siti haniah binti rohmad (rahmad)eprints.utm.my/id/eprint/53601/1/sitihaniahrohmad(rahmad... ·...

42
GARIS PANDUAN DAN ETIKA E-DAGANG BAGI PRODUK FIZIKAL MENURUT PERSPEKTIF SYARIAH SITI HANIAH BINTI ROHMAD (RAHMAD) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Upload: truongnhi

Post on 02-Mar-2019

236 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: SITI HANIAH BINTI ROHMAD (RAHMAD)eprints.utm.my/id/eprint/53601/1/SitiHaniahRohmad(Rahmad... · 2016-02-22 · menurut perspektif syariah adalah bercirikan Islam, ... yang tiada unsur

GARIS PANDUAN DAN ETIKA E-DAGANG BAGI PRODUK FIZIKAL

MENURUT PERSPEKTIF SYARIAH

SITI HANIAH BINTI ROHMAD (RAHMAD)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: SITI HANIAH BINTI ROHMAD (RAHMAD)eprints.utm.my/id/eprint/53601/1/SitiHaniahRohmad(Rahmad... · 2016-02-22 · menurut perspektif syariah adalah bercirikan Islam, ... yang tiada unsur

GARIS PANDUAN DAN ETIKA E-DAGANG BAGI PRODUK FIZIKAL

MENURUT PERSPEKTIF SYARIAH

SITI HANIAH BINTI ROHMAD (RAHMAD)

Tesis ini dikemukakan

sebagai memenuhi syarat penganugerahan

Ijazah Sarjana Falsafah (Sains Halal)

Fakulti Tamadun Islam

Universiti Teknologi Malaysia

MAC, 2015

Page 3: SITI HANIAH BINTI ROHMAD (RAHMAD)eprints.utm.my/id/eprint/53601/1/SitiHaniahRohmad(Rahmad... · 2016-02-22 · menurut perspektif syariah adalah bercirikan Islam, ... yang tiada unsur

GARIS PANDUAN DAN ETIKA E-DAGANG BAGI PRODUK FIZIKAL

MENURUT PERSPEKTIF SYARIAH

SITI HANIAH BINTI ROHMAD (RAHMAD)

A thesis submitted in fulfilment of the

requirements for the award of the degree of

Master of Philosophy (Halal Science)

Faculty of Islamic Civilization

University Technology Malaysia

MARCH, 2015

Page 4: SITI HANIAH BINTI ROHMAD (RAHMAD)eprints.utm.my/id/eprint/53601/1/SitiHaniahRohmad(Rahmad... · 2016-02-22 · menurut perspektif syariah adalah bercirikan Islam, ... yang tiada unsur

iii

DEDIKASI

Salam Sejahtera.

Bersyukur saya kepada tuhan kerana dengan berkat dan rahmatNya, tesis ini

dapat disiapkan mengikut masa dan ketetapanNya.

Istimewa buat :

Ayahanda dan bonda tercinta ,

En.Rohmad (Rahmad) Bin Jalil dan Pn. Asnah Binti Ahmad

Yang sentiasa merestui perjalanan hidupku

Penyeliaku yang dihormati,

Prof. Madya Dr. Hussin Bin Salamon

Yang menjadi pembimbing dan penasihat terbaikku

Adik-beradikku yang tersayang

Masrini, Hafiza, Mohd Fahmy dan Norazira

Yang sentiasa memahami keadaanku

serta

rakan-rakan sekerjaku

yang sentiasa memberi sokongan dan maklumat tambahan yang berkaitan

Terima kasih yang tiada penghujungnya di atas sokongan dan pengertian kalian.

Semoga kejayaan sentiasa akan menjadi milik kita bersama…

Page 5: SITI HANIAH BINTI ROHMAD (RAHMAD)eprints.utm.my/id/eprint/53601/1/SitiHaniahRohmad(Rahmad... · 2016-02-22 · menurut perspektif syariah adalah bercirikan Islam, ... yang tiada unsur

iv

PENGHARGAAN

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, selawat dan

salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. Syukur ke hadrat Ilahi kerana

dengan limpah dan kurnia-Nya saya dapat menyiapkan tesis sarjana ini bagi

melengkapkan program Sarjana Falsafah (Sains Halal).

Sekalung penghargaan dan kasih sayang dihulurkan buat kedua ayahanda dan

bonda serta seluruh ahli keluarga yang banyak memberi dorongan dan galakan sejak

dari awal pengajian hingga kini.

Saya juga ingin merakamkan penghargaan yang tulus ikhlas dan tidak

terhingga khas kepada Prof. Madya Dr. Hussin Bin Salamon selaku penyelia tesis

sarjana saya atas bimbingan, nasihat, tunjuk ajar, dorongan dan telah mencurahkan

ilmu tanpa penat lelah walaupun dalam kesibukan tugas beliau sehingga kajian ini

dapat disiapkan.

Akhir sekali, setinggi penghargaan dan ucapan ribuan terima kasih juga

diucapkan kepada semua guru-guru di SMA Bugisiah kerana sentiasa bertolak ansur

dalam memahami situasi saya sebagai pelajar dan kepada semua pihak yang terlibat

dalam menjayakan tesis ini secara langsung atau tidak langsung. Ku iringi doa dan

harapan moga Allah merestui perjalanan hidup kalian di dunia dan akhirat.

Page 6: SITI HANIAH BINTI ROHMAD (RAHMAD)eprints.utm.my/id/eprint/53601/1/SitiHaniahRohmad(Rahmad... · 2016-02-22 · menurut perspektif syariah adalah bercirikan Islam, ... yang tiada unsur

v

ABSTRAK

E-dagang semakin berkembang dan diterima oleh masyarakat dunia termasuk

di Malaysia. Kajian ini bertujuan menghasilkan garis panduan dan etika E-dagang

bagi produk fizikal menurut perspektif syariah. Objektif kajian ini ialah untuk

menganalisis konsep E-dagang menurut perspektif syariah, untuk mengenal pasti

jenis salah laku peniaga dalam urusan jual beli atas talian dan untuk menyediakan

satu garis panduan dan etika E-dagang menurut perspektif syariah. Kajian ini

menggunakan kaedah kualitatif yang merangkumi kajian kepustakaan, analisis

dokumen, dan pemerhatian terhadap 10 laman portal yang dipilih berdasarkan

kekerapan carian oleh pengguna. Aspek yang dilihat pada 10 laman portal tersebut

ialah pematuhan dan salah laku perniagaan E-dagang berdasarkan Akta Perlindungan

Pengguna 1999. Hasil daripada analisis kajian mendapati bahawa konsep E-dagang

menurut perspektif syariah adalah bercirikan Islam, melibatkan proses penawaran

dan penerimaan melalui kontrak muamalah Islam, menggunakan sistem pembayaran

yang tiada unsur riba, mempromosikan produk secara telus dan beretika serta

menerapkan nilai-nilai etika perniagaan Islam. Antara salah laku yang dilakukan oleh

para peniaga yang menggunakan laman portal tersebut ialah tidak memaparkan

maklumat perniagaan yang lengkap, tiada pernyataan syarat dan terma perniagaan,

kaedah pembayaran yang tidak menggunakan institusi kewangan Islam, tidak

memaklumkan jenis perkhidmatan penghantaran yang digunakan dan melakukan

promosi yang bertentangan dengan hukum syarak. Hasil kajian ini bermanfaat untuk

panduan kepada para peniaga atas talian, kerajaan, badan-badan berkanun dan

pengguna perkhidmatan atas talian.

Page 7: SITI HANIAH BINTI ROHMAD (RAHMAD)eprints.utm.my/id/eprint/53601/1/SitiHaniahRohmad(Rahmad... · 2016-02-22 · menurut perspektif syariah adalah bercirikan Islam, ... yang tiada unsur

vi

ABSTRACT

There has been a growing demand and interest of E-commerce by the

consumers all over the world, and Malaysia is no exception. This study aims to

provide an appropriate guideline of online trading according to Islamic business

principles. The specific objectives of this study are to analyse the concept of

E-commerce from the shariah perspective, to identify the type of misconducts

committed by online business sellers while doing online transaction and also to

suggest a guideline for online business activity according the shariah principles. This

study employed a qualitative research method that include library research, document

analysis and observation of the 10 online portals that were selected based on the

highest search rating by the consumers. The elements observed in the portals were

the aspects of compliance and misconduct based on the Consumer Protection Act

1999. From the analysis, it can be concluded that the concept of shariah – based

E-commerce follows the characteristics of Islamic business transaction. The concept

also comprises the process of offer and acceptance as suggested in Islamic contract,

avoids interest in the method of payment, promotes products transparently and

ethically and applies the Islamic ethical values. It is also discovered that there have

been serious misconducts practised by the online traders including not displaying

business details, not providing business terms and conditions, utilising non-Islamic

financial institutions for the method of payment, unclear notification on the type of

courier services being used and using non-Islamic approach in promoting products.

