pemeringkatan Skor Min 29 4.1 Taburan Responden Mengikut Jantina 31 4.2 Taburan responden Mengikut

xi

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK HALAMAN

3.1 Enam (6) kategori dan 26

nombor bilangan item

dalam soal-selidik

3.2 Skala Pemeringkatan Skor Min 29

4.1 Taburan Responden Mengikut Jantina 31

4.2 Taburan responden Mengikut Bangsa 32

4.3 Taburan responden mengikut Kursus 33

4.4 Taburan Min Mengikut Kategori dan 34

Min Keseluruhan

4.5 Taburan Peratusan, Kekerapan dan Min 36

bagi kategori Memahami Gaya

Pembelajaran secara Problem-Based

Learning (PBL)

4.6 Taburan Peratusan, Kekerapan dan Min 39

bagi kategori Kerjasama dan Komunikasi

antara kumpulan dan fasilitator

4.7 Taburan Peratusan, Kekerapan dan 42

Min bagi kategori Kemahiran

Menyelesaikan Masalah

Page 14: SITI NADYA BINTI ZYNUDDIN€¦ · nombor bilangan item dalam soal-selidik 3.2 Skala Pemeringkatan Skor Min 29 4.1 Taburan Responden Mengikut Jantina 31 4.2 Taburan responden Mengikut

xii

4.8 Taburan Peratusan, Kekerapan dan 45

Min bagi kategori Komitmen

Terhadap Gaya Pembelajaran PBL

4.9 Taburan Peratusan, Kekerapan dan 47

Min bagi kategori Kebolehan

PBL dalam proses pengajaran

dan pembelajaran

4.10 Taburan Peratusan, Kekerapan dan 49

Min bagi kategori Sikap dan Minat

terhadap PBL

Page 15: SITI NADYA BINTI ZYNUDDIN€¦ · nombor bilangan item dalam soal-selidik 3.2 Skala Pemeringkatan Skor Min 29 4.1 Taburan Responden Mengikut Jantina 31 4.2 Taburan responden Mengikut

xiii

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH TAJUK HALAMAN

2.1 Carta KND 21

Page 16: SITI NADYA BINTI ZYNUDDIN€¦ · nombor bilangan item dalam soal-selidik 3.2 Skala Pemeringkatan Skor Min 29 4.1 Taburan Responden Mengikut Jantina 31 4.2 Taburan responden Mengikut

xiv

SENARAI SINGKATAN

KBSM - Kurikulum Berpadu Sekolah Menengah

KPM - Kementerian Pendidikan Malaysia

P&P - Pengajaran dan Pembelajaran

KND - know, need to know, need to do

PBL - Problem-Based Learning

UTM - Universiti Teknologi Malaysia

SPN - Ijazah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Sains)

SPC - Ijazah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Kimia)

SPK - Ijazah Sarjana Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan

Kimia

SPP - Ijazah Sarjana Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan

Fizik

SPF - Ijazah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Fizik)

SPT - Ijazah Sarjana Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan

Matematik

SPM - Ijazah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan Matematik

Page 17: SITI NADYA BINTI ZYNUDDIN€¦ · nombor bilangan item dalam soal-selidik 3.2 Skala Pemeringkatan Skor Min 29 4.1 Taburan Responden Mengikut Jantina 31 4.2 Taburan responden Mengikut

xv

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK HALAMAN

A Jadual Krejcie, R. V dan Morgan D. W 64

B Borang Soal Selidik 65

C Nilai Alpha Cronbach (Reliability) 71

D Pengesahan Instrumen Kajian 72

Page 18: SITI NADYA BINTI ZYNUDDIN€¦ · nombor bilangan item dalam soal-selidik 3.2 Skala Pemeringkatan Skor Min 29 4.1 Taburan Responden Mengikut Jantina 31 4.2 Taburan responden Mengikut

