sistem pertandingan

31
1.0 Pengenalan Mengikut sejarah bola baling, permainan ini telah mula dimainkan sebelum kurun ke-6 lagi. Ianya mula dikenali sebagai Aurania pada Zaman Kerajaan Greek, Aharpastone pada Zaman Kerajaan Rom dan Afangballspiele pada Zaman Pertengahan di Jerman.Pada kurun ke-19 pula, telah wujud tiga permainan yang mirip dengan permainan bola baling yang dipanggil Ahaandbolde berasal dari Denmark, ÂhazenaÊ berasal darinegara Bohemia dan Slovakia dan Atorballe berasal dari Jerman. Ketiga-tiga permainan ini bolehlah dianggap pencetus kepada permainan bola baling masa kini. Sejarah bola baling di Malaysia sudah wujud selama 17 tahun tetapi sukan ini masih dianggap sebagai sukan yang baru di negara ini. Perasaan ‘baru’ timbul kerana sambutan khayalak ramai terhadap sukan ini tidak hangat jika dibandingkan dengan sukan- sukan yang lain. Pertandingan hebat hanya dapat disaksikan di Kejohanan MSSM dan Kejohanan Terbuka Malaysia. Walaupun Persatuaan Bola Baling Olimpik Selangor dan Wilayah Persekutuaan telah banyak berusaha untuk menigkatkan mutu permainan ini dengan menganjurkan berbagai-bagai kursus pengadilan dan kejurulatiha, tahap permainan yang tinggi masih tinggal sebagai cita-cita. 1

Upload: muhamad-syafiq

Post on 23-Oct-2015

457 views

Category:

Documents


14 download

DESCRIPTION

bolaaa balingg

TRANSCRIPT

Page 1: Sistem Pertandingan

1.0 Pengenalan

Mengikut sejarah bola baling, permainan ini telah mula dimainkan sebelum kurun ke-6

lagi. Ianya mula dikenali sebagai Aurania pada Zaman Kerajaan Greek, Aharpastone

pada Zaman Kerajaan Rom dan Afangballspiele pada Zaman Pertengahan di

Jerman.Pada kurun ke-19 pula, telah wujud tiga permainan yang mirip dengan

permainan bola baling yang dipanggil Ahaandbolde berasal dari Denmark, ÂhazenaÊ

berasal darinegara Bohemia dan Slovakia dan Atorballe berasal dari Jerman. Ketiga-

tiga permainan ini bolehlah dianggap pencetus kepada permainan bola baling masa

kini.

Sejarah bola baling di Malaysia sudah wujud selama 17 tahun tetapi sukan ini

masih dianggap sebagai sukan yang baru di negara ini. Perasaan ‘baru’ timbul kerana

sambutan khayalak ramai terhadap sukan ini tidak hangat jika dibandingkan dengan

sukan-sukan yang lain. Pertandingan hebat hanya dapat disaksikan di Kejohanan

MSSM dan Kejohanan Terbuka Malaysia. Walaupun Persatuaan Bola Baling Olimpik

Selangor dan Wilayah Persekutuaan telah banyak berusaha untuk menigkatkan mutu

permainan ini dengan menganjurkan berbagai-bagai kursus pengadilan dan

kejurulatiha, tahap permainan yang tinggi masih tinggal sebagai cita-cita.

1

Page 2: Sistem Pertandingan

2.0 Sejarah dan Perkembangan Bola Baling

Permainan bola baling (handball) berasal dari Eropah. Permainan ini merupakan

satu permainan yang telah diubahsuaikan daripada permainan-permainan yang asal

seperti Czeska Hasenka di Czechoslovakia, handbold di Denmark dan Korball serta

Raffbold di Jerman. Semasa Perang Dunia Pertama, permainan ini yang melibatkan

tujuh orang pemain dalam satu pasukan dikenali sebagai Torball. Pada tahun 1917

bilangan pemain dalam permainan ini diubah menjadi 11 orang sepasukan dan

dimainkan di padang bola sepak. Orang yang memperkenalkan permainan ini di

Jerman ialah Heizer dan permainan ini mula disebut sebagai handball. Pihak Rusia

mengatakan bahawa permainan ini (7 orang pemain sepasukan) adalah dimajukan oleh

Edward Maly pada 1909 di Kharkov.

Pada tahun 1926, Kesatuan Olahraga Amatur Antarabangsa (IAAF) telah menubuhkan

sebuah jawatankuasa khas untuk menyelaraskan undung-undang permainan ini. Pada

tahun 1928 kesatuaan Bola Baling Amatur Antarabangsa (IAHF) telah ditubuhkan di

Amsterdam dan Avery Brudge yang kemudiannya merupakan Residen Majlis Olimpik

Antarabangsa (IOC) menjadi ahli piagam kesatuaan yang baru ditubuhkan itu. Bilangan

ahli kesatuaan itu bertambah daripada 11buah negara pada tahun 1928 kepada 23

buah negara pada tahun 1936 apabila bola baling buat pertama kalinya dipertandingkan

dalam Sukan Olimpik di Berlin. Enam buah negara telah mengambil bahagian dalam

sukan itu dan negara Jerman telah memenangi pingat emas. Pada tahun 1938, Jerman

sekali lagi menjadi johan dalam Kejohanan Bola Baling Sedunia di mana 10 buah

negara telah mengambil bahagian.