This study suggests a set of ethical guidelines according to the shariah principles to

the online traders in Malaysia. This study is very useful to the online traders,

government, statutory bodies and consumers.

Page 8: SITI HANIAH BINTI ROHMAD (RAHMAD)eprints.utm.my/id/eprint/53601/1/SitiHaniahRohmad(Rahmad... · 2016-02-22 · menurut perspektif syariah adalah bercirikan Islam, ... yang tiada unsur

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA HALAMAN

JUDUL i

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xii

SENARAI RAJAH xiii

SENARAI SINGKATAN xiv

SENARAI LAMPIRAN xv

1 PENGENALAN 1

1.1 Pendahuluan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 3

1.3 Pernyataan Masalah 8

1.4 Objektif Kajian 9

1.5 Persoalan Kajian 10

1.6 Kepentingan Kajian 11

1.7 Batasan Kajian 13

1.8 Definisi Istilah 14

1.9 Rumusan 16

Page 9: SITI HANIAH BINTI ROHMAD (RAHMAD)eprints.utm.my/id/eprint/53601/1/SitiHaniahRohmad(Rahmad... · 2016-02-22 · menurut perspektif syariah adalah bercirikan Islam, ... yang tiada unsur

viii

2 SOROTAN KAJIAN 17

2.1 Pendahuluan 17

2.2 Kemajuan Dunia Dagangan Hari Ini 18

2.3 Teknologi Internet 19

2.4 E-dagang 21

2.4.1 Peranan E-dagang Dalam Kemajuan

Ekonomi Negara 23

2.5 Polisi Perundangan E-dagang Di Malaysia 25

2.6 Falsafah Perniagaan Konvensional 26

2.6.1 Konsep E-dagang 28

2.6.2 Ciri-ciri E-dagang 31

2.6.3 Tawaran dan Penerimaan Produk E-dagang 32

2.6.4 Kaedah Pembayaran Dalam Transaksi

E-dagang 33

2.6.5 Kaedah Pengiklanan Sebagai Alat Promosi

Produk E-dagang 35

2.6.6 Etika E-dagang 36

2.7 Falsafah Perniagaan Islam 38

2.8 Sorotan Kajian Lepas 43

2.9 Rumusan 48

3 METODOLOGI KAJIAN 49

3.1 Pendahuluan 49

3.2 Rekabentuk Kajian 50

3.2.1 Data Primer 50

3.2.2 Data Sekunder 51

3.3 Pengumpulan Data 52

3.3.1 Pemerhatian 52

3.3.2 Analisis Dokumen 53

Page 10: SITI HANIAH BINTI ROHMAD (RAHMAD)eprints.utm.my/id/eprint/53601/1/SitiHaniahRohmad(Rahmad... · 2016-02-22 · menurut perspektif syariah adalah bercirikan Islam, ... yang tiada unsur

ix

3.3.3 Kajian Kepustakaan 54

3.4 Prosedur Kajian 54

3.5 Analisis Data 56

3.6 Rumusan 57

4 KONSEP E-DAGANG MENURUT PERSPEKTIF

SYARIAH 58

4.1 Pendahuluan 58

4.2 E-dagang Menurut Perspektif Syariah 60

4.2.1 Ciri-ciri E-dagang Dari Perspektif

Syariah 61

4.2.2 Tawaran dan Penerimaan Produk

E-dagang Menurut Perspektif Syariah 63

4.2.2.1 Kaedah Pembatalan Kontrak Jual Beli 64

4.2.3 Sistem PembayaranTransaksi E-dagang

Menurut Perspektif Syariah 69

4.2.4 Kaedah Pengiklanan Sebagai Alat Promosi

Produk E-dagang Menurut Perspektif Syariah 71

4.2.5 Etika E-dagang Menurut Perspektif Syariah 76

4.3 Unsur Syubhah Dalam E-dagang 78

4.3.1 Gharar 81

4.3.1.1 Gharar Dalam Akad 81

4.3.1.2 Gharar Dalam Produk 83

4.3.2 Riba 85

4.3.2.1 Riba fadhl 86

4.3.2.2 Riba nasi’ah 86

4.4 Implementasi E-dagang Dari Perspektif Syariah 91

4.5 Rumusan 94

Page 11: SITI HANIAH BINTI ROHMAD (RAHMAD)eprints.utm.my/id/eprint/53601/1/SitiHaniahRohmad(Rahmad... · 2016-02-22 · menurut perspektif syariah adalah bercirikan Islam, ... yang tiada unsur

x

5 SALAH LAKU DAN ISU DALAM E-DAGANG 95

5.1 Pendahuluan 95

5.2 Salah Laku Dalam Transaksi E-dagang 96

5.3 Ciri-ciri E-dagang 100

5.3.1 Maklumat Perniagaan 100

5.3.1.1 Nama Peniaga/ Nama Perniagaan/

Nama Syarikat dan Nombor

Pendaftaran Perniagaan

100

5.3.1.2 Alamat Perniagaan, Alamat Emel

Dan Nombor Telefon 102

5.3.1.3 Jenis Produk Fizikal 106

5.3.1.4 Harga Produk 109

5.4 Penawaran dan Penerimaan Produk E-dagang 111

5.4.1 Terma dan Syarat 112

5.4.2 Anggaran Masa Penghantaran Produk

E-dagang 118

5.5 Kaedah Pembayaran Produk E-dagang 121

5.6 Kaedah Pengiklanan Produk E-dagang 125

5.7 Rumusan 127

6 RUMUSAN DAN CADANGAN 128

6.1 Pendahuluan 128

6.2 Rumusan 129

6.2.1 Konsep E-dagang Menurut Perspektif

Syariah

129

6.2.2 Jenis Salah Laku Yang Dilakukan Oleh

Peniaga Dalam E-dagang

130

Page 12: SITI HANIAH BINTI ROHMAD (RAHMAD)eprints.utm.my/id/eprint/53601/1/SitiHaniahRohmad(Rahmad... · 2016-02-22 · menurut perspektif syariah adalah bercirikan Islam, ... yang tiada unsur

xi

6.2.3 Garis Panduan E-dagang Bagi Produk

Fizikal Menurut Perspektif Syariah

131

6.2.4 Etika E-dagang Menurut Perspektif Syariah 143

6.3 Cadangan 148

6.4 Kajian Lanjutan 150

6.5 Penutup 152

RUJUKAN 153

LAMPIRAN A - - M 162 – 246

Page 13: SITI HANIAH BINTI ROHMAD (RAHMAD)eprints.utm.my/id/eprint/53601/1/SitiHaniahRohmad(Rahmad... · 2016-02-22 · menurut perspektif syariah adalah bercirikan Islam, ... yang tiada unsur

xii

SENARAI JADUAL

JADUAL TAJUK HALAMAN

4.1 Senarai bank Islamik di Malaysia

sehingga 12 November 2009

90

5.1 Senarai nama dan nombor pendaftaran

perniagaan E-dagang

101

5.2 Alamat premis perniagaan E-dagang 103

5.3 Alamat emel laman portal E-dagang 104

5.4 Talian telefon laman portal E-dagang 104

5.5 Jenis produk jualan di laman portal 106

5.6 Kos tambahan yang dikenakan oleh

peniaga atas talian

110

5.7 Perkongsian terma dan syarat perniagaan

E-dagang

112

5.8 Tempoh masa penghantaran produk

E-dagang

119

5.9 Kaedah pembayaran yang diaplikasikan

oleh laman portal

121

Page 14: SITI HANIAH BINTI ROHMAD (RAHMAD)eprints.utm.my/id/eprint/53601/1/SitiHaniahRohmad(Rahmad... · 2016-02-22 · menurut perspektif syariah adalah bercirikan Islam, ... yang tiada unsur

xiii

SENARAI RAJAH

JADUAL TAJUK HALAMAN

3.1 Carta Alir Analisis Data 56

Page 15: SITI HANIAH BINTI ROHMAD (RAHMAD)eprints.utm.my/id/eprint/53601/1/SitiHaniahRohmad(Rahmad... · 2016-02-22 · menurut perspektif syariah adalah bercirikan Islam, ... yang tiada unsur