BAB 1

PENDAHULUAN

1.0 Pengenalan Perkembangan Sains dan teknologi yang canggih serta ledakan maklumat

tanpa sempadan ke arah pencapaian wawasan 2020 telah memberi dimensi baru

kepada kurikulum sains di sekolah Malaysia. Bagi merealisasikan matlamat untuk

menjadi sebuah negara perindustrian, memerlukan tenaga pekerja yang mahir dan

pakar dalam bidang tersebut. Sebuah negara yang pesat membangun mementingkan

kepada keperluan penghasilan tenaga profesional dan separa profesional bagi

menentukan kesinambungan perkembangan negara selaras dengan matlamat ini

penyesuaian sistem pendidikan untuk menghasilkan sumber tenaga yang diperlukan

harus dilaksanakan. Dalam pernyataan Rangka Jangka Panjang Kedua, perhatian

yang lebih akan diberikan dalam memastikan sistem pendidikan selaras dengan

perubahan dan permintaan pasaran buruh. Kawalan yang lebih rapi terhadap sistem

pendidikan dan latihan serta usaha-usaha bagi memperbaiki lagi kurikulum akan

dilaksanakan untuk memastikan kemahiran yang diajar adalah sesuai dengan

keperluan industri.

Justeru sains memainkan peranan penting di dalam merealisasikan matlamat

ini. Persoalannya mengapa sains begitu penting di kaca mata dunia? Ini adalah

kerana sains merupakan satu bidang ilmu pengetahuan yang menekankan kepada

pembinaan konsep yang membolehkan pelajar memahami sesuatu konsep dengan

lebih bermakna dan dapat menjelaskan fenomena-fenomena ini secara semula jadi

dengan tepat dan selaras dengan konsep yang diajar. Tanpa pembinaan konsep yang

sebenar, perbincangan guru dan pelajar hanya terhad kepada perolehan fakta dan

Page 19: SITI NADYA BINTI ZYNUDDIN€¦ · nombor bilangan item dalam soal-selidik 3.2 Skala Pemeringkatan Skor Min 29 4.1 Taburan Responden Mengikut Jantina 31 4.2 Taburan responden Mengikut

2

penjelasan kajian secara tersendiri tanpa menyedari kewujudan miskonsepsi. Hal ini

adalah bersesuaian dengan Falsafah Pendidikan Negara. Pendidikan di Malaysia

adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan lagi potensi

individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang

dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan

dan kepatuhan kapada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan

warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia,

bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan

sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan

negara.

Selaras dengan hasrat untuk mencapai status negara maju, kurikulum sains di

sekolah Malaysia digubal bagi mewujudkan masyarakat yang saintifik dan progresif

serta berilmu. Masyarakat yang mempunyai daya perubahan yang tinggi,

memandang jauh ke hadapan, inovatif serta manjadi penyumbang kepada tamadun

sains dan teknologi masa depan. Dengan kata lain, masyarakat Malaysia perlu

mempunyai semangat ingin tahu yang tinggi, ingin mencuba, celik sains, bersifat

terbuka, membuat keputusan berdasarkan fakta yang nyata, menghargai sumbangan

sains dan teknologi, menghargai keseimbangan alam, mempunyai iltizam dan

kesanggupan untuk menyumbang terhadap kemajuan sains dan teknologi ( Abu

Hassan, 2003).

Sistem pendidikan Malaysia perlu dinamik, melalui pelaksanaan kurikulum

yang sesuai dan kemas, selaras dengan cita-cita dan kehendak negara. Bagi

mencapai matlamat pendidikan yang berkesan, kurikulum dan proses pengajaran

yang dilakukan perlu berada dalam keadaan harmoni. Kurikulum Sains KBSM,

misalnya, di mana melibatkan konsep dan penyiasatan serta penyelesaian masalah

sains secara induktif, akan menjadi berkesan dan bermakna jika kerangka kurikulum

tersebut memberi penekanan terhadap konsep-konsep dan masalah yang betul-betul

penting dan menarik, di samping melibatkan pengajaran melalui proses induktif yang

‘hidup’.

Page 20: SITI NADYA BINTI ZYNUDDIN€¦ · nombor bilangan item dalam soal-selidik 3.2 Skala Pemeringkatan Skor Min 29 4.1 Taburan Responden Mengikut Jantina 31 4.2 Taburan responden Mengikut

3

Bersesuaian dengan hasrat rancangan KBSM, strategi pengajaran-

pembelajaran perlu memberi penekanan kepada kesepaduan antara pemerolehan

pengetahuan, penguasaan kemahiran saintifik dan pemupukan nilai murni. Bagi

tujuan ini, strategi pengajaran-pembelajaran sains haruslah berteraskan kepada

pembelajaran menerusi pengalaman yang mengutamakan pendekatan

inkuiri/penemuan. Aktiviti inkuiri dan penemuan ini melibatkan pelajar mengenal

pasti (sesuatu) masalah, seterusnya merancang atau menjalankan penyelidikan untuk

menyelesaikan masalah tersebut secara terancang dan bersistem (dengan bimbingan

guru) (Meor Ibrahim, 2001).