Pada tahun 1946, kesatuan yang lama itu telah digantikan dengan sebuah pertubuhan

baru, iaitu Kesatuaan Bola Baling Antarabangsa (IHF). Kesatuan tersebut masih

meneraju sukan ini hingga ke hari ini. Kesatuan ini menggalakkan permainan

menggunakan tujuh orang pemain sepasukan yang boleh dimainkan di padang atau di

gelanggang seperti permainan bola keranjang. Perubahan dan perkembangan

kemudiannya menjadikan permainan bola baling ini sejenis permainan yang menonjol

dan menarik.

2

Page 3: Sistem Pertandingan

Kejohanan Bola Baling sedunia telah diadakan pada tahun 1954 dan Swedan

telah muncul sebagai johan. Pada tahun 1957, Czechoslovakia telah memenangi

Kejohanan Bola Baling Seduania bagi bahagian wanita. Pada tahun 1956, undang-

undang permainan ini telah diubahsuai supaya membentuk undang-undang yang lebih

lengkap dan sebahagian besarnya masih digunakan pada hari ini.

Pada tahun 1972, permainan bola baling sekali lagi dipertandingkan dalam

Sukan Olimpik di Munich, setelah diketepikan dalam beberapa Sukan Olimpik

sebelumnya. Selepas itu, permainan bola baling dipertandingkan pada setiap kali

sukan Olimpik diadakan.

Sehingga hari ini, terdapat lebih daripada 68 buah negara, lebih daripada 200

000 pasukan dan lebih daripada tiga juta pemain telah berdaftar dengan IHF. Kesatuan

Bola Baling Asia pula telah ditubuhkan pada tahun 1974 semasa Sukan Asia di

Teheran. Ibu pejabat kesatuan itu ialah di Kuwait.

3

Page 4: Sistem Pertandingan

3.0 Sistem Pertandingan

Pertandingan selalu dibuat bertujuan mencari pemanang dalam sesuatu aktiviti. Selain

itu pertandingan dalam sesuatu sukan dibuat adalah untuk memberi keseronokan di

samping melepaskan segala tekanan. Pertandingan dibuat adalah untuk mencari,

menilai dan memilih seseorang yang berpotensi dalam sesuatu kemahiran dalam

permainan. Sesuatu kejohanan boleh dijalankan dengan menggunakan beberapa

sistem pertandingan yang berbeza-beza. Antara sistem pertandingan yang sering

digunakan adalah:

1. Sistem Liga

2. Sistem Kalah Mati

3. Sistem Cabar Mencabar

Dalam pertandingan yang dijalankan beberapa perkara penting harus diambil kira oleh

individu yang mengelolakan kejohanan tersebut. Antara aspeknya adalah seperti

berikut.

Masa yang diperuntukkan.

Alatan dan kemudahan yang ada

Pegawai dan petugas yang diperlukan

Kewangan

Bilangan penyertaan, undang-undang dan peraturan

Penetuan pemenang dan pemain yang sah

Agihan perlawanan yang adil

Jenis pertandingan

3.1 Sistem Liga

4

Page 5: Sistem Pertandingan

Pertandingan liga memberi peluang kepada penyertaan yang maksimum untuk setiap

pasukan bertanding. Sistem liga ialah sistem yang melibatkan beberapa orang peserta

atau beberapa pasukan yang dikumpul ke dalam satu atau beberapa kumpulan.

Sistemliga dianggap lebih adil kerana pasukan yang bertanding dan dapat

menghasilkan pasukan yang benar-benar baik. Sistem liga ini sesuai untuk

pertandingan yang pesertanya tidak begitu banyak. Ini kerana ia memerlukan tempoh

kejohanan yang panjang.

i. Sistem Liga Satu Pusingan

Jika hanya lima buah pasukan yang menyertai pertandingan ini, maka setiappasukan

akan berpeluang bertanding sebanyak empat kali sahaja sebelumpemenang sebenar

pertandingan tersebut diumumkan.

ii. Sistem Liga Dua Pusingan

Memerlukan peserta atau pasukan tersebut bertanding dengan pihak lawan sebanyak

dua kali (timba balik). Sistem ini selalunya dipraktikkan dalam pertandingan Liga

Perdana Inggeris.

Dalam sistem liga pemenang boleh ditentukan dalam pertandingan dengan

menggunakan dua cara iaitu:

Pasukan yang memungut jumlah mata yang tinggi dalam liga satu pasukan

adalah pemenang.