xiv

SENARAI SINGKATAN

ATM - Automated Teller Machine

CDM - Cash Deposit Machine

COD - Cash On Delivery

EDI - Electronic Data Interchanges

EFT - Electronic Fund Transfers

HTML - Hyper Text Markup Language

ICT - Information, Communication and

Technology

IP - Internet Protocol

KPDNKK - Kementerian Perdagangan Dalam

Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan

s.a.w - Sallallahu ‘alaihi wasallam

s.w.t - Subhanahu wata’ala

SSM - Suruhanjaya Syarikat Malaysia

TCP - Transmission Control Protocol

URL - Uniform Resource Locators

WWW - World Wide Web

Page 16: SITI HANIAH BINTI ROHMAD (RAHMAD)eprints.utm.my/id/eprint/53601/1/SitiHaniahRohmad(Rahmad... · 2016-02-22 · menurut perspektif syariah adalah bercirikan Islam, ... yang tiada unsur

xv

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK HALAMAN

A Negara Asia Tertinggi Dalam Penggunaan

Internet Bagi Tahun 2013

162

B Statistik Penggunaan Internet Dan Populasi

Data Asia

163

C Berita Penipuan Atas Talian Di Media Massa 166

D Contoh Laman Portal Yang Mematuhi

Peraturan-Peraturan Perlindungan Pengguna

(Urus Niaga Perdagangan Elektronik) 2012

167

E Maklumat Perniagaan Laman Portal 168

F Jenis Produk Yang Dijual Di Laman Portal 174

G Aduan Pelanggan Di Laman Web Pusat

Khidmat Aduan Pengguna Nasional

178

H Terma dan Syarat Perniagaan Atas Talian 179

I Tempoh Masa Penghantaran Produk E-dagang 218

J Aduan Kelewatan Tempoh Masa Penerimaan

Produk

230

K Kaedah Pembayaran Produk Yang Dijual

Secara Atas Talian

231

L Jadual Pematuhan Dan Salah Laku Yang

Dilakukan Oleh Peniaga Dalam E-dagang

244

M Pengiklanan Yang Tidak Mematuhi Hukum

Syarak di Laman Portal Terpilih

245

N Tuduhan ke Atas Laman Portal Yang Menjual

Maklumat Peribadi Pembeli Atas Talian

246

Page 17: SITI HANIAH BINTI ROHMAD (RAHMAD)eprints.utm.my/id/eprint/53601/1/SitiHaniahRohmad(Rahmad... · 2016-02-22 · menurut perspektif syariah adalah bercirikan Islam, ... yang tiada unsur

xvi

Page 18: SITI HANIAH BINTI ROHMAD (RAHMAD)eprints.utm.my/id/eprint/53601/1/SitiHaniahRohmad(Rahmad... · 2016-02-22 · menurut perspektif syariah adalah bercirikan Islam, ... yang tiada unsur

1

BAB 1

PENGENALAN

1.1 Pendahuluan

Dilema utama dalam aktiviti perdagangan sejak dahulu ialah jarak yang jauh.

Aktiviti perdagangan sudah pun berkembang semenjak zaman Kesulatanan Melayu

Melaka. Ini terbukti melalui kesan sejarah lepas yang mana pedagang biasanya akan

berlayar dalam tempoh – tempoh tertentu untuk menjual hasil dagangan ke merata

tempat di seluruh pelosok dunia. Situasi tersebut menyebabkan tempoh masa

perniagaan bertambah dan risiko kerugian sekiranya barang dagangan dirompak atau

rosak adalah tinggi. Dalam usaha untuk mengembangkan perniagaan, pembekal

perkhidmatan perlu meluaskan pasarannya yang mana akan melibatkan kos yang

banyak seperti pengangkutan dan penyelenggaraan. Faktor waktu juga perlu diambil

kira, memandangkan kebanyakan perniagaan melibatkan perdagangan antarabangsa

di antara negara yang berbeza zon waktunya yang akan merumitkan urusniaga.

Page 19: SITI HANIAH BINTI ROHMAD (RAHMAD)eprints.utm.my/id/eprint/53601/1/SitiHaniahRohmad(Rahmad... · 2016-02-22 · menurut perspektif syariah adalah bercirikan Islam, ... yang tiada unsur

2

Oleh itu, perniagaan atas talian yang lebih dikenali sebagai E-dagang

merupakan salah satu medium perniagaan terkini yang banyak diaplikasikan oleh

peniaga. Aplikasi ini memudahkan lagi aktiviti perniagaan dijalankan pada setiap

masa tanpa mengira tempat seiring dengan perubahan kehidupan manusia kini yang

mementingkan masa (Nik Rahim Nik Wajis, 2009). Dengan kemudahan seperti E-

dagang ini, para pembeli atau pengguna mempunyai lebih banyak pilihan dan boleh

melakukan transaksi jualbeli yang berlebihan tanpa had. Manakala bagi peniaga

pula, situasi ini boleh dijadikan sebagai satu peluang keemasan dalam menambahkan

pendapatan, memandangkan kemudahan E-dagang ini hanya memerlukan kos yang

sangat rendah seperti tiada bayaran sewa premis, bayaran gaji pekerja, bayaran cukai

dan kos pengurusan operasi perniagaan yang dijalankan.

Dalam bancian yang telah dibuat oleh Nielsen Online, jumlah pengguna

internet di Asia adalah sebanyak 825,094,396 orang (42%) berbanding populasi

seramai 3,834, 792,852 pada tahun 2010. Negara-negara utama Asia yang

melangkah maju dalam dunia internet antaranya adalah China, Jepun, India, Korea

Selatan, Indonesia, Filipina, Vietnam, Pakistan, Singapura, Malaysia dan Thailand

(rujuk Lampiran A). Di Malaysia, kajian yang sama menunjukkan kadar pengguna

internet telah bertambah dari semasa ke semasa, iaitu sebanyak 3.7 juta orang pada

tahun 2000 meningkat kepada 20.1 juta pengguna dianggarkan sehingga 31

Disember 2014 (Internetworldstats.com, capaian pada 17/8/2014, rujuk Lampiran B).

Kemudahan internet kini bukan lagi dianggap sebagai trend semasa, tetapi lebih

kepada satu medium dalam mempermudahkan urusan harian samada bagi peniaga

ataupun surirumah.

Dunia internet juga kini bukan hanya sekadar gudang informasi dan bahan

bacaan, tetapi telah diaplikasikan dalam sektor perniagaaan atas talian atau

E-dagang. E-dagang melibatkan para peniaga yang mempromosikan produk mereka

secara maya di laman portal bagi menembusi sasaran pengguna sebagai pembeli

produk tersebut. Di Malaysia, sebanyak 37% pengguna internet terlibat dalam

Page 20: SITI HANIAH BINTI ROHMAD (RAHMAD)eprints.utm.my/id/eprint/53601/1/SitiHaniahRohmad(Rahmad... · 2016-02-22 · menurut perspektif syariah adalah bercirikan Islam, ... yang tiada unsur

3

aktiviti E-dagang sehingga tahun 2009, di mana 60% daripadanya datang dari

industri keperluan harian, aksesori dan fesyen (bezahra online business, capaian pada

3/6/2011). Antara laman portal E-dagang popular yang boleh dilayari oleh penduduk

di Malaysia adalah seperti zalora.com, mudah.com, lazada.com dan lelong.com.my

selain laman portal peribadi peniaga. Ini menunjukkan bahawa pendedahan

kemajuan teknologi internet di Malaysia khususnya dan di seluruh dunia amnya

semakin meluas dan mendapat perhatian manusia sejagat.

Kebanyakan penduduk di Malaysia yang tinggal di bandar menggunakan

aplikasi pembelian barang secara atas talian kerana jaringan internet yang semakin

baik, promosi daripada media massa dan juga kerana tabiat mereka yang malas

keluar rumah untuk membeli belah setelah seharian bekerja. Faktor pendorong lain

adalah faktor kenaikan harga bahan api kenderaan yang semakin meningkat serta

kesesakan lalulintas dan masalah untuk meletakkan kenderaan mereka. Oleh itu,

penglibatan kerajaan dalam membangunkan kemudahan Jalur Lebar di kawasan

bandar dan luar bandar dalam Rancangan Malaysia Ke-10 dijangka akan menarik

lebih ramai lagi pengguna E-dagang di Malaysia. Memandangkan E-dagang kini

semakin mendapat perhatian ramai, pendekatan tentang aplikasi E-dagang ini perlu

diperincikan dan dikaji keberkesanannya ke arah keharmonian kehidupan harian

manusia yang lebih bertamadun.

1.2 Latar Belakang Masalah

Kecanggihan teknologi internet adalah antara salah satu kesan ketamadunan

manusia abad ini. Namun begitu ia tidak menjanjikan perubahan nilai-nilai etika

manusia kepada yang lebih baik. Dalam bidang perniagaan, didapati banyak

kesilapan dan kecuaian yang dilakukan oleh peniaga sama ada disedari atau tidak.