Melalui kaedah inkuiri/penemuan ini pelajar berpeluang memperoleh

pengetahuan dan menguasai kemahiran tertentu dengan lebih berkesan (iaitu melalui

usaha dan pengalaman sendiri). Bermakna,segala aktiviti pembelajaran yang

dirancang perlu melibatkan pelajar secara aktif untuk menggalakkan pembentukan

pemikiran analitis, kritis dan kreatif. Justeru, bagi mencapai matlamat ini guru perlu

membimbing pelajar dengan menggunakan pelbagai gaya pembelajaran yang sesuai,

demi untuk meluaskan pengalaman pembelajaran serta memperkukuhkan

pemahaman dan ingatan pelajar (Abu Hassan, 2003).

Oleh yang demikian, kajian mengenai persepsi pembelajaran secara Problem-

Based Learning atau Pembelajaran Berasaskan Masalah perlu dijalankan di kalangan

pelajar-pelajar tahun akhir aliran sains fakulti pendidikan untuk mengetahui sejauh

manakah pengetahuan dan pemahaman bakal-bakal guru tersebut sepanjang proses

pembelajaran mereka di Universiti Teknologi Malaysia. Diharapkan hasil daripada

kajian ini dapat memberi idea dan panduan kepada pihak guru, fakulti dan

Kementerian Pendidikan untuk menghasilkan proses pengajaran dan pembelajaran

terutamanya dalam mata pelajaran sains yang lebih berkesan.

1.2 Latar Belakang Masalah

Page 21: SITI NADYA BINTI ZYNUDDIN€¦ · nombor bilangan item dalam soal-selidik 3.2 Skala Pemeringkatan Skor Min 29 4.1 Taburan Responden Mengikut Jantina 31 4.2 Taburan responden Mengikut

4

Pendidikan Sains KBSM bermatlamat untuk membekalkan pelajar dengan

pengetahuan dan kemahiran sains, mengembangkan daya pemikian saintifik dan

memupuk nilai-nilai murni. Seterusnya dengan tercapainya matlamat ini, diharapkan

para pelajar dapat memahami dan menghargai sains dan aplikasinya dalam

kehidupan dan untuk membangunkan negara serta berkeupayaan menyelesaikan

masalah harian bagi membentuk warga negara yang bertanggungjawab demi

kesejahteraan manusia (Pusat Perkembangan Kurikulum, 1988).

Sering kali pengajaran-pembelajaran sains di dalam bilik darjah atau makmal

dimonopoli sepenuhnya oleh guru dengan memberikan pelbagai arahan yang perlu

diikuti. Sering kali kedengaran guru merungut semasa pelajar melakukan kerja

amali. Kerja amali yang dilakukan hanyalah bertujuan untuk mengesahkan teori,

dengan hanya melibatkan aspek manipulatif. Pendekatan, kaedah dan strategi yang

digunakan oleh guru secara autokratik tidak sesuai lagi. Guru tidak perlu lagi

mengawal sepenuhnya aktiviti pengajaran-pembelajaran dengan memberi segala

fakta, maklumat serta arahan mengenai apa yang perlu dilakukan oleh pelajar semasa

proses pengajaran-pembelajaran. Cara ini akan menjadikan pelajar pasif, iaitu hanya

menerima segala maklumat yang diberikan guru (Meor Ibrahim, 2001).

Satu ciri soalan sains dan matematik ialah di dalam soalan itu tersemat

maklumat dan juga masalah yang mungkin menimbulkan kesukaran bagi seseorang

pelajar hendak menyelesaikannya. Sekiranya maklumat tersebut ialah maklumat

yang sudah diketahui pelajar, maka proses penyelesaian masalah menjadi aktiviti

pengukuhan atau ulangkaji sahaja. Walau bagaimanapun, sekiranya maklumat

tersebut merupakan maklumat yang baru atau yang masih belum dikuasai, maka

proses penyelesaian masalah menjadi aktiviti pendedahan. Oleh itu, proses

penyelesaian masalah bukan sahaja menjadi aktiviti ulang kaji bagi seseorang

pelajar, malah turut menjadi aktiviti pendedahan pula kepada seseorang pelajar lain.