Pasukan yang memungut jumlah mata yang tinggi dalam liga dua pusingan juga

adalah pemenang.

iii. Separa Liga

5

Page 6: Sistem Pertandingan

Sistem separa liga ini lazimnya mengabungkan sistem liga di peringkat awal dan sistem

kalah mati diperingkat akhir, separuh akhir dan akhir untuk tentukan johan.

Jenis - Jenis Separa Liga

Separa Liga 4 Kumpulan

Separa Liga 3 Kumpulan

Separa Liga 2 Kumpulan

Separa Liga 4 Kumpulan

Faktor utama untuk mengagihkan pasukan yang bertanding kepada empat kumpulan

ialah bilangan penyertaan pasukan.

Pusingan pertama (12 pasukan atau lebih)

Johan, Naib Johan, Tempat Ketiga dan Keempat dalam pertandingan tahun lalu akan

ditempatkan dalam kumpulan seperti berikut :

Kumpulan 1 Kumpulan 2 Kumpulan 3 Kumpulan 4

Johan Kedua Ketiga Keempat

Undi Undi Undi Undi

Undi Undi Undi Undi

Undi Undi Undi Undi

Sekiranya pasukan yang diutamakan (seeded) tidak mengambil bahagian, maka

pasukan terbaik berikutnya hendaklah dipertimbangkan. Kedudukannya bagi memenuhi

tempat kosong dalam kumpulan adalah dengan menggunakan sistem undian.

Pusingan kedua ( suku akhir )

Johan dan naib johan dalam setiap kumpulan akan masuk ke pusingan suku akhir dan

pertandingan akan dijalankan secara kalah mati.

Separa Liga 3 Kumpulan

6

Page 7: Sistem Pertandingan

Bilangan peserta kurang daripada 11 pasukan. Setiap pasukan akandipecahkan

kepada tiga kumpulan iaitu kumpulan A, B, dan C. Sekiranya penyertaan pasukan

antara 10 atau 11, pasukan tersebut akan dimasukkan sama ada ke dalam kumpulan A,

B dan C. Jika terdapat seeded atau pasukan pilihan dalampertandingan tersebut,

hanya lapan pasukan sahaja yang akan mengundi untukdimasukkan ke dalam

kumpulan A, B, atau C.

Seeded bagi setiap kumpulan akan diketuai oleh pasukan yang menjadi Johan, Naib

Johan dan tempat Ketiga padapertandingan tahun sebelumnya. Oleh itu, ada dua

kumpulan yang akan mempunyaitiga atau empat pasukan sebagai ahlinya.Pemenang

pertama dan kedua dalam setiap kumpulan akan menyertaipusingan kedua. Dalam

pusingan ini, hanya dua kumpulan sahaja yang akan dibentuk iaitu kumpulan X dan Y.

Terdapat beberapa prosedur yang perlu dipatuhi oleh setiap kumpulan pemenang

pertama dan kedua. Antaranya ialah Johan dan Naib Johan akan diasingkan ke dalam

kumpulan masing-masing, ketiga-tiga Johanperlu diundi untuk menentukan kumpulan

dan naib-naib Johannya pula akanditempatkan ke dalam kumpulan berasingan

daripada Johan kumpulan masing-masing secara otomatik. Johan X dan Y akan layak

ke peringkat akhir. Pada peringkat ini, penggunaan sistem kalah mati akan

dilaksanakan bagi menentukan pemenang

Jadual : Agihan 6 pasukan dalam pusingan kedua dan peringkat akhir secara kalah

mati

7

Page 8: Sistem Pertandingan

Johan Y

. JOHAN X

Separa Liga Dua Kumpulan

Separa liga dua kumpulan ini sesuaia dijalankan apabila hanya 6 hingga 8 buah

pasukan yang menyertai sesuatu pertandingan tersebut. Dua kumpulan akan terbentuk

iaitu kumpulan A dan B. Sekiranya terdapat seeded, maka pasukan-pasukan tersebut

akan dibahagikan kepada kumpulan A dan B berasaskan:

Jika 8 pasukan sahaja yang menyertai pertandingan tersebut, setiap pasukan dalam

kumpulan mestilah bermain sebanyak 3 kali dan jumlah perlawanan dalam setiap

kumpulan adalah lapan perlawanan . Johan dan Naib Johan dalam setiap kumpulan

akan bertanding di peringkat separuh akhir dan seterusnya pemenang akan ke

8

o Johan dan pasukan tempat keempat pada tahun sebelumnya dalam kumpulan A.

o Naib Johan dan pasukan tempat ketiga pada tahun sebelumnya dalam kumpulan B.

o Pasukan lain akan diundi.

Page 9: Sistem Pertandingan

peringkat akhir. Sistem kalah mati akan digunakan pada peringkat akhir bagi

menentukan pemenang. Pasukan yang menang adalah juara dan yang kalah mendapat

tempat kedua. Pasukan yang kalah dalam peringkat separuh akhir akan bertanding bagi

menentukan kedudukan tempat ketiga dan keempat sekiranya keadaan sebegitu

tercatat dalam peraturan pertandingan. Rajah di bawah menunjukkan perjalanan

pertandingan pada peringkat separuh akhir dan akhir dalam separa liga dua kumpulan.