Page 21: SITI HANIAH BINTI ROHMAD (RAHMAD)eprints.utm.my/id/eprint/53601/1/SitiHaniahRohmad(Rahmad... · 2016-02-22 · menurut perspektif syariah adalah bercirikan Islam, ... yang tiada unsur

4

Masyarakat Islam juga tidak peduli dan peka pada transaksi perniagaan yang

dilaksanakan terutamanya peniaga yang hanya mementingkan keuntungan (Rafizah,

2010). Dari al-Maqburi dari Abu Hurairah r.a berkata, Rasulullah S.A.W pernah

bersabda;

“Akan tiba suatu masa, yang manusianya tidak peduli lagi tentang

sumber usahanya, dari sumber yang halal ataukah dari sumber yang

haram”.

(An-Nasa’i: 4300)

Petikan hadis di atas menjelaskan bahawa Rasulullah s.a.w telah

menjangkakan bahawa akan tiba satu zaman yang mana manusia tidak lagi

menghiraukan samada sesuatu barangan itu halal atau haram. Petikan hadis itu juga

bertepatan dengan kecanggihan zaman teknologi kini yang juga semakin

mengurangkan kebimbangan manusia terhadap isu halal dan haram. Dalam isu E-

dagang, umum mengetahui bahawa teknologi komputer dan internet kini memainkan

peranan yang sangat penting dalam industri ekonomi amnya dan perniagaan di

Malaysia khususnya memandangkan ia dapat menghasilkan jaringan perniagaan

tanpa batasan.

Namun begitu, dalam kerancakan aktiviti E-dagang ini, masih terdapat

kekurangan dan kelemahan mengenainya terutama di Malaysia selaku sebuah negara

Islam. Hanya segelintir umat Islam yang mungkin menyedari adakah proses jualbeli

maya tersebut dibenarkan dalam Islam, adakah jualbeli atas talian memenuhi hukum

syarak, adakah wujud unsur syubhah pada produk yang dipamerkan di laman portal

dan adakah promosi yang dilaksanakan bertepatan dengan kehendak syariat Islam

yang melarang pujian berlebihan terhadap barangan yang tidak pasti seperti yang

disabdakan oleh Rasulullah s.a.w dari Sa’id ibnu al-Musayyab dari Abu Hurairah r.a;

Page 22: SITI HANIAH BINTI ROHMAD (RAHMAD)eprints.utm.my/id/eprint/53601/1/SitiHaniahRohmad(Rahmad... · 2016-02-22 · menurut perspektif syariah adalah bercirikan Islam, ... yang tiada unsur

5

“Sumpah palsu itu dapat melariskan dagangan, tetapi menghapuskan

berkahnya”.

(An-Nasa’i: 4307)

Terdapat pelbagai bidang perkhidmatan produk yang ditawarkan di atas talian

kini antaranya produk pakaian, alatan rumah, kenderaan, makanan, makanan

kesihatan dan lain-lain lagi. Pada masa kini, Malaysia mengalami kebanjiran

pelbagai jenis produk dari dalam dan luar negara yang mana menjanjikan pelbagai

kelebihan yang menarik dan menakjubkan. Ini dapat dilihat melalui promosi dan

iklan yang dipaparkan di media-media massa kini sehingga menarik hati pengguna

untuk membeli produk tersebut. Justeru itu, faktor pengiklanan adalah penting

kepada pengusaha produk jualan bagi memastikan kejayaan dan keuntungan

perniagaan mereka.

Namun begitu, seiring dengan kemajuan teknologi komunikasi kini, terdapat

beberapa pihak yang terlibat dalam bidang ini yang mengambil langkah global

dengan memasarkan produk mereka secara atas talian di mana ia dapat di promosi di

seluruh dunia tanpa batasan dengan kos pengiklanan yang lebih rendah.

Sungguhpun produk yang dijual adalah produk usahawan Melayu yang mempunyai

cop halal, namun masih terdapat peniaga-peniaga atas talian yang beragama Islam

yang mempraktikkan jualan produk yang bertentangan dengan syariat Islam apatah

lagi peniaga bukan Islam. Seperti yang dipaparkan di dada-dada akhbar kini, di

mana banyak aduan yang dibuat berkaitan perniagaan atas talian (rujuk Lampiran C).

Dalam konteks ini, ketelusan peniaga memainkan peranan yang sangat penting dalam

memastikan produk yang diperdagangkan secara maya adalah wujud secara

fizikalnya, tiada unsur ketidakpastian (gharar) dan kesamaran (syubhah) serta

bertepatan dengan kehendak pelanggan dengan mempraktikkan promosi yang tidak

keterlaluan

Page 23: SITI HANIAH BINTI ROHMAD (RAHMAD)eprints.utm.my/id/eprint/53601/1/SitiHaniahRohmad(Rahmad... · 2016-02-22 · menurut perspektif syariah adalah bercirikan Islam, ... yang tiada unsur

6

Bagi menangani permasalahan tersebut, beberapa rang undang-undang telah

digubal. Pada tahun 1998, Malaysia telah memperkenalkan Akta Komunikasi dan

Multimedia bagi meletakkan negara sebagai pusat sedunia bagi komunikasi dan

maklumat multimedia. Selain daripada itu terdapat satu set undang-undang siber

iaitu Akta Jenayah Komputer 1997, Akta Tandatangan Digital 1997, Akta

Teleperubatan 1997 dan Akta Hakcipta Pindaan 1997 bagi membendung jenayah

siber. Akta Perlindungan Pengguna 1999 juga telah meletakkan satu rang undang-

undang baru berkaitan internet iaitu Peraturan – Peraturan Perlindungan Pengguna

(Urus Niaga Perdagangan Elektronik) 2012. Pada akhir tahun 2010, kerajaan telah

meminda semula Akta E-dagang yang digubal pada tahun 2006 bagi melindungi hak

pembeli dan penjual yang melakukan transaksi E-dagang khususnya di Malaysia

(Kamal dan Fariza, 2005)

Menurut YB Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob selaku Menteri Perdagangan

Dalam Negeri ada perubahan di dalam akta tersebut yang memerlukan penjual yang

menjual secara atas talian untuk memiliki syarikat perniagaan yang sah dan berdaftar

bagi mengelakkan penipuan di kalangan peniaga (Utusan Online, 23/12/2009).

Beliau turut menjelaskan sekiranya produk yang ditawarkan tidak menepati seperti

yang diiklankan, tindakan boleh diambil ke atas peniaga terbabit berdasarkan Akta

Perihal Dagangan 1972. Namun begitu, sekiranya produk tersebut adalah produk

kesihatan, penguatkuasaan adalah mengikut undang-undang dan bidang kuasa

Kementerian Kesihatan seperti kes-kes produk pelangsing badan, kosmetik, ubat-

ubatan tradisional yang disahkan mengandungi bahan kimia berlebihan termasuk

steroid yang semakin berleluasa penjualannya di dalam dunia siber.

Dalam konteks penipuan siber ini, pengguna juga seharusnya lebih peka

dalam mengenalpasti kewujudan laman-laman portal dan produk dalam dunia siber.

Mereka seharusnya mempelajari teknik-teknik untuk mengelakkan diri dari ditipu

seperti meminta peniaga memaparkan foto produk yang ingin dibeli dari pelbagai

sudut, meminta senarai ramuan bagi produk makanan atau kosmetik, mendapatkan

Page 24: SITI HANIAH BINTI ROHMAD (RAHMAD)eprints.utm.my/id/eprint/53601/1/SitiHaniahRohmad(Rahmad... · 2016-02-22 · menurut perspektif syariah adalah bercirikan Islam, ... yang tiada unsur

7

data peribadi dan nombor telefon peniaga untuk berkomunikasi dengan lebih lanjut

tentang mutu dan kualiti produk yang ditawarkan selain sebagai persediaan jika

terjadi kes penipuan. Selain itu, pastikan setiap pembelian disertakan dengan resit

atau invois daripada peniaga.

Terdapat kes yang mana berlaku penipuan dari segi pengesahan identiti pihak

yang melakukan transaksi menyebabkan urusniaga atas talian tidak dapat

dilaksanakan dengan sempurna dari sudut syariah. Kekurangan maklumat mengenai

pengguna akan menyukarkan peniaga untuk menghantar barangan tersebut manakala

kekurangan identiti peniaga pula menyukarkan pihak pengguna untuk mengesan

mereka sekiranya berlaku kes penipuan. Seharusnya hubungan antara peniaga dan

pengguna diteruskan selepas proses transaksi perniagaan bagi mengharmonikan

dunia perniagaan E-dagang. Seterusnya, segala maklumat mengenai pengguna yang

berurusan dengan pihak peniaga atas talian ini hendaklah dirahsiakan dari sudut

undang-undang untuk mengelakkan berlakunya kebocoran maklumat yang boleh

menyebabkan berlakunya penipuan seperti maklumat kad kredit dan nombor akaun

bank pihak pengguna (Sabahdaily.com, capaian pada 11/7/2010).