Semakin banyak soalan sains dan matematik yang cuba diselesaikan, semakin

banyaklah maklumat yang diperoleh dan dipertimbangkan oleh pelajar. Seterusnya,

semakin besarlah kemungkinan pelajar menguasai maklumat tersebut. Oleh itu,

suatu masalah yang dihadapi itu akan bertindak sebagai pencetus ke arah berlakunya

pembelajaran yang seterusnya (Mohd Uzi, 2006).

Page 22: SITI NADYA BINTI ZYNUDDIN€¦ · nombor bilangan item dalam soal-selidik 3.2 Skala Pemeringkatan Skor Min 29 4.1 Taburan Responden Mengikut Jantina 31 4.2 Taburan responden Mengikut

5

Antara salah satu kaedah pendekatan dalam pengajaran dan pembelajaran

yang menimbulkan banyak minat di kalangan tenaga pengajar di institusi-institusi

pengajian tinggi sejak kebelakangan ini ialah kaedah pembelajaran aktif dan kaedah

pembelajaran berasaskan masalah atau program-based learning. Chickering dan

Gamson (1987) menghasilkan tujuh prinsip amalan baik dalam pendidikan siswazah.

Antara prinsip yang diketengahkan oleh mereka ialah:

“Learning is not a spectator sport. Students do not learn much

just sitting in classes listening to teachers, memorizing pre-packaged

assignments and spitting out answers. They must talk about what they

are learning, write about it, relate it to past experiences, and apply it

to their daily lives. They must make what they learn part of

themselves.”

(Chickering dan Gamson, 1987)

Walau bagaimanapun, masih ramai lagi siswazah yang kurang memahami

dan tidak mempercayai keberkesanan kaedah pedagogi ini. Antara punca-punca

kritikan dan keengganan menggunakannya adalah kepercayaan bahawa pendekatan

ini merupakan alternatif dan bukan kaedah yang dapat meningkatkan keberkesanan

syarahan seseorang tenaga pengajar. Namun, untuk belajar secara berkesan pelajar

harus melakukan lebih daripada mendengar sahaja.

1.3 Pernyataan Masalah

Problem-Based Learning (PBL) adalah contoh terbaik bagi satu model

pendidikan yang berunsurkan persekitaran pembelajaran konstruktivis ( Savery et al.,

1996; Jonassen, 1999). Semasa sesi pengajaran dan pembelajaran di Universiti

Teknologi Malaysia, para siswazah telah melalui pelbagai kaedah pembelajaran yang

telah dipraktikkan oleh pensyarah-pensyarah yang berpengalaman. Kaedah

pembelajaran ini adalah kaedah yang masih baru tetapi ianya menjadi pendekatan

pilihan terutamanya semasa proses pengajaran pembelajaran subjek-subjek sains.

Page 23: SITI NADYA BINTI ZYNUDDIN€¦ · nombor bilangan item dalam soal-selidik 3.2 Skala Pemeringkatan Skor Min 29 4.1 Taburan Responden Mengikut Jantina 31 4.2 Taburan responden Mengikut

6

Para siswazah semestinya telah banyak didedahkan dengan kaedah pembelajaran ini

namun persoalan yang timbul ialah adakah bakal-bakal guru ini memahami dan

mempunyai pengetahuan yang secukupnya tentang kaedah pembelajaran ini?

Justeru, kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti persepsi problem-based learning

dalam kalangan siswazah tahun akhir aliran sains fakulti pendidikan, Universiti

Teknologi Malaysia, Skudai, Johor Bahru.

1.4 Objektif kajian

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti persepsi pembelajaran secara

problem-based learning dalam kalangan pelajar-pelajar tahun akhir aliran sains

fakulti pendidikan berdasarkan enam (6) kategori berikut:

i. Gaya pembelajaran secara Problem-Based Learning (PBL).

ii. Kerjasama dan komunikasi antara kumpulan dan fasilitator.

iii. Kemahiran menyelesaikan masalah.

iv. Komitmen terhadap gaya pembelajaran PBL.

v. Kebolehan PBL dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

vi. Sikap dan minat terhadap PBL.