Johan A

Johan

Naib Johan B

Johan B

Naib Johan A

Rajah – Peringkat separuh akhir dan akhir dalam separa liga dua kumpulan.

3.2 Pertandingan Kalah Mati

Sistem pertandingan mudah menyingkirkan peserta atau pasukan yang kalah. Proses

ini akan berterusan sehingga hanya terdapat seorang atau satu pasukan peserta yang

9

Page 10: Sistem Pertandingan

tinggal kerana apabila salah satu pasukan kalah ia mesti keluar dari pertandinagn.

Terdapat dua variasi pertandingan kalah mati iaitu kalah mati sekali dan kalah mati dua

kali. Pertandingan cara ini paling mudah dan ringkas apabila dikelolakan.

a) Kalah Mati Sekali

Kalah mati sekali bermaksud apabila satu pasukan akan bermain sekali sahaja.

Pertandingan cara ini paling mudah dan ringkas dikelolakan. Pemenang akan terus

bertanding manakala yang kalah akan tersingkir. Peserta akan meneruskan

pertandingan sehingga terdapat seorang pemenang yang tinggal. Apabila seorang

peserta tinggal peserta tersebut akan diistiharkan pemenagn. Sistem ini sangat sesuai

dalam mengelolakan pertandingan yang terdapat banyak penyertaan tetapi kekurangan

masa, sumber kewangan, tempat, kemudahan, peralatan dan sumber manusia. Sistem

ini bukan cara yang terbaik untuk mengukur keupayaan sesuatu pasukan atau peserta.

Kelebihan dan Kelemahan Sistem Kalah Mati Sekali

Kelebihan Kelemahan

1. Format mudah difahami

2. Mampu menerima penyertaan yang

banyak.

3. Bilangan perlawanan yang sedikit.

4. Memerlukan kemudahan yang sedikit.

5. Masa dan perbelanjaan dapat

dijimatkan.

6. Pemenang dapat ditentukan dengan

cepat.

1. Perserta atau pasukan bertanding sekali

sahaja.

2. Separuh daripada peserta atau pasukan

tewas

3. pada peringkat awal pertandingan.

4. Penggunaan kenudahan secara minimum.

5. Penentuan pemain pilihan adalah penting.

6. Pemenang pada peringkat awal tidak

semestinya peserta atau pasukan pilihan.

a. Langkah Pengelolaan Pertandingan

Jadual perlawanan dapat disusun dengan mudah dalam sistem pertandingan ini

sekiranya jumlah pasukan yang mengambilbahagian dalam angka pangkat 2 atau

10

Page 11: Sistem Pertandingan

angka kuasa dua. Contoh kuasa dua yang dimaksudkan adalah seperti 2, 4, 8, 16, 32,

64 dan 128. Jika hanya 12 pasukan sahaja, maka bilangan pasukan yang menunggu

dapat dilahat seperti rajah dibawah.

Angka Pangkat 2 Jumlah Pasukan Mengambil

Bahagian

Jumlah Pasukan

Menunggu Atau Bye

2

4

4

8

8

8

8

16

16

16

16

2

3

4

5

6

7

8

9

10

11

12

-

1

-

3

2

1

-

7

6

5

4

Perbandingan bilangan penyertaan pasukan dengan penggunaan formula angka kuasa

2 untuk mendapat bye

b. Penempatan Pasukan Pilihan atau seeded.

Peserta pilihan akan ditempatkan secara adil dengan sebaran yang menyeluruh iaitu:

Peserta pilihan ditempatkan secara simetrikal.

Jika ada dua peserta menunggu, maka peserta menunggu pertama akan

ditempatkan di bahagian atas dan peserta menunggu kedua berada di bahagian

bawah.

Jika terdapat 4 peserta menunggu, maka aturan berikut perlu diikuti:

- Peserta menunggu pertama dan keempat boleh berada di dalam kumpulan

atas

- Peserta menunggu kedua dan ketiga berada di dalam kumpulan bawah.

11

Page 12: Sistem Pertandingan

Sekiranya jumlah peserta atau pasukan menunggu itu dalam angka ganjil, maka

penaltI seterusnya mesti diletakkan di bahagian kumpulan bawah.

b) Sistem Kalah Mati Dua Kali

Sistem pertandingan ini memberi peluang kepada semua peserta untuk bertanding

sekurang-kurangnya dua kali sebelum tersingkir daripada pertandingan yang

dilakukan. Perserta yang kalah masih berpeluang menjadi johan dan hanya

tersingkir selepas mengalami kekalahan buat kali kekedua.