Oleh itu, kajian ini dilaksanakan agar dapat memberi gambaran sebenar

kepada semua pihak terutamanya peniaga atas talian mengenai perdagangan

elektronik iaitu E-dagang yang berlandaskan syariah. Selain itu, kajian ini juga

memperincikan jenis-jenis salah laku yang dilakukan oleh beberapa peniaga atas

talian dan kaedah promosi yang dilaksanakan sama ada berlandaskan hukum Islam

atau tidak bagi membina satu garis panduan dan etika yang diperlukan oleh peniaga

atas talian dalam melaksanakan aktiviti E-dagang yang mematuhi tuntutan syariah.

Page 25: SITI HANIAH BINTI ROHMAD (RAHMAD)eprints.utm.my/id/eprint/53601/1/SitiHaniahRohmad(Rahmad... · 2016-02-22 · menurut perspektif syariah adalah bercirikan Islam, ... yang tiada unsur

8

1.3 Pernyataan Masalah

Melalui permasalahan atas talian yang dinyatakan dalam latar belakang

masalah di atas, ternyata bahawa isu etika peniaga dalam transaksi perniagaan atas

talian kian hebat diperbincangkan memandangkan E-dagang merupakan antara

kemudahan terkini di abad ini yang diaplikasikan oleh ramai pengguna Islam di

Malaysia. Namun begitu, kajian mengenai isu E-dagang di Malaysia masih tidak

mencukupi untuk dijadikan sebagai panduan dan rujukan menyebabkan penyelidik

mengambil peluang ini untuk membantu permasalahan serantau.

Kajian mengenai etika perniagaan atas talian di Malaysia seharusnya

diperincikan bagi membendung masalah-masalah yang berlaku dalam E-dagang dan

memberikan satu garis panduan kepada peniaga atas talian untuk melaksanakan

perniagaan yang berlandaskan hukum syarak. Dari sudut kepentingannya kepada

pengguna, pembinaan garis panduan dan etika perniagaan atas talian ini dapat

melindungi hak-hak pengguna ketika berurusan secara atas talian dengan pihak

peniaga. Selain itu, pembinaan garis panduan dan etika tersebut membolehkan para

pengguna Muslim mengetahui sejauh mana kaedah pembelian yang mereka lakukan

seharian itu sah disisi hukum syarak atau tidak.

Lantaran itu, penyelidik ingin mengkaji isu ini untuk memahami dengan lebih

mendalam konsep perniagaan atas talian yang berlandaskan syariah dan

mengenalpasti salah laku peniaga dalam perniagaan atas talian. Melalui pemahaman

dan penelitian aspek tersebut, penyelidik akan membina satu garis panduan dan etika

perniagaan atas talian yang berlandaskan hukum syarak agar dapat diaplikasikan oleh

peniaga atas talian dalam membina perniagaan atas talian yang mengikut perspektif

syariah.

Page 26: SITI HANIAH BINTI ROHMAD (RAHMAD)eprints.utm.my/id/eprint/53601/1/SitiHaniahRohmad(Rahmad... · 2016-02-22 · menurut perspektif syariah adalah bercirikan Islam, ... yang tiada unsur

9

1.4 Objektif Kajian

Objektif kajian ini dijalankan adalah untuk menyelidik sikap peniaga -

peniaga atas talian dalam melaksanakan perniagaan yang berlandaskan syariah Islam.

Untuk mencapai objektif tersebut, beberapa objektif khusus perlu dicapai iaitu;

i. Untuk menganalisa konsep E-dagang menurut perspektif syariah.

ii. Untuk mengenal pasti jenis salahlaku yang dilakukan oleh peniaga di dalam

urusan jual beli atas talian.

iii. Untuk mencadangkan satu garis panduan E-dagang bagi produk fizikal

kepada peniaga atas talian menurut perspektif syariah.

iv. Untuk mengenalpasti etika-etika yang boleh diamalkan oleh peniaga dalam

mengendalikan E-dagang menurut perspektif syariah.

Page 27: SITI HANIAH BINTI ROHMAD (RAHMAD)eprints.utm.my/id/eprint/53601/1/SitiHaniahRohmad(Rahmad... · 2016-02-22 · menurut perspektif syariah adalah bercirikan Islam, ... yang tiada unsur

10

1.5 Persoalan Kajian

Berdasarkan permasalahan di atas, persoalan kajian mengenai penyelidikan

ini adalah seperti berikut;

i. Bagaimanakah bentuk konsep E-dagang yang mematuhi syariah?

ii. Apakah jenis salahlaku yang dilakukan oleh peniaga di dalam urusan jual beli

atas talian?

iii. Bagaimanakah bentuk garis panduan E-dagang bagi produk fizikal menurut

perspektif syariah?

iv. Apakah etika-etika yang boleh diterapkan kepada peniaga atas talian dalam

melaksanakan E-dagang menurut perspektif syariah?

Dengan terjawabnya persoalan kajian di atas, pada akhir kajian satu garis

panduan dan etika E-dagang yang lebih jelas dapat diketengahkan untuk pengetahuan

umum khususnya umat Islam di Malaysia dalam menjalankan transaksi perniagaan

atas talian yang mematuhi hukum syarak.

Page 28: SITI HANIAH BINTI ROHMAD (RAHMAD)eprints.utm.my/id/eprint/53601/1/SitiHaniahRohmad(Rahmad... · 2016-02-22 · menurut perspektif syariah adalah bercirikan Islam, ... yang tiada unsur

11

1.6 Kepentingan Kajian

Dunia masa kini adalah dunia tanpa batasan yang dapat menghasilkan

komunikasi dan transaksi perniagaan dengan hanya di hujung jari tanpa mengira

kaum, bangsa dan agama. Jika diperhatikan kini semakin ramai yang mewujudkan

sistem perniagaan sendiri. Beberapa tahun dahulu perniagaan banyak dilaksanakan

secara konvensional tetapi seiring dengan kemajuan, perniagaan mengikut kaedah

Islam kini juga sudah banyak diaplikasikan di seluruh dunia seperti kewujudan

perkhidmatan perbankan Islam yang semakin pesat dikembangkan oleh bank-bank

konvensional. Justeru, kajian ini sangat diperlukan kepada negara memandangkan

Malaysia adalah negara Islam yang memiliki 17, 375 juta (61.3%) penduduk

beragama Islam (statistik 2012, Jabatan Perangkaan Malaysia). Dari sudut Islam

pula, terdapat beberapa hukum dan syarat-syarat yang perlu dipatuhi untuk

memastikan transaksi perniagaan yang dijalankan sah di sisi agama.

Kajian ini dijalankan setelah membuat beberapa perkiraan kepentingan

manfaatnya kepada masyarakat umumnya dan kepada golongan pelaku E-dagang,

iaitu peniaga dan pengguna, secara khususnya. Melalui pemerhatian dan pembacaan

penulis, negara masih lagi kekurangan kajian tentang kepatuhan perniagaan atas

talian terhadap hukum syarak. Dengan kemudahan dan pengetahuan dalam bidang

komunikasi, semakin ramai juga rakyat di Malaysia tanpa mengira usia yang

membina portal perniagaan sendiri. Justeru itu dengan adanya kajian tentang garis

panduan dan etika dalam menjalani transaksi E-dagang, pengguna khususnya rakyat

Malaysia dapat mengetahui sejauh mana sesuatu transaksi perniagaan yang mereka

jalani itu sah atau pun tidak mengikut syariah Islam. Bagi peniaga pula, kajian ini

dapat dijadikan sebagai satu garis panduan bagi membina sebuah laman portal

perniagaan yang berlandaskan hukum syarak.

Page 29: SITI HANIAH BINTI ROHMAD (RAHMAD)eprints.utm.my/id/eprint/53601/1/SitiHaniahRohmad(Rahmad... · 2016-02-22 · menurut perspektif syariah adalah bercirikan Islam, ... yang tiada unsur

12

Selain itu pengguna juga dapat mengetahui adakah wujud salah laku pada

perniagaan atas talian atau keraguan pada barangan yang dijual sama ada dari segi

harga; adakah berpatutan, dari segi kuantiti dan timbangan; adakah menepati, dari

segi promosi jualan; adakah keterlaluan dan dari segi bahan makanan; adakah

ramuan yang digunakan dipamerkan dan adakah ia halal dimakan oleh golongan

Islam. Melalui kajian ini juga, hak-hak kepenggunaan dapat ditegakkan dan dapat

menjadi panduan kepada badan-badan yang berkenaan dalam menggubal akta-akta

yang berkenaan dengan hak pengguna siber.

