sistem penyejukan

17
MTA 102 : PENYENGGARAAN KENDERAAN DAN ENJIN SISTEM PENYEJUKAN

Upload: azlan26

Post on 19-Jun-2015

212 views

Category:

Automotive


15 download

DESCRIPTION

Sistem Penyejukan

TRANSCRIPT

  • 1. SISTEM PENYEJUKAN

2. Sistem penyejukan enjin iaitu sistem sokongan bagi menyelenggara suhu kendalian enjin agar mencukupi pada sebarang kendalian dan pacuan. Apabila kuasa dihasilkan oleh proses dinamik haba dalam enjin , sebahagian besar haba juga turut dihasilkan. Sebahagian haba tadi diperlukan untuk mengendali enjin dengan sempurna dan yang selebihnya dilesapkan ke atmosfrera . 3. 1.Menyelenggara enjin pada suhu kendalian terbaik. 2.Memindahkan haba yang tidak diperlukan. 3.Mengekalkan suhu kendalian enjin. 4.Memastikan suhu bahagian-bahagian bergerak pada enjin tidak meningkat kepada suhu yang boleh menjejaskan keberkesanan minyak pelincir 4. Terdapat 2 kaedah sistem penyejukan dalam enjin automotif iaitu :- i. Sistem penyejukan cecair ii. Sistem penyejukan udara 5. Tangki Air (Radiator) Digunakan untuk menampung air panas dari enjin supaya dapat disejukkan dan dibekalkan semula ke enjin. Air yang melalui jaket air di enjin perlu disejukkan sebelum beredar semula.Sistem ini dilaksanakan dengan mendedahkan penyejukan ke udara dengan permukaan yang luas.Radiator biasanya digegaskan di hadapan atau di belakang kenderaan.Satu alur masuk pada tangki atas, menerima bahan penyejuk panas dari enjin.Satu paip limpahan membuang sisa penyajukan dan wap. Tangki bawah mempunyai satu alur keluar untuk bahan penyejuk mengalir balik ke enjin.Ia juga mempunyai plug untuk membuang bahan penyejuk.Radiator mempunyai teras yang direncam dengan banyak saluran yang boleh mengalirkan air dari tangki atas ke tangki bawah.Air panas mengalir dari enjin, disejukkan oleh udara yang dihembus melalui radiator oleh kipas atau rempuhan udara melalui jerjak kenderaan ketika kenderaan bergerak. 6. Teras terdiri daripada banyak tiub yang dipasangkan ke sirip.Air disejukkan apabila melalui tiub dan haba dibebaskan ke udara melalui kawasan luas sirip.Terdapat dua jenis sirip radiator haba : a.Jenis Sirip Plat Rata. Jenis sirip plat rata ditunjukkan dalam rajah, terdiri daripada tiub tembaga berbentuk bujur yang mempunyai kawasan permukaan penyejukan luas.Ia disusun tegak dan dipateri sekata ke sirip plat rata. b.Jenis Sirip Berombak. Bentuk ini memberikan satu kawasan permukaan yang luas,mengurangkan berat dan mudah untuk menyilang berbanding dengan jenis sirip plat. 7. Radiator juga boleh dikelaskan mengikut aliran air. i. Air mengalir dari atas ke bawah.(jenis aliran bawah) ii.Air mengalir mendatar dari tangki dan masuk di satu sisi ke tangki lain di satu sisian(jenis aliran melintang)