Walaupun sistem kalah mati dua kali ini memberi peluang kepada peserta yang

kalah kali pertama meneruskan peluang bermain sehingga kalah kali kedua tetapi

sistem ini tetap mempunyai kelebihan dan kekurangan iaitu:

Kelebihan:

Peserta boleh bertanding sebanyak dua kali.

Peserta yang kalah pada perlawanan pertama masih berpeluang menjadi

johan apabila memenangi perlawanan kedua dan seterusnya.

Dapat mencari pemenang yangsebenar.

Penentuan peserta menunggu tidak diperlukan

Kelemahan:

Memakan masa yang lebih panjang kerana terdapat banyak perlawanan

Perlawanan banyak, oleh itu memerlukan gelangang yang banyak.

Jadual pertandingan mengelirukan kerana banyak pasukan.

3.3 Cabar-Mencabar

12

Page 13: Sistem Pertandingan

Sistem ini digunakan untuk perlawanan yang tidak rasmi. Sistem ini sesuai digunakan

untuk sukan individu, berpasukan dan perlawanan persahabatan antara kelab-kelab.

Dalam sistem ini, peserta yang berada di abwah boleh mencabar peserta yang berada

di bahagian atas mengikut kedudukannya. Dalam sistem ini ia mempunyai

keistimewaan. Keistimewaannya adalah peserta ditempatkan mengikut kebolehan

mereka. Jadi dalam sistem ini tiada seorang pun peserta yang akan disingkirkan.

Sistem pertandingan ini dilakukan secara terus menerus. Sistem cabar-mencabar boleh

dibahagikan kepada 5 kumpulan iaitu, tangga, piramid, corong dan serombong dan

sarang labah-labah.

A. Sistem Tangga

Sistem tangga meletakkan peserta dalam satu lajur tegak. Peserta yang kedudukannya

di bawah boleh mencabar peserta yang kedudukannya di atas. Sekiranya pemain di

bawah itu menang maka kedudukan pemain di atas akan berubah. Dalam Sistem ini

biasanya digunakan untuk bidang sukan permainan yang melibatkan pertandingan

individu sahaja. Antara permainan yang menggunakan sistem ini adalah tinju, tenis,

badminton dan sebagainya. Dalam sistem ini, pemin-pemain akan ditempatkan

mengikut kebolehan mereka..Tiada seorang pemain pun yang akan disingkirkan dalam

sistem ini. Setiap peserta diberi peluang untuk terus bertanding walaupun menghadapi

kekalahan.

Nama Peserta Kedudukan

Oliver 1

Syafiq 2

Malik 3

Firdaus 4

Omar 5

Amir 6

Asyraf 7

Fahmi 8

Faez 9

Khobir 10

13

Page 14: Sistem Pertandingan

Lajur Tegak Dalam Sistem Tangga

B. Pertandingan Bentuk Piramid

Sistem piramid adalah sama dengan sistem tangga kecuali bilangan peserta yang

diletakkan pada aras satu piramid. Peserta boleh berlawan sesama sendiri mengikut

aras dan tingkat pada peringkat awal. Sebagai contoh pilihan pertama dalam sistem

piramid, peserta hanya dibenarkan mencabar peserta-peserta yang berada di kiri,

kanan, di atas kiri dan di atas kanannya sahaja. Dalam sistem ini, peserta akan

berlumba-lumba untuk menduduki petak teratas piramid dalam tempoh masa yang

ditetapkan. Pemenang pada peringkat awal akan mencabar peserta pada aras

seterusnya. Peserta boleh mencabar peserta-peserta yang berada di petak sederet

dengannya dan peserta-peserta yang berada di petak satu tingkat di atasnya. Peserta

yang menang akan menggantikan tempat peserta yang kalah sehingga berada di petak

yang teratas. Peserta yang berada di petak teratas (puncak piramid) pada akhir tempoh

sesuatu pertandingan yang ditetapkan dan ditetapkan sebagai pemenang.

C. Pertandingan Bentuk Corong

14

Page 15: Sistem Pertandingan

Sistem corong mempunyai cara sama dengan sistem tangga dan piramid. Sistem ini

adalah gabungan antara pertandingan tangga dan piramid. Pada pusingan awal,

akan diadakan satu pertandingan pyramid terlebih dahulu dan setelah melepasi

peringkat piramid, tujuh peserta yang di atas akan bertanding mengikut sistem

pertandingan tangga. Apabila semua peserta melaksanakan dua sistem ini dan

peserta yang berada di tangga teratas sekali merupakan juara keseluruhan iaitu

dipanggil johan dalam pertandingan ini.

Kebaikan dan keburukan Sistem Cabar Mencabar

15

Page 16: Sistem Pertandingan

Kebaikan Kelemahan

Memberi peluang kepada peserta yang

mempunyai kebolehan

Bilangan permainan bergantung kepada

inisiatif peserta

Semua peserta dapat bertanding Perlawanan tidak menarik

Pemain mempunyai semangat yang

tinggi.