Dalam bidang pendidikan dan penyelidikan, hasil analisis kajian ini dapat

memberi satu pendedahan baru berkaitan aspek perundangan Islam dalam

perlaksanaan E-dagang, sekaligus membolehkan ia menjadi titik rujukan untuk

kajian pada masa akan datang. Manakala dalam bidang praktikal dan

pengimplementasian pula, hasil kajian ini dapat membuka mata para peniaga dan

usahawan Islam yang menjual produk fizikal secara atas talian untuk lebih

memahami konsep transaksi dan muamalah Islam dalam E-dagang. Dengan ini,

diharapkan para usahawan Islam di dalam dunia siber lebih peka dan kreatif dalam

mewujudkan satu perniagaan yang bersih, telus dan halal sepenuhnya di sisi Islam

memandangkan perniagaan berkonsepkan muamalah Islam diakui lebih digemari

kerana ketelusan dan kesahihan transaksinya oleh bukan Islam sekalipun.

Pelaksanaan aktiviti E-dagang sememangnya tiada dinaskan dalam mana-

mana ayat al-Quran, tetapi para ulama’ dan para cendekiawan Islam menggunakan

pendekatan maqasid syariah untuk menetapkan sebarang hukum dalam perniagaan

atas talian. Justeru itu, perniagaan atas talian disabitkan sebagai harus kerana

perniagaan dalam Islam adalah diharuskan. Selain itu, dalam perniagaan atas talian

syarat dan terma yang dipersetujui oleh pembeli menjadi bukti bahawa perniagaan

atas talian adalah dibenarkan dalam Islam kerana ia bersifat nyata dan kekal serta

dapat difahami oleh pengguna (Zarul, t.t.).

Page 30: SITI HANIAH BINTI ROHMAD (RAHMAD)eprints.utm.my/id/eprint/53601/1/SitiHaniahRohmad(Rahmad... · 2016-02-22 · menurut perspektif syariah adalah bercirikan Islam, ... yang tiada unsur

13

1.7 Batasan Kajian

Sebelum melaksanakan kajian ini dengan selengkapnya, beberapa batasan

telah dijadikan sebagai panduan.

i. Sampel yang dipilih oleh penyelidik dalam kajian ini merupakan 10 buah

laman portal beli belah atas talian yang paling banyak dilayari oleh pengguna

internet melalui statistik Google.com, Alexa.com dan Bing.com bagi tahun

2012 dan 2013. Statistik tersebut penyelidik perolehi daripada laman web

”www.shoppingsearchenginemalaysia.com”. Laman-laman portal tersebut

adalah antara 10 laman portal beli belah atas talian yang paling popular di

Malaysia.

ii. Kajian ini juga khusus dikaji tentang penjualan produk fizikal kerana

kesemua laman portal menawarkan jualan produk fizikal yakni produk yang

boleh disentuh dan nyata.

iii. Kajian ini juga membataskan kepada empat isu utama untuk dibincangkan

iaitu konsep E-dagang menurut perspektif syariah, jenis salah laku dalam

transaksi jualbeli atas talian, cadangan garis panduan dan etika E-dagang.

iv. Selain itu, skop kajian juga lebih menjurus kepada penyediaan garis panduan

dan etika E-dagang bagi produk fizikal yang mematuhi tuntutan syariat Islam.

Page 31: SITI HANIAH BINTI ROHMAD (RAHMAD)eprints.utm.my/id/eprint/53601/1/SitiHaniahRohmad(Rahmad... · 2016-02-22 · menurut perspektif syariah adalah bercirikan Islam, ... yang tiada unsur

14

1.8 Definisi Istilah

Definisi istilah yang dikemukakan adalah untuk menjelaskan beberapa istilah

secara spesifik yang berkaitan dengan kajian yang akan dijalankan. Ianya bertujuan

untuk mengelakkan pembaca dari melahirkan pandangan yang berbeza mengenai

kajian ini. Berikut adalah definisi penting kepada beberapa istilah yang akan

digunakan oleh penyelidik dalam rentetan kajian ini;

i. Garis Panduan

Menurut Kamus Dewan Edisi Empat (2007), garis panduan merujuk pada

panduan atau petunjuk-petunjuk yg perlu diikut dan dasar (ciri-ciri utama) yg

boleh dijadikan panduan atau pegangan. Dalam kajian ini, garis panduan

akan merujuk pada senarai panduan yang perlu diikuti oleh peniaga atas

talian dalam melaksanakan perniagaan atas talian yang mematuhi syariat

Islam.

ii. Etika

Maksud etika menurut Kamus Dewan Edisi Empat (2007), ilmu berkenaan

prinsip-prinsip akhlak atau moral yang menjadi pegangan seseorang individu

atau sesuatu kumpulan. Menurut Syed Omar Syed Agil (2001), etika

bermaksud `ethos' atau peraturan yang membatasi gelagat manusia. Justeru

itu, apabila disebut etika perniagaan atas talian ia menjurus kepada peraturan-

peraturan yang membatasi gelagat atau tindakan manusia dalam kegiatan

perniagaan yang dijalankan.

iii. E-dagang (perniagaan atas talian)

Menurut Kamus Dewan Edisi Empat (2007), perniagaan atas talian adalah

satu proses menjalankan urusan perniagaan (membeli atau menjual barangan

Page 32: SITI HANIAH BINTI ROHMAD (RAHMAD)eprints.utm.my/id/eprint/53601/1/SitiHaniahRohmad(Rahmad... · 2016-02-22 · menurut perspektif syariah adalah bercirikan Islam, ... yang tiada unsur

15

atau perkhidmatan) melalui rangkaian komputer atau internet. Kamus

Ekonomi Oxford (2009) juga memberikan definisi yang serupa iaitu amalan

menjual dan mengiklankan produk dan perkhidmatan secara atas talian di

mana amalan ini telah menjadi amalan standard perniagaan masa kini.

Namun begitu, Dictionary of e-Business (2003) mengelaskan E-dagang

sebagai terma yang menggambarkan proses perniagaan dalam persekitaran

elektronik seperti World Wide Web (www).

iv. Produk

Menurut Kamus Dewan Edisi Empat (2007), produk adalah sesuatu barang

atau perkhidmatan yang dikeluarkan oleh pengusaha atau pengilang yang

ditawarkan oleh industri. Kamus Ekonomi Oxford (2009) pula

mendefinisikan produk sebagai hasil pengeluaran sesebuah firma, industri

atau ekonomi secara keseluruhannya. Produk juga merujuk kepada mana-

mana objek atau perkhidmatan yang meningkatkan utiliti (kepuasan

pengguna). Produk terbahagi kepada dua bentuk iaitu produk digital dan

produk fizikal. Produk fizikal adalah produk yang boleh dirasa, dihidu atau

dipegang secara zahirnya (Idris Abdullah, 1992). Kajian ini menjurus kepada

pemilihan produk fizikal yang ditawarkan di laman portal sesebuah syarikat.

v. Syariah

Menurut Kamus Dewan Edisi Empat (2007), syariah adalah sesuatu yg

berkaitan dgn hukum-hukum Islam. Menurut Glosari Kewangan dan

Ekonomi Islam (Akram Khan, 1990), syariah adalah hukum Allah seperti

yang dinyatakan dalam al-Quran dan sunnah Nabi. Secara umumnya ia

dikenali sebagai undang-undang Islam.

Page 33: SITI HANIAH BINTI ROHMAD (RAHMAD)eprints.utm.my/id/eprint/53601/1/SitiHaniahRohmad(Rahmad... · 2016-02-22 · menurut perspektif syariah adalah bercirikan Islam, ... yang tiada unsur

16

1.9 Rumusan

Tujuan perniagaan bukanlah mencari untung semata, kerana di dalam

perniagaan tidak sentiasa menjanjikan keuntungan. Tujuan perniagaan mengikut

Islam antaranya ialah untuk memperbesar, memanjang dan memperluaskan aktiviti

syariat atau bertujuan ibadah dan mendapat pahala yang banyak. Justeru itulah di

dalam perniagaan, hendaklah sentiasa mencari keredhaan Allah Taala dengan niat

serta pelaksanaan yang betul. Dalam konteks E-dagang ini, kejujuran dan ketelusan

peniaga dalam melaksanakan transaksi perniagaan atas talian amat diperlukan bagi

mengelakkan kewujudan unsur syubhah dan gharar yang akan menimbulkan

pelbagai permasalahan dalam dunia dagangan Islam yang kini semakin bertamadun.

Oleh itu, kajian ini akan memperincikan lagi aspek E-dagang dalam Islam

bagi memberi pendedahan kepada masyarakat Muslim di Malaysia dan akhirnya

mencadangkan satu garis panduan dan etika yang dapat dipraktikkan pula oleh

mereka dalam kehidupan seharian. Bagi membantu menyelesaikan permasalahan

tersebut, kajian juga akan dengan berteraskan pegangan al-Quran dan hadis-hadis

sahih selain rujukan-rujukan lain yang bermanfaat.

Page 34: SITI HANIAH BINTI ROHMAD (RAHMAD)eprints.utm.my/id/eprint/53601/1/SitiHaniahRohmad(Rahmad... · 2016-02-22 · menurut perspektif syariah adalah bercirikan Islam, ... yang tiada unsur

153

RUJUKAN

Al-Quran Al Karim Rasm Uthmani. Kuala Lumpur: Al Hidayah House of Quran.

1) BUKU DAN KITAB

Ab. Aziz Yusof dan Ahmad Bashir Aziz (2008). Pengurusan Perniagaan Islam : Konsep, Isu

dan Pelaksanaan. Kedah: Universiti Utara Malaysia.

Abdul Latif B. Muda (2000). Huraian Hadis – Hadis Hukum. Kuala Lumpur: Pustaka

Salam.

Abu Umar Basyir (2007). Fikih Ekonomi Keuangan Islam. Edisi Indonesia. Terjemahan dari

buku Ma La Yasa’ut Tajiru Jahlulu. Karya Prof Dr Abdullah al-Muslih dan Prof Dr.

Shalah as-Shawi. Jakarta: Darul Haq.

Al-Albani, Muhammad Nashiruddin (2007). Shahih Sunan An-Nasa’I. Jilid 3. Terjemahan

Kamaluddin Sa’diyatul Haramain. Jakarta: Pustaka Azzam.

Al-Imam Malik r.a. (1993). Muwatho’. Terjemahan Kh. Adib Bisri Musthofa, Kuala Lumpur:

Victory Agencie.

Al-Imam Nawawi (1997). Shahih Bukhari. Jilid I. Terjemahan H. Zainuddin Hamidy, H.

Fachruddin HS, H. Nasharuddin Thaha, Johar Arifin dan A. Rahman Zainuddin M.A.

Selangor: Klang Book Centre.

Al-Imam-Asy-Syafi’i r.a. (1989). Al-Umm (Kitab Induk). Jilid 4. Terjemahan Prof. Tk. H.

Ismail Yakub SH-MA, Kuala Lumpur: Victory Agencie.

Al Kamili, Syaikh Muhammad Ali (2001). Ahkam al I’lanat at-Tijariyyah. Terjemahan Ust

Hermawan as-Sundee. Makkah: Daruth-Thayyibah al-Khadra.

Page 35: SITI HANIAH BINTI ROHMAD (RAHMAD)eprints.utm.my/id/eprint/53601/1/SitiHaniahRohmad(Rahmad... · 2016-02-22 · menurut perspektif syariah adalah bercirikan Islam, ... yang tiada unsur

154

Al-Qardawi, Yusuf (2010). Halal dan Haram Dalam Islam. Terjemahan Dr. Zulkifli Al-

Bakri, Selangor: Darul Syakir Enterprise.

Al-Ustadz H.Abdullah Shonhaji (1993). Tarjamah Sunan Ibnu Majah. Jilid III. Semarang:

CV. Asy Syifa’.

Al-Zuhaili, Wahbah (1996). Fiqh dan Perundangan Islam. Jilid IV. Terjemahan Md Akhir

Haji Yaacob et al. Syria: Dar el Fikr.

Al-Zuhaili, Wahbah (1997). Fiqh dan Perundangan Islam. Jilid I. Terjemahan Syed Ahmad

Syed Hussain et al. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Al-Zuhaili, Wahbah (1999). Fiqh dan Perundangan Islam. Jilid III. Terjemahan Syed Ahmad

Syed Hussain et al. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

As-Sayyid Salim, Abu Malik Kamal (2007). Shahih Fikih Sunnah. Jilid 4. Terjemahan

Khairul Amru Harahap dan Faisal Saleh. Jakarta Selatan: Pustaka Azzam.

Burhanudin H. S, (2000). Etika Individual, Pola Dasar Filsafat Moral. Bandung: Rineka

Cipta

Dra. Hulwati, M. Hum (2001). Ekonomi Islam: Teori dan Praktinya Dalam Perdagangan

Obligasi Syari’ah di Pasar Modal Indonesia dan Malaysia. Indonesia: Ciputat Press

Group.

Dr. H. Habib Nazir, Muhammad Hasanuddin, Prof. Dr. H. Afif Muhammad (2008).

Ensiklopedia Ekonomi dan Perbankan Syariah. Bandung: Kafa Publishing.

Drs. H. Moh. Zuhri (1992). Tarjamah Sunan At-Tirmidzi. Jilid II. Terjemahan Muhammad

Isa bin Surah at-Tirmidzi, Kuala Lumpur: DarulFikir.

E. Turban, J. Lee, D. King and H.M. Chung (2000). Electronic Commerce: A Managerial

Perspective. 1st ed. New Jersey: Prentice-Hall, Inc.

Page 36: SITI HANIAH BINTI ROHMAD (RAHMAD)eprints.utm.my/id/eprint/53601/1/SitiHaniahRohmad(Rahmad... · 2016-02-22 · menurut perspektif syariah adalah bercirikan Islam, ... yang tiada unsur

155

H. Ismail Nawawi (2002). Ekonomi Kelembagaan Syariah: Dalam Pusaran Perekonomian

Global Sebuah Tuntutan dan Realitas. Surabaya: Putra Media Nusantara.

Hoffman, W. ,Frederick, R. and Schwartz, M. (2001). Business Ethics: Readings and Cases

in Corporate Morality. 4th ed. London: McGraw Hill.

Ibnu Katsier (1988). Terjemah Singkat Tafsir Ibnu Katsier. Jilid 1. Terjemahan H. Salim

Bahreisy dan H. Said Bahreisy. Kuala Lumpur: Victory Agencie

Ibnu Katsier (1988). Terjemah Singkat Tafsir Ibnu Katsier. Jilid 2. Terjemahan H. Salim

Bahreisy dan H. Said Bahreisy. Kuala Lumpur: Victory Agencie

Ibnu Katsier (1994). Terjemah Singkat Tafsir Ibnu Katsier. Jilid 6. Terjemahan H. Salim

Bahreisy dan H. Said Bahreisy. Kuala Lumpur: Victory Agencie

Kalakota R. and Whinston A., (1997). Electronic Commerce: A Manager’s Guide. United

Kingdom: Addision-Wesley.

Kamarudin Husin dan Siti Hajar Abdul Aziz, (2004). Pedagogi Asas Pendidikan. Kuala

Lumpur: Kayazario Enterprise

Kotler, P. and Keller, K., (2008). Marketing Management. 13th ed. New Jersey: Prentice Hall.

Mohd Radzi Othman dan Ghafarullahhuddin Din (2005). Ekonomi Dalam Perspektif Al-

Quran dan As-Sunnah. Pulau Pinang: Universiti Sains Malaysia.

Mustafa Hj. Daud (1994). Perniagaan Menurut Islam. Kuala Lumpur: Utusan Publications.

Prof. Dr. Abdul Aziz Muhammad Azzam (2010). Fiqh Muamalat : Sistem Transaksi Dalam

Islam. Terjemahan Nadirsyah Hawari, LC, M.A. Jakarta: Amzah.

Rayport, J. and Jaworski, B., (2001). Electronic Commerce.Singapore: McGraw-Hill.

Page 37: SITI HANIAH BINTI ROHMAD (RAHMAD)eprints.utm.my/id/eprint/53601/1/SitiHaniahRohmad(Rahmad... · 2016-02-22 · menurut perspektif syariah adalah bercirikan Islam, ... yang tiada unsur

156

Sabri Hj. Hussin (2002). Pengenalan Kepada Perniagaan Dalam Perspektif Malaysia.

Singapura: Thomson Learning.

Samuel M. P., Hutabarat, S. H., M.H. (2010). Penawaran dan Penerimaan Dalam Hukum

Perjanjian. Indonesia: PT Grasindo, Gramedia Widiasarana.

Uma Sekaran (2003). Research Methods For Business. Canada: John Wiley & Sons.

Ustadz Bey Arifin, Yunus Ali Al-Muhdhor dan Ummu Maslamah Rayes (1993). Tarjamah

Sunan An-Nasa’iy. Jilid IV. Kuala Lumpur: DarulFikir.

Wan Sabri Wan Hussin (2004). Etika & Amalan Perniagaan. Kuala Lumpur: Utusan

Publications.