Peserta akan berasa letih

Boleh diadakan dalam tempoh masa

yang berbeza

4.0 LATIHAN KECERGASAN

16

Page 17: Sistem Pertandingan

Pengenalan

Kecergasan akan dibuat biasanya dengan aktiviti-aktiviti seperti sukan dan

sebagainya. Pada umumnya kecergasan sebenarnya meliputi semua aspek

kecergasan seperti kecergasan jasmani, kecergasan emosi, kecergasan rohani, dan

kecergasan intelek. Dalam konteks ini, kecergasan melibatakan aktiviti dengan

sukan iaitu lebih kepada kecergasan jasmani dan kecergasan fizikal. Kecergasan

boleh memfaktori kejayaan seseorang dalam melakukan sesuatu aktiviti atau

pertandingan yang melibatkan fizikal. Jurulatih-jurulati harus memahami konsep

kecergasan agar dapat mendidik anak murid mencapai tahap pencapaian yang

optimum.

Kecergasan adalah keupayaan dan kemampuan seseorang melakukan sesuatu

dengan sempurna. Kecergasan ini meliputi semua aspek termasuklah fisiologikal,

psikologikal, dan sosiologikal. Kecergasan keseluruhan boleh digambarkan sebagai

keupayaan menjalani kehidupan seharian dengan sempurn. Maka dengan itu,

kecergasan ini adalah meliputi aspek fizikal, emosi, rohani, intelek dan sosial yang

mana berkait rapat dalam kehidupan antara satu sama lain di dunia ini. Dalam

kecergasan juga ia mencerminkan perasaan seseorang individu tentang kehidupan

serta keupayaan diri berfungsi dengan lebih cekap dan berkesan. Dalam

kecergasan terdapat dua kaedah latihan. Antara kaedah latihannya adalah:

a) Latihan Aerobik

b) Latihan Anaerobik

4.1 Kaedah Latihan Aerobik

17

Page 18: Sistem Pertandingan

Latihan aerobik melibatkan keupayaan penggunaan oksigen di dalam badan. Pada

kebiasaannya, keupayaan aerobik dikaitkan dengan keupayaan kardiovaskular

seseorang individu dan sistem penggunaan oksigen otot-otot yang berkenaan. Kaedah

latihan aerobic ini adalah kaedah latihan yang diaplikasikan bagi membolehkan pelaku

meningkatkan prestasi aerobic. Perkara ini diperlukan kerana ia berkeupayaan untuk

mengambil, mengangkut dan menggunakan oksigen dengan cekap dan berkesan.

Dalam aerobik terdapat kaedah-kaedah latihan yang sering digunakan dalam latihan

sukan. Antaranya adalah :

(a) Latihan Jarak Jauh Perlahan (Long Slow Distance)

(b) Latihan Fartlek

(c) Latihan Jeda Jarak Jauh

a) Latihan Jarak Jauh Perlahan.

Latihan jenis ini selalunya dipraktikkan oleh pelari jarak jauh. Ini bersesuaian dengan

namanya iaitu latihan jarak jauh. Dalam latihan ini ia memberikan penekanankepada

tempoh masa larian seseorang bukannya kelajuan. Semakin jauh seseorang itu lari ia

memberi kesan yang baik kepada sistem kardiovaskular. Oleh yang demikian ia

bersesuaian dengan objektif latihan iaitu mahu meningkatkan daya tahan

kardiovaskular

b) Latihan Fartlek

Latihan Fartlek mula diperkenalkan di Sweden yang membawa maksud ‘speed play’

iaitu latihan pelbagai kelajuan. Latihan ini biasanya diadakan di kawasan luar dengan

keadaan permukaan tanah yang tinggi rendah. Latihan fartlek adalah kaedah latihan

yang mempelbagaikan kelajuan larian. Selain meningkatkan keupayaan daya tahan

kardiovaskular, latihan ini juga berupaya meningkatkan keupayaan daya tahan otot.

Jadi dalam kaedah latihan ini ia bersesuaian dengan objektif iaitu ingin meningkatkan

daya tahan kardiovaskular dan daya tahan otot. Latihan ini boleh dianggap sebagai

18

Page 19: Sistem Pertandingan

latihan jeda tidak rasmi dan diperkenalkan penghujung musim persediaan umum

sehingga awal musim persediaan khusus. Latihan fartlek ini boleh dilakukan di lereng-

lereng bukit, di tepi pantai, di kawasan lapang atau di balapan. Dalam melakukan

latihan ini aspek keselamatan perlu diambil perhatian kerana struktur tanah yang tidak

sama boleh menyebabkan atlet mengalami kecederaan jika tidak berhati-hati. Dalam

latihan fartlek ini masa atau jarak tidak diambil. Masa, jarak dan kelajuan bebas kepada

atlet supaya atlet dapat menentukan sendiri variable-variabel yang sesuai mengikut

dirinya.

Terdapat beberapa cadangan bagi satu latihan fartlek. Antaranya adalah:

i. Memanaskan badan selama 5 hingga 10 minit.

ii. Berlari pantas pada keadaan malar sejauh 1 hingga 1.5 km.

iii. Berjalan pantas selama 5 minit.

iv. Berlari anak berselang-seli dengan larian pecut antara jarak 60 hingga 70

meter sehingga terasa letih.

v. Berlari pantas sejauh 175 hingga 200 meter.

vi. Berlari pantas selama 1 minit.

vii. Larian anak beberapa pusingan sebagai pemulihan.

c) Jeda Jarak Jauh

Latihan Jeda adalah salah satu sistem pelaziman jasmani, seseorang atlit diberi latihan

berulang-kali dengan menggunakan kaedah latihan senaman yang ringan dan

sederhana.Tujuan utama latihan Jeda ialah untuk menambah kecekapan sistem tenaga

anaerobik yang akan menambah kebolehan individu dalam prestasi yang lebih

bertenaga. Kaedah ini mula diperkenalkan oleh Dr.Woldemar Gersehler dari Jerman

pada tahun 1930. Latihan bersela menurut kenyataan fisiologi ialah seseorang atlit

boleh melakukan jumlah beban kerja yang lebih dalam satu sesi latihan jika kegiatan

tersebut dijarakkan. Dalam latihan jeda kaedah ini lazim digunakan dalam latihan

olahraga dan latihan renang. Latihan jeda dianggap sebagai antara kaedah yang

terbaik dan lazim diperkenalkan pada penghujung musim persediaan umum dan lebih

19

Nisbah jeda kerja kepada jeda rehat = 1 : ½

Masa larian = 3 minit

Masa rehat = 3 minit

Nisbah jeda kerja kepada jeda rehat = 1: 1

Page 20: Sistem Pertandingan

kerap digunakan dalam musim persediaan khusus. Latihan jeda jarak jauh ini dapat

meningkatkan ketangkasan, fleksibiliti, koordinasi, kekuatan dan kelajuan.

Bagi latihan jeda jarak jauh, nisbah jeda kerja kepada jeda rehat adalah antara 1 : ½

hingga 1: 1 bergantung kepada jarak larian atau masa yang diambil untukmenamatkan

sesuatu larian. Contohnya adalah seperti berikut :

Dalam latihan jeda, ulangan perlu dibuat. Ulangan yang dicadangkan adalah antara 2

hingga 3 ulangan bagi jarak yang lebih jauh dan antara 3 hingga 4 ulangan bagi jarak

yang kurang daripada800 meter bagi satu larian (ulangan). Sementara itu, jumlah set

yang dicadangkan adalah sama seperti jumlah ulangan, dan rehat antara set ditentukan

oleh kadar denyutan nadi iaitu apabila kadar nadi turun kepada 120 denyut seminit,

barulah set kedua dimulakan.

20

Masa larian = 10 minit

Masa rehat = 5 minit

Nisbah jeda kerja kepada jeda rehat = 1 : ½

Masa larian = 3 minit

Masa rehat = 3 minit

Nisbah jeda kerja kepada jeda rehat = 1: 1

Page 21: Sistem Pertandingan

4.2 Kaedah Latihan Anaerobik

Latihan anaerobik merupakan latihan yang berintensiti tinggi dalam tempoh masa yang

singkat . Latihan jenis ini biasanya digunakan oleh atlet dalam sukan yang melibatkan

tempoh yang sekejap. Latihan anaerobik tidak melibatkan penggunaan oksigen bagi

menghasilkan tenaga. Terdapat dua jenis metabolism yang digunakan untuk

menghasilkan tenaga yang digunakan dalam latihan anaerobik iaitu sistem ATP-PC dan

Glikolisis. Beberapa contoh aktiviti anaerobik seperti larian 100m, bola keranjang,

angkat berat dan berenang 100m.

Selain itu, latihan anaerobik digunakan untuk meningkatkan kekuatan, kelajuan dan

kuasa serta saiz otot berdasarkan keperluan sesuatu sukan tersebut. Contoh latihan

anaerobik yang digunakan untuk meningkatkan keupayaan anaerobik seseorang atlet

adalah latihan bebanan, latihan plyometrik, latihan isometric, circuit training. Latihan

bebanan boleh digunakan untuk meningkatkan kekuatan otot dan kelajuan.

Peningkatan keupayaan anaerobik adalah penting bagi seseorang atlet kerana

kebanyakan pergerakan dalam sukan merupakan pergerakan yang “explosive” serta

akan melibatkan kedua-dua komponen ini (kekuatan + kelajuan).

Sekiranya keupayaan anaerobik meningkat dan dapat menghasilkan jumlah daya yang

tinggi serta cepat, maka pergerakan tersebut dikelaskan kepada pergerakan yang

mempunyai kuasa tinggi (power). Seandainya atlet tidak mempunyai keupayaan untuk

menghasilkan kuasa, maka keupayaan untuk melakukan pergerakan akan terhad.

Keadaan ini diterangkan apabila seorang atlet yang kurang mempunyai keupayaan

anaerobik akan mengalami kesukaran untuk menyepak bola (bola sepak) dan memukul

bola (hoki, softball). Latihan bebanan dapat meningkatkan komponen-komponen ini

(kekuatan, kelajuan, kuasa) kerana latihan bebanan akan meningkatkan saiz dan

jumlah “contractile protein filament” ataupun myofilament dalam otot serta diameter fiber

otot akan meningkat supaya menghasilkan daya yang tinggi. Dalam anearobik terdapat

2 jenis latihan yang sering digunakan dan diklasifikasikan. Antaranya adalah:

o Latihan litar

o Latihan bebanan

21

Page 22: Sistem Pertandingan

a) Latihan Litar

Latihan litar merupakan satu daripada sistem latihan yang paling “versatile” bagi

kesesuaian fizikal. Latihan ini diperkenalkan pada tahun 1953 oleh Morgan dan

Adamson di Universiti of Leeds, England. Mengikut Fox dan Mathews (1984), latihan

litar merupakan satu program latihan yang melibatkan stesen-stesen tertentu dan

dilakukan dalam jangka masa yang ditentukan. Satu litar yang telah dilakukan jika

pelaku telah melakukan semua aktiviti yang dirancang. Latihan ini adalah sejenis latihan

di mana peserta melakukan beberapa aktiviti secara bersiri atau dalam satu litar.

Morgan dan Adamson(1961), telah mengenalpasti bahawa pelaksanaan latihan litar ini

adalah untuk peningkatan kekuatan, daya tahan otot, dan kardiovaskular, kelembutan,

ketangkasan, koordinasi dan kederasan. Latihan litar dibuat adalah untuk meningkatkan

daya tahan otot seseorang individu. Selain itu dalam latihan litar juga ia berperanan

untuk meningkatkan daya tahan kardiovaskular. Daya tahan kardiovaskular bukan

hanya memainkan peranan dalam latihan aerobik tapi ia juga memainkan peranan

dalam latihan anaerobik.

Antara aktiviti-aktiviti latihan litar yang selalu dilakukan adalah:

o tekan tubi

o lari ulang alik sejauh 10 meter

o bangun tubi

o lompat bintang

o kilas pinggang

o skipping

b) Latihan Bebanan

Latihan bebanan adalah latihan secara progresif dengan menggunakan beban bebas

atau mesin untuk membina kecergasan otot terutamanya kekuatan otot, daya tahan otot

dan kuasa otot. Dalam latihan bebanan ia melibatkan pengucapan otot secara

isometrik, isotonik dan isokinetik.

22

Page 23: Sistem Pertandingan

i. Latihan Isometrik

Isometrik adalah daya terhasil tetapi ukuran otot tidak berubah. Latihan bebanan

isometrik berfokuskan penahanan penguncupan maksimum otot tanpa perubahan saiz

panjang otot terhadap rintangan, contohnya selama lima saat, rehat dan ulang

sebanyak lima kali. Kelebihan latihan kontraksi statik ini ialah ia boleh dilakukan tanpa

alat atau sedikit alat. Masa latihan adalah pendek dan digunakan dengan berkesan.

Sebaliknya kelemahan latihan ini ialah kemajuan latihan sukar dinilai kerana

penguncupan otot secara statik tanpa rangkaian pergerakan dan mungkin latihan ini

membosankan.

ii. Latihan Isotonik

Latihan bebanan isotonik dikenali sebagai pergerakan penguncupan otot yang

melibatkan perubahan saiz otot sama ada memanjang semasa pergerakan konsentrik

atau esentrik, ukuran panjang otot memendek. Beban yang digunakan adalah tetap

sepanjang perlakuan pergerakan. Sebagai contoh dalam latihan isotonik ini ia

menggunakan barbel dan dumbel

iii. Latihan Isokinetik

Latihan bebanan isokinetik biasanya menggunakan mesin-mesin atau alatan yang agak

mahal. Penggunaan mesin dalam kaedah latihan ini adalah perlu untuk regulasi

rintangan kerja dan kelajuan sepanjang rangkaian pergerakan secara konsisten.

Latihan konsentrik isokinetik ini dapat menghasilkan tekanan otot secara maksimum

sepanjang pergerakan. Sistem tuas mesin yang diguna pakai membolehkan perubahan

rintangan sepanjang rangkaian pergerakan. Oleh itu, kesakitan otot dan kecederaan

boleh dicegah. Kelemahan latihan begini adalah kos mesin yang mahal dan tidak

semua individu dapat menggunakannya kecuali yang menjadi ahli kelab dan pusat -

pusat kecergasan. Secara perbandingan, latihan beban isokinetik adalah yang paling

berkesan dalam usaha untuk meningkatkan kekuatan dan daya tahan, berbanding

23