William M. Pride, Robert J. Hughes and Jack R. Kapoor (1988). Business. 2nd

ed. Boston:

Houghton Mifflin Company.

Zahazan Mohamed dan Muhammad Zakaria (2011). Hadis 40 Imam Nawawi. Kuala Lumpur:

Telaga Biru

Majalah Al-Iktisad, Keluaran Julai 2007.

Page 38: SITI HANIAH BINTI ROHMAD (RAHMAD)eprints.utm.my/id/eprint/53601/1/SitiHaniahRohmad(Rahmad... · 2016-02-22 · menurut perspektif syariah adalah bercirikan Islam, ... yang tiada unsur

157

2) KAMUS

Achmad Warson Munawwir (1997). Kamus al-Munawwir Arab-Indonesia. Surabaya:

Pustaka Progresif.

Idris Abdullah (1992). Kamus Istilah Ekonomi & Perdagangan Melayu – Arab. Penerbitan

Kintan Sdn. Bhd.

Noresah Baharom (2007). Kamus Dewan Edisi ke-Empat. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa

dan Pustaka.

Muhammad Akram Khan (2003). Islamic Economics and Finance: A Glossary. 2nd

ed.

London: Routledge.

Botto, F. (2003). Dictionary of e-Business – A Definitive Guide to Technology and Business

Terms. 2nd

ed. England: John Wiley & Sons.

Black, J., Hashimzade, N. and Myles, G. (2009). Dictionary of Economics. 3rd

ed. New

York: Oxford University.

3) ARTIKEL DAN KERTAS KERJA

Abdul Razak Che Hussin, Halina Mohamed Dahlan, Mahadi Bahari dan Rashidah Kadir

(2001). Kefahaman Tentang Perdagangan Elektronik Menerusi Internet. Persidangan

Kebangsaan Keusahawanan dan Perniagaan Kecil.

Ainin Sulaiman (2000). The Status Of E-commerce Applications In Malaysia. Information

Technology for Development 9: 153-161.

Beverly, K. and Cynthia, L. C. (t.t.). Is There a Special E-commerce Ethics.

Page 39: SITI HANIAH BINTI ROHMAD (RAHMAD)eprints.utm.my/id/eprint/53601/1/SitiHaniahRohmad(Rahmad... · 2016-02-22 · menurut perspektif syariah adalah bercirikan Islam, ... yang tiada unsur

158

Kamal Halili Hassan dan Dr. Fariza (2005). E-dagang dan Perlindungan Pengguna di

Malaysia: Undang-undang dan Amalan. Prosiding Seminar Kebangsaan E-Komuniti,

Universiti Kebangsaan Malaysia.

Nik Rahim Bin Nik Wajis (2009). E-dagang Menurut Perspektif Islam. Jabatan Syariah,

Institut Pengajian Islam, Universiti Brunei Darussalam.

Noraidah S., Zulridah M. N., dan Hasmiah K., (2009). Prestasi Perkhidmatan E-Kerajaan

Daripada Perspektif Pengguna. Prosiding PERKEM IV. Jilid I. 250-260.

Rafizah Bt Kasbun, (2010). E-dagang : Kajian Analisis Model Perniagaan E-dagang

Kekangan Dalam Perlaksanaan E-dagang Menurut Persepsi & Penerimaan Syariah

Islam. Proceedings of Regional Conference on Knowledge Integration in ICT 2010.

281-288.

Syed Omar, Syed Agil, (2001). Garis Panduan Tingkah Laku Etika Islam dalam Perniagaan.

Persidangan dan Ekspo Pengurusan Perniagaan Islam, Pusat Dagangan Dunia

Putra, Kuala Lumpur, 25-28 May 2001

Y.B. Tan Sri Muhyiddin Hj Mohd Yassin (2009). Memperkasa Ekonomi Ummah Melalui

Pemantapan Jaringan Tempatan dan Penerokaan Berkesan Dalam Pasaran Global:

Persiapan Mendepani Cabaran Baru Ekonomi Dunia. Kongres Ekonomi Islam

Ketiga, pp. 1-13

Page 40: SITI HANIAH BINTI ROHMAD (RAHMAD)eprints.utm.my/id/eprint/53601/1/SitiHaniahRohmad(Rahmad... · 2016-02-22 · menurut perspektif syariah adalah bercirikan Islam, ... yang tiada unsur

159

4) JURNAL DAN TESIS

Ali Khatibi, V, Thygajaran, A, Seetharaman, (2003). E-Commerce In Malaysia: Perceived

Benefits and Barriers. Vikalpa, 28 (3): 77-82.

Abuznaid, S.A. (2009). Business Ethics In Islam: The Glaring Gap In Practice. International

Journal of Islamic And Middle Eastern Finance and Management, 2 (4): 278 – 288.

Bloch M., Pigneur Y. and Segev A. (1996). On The Road of Electronic Commerce: a

Business Value Framework, Gaining Competitive Advantage and Some Research

Issues. University of Lausanne.

H. Asmuni. (t.t.). Penetapan Harga Dalam Islam: Perspektif Fikih dan Ekonomi. Universitas

Islam Indonesia.

Hanuddin Amin (2008). E-business From Islamic Perspective: Prospects and Challenges.

Journal of Internet Banking and Commerce. 13(3): 1-13.

Kenneth S. and John P. K., (2002). Business Ethics and E-commerce In Contemporary

Society. Re-Imagining Business Ethics: Meaningful Solutions For A Global Economy.

4: 13-30.

Mayur S, Desai, Thomas C. Richards and Kiran J. Desai (2003). E-Commerce Policies and

Customer Policy. Information Management & Computer Security. 11(1): 19-27.

Naniek Noviari (t.t.). Pengaruh Kemajuan Teknologi Informasi Terhadap Perkembangan

Akuntansi. Jurusan Akuntansi, Fakultas Ekonomi – Universitas Udayana.

Norazlina Zainal, Fauziah Osman dan Siti Hartini Mazlan (2004). E-commerce From An

Islamic Perspective. Electric Commerce Research and Applications. (3): 28-93.

Page 41: SITI HANIAH BINTI ROHMAD (RAHMAD)eprints.utm.my/id/eprint/53601/1/SitiHaniahRohmad(Rahmad... · 2016-02-22 · menurut perspektif syariah adalah bercirikan Islam, ... yang tiada unsur

160

Savoie, M.J. and Rasinghani, M.S. (1999). Identifying Future Trends Information

Technology. Industrial Management and Data Systems. 99 (6): 247-250

Sulaiman, Ainin (2000). The Status Of E-Commerce Applications In Malaysia. Journal

Information Technology for Development 9: 153-161.

Yam, B. L., Wolf M. dan Dale L. Lunslord, (2011). Consumers’ Perceptions Of Online

Ethics And Its Effects On Satisfaction And Loyalty. Journal of Research In

Interactive Marketing. 5(1): 71 -89.

Zainal Amin Ayub. (2001). E-Dagang: Perlindungan Pengguna Di Malaysia. Fakulti

Undang-undang, Universiti Kebangsaan Malaysia: Disertasi LLM.

Zwass, V (1991). Electronic Commerce: Structures and Issue., International Journal of

Electronic Commerce. 1 (1): 3-23.

5) AKTA UNDANG-UNDANG

Malaysia (1972). Akta Perihal Dagangan. :P.U.(A)183 1972.

Malaysia (1999). Akta Perlindungan Pengguna. :P.U.(A)458 1999.

Malaysia (2011). Akta Perihal Dagangan. :P.U.(A)730 2011.

Malaysia (2011). Akta Kawalan Harga & Antipencatutan. :P.U.(A)723 2011.

Lembaga Piawaian Pengiklanan Malaysia (2014). Kod Amalan Periklanan.

Oliver Wendel Holmes, Jr (1881), “The Common Law”.

Page 42: SITI HANIAH BINTI ROHMAD (RAHMAD)eprints.utm.my/id/eprint/53601/1/SitiHaniahRohmad(Rahmad... · 2016-02-22 · menurut perspektif syariah adalah bercirikan Islam, ... yang tiada unsur

161

6) INTERNET

http://sabahdaily.blogspot.com/2010/07/keselamatan-dalam-pembelian-secara.html.

Malaysia Internet Usage and Telecommunication Report. Dicapai pada 15 Ogos 2014, dari

www.internetworldstats.com/stats3.htm

PayPal, Capaian pada 24 Jun 2011, www.wikipedia.com.my/paypal

Statistik E-dagang di Malaysia. Dicapai pada 3 Jun 2011,

http://www.slideshare.net/nummerzwei/bezahra-online-business

Utusan Online. Capaian pada 28 Disember 2010, http://www.utusanonline.